You are on page 1of 31

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA

Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina
semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu
tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita
masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap
tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina
juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan
mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu
bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik
keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya
ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang
lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti
tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan
menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah
bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak
mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa
mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut
tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan
mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang
sama sekali makan makanan yang �tajam� seperti nenas dan mangga serta tidak
digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki
atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama
apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang
dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh
hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi
yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan
untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat
bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut
dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang
tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu
diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang
lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina
mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan
menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada
beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama
ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai
dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan
semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila
bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning
yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan
kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan
membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut
Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah
rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke
dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata
kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga
pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil
kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.
Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang
baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan,
kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling
melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau
mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang
masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu

MASYARAKAT MALAYSIA
Negara ini mempamerkan keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang
mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai agama. Walaupun wujud kepelbagaian
budaya dan agama, penduduk Malaysia hidup dalam suasana harmoni. Perpaduan dalam
kepelbagaian ini dicerminkan dalam festival – festival atau perayaan – perayaan kaum yang
didasarkan kepada amalan agama atau adat resam mewakili kaum – kaum berkenaan yang
diraikan khusus oleh kaum – kaum tersebut. Mereka berkongsi perayaan dengan kaum – kaum
lain melalui amalan siarah – menziarahi atau menghadiri rumah terbuka.

MASYARAKAT MELAYU
Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada berpendapat perkataan
Melayu berasal daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju
yang bermakna cepat, deras dan tangkas.

Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas,
cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.

A.H Keane, ahli antropologi berpendapat bahawa bangsa Melayu berasal daripada campuran
antara bangsa Kaukasus dengan bangsa Mongol. Pendapat ini berdasarkan teori yang
mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari daerah utara Asia Tenggara seperti tersebut.
Justeru itu, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial dan budayanya yang lebih luas,
meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan pulau – pulau
Melayu atau Nusantara. Oleh yang demikian kelompok – kelompok bangsa Melayu amat besar
di dunia.

Adat Melawat dan Berkunjung


Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung dengan lawatan dan
kunjungan.

 Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah
memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.
 Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan
kasut.
 Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan
menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.
 Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang
ramai hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah tangan.
Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta
jalan’.
 Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah
dudk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan
bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu
bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki
dengan luas.
 Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya.
Jika sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.
 Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Jangan
senduk terlalu penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan orang lebih tua
mengambil makanan dahulu kemudian barulah orang muda kerana tidak sopan
membiarkan ornag lebih tua memakan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang
menyediakan peraturan orang muda makan berasingan daripada orang tua atau orang tua
makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak begitu sesuai jika kita mahu menanamkan
kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anak – anak.
 Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau
makanan yang terletak jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang
sukar dicapai mintalah bantuan orang lain yang berdekatan.
 Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan ditampung
sedikit dengan tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan tangan
kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika menyenduk dianggap kurang
sopan dan kasar. Jangan bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh.
 Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara – perkara kurng menyenangkan
sehingga boleh menganggu selera makan atau menyebabkan pertengkaran.
 Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap
biadap dan tidak menghormati ornag lain.
 Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan
sesekali meninggikan suara seperti orang menengking.
 Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak jauh dari kita, hampirilah
dia jangan bercakap dengan menjerit – jerit dati satu sudut ke satu sudut.
 Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau
tidur menghadap suami bukan membelakanginya.

Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui.
Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan
bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.

Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa
gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang
mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara yang buruk.
Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:
 Menempah bidan
 Menjamah perut
 Melenggang perut
 Mandi melenggang perut
 Mengadap semangat

Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap
sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik
selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang
mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir, langit – langit dan
membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara kaum keluarga.

Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan
hari bulan Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan
hari yang tidak sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku
kematian di kalangan keluarga mereka.

Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung
sahaja. Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut
kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan
tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.

Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan – bidan yang ada di kawasan tidak
dapat menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak
menempah dari awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.

Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia
seperti Melaka dan Johor, manakala istilah ‘ kirim perut’ pula difahami oleh orang Melayu di
sebelah utara seperti Perak, Kedah dan Perlis.

Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak
kandungan dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai
sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi
penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat penting.

Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya
anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang
melahirkan anak kelak.

Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara
bahan yang disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana
besar, secupak beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu dan sebatang salur
pinang.
Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta
membetulkan kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi
Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di
atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki bakal ibu akan menendang
kelapa itu dengan sekuat – kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika
melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika belahan itu lebih banyak pada bahagian
matanya ia menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.

Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian
kunyit di atas perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke
atas perut dipercayai rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.

Mandi Melenggang Perut


Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untuk
menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah
dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa
yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.

Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan
wanita hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke
atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam
supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil akan berkemban dan bidan akan
menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung
dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu
dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir
sekali air tolak bala dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.

Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias
indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya
dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas
nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.

Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang berasingan sebagai
pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi
yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.

Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil


Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat
Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh
wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.

Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi
perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang
semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung.
 Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju
basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu
bersalin.
 Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda – benda yang menakutkan
dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
 Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat –
sifat orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
 Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak
yang mempunyai gelap masa depan.

Mengerat Tali Pusat Bayi


Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih
dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan
perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada
mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun tembuninya. Minyak urut
ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat cepat tanggal.
Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.

Menanam Uri dan Tembuni


Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayitidak boleh dibuang begitu
sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak
boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya
ditanam di pintu jalan bersama – sama asam, garam, jarum, buku dan pensil supaya anak menjadi
rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana
dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat.

MASYARAKAT CINA
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China
telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman
Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman
Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu (
1644 – 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas
hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan
abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga
yang paling hampir dengan Asia Tenggara.

Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan
kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka
datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya
dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan
orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan
bahasa mereka.

Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran
Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina.
Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and the preservation of
the family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan
yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme
amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan
keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.

Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada yang
wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”.

Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati
sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.

Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha,
kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan
tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan
membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana.
Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian
maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh
kepada “cycle of life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.

Lawatan dan Kunjungan


Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri
tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.

Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada
itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah
berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka
makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting.

Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam
bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak
dibernarkan sama sekali.

Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda yang
tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.

Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian
seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan
sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus
dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur
satu tahun.
Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun
keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang
lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri.
Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta
memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab
baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.

Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak – kanak
itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional
bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.

Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu
telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam
mencampuri hal perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh
ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang
sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu
perkahwinan diadakan iaitu :

 Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri
yang sah dari segi undang – undang.
 Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru
memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda
pengenalan antara satu sama lain.
 Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh
saudara mara yang rapat sahaja.

Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman
perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan
jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana
majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan
berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang
berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa
sedih dalam masyarakat Cina.

Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan
tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan – perkataan
yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin
itu.

Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu,
sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.
Kematian
Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke
rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam
atau kelabu dan sebagainya.

Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “
duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang
kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga
kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji –
panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si mati.

Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula –
gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa
nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang diberi itu boleh
dimakan.

Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai
orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga
mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima
kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung kerumah
tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan
rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu.

Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan
sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau
sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah
mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima
hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga,
jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan
kesyukuran.

Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama
tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalah umpama
Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu didalam tradisi India.
Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara.

Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan mesti sentiasa
dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang ketua agama
yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin. Masa
perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara
untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari
keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu
matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di
kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan
api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.
Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada
keluarga dan masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang
bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang
upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak.
Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan
upacara tersebut.

Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu
mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama
bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu
persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka.

Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India. Di sepanjang
tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang
berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat Hindu akan
bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat
tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara
agama.

Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan
oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakat
India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.

Deepavali ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau ‘ilmu’ ke
atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan paling utama bagi
masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh
keluarga yang sudah meninggal dunia.

Thaipusam pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan
susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada
masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai
persembahan.

Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat
padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah
akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk
dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.

Melanjutkan perbicaraan terdahulu berkaitan adat atau disebut juga budaya masyarakat-
masyarakat utama Malaysia, apa yang cuba digambarkan bukanlah bagaimana bentuk adat-adat
tradisi masyarakat di Malaysia semata-mata, tetapi kita berusaha untuk melihat bagaimana setiap
kaum itu mempunyai adat dan kepercayaanya yang membentuk identiti dan keperibadian mereka
yang tersendiri. Secara tidak langsung juga didalam bahagian itu kita telah membicarakan
kepentingan adat kepada kaum-kaum tersebut. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun
jika diteliti, kita pasti akan memahami akan kepentingan adat-adat itu sekurang-kurangnya
sebagai perlambangan identiti dan peribadi masyarakat mereka.
Sewaktu Mengandung

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud
`kandungan ibu� dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan
untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara
ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah
bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali.

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu
gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak
dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi
tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita


hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke
dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.
Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang
  tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih
pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan.
Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu
dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil
tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai
Ibu memakaikan gelang emas   mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut
didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air
seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air
mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti
pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh
ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku
dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai
makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih
muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.

Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang.


Para cumanggali akan memulakan upacara dengan
menyapu krim cendana pada kedua belah tangan
dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan
gelang tangan dipakaikan. Makanan yang disediakan
juga disuapkan kepada wanita hamil tersebut.
Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil akan
Menyapu kunyit pada
menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan tangan dan pipi
beberapa gelang kepada cumanggali yang
menjalankan upacara ini.
Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu
dengan menyediakan air kunyit yang
dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah
dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-
tengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas
sirih tadi. Dulang diangkat oleh tiga orang
cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan
dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita
hamil tersebut. Salah seorang cumanggali akan
mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan
menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah
itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu
rumah.

Ibu mengelilingkan beras di atas Seterusnya wanita yang hamil itu akan
kepala sebanyak tiga kali
memakan salah satu nasi yang disediakan.
Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang
berasingan dan seterusnya dibungkus dengan
kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu
diminta membuka salah satu bungkusan yang
diingini. Jika bungkusan yang dibuka adalah
nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir
adalah perempuan, sebaliknya pula adalah
lelaki.

Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita


hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu
bapanya selama sebulan selepas bersalin.
Upacara valaikaappu ini masih diterima dan
diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan
mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan
Suami menyuapkan manisan
ke dalam mulut isteri struktur lapisan masyarakat.

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian
adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan
kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke
alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk
melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Semasa Kematian

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci
amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang
diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol
ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum
disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan
sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan
kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah
itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk
membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang
ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan
kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar
supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung
diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci
seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga
ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau
halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati
sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai,
perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan
ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut.
Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat.
Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai
mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara
mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya
menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh
orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian
baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah
dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Upacara Menanggalkan Thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah


kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh
ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si
isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat
suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian
bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia
dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil
mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali.
Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak,
bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah
menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan
dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.

Upacara Vaaikkarisi

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.
Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut
mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan
inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat
berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala
mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan.
Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini
dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum
lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke
tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki
memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa
batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu
dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi
mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci
dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati
sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah
perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut
beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli
keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda
penghormatan.

Kollic Catti

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada
periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak
sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.
Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti
dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia
seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai
menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan
seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut
ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi
bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon
isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai
melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun
bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta
serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka
atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan
akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan
orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang


air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin
perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani
para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas
oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat
India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin
lelaki.

Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub
etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status
sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral,
rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-
maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak
langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang
dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan
tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar .

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal


dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat
21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin
dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu
iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka
poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam,
Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil
dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak
akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal
pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara.
Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Bertunang dan Sami memberikan


Adat menyuap kanl kande
sembahyang ku'gumem

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan
untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan
diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar
sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan
membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin
perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan
dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.
Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa
adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala
udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi
sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah
majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan
beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita
yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki
dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik
tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan
menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang
tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana
kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.
Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan
diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu
dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah
pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.
Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar
oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh
mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-
maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua
pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji
(niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh
masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan
upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Sebelum Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad
jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna
perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk
dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang
ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan
sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan
untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih
pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada
leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu
dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti
lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai
suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau
sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana,
kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk
memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari
sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas
suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan
yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.
Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk
pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini
kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak
dicuri orang.

Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal
ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan
adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan
mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan
batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan


dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit
dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan
supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan
dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan
menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga
hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain
bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan
dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara
sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak
sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa
yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan
dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah
pengantin lelaki.

Selepas Majlis Perkahwinan


Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi
ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah
pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati
kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum
khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara
perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan
ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan.


Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para
tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran
dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan
tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

BUDAYA

Kelantan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dialek Kelantan dengan bahasa Hokkien yang
berbeza hasil campuran Melayu dan Thai. Tetapi umumnya mereka ini tidak tahu berbahasa
Mandarin.

Seperti orang Melayu, mereka juga gemar memakan sirih dan mengunyah sentil tembakau. Cara
masakan mereka pula kebanyakannya dipengaruhi oleh cara masakan Melayu dan adalah
menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga
orang-orang Melayu. Antara menu utama masyarakat Baba Nyonya di Melaka termasuklah lauk
pauk seperti masak asam pedas, masak lemak dan sambal belacan manakala Cina Peranakan
Kelantan tidak janggal makan ulam bercicahkan budu.

Bermain gasing dan menonton wayang kulit merupakan antara aktiviti tradisional yang digemari
oleh Cina Peranakan Kelantan. Kebolehan menulis dan membaca dalam Jawi pula adalah satu
perkara biasa bagi generasi tua Cina Peranakan Kelantan yang mendapat pendidikan di sekolah
aliran Melayu selain pergaulan yang rapat sejak kecil dengan rakan mereka yang berbangsa
Melayu. Bagi masyarakat Baba di Melaka, berpantun dan berjoget lambak sudah dianggap
sebagai daripada warisan budaya mereka.

Penyerapan budaya Melayu di kalangan Cina Peranakan ini lebih terserlah apabila di Kelantan
kita dapat melihat warga tuanya gemar memakai semutar ketika bekerja di bawah terik matahari
dan memakai kain batik atau kain pelekat sebagai pakaian harian mereka. Begitu juga di Melaka
kita boleh melihat generasi tua Baba perempuan (Nyonya) gemar memakai kebaya dan sarong
seperti mana wanita Melayu.
India Peranakan

Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melaka
adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik diMe laka. Masyarakat ini tidak boleh
disamakan dengan masyarakat chetty yang terkenal dalam bidang peminjaman wang tetapi ia
adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orangH ind u
dengan orang-orang tempatan seperti Melayu,C ina dan lain-lain.

Perkahwinan campur dan pergaulan harian yang rapat dengan masyarakat tempatan turut
mempengaruhi budaya masyarakat India Pernanakan ini. Sebagai contoh, pakaian tradisional
mereka lebih mirip kepada masyarakat Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi
wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain
seperti serban bagi menutup kepala.

Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan

masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang Melayu iaitu nasi.
Selain itu, mereka juga menjadikan kuih-kuih tradisional Melayu seperti dodol, wajik dan kuih
bahulu sebagai antara hidangan utama untuk menyambut tetamu ketika hari perayaan.

Masyarakat India dan Cina Moden, dan Masyarakat Bukan Melayu Lain

MASYARAKAT INDIA
THE INDIAN COMMUNITY
Visits
For the Indian community, visitations are better made on appropriate days. For example, visits
on Hindu New Years, or to houses of those who have just moved in. Visits on Sunday, Tuesday
or Thursday will be forbidden as those are not considered good.
Indians practice various types of greetings, commonest way being to put both palms together and
lifting them up to the chest. While this is done, the words are greets such as “Vanakkam”
(Tamil), “Namaste” (Hindi) and “Sastrigal” (Sikh).  In addition it would also be accompanied by
questions on health, family, work, business and such matters.
Before entering the house shoes must be removed and placed outside the door.
If the host serve drinks or snacks it is forbidden to refuse without any reason. A guest is expected
to at least taste a little.
When something is given or received the giver or recipient must use the right hand. The phrase
such as “I am going” must be avoided as it will appear as if the guest will not want to visit again.
It is better to say “I will return” when leaving the house. The host will usually accompany the
guest outside the house and say “good bye and come again” while placing both palms together
and raising it to the chest level.
Births
On the child’s birth the father will inform relatives and friends either verbally or by letter. The
family is not considered holy or clean for a period of 16 days after the baby’s birth.
A ceremony will be held on the 16th day to formalize the naming of the child. On the day the
house and cradle would be decorated and a special meal prepared for the guests.
The name of the child is usually chosen carefully after referring to the Hindu calendar and
determining the zodiac of the birth. The name of the baby will start with a letter that is
compatible to the star.
When naming the baby the older relatives will take turns to hold the baby while songs are being
sung by womenfolk. Relatives will usually give bracelets and anklets. On a suitable day (for
example 30th day) the baby will be taken to the temple where a ceremony for giving thanks will
be held.
Marriage
Weddings to Indians are very important events. Each step taken is done with the purpose of
ensuring the harmony and peace of the bride and groom and their families.
Marriage ceremonies are said to dominate the social lives of the Hindu community and plays an
important part in their faith. This is because the Hindu community sees marriage as a religious
ceremony which connects the religion with the community structure and economics.
The marriage ceremony is considered to be a festive and expensive event, and is a meeting point
for those from both the same and different castes to meet. The marriage ceremony is a very
important one in the Hindu ceremony where parents would be willing to be in debt to ensure a
grand wedding.
A marriage is said to elevate a man’s status. They must produce offspring to avoid being looked
down by the society. If a woman fails to provide children the man is allowed to marry again. The
woman’s status can be said to be lower than the man, and therefore the women will require
protection by the man. Her responsibility would be to produce children and satisfy the man’s
desires (Srinivas, 1970:47).
A second marriage is absolutely forbidden for a woman. During the olden days women whose
husbands have died will be burnt with the husband. This situation exists amongst royalty and the
upper classes.
Although remarriages are forbidden for women who have lost their husbands, as practiced by the
Hindu upper classes most caste members allow it now. Second marriages for women will
normally be done quietly while the husband can choose to have either a grand wedding or
otherwise.
Spouse Hunting/Looking for love
Normally when a family has a son or daughter of a marriageable age, the parents would start
looking for his or her match. For a man, when he reaches 25 years old, he is considered eligible
for marriage. A woman of 21 and above would qualify. From the writer’s own research (3 have
been done), the average age for women to marry above 23 years old while the man would be
above 28 years old.
In searching for a spouse, parents who have marriageable children will usually get assistance
from marriage brokers to find a suitable match for their child. Some of them seek the help of
family members in their efforts to find the match. They also set down the criteria that must be
found in their future daughter or son in law. For example, the criteria include education level,
good looks, background and stable finances.
Usually the man’s side would be more anxious to find their son’s match compared to the women.
The selection of future brides is based on who the parents like and sometimes are based on
personal choice. They also try to find matches from the same caste. According to one informant,
marrying into another caste can only disrupt family practices. The Hindu community encourages
marriages within the family to ensure that the couple is of the same caste. This can be seen more
commonly in the matchmaking process of higher class caste such as the Brahmins.
Where the procedures of selection involves a broker, when a broker finds a suitable match , the
process of making an inquiry or proposal will be carried out. The parents of the boy will try to
investigate the background of the choice, such as the appearance, education and age. The
background and financial situation of the girl’s family are also investigated. This is done to
ensure that the girl is compatible with the boy in every aspect. If she is not, the match is either
rejected or a higher dowry is set.
Seeing the Match
Before the boy’s family comes to see the girl, the girl’s family will be notified first by the broker
and if the girl’s family agrees with the choice of the broker then the process can be continued.
The boy’s family and entourage will arrive at the girl’s house on a day deemed as suitable by
both parties. Usually only the closest family will accompany the boy. No gifts would be brought
as this is a normal visit.

MASYARAKAT MAJMUK

• Masyarakat majmuk (Plural society) yang bermaksud masyarakat pelbagai kaum (Multi-
racial society) adalah merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang sama-sama
atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara sama.

• Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara seperti Malaysia pada kebiasaannya terdiri
daripada beberapa kelompok majoriti (1-3), disusuli oleh sub-sub etnik (kelompok
minoriti) lain yang lebih kecil dan kurang berpengaruh.

Definisi budaya
• Istilah Budaya (culture) secara amnya memberi maksud cara hidup manusia. Budaya
juga dilihat sebagai satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha
manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan
"budaya" yang bermaksud "budi+daya"; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia
yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang
meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan
sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang
dapat dilihat atau tidak.
• Budaya bermaksud cara hidup sesebuah masyarakat. Budaya juga memberi maksud
tamadun, peradaban dan kemajuan

• Modern Dictionary of Sociology mentafsirkan budaya sebagai cara hidup manusia yang
hidup berkelompok sama ada yang berbentuk material (ciptaan manusia) dan bukan
material (adat resam, kepercayaan, undang-undang dll)

• Edward B. Taylor pula menerangkan budaya sebagai satu himpunan

• Ilmu pengetahuan

• Kesenian

• Adat resam

• Kemahiran yang dimiliki dan diamalkan oleh manusia dalam sesuatu


masyarakat.

• A.L Kroebor & Clyde Kluckdan mendefinisikan budaya sebagai segala amalan,
peneimaan dan kepercayaan oleh sesuatu masyarakat yang dipraktikkan secara
berterusan atau diulangi oleh generasi yang seterusnya.

• A.L Kroebor & Clyde Kluckdan juga turut menyenaraikan elemen-elemen penting yang
membentuk budaya iaitu kelengkapan hidup, sistem ekonomi, keagamaan, bahasa,
kesenian dan ilmu pengetahuan

Budaya dan Cara Hidup

2.1 Malaysian dan “Nasi Lemak”

Orang Melayu merupakan golongan majoriti di Malaysia. Terdapat pelbagai


kebudayaan dan tradisi orang Melayu yang telah menerap ke dalam budaya
Negara kita. Ini bermakna tradisi dan budaya yang dulunya hanya diamalkan oleh
golongan Melayu, kini telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup
penduduk Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Contohnya, makanan nasi lemak
yang merupakan makanan orang melayu sebelum ini telah menjadi makanan
umum yang dinikmati oleh pelbagai etnik dan kaum. Penerapan ini membolehkan
budaya Malaysia yang unik dan istimewa dibina dan seterusnya dipupuk untuk
mencapai perpaduan kaum demi kemajuan negara.

2.2 Malaysian dengan “Gong Xi Fa Cai”

Orang cina menyambut sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun. Apa itu
Tahun Baru Cina? Adakah iannya merupakan hari penyembahan dewa-dewa
Cina? Atau hari keutamaan orang yang beragama Buddha? Sebenarnya, sambutan
Tahun Baru Cina ini bukan merupakan sambutan yang berasaskan mana-mana
agama atau kepercayaan, malah ia merupakan sambutan orang cina berasaskan
kalendar cina (beribu-ribu tahun dahulu) yang menunjukkan permulaan satu
tahun yang baru (Musim Bunga di China). Begitu juga dengan penggunaan
“tanglung” dalam pesta-pesta tertentu oleh masyarakat Cina. Ianya bukan simbol
keagamaan atau instrumen untuk “menghalau hantu”, tetapi ianya hanya satu
lampu yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk menerangi jalan.

Kita selalu keliru bahawa orang Cina semuanya beragama Buddha yang
berasal dari India dan mengamalkan adat istiadat keagamaan. Tetapi terdapat
juga pelbagai agama lain yang dianuti oleh orang cina di Malaysia, mahupun
orang Cina di seluruh dunia. Contoh agama lain yang dianuti ialah Islam, Kristian,
Confucius, Taoisme dan lain-lain. Misalnya seorang yang berbngsa Cina menganuti
agama Islam tidak akan menyembah seperti mereka yang beragama Buddha,
tetapi masih menyambut Tahun Baru Cina dan mengekalkan budaya penggunaan
“tanglung”.

Apa yang dimaksudkan dengan “Gong XiFa Cai” sebenarnya? Ianya bukan
bermaksud “Selamat Tahun Baru Cina” atau “Happy Chinese New Year”, malah
ianya merupakan satu kata-kata manis dalam budaya Cina, yang membawa
maksud “Moga gembira dan cepat kaya”.

2.3 Malaysian dengan “Roti Canai”

Orang India juga membawa budaya tersendiri ke Malaysia. Misalnya, Hari


Deepavali, Ponggol, dan lain-lain. Makanan-makanan yang menjadi keunikkan
Malaysia sendiri pula, seperti “Roti Canai”, “Tosay” dan “Capati”. Kini bukan saja
orang India suka makan roti canai, malah Melayu, Cina dan masyarakat
bumiputera Malaysia yang lain juga suka makan roti canai. Pernah terlihat satu
keratan akhbar Inggerís yang memaparkan “The World Greatest Roti Canai” di
pekan Kapit, Sarawak. Roti canai itu dikatakan paling sedap di dunia, tetapi ianya
dibuat oleh seorang nenek Melayu yang beragama Islam. Ini menunjukkan
penerapan kebudayaan etnik India dalam Malaysia dan mampu membentuk satu
kebudayaan Negara yang unik dan istimewa.

3.0 Kesimpulan

Perpaduan kaum di Malaysia amat sukar direalisasikan dengan kata-kata


kosong sahaja. Ia memerlukan tindakan atau usaha semua pihak untuk
mewujudkan satu negara yang bersatu padu dan maju dalam pelbagai aspek.
Untuk pelajar UPSI yang bakal menjadi penjana utama anak-anak Malaysia perla
mempunyai minda yang kental dan inovati untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Apa yang kita boleh buat ini? Pergi ke sekolah nanti, membina minda anak-anak
Malaysia tentang perpaduan kaum. Bayangkan setiap orang guru menerapkan
konsep perpaduan kaum kepada anak-anak murid masing-masing, Malaysia akan
mencapai perpaduan kaum pada Wawasan 2020 nanti.

Apa boleh setiap kaum atau etnik menyumbang kepada negara?

Kita tahu bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri.
“Tuhan mencipta manusia dengan jari tidak sama panjang, tetapi ianya begitu
padan untuk membuat kerja”. Begitu juga manusia dicipta dengan pelbagai
kelebihan dan kelemahan, saling bergantungan untuk melaksanakan tugas yang
mempunyai pengkhususan tersendiri. Bayangkan Malaysia pada masa depan …
(Contohnya)

“Orang Melayu memimpin kegemilangan politik Malaysia”,

“Orang Cina memimpin kestabilan ekonomi Malaysia”,

“Orang India memimpin kesinambungan profesional Malaysia”,

“Bumiputera nagara memperkayakan keunikan sosial Malaysia”.

Kombinasi ini hanya akan mencapai kerjayaan apabila setiap kaum tidak
membelah bahagi antara satu sama lain, dengan hanya bertujuan untuk mencapai
kecemerlangan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan unik. Sekiranya
semangat perpaduan tidak dibina, suara ketidakpuasan daripada pihak-pihak
tertentu akan timbul. Misalnya, ”, Saya orang Melayu juga mampu
memperkayakan keunikan sosial tersendiri Saya orang cina juga boleh berpolitik,
dan lain-lain”. Sememangnya kita tidak boleh membuat pengkhususan tugas bagi
golongan kaum yang difikir sesuai sahaja. Ia juga boleh dicampur aduk oleh
golongan lain. Tetapi jika kita berfikiran luas bahawa Malaysia itu dikongsi
bersama, kita tidak akan berpendapat sedemikian. Politik, Ekonomi,
Profesionalisme, Kebudayaan dan Sosial negara milik setiap orang di Malaysia.
Jika bergitu tidak kira siapa yang menjalankan tugas, asalkan kerja itu mencapai
matlamatnya untuk membina sebuah negara yang maju.

4.0 Cadangan / Renungan

4.1 Mempelbagaikan akriviti kebudayaan dalam universiti yang


membolehkan penglibatan setiap etnik. (Contohnya, Hari Keluarga
UPSI, Program Budaya dan Tradisi Malaysia dan lain-lain)

4.2 Memperkenalkan Malaysia dengan identiti kepelbagaian budaya dan


pengabunggan budaya setiap etnik dalam membentuk satu “Budaya
Malaysia” di kalangan generasi akan datang.

4.3 Memperkenalkan keunikan Malaysia kepada dunia luar seperti


Lawatan Kebudayaan ke Luar Negara, “Pesta Kebudayaan Malaysia”,
dan lain-lain.
Selain daripada masyarakat Baba Nyonya, Peranakan Cina Kelantan dan masyarakat
Chetty, pengaruh budaya Melayu juga terdapat di kalangan masyarakat bukan Melayu lain
seperti bumiputra Sabah dan Sarawak, dan juga masyarakat India dan Cina moden. Bezanya
pengaruh budaya Melayu di kalangan mereka sekadar melibatkan proses akulturasi dan
bukannya asimilasi.

Antaranya kita dapat melihat Bahasa Melayu digunakan sebagai medium komunikasi utama di
antara dua individu yang berlainan etnik. Bagi kaum wanita, sepasang dua baju kurung sudah
pasti ada di dalam senarai pakaian harian mereka ke pejabat. Begitu juga dengan kaum lelaki
yang tidak kekok mengenakan baju batik ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.

Di sekolah-sekolah pula, sudah menjadi satu kebiasaan bagi pelajar-pelajar Cina dan India
bahkan juga masyarakat bumiputra di Sabah dan Sarawak memilih baju kurung sebagai pakaian
sekolah sekolah. Senario ini dapat dilihat bukat sahaja di sekolah-sekolah kebangsaan ataupun di
sekolah-sekolah integrasi, tetapi juga di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

1.

http://ms.wikipedia.org/wiki/baba_dan_nyonya

2.

http://ms.wikipedia.org/wiki/chetty
3.

http://mforum.cari.com.my

4.

http://www.heritage.gov.my/kekkwa

Pengaruh Budaya Bukan Melayu di Kalangan Masyarakat Melayu

Sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang telah menerima kehadiran pelbagai budaya
asing semenjak beratus tahun lamanya, budaya masyarakat Melayu dengan sendirinya
terevolusi. Terdapat banyak pengaruh asing yang telah diterima dan diamalkan dalam kehidupan
masyarakat Melayu sekarang dan ianya dapat dilihat dari segi cara berpakaian, makanan,
hiburan, majlis perkahwinan, majlis hari lahir dan sebagainya.

Golongan lelaki memilih baju kemeja dan seluar µslack¶ dan tali leher sebagai pakaian
rasmi ke pejabat berbanding baju Melayu, sampin dan songkok. Senario ini adalah senario
akulturasi yang berlaku pada masyarakat Melayu di Malaysia. Hanya golongan wanita yang
kekal anggun mengenakan baju tradisi seperti baju kurung dan kebaya untuk ke pejabat dan
urusan-urusan rasmi lainnya. Pun begitu, fesyen pakaian golongan wanita ini juga tidak lepas
dari pengaruh asing. Jubah dan kepelbagaian tudung dari Timur Tengah menjadi fesyen terkini
wanita Melayu.

Pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya yang asalnya dipinjam
dari budaya masyarakat Cina. Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau adalah dari
golongan yang sudah berkahwin kepada mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat
Melayu, pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwin
ataupun yang masih bujang) kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan

juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka. Malahan ada juga yang memberi
angpau

kepada nenek serta datuk.

Permainan bunga api dan mercun ketika Hari Raya Aidilfitri juga merupakan pengaruh

budaya masyarakat Cina.

Sekiranya kita lihat daripada segi makanan, masyarakat Melayu turut mempunyai menu
yang sama dengan masyarakat Cina dan India seperti roti canai, capati, maruku, kari, mee hailam
dan nasi ayam. Semua ini adalah contoh masakan masyarakat lain yang diserap ke dalam budaya
Melayu hasil daripada perkahwinan campur ataupun pergaulan seharian. Selain itu, pengaruh
makanan barat juga semakin meluas di kalangan masyarakat Melayu. µRoti John¶ dan µBurger
Ramlee¶ adalah antara pengaruh makanan masyarakat barat di kalangan masyarakat Melayu
yang mana orang Melayu telah menerima makanan tersebut sebagai makanan Melayu.
Masyarakat Melayu juga pada hari ini lebih gemar makan menggunakan sudu dan garfu ketika
tangan berbanding tangan.

Pengaruh barat juga dapat dilihat ketika adanya majlis-majlis sambutan hari lahir. Lilin
akan dibakar mengikut bilangan umur di atas sebiji kek dan kemudiannya ditiup oleh individu
yang diraikan. Masyarakat Melayu tidak sepatutnya mendedahkan anak-anak mereka dengan
budaya berparti seperti ini sebaliknya sambutan hari lahir perlulah diraikan dengan majlis doa
selamat ataupun kenduri kesyukuran.

Sebenarnya, pengaruh budaya asing dalam masyarakat Melayu masih begitu banyak

untuk dihuraikan. Sikap keterbukaan masyarakat, pengaruh arus kemodenan dan agenda
pembangunan negara adalah antara medium belakunya akulturasi budaya ini. Pengaruh yang
baik wajar kita terima dalam budaya kita. Walaubagaimanapun, perlu ada pemantauan dilakukan
terhadap kemasukan budaya asing ini supaya tidak terus meresap ke dalam budaya tempatan
dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, hiburan dan fesyen yang dibenarkan masuk dari
luar tanpa sebarang had telah menyebabkan tersebarnya budaya Black Metal, Punk, Gothic dan
Skinhead di kalangan remaja Melayu. Budaya negatif seperti ini sekiranya tidak dibendung,
mampu menjadi punca kepada kehancuran negara.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi
hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil
dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu
menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum
hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari
sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan


berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai
acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan
mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang
disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul
kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada.
Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau
mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan
menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Pengantin Bersanding

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan


mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian
atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa
(membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)
dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak
tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan
untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk
melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah,
penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan
meroboh khemah perkahwinan.

You might also like