You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK JAAFAR HASSAN

BUKIT KETERI, PERLIS.

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH
KALI PERTAMA 2011

TARIKH : 23 FEBRUARI 2011


MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : PERPUSTAKAAN

KEHADIRAN:

1. En. Mohamad Naseer Zainol - PK Pentadbiran/ Pengerusi JK Kerja PSS


2. Pn. Suziah Senawi - GPM/SU PSS/SU NILAM/GMPBM
3. Pn. Khairus Mustaffa - AJK Perpustakaan/GMP B. Inggeris
4. Pn. Noriah Mustaffa - AJK Perpustakaan/Pembantu PSS/AJK
5. Cik Normahazira Mahmood - Ketua JK Bilik Media/GMPBI
6. En. Husni Mohd. Husin - Ketua JK Pusat Akses/AJK Bilik Media
7. Pn. Shahrulniza Osman - Ketua JK Galeri Tok Paq
8. Pn. Saebrina Hood - AJK Galeri Tok Paq
9. En. Mohd. Nor Zeli Sulaiman - AJK Galeri Tok Paq/nilam-GMPBM
10. En. Zulkifli Khir - Ketua JK Bilik APD/BBM
11. Pn. Surina Ata - Ketua JK Bilik Gerakan
12. Pn. Siti Hajar Salim - AJK Bilik Gerakan/NILAM-GMPBI
13. Pn. Sulastri Walad - AJK Bilik Gerakan/NILAM-GMPBI
14. Pn. Farah Liza - KP Bahasa Melayu/GMPBM
15. Pn. Norlida Saad - KP Bahasa Inggeris/GMPBI
16. Pn. Azifah Jamin - GMPBI
17. Pn. Norhayanora Shaedin - GMPBI
18. En. Ahmad Shaari - GMPBM
19. En. Azmi Talib - GMPBM
20. Pn. Halijah Ibrahim - GMPBM
21. Pn. Husnizai Hussin - GMPBM
22. Cik Saw Kim Lian - GMPBM
23. Pn. Syarifah Muna Sy. Mudayah - GMPBM
24. Pn. Siti Rusniza Mansor - GMPBM

TIDAK HADIR BERSEBAB


1. Pn. Zuraida Mukhtar - Ketua JK Perpustakaan
2. En. Syahril Ariff - Ketua JK Bilik Akses Kendiri
3. En. Anizan Ariffin - Ketua JK Unit Dokumentasi
4. Pn. Zalilah Osman - AJK Bilik Gerakan
5. Pn. Zurina Saedin - AJK Bilik Gerakan
6. En. Mohiding Romli - AJK Dokumentasi/AJK Galeri
7. Cik Farhani Suhimi - GMPBI
8. Pn. Harlina Mohd. Ali - GMPBM
9. Pn. Imy Suhaila Ibny - GMPBM
10. Cik Norhidayat Mohd. Rodi - GMPBM
11. Pn. Zaharah Awg. Ahmad - GMPBM

TIDAK HADIR
1. Pn. Ch’ng Anna Khairunnisa Abdullah - AJK BAK/AJK NILAM-GMPBI
2. Pn. Norasikin Yusof - GMPBI
3. En. Azhar Ahmad - GMPBM

AGENDA:

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 En. Mohd. Naseer Zainol selaku Pengerusi Mesyuarat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli
jawatankuasa kerja PSS dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Pertama 2011.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa kerja perlu dijalankan untuk
memastikan perjalanan Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2011 berterusan. Seterusnya beliau
menyemak kehadiran ahli mesyuarat dalam mesyuarat kali ini.

1.1 Selain itu, pengerusi meminta makluman tentang masalah kerja yang dihadapi guru
berkaitan tugasan dan sekiranya ada masalah, boleh berjumpa terus dengan beliau.
Tindakan:
Makluman

2. AGIHAN TUGAS
2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat merujuk bahan edaran yang disertakan (carta organisasi
AJK KERJA PSS 2011) untuk melihat tugas-tugas yang ditetapkan bagi tahun 2011.

2.2 Seterusnya, beliau menerangkan kepada Ketua-Ketua Unit berkenaan panduan dan bahan
yang perlu disediakan bagi setiap bahagian.

2.2.1 Keceriaan dan kebersihan


Setiap bilik perlu memastikan kebersihan bilik masing-masing. Guru-guru juga boleh dan
dibenarkan meminta pekerja swasta untuk membersihkan bilik-bilik khas kerana tugasan itu
sudah termasuk dalam pekeliling atau syarat kontrak pembersihan bangunan. Pembersihan
perlu dilakukan setiap minggu. Justeru, guru-guru perlu memantau tugas-tugas pembersihan
yang dilakukan oleh para pekerja swasta. Sekiranya guru-guru menghadapi masalah dengan
para pekerja swasta, guru-guru boleh merujuk kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
Keceriaan bilik perlu dipastikan berterusan. Tugas-tugas ini boleh dilaksanakan
dengan bantuan pengawas PSS. Guru-guru juga perlu memastikan bahan-bahan keceriaan
masih elok dan boleh digunakan. Sekiranya ada keperluan tambahan, boleh merujuk kepada
GPM.
2.2.2 Pengubahsuaian bilik dan bahan
Semua ketua bilik khas boleh merancang bersama ajk masing-masing jika ingin mengubah
suai kedudukan bahan dan peralatan dalam bilik khas masing-masing.

2.2.3 Keperluan Bilik Khas


Ketua bilik khas perlu memastikan maklumat berkaitan carta organisasi bilik, jadual
penggunaan bilik, peraturan penggunaan bilik dan rekod penggunaan bilik dikemas kini dan
mengikut tahun semasa iaitu tahun 2011. Ketua bilik diminta membuat pengemaskinian itu
dengan segera.

2.2.4 Laporan Bilik Khas dan Unit


Semua ketua bilik khas dan unit juga dikehendaki menyediakan laporan tentang penggunaan
bilik dan aktiviti yang telah dan akan dijalankan. Laporan perlu dihantar kepada Penolong
Kanan Pentadbiran mengikut arahan dari masa ke semasa.

2.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa semua peraturan penggunaan yang ditetapkan di
perpustakaan bertujuan untuk menambahkan kemahiran literasi maklumat pelajar. Misalnya
peraturan penggunaan bahan bacaan di rak, pelajar perlu meletakkan semula bahan-bahan
bacaan tersebut mengikut pengkelasan dan tempat yang ditetapkan. Hal ini membolehkan
para pelajar mengetahui tentang sistem pengkelasan dewey, yang mungkin akan diuji oleh
pihak penilai pada masa-masa tertentu.
2.4 Selain itu, pengerusi juga menjelaskan berkenaan peralatan bawah jagaan PSS. Pihak yang
ingin menggunakannya perlu mendapatkan makluman daripada pihak PSS terlebih dahulu.
Semua guru perlu mengetahui tentang fungsi penggunaan dan menepati keperluan. Hal ini
bertujuan untuk mengelakkan pembaziran dan penyalahgunaan bahan dan peralatan.

Tindakan: AJK Bilik Khas

3. TAKLIMAT NILAM
3.1 Setiausaha NILAM mengedarkan jadual waktu NILAM bagi tahun 2011 dan menerangkan
tentang jadual tersebut kepada semua guru bahasa.

3.2 Guru-guru bahasa diminta menepati agihan jadual yang ditetapkan iaitu Minggu Pertama
dan Ketiga untuk bahasa Inggeris, manakala Minggu Kedua dan Keempat untuk bahasa Melayu.

3.3 Selain itu, setiausaha memaklumkan bahawa selain menempatkan bakul bacaan untuk bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris di perpustakaan, bakul-bakul bacaan juga akan ditempatkan di Bilik
Guru A, Bilik Guru B dan Bilik Bahasa. Guru-guru boleh mengambil bakul bacaan tersebut dan
menjalankan aktiviti bacaan di mana-mana tempat. Bagaimanapun, guru-guru perlu meminta
para pelajar mengambil buku Rekod NILAM di perpustakaan untuk penulisan rekod. Bakul-
bakul bacaan itu juga boleh digunakan untuk aktiviti ‘guru ganti’.

3.4 Semasa aktiviti NILAM di perpustakaan dan di kelas, guru-guru bahasa diminta
membimbing para pelajar berkenaan pengisian buku Rekod NILAM. Antaranya seperti butiran
bilangan pembacaan, nombor pengkelasan, tarikh, tajuk buku, nama pengarang, sinopsis, nilai
dan pengajaran. Guru-guru juga diminta menandatangani pengesahan pembacaan pelajar.
3.5 Kedudukan Buku Rekod NILAM pelajar juga telah ditunjukkan kepada semua ahli
mesyuarat. Setiausaha juga menunjukkan Fail NILAM Tingkatan kepada semua guru bahasa
untuk tujuan merekod jumlah bacaan pelajar. Jumlah bacaan perlu direkodkan setiap akhir bulan.
Seterusnya, rekod-rekod tersebut akan dijumlah oleh SU NILAM dalam sistem i-NILAM.

3.6 Jawatankuasa NILAM juga bersetuju untuk meletakkan semua buku Rekod NILAM pelajar
di perpustakaan seperti biasa, dan mengenepikan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang
bersetuju untuk menyerahkan Rekod Bacaan NILAM kepada pelajar bagi tingkatan 1KPG, 1B,
2KPG,2B, 3KPg dan 3B. Hal ini untuk mengelakkan pelajar tidak membawa buku Rekod
Bacaan NILAM semasa aktiviti NILAM.

Tindakan : AJK NILAM/Semua guru bahasa

4. HAL-HAL LAIN
4.1 Pn. Shahrul Niza Osman selaku Ketua AJK Galeri Tok Paq memohon kerjasama pihak
pentadbir memaklumkan kepada pekerja agar menyiram pokok-pokok bunga yang ditempatkan
di galeri Tok Paq dan mengemaskan bilik tersebut. Pekerja boleh mendapatkan kunci di pejabat.

4.2 Jawatankuasa Mesyuarat Kerja juga memutuskan untuk megubah jumlah had pinjaman
pelajar dan guru. Berikut ialah perubahan tersebut:

4.2 1 Had pinjaman pelajar : 2 buah


4.2.2 Had pinjaman guru : 4 buah (2 bahan ilmiah, 2 bahan bacaan lain)

8. UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Pengerusi mengharapkan agar semua guru menjalankan tugas yang ditetapkan dengan penuh
komitmen dan tanggungjawab.

1.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, 16 Mac 2011

(SUZIAH BT. SENAWI)


Setiausaha PSS

Disahkan oleh,
(MOHAMMAD NASEER B. ZAINOL)
Pengerusi
Jawatankuasa Kerja PSS
SMK. Dato’ Jaafar Hassan
Bukit Keteri, Perlis.

You might also like