You are on page 1of 24

Bank Negara Malaysia

M A K L U M AT A M

Bank Negara
Malaysia

Program pendidikan pengguna oleh:


kandungan 1 Pengenalan

2 Penubuhan Bank Negara


Malaysia
Objektif Bank Negara Malaysia

3 Kestabilan monetari

8 Kestabilan kewangan

11 Peranan pembangunan

15 Sistem pembayaran

17 Lain-lain tanggungjawab
Bank Negara Malaysia

19 Bank Negara Malaysia


sebagai sebuah organisasi

Penafian
Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda
sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau
maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan
tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada
nasihat guaman.
Tarikh: 21 Januari 2003
Pengenalan
Kebanyakan negara telah menubuhkan bank pusat sebagai pihak berkuasa
monetari untuk mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi. Bank-bank pusat
ini mungkin berbeza dari segi struktur dan pendekatan yang diambil dalam
Bank Negara Malaysia melaksanakan tugas masing-masing. Namun, mereka memikul tanggungjawab yang
sama untuk mengekalkan kestabilan monetari dan kewangan. Bagi bank-bank
telah diberi kepercayaan pusat yang lain, tanggungjawab mereka merangkumi pembangunan infrastruktur
untuk mengambil kewangan dan penyertaan di dalam pembangunan ekonomi negara secara
menyeluruh. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah diberi kepercayaan untuk
peranan sebagai sebuah mengambil peranan sebagai sebuah bank pusat.

bank pusat Buku kecil ini menerangkan peranan dan fungsi Bank Negara Malaysia serta operasi
dan akitivitinya.
Kestabilan PENUBUHAN BANK NEGARA MALAYSIA

Ordinan Bank Negara Tanah Melayu


OBJEKTIF BANK NEGARA MALAYSIA

Objektif-objektif Bank Negara Malaysia


monetari 1958 (OBNM) telah diluluskan pada 23
Oktober 1958 (Bank Negara Tanah Melayu
seperti yang digariskan di dalam Akta BNM
adalah seperti berikut:
merujuk sehingga pembentukan Malaysia pada
• Untuk menggalakkan kestabilan monetari
kepada kestabilan tahun 1963) dan Bank Negara Malaysia
dan struktur kewangan yang kukuh
telah ditubuhkan pada 24 Januari 1959.
nilai mata Pada masa yang sama, Ordinan Perbankan • Untuk bertindak sebagai jurubank dan
wang Malaysia 1958, yang diwujudkan bagi tujuan penasihat kewangan kepada Kerajaan
pelesenan dan pengawalan aktiviti
iaitu ringgit perniagaan perbankan di Persekutuan
• Untuk menerbitkan mata wang dan
menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata
Tanah Melayu turut dikuatkuasakan.
wang tersebut
OBNM telah dikemaskinikan pada tahun
1994 dan kini dikenali sebagai Akta Bank • Untuk mempengaruhi kedudukan kredit
Negara Malaysia 1958 (Akta BNM). bagi kepentingan negara ini

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini,


peranan Bank Negara Malaysia telah
berkembang dan diperluaskan. Pada masa
ini, Bank Negara Malaysia memberi tumpuan
kepada 3 tunggak peranan bank pusat iaitu,
kestabilan monetari, kestabilan kewangan
dan sistem pembayaran. Di samping itu,
keutamaan adalah diberikan kepada peranan
pembangunan yang dimainkan oleh Bank

2
Negara Malaysia dari aspek pengurusan Mengapakah kestabilan monetari begitu
ekonomi, pembinaan institusi dan penting?
pembangunan sistem kewangan. Ia adalah penting kerana apabila berlaku
ketidakstabilan monetari, harga akan
KESTABILAN MONETARI meningkat (inflasi) atau jatuh (deflasi) dan
ini akan menyebabkan gangguan dan
Sebagai pihak berkuasa monetari, Bank menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi
Negara Malaysia bertanggungjawab untuk negara untuk jangka masa panjang.
mengekalkan kestabilan monetari.
Kestabilan monetari merujuk kepada Apabila inflasi terlalu tinggi, orang
kestabilan nilai mata wang Malaysia iaitu ramai akan lebih cenderung untuk
ringgit. Cara terbaik untuk melindungi melindungi kuasa membeli baki wang
nilai ringgit ialah dengan mengekalkan mereka. Ini akan menyebabkan permintaan
kestabilan harga, iaitu dengan menentukan untuk aset tetap seperti rumah dan
inflasi di Malaysia terus berada pada tahap hartanah yang dianggap sebagai
rendah. Dengan menggalakkan kestabilan "kalis inflasi" akan melonjak. Dengan itu,
monetari melalui perubahan dasar minat untuk melabur dalam kapasiti
monetari yang bersesuaian, Bank Negara produktif ekonomi akan berkurangan.
Malaysia memastikan bahawa inflasi terus Pada masa yang sama, penabung menjadi
dikekalkan pada paras yang rendah dan kurang cenderung untuk menabung di
kuasa membeli ringgit tidak susut. dalam sistem kewangan kerana takut nilai
tabungan mereka akan susut. Golongan
yang mempunyai pendapatan tetap akan
merasakan bahawa mereka kini tidak
mampu lagi membeli barangan dan
perkhidmatan sebanyak dahulu dan akan
mengalami taraf hidup yang menurun.

3
Kadar inflasi yang tinggi juga akan Apabila terdapat kestabilan harga, nilai
menyebabkan barangan eksport negara hadapan tabungan dan pulangan ke atas
menjadi lebih mahal kepada orang asing pelaburan akan dapat dipertahankan. Ini
dan ini akan mengurangkan daya saing akan meningkatkan insentif kepada
eksport negara. Oleh yang demikian, kadar penabung untuk menyimpan di dalam
inflasi yang kekal tinggi akan mengurangkan sistem perbankan, sementara pelabur akan
potensi pertumbuhan ekonomi. lebih berkeyakinan untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti yang bersifat produktif.
Sementara itu, apabila kadar inflasi
Pelaburan yang meningkat akan membawa
negatif, harga akan mengalami proses
kepada peningkatan di dalam kapasiti
kejatuhan dan para peniaga akan
produktif ekonomi dan aktiviti ekonomi
mendapati bahawa keuntungan mereka
yang bertambah baik akan menghasilkan
semakin mengecil. Mereka akan
peluang-peluang pekerjaan baru. Oleh itu,
mengurangkan kos dengan memotong
dengan mengekalkan kestabilan monetari
perbelanjaan dan memberhentikan
Apabila terdapat sebahagian daripada pekerja mereka.
atau kestabilan harga, ia dapat mewujudkan
persekitaran yang memberangsangkan
kestabilan Golongan pekerja tidak mempunyai wang
yang cukup untuk berbelanja lantas
yang membolehkan ekonomi berkembang
pada kadar yang mapan dan menghampiri
harga, mengurangkan perbelanjaan mereka.
Akibatnya, permintaan ke atas
potensinya yang sebenar.

nilai hadapan barangan dan perkhidmatan akan terus Bank Negara Malaysia mengendalikan
berkurangan. Ini akan mewujudkan dasar monetarinya dengan mempengaruhi
tabungan dan putaran kejatuhan harga yang dahsyat paras kadar faedah yang perlu dibayar
pulangan ke dan penurunan permintaan yang oleh para peminjam ke atas pinjaman
membawa kepada penguncupan aktiviti mereka dan kadar faedah yang diterima
atas pelaburan ekonomi secara keseluruhannya. oleh para pendeposit ke atas deposit
akan dapat
dipertahankan
4
mereka. Apabila ekonomi mengalami Bagaimana Dasar Monetari Bank Negara Malaysia Mempengaruhi
kemeruapan dan ancaman inflasi adalah Keadaan Ekonomi dan Inflasi
tinggi, Bank Negara Malaysia akan
mengetatkan dasar monetarinya dengan
BANK NEGARA MALAYSIA
menarik balik dana atau apa yang disebut
sebagai mudah tunai daripada sistem
perbankan dan menaikkan kadar faedah.
Kadar faedah yang lebih tinggi akan Pertumbuhan Ekonomi/ Operasi-operasi
Inflasi Monetari
mendorong orang ramai menambah
tabungan dan mengurangkan perbelanjaan.
Ia juga akan menjadikan kos pinjaman
lebih mahal. Ini akan menyebabkan
penggunaan dan pelaburan menjadi
Perbelanjaan Pengguna Rizab Bank
perlahan kepada satu tahap yang lebih Bekalan Wang
(Kecairan)
& Perniagaan
mapan dan mengurangkan kemungkinan
terjadinya kadar inflasi yang tinggi.
Sebaliknya, apabila keadaan ekonomi Kadar Faedah
adalah agak kurang memberangsangkan,
Bank Negara Malaysia akan menyuntik
dana ke dalam sistem perbankan
Kadar Pertukaran
dan mengurangkan kadar faedah. Mata Wang
Dengan kadar faedah yang lebih rendah,
orang ramai akan cenderung untuk
menambah pinjaman dan meningkatkan
perbelanjaan. Peningkatan tahap

5
penggunaan dan pelaburan yang dihasilkan inflasi yang rendah berbanding dengan
akan merangsang aktiviti ekonomi dan rakan-rakan dagangan kita, dasar monetari
seterusnya membawa kepada kenaikan yang diamalkan telah menyumbang untuk Pencapaian ekonomi
dalam pertumbuhan ekonomi, pendapatan menjadikan barangan Malaysia kompetitif
dan peluang pekerjaan. di peringkat antarabangsa.
rakan-rakan
Bank Negara Malaysia mempunyai Bank Negara Malaysia juga menguruskan
dagangan Malaysia
beberapa instrumen monetari untuk rizab pertukaran asing negara bagi akan menentukan
menyuntik dan menarik balik mudah memastikan Malaysia mampu memenuhi
tunai serta mempengaruhi paras kadar tanggungjawab antarabangsanya,
permintaan terhadap
faedah di dalam sistem perbankan.
Ini termasuklah pembelian dan penjualan
mengurangkan kesan perubahan
sementara terhadap aliran masuk dan
eksport
kertas-kertas Bank Negara Malaysia dan
Kerajaan Malaysia, perubahan dalam
keluar dalam imbangan pembayaran
Malaysia dan menggalakkan asas kadar
negara kita
keperluan rizab berkanun, pemberian pertukaran ringgit yang kukuh dan stabil.
pinjaman dan peminjaman secara langsung Dasar kawalan tukaran asing Malaysia
di pasaran antara bank. adalah menjurus ke arah memastikan
kestabilan ringgit di samping menggalakkan
Malaysia adalah salah satu daripada
penggunaan sumber kewangan negara
negara yang mengamalkan dasar ekonomi
untuk tujuan yang produktif. Pada amnya,
yang paling terbuka di dunia. Ini
dana bebas untuk keluar masuk dari atau
bermakna, prestasi ekonomi Malaysia
ke negara ini tertakluk kepada peraturan-
terlalu dipengaruhi oleh perkembangan di
peraturan berhemat tertentu yang ditadbir
luar sempadannya. Pencapaian ekonomi
oleh Bank Negara Malaysia menurut Akta
rakan-rakan dagangan Malaysia akan
Tukaran Asing 1953.
menentukan permintaan terhadap
eksportnya. Dengan mengekalkan kadar

6
Bagi menguruskan keadaan kewangan Apabila Bank Negara Malaysia ingin MERANGSANG ekonomi
dan ekonomi secara efektif, Bank Negara
Malaysia mengumpul data dan maklumat Pertumbuhan Kadar Faedah
mengenai ekonomi domestik dan sistem Ekonomi Jangka
kewangan serta persekitaran antarabangsa. Di Bawah Pendek
Potensi
Ahli-ahli ekonomi di Bank Negara Malaysia Rizab Aktiviti
menganalisa perkembangan ekonomi dan Bank Ekonomi
kewangan untuk dijadikan asas kepada Inflasi
proses penggubalan dasar. Maklumat Terlampau Pinjaman
Rendah
diperolehi dari pelbagai sumber termasuk
penerbitan-penerbitan oleh berbagai
agensi dalam dan luar negara dan melalui
dialog yang berterusan dengan berbagai-
bagai kumpulan daripada sektor swasta.
Di samping itu, sumber penting maklumat
ekonomi adalah diperolehi daripada sektor Apabila Bank Negara Malaysia ingin MENGEKANG ekonomi
kewangan. Keupayaan mengawasi secara
dekat aktiviti institusi kewangan juga
membolehkan Bank Negara Malaysia
mengawasi dengan lebih efisien kesan Inflasi Kadar Faedah
Terlampau Jangka
dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakannya.
Tinggi Pendek
Rizab Aktiviti
Bank Ekonomi
Pertumbuhan
Ekonomi Pinjaman
Melebihi
Potensi

7
KESTABILAN KEWANGAN itu kukuh, berdaya tahan dan cekap untuk
memainkan peranan dalam proses
Kestabilan kewangan merujuk kepada
mobilisasi tabungan dan penjanaan aktiviti
persekitaran di mana institusi-institusi
pemberian pinjaman. Adalah mustahak
dalam sesebuah sistem kewangan adalah
untuk memastikan proses pengantaraan
kukuh dan boleh terus memenuhi tuntutan
ini berjalan lancar walaupun dalam
kontraktual mereka tanpa gangguan atau
keadaan ekonomi sedang gawat.
bantuan pihak lain. Peserta pasaran juga
boleh melaksanakan urus niaga dengan Sebagai pihak berkuasa bagi hal ehwal
penuh yakin pada harga yang tidak banyak pengawalseliaan negara, salah satu
berubah dalam jangka masa yang pendek peranan penting Bank Negara Malaysia
apabila tidak terdapat pertukaran pada adalah untuk membangun suatu sistem
asas-asas pasaran. perbankan yang kukuh yang dapat
memenuhi keperluan ekonomi dan
Mengapa kestabilan kewangan penting?
masyarakat, suatu sistem yang terdiri
Kestabilan kewangan mewujudkan daripada peserta kewangan yang kukuh
keadaan yang merangsang kemajuan dan berdaya tahan dan pasaran kewangan
perniagaan dan menarik bagi penabung yang berfungsi dengan baik. Dalam
dan pelabur untuk memasuki komitmen konteks memelihara kestabilan kewangan,
jangka pendek atau panjang. Bank Negara Malaysia juga telah diberi
Oleh kerana sektor kewangan mempunyai kepercayaan untuk mengawal dan
peranan utama dalam menggalakkan membangunkan sektor insurans untuk
pertumbuhan ekonomi, maka adalah menjadi sebuah penggerak yang berkesan
penting bagi sesebuah sistem kewangan untuk simpanan jangka panjang dan juga
menawarkan produk insurans yang
pelbagai, di samping memelihara

8
kepentingan pemegang-pemegang polisi. jenis institusi yang baru, iaitu bank-bank
Objektif keseluruhan kestabilan Islam. Di samping itu, untuk mengelakkan
kewangan telah dicapai bukan sahaja kegagalan meluas di dalam sistem
melalui peruntukan perundangan yang kewangan dan mengekalkan keyakinan
kukuh, pengawalan dan rangka kerja awam dalam sistem kewangan
penyeliaan tetapi juga melalui terutamanya sistem perbankan, Bank
pembangunan dan pengukuhan institusi Negara Malaysia bertindak sebagai
baru dan sistem infrastruktur. sumber pemberi pinjaman terakhir
(di mana institusi kewangan yang
Peraturan pengawalan telah
memerlukan dana boleh datang ke Bank
dipertingkatkan secara berterusan dengan
Negara Malaysia untuk menjual sekuriti
mengguna pakai piawaian antarabangsa
mereka) untuk membantu institusi
Kestabilan untuk menerap sistem pengurusan
risiko yang sesuai bagi membolehkan
perbankan yang menghadapi masalah
kecairan jangka pendek.
kewangan institusi kewangan menjalankan fungsi
pengantaraan dengan berkesan. Peranan pengawalan dan penyeliaan
mewujudkan Enakmen undang-undang baru seperti
Akta Bank dan Institusi-institusi
Bank Negara Malaysia telah diperluaskan
lagi pada tahun 1988 apabila industri
keadaan yang Kewangan pada tahun 1989 dan Akta insurans telah diletakkan di bawah
merangsang Insurans pada tahun 1996 telah
mengukuhkan lagi kuasa Bank Negara
penyeliaan Bank Negara Malaysia. Baru-baru
ini, bidang kawalan ini telah ditambah
kemajuan Malaysia untuk mengawal selia sistem dengan kemasukan enam institusi
perniagaan dan kewangan. Begitu juga, enakmen Akta
Perbankan Islam pada tahun 1983 telah
kewangan pembangunan berikutan
enakmen Akta Institusi-institusi Kewangan
menarik penabung memberi mandat tambahan kepada Bank Pembangunan pada tahun 2001. Selain itu,
dan pelabur untuk Negara Malaysia untuk menyelia jenis- satu enakmen berasingan telah

memasuki kontrak
9
diperkenalkan untuk membanteras gejala sistem pengurusan risiko. Strategi bersifat
pengubahan wang haram bagi memastikan awalan dirumus dalam mengatasi sebarang
sistem kewangan adalah bebas daripada kelemahan atau trend yang tidak diingini
anasir-anasir yang tidak diingini. Akta yang boleh menggugat kestabilan institusi
Pencegahan Pengubahan Wang Haram kewangan di peringkat individu atau
2001 telah berkuat kuasa pada Januari secara keseluruhannya. Rangka kerja
2002 dan Bank Negara Malaysia telah pemeriksaan dikemaskinikan secara
dilantik sebagai pihak berkuasa yang berterusan selaras dengan perubahan-
bertanggungjawab untuk membangunkan perubahan di dalam persekitaran ekonomi.
program membasmi pengubahan wang
Bank Negara Malaysia juga mengekalkan
haram peringkat kebangsaan.
hubungan yang rapat dengan pihak-pihak
Peraturan pengawalan ini dilengkapi berkuasa kewangan di negara-negara lain
dengan pemeriksaan yang kerap dan bagi memastikan pembangunan di luar
pemantauan yang rapi ke atas institusi negara tidak mengancam kestabilan sistem
kewangan. Pemeriksaan di dalam dan kewangan Malaysia, terutamanya yang
di luar premis institusi kewangan di bawah melibatkan negara-negara di mana bank-
penyeliaan Bank Negara Malaysia adalah bank Malaysia sudah bertapak dan
proses penting dalam memastikan negara-negara asal bank-bank asing yang
kestabilan kewangan. Bank Negara beroperasi di Malaysia.
Malaysia mengambil pendekatan
pemeriksaan berasaskan risiko, di mana
institusi kewangan dinilai dan dipantau
berdasarkan profil risiko dan kecukupan

10
PERANAN PEMBANGUNAN

Sebagai sebuah bank pusat di dalam


sebuah ekonomi baru muncul, Bank Bank Negara Malaysia juga
Negara Malaysia mempunyai peranan
pembangunan yang penting. Peranan ini memastikan pembangunan di luar
merangkumi pembangunan institusi- negara tidak mengancam
institusi dan infrastruktur pasaran yang
perlu untuk pembangunan sebuah sistem
kewangan yang teguh dan moden yang
kestabilan sistem
menyumbang kepada kekuatan asas
ekonomi. Dalam memperkukuhkan
kewangan Malaysia
infrastruktur pasaran kewangan, Bank
Negara Malaysia telah membina sebuah
sistem pembayaran yang teguh. Sistem-
sistem ini dipertingkatkan secara tetap
untuk menyerap kesan teknologi ke atas
sistem perbankan. Untuk menggalakkan
budaya kredit yang baik di kalangan
institusi perbankan, Bank Negara Malaysia
juga mengendalikan Sistem Maklumat
Rujukan Kredit Pusat. Sebagai sebuah
sistem yang pertama seumpamanya di
rantau ini, sistem ini mengumpul dan
menyebarkan maklumat kredit mengenai
semua peminjam. Ini membolehkan pihak

11
bank membuat keputusan bermaklumat
ke atas permohonan pinjaman.

Di peringkat institusi, Bank Negara


Malaysia memainkan peranan utama
dalam menubuhkan institusi-institusi baru.
Institusi khas yang ditubuhkan untuk
memenuhi jurang di dalam sistem
kewangan adalah Syarikat Jaminan
Kredit, Bank Simpanan Nasional (untuk
memenuhi keperluan peminjam kecil)
dan Bank Industri dan Teknologi Malaysia
Berhad (bagi menyediakan pembiayaan
untuk eksport barangan modal dan
pembangunan industri perkapalan). Peranan BNM juga
Dalam membangunkan pasaran modal,
Bank Negara Malaysia telah memupuk
merangkumi pembangunan
sekumpulan broker sehingga menjadi
Bursa Saham Kebangsaan Malaya dan
institusi-institusi
kemudiannya Bursa Saham Kuala Lumpur.
Usaha mendalamkan pasaran modal telah
dan infrastruktur
dicapai melalui penubuhan Perbadanan
Cagaran Nasional (Cagamas) dan
pasaran
kemudiannya Suruhanjaya Sekuriti bagi
mengawal selia aktiviti pasaran modal.
Bank Negara Malaysia memainkan

12
peranan yang bermakna dalam terpilih yang diperkenalkan pada
menubuhkan Lembaga Perkhidmatan tahun 1998. Tujuan utama kawalan
Kewangan Luar Pesisir Labuan untuk kewangan tersebut adalah untuk
mengawal selia sektor kewangan luar memelihara ekonomi Malaysia daripada
pesisir dan kini memainkan peranan ketidakstabilan di pasaran antarabangsa
sebagai pemangkin dalam dan mengembalikan kestabilan di
memperkembangkan skop aktivitinya. dalam kadar tukaran ringgit. Kestabilan
yang terhasil daripada kawalan tersebut
Bank Negara Malaysia juga telah
telah menjayakan pelaksanaan
memainkan peranan yang aktif di dalam
beberapa program pembangunan dan
merangka mekanisme untuk menangani
mempercepatkan proses penstrukturan
impak krisis kewangan Asia pada tahun
semula sektor kewangan.
1997-98, melibatkan penubuhan
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Dalam keadaan institusi kewangan
untuk membeli pinjaman tidak berbayar yang semakin berpelbagai dan kian
daripada institusi kewangan, Danamodal diintegrasikan dengan sistem kewangan
Nasional Berhad untuk menyuntik semula antarabangsa dalam tahun-tahun
modal ke dalam institusi perbankan dan kebelakangan ini, peranan Bank Negara
Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Malaysia dalam pembangunan ekonomi
Korporat untuk menyusun semula hutang- diteruskan. Sejak akhir-akhir ini, lebih
hutang besar korporat. perhatian diberi kepada pembangunan
industri kecil dan sederhana (IKS). Untuk
Bank Negara Malaysia juga telah
meningkatkan sumbangan IKS, Bank
memainkan peranan yang penting di
Negara Malaysia telah mengeluarkan
dalam menggubal dan menguatkuasakan
satu laporan yang terperinci mengenai
langkah-langkah kawalan kewangan
strategi-strategi untuk membangunkan

13
IKS kepada Kerajaan pada tahun 2002. Di sistem kewangan. Kunci utamanya
samping itu, pelbagai dana telah diwujudkan ialah dengan bertindak awal dalam
oleh Bank Negara Malaysia untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul,
menggalakkan pembangunan sektor-sektor mengamalkan keseimbangan yang
ekonomi terpilih. Kaedah alternatif sewajarnya di antara pelbagai fungsi untuk
pembiayaan seperti modal usaha niaga memastikan kestabilan monetari dan
sedang dimajukan untuk menyokong peranan pengawalseliaan dan
pembangunan sektor-sektor pertumbuhan pembangunan. Satu arah dan visi yang
yang baru. Oleh itu, keperluan untuk jelas untuk pembangunan sektor kewangan
mewujudkan kestabilan kewangan berjalan diperlukan untuk tujuan ini. Berdasarkan
seiring dengan keperluan untuk faktor ini, Bank Negara Malaysia telah
menggalakkan pertumbuhan dan membentangkan satu pelan Induk 10
pembangunan ekonomi yang seimbang. tahun pada tahun 2001 untuk pembangunan
sektor kewangan yang menyediakan pelan
Buat masa hadapan, tugas untuk
tindakan bagi landskap masa hadapan
mewujudkan kestabilan kewangan akan
bagi sektor berkenaan dan mencadangkan
menjadi lebih mencabar. Bank Negara
langkah-langkah yang perlu diambil
Malaysia telah mengenal pasti keperluan
untuk membentuk sektor kewangan yang
untuk menangani kuasa perubahan yang
berkesan, dinamik dan kukuh untuk
dibawa oleh globalisasi, liberalisasi dan
memenuhi keperluan ekonomi yang
kemeruapan pasaran kewangan dunia dan
berubah-ubah.
perubahan yang deras dalam bidang
teknologi maklumat. Kesemua ini dijangka
akan membawa kesan yang besar kepada

14
SISTEM PEMBAYARAN

Sistem pembayaran ialah satu komponen


sistem kewangan yang tidak kurang
pentingnya. Ia menyediakan saluran bagi
pemindahan dana di antara pihak-pihak
tertentu dan bagi membolehkan urus niaga
perniagaan dijalankan dengan cekap dan
berkesan. Bank Negara Malaysia telah diberi
kepercayaan untuk memainkan peranan
bagi memastikan sistem pembayaran
negara adalah stabil dan berjalan lancar.

Kenapa sistem pembayaran yang berfungsi


dengan lancar dianggap penting?
Sebarang kegagalan oleh sesebuah
institusi kewangan untuk memenuhi
obligasi kewangan mereka dalam masa
yang ditetapkan akan menyebabkan
kesan limpahan yang mana, natijahnya
ialah institusi kewangan lain akan turut
tidak berupaya menyelesaikan obligasi
kewangan mereka.

15
Bank Negara Malaysia mempunyai peranan
yang penting dalam memastikan
Bank Negara Malaysia keselamatan dan keberkesanan sistem
diberi kepercayaan untuk pembayaran. Sehubungan dengan itu,
Bank Negara Malaysia:
memastikan sistem
• Menyelia sistem kewangan. Ini termasuk
pembayaran negara adalah merumuskan dasar dan garis panduan

stabil dan untuk mengawal selia sistem pembayaran

• Mengendali sistem pembayaran. Bank


berjalan lancar Negara Malaysia menjalankan sistem
penjelasan kasar masa nyata (RENTAS) dan
sistem penjelasan cek (SPICK)

• Memudahkan pembangunan sistem


pembayaran. Bank Negara Malaysia
menggalakkan industri pembayaran untuk
menerima pakai amalan terbaik sistem
pembayaran yang bertaraf antarabangsa
dan berteknologi terkini di dalam
mempertingkatkan sistem pembayaran

16
LAIN-LAIN TANGGUNGJAWAB membentangkan saranan-saranan dasar
BANK NEGARA MALAYSIA pada sesi taklimat tetap kepada Menteri
Kewangan dan juga melalui penyertaan
Bank Negara Malaysia juga berperanan
dalam pelbagai forum pembuat dasar
sebagai penasihat ekonomi dan kewangan
ekonomi di peringkat kebangsaan.
kepada Kerajaan. Di samping itu, Bank
Negara Malaysia juga mengambil bahagian Fungsi sebagai penasihat kewangan
dalam mesyuarat antarabangsa untuk Bank Negara Malaysia tidak menyediakan
mengeratkan lagi kerjasama dengan pembiayaan kepada Kerajaan. Walau
negara-negara lain serta membincangkan bagaimanapun, sebagai penasihat
isu-isu penting daripada perspektif pasaran kewangan kepada Kerajaan, Bank Negara
ekonomi yang membangun. Malaysia memberi nasihat dari semasa ke
Fungsi sebagai penasihat ekonomi semasa kepada Kerajaan berhubung
dengan pengurusan hutang dalam dan
Dalam menjalankan tugas sebagai
luar negara serta syarat-syarat dan
penasihat ekonomi dan kewangan kepada
kesesuaian masa program pinjaman
Kerajaan, Bank Negara Malaysia
Kerajaan. Bank Negara Malaysia juga
menganalisa data-data ekonomi, menilai
bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan
pembangunan dalam ekonomi domestik
dalam perundingan dan pemeteraian
dan antarabangsa dan mengenal pasti
perjanjian pinjaman. Bank Negara Malaysia
bidang yang perlu diberi perhatian. Bank
juga bertanggungjawab untuk urus niaga,
Negara Malaysia menjalankan aktiviti
pendaftaran, penyelesaian dan penebusan
perisikan dan pengawasan rapi serta
sekuriti Kerajaan melalui sistem
membuat ramalan tentang keadaan
berkomputernya (RENTAS, FAST dan BIDS).
ekonomi negara. Berasaskan penilaian-
penilaian ini, Bank Negara Malaysia

17
Hubungan antarabangsa
Bank Negara Malaysia mengambil bahagian
Bank Negara Malaysia dalam beberapa mesyuarat antarabangsa.
Di antaranya ialah mesyuarat Persatuan
menjalankan tugas sebagai Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN),
penasihat ASEAN + 3 (yang termasuk Republik Rakyat
Cina, Korea dan Jepun), Bank-bank Pusat
ekonomi dan Asia Tenggara (SEACEN), Mesyuarat
Eksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan
kewangan Pasifik (EMEAP) dan Kerjasama Ekonomi
Asia-Pasifik (APEC) dan agensi-agensi
kepada Kerajaan antarabangsa termasuklah Bank for
International Settlements.

Penyertaan di mesyuarat-mesyuarat
tersebut adalah untuk mengukuhkan
kerjasama dengan masyarakat antarabangsa
dan kewangan dalam bidang-bidang
utama seperti pengawasan, pengurusan
makroekonomi dan langkah-langkah
untuk meningkatkan kestabilan kewangan.
Ia adalah untuk mengetengahkan isu-isu
utama yang dianggap penting mengikut
perspektif nasional atau serantau supaya
kepentingan Malaysia dan pasaran
ekonomi yang baru muncul diberi
pertimbangan yang sewajarnya.

18
BANK NEGARA MALAYSIA SEBAGAI
SEBUAH ORGANISASI

Bank Negara Malaysia adalah sebuah


badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya
oleh Kerajaan Persekutuan. Ia mula
beroperasi pada tahun 1959 dengan modal
berbayar sebanyak RM20 juta yang telah
dipertingkatkan kemudiannya ke parasnya
masa kini sebanyak RM100 juta sejak 1977.

Perlembagaan, fungsi, tugas dan kuasa


Bank Negara Malaysia adalah seperti yang
digariskan di dalam Akta BNM. Pentadbiran
Bank Negara Malaysia telah disusun untuk
memenuhi objektif utamanya dengan
garisan tanggungjawab yang jelas. Gabenor
Bank Negara Malaysia juga bertindak
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dengan
dibantu oleh dua orang Timbalan Gabenor
dan lima orang Penolong Gabenor. Akta
BNM memperuntukkan bahawa Gabenor
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
manakala Timbalan Gabenor oleh Menteri
Kewangan.

19
Di bawah Akta BNM, Bank Negara Malaysia Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia
dikehendaki mempunyai satu Lembaga terdiri daripada lapan orang. Ahli ex-officio
Pengarah yang seperti mana Lembaga Lembaga Pengarah adalah Gabenor,
Pengarah organisasi swasta lain, Timbalan Gabenor dan Ketua Setiausaha
diamanahkan dengan tanggungjawab Perbendaharaan. Pengarah-pengarah yang
untuk menetapkan hala tuju dasar Bank lain adalah terdiri daripada tokoh-tokoh
Negara Malaysia dan pentadbiran am ke yang berwibawa dan berpengalaman
atas hal ehwal Bank Negara Malaysia. dalam bidang perbankan dan hal ehwal
Akta BNM menghendaki Lembaga ekonomi. Kesemua ahli kecuali Timbalan
Pengarahnya untuk memaklumkan Gabenor adalah dilantik oleh
Menteri Kewangan mengenai dasar Yang di-Pertuan Agong dan memegang
monetari dan perbankan yang telah dan jawatan untuk tempoh maksimum selama
akan dilaksanakan. tiga tahun, tetapi layak untuk dilantik
semula. Gabenor adalah Pengerusi
Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengarah
ini dikehendaki bermesyuarat sekurang-
kurangnya sekali dalam sebulan.

20
Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.my
ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama

You might also like