You are on page 1of 2

CONTOH SATU MODUL AKTIVITI YANG BERTEMAKAN BAHASA

MALAYSIA SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

(Lain-lain contoh bolehlah dilihat dalam modul aktiviti RIMUP untuk dijadikan
PANDUAN – Bukan meniru dan menyalin)

Tema:
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Tajuk:
Cintai Bahasa Kebangsaan

Masa:
1 jam (9.00 – 10.00 pagi)

Pengenalan:
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting untuk merapatkan
perhubungan kaum. Di Malaysia, bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan
dimaktubkan ke dalam perlembagaan Malaysia. Sebagai bahasa rasmi, bahasa
Melayu diharap dapat dijadikan sebagai medium yang dapat memupuk
perpaduan nasional. Selain itu bahasa Melayu juga diharapkan dapat dijadikan
sebagai satu identiti negara Malaysia.

Jenis Aktiviti:
Pertandingan Menulis Esei yang bertemakan “Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan”.

Matlamat:
Program Jati Diri Kenegaraan bertujuan untuk melahirkan modal insan yang
bersatu padu, berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, berakhlak mulia dan
dapat menjadi warga negara yang mencintai negara sendiri. Pertandingan
menulis esei ini diharap dapat membangkitkan semangat perpaduan dalam
kalangan murid supaya memahami kepentingan tentang perlunya negara
mempunyai satu bahasa rasmi sebagai medium perhubungan dan identiti
bangsa Malaysia.

Objektif:

1. Meningkatkan kemahiran menulis esei dalam kalangan murid sekolah.


2. Memahami kepentingan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan dan
perpaduan kaum.
3. Menhargai kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang
termaktub dalam perlembagaan,
4. Meningkatkan semangat berpetandingan dalam kalangan murid.
5. Memupuk perpaduan kaum melalui bahasa rasmi.

Kumpulan Sasaran:
Murid-murid Tahun 6 Sek Kebangsaan Ulu Choh, Kuantan, Pahang yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan jantina.
Syarat-Syarat:

1. Mesti terdiri daripada murid-murid Tahun 6 sahaja.


2. Hasil Penulisan mestilah asli.
3. Mesti diselia oleh guru
4. Lain-lain yang difikirkan sesuai.

Langkah-Langkah Perlaksanaan

Langkah 1 Sebelum:

1. Menerangkan tujuan pertandingan diadakan


2. Menerangkan tema
3. Menerangkan syarat-syarat pertandingan
4. Lain-lain yang difikirkan sesuai.

Langkah 2 Semasa:

1. Memasti murid tidak meniru


2. Lain-Lain yang difikirkan sesuai

Langkah 3 Selepas.

1. Mengutip esei
2. Lain-lain yang difikirkan sesuai

You might also like