You are on page 1of 16

1.

0: PENDAHULUAN

Terdapat tiga tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu Ibnu Sina, Al-

Razi, dan juga Al-Zahrawi. Ketiga-tiga tokoh tersebut mempunyai latar belakang yang

berbeza dan juga kepakaran dalam bidang masing-masing. Tokoh-tokoh Islam ini juga

banyak menghasilkan karya yang memberi manfaat dalam bidang perubatan dan

kedoktoran1.

2.0: LATAR BELAKANG

Abu Al-Qasim Khalaf ibnu Al-Abbas Al-Zahrawi atau lebih dikenali sebagai Al-

Zahrawi merupakan seorang tokoh perubatan Arab yang terkenal pada Zaman

Pertengahan. Beliau juga dikenali dengan nama Abulcasis di Eropah. Beliau telah dilahirkan

di Zahra yang terletak 6 batu dari barat laut bandar Cordova iaitu ibu negeri Sepanyol pada

tahun 936M. Pada umur 77 tahun, beliau telah meninggal dunia iaitu pada tahun 1013M.

Beliau berketurunan Arab Ansar yang mula-mula menetap di Sepanyol. Al-Zahrawi

menghabiskan riwayat hidupnya dan perkhidmatannya di tanah airnya sendiri.2

Beliau lebih tertumpu kepada bidang pembedahan sehingga mendapat gelaran

‘Bapa Pembedahan Moden’. Selain daripada pembedahan, beliau juga mahir dalam

penciptaan alat-alat pembedahan dan juga pakar dalam bidang pergigian dan kosmetik

sehingga mendapat gelaran kosmetologist. Beliau telah menghasilkan satu kitab yang

terkenal yang bertajuk Al-Tasrif yang menjadi sumber rujukan lebih 5 dekad lamanya di

Universiti Salerno di Rom, Itali, Montpellier di France dan beberapa universiti lain di Eropah.3

1
“Tokoh-tokoh Perubatan Islam.” http://perubatananugerah.com/tokoh_perubatanislam.php. Retrieved March 4, 2010.
2
“Abu al-Qasim Al-Zahrawi the Great Surgeon.” http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=223. Retrieved
March 4, 2010.
3
“ Al-Zahrawi (936-1013M).” March 27, 2009. http://islamicivitas.blogspot.com/2009/03/al-zahrawi-936-1013m-biodata-abu-
al.html. Retrieved March 4, 2010.

1|Page
3.0: PENDIDIKAN

Beliau mendapat pendidikan di sekitar tempat lahirnya iaitu di Cordova. Pada ketika

itu, Cordova ialah sebuah pusat perniagaan dan pendidikan di bahagian Sepanyol Islam. Di

bandar inilah beliau belajar mengenai pembedahan dan ubat-ubatan serta mengajar ilmu

perubatan dan mengubati masyarakat sehingga beliau meninggal dunia.4

4.0: HASIL KARYA

Kebanyakan tokoh-tokoh Islam pada zaman dahulu akan menghasilkan karya yang

berupa seperti buku, falsafah dan sebagainya untuk dijadikan rujukan kepada anak

muridnya atau pun sebagai rujukan umum. Ibnu Sina terkenal dengan kitab Qanun fi-Tibb,

manakala al-Razi pula terkenal dengan kitab al-Hawi5. Seperti tokoh-tokoh perubatan yang

lain, Al-Zahrawi juga menghasilkan karya agungnya tersendiri. Berikut merupakan karya-

karya terkenal Al-Zahrawi.

4.1: KITAB AL-TASRIF

Sumbangan dan karya terbesar beliau dalam bidang perubatan adalah kitab Al-

Tasrif atau nama lainnya adalah kitab al-Tasrif Liman Ajiza an al-Ta’lif (Buku Pedoman

Kedoktoran atau Medical Vademecum) dan juga kitab al-Maqalah fi Amali ‘ala Fanni al-

Jarahah yang menjadi rujukan hingga ke abad ke-21. Bagaimanapun hanya kitab Al-Tasrif

yang masyhur dan terkenal. Kitab ini terkenal pada zaman pertengahan sekitar abad ke-12

dan ke-13 kerana ia sangat menyumbang kepada bidang perubatan dan pembedahan dunia

barat.6

4
“Abu Al-Qasim Al-Zahrawi.” http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Al-Qasim_Al-Zahrawi. Retrieved March 4, 2010.
5
“Tokoh-tokoh Perubatan Islam.” http://perubatananugerah.com/tokoh_perubatanislam.php. Retrieved March 4, 2010.
6
Muhammad Nur Effendi, (2003). “Cendiakawan Muslim: Pembina Tamadun dan kecemerlangan Umat.” Perniagaan
Jahabersa.

2|Page
Kitab Al-Tasrif disebut juga sebagai ensiklopedia Al-Zahrawi yang mengandungi 30

jilid yang meliputi pelbagai bidang perubatan, kedoktoran, pembedahan, orthopedik 7,

ophthalmologi8, farmakologi dan lain-lain. Jumlah helaiannya pula tidak kurang daripada

1500 muka surat. Dalam bab pembedahan, Al-Zahrawi melampirkan pelbagai ilustrasi

ataupun gambaran mengenai teknik-teknik pembedahan, alat-alat pembedahan, serta

panduan melakukan pembedahan dengan tertib. Terdapat lebih kurang 200 buah peralatan

pembedahan yang digambarkan di dalam kitab Al-Tasrif.

Antara teknik pembedahan dan pemeriksaan yang diperkenalkan oleh Al-Zahrawi

dalam kitab Al-Tasrif adalah9:

1) Teknik pembedahan mata dan katarak.

2) Teknik pembedahan hidung dan telinga.

3) Teknik perbidanan dan pembersihan kotoran darah dalam rahim ibu selepas

bersalin.

4) Teknik perawatan pergigian.

5) Teknik pembedahan perut dan pundi kencing.

6) Teknik pembedahan kanser.

7) Teknik merawat tulang patah.

8) Pembakaran luka.

Dalam kitab Al-Tasrif juga Al-Zahrawi memasukkan infomasi mengenai tips menjaga

kesihatan dan diet seimbang. Kitab al-Tasrif telah disempurnakan pada 1000 M meliputi

tajuk berkenaan dengan perubatan, pergigian dan juga kelahiran anak. Kitab Al-Tasrif di tulis

berdasarkan pengalaman al-Zahrawi dalam bidang perubatan selama lebih kurang 50 tahun

dalam latihan, praktikal dan pengajarannya. Kitab Al-Tasrif juga adalah dedikasi daripada Al-

Zahrawi kepada anak muridnya yang sering dianggap sebagai anak-anaknya sendiri10.

7
Rawatan yang berkaitan dengan tulang
8
Rawatan yang berkaitan dengan mata
9
“ Al-Zahrawi: Tokoh Bedah Islam.” April 7, 2010. http://alfarabi23.blogspot.com/2010/04/al-zahrawi-tokoh-bedah-
islam_07.html. Retrieved March 4, 2010.
10
“Abu Al-Qasim Al-Zahrawi.” http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Al-Qasim_Al-Zahrawi. Retrieved March 4, 2010.

3|Page
Maka, tidak hairanlah jika kitab Al-Tasrif menjadi bahan rujukan penting dalam bidang

perubatan di universiti-universiti ketika itu.

Kitab Al-Tasrif telah diterjemah ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona, seorang

sarjana Itali pada zaman pertangahan dan zaman Renaissance. Al-Tasrif diterjemah ke

bahasa Hebrew (Ibrani) dengan nama ‘Medical Vademecum’ pada 1497M. Bab mengenai

tumbuhan dan pembedahan dicetak di Venice pada tahun 1471M dan juga tahun 1497M.

Bab mengenai klinikan pula dicetak di Osnabruck, German pada tahun 1519M dan bab

mengenai sakit puan dicetak di Basel, Swiss.

Kitab Al-Tasrif yang dicetak dan diterjemah ke beberapa bahasa telah diterbitkan di

Venice pada tahun 1479M, di Basla pada tahun 1541M, dan juga di Oxford pada tahun

1778M. Judul buku tersebut adalah ‘ Abulcasis de Chirurgia Arabice el Latine Cura Johannis

Channing’ sebanayk dua jilid. Oleh kerana kitab Al-Tasrif telah diterjemahkan ke dalam

beberapa bahasa, kitab ini menjadi rujukan penting kepada tokoh-tokoh perubatan yang

lain. Sebagai contoh, kitab Al-Tasrif telah menjadi rujukan tokoh perubatan Itali seperti

Roger of Parma, Lanfrane dan Guilelmus of Saliceto11.

Kitab Al-Tasrif mempunyai 30 jilid dan setiap jilid telah menceritakan mengenai

pelbagai kaedah perubatan bersama dengan ilustrasinya. Jilid pertama dan kedua iaitu

Liber Theoricae merangkumi bab anatomi tubuh badan manusia dan juga perubatan secara

umum. Ini bermakna, dua bab pertama ini adalah sebagai bab pengenalan berkenaan

dengan tubuh badan manusia. Dalam jilid ini juga Al-Zahrawi membincangan lebih kurang

325 jenis penyakit yang terdapat dalam tubuh manusia, menceritakan mengenai

simptomnya dan juga cara-cara perawatannya.

Perbincangan yang terdapat dalam tiga jilid terakhir iaitu jilid 28, 29 dan 30 adalah

lebih terperinci dan mempunyai bab yang terpenting. Dalam jilid 28 atau lebih dikenali

11
Ibid

4|Page
sebagai Liber Servitoris di Eropah membincangkan mengenai penghasilan ubat-ubatan

daripada sumber semulajadi seperti tablet, lozenges, syrup dan lain-lain.

Dalam jilid 29 pula membincangkan tentang ubat-ubatan yang disusun secara

alphabetical, ubatan alternatif, serta timbangannya. Jilid terakhir pula membincangkan

mengenai pembedahan dan aplikasinya. Pada jilid 30 ini juga mempunyai pecahan-pecahan

bab. Sebagai contoh, bahagian pertama mengandungi 56 bab yang menceritakan mengenai

luka, peralatan dan cara-cara pembedahan. Bahagian kedua pula mengandungi 93 bab

mengenai pembedahan, luka pembedahan dan penyembuhannya. Bahagian ke tiga

dikhaskan kepada perbincangan tentang retakan tulang dan seliuhan. Dalam kitab Al-Tasrif

juga terkandung lebih kurang 200 rekaan dan ilustrasi alat-alat pembedahan yang direka

dan digunakan oleh Al-Zahrawi12.

4.2: KITAB AL-MASNUR

Satu lagi karya Al-Zahrawi adalah kitab Al-Masnur yang banyak membahaskan

mengenai pembuatan ubat-ubatan dangan cara pemejalwapan dan penyulingan. Kitab Al-

Masnur menjadi salah satu sillabus pembelajaran media di Universiti Tubingen sehinggan

abad ke-15M13.

5.0: SUMBANGAN

Al-Zahrawi telah menghabiskan sepanjang hayatnya selama 77 tahun di tempat

kelahahirannya sendiri. Maka, tidak hairanlah jika Al-Zahrawi banyak memberi sumbagan

dan perkhidmatannya di situ. Sebagai seorang doktor dan pakar bedah, ramai anak

muridnya dan penduduk di situ telah dirawat olehnya. Al-Zahrawi juga pernah dilantik

12
“ Eminent Arab-Muslim Medical Scientist”
13
Muhammad Nur Effendi, (2003). “Cendiakawan Muslim: Pembina Tamadun dan kecemerlangan Umat.” Perniagaan
Jahabersa.

5|Page
menjadi doktor peribadi pada raja Sepanyol iaitu Khalifah Al-Hakam II pada masa

hayatnya14.

Al-Zahrawi telah banyak menghasilkan peralatan pembedahan yang sangat berguna

pada masa itu. Sebagai pengkaji alat-alat pembedahan, al-Zahrawi terkenal dalam

menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan

saluran kencing. Selain itu juga,banyak peralatan pembedahan yang telah dihasilkan oleh

al-Zahrawi dan beliau telah mencatatkan lebih kurang 200 buah peralatan pembedahan di

dalam kitab al-tasrif. Terdapat 3 ciptaan Al-Zahrawi yang terkenal iaitu15:

1. Alat pemeriksaan luar telinga

2. Alat pemeriksaan luar saluran kencing

3. Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong

Dalam bab penyakit pula, Al-Zahrawi adalah orang pertama yang mengenalpasti

penyakit keturunan yang dikenali sebagai penyakit hemofilia. Penyakit hemofilia sebenarnya

telah ada sejak zaman dahulu lagi tetapi masih belum memiliki nama. Talmud, iaitu

sekumpulan tulisan para rahib yahudi, pada 2 abad setelah masihi telah menyatakan

bahawa seorang bayi lelaki tidak harus dikhatankan jika dua orang abang kepada bayi

tersebut mati akibat berkhatan. Al-Zahrawi telah menulis dalam kitabnya pada abad ke-12

mengenai sebuah keluarga yang setiap anak lelakinya meninggal setelah terjadi

pendarahan akibat luka kecil. Al-zahrawi menduga hal tersebut tidak terjadi secara

kebetulan. Sehinggalah istilah hemofilia pertama kali diperkenalkan oleh doktor yang

berbangsa Jerman iaitu Johann Lukas Schonlein pada tahun 1928. Lucas telah merujuk

pelbagai jenis catatan kedoktoran termasuklah penulisan Al-Zahrawi untuk mengupas

mengenai penyakit hemofilia16.

14
“ Al-Zahrawi (936-1013M).” March 27, 2009. http://islamicivitas.blogspot.com/2009/03/al-zahrawi-936-1013m-biodata-abu-
al.html. Retrieved March 4, 2010.
15
“Abu al-Qasim al-Zahrawi.” April 24, 2010. http://berita-harian-online.com/forum/showthread.php?t=548. Retrieved March 4,
2010.
16
“ Tokoh Ilmu Pembedahan Islam.” Februari 12, 2010. http://budipuputz.wordpress.com/2010/02/12/tokoh-ilmu-pembedahan-
islam/ . Retrieved March 4, 2010.

6|Page
Al-Zahrawi juga adalah penyumbang dalam penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi

teknik-teknik dalam pembedahan separti yang telah diceritakan dalam kitab Al-Tasrif. Al-

Zahrawi mengkaji dan mengelaskan penyakit, membincangkan mengenai cara mengelakkan

penyakit, cara untuk meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan. Al-Zahrawi juga

menjadi orang pertama yang menggunakan benang sutera untuk menjahit luka kerana

kesan jahitan yang menggunakan benang sutera tidak meninggalkan kesan yang begitu

jelas17.

Al-Zahrawi juga memperkenalkan penggunaan benang sutera untuk tisu yang

berselirat, selain itu, Al-Zahrawi juga memperkenalkan teknik pengikat di lengan untuk

menghentikan aliran darah ketika berlaku pendarahan yang teruk. Al-Zahrawi adalah pakar

bedah pertama yang menggunakan kapas sebagai cara untuk mengawal pendarahan ketika

pembedahan dilakukan. Begitu juga dengan penciptaan plaster moden dan bandage yang

masih lagi digunakan di hospital di seluruh dunia dilakukan oleh Al-Zahrawi18.

6.0: KEPAKARAN

Kepakaran Al-Zahrawi bukan sahaja pada pembedahan, malah pada beberapa

aspek perubatan dan juga penyakit. Sebagai contoh, Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang

gynaecology, orthopaedic, pergigian dan juga pembedahan. Segala bukti kepakaran Al-

Zahrawi dapat di saksikan dengan wujudnya karya agungnya iaitu kitab Al-Tasrif.

6.1: GYNAECOLOGIST19

17
Mohamad Arif. “Bapa Bedah Moden.” Desember 24, 2010. http://student.blog.utm.my/ariffmakhfudz/2010/12/24/tokoh-kita-
al-zahrawi/. Retrieved March 4, 2010.
18
“Abu Al-Qasim Al-Zahrawi.” http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Al-Qasim_Al-Zahrawi. Retrieved March 4, 2010.
19
Pakar dalam rawatan berkenaan dengan system peranakan wanita.

7|Page
Al-Zahrawi adalah seorang pakar dalam perbidanan dan juga amalan perubatan

yang membincangkan mengenai kesihatan sistem peranakan perempuan. Al-Zahrawi

membincangkan dengan lebih lanjut kaedah bersalin melalui pembedahan ataupun lebih

dikenali sebagai kaedah caesarean. Al-zahrawi juga telah berjaya melakukan pembedahan

yang rumit seperti mengeluarkan janin yang telah mati dari perut ibunya. Dalam kitab Al-

Tasrif, Al-Zahrawi menyertakan ilustrasi mengenai peralatan gynaecological termasuklah

vaginal speculum dan obstetric forceps20.

6.2: ORTHOPAEDIST DAN DENTIST 21

Al-Zahrawi merupakan seorang pakar bedah orthopaedic pada zaman itu. Al-Zahrawi

merupakan pelopor kepada rawatan pada retakan tulang pelvis. Beliau juga menulis dengan

lebih lanjut dalam kitabnya mengenai pelbagai jenis patahan tulang dan juga seliuhan sendi.

Dalam bidang pergigian pula, Al-Zahrawi telah menghasilkan alat yang moden untuk

memutihkan dan membersihkan gigi, alat mencabut gigi yang reput, mengaplikasikan

penggunaan dawai emas dan perak untuk merapatkan gigi yang jarang dan juga mengikat

gigi yang longgar. Selain itu, Al-Zahrawi juga telah mencipta gigi palsu yang diperbuat

daripada tulang haiwan. Bab mengenai pergigian ada ditulis dalam kitabnya yang masyhur

iaitu Al-Tasrif. Dalam kitab tersebut membincangkan mengenai penyakit gigi dan cara

pengubatannya. Dalam kitab Al-Tasrif juga mengandungi gambar-gambar dan ilustrasi

mengenai alat-alat untuk mengubatan penyakit gigi22.

6.3: LITHOTOMI23 DAN UROLOGI24

20
“ Eminent Arab-Muslim Medical Scientist”
21
Pakar rawatan berkenaan dengan tulang dan pakar gigi.
22
“ Eminent Arab-Muslim Medical Scientist”
23
Kaedah pembuangan batu karang dalam pundi kencing.
24
Kaedah rawatan yang memfokuskan kepada pundi kenci lelaki dan wanita

8|Page
Dalam bidang urologi dan lithotomic, Al-Zahrawi telah berjaya melakukan

pembedahan mengeluarkan batu karang dari pundi kencing dan bladder dengan

menggunakan satu alat yang beru di cipta oleh Al-Zahrawi sendiri iaitu lithotomic scalpel dan

dua sharp cutting edges. Selain itu, teknik yang digunakan adalah perineal cytolithotomy

untuk memecahkan batu karang yang besar di dalam bladder. Teknik ini berkesan dalam

pembangunan pembedahan batu karang kerana ia dapat mengurangkan kadar maut

kepada pesakit25.

6.4: PEMBEDAHAN

Al-Zahrawi telah dinobatkan sebagai ‘Bapa Pembedahan Moden’ dan diiktiraf di

diseluruh pelosok dunia dalam dalam bidang pembedahan. Al-Zahrawi menggunakan besi

panas untuk membuat pembedahan barah seperti yang telah disarankan oleh Hippocrates.

Al-Zahrawi juga memperkenalkan teknik kauteri iaitu proses untuk memusnahkan tisu yang

berpenyakit dengan cara membakarnya dengan besi panas ataupun kimia kaustik.

Kaedah pembedahan yang digunakan oleh al-Zahrawi mempunyai banyak cara.

Antaranya ialah kaedah trakeostomi iaitu penebukan kerongkong pernafasan yang

tersumbat. Ia diaplikasikan ketika pesakit itu tidak dapat bernafas secara normal apabila

saluran pernafasannya tersumbat. Kaedah lain adalah amputasi iaitu proses pemotongan

atau pengkudungan anggota tangan atau kaki pesakit.

Selain itu, pembekaman iaitu kaedah untuk mengeluarkan darah bagi penyakit yang

menghilangkan deria disebabkan oleh pecahan urat darah di otak (apoplexy) turut

dicatatkan oleh Al-Zahrawi didalam kitabnya Al-Tasrif26. Kaedah berbekam mempunyai dua

cara, berbekam kering dan juga berbekam basah. Al-Zahrawi menggunakan minyak

beraroma dan air sebelum dan selepas berbekam untuk mempercepatkan proses

“Al-Tasrif.” http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Tasrif. Retrieved March 4, 2010.


25

26
“ Eminent Arab-Muslim Medical Scientist”

9|Page
penyembuhan. Al-Zahrawi juga menggunakan lintah dalam pembekaman tapi bukan

diaplikasikan pada seluruh badan, tetapi hanya pada anggota yang tidak boleh di bekam

menggunakan cup pembekam seperti di jari dan juga hidung27.

7.0: KOSMETIK

Sumbangan Al-Zahrawi amat besar dan menyeluruh, ini kerana sumbangan beliau

bukan hanya pada bidang perubatan dan juga pembedahan, malah ada yang mendakwa Al-

Zahrawi mahir dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Al-Zahrawi merupakan orang

pertama yang memperkenalkan pembedahan untuk mengecilkan payudara dengan

menggunakan metod yang hampir sama dengan pembedahan pada zaman moden.

Pembedahan plastik yang pertama iaitu memperkenalkan lukaan (incision) dan penggunaan

benang sutera untuk menghasilkan jahitan yang kurang berparut28.

Al-Zahrawi telah memperkenalkan minyak gosok dan kepentingannya. Cara-cara

penyediaan minyak gosok daripada bahan-bahan asas ada dicatatkan oleh Al-Zahrawi di

dalam kitab Al-Tasrif. Al-zahrawi juga menggunakan zat minyak yang disebut sebagai

Adhan untuk rawatan dan kecantikan. Selain itu, Al-Zahrawi juga memperkenalkan jenis-

jenis wangian yang pelbagai dan penuh beraroma29.

Dalam kosmetik pergigian pula, Al-Zahrawi memperkenalkan teknik-teknik

menguatkan gusi serta memutihkan gigi. Oleh itu, masyarakat Islam di Andalusia pada abad

ke-12 telah mengetahui dan menggunakan produk-produk kecantikan antaranya adalah krim

tangan, pembersih mulut dan pembersih hidung. Pada zaman keemasan Islam itu juga,

masyarakat telah menggunakan sejenis detergen yang bernama Lenor untuk wangian

pakaian agar sentiasa harum dan segar.

27
“ Al-Zahrawi: Tokoh Bedah Islam.” April 7, 2010. http://alfarabi23.blogspot.com/2010/04/al-zahrawi-tokoh-bedah-
islam_07.html. Retrieved March 4, 2010.
“Al-Tasrif.” http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Tasrif. Retrieved March 4, 2010.
28

29
Op.cit

10 | P a g e
Rawatan kosmetik lain yang di cipta oleh Al-Zahrawi termasuklah deodorant, alat

pencabut bulu badan, losyen tangan, pewarna rambut, produk penjagaan rambut, bahan

untuk mengurangkan bau mulut yang diperbuat daripada kulit kayu manis dan rempah,

pelembap mulut, pemcuci mulut dan lain-lain30.

8.0: KESIMPULAN

Sumbangan dan karya agung Al-Zahrawi telah membuktikan Islam telah melahirkan

seorang tokoh yang sangat bernilai dalam bidang perubatan dan juga kosmetik. Karya-karya

Al-Zahrawi telah menjadi inspirasi kepada pakar pembedahan dan perubatan pada zaman

kini. Begitu juga peralatan yang telah di hasilkan oleh Al-Zahrawi, ia telah menjadi panduan

kepada pembuatan peralatan perubatan pada masa kini. Gelaran Al-Zahrawi sebagai “Bapa

Perubatan Moden” amatlah bersesuaian dengan apa yang telah beliau hasilkan dan

sumbangkan pada masyarakat kini.

9.0: LAMPIRAN

30
Op.cit

11 | P a g e
Figure 1: Kitab Al-Tasrif

Figure 2: Illustrasi peralatan


pembedahan yang terdapat di
dalam kitab Al-Tasrif

12 | P a g e
Figure 3: Kitab Al-Tasrif jilid
pertama Liber Theoricae

Figure 4: Surgical Spoon; Sudu kuprum digunakan


untuk menekan lidah ke bawah semasa pemeriksaan
kerongkong

13 | P a g e
Figure 5: Concealed knife; untuk
pembedahan

Figure 6: Tonsil guillotine; untuk


perawatan mulut

Figure 7: Syringe; picagari yang


digunakan untuk suntikan

14 | P a g e
10.0: RUJUKAN

1. “ Al-Zahrawi (936-1013M).” March 27, 2009. http://islamicivitas.blogspot.com/2009/03/al-

zahrawi-936-1013m-biodata-abu-al.html. Retrieved March 4, 2010.

2. “Abu al-Qasim al-Zahrawi.” April 24, 2010. http://berita-harian-

online.com/forum/showthread.php?t=548. Retrieved March 4, 2010.

3. “Kosmetika Warisan Islam.” November 11, 2009.

http://www.nusantaraku.org/forum/religious-talk/5087-kosmetika-warisan-islam.html.

Retrieved March 4, 2010.

4. Aburedza. “ Abu al-Qasim al-Zahrawi: Pakar Bedah Terulung.” Julai 23, 2009.

http://masjidassyakirin.wordpress.com/2009/07/23/abu-al-qasim-al-zahrawi-pakar-

bedah-terulung/. Retrieved March 4, 2010.

5. “ Abu al-Qasim al-Zahrawi.” http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Al-Qasim_Al-Zahrawi .

Retrieved March 4, 2010.

6. “ Tokoh Ilmu Pembedahan Islam.” Februari 12, 2010.

http://budipuputz.wordpress.com/2010/02/12/tokoh-ilmu-pembedahan-islam/ . Retrieved

March 4, 2010.

7. Anon. “Sumbangan Islam dalam Bidang Perubatan.” http://titas-

haba.blogspot.com/2009/07/sumbangan-islam-dalam-bidang-perubatan.html. Retrieved

March 4, 2010.

8. “ Al-Zahrawi: Tokoh Bedah Islam.” April 7, 2010.

http://alfarabi23.blogspot.com/2010/04/al-zahrawi-tokoh-bedah-islam_07.html. Retrieved

March 4, 2010.

9. “Tokoh-tokoh Perubatan Islam.”

http://perubatananugerah.com/tokoh_perubatanislam.php. Retrieved March 4, 2010.

15 | P a g e
10. “Abu al-Qasim Al-Zahrawi the Great Surgeon.”

http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=223. Retrieved March 4,

2010.

11. Mohamad Arif. “Bapa Bedah Moden.” Desember 24, 2010.

http://student.blog.utm.my/ariffmakhfudz/2010/12/24/tokoh-kita-al-zahrawi/. Retrieved

March 4, 2010.

12. “Al-Tasrif.” http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Tasrif. Retrieved March 4, 2010.

13. “Abu Al-Qasim Al-Zahrawi.” http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Al-Qasim_Al-Zahrawi.

Retrieved March 4, 2010.

14. Muhammad Nur Effendi, (2003). “Cendiakawan Muslim: Pembina Tamadun dan

kecemerlangan Umat.” Perniagaan Jahabersa.

15. “ Eminent Arab-Muslim Medical Scientist”

16 | P a g e

You might also like