You are on page 1of 27

TAJUK :

SERBA SEDIKIT MENGENAI TESIS MASTER

PROGRAM :
PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT 31)

SEMESTER : 7
SESI : SEMESTER 1 2010/2011

KUMPULAN KULIAH:
B ( ISNIN : 4 – 7 PTG)

NAMA NO. MATRIK


ZURAIDA BTE INSON D 20071029776
NURUL SHUHAIRIANI BTE ISHAK D 20071029780
SITI AISYAH BTE MUSTAFA D 20071029850
MOHD RIZZUAN BIN MOHD THAZALI D 20071029781
NOR AZWA BTE AMINUDIN D 20071029889
NURDADILLA FARHANNA BTE JAMALUDIN D 20071029990
NOOR WAHIDA BTE ZAKARIA D 20071029906

KAEDAH MEMBUAT TESIS MASTER

1
1.0 PENDAHULUAN

Penyelidikan dan penemuan merupakan satu pautan yang saling berkait antara satu sama lain.
Tanpa aktiviti penyelidikan maka tidak wujud sebarang teori baru dalam sistem pengajaran
dan tidak wujud kemajuan di sesebuah negara.penyelidikan merupakan sebuah kajian
terhadap sesuatu fenomena dan metod mencari jalan penyelesaian. Metod ini juga merupakan
salah satu cara untuk membuktikan, menemukan ataupun menyanggah suatu analisis atau
teori dengan penggunaan kaedah pembuktian. Hakikatnya, kebenaran itu tidak dapat
dipercayai tanpa bukti – bukti yang sahih.

Di dalam sistem pendidikan di negara kita, di peringkat pengajian tinggi khususnya seperti
penuntut sarjanan atau master, istilah tesis tidak asing lagi bagi mereka. Hal ini berikutan
sememangnya prosedur pembelajaran di Malaysia atau di beberapa negara luar yang lain
dimana mereka dikehendaki menyiapkan sebuah tesis pada akhir semester atau tahun
pengajian. Mereka perlulah melakukan satu operasi penyelidikan berdasarkan tidak kira apa
sahaja topik yang ingin dipersembahkan. Namun begitu, tunjangnya hanya satu iaitu
menjalankan penyelidikan bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu permasalahan.

Semuannya sedia maklum bahawa perlaksanaan pengajaran di negara kita mempunyai


beberapa peringkat iaitu pemegang sijil, diploma, ijazah , master, dan PHD. Tahap dimana
pelajar didedahkan dengan tesis ini ialah diperingkat ijazah sarjana muda (ISM). Di peringkat
ini, pelajar didedahkan dengan membuat tesis awalan atau dengan kata lain penulisan ilmiah.
Penulisan ilmiah ini merupakan salah satu daripada yang disebut penyelidikan. Namun begitu
tahap penyelidikan ini diperingkat atau aras yang paling mudah. Ini bagi mempersiap
sediakan mereka untuk melaksanakan tugasan penyelidikan di aras yang lebih sukar iaitu pada
peringkat master.

2.0 PENGERTIAN DAN LATAR BELAKANG BERKENAAN TESIS MASTER

2
2.1 Definisi Tesis

 Tesis merupakan salah satu cara manusia mencari kebenaran dan ketepatan. Dalam
konteks ini penyelidikan ilmiah bermaksud suatu penyaluran rasa ingin tahu manusia dalam
perkara yang bersifat keilmuan. Manusia mempunyai pendapat bahawa ada sebab bagi setiap
akibat, dan bahasa setiap gejala dilihat dapat diberi penjelasannya secara ilmiah.

Tesis merupakan Suatu usaha untuk mengumpulkan, mencatat dan menganalisa sesuatu
masalah dan maklumat bagi menambah pengetahuan dan pemahaman kita terhadap sesuatu
fenomena.Tesis juga merupakan suatu penyelidikan yang sistematik, berdasarkan ilmu
pengetahuan mengenai suatu masalah atau fenomena dengan menetapkan faktor-faktor utama
atau akan menemukan pemahanan yang baru dalam mengembangkan metode-metode baru.
Selain itu , ianya merupakan penyedilidikan dari suatu bidang ilmu pengetahuan yang
dijalankan untuk memperoleh fakta-fakta atau prinsip-prinsip dengan sabar, hati-hati serta
sistematik.

Tesis juga merupakan satu usaha untuk menemukan, mengembangkan dan menguji
kebenaran suatu pengetahuan yang dilakukan dengan menggunakan metode-metode ilmiah.
Selain itu ianya merupakan satu pemikiran yang sistematik mengenai pencarian dan
pengumpulan pelbagai jenis masalah yang a memerlukan pengumpulan dan penafsiran fakta-
fakta.

Secara kesimpulannya ialah tesis merupakan satu usaha untuk memperoleh fakta-fakta
atau mengembangkan prinsip-prinsip (menemukan/mengembangkan/ menguji kebenaran).
Ianya dapat dilaksanakan dengan cara/kegiatan mengumpulkan, mencatat dan menganalisa
data (informasi/keterangan) perlaksanaan dan penghasilan tesis perlu dilaksanakan dengan
sabar, berhati-hati, sistematik dan berdasarkan ilmu pengetahuan dengan metode ilmiah.

2.2 Latar Belakang Tesis

3
Tesis master adalah merupakan satu laporan lebih terperinci dan berharga. Maklumat
yang terkandung di dalam laporan tesis ini lebih releven serta berkaitan dengan masalah yang
terdapat pada tajuk laporan yang hendak ditulis. Maklumat dan hujah-hujah hendaklah
disokong dengan sumber-sumber dan bukti yang sangat kukuh. Hal ini kerana semua
maklumat yang terdapat di dalam tesis ini mestilah tepat dan tidak dapat dipertikaikan. Selain
itu, laporan yang ditulis mesti asli sepenuhnya. Setiap laporan tesis hendaklah mengandungi :
 Melaksanakan kerja empirikal yang belum pernah dilakukan.
 Menggunakan maklumat yang sudah diketahui tetapi hendaklah diolah dengan
cara yang baru.
 Melampirkan atau menyatakan kajian yang telah dilakukan dari negara atau
pun individu lain.
 Membawa bukti baru untuk mempengaruhi satu isu lama.

Bagaimana suatu laporan tesis itu tersusun adalah bergantung pada hasil penyelidikan
yang telah dijalankan tetapi di cadangkan untuk melakukan lakaran garis panduan pada awal
satu laporan tesis yang hendak dijalankan. Garis panduan sementara ini mungkin akan
berubah semasa proses penyelidikan atau semasa sepanjang proses penulisan dijalankan
tetapi dengan adanya garis panduan ini akan membantu penulis untuk menstruktur dan
dijadikan panduan sepanjang penulisan tesis dijalankan. Kebiasaan garis panduan untuk
penulisan ilmiah mengandungi :

 Tajuk penulisan ( yang mengandungi tajuk, nama penulis dan kelayakkan,


tahap pendidikan, nama institusi yang sedang diduduki, serta tarikh hantar)
 Abstrak ( merupakan rumusan-tidak melebihi 300 patah perkataan untuk
menggambarkan keseluruhan laporan tesis yang ditulis)
 Isi kandungan ( senarai tajuk yang terdapat didalam setiap bahagian laporan
tesis berserta nombor muka surat)
 Penghargaan ( ucapan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam
menjayakan penghasilan laporan tesis)
 Bahagian utama laporan tesis. Mengandungi pengenalan, tajuk setiap
bahagian termasuklah beberapa bab membincangkan kajian semula risalah
dan mengandungi teorikal isu-isu dan hujah-hujah ( mengingat semula bab),

4
pencarian kaedah( Metodologi), penemuan-penemuan faedah, analisis dan
kesimpulan serta cadangan.
 Lampiran
 Rujukan.

Di dalam bab pertama dan yang terakhir, adalah merupakan bab yang paling penting.
Hal ini kerana di dalam bab ini, pembaca akan membaca untuk mengingat semula
keseluruhan laporan tesis yang telah dijalankan. Bab pengenalan biasanya ditulis selepas
menyiapkan proses penyelidikan yang mengandungi :

 Ulasan yang meluas - meletakkan kerja dalam tempoh satu konteks lebih
meluas.
 Satu pertikaian yang koheran untuk kepentingan masalah itu sedang
dipertimbangkan.
 Garisan laporan tesis - menunjukkan bagaimana masalah itu telah ditemui.
 Taklimat penyataan masalah - dilihat daripada perspektif apa yang telah
dipelajari
 Garisan laporan yang jelas apa yang telah tercapai.
 Perbincangan cadangan utama untuk kerja pada masa akan datang.

Di antara bab-bab ini, ulasan kerja sangat penting. Ini menyediakan satu konteks untuk
dicadangkan mengkaji dan menunjukkan mengapa ia penting dan tepati masa. Dalam
melakukan tugas ini, ia bertolak untuk menyelaraskan hubungan antara kajian dan kajian
sebelumnya pada topik..  

3.0 CARA MENGHASILKAN TESIS MASTER

5
Pada umumnya, sebuah tesis ditulis berdasarkan sudut pandang seseorang penulis yang
berkaitan. Penulis tesis harus melaporkan tesis tersebut dengan segenap kemampuannya,
menyediakan fakta yang relevan tentang tesis berkenaan. Beberapa langkah yang perlu
diperhatikan dalam proses penulisan tesis dihuraikan di bawah ini.

A. Pemilihan Topik

Pada tahap ini, mahasiswa perlu memikirkan topik yang akan ditulis dan mengetahui mengapa
memilih topik berkenaan. Mahasiswa hendaklah menyesuaikan kompetensi yang dimiliki
dengan tesis yang akan ditulis.

B. Pencarian Sumber Informasi

Setelah memilih tajuk yang sesuai untuk ditulis, tahap selanjutnya adalah pencarian sumber
informasi. Pada tahap ini, mahasiswa perlu mengenalpasti apa dan siapa yang dapat
membantu dalam pelaksanaan penulisan tesis tersebut. Sumber informasi tersebut dapat
diperoleh dari pelbagai saluran contohnya dari tempat bekerja, alumni, jurnal, seminar
perniagaan dan sebagainya.

C. Berhubungan Dengan Organisasi Perusahaan

Setelah mengetahui sumber-sumber informasi yang boleh dijadikan sebagai pendukung


penulisan tesis, langkah selanjutnya ialah mengenalpasti apakah organisasi (perusahaan) yang
berkaitan dengan kajian boleh bekerjasama atau tidak. Mahasiswa tidak boleh meneruskan
penulisan tesis apabila tidak mendapat persetujuan dari perusahaan dan dari institusi
berkaitan. Mahasiswa perlu melakukan pertemuan dengan pengarah perusahaan yang
dipercayai dapat mendukung penulisan tesis yang dilakukannya. Sehubungan dengan itu, di
sini terdapat beberapa tahap yang perlu diperhatikan sebelum berurusan dengan pihak
perusahaan. Ia adalah seperti berikut.

1. Pastikan tiada mahasiswa lain yang mengunjungi pihak pengurusan tersebut dengan
kajian yang sama. Hal ini perlu dilakukan agar tidak terjadi tumpang tindih dan pihak
perusahaan merasa tidak membuang waktunya untuk menjawab pertanyaan yang
sama.

6
2. Membuat perjanjian terlebih dahulu sebelum berjumpa pihak perusahaan yang
berkaitan. Dengan demikian, akan memudahkan pihak perusahaan menyediakan data
yang diperlukan dan menyediakan waktu yang tepat untuk berdiskusi.

3. Mencari informasi mengenai perusahaan sebanyak mungkin, diantaranya dapat


dilakukan menggunakan internet. Hal ini akan memperluas pengetahuan mahasiswa
untuk lebih mengenal perusahaan yang akan diteliti.

D. Pengumpulan Data

Merupakan proses pengumpulan informasi yang relevan dengan penulisan tesis. Terdapat
beberapa sumber data seperti berikut.

1. Data yang mudah ditemukan di luar perusahaan baik yang terpublikasi mahupun
tidak.
2. Data yang ditemukan di dalam perusahaan, bentuk bertulis, ada yang mudah diakses
dan ada pula yang susah untuk diperoleh (memerlukan usaha yang lebih lagi untuk
memperolehnya).
3. Data yang ditemukan di dalam perusahaan, tidak dalam bentuk bertulis, lakukan
wawancara untuk mendapatkan data tersebut.
4. Data yang tidak dapat ditemukan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Untuk tesis seperti
ini, mahasiswa perlu memilih untuk tidak melanjutkan penulisan tesis, atau secara
eksplisit/implisit menyatakan dalam tesis bahawa informasi tidak tersedia.

Pada umumnya, hampir sebahagian besar data diperoleh dari hasil wawancara.Untuk itu, ada
beberapa peraturan yang harus diperhatikan sewaktu melakukan wawancara, yaitu seperti
berikut.

7
1. Konsentrasi.
Gunakan segenap konsentrasi terhadap wawancara yang sedang dilakukan

2. Dengarkan dengan teliti.


Ketika orang yang diwawancarai sedang bercakap, dengarkan dengan teliti dan
jangan bercakap.

3. Jangan menyanggah ataupun menasihati.


Mahasiswa bertindak sebagai pewawancara bukan sebagai seorang konsultan ataupun
jaksa. Jangan menyanggah apa yang dikatakan ataupun menasihati, karana hal itu
memberi kesan seperti sedang menghakimi.

4. Dengarkan apa yang diungkapkan, yang tidak mahu diungkapkan, dan yang tidak
boleh diungkapkan tanpa bantuan. Gunakan segenap kemampuan untuk mengorek
informasi yang benar dari sumber informasi.

5. Ingat bahawa orang yang diwawancarai telah mempersiapkan diri sebelumnya tentang
apa yang akan diucapkan. Untuk itu, mahasiswa dapat melakukan ulangan.

6. Menghargai orang yang diwawancarai.


7. Hasil wawancara pelu didokumentasi sebagai bukti telah melakukan wawancara dan
validitasnya.

E. Penyerahan Naskah Publikasi

Selain menyerahkan laporan hasil tesis, jika mahasiswa telah lulus ujian tesis, mereka juga
perlu menyerahkan suatu naskah publikasi. Naskah publikasi adalah ringkasan tesis yang
telah disetujui oleh pembimbing.
4.0 FORMAT TESIS SARJANA MASTER
(a) Bahasa
 Tesis hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

8
 Bahasa yang digunakan di dalam penulisan tesis mestilah sederhana dan mudah
difahami yang mana isi tajuknya dapat dikenalpasti.

(b) Cara penulisan


 Tesis hendaklah menggunakan perkataan dimana saiz dan jenis tulisan menggunakan
cara akademik.

(c) Tulisan
 Penyelidik harus menggunakan jenis tulisan Times New Roman dengan saiz tulisan
12.
 Setiap tajuk di dalam bab harus ditaip menggunakan huruf besar dan di letakkan sama
saiz dari segi kelebaran.
 Setiap bab baru harus dimulakan dengan muka surat yang baru.
 Bab dan bahagian-bahagian kecil perlu diletakkan tajuk di hitamkan dan tidak perlu
digaris.

(d) Jarak penulisan


 Tesis ditulis di satu bahagian kertas sahaja
 Penulisan haruslah langkah dua baris pada seluruh tesis termasuk mempunyai catatan
dibawah (“footnote”), kepala penulisan, lampiran dan sebagainya.
 Jarak bagi setiap perenggan, jadual, dan sebagainya perlu dilangkau dua baris
 Setiap titik noktah, koma dan sebagainya pada setiap penulisan haruslah dilangkau
satu baris.

(e) Kualiti penulisan


 Setiap penulisan yang dihantar perlulah dijilid dan dicetak menggunakan pencetak
atau lain-lain.

(f) Margins
 Bahagian atas dan bawah mempunyai ruang tepi sekurang-kurangnya 2.5 cm.

9
 Bahagian kanan muka surat perlu mempunyai ruang tepi sekurang-kurangnya 2.5 cm,
lebar dan bahagian kiri muka surat perlu mempunyai ruang tepi berukuran 3 cm
supaya mempunyai ruang apabila dijilidkan.

(g) Muka Surat


 Setiap penulisan tesis perlu diletakkan muka surat termasuk angka, jadual dan
lampiran.
 Lebih baik meletakkan jadual dan angka pada muka surat yang berlainan supaya ianya
tidak terletak pada bahagian teks.
 Nombor muka surat bermula pada muka surat pertama bab satu.
 Nombor muka surat perlu diletakkan di bahagian tengah-tengah muka surat.

(h)Kertas
 Kertas yang digunakan perlulah berwarna putih.
 Mempunyai kualiti yang bagus iaitu kertas 80 gram
 Saiz kertas A4 berukuran (210 x 297 cm).

.
4.1 SUSUN ATUR PENULISAN TESIS MASTER

Setiap penulisan tesis perlu dibahagikan sama rata mengikut setiap bab. Penyelidik haruslah
mengingat bahawa penilaian tesis bukan bergantung kepada banyak muka surat tetapi hasil
dan kualiti penulisan tersebut. Format yang perlu ada di dalam tesis ialah:

(a) Tajuk Tesis


 Tajuk tesis perlulah ringkas dan perlu memberi penerangan yang tepat tentang tajuk
tesis
 Bahagian setiap bab dalam penulisan tesis perlulah berkaitan antara tajuk.

(b) Hak cipta

10
 Setiap hasil tesis perlulah disertakan dengan rujukan supaya tidak meniru hasil karya
lain.
 Penyelidik bertanggungjawab untuk meletakkan hak cipta mereka dari sebarang
masalah.

(c) Persembahan
 Persembahan tesis perlulah ringkas dan lebih daripada satu perenggan dan tidak
termasuk nombor, carta atau perenggan.

(d) Penghargaan
 Kebanyakkan penulis tesis akan meletakkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada mereka-mereka yang terlibat secara lansung atau tidak langsung seperti
pensyarah pembimbing, ibu bapa dan sebagainya dalam membantu menyiapkan tesis
bekenaan.

(e) Isi Kandungan


 Tajuk bahagian, bab dan bahagian utama bersama-sama dengan nombor halaman
yang dipaparkan harus didaftarkan dalam isi kandungan. Tajuk mesti sama dengan apa
yang ada di dalam teks tesis.
 Gunakan sistem penomboran untuk tajuk seperti 1.1, 1.2 dan sebagainya. Sistem
pernomboran tersebut digabungkan dengan penggunaan huruf kecil, dan huruf
condong untuk menunjukkan hubungan yang jelas antara bahagian tesis.
 Semua bab dan sub-bahagian harus diberi label dan nombor. Bab-bab diberi nombor
dengan menggunakan nombor Arab, iaitu Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan sebagainya. Sub-
bahagian harus diletakkan dan ditetapkan secara berstruktur .

(f) Senarai jadual atau angka


 Senarai ini terdiri daripada tajuk (termasuk pernomboran) dari semua jadual, gambar
dan sebagainya yang muncul dalam tesis. Semua jadual, gambar dan sebagainya harus
diberi nombor berturutan di seluruh teks.

(g) Abstrak

11
 Abstrak adalah ringkasan dari keseluruhan tesis.
 Abstrak harus menggariskan masalah kajian, metodologi penyelidikan,penemuan
 Abstrak tidak boleh melebihi dua ruang laman teks (300-1000 Perkataan) dengan
ukuran font 12

(h) Teks utama tesis


 Tesis biasanya disusun dalam beberapa bab atau bahagian berturut-turut secara
bernombor. Organisasi dalaman tesis adalah tanggungjawab calon sesuai dengan
format yang diberikan dalam bahagian Isi Kandungan.
 Tesis ini sering akan meliputi bab-bab berikut :
Bab 1 Pengenalan
Penulis menyoroti kajian masa lalu yang berkaitan dengan subjek tesis. Bab ini harus
diakhiri dengan hipotesis (jika ada) dan tujuan kajian

Bab 2 Bahan dan Kaedah


Semua teknik eksperimental yang relevan, teori dan analitis yang digunakan dalam
kajian harus diterangkan, sehingga kajian boleh diulang oleh penyelidik lain. Rujukan
kaedah untuk penyelidik lain harus dilakukan apabila sesuai.

Bab 3 Keputusan
Keputusan dapat dikumpulkan sebagai satu bab, dibahagikan secara berasingan ke
bahagian yang betul atau dalam dua atau lebih 6 bab untuk memasukkan analisis dan
penyajian data. Keputusan harus ditafsirkan, tetapi rujukan yang luas untuk berkaitan
lain tidak perlu dimasukkan.

Bab 4 Perbincangan
Ini termasuk perbincangan umum tentang keputusan kajian, menekankan signifikasi
dan implikasi penemuan dari projek penyelidikan yang dilakukan. Sumbangan hasil
kajian dengan bidang kajian harus digaris bawah

Bab 5 Kesimpulan
Bab ini mengandungi ringkasan pendek termasuk kaedah, keputusan dan kesimpulan
utama / cadangan yang timbul dari taju. Ringkasan boleh ditulis dalam satu bahagian

12
atau di bahagian berasingan bernombor. Cadangan juga boleh dimasukan kerana ia
dapat diterima untuk bab individu termasuk pengenalan mereka sendiri, kaedah,
keputusan dan perbincangan

(i) Rujukan

 Setiap tesis yang menggunakan karya-karya lain, sumber-sumber secara tidak langsung
atau dengan rujukan, harus mengandungi senarai bibliografi.
 Rujukan yang dibuat dengan memberikan nama belakang penulis bersama-sama
dengan tahun penerbitan. Dalam teks, tahun penerbitan muncul dalam kurungan selepas
nama pengarang jika bahagian bentuk akhir kalimat, misalnya, Chong (1986) atau Azis
dan Harrison (1987) atau, di mana ada lebih dari dua penulis, Yamakura et . al. (1990).
Jika beberapa makalah oleh penulis yang sama (s) dan dari tahun yang sama dikutip,
huruf a, b, c, dll harus diletakkan selepas tahun penerbitan, misalnya Chazdon dan
Ibrahim (1988b).
(Iii) Dalam Sebaliknya, nama baik penulis dan tahun penerbitan muncul dalam
kurungan jika nama penulis tidak merupakan sebahagian sebuah kalimat, misalnya:
(Nabi Yaakub & Chan, 1989) 7
 Contoh bibliografi :

Bibliografi dari jurnal:

Kalotas, T.M. & Lee, A.R. (1990). A Simple Device To Illustrate Angular Momentum
Conservation And Instability. American Journal of Physics, Vol. 58, pp.80 - 81.

Bibliografi dari buku :

Conn, E.E., Stumpf, P.K., Bruenmig, G. & Doi, R.H. (1987). Outlines of
Biochemistry, 5th ed., New York: John Wiley & Sons.

Bibliogarfi dari prosiding persidangan :

Hassan, M.D. &. Norshimah, H. (1996). Designing of Primers For Cloning of Papaya
Ringspot Virus Coat Protein Gene. Proceedings of the 8th National Biotechnology
Seminar (Hasanah, M.G.: Khatijah, M.Y. & Marziah, M.), pp. 172-174.

13
5.0 CONTOH TESIS MASTER

Contoh Tesis Master


Tajuk : PENILAIAN PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PERLAKSANAAN
MATA PELAJARAN SENI REKA TANDA DALAM PROGRAM MATA PELAJARAN
VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK.
Oleh : Rosnah Binti Mustaffa, 2004.
Kandungan :
Pengakuan
Penghargaan
Abstract
Kandungan
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Latar Belakang
2.0 Pernyataan Masalah
3.0 Tujuan Kajian
4.0 Soalan Kajian
5.0 Rasional Kajian
6.0 Signifikan Kajian
7.0 Batasan Kajian
8.0 Difinisi Kajian

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN


2.0 Pengenalan
2.1 Konsep Sekolah Ke Kerjaya Di Amerika Syarikat Dan Negeri China
2.2 Konsep Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Di Sekolah Menengah Akademik
2.3 Seni Reka Tanda (SRT) Sebagai Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah
Menengah Akademik
2.3.1 Matlamat Mata Pelajaran SRT
2.3.2 Objektif Mata Pelajaran SRT
2.3.3 Pendekatan Dan Penekanan Dalam Mata Pelajaran SRT
2.4 Konsep Pembelajaran Seni Reka Tanda Dalam Program MPV
2.5 Tinjauan Kajian Berkaitan Di Luar Negara

14
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Sampel Kajian
3.3 Intsrumen Kajian
3.4 Prosedur Kajian
3.5 Analisis Data
BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan
4.1 Jenis-Jenis Kajian Yang Dikuasai
4.2 Faedah Dari Pembelajaran Seni Reka Tanda
4.3 Masalah Pelajar
BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI, DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
5.1 Rumusan Data Kajian
5.2 Implikasi Dan Cadangan
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan
BIBLIOGRAFI
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN A : Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Dasar Pendidikan (BPPDP)
LAMPIRAN B : Surat Kebenaran JPN Perak
LAMPIRAN C : Borang Temubual Pelajar
LAMPIRAN D : Transkripsi Temubual Berstruktur
LAMPIRAN E : Senarai Sekolah Yang Melaksanakan MPV Seni Reka Tanda

SENARAI JADUAL
4.1 Rumusan Analisis Jenis-Jenis Kemahiran Yang Dikuasai
4.2 Rumusan Analisis Jenis-Jenis Kemahiran Yang Dikuasai Berdasarkan Jadual 4.1
4.3 Rumusan Analisis Faedah Yang Diperolehi Dari Pembelajaran SRT
4.4 Rumusan Analisis Faedah Yang Diperolehi Berdasarkan Jadual 4.3
4.5 Rumusan Masalah Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Mata Pelajaran SRT

15
4.6 Rumusan Analisis Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Mata Pelajaran SRT
Berdasarkan Jadual 4.5

SENARAI RAJAH
2.1 Rangka Konsep SRT

SENARAI SINGKATAN
1. CAS - KOMPUTER AIDED SIGHAGE
2. JPN - JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
3. KPM - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4. MPV - MATA PELAJARAN VOKASIONAL
5. NCRVE - NATIONAL CENTER FOR RESEARCH IN VOKASIONAL
EDUCATION
6. NSLIC - NATIONAL SCHOOL-TO-WORK LEARNING AND
INFORMATION
7. OHP - OVERHEAD PROJECTOR
8. PMR - PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH
9. PPK - PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
10. SKK - SEKOLAH KE KERJAYA
11. SRT - SENI REKA TANDA

Tajuk : PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI SENI DAN MUZIK, UPSI


TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS
LUKISAN MELALUI PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER.
Oleh : Adnan Bin Abd. Aziz, 2004.
Kandungan :

16
Pengakuan
Declaration
Penghargaan
Abstrak
Abstract
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
1.2 Integrasi Multimedia Interaktif Dengan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Lakaran Asas
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Hipotesis Kajian
1.6 Batasan Kajian
1.7 Kerangka Teori
1.8 Kerangka Konseptual
1.9 Kesimpulan
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Teori Pembelajaran Lukisan
2.2.1 Teori Luar Negara
2.2.2 Teori Dalam Negara
2.3 Teori Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
2.4 Kajian-Kajian Terhadap Pembelajaran Bantuan Komputer
2.4.1 Kajian Luar Negara
2.4.2 Kajian Dalam Negara
2.5 Teori Pembelajaran Dan Reka Bentuk Pengajaran
2.5.1 Konstruktivisme Dan Reka Bentuk Pengajaran Dalam Kaedah
Pembelajran Bantuan Komputer
2.5.2 Model Pengajarand An Pembelajaran
2.5.3 Aplikasi Komponen Motivasi Dalam Reka Bentuk ‘Courseware’
2.6 Kesimpulan
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Penyelidikan

17
3.3 Populasi Kajian
3.4 Persampelan
3.5 Lokasi Kajian
3.6 Alat Kajian
3.6.1 Soal Selidik
3.6.2 Kajian Rintis
3.6.3 Kesahan Dan Kebolehpercayaan
3.7 Instrumen Rawatan
3.7.1 Pra Ujian
3.7.2 Pasca Ujian
3.8 Prosedur Penyelidikan
3.9 Pengumpulan Dan Analisis Data
3.9.1 ujian-t
3.9.2 analisis ANOVA
3.10 Kesimpulan

BAB 4 MODUL ‘COURSEWARE’ INTERAKTIF ASAS LUKISAN


4.1 Pengenalan
4.2 Strategi Motivasi Dalam Reka Bentuk ‘Courseware’
4.3 Konstruktivisme Dan Reka Bentuk Pengajaran Dalam Pembelajaran Bantuan
Komputer
4.4 Proses Reka Bentuk ‘Courseware’ Pendidikan Multimedia Interaktif Asas
Lukisan
4.4.1 Audio
4.5 Kandungan ‘Courseware’
4.5.1 Ikon Butang
4.5.2 Klip Video
4.5.3 Skrin Permulaan
4.5.4 Struktur Utama Reka Bentuk Skrin ‘Courseware’ (Menu Utama)
4.5.5 Struktur Utama Reka Bentuk Skrin ‘Courseware’ (Latihan Asas)
4.5.6 Struktur Utama Reka Bentuk Skrin ‘Courseware’ (Perspektif)
4.5.7 Struktur Utama Reka Bentuk Skrin ‘Courseware’ (Galeri)
4.5.8 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Pengenalan
4.5.9 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Latihan 1

18
4.5.10 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Latihan 2
4.5.11 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Latihan 3
4.5.12 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Latihan Perspektif
4.6 Pempakejan Dan Penggunaan ‘Courseware’
4.7 Kesahan ‘Courseware’ (Rawatan)
4.8 Kesimpulan

BAB 5 DAPATAN KAJIAN


5.1 Pengenalan
5.2 Analisis Responden Kajian
5.3 Pengujian Hipotesis
5.3.1 Hipotesis 1
5.3.2 Hipotesis 2
5.3.3 Hipotesis 3
5.3.4 Hipotesis 4
5.3.5 Hipotesis 5
5.3.6 Hipotesis 6
5.4 Kesimpulan
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan
6.2 Ringkasan Kajian
6.3 Perbincangan Dan Dapatan Kajian
6.3.1 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pencapaian
Pelajar Dan Jantina
6.3.2 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pencapaian
Pelajar Dengan Bangsa
6.3.3 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pencapaian
Pelajar Berdasarkan Faktor Pemilikan Komputer
6.3.4 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pembelajaran
Bantuan Komputer Dengan Pembelajaran Konvensional
6.3.5 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pencapaian
Pelajar Berdasarkan Faktor Umur
6.4 Rumusan Dapatan Kajian
6.5 Implikasi Dapatan Kajian

19
6.6 Cadangan Untuk Melaksanakan Pembelajaran Bantuan Komputer Yang
Berkesan
6.6.1 Reka Bentuk ‘Courseware’ Asas Lukisan
6.6.2 Memperkenalkan Pembelajaran Bantuan Komputer Kepada Pelajar
6.6.3 Pengajaran Pensyarah Dan Bahan Bantu Mengajar
6.7 Cadangan Kajian Lanjutan
6.8 Kesimpulan
RUJUKAN
LAMPIRAN

SENARAI LAMPIRAN
A. Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
B. Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Fakulti Seni Dan Muzik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
C. Borang Soal Selidik Pra Ujian
D. Borang Soal Selidik Pasca Ujian

SENARAI JADUAL
2.1 Ringkasan Model ARCS
3.1 Reka Bentuk Rawak Pra Ujian Pasca Ujian Satu Kumpulan
3.2 Penumpuan Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Block Sampel
3.3 Taburan Set Soal Selidik
3.4 Kaedah Pemberian Skor Soal Selidik
3.5 Prosedur Penyelidikan
4.1 Perisian Program Dan Fungsi
5.1 Jantina Responden
5.4 Kategori Umur Responden
5.5 Kelulusan Akademik
5.6 Gred Pendidikan Seni SPM
5.7 Memiliki Komputer Peribadi
5.8 Keyakinan Peningkatan Prestasi Pembelajaran Dengan Menggunakan
Komputer

20
5.9 Latihan Penggunaan Komputer
5.10 Ujian-T Perbezaan Skor Pra Ujian Dan Pasca Ujian Dari Aspek Kognitif
5.11 Ujian-T Perbezaan Pembelajaran Bantuan Komputer Dan Pembelajaran
Konvensional
5.12 Ujian-T Perbezaan Pencapaian Pelajar Dan Jantina Dari Aspek Kognitif
5.13 Analisis Varian (ANOVA sehala) Di Antara Pencapaian Kognitif
5.14 Ujian-T Perbezaan Pencapaian Pelajar Dari Aspek Kognitif Dan Faktor Umur
5.15 Ujian-T Perbezaan Pencapaian Pelajar Dari Aspek Kognitif Dan Faktor
Pemilikan Komputer
5.16 Rumusan Pengujian Hipotesis

SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konseptual Kajian

2.1 Hierarki Lukisan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
3.1 Reka Bentuk Metodelogi Kajian
4.1 Model Reka Bentuk Pengajaran ISD Dick dan Corey (1996)
4.2 Struktur Asas Navigasi ‘Courseware’
4.3 Ikon Butang Keluar ‘Courseware’
4.4 Ikon Butang Keluar ‘Courseware’
4.5 Ikon Butang Kembali Ke Menu Utama ‘Courseware’
4.6 Ikon Butang Audio ‘Courseware’
4.7 Ikon Butang Pertanyaan ‘Courseware’
4.8 Contoh Klip Video ‘Courseware’
4.9 Skrin Permulaan ‘Courseware’ Multimedia Interaktif Pendidikan Asas Lukisan
4.10 Menu Utama ‘Courseware’
4.11 Struktur Utama Skrin Bahagian Latihan Perspektif ‘Courseware’ Multimedia
Interaktif Pendidikan Asas Lukisan
4.12 Struktur Utama Skrin Bahagian Latihan Perspektif ‘Courseware’ Multimedia
Interaktif Pendidikan Asas Lukisan
4.13 Struktur Utama Skrin Bahagian Galeri ‘Courseware’ Multimedia Interaktif
Pendidikan Asas Lukisan
4.14 Gred Pensel Dan Kesan Pada Permukaan Kertas
4.15 Pergerakan Gaya Bebas

21
4.16 Latihan ‘The Palmer Handwriting Method’
4.17 Latihan Garisan Vertikal Dan Horizontal
4.18 A= Teknik Yang Salah, B = Teknik Yang Betul
4.19 Latihan Mengawal Tekanan
4.20 Latihan Asas Kualiti Garisan Secara Horizontal
4.21 Latihan Asas Kualiti Garisan Secara Vertical
4.22 Pelbagai Kualiti Garisan Dalam Garisan Horizontal
4.23 Kualiti Garisan Dalam Garisan Horizontal Dari Zarah
4.24 Latihan Siri Titik Menjadi Garisan
4.25 Latihan Secara Horizontal Dan Bergetar
4.26 Latihan Titik Rawak
4.27 Latihan Gian Ketepatan Dan Kebolehan Mata
4.28 Latihan Mencipta Imbangan,Harmoni, Arah, Dan Ruang Ilusi
4.29 Latihan Mencipta Irama (Rhythm)
4.30 Latihan Pemanasan Pergelangan Tangan
4.31 Jenis-Jeni Stroke Garisan
4.32 Latihan Mencipta Gesture 1
4.33 Latihan Mencipta Gesture 2
4.34 Kesan Daripada Enam Jenis Media Lukisan
4.35 Latihan Asas Penghasilan Ton
4.36 Latihan Asas Hatching
4.37 Latihan Asas Cross-Hatching
4.38 Latihan Asas Memanipulasi Hatching Dan Cross-Hatching
4.39 Latihan Lanjutan Garisan Dan Jalinan 1
4.40 Latihan Lanjutan Garisan Dan Jalinan 2
4.41 Latihan Asas Ciptaan Sfumato
4.42 Latihan Ciptaan Sfumato Dalam Bentuk Komposisi Still Life
4.43 Latihan Gabungan Proses Sfumato Dan Jalinan
4.44 Latihan Gabungan Garisan, Hatching, Cross-Hatching, Jalinan, Cahaya Dan Ton
4.45 Contoh Latihan Pengukuhan
4.46 Komposisi Asas Lukisan Lanskap
4.47 Latihan Gabungan Kualiti, Niali Garisan, Hatching, Cross-Hatching, Ton Dan Cahaya
4.48 Contoh Perspektif Satu Titik
4.49 Contoh Perspektif Dua Titik

22
4.50 Contoh Perspektif Tiga Titik
4.51 Aliran Proses Kesahan Instrument
4.52 Kerangka Pembinaan ‘Courseware’ Interaktif Multimedia Pendidikan Asas Lukisan
5.1 Umur Responden
5.2 Kelulusan Akademik
5.3 Gred Pendidikan Seni SPM
5.4 Perbezaan Skor Pra Ujian Dan Pasca Ujian Dan Aspek Kognitif

6.0 HURAIAN BERKENAAN CONTOH TESIS MASTER

Antara tiga contoh tesis master ialah :


1.1 Persepsi guru terhadap kepuasan kerja : kajian di Sekolah Menengah Daerah Lenggong ,
Hulu Perak , Perak Darul Ridzuan.

23
Dalam huraian tesis master ini terdapat kandungan yang merangkumi pengakuan,
penghargaan, dan abstrak . Bermula dengan pengenalan yang terkandung pendahuluan,
pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis, kerangka model kajian, batasan kajian,
kepentingan kajian dan definisi. Seterusnya, terkandung tinjauan literatur yang merangkumi
pendahuluan, teori-teori kepuasan kerja , teori hierarki maslow, teori faktor Herzberg, teori
alderfer’s ERG, teori jangkaan vroom , teori persamaan adams dan kajian –kajian kepuasan
kerja. Dalam bab 3 iaitu metodologi yang mengandungi pendahuluan, reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajan, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis data.
Skop dapatan kajian bermula dengan pendahuluan, ciri-ciri demografi responden, tahap
kepuasan kerja guru, pengujian hipotesis 1 hingga 6 seterusnya dilengkapi dengan rumusan
dapatan kajian serta terdapat perbincangan dan kesimpulan . Juga terdapat ringkasan kajian,
perbincangan kajian, implikasi kajian , golongan kajian lanjutan dan kesimpulan. Dalam
bibliografi terdapat lampiran mengenai soal selidik kajian dan lampiran kedua adalah surat
kebenaran daripada bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia .Di dalam senarai jadual terdapat pengelasan teori –teori kepuasan
kerja , faktor kepuasan kerja Herzberg , profail responden , bahagian item mengikut aspek
kepuasan kerja , prosedur pengumpulan data , sistem penskoran pilihan responden dan tahap
kepuasan kerja .Taburan responden pula dipecahkan mengikut jantina, kumpulan etnik,
pendapatan bulanan, taraf perkahwinan, pengalaman mengajar dan tahap kepuasan kerja
keseluruhan. Seterusnya dalam menganalisis varians (ANOVA) antara gaji, pengalaman
kerja, umur yang berkaitan dengan kepuasan kerja. Seterusnya berkaitan ujian-t perbezaan
kepuasan kerja mengikut bangsa, jantina serta taraf perkahwinan juga terdapat senarai rajah
yang merangkumi kerangka model kepuasan kerja dan teori hierarki keperluan Maslow .

1.2 Penilaian pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan mata pelajaran Seni Reka Tanda
dalam program mata pelajaran vokasional di sekolah Menengah akademik

Oleh Rosnah mustaffa (2004)

Berdasarkan tesis ini dapat dikaitkan dengan tinjauan berkaitan konsep sekolah ke kerjaya di
Amerika Syarikat dan negeri China, konsep mata pelajaran vokasionl (MPV) di Sekolah
Menengah akademik . Dalam Seni Reka Tanda (SRT) sebagai matapelajaran vokasional serta

24
dipecahkan kepada matlamat, objektif, pendekatan dan penekanan dalam mata pelajaran SRT
juga turut menghuraikan konsep pembelajaran SRT . Dalam analisis data terdapat jenis-jenis
kemahiran yang dikuasai faedah dari pembelajaran Seni Reka Tanda . Dalam bahagian
lampiran tesis ini pada bahagian A terdapat surat kebenaran bahagian perancangan dan dasar
pendidikan . Pada bahagian B adalah surat kebenaran JPN Perak . Terdapat borang temubual
pelajar dan transkripsi berstruktur . Ia juga mengandungi senarai sekolah yang melaksanakan
MPV bagi subjek Seni Reka Tanda. Dalam bahagian senarai jadual terdapat rumusan
analisis jenis-jenis kemahiran yang dikuasai , rumusan analisis faedah yang diperolehi dari
subjek pembelajaran tersebut . Rumusan masalah juga merangkumi rangka konsep SRT .
Antara senarai singkatan yang digunakan seperti CAS (Computer Aided Signage) , JPN
( Jabatan Pendidikan Negeri ), KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia ) dan sebagainya.

1.3 Persepsi pelajar tahun 2 , Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) terhadap keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran asas lukisan melalui pembelajaran bantuan komputer

Oleh Adnan bin Abd aziz (2004)

Di dalam pengenalan yang membincangkan mengenai integrasi multimedia interaktif dengan


proses pengajaran dan pembelajaran lakaran asas . Pernyataan masalah adalah mengenai
objektif kajian, hipotesis kajian juga menyenaraikan batasan kajian yang merangkumi teori
dan konseptual . Bahagian tinjauan literatur yang membincangkan teori pembelajaran
lukisan serta membuat perbandingan dalam dengan luar negara. Dalam bahagian ini juga
membincangkan pembelajaran dan reka bentuk pengajaran . Kemudian dibahagikan kepada
kaedah pembelajaran bantuan komputer, model pengajaran dan pembelajaran dan aplikasi
komponen motivasi dalam reka bentuk “courseware”. Di dalam “courseware” merangkumi
strategi motivasi dalam reka bentuk, konstruktivisme dan reka bentuk pengajaran dalam
pembelajaran bantuan komputer. Seterusnya proses reka bentuk “courseware” pendidikan
multimedia interaktif asas lukisan , dalam courseware terkandung ikon butang, klip video,
skrin permulaan,struktur utama reka bentuk skrin, latihan asas, serta struktur utama reka
bentuk dari segi perspektif dan galeri . Dalam bahagian perbincangan dan kesimpulan antara
yang dikaji salah satu daripadanya tindakan terdapat perbezaan min yang signifikan antara
pembelajaran bantuan komputer dengan pembelajaran konvensional . Manakala dalam
rumusan dapatan kajian adalah cadangan untuk melaksanakan pembelajaran bantuan
komputer yang berkesan .

25
Pada bahagian lampiran mengandungi surat kebenaran dari bahagian perancangan dan
penyelidikan dasar pendidikan . Bahagian B mengenai surat memohon kebenaran menjalani
kajian , bahagian C iaitu borang soal selidik . Manakala senarai jadual mengandungi
ringkasan model ARCS , reka bentuk rawak pra ujian pasca ujian satu kumpulan, penumpuan
pengajaran dan pembelajaran melalui blok sampel , taburan set soal selidik , kaedah
pembelian skor soal selidik , prosedur penyelidikan , perisian program dan fungsi , jantina
responden , kategori umur responden, kelulusan akademik, gred pendidikan , latihan
perguruan komputer.
Manakala dalam senarai rajah terdapat kerangka konseptual kajian, hierarki lukisan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni Visual . Model reka bentuk
pengajaran dick & carey (1996) juga menerangkan struktur utama skrin bahagian latihan
perspektif “courseware” multimedia interaktif iaitu pendidikan asas lukisan .

7.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, tesis merupakan salah satu bentuk penyelidikan. Penyelidikan


pula merupakan satu proses penghasilan pengetahuan.. dengan erti kata lain, ia bukan
melibatkan pemindahan kenyataan ataupun sesuatu kebenaran atau fakta. Sebaliknya

26
ianya melibatkan pemindahan maklumat daripada satu tempat ke tempat yang lain bagi
menambahkan pengetahuan penyelidik. Tesis merupakan salah satu bentuk tugasan yang
bersifat individual yang harus dilaksanakan oleh setiap pelajar tahap master. Hasil kajian
yang baik memungkin tesis dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

Menurut kamarudin Ngah (1990), peranan penyelidikan amat penting dalam proses
pembanggunan manusia. Ianya menjadi input utama kepada sebarang cadangan perubahan
yang berkesan. seseorang pengkaji yang baik haruslah mempraktikkan segala proses
pemikiran dalam menjayakan satu – satu kajian.

27

You might also like