You are on page 1of 6

AJ 31403 : PENSEJARAHAN MELAYU

PENSYARAH : EN. MOSLI TARSAT

NUR ANNYUNI BINTI ABD AZIZ (BA 08160345)

EVA MARIE MOJIGOH (BA 08160294)

ZAIBRAIL

Soalan 9 : “Tuhfat Al-Nafis merupakan sebuah karya sejarah yang berisi sejarah sejak jatuhnya
pemerintahan Melayu sampailah ke masa moden, meliputi sebuah salasilah keluarga raja-raja
Selangor , ditulis oleh Raja Ali Haji dari Riau.” Berdasarkan karya ini bincangkan tradisi
pensejarahan Johor-Riau.

1.0 Pengenalan

 Tuhfat Al-Nafis (Hadiah Berharga) merupakan sebuah karangan sejarah, karangan


Almarhum Raja Ali Al-Haji, Riau pada 1885.
 Secara umumnya Tuhfat Al-Nafis merupakan sebuah naskah yang tidak asing lagi dalam
kalangan para sejarawan yang mengkaji sejarah Johor – Riau dan Tanah Melayu.
 Sesetengah sarjana beranggapan naskah ini tidaklah begitu penting dengan naskah-
naskah lain seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai dan lain-lain.
 Namun demikian, pengarang teks ini lebih kehadapan berbanding dengan pengarang
teks yang sezaman dengannya. Ini dapat dilihat dari segi penggunaan sumber dan
pemberian tarikh atau jangka waktu sesebuah peristiwa yang diperihalkan dalam teks ini
menyebabkan teks ini lebih istimewa berbanding dengan teks pensejarahan Melayu
yang lain. Tarikh tepat teks ini dikarang dikatakan sekitar penghujung abad ke-19

2.0 Latar Belakang Penulis

 Raja Ali Haji adalah keturunan bangsawan Bugis di Riau.Beliau lahir pada tahun 1804
dan meningggal dunia pada tahun 1872. Bapanya Raja Haji Ahmad pula lahir pada
tahun 1778 dan meninggal pada tahun 1878 ketika berumur genap 100 tahun.
 Mengikut jurai keturunan, Raja Ali Haji anak kepada Raja Haji Ahmad, cucu Raja Haji,
cicit Daeng Celak, piut Daeng Relaka dan berasal dari keluarga diraja Bugis di Makasar.
19
 Merupakan Yang Dipertuan Muda ke-8 Johor – Riau.
 Raja Ahmad  iaitu ayah kepada Raja Ali Haji juga adalah anak kepada Raja Haji
(marhum mangkat di Ketapang, Melaka) yang merupakan Yang Dipertua Muda ke-4
Johor-Riau.
 Pada tahun 1828, Raja Ali Haji yang ketika itu berumur 19 tahun telah mengikut
ayahnya ke Mekah. Di sana beliau telah menuntut ilmu agama di sekitar Mekah dan
mempelajari bahasa Arab sehingga fasih. Semasa bertahun-tahun dalam pelayaran
menunaikan fardhu haji telah dimanfaatkan oleh Raja Ali Haji untuk menimba ilmu
agama dan bertutur bahasa Arab. Abu Hassan Sham menegaskan :
"....Sambil menunaikan fardhu haji, mereka juga mendalami ilmu agama di sana. Antara
pembesar yang telah pergi menunaikan haji ialah Raja Haji Abdullah ( YTM Riau ke-9),
Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji".

 Mengerjakan haji pada ketika itu bukan perkara yang mudah. Hanya orang kaya dan
pembesar sahaja yang berpeluang mengerjakan haji. Apabila singgah di satu2
pelabuhan, terpaksa belajar mengggunakan bahasa tempatan . Oleh yang demikian
Raja Ali Haji terpaksa menggunakan bahasa Arab, Farsi, Urdu dan lain-lain.
 Raja Ali Haji bukan calang-calang tokoh. Beliau adalah seorang ulama. Abu Hassan
Sham menguatkan hujah ini :

 "Ulama tempatan Riau pula ialah Raja Ali Haji Raja Ahmad. Beliau telah menjadi
guru ugama di Pulau Penyengat dan mengajar mata pelajaran bahasa Arab iaitu kitab
"Al Masadir" ".

"Di antara muridnya ialah Raja Haji Abdulah, Yang DiPertuan Muda Riau ke-9".

 Beliau begitu arif tentang udang-undang Islam dan adat- istiadat masyarakat Melayu
Bugis hasil daripada pengalaman, pembacaan dan hasil pengajiannya. Dalam Tuhfat Al
Nafis terdapat ramai ulama yang datang atau dijemput memberikan kuliah agama.
Tempat pengajian agama ini tidak lain dari istana raja dan masjid-masjid.
 Raja Ali Haji juga amat mementingkan pelajaran. Sunggguhpun beliau seorang ulama
dan barangkali amat membenci orang kafir , tetapi beliau menghantar anaknya
mengikuti pendidikan Belanda.
 Beliau begitu terbuka tentang sistem pendidikan. Menuntut ilmu boleh dipelajari di
mana-mana sahaja dan pada siapa sahaja. Ketika beliau menghadiri satu majlis dengan
orang Belanda, perhatiannya begitu teliti dengan adat orang Belanda. Beliau
memerhatikan orang Belanda makan, cara duduk, minum arak, tarian berpasang-
pasangan dan sebagainya. Baginya budaya orang Barat itu tidak sesuai dengan orang
Melayu.

3.0 Keistimewaan Tuhfat Al-Nafis

 Tuhfat Al-Nafis adalah kumpulan cerita mengenai salasilah raja-raja Melayu, Bugis, Siak,
Johor, sampai Singapura beserta riwayat kerajaannya.
 Menurut R. O. Winstedt, teks ini merupakan karya terpenting dalam rangkaian karangan
Melayu yang berbentuk sejarah selain Sejarah Melayu.
 Secara keseluruhan karya ini masih mirip dengan Salasilah Melayu dan Bugis.
 Selain itu, Tuhfat Al-Nafis sering digunakan sebagai bahan rujukan bagi penyusunan
sejarah Riau dan Johor, serta masalah-masalah lain bangsa Melayu.
 Teks Tuhfat Al-Nafis sedikit berbeza berbanding dengan teks karya-karya sejarah
lainnya.
 Penulisan teks ini lebih cenderung bila dibandingkan dengan karya sejarah yang muncul
sebelumnya kerana teknik penceritaan mitos dan lagenda hampir-hampir tidak
dinyatakan dalan teks ini. Selain itu dalam teks sastera sejarah biasanya tidak
mencantumkan tarikh dan nama pengarang, tetapi dalam Tuhfat Al-Nafis terdapat tarikh
tahun dan dapat diketahui siapa pengarangnya. Hal ini di sebabkan pengarang abad 19
telah berani bertanggungjawab atas karya-karyanya, di antaranya adalah Raja Ali Haji.
Raja-raja keturunan Bugis pada masa itu biasa menulis catatan harian sehingga
mencantumkan tarikh dan tahun.

4.0 Tuhfat Al-Nafis Sebagai Sebuah Karya Sejarah

 Pengarang-pengarangnya dari kalangan bangsawan.


 Raja Ali Haji adalah pembesar di istana juga dan kemudian menjadi Yang DiPertuan
Muda Riau. "Ia ( Tufat al Nafis) ditulis oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dan Raja Ali
Haji, orang bangsawan yang luas perjalanannya dan telah terbuka kepada fahaman
sejarah yang objektif..... Maka ia lebih mendekali pengkisahan sejarah.”

 Tergolong dalam teks sastera sejarah.


 Tuhfat Al Nafis tergolong dalam kumpulan Sastera Sejarah. Abu Hassan Sham ada
menyatakan: "Kandungan karya Sastera sejarah selalunya bercampur-aduk antara
fakta sejarah, mitos dan lagenda."

 Asal-Usul Raja-raja.
 Dalam Tuhfat al Nafis, asal Raja Melayu dikatakan dari Raja Seri Teri Buana yang
turun dari Bukit Siguntang dan berpindah ke Bentan. Kemudian Sultan Mansur Shah
yang mula-mula berhubungan dengan raja Bugis. Selain itu turut dikatakan
Laksamana Hang Tuah berketurunan raja Bugis. Ini semua bagi memberi
penghormatan yang tinggi kepada raja-raja Bugis dalam Tuhfat Al-Nafis.
 Selain itu dikatakan asal raja-raja Bugis itu adalah dari keturunan seorang raja
perempuan yang bernama Siti Mallangkik yang dipercayai keturunan Puteri Balqis
yang berkahwin dengan Nabi Allah iaitu Sulaiman.

"Bermula asal raja Bugis yang mengembara ke sebelah barat.......... pada setengah kaul,
orang Bugis berketurunan puteri Balqis. ...........demikian jualah anak cucu Nabi Allah
Sulaiman A.S jatuh ke tanah bugis ini."

 Menghuraikan jurai keturunan Raja-Raja Melayu.


 Isi kandungan Tuhfat Al Nafis melanjutkan pemerian terhadap persambungan
kerajaan yang dibentuk oleh keturunan raja-raja Melayu Melaka.
 Tujuan utama pengarang tidak lain daripada menceritakan tentang raja dengan cara
menghuraikan dan memperelokkan jurai keturunan raja-raja dan untuk merakamkan
asal-usul dan jurai keturunan raja-raja yang memerintah masih dikekalkan. Walau
bagaimanapun karya ini memperlihatkan binaan yang tersendiri.”
 Ini bersesuaian dengan hati Raja Ali Haji: "........ menyatakan salasilah raja-raja
Melayu serta Bugis dan pada segala anak-anak mereka itu."
 Latar Sejarah.
 Tuhfat Al Nafis menumpukan kepada Kerajaan Melayu Bugis. Latar sejarah yang
dijadikan pusat pemerintahan pengarang adalah pemerintahan raja-raja Johor, raja-
raja Riau dan Bugis, selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

 Latar Masa.
 Tuhfat Al Nafis meliputi masa selama dua abad. Pengarangnya menurunkan akan
peristiwa-peristiwa yang penting di Riau dan di daerah-daerah dalam jarak waktu
antara pemerintahan Sultan Abdul Jalil di Johor dan Sultan Sulaiman di Riau- Lingga.
 Tuhfat al Nafis, negeri yang diliputi sangat luas iaitu melibatkan negeri Kedah,
Terengganu, Kelantan, Johor, Riau-Linggga, Inggeris Di Singapura, Belanda di Riau
dan cerita Sultan Mahmud dikalahkan oleh Belanda di Melaka.

 Kandungan utama teks.


 Tuhfat Al Nafis dalah sebuah kitab yang penuh dengan cerita-cerita peperangan.
Peperangan berlaku antara individu-individu atau antara puak-puak. Pada dua abad
tersebut memang penuh dengan peperangan di antara Bugis, Johor, Siak ,
Belanda ,Terengganu dan lain-lain. Peperangan amat menonjol kerana dilakukan
bagi memenuhi naluri perantauan orang Bugis dari Makasar itu. Opu-opu Bugis ini
juga ingin menonjolkan kegemilangan mereka. Justeru itu karya ini dikenali juga
sebagai Perang Bugis.
 Selain daripada peperangan, Tuhfat al Nafis juga merakamkan salasilah,
perpindahan, perjalanan dan pentadbiran kerajaan.
 Tentang asal usul Raja Kecil
 Episod tentang pembunuhan isteri Megat Sri Rama yang sedang hamil kerana memakan
buah nangka milik Sultan Mahmud.

 Ditulis ketika Zaman Mundur Sesebuah Kerajaan.


 Tuhfat Al Nafis dikatakan ditulis ketika zaman menurunnya sesebuah negara kota.
 Raja Ali Haji pula menulis ketika zaman kemerosotan Kerajaan Melayu Bugis di Riau.

 Cerita rakyat jelata diabaikan.


 Malang sekali cerita tentang rakyat tidak disertakan. Kisah kehidupan petani,
nelayan, pesawah,pedagang dan sebagainya tidak mendapat tempat yang wajar
dalam Tuhfat Al Nafis.
 Apa yang ditulis mengenai raja daripada permulaan hingga kepada raja yang
terakhir.
 Fakta tentang ekonomi dan politik masyarakat diabaikan sama sekali.
5.0 Tradisi Pensejarahan Johor – Riau.

 Sejarah Awal Salasilah Kesultanan Johor – Riau.


1) Sultan Ala’uddin Riayat Syah II
2) Sultan Muzaffar Syah II
3) Sultan Abdul Jalil I
4) Sultan Abdul Jalil Riayat Syah II
5) Sultan Abdul Jalil Riayat Syah III
6) Sultan Ma’ayat Syah
7) Sultan Ibrahim Syah I
8) Sultan Mahmud syah II
9) Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV

 Asal-usul Raja Kecil.


 Menurut TN , raja Melayu Siak bernama Raja Kecil. Baginda adalah anakanda kepada
Sultan Mahmud Syah II mangkat dijulang. Ketika Sultan Mahmud mangkat , isterinya
Che pong telah dilarikan oleh Panglima Lais ke Pagar Ruyung. Encik Pong merupakan
anak kepada Laksamana dan dikatakan bahawa penikahan beliau dengan Sultan
Mahmud Syah II tidak sah.
 Dalam karya TN ada menyebut tentang asal-usul Raja Kecil :

“Tatkala baginda mangkat, Zakarnya berdiri. Maka tidak ada orang yang berani menanam
Baginda itu. Maka mesyuaratlah segala menteri apa sebab pekerjaan itu, sangat ajaib. Maka
kata daripada isi istana:adalah baginda tengah berahikan Encik Pong itu, maka baginda itu pun
mangkat. Maka takbir segala menterinya (yang) baginda itu takut tiada   meninggalkan anak
cucu yang bangsa daripadanya.Maka disuruhnya orang besar-besar itu akan Encik Pong itu
setubuh dengan baginda itu konon, pada ketika itu. Maka apabila selesai baharulah rebah zakar
baginda itu. Maka encik Pong pun buntinglah konon”.

 Rampasan takhta pemerintahan Johor – Riau oleh Raja Kecil.


 Sebelum memulakan perang ke atas Johor, Raja Kecil telah menyiapkan segala alat
kelengkapan perang dan kapal perang untuk menuntut takhta ayahanda baginda.
 Secara kebetulan pada waktu itu anak-anak Raja Bugis lima bersaudara telah singgah ke
Bengkalis semasa mengembara.
 Raja Kecil telah mempelawa anak2 Raja Bugis itu untuk membantu beliau menyerang
Johor. Namun, permintaan beliau tidak dapat dipenuhi oleh anak2 raja Bugis berlima
kerana mereka mempunyai hal yang perlu diselesaikan di Langat pada ketika itu.
 Setelah siap segala kelengkapan peperangan, raja Kecil telah menyuruh menterinya
untuk pergi ke Kuala Johor dan Singapura supaya menyebarkan berita kepada rakyat
bahawa raja Kecil merupakan anakanda sebenar Sultan Mahmud mangkat dijulang.

 Pertabalan Sultan Sulaiman menaiki takhta Johor – Riau.


 Setelah menang dalam peperangan dengan Raja Kecil dan Berjaya menawan Riau, maka
Raja Sulaiman dilantik menjadi Raja Johor dengan segala takluk daerahnya.
6.0 Penilaian

Tuhfat Al-Nafis merupakan salah satu hasil sastera sejarah yang terpenting berisi tentang
riwayat kerajaan-kerajaan Melayu sehingga ke Singapura, mulai dari asal-usulnya hingga tahun
1865. Tuhfat Al-Nafis membawa beberapa pembaharuan dalam Pensejarahan Melayu dengan
adanya nama pengarang dan tarikh tahun. Walaupun tidak secara keseluruhan membawa aliran
baru, Raja Ali Haji dapat dianggap membawa kemajuan. Hal ini mungkin disebabkan oleh latar
belakang pendidikannya yang lebih baik daripada penulis-penulis sebelumnya. Tuhfat Al-Nafis
juga bukan sahaja memberikan pengetahuan sejarah mengenai Raja-raja Melayu, Johor – Riau,
Bugis dan Sumatera, malahan turut merangkumi bidang pengetahuan, kaedah dan tradisi
pensejarahan Melayu sebelum tahun 1900 dan sememangnya wajar Raja Ali Haji menganggap
teks yang dikarangnya sebagai satu ‘hadiah’ yang bernilai kepada anak cucunya.

7.0 Kesimpulan

Karya sejarah seperti Tuhfat Al-Nafis ini sememangnya berkaitan dengan pensejarahan Johor –
Riau. Selain itu dalam karya TN banyak mengisahkan mengenai hubungkait antara kesultanan
di Tanah Melayu dengan Kesultanan lain di nusantara ini. Karya ini turut banyak memberi
pendedahan kepada masyarakat kini mengenai pensejarahan Johor – Riau. Sesungguhnya
Tuhfat Al-Nafis masih terus diperkatakan hingga hari ini. Ia dibincang dan dikaji di pelbagai
tempat dan masa.

Rujukan

Hooker, Virginia Matheson. 1982. Tuhfat Al-Nafis: Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Muhammad Yusoff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Raja Ali Haji. Terjemahan Arena Wati. Silsilah Melayu dan Bugis. 1973. Penerbitan Pustaka
Antara. Kuala Lumpur.

You might also like