You are on page 1of 7

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
SEMESTER 1 (2008 / 2009)

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK :

TOKOH FALSAFAH

NAMA: SITI SARIZAH BINTI MD ISMAIL


NO. MATRIK: JEA 080137
NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMAD
NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BT ABD RAHMAN

1
PENGENALAN

Al- Farabi ialah tokoh falsafah Islam yag terkenal pada abad pertengahan. Nama

sebenar Al- Farabi ialah Abu Nasr Muhamad Bin Awzalagh Bin Tarkhan. Beliau

memperoleh gelaran al-Farabi bersempena nama tempat kelahirannya sendiri iaitu Farab

yang kini dikenali sebagai Otrar. Beliau dilahirkan sekitar tahun 259 H bersamaan

dendan 870 M. Al-Farabi berasal dari Wasij di dalam daerah Farab, Transoxiana di Turki

dan berbangsa Turki. Al-Farabi berketurunan daripada keluarga yang berstatus sosial

tinggi dan ternama. Beliau menjalani kehidupannya yang tersendiri iaitu dengan

mengamalkan cara hidup Zuhud dan cenderung mengasingkan diri. Menurut Ali Abdal

Wahid Wafi bahawa kebanyakan ahli sejarah mempercayai al-Farabi telah meninggal

dunia di Damsyik pada tahun 339 H (950-951 M). Menurut Abd Halim Mahmud, al-

Farabi telah menghasilkan karya berjumlah 118 buah dan karyanya dalam bidang siasah

atau politik merupakan karya yang sangat terkenal. Falsafah penting terkandung dalam

kitab Fi-Mabadi Ara’ al- Madinah al-Fadilah yang mengandungi aspek siasah, metafizik

dan psikologi.

2
KUPASAN TENTANG TEORI POLITIK AL- FARABI

Al –Farabi merupakan seorang ahli falsafah Islam yang memiliki kepakaran yang

tinggi dalam bidang politik. Seluruh bangunan falsafah yang dibangunkan oleh al-Farabi

disediakan untuk politik atau siasah. Dalam tradisi falsafah amalinya (Practical

Philosophy) beliau telah membincangkan prinsip-prinsip politiknya serentak dengan

perbincangan etika iaitu akhlak untuk mencapai negara terbaik. Berbalik kepada

kitabnya al-Madinah al-Fadilah, didapati persoalan-persoalan politik dan etika itu telah

dibahaskan secara komprehensif oleh al-Farabi. Persoalan yang utama dibincangkan oleh

al-Farabi ialah mengenai perbahasan tentang akhlak ketua negara terbaik.

Dalam perbincangan teori politik al-Farabi, konsep ketua negara (al-Rais) atau

teori pemimpin bertitik tolak daripada ketua negara. Pandangan al-Farabi telah

disepakati oleh tokoh Islam Ibn Taymiyah yang menerangkan bahawa dalam sesebuah

masyarakat manusia haruslah memiliki seorang pemimpin yang mampu menjaga

kebajikan ummah. Penegasan ini adalah sesuai dengan world-view Islam yang

meletakkan persoalan pimpinan sebagai satu persoalan yang serius. Al-Farabi

memperkenalkan konsep ketua negara secara mutlak sebagai seorang manusia yang

disifatkan istimewa kerana ia mampu memimpin manusia ke arah kesempurnaan. Beliau

juga menggambarkan hakikat kedudukan ketua negara dalam konteks hubungan dengan

rakyat. Merujuk teori asas al-Farabi ada menyatakan bahawa ketua negara memiliki ciri-

3
ciri kenabian yang luar biasa hingga mencapai akal fa’al (batas alam ghaib) dan telah

memiliki dua belas sifat. Realiti daripada konsep sebenar ketua negara ini membuktikan

bahawa ummah akan dapat hidup dalam keadaan sempurna hasil pimpinan seorang tokoh

yang sempurna.

Di tinjau dalam konteks Islam, al-Farabi turut menerapkan unsur keislaman

dalam teori negaranya. Dari sudut pandangan ini, al-Farabi telah merujuk kepada Nabi

Muhamad s.a.w dalam membina konsep ketua Negara. Beliau telah memadankan teori

negara terbaiknya dengan negara Islam yang pertama dibinanya dan peribadi baginda

dalam hal kepimpinan.

Dalam proses penyediaan seorang ketua negara, al-Farabi hanya menerangkan

bahawa untuk mencapai taraf berkenaan, proses tersebut perlu bermula dari peringkat

bawah dengan panduan iman dan akhlak yang mulia dan barulah memberi peluang

kepada ummah yang mempunyai sifat kepimpinan untuk meningkat maju berbanding

teori Plato yang mengemukakan satu skima rancangan pendidikan yang panjang dan

menjadikan pendidikan pada tahap akhir sebagai suatu yang penting yang untuk menjadi

pengantar kepada falsafah yang akhirnya membawa kepada institusi kepimpinan negara.

4
Kelainan dalam konsep ketua negara al-Farabi dan Plato amat jelas untuk

dibincangkan. Al-Farabi tidak hanya membahaskan pada syarat-syarat sahaja malah

lebih bersikap fleksible dalam menyelesaikan masalah kepimpinan ini. Al-Farabi tidak

menyetujui aristokrasi yang disukai Plato. Ringkasnya, ada persoalan-persoalan al-

Farabi mempunyai persamaan dengan pemikiran falsafah Greek. Begitu juga terdapat

unsur-unsur yang berlainan antara mereka dan kelainan ini menunjukkan di mana

letaknya al-Farabi dalam bidang falsafah politik.. Hal ini disebabkan dalam sistem ini

hanya seorang pemimpin yang berkuasa dan sebab inilah al-Farabi telah meninjau kepada

perspektif yang tersendiri dalam teori falsafahnya tanpa dikaitkan dengan falsafah barat.

5
KESIMPULAN

Al-Farabi ialah seorang ahli falsafah Islam yang banyak menyumbangkan fikiran

dalam bidang falsafah politik. Antara karya cemerlang yang dihasilkan oleh al-Farabi

ialah kitab Fi Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah yang banyak mengemukakan idea

yang bersumberkan agama. Terdapat banyak hasil karya ciptaannya yang masih

digunakan sehingga kini. Jasanya dalam menghasilkan falsafah mengenai teori politik

amat besar dan telah mempengaruhi corak kepimpinan dan struktur pentadbiran dalam

negara-nagara yang menerapkan kelogikan teori falsafahnya untuk mencapai tahap

kecemerlangan dalam sistem berorganisasi. Kecemerlangan sesebuah negara itu dalam

sistem pentadbirannya banyak dipengaruhi oleh akhlak dan etika yang diamalkan oleh

setiap ketua pemimpin yang menjadi paksi kepada keberjayaan pemerintahannya.

6
BIBLIOGRAFI

Ahmad H. Zainal Abidin. 1997. Konsepsi Politik dan Ideologi Islam. Jakarta: Bulan

Bintang.

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur : Synergymate Sdn.

Bhd.

Idriz Zakaria. 1991. Teori Politik al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

http:// tokoh falsafah. com

http:// alhakelantan. tripod. Com/tokoh/id9.html

You might also like