You are on page 1of 25

Pengenalan Kayak

Pada asalnya kayak dicipta oleh penduduk asal kawasan Arktik


di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit
atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot
manusia/lelaki", "man's boat" atau "hunter's boat”. Perkataan
kayak berasal daripada Amerika Syarikat (Alaska), Kanada dan
Greenland. Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu
diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak
asal ini digunakan untuk memburu di Lautan Artik.
Kebiasaanya kayak dipanggil sebagai “canoes” di Great Britain
dan Ireland.

(Orang Inuit memburu menggunakan kayak dan harpoon)


Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung
dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam
kayak dengan kaki mereka ke hadapan. Bahagian atas kayak
ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di
kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau
spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik,
kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh
menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini
dikenali sebagai Gulingan Eskimo atau Eskimo Roll.

Jenis-jenis Kayak
i)Mandesta (Berbentuk V)
Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk
memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada
garis/lintasan lurus semasa meluncur di atas permukaan air.
penggunaan perahu jenis ini memerlukan keseimbangan yang
tinggi, dan perahu ini digunakan dalam pertandingan.

ii)Ottersport (Berbentuk U)
Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu
jenis ini amat stabil dan sesuai digunakan untuk semua
kegiatan air. Kayak jenis ini mudah dikendalikan dan sesuai
untuk digunakan oleh orang baru berkayak. Permukaan
bawahnya yang rata membuatkan pergerakan kayak ini agak
lambat dan mudah untuk menukar haluan depan.

iii)Slalom (Berbentuk O)
Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat.
Perahu jenis ini selalu digunakan kawasan air arus deras.
Daripada bentuknya yang berbentuk O atau bulat
memudahkan kayak ini untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.

Bahagian-bahagian Kayak
Semua jenis kayak mampunyai bahagian yang sama.
Perbezaan kayak terletak kepada tiga aspek iaitu bentuk,
ukuran dan bahan pembuatan kayak tersebut.

Anatomi/Bahagian Kayak terdiri daripada :

1. HALUAN DAN BURITAN (BOW AND STERN)

Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung


kayak yang bertujuan sebagai arah tujuan dan juga untuk
memecah ombak. Stern atau Buritan adalah muncung
bahagian belakang kayak. Kedudukan bow dan stern
dapat dikenalpasti daripada arah tempat duduk kayak.

2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE

Gunwale Line / Painter LineI adalah bahagian tepi/sisi


kayak yang berfungsi sebagai pengimbang bagi
pendayung. Sisi kanan kayak disebut dengan "starboard"
dan sisi kiri kayak disebut "portside".

3. HULL

Hull adalah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza


bergantung kepada jenis kayak iaitu jenis Mandesta,
Ottersport, dan Slalom.

4. DECK

Deck adalah bahagian atas kayak. Deck melindungi kaki


pendayung dan memudahkan untuk melakukan teknik
Eskimo Roll. Deck bahagian depan kayak disebut
"foredeck" dan di bahagian belakang disebut "afterdeck".

5. COCKPIT (RUANG TEMPAT DUDUK)

Cockpit adalah ruangan yang terletak di tengah-tengah


antara dek depan dan dek belakang. Cokpit ini merupakan
ruangan untuk tempat duduk bagi pendayung.
6. SEAT (TEMPAT DUDUK)

Tempat duduk terletak di dalam Cockpit, dan tempat


duduk terbahagi kepada beberapa jenis iaitu standard
(bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana
(biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk sempit
(digunakan untuk di kawasan arus deras) dan tempat
duduk yang digunakan untuk dalam pertandingan.

7. TOGGLE

Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak yang


terletak di hujung depan kayak (Bow) dan belakang kayak
(Stern)

8. COAMING

Coaming adalah bahagian tepi yang kecil dan mengeliling


cokcpit. Coaming berfungsi sebagai penahan air daripada
memasuki ke dalam kayak. Coaming juga digunakan
untuk mengikat spray cover.

9. KNEE BRACE

Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai


penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya
kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.

10. TOWLINE / DECKLINE

Ini adalah tali yang diikatkan di ujung kayak (bow) dan


buritan kayak (stern). Berfungsi sebagai tali penyelamat,
menarik perahu (tunda).

11. KEEL

Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai


kemudi.

12. BUOYANCY

Buoyancy adalah bahan apung yang terletak di bawah


deck bagian depan (bow) dan deck bagian belakang
(stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak
terbalik dan tidak mudah tenggelam.

13. FOOTREST

Footrest terletak di bagian foredeck berfungsi sebagai


tempat letak kaki, bentuknya terdiri dari bar (dipasang
pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan
bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan
kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di
bagian haluan (bow).

14. DECK EYE / EYE CLEAT

Lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak diatas


geladak.

15. EYE PIT

Lubang yang terletak di hujung haluan (bow) dan buritan


(stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.

16. HATCH

Lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan


belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat untuk
meletakkan barang, selalunya digunakan untuk kayak laut
(Sea Kayak).

17. BACK STRAP

Back Strap diletakkan pada bahagian tempat duduk


belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan
kepada pendayung untuk menyandar ke belakang
sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi
keselamatan bahagian belakang pendayung

Kelengkapan Kayak
1. Spraydeck
Supaya air tidak memasuki kayak, kayak dilengkapi
dengan lapisan bahan kalis air, yang dinamakan dengan
spraydeck.
Bentuknya seperti kantung yang ditempatkan di cockpit
dan akan diikatkan pada badan pendayung.

2. Dayung (Paddle)

Dayung kayak pada kedua-dua sisinya terdapat blade.


Dalam pemilihan dayung, aspek seperti jenis kayak dan
bentuk anatomi pendayung perlu bersesuaian.

3. Baju Pelampung (Safety Jacket)

Pendayung perlu memakai baju keselamatan untuk


mengendalikan kayak. Hal ini bertujuan mengelakkan
berlakunya lemas terutama di kawasan air deras.
4. Topi Keselamatan (Helm)

Topi keselamatan selalunya diperbuat daripada serat


karbon. Pemakaian topi keselamatan dapat mengelakkan
kecedaraan kepala daripada terhentak terus dengan batu
sungai sekiranya kayak terbalik.

Contoh-contoh Kayak
1. Kayak Laut (Sea Kayaks)

2. Kayak Air Putih (Whitewater Kayaks)

3. Kayak Rekreasi (Recreational Kayaks)


4. Kayak Luncur (Surf Kayaks)

5. Kayak Lumba (Racing Kayaks)

6. Kayak Slalom (Slalom Kayaks)

7. Kayak Memancing (Fishing Kayaks)

8. Kayak Sit-On-Top (Sit-On-Top Kayaks)

KAYAK LAUT (SEA KAYAKS)


Kayak laut (Sea Kayaks) dicipta bagi tujuan berkayak di
kawasan air terbuka seperti di laut dan di sungai. Kayak Laut
terdapat dalam bentuk tandem, iaitu untuk seorang atau dua
orang pendayung. Kayak ini sangat stabil. Kemampuan
manuver kayak ini dikurangkan bagi membolehkan untuk
mempunyai ruang muatan yang lebih. Kayak ini dapat
memuatkan peralatan seperti peralatan camping, air, makanan
dan bahan keperluan lain. Kayak laut dapat digunakan sebagai
alat untuk menjelajah menyusuri lautan (marine journeys)
untuk jangka masa yang panjang sehingga bebrapa minggu.
Kayak laut mempunyai garis air (waterline) yang lebih panjang.
Kayak laut juga mempunyai kemudi bagi membolehkannya
meluncur di atas permukaan air dalam trek yang lurus. Kayak
laut dilengkapi dengan pendayung songsang (upturned bow)
untuk melawan ombak laut. Kayak laut mempunyai dua atau
lebih dinding sekat dalaman (internal bulkheads) untuk ruang
kedap air bagi daya keapungan kayak dan tempat
penyimpanan yang kalis air. Kayak laut dibina untuk
menampung dua atau kadangkala tiga orang pendayung.
Sesetengah kayak laut juga boleh digunakan untuk meluncur
ombak (surfing). Kayak ini selalunya dibina dalam ukuran 12
kaki (3.7 meter) dan 24 kaki (7.3 meter) panjang. Lebar kayak
ini adalah antara 18 inci sehingga 32 inci.
KAYAK WHITEWATER (WHITEWATER KAYAKS)
Kayak whitewater kebiasaannya dikendalikan oleh seorang
pendayung sahaja. Kayak ini lebih pendek jika dibandingkan
dengan kayak laut. Reka bentuknya yang cembung di bahagian
bawah menjadikannya kurang stabil. Kayak ini sesuai untuk
melakukan gerakan roll dan manuver. Kayak whitewater
terbahagi kepada (playboats) dan (creekboat).
Playboats mempunyai saiz yang pendek dan kayak ini perlahan
dan kurang stabil. Penggunaan utama kayak ini adalah untuk
membuat persembahan.

Creekboat lebih panjang daripada playboats. Ciri ini


membuatkan creekboats meluncur lebih laju dan mempunyai
daya keapungan yang tinggi. Creekboats selalu digunakan
dalam perlumbaan di sungai.

Pembinaan kayak ini mengkombinasikan beberapa ciri seperti


kepantasan. Hull kayak dibina kecil dan bahagian atas kayak
dibina mengembang untuk menjadikannya laju di permukaan
air yang tenang dan untuk lebih kestabilan di permukaan air.
Kayak ini tidak dilengkapi dengan kemudi. Kayak ini dibuat
separa tegar (semi-rigid) daripada plastik daya tekanan tinggi
dan ringan. Kebiasaannya dibuat daripada polyethylene.
Pembinaan kayak ini dilakukan dengan berhati-hati untuk
memastikan struktur badan kayak tidak berubah apabila
dikenakan tekanan yang tinggi daripada arus air yang kuat.
Rangka kayak yang diperbuat daripada plastik membuatkan
badan kayak fleksibel dan apabila terlanggar batu sungai,
kayak tidak akan mengalami keretakan dan kebocoran. Saiz
standard kayak ini lebih pendek daripada kayak lain, dalam
lingkungan 4 hingga 10 kaki (1.25 hingga 3 meter). Kayak ini
dilengkapi dengan sirip.
KAYAK REKREASI (RECREATIONAL KAYAKS)
Kayak reakreasi dicipta untuk golongan yang berminat dalam
aktiviti memancing, fotografi dan untuk golongan yang ingin
menikmati alam sekitar seperti di tasik dan di sungai yang
tenang. Berbanding dengan kayak yang lain, kayak ini
mempunyai kokpit yang lebih luas untuk memudahkan
pendayung memasuki dan keluar dari kayak. Kayak ini juga
mempunyai dinding yang lebar (27-30 inci) untuk
menjadikannya lebih stabil di permukaan air. Kebiasaannya
kayak ini berukuran kurang daripada 12 kaki panjang dan
mempunyai kapasiti yang terhad. Pembinaannya menggunakan
bahan yang kurang mahal seperti polyethene. Kayak rekreasi
selalunya salah satu jenis kayak pelancongan.
KAYAK LUNCUR (SURF SKI KAYAKS)
Kayak luncur mempunyai banyak ciri-ciri kayak whitewater
tetapi kayak ini dilengkapi sehingga 3 sirip. Kayak ini
berbentuk ramping dan panjang. Keistimewaan kayak ini ialah
kayak ini mempunyai permukaan bawah yang rata dan sisi
yang keras. Reka bentuk kayak luncur membolehkan ia
meluncur ombak laut dengan baik. Kayak ini diperbuat
daripada gelas fiber atau plastik acuan. Kayak luncur terbahagi
kepada High Performance (HP) Surf Kayaks dan International
Class (IC) Surf Kayaks. HP Surf Kayaks mempunyai rangka
yang pipih yang membolehkan kayak ini meluncur laju di
permukaan air. HP Surf Kayaks dilengkapi sehingga 4 sirip dan
disusun secara “three fin thruster” atau “quad fin set up”.

IC Surf Kayaks berukuran 3m dan keatas serta mempunyai


rangka berbentuk cembung (convex) dan ramping. IC Surf
Kayaks tidak mempunyai sirip tetapi kayak ini lebih licin
pergerakannya dan lebih meluncur di atas air.

Surf Ski Kayak mempunyai ciri-ciri yang sangat berlainan


daripada Flatwater Racing Kayaks. Surf Ski Kayak mempunyai
kokpit terbuka dan berukuran 5-6.5 meter (16½-21 kaki)
panjang. Lebar kayak ini hanya 40-50 cm (16-20 inci). Kayak
Surf Ski memerlukan pengendalian yang mahir dalam
pengimbangan dan kemahiran mendayung yang tinggi. Kayak
ini pada asalnya dibina untuk meluncur di laut dan masih
digunakan dalam perlumbaan di laut, tasik dan sungai oleh
beberapa buah negara seperti New Zealand, Australia dan
Afrika Selatan.
KAYAK LUMBA (RACING KAYAKS)
Kayak lumba (Racing Kayaks) digunakan perlumbaan kayak air
tenang (Flatwater Racing Kayaks) atau “sprints boat”. Terdapat
tiga kategori Flatwater Racing Kayaks :

1. K1 (dayung tunggal)
2. K2 (dua dayung)
3. K4 (empat dayung)
Perlumbaan kayak di Sukan Olimpik terdapat tiga aras bagi
kategori lelaki dan perempuan :

1. 200 meter
2. 500 meter
3. 1000 meter

Flatwater Racing Kayaks dibina daripada bahan yang sangat


ringan dan kuat seperti Kevlar, fiber karbon atau fiber gelas.
Kayak ini hanya sesuai digunakan di permukaan air yang
tenang sahaja. Kayak ini mempunyai bentuk sangat runcing,
tidak stabil dan harganya mahal. Untuk kayak bagi kategori K1
dan K2 harganya di antara US$2000-US$4000. Flatwater
Racing Kayaks memerlukan pengendalian yang sangat baik.
Pendayung yang cekap mampu meluncurkan kayak ini dengan
sangat pantas di permukaan air. Bentuk kayak ini yang sangat
panjang dan runcing (narrow) membolehkannya memecut
dengan pantas. Saiz bagi kayak kategori K1 ialah 5.2 meter
panjang dan bagi K2 6.2 meter panjang. Flatwater Racing
Kayaks dilengkapi dengan kemudi bagi membolehkannya
membelok.
KAYAK SLALOM
Kayak slalom direka bentuk untuk “slalom kayaking” iaitu
berkayak di laluan yang berliku-liku. Kayak ini mempunyai ciri
hull yang rata (flat) dan diperbuat daripada fiber yang
diteguhkan dengan resin. Selalunya epoxy atau polyester
diteguhkan dengan kevlar, serat kaca, serat karbon atau hasil
kombinasi daripada bahan-bahan ini. Pembinaan daripada
bahan-bahan ini embuatkan kayak ini lebih keras dan
mempunyai permukaan yang kuat.
KAYAK MEMANCING (FISHING KAYAKS)
Idea ini datang daripada penduduk di kawasan Artik yang
menggunakan kayak untuk memancing. Panggunaan kayak
untuk memancing telah menjadi popular dalam sukan
memancing sama ada di kawasan air tawar atau kawasan air
masin. Kayak ini direka bentuk khas mempunyai daya
keapungan yang tinggi dan mempunyai dinding (beam) yang
sangat lebar sehingga 36 inci untuk membuatkannya sangat
stabil di permukaan air. Reka bentuk kayak ini hampir serupa
dengan Kayak Reakreasi dan Sit-On-Top Kayaks. Sebahagian
kayak memancing dilengkapi dengan “outrigger”. Dalam
beberapa tahun yang lepas, memancing menggunakan kayak
menjadi sukan yang terkenal. Kayak ini lebih murah
berbanding dengan Kayak Laut dan Kayak Air Putih dan kos
penyelengraraan tidak begitu mahal.
KAYAK SIT-ON-TOP
Kayak ini digunakan khusus di pantai atau danau.Kayak ini
selalunya mempunyai reka bentuk single atau double (untuk
seorang atau dua pendayung). Terdapat juga reka bentuk
untuk tiga atau empat orang pendayung. Kayak sit-on-top ini
popular digunkan untuk memancing atau scuba diving kerana
reka bentuknya yang memudahkan pergerakan keluar dan
masuk dari air, mudah untuk mengubah kedudukan, dan
mempunyai ruang simpanan. Kebiasaannya tempat duduk
kayak ini sedikit atas daripada aras air. Jadi pusat graviti bagi
pendayung lebih tinggi yang membuatkannya tidak stabil. Bagi
mengatasi masalah ini, kayak ini dibina lebih lebar bagi
membuatkannya lebih stabil. Hasilnya, pergerakan kayak ini
menjadi lebih perlahan.

PEMILIHAN KAYAK
Berdasarkan Ukuran dan Berat
Ukuran memainkan peranan penting dalam pemilihan kayak
yang sesuai. Jenis kayak yang dipilih mestilah bersesuaian
dengan postur badan pendayung.

Keseimbangan
Keseimbangan memainkan peranan penting dalam pemilihan
kayak. Kayak yang berbadan panjang dan lebar ukurannya
memiliki keseimbangan yang tinggi. Keseimbangan terdiri
daripada Keseimbangan Primer dan Keseimbangan Sekunder.

Keseimbangan Primer ialah keseimbangan yang sangat stabil


dan susah untuk terbalik. Kayak akan mudah terbalik jika
terlepas dari pusat gravitinya.

Keseimbangan Sekunder ualah keadaan yang kurang stabil


apabila berada di dalam kayak. Jika melepasi titik gravitinya,
kayak sukar untuk terbalik.

Rocker
Rocker ialah lekukan pada bahagian bawah kayak (hull) hingga
ke bahagian bow / stern kayak. Kayak yang mempunyai rocker
yang besar mudah untuk membelok dan kayak yang
mempunyai rocker yang kecil sukar untuk berputar tetapi
mudah bergerak dalam trek yang lurus dan bergerak dengan
lebih laju.

You might also like