You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penguasaan murid Tahun 4 dalam menggunakan
penanda wacana dalam proses penulisan karangan. Kajian ini melibatkan seramai 20 orang
murid Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan ................ Pelaksanaan kajian ini adalah
berlandaskan kepada kaedah kuantitatif yang mana pengkaji akan menggunakan ujian
pengesahan dalam mengenal pasti tahap penguasaan penanda wacana di kalangan murid
dalam proses penulisan karangan. Dalam pada itu, penyelidik juga akan menggunakan
borang selidik untuk mengenal pasti pelbagai aspek yang berkaitan dengan kajian seperti
faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan penanda wacana di kalangan murid kajian,
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam penulisan karangan dan pelbagai
aspek kajian. Kesemua dapatan kajian ini kemudiannya akan dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 12.0.

You might also like