You are on page 1of 20

1.

Tajuk
Kajian Tentang Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Baru Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

2.Senarai Kandungan
Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Perkara Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Muka Surat

3.Penghargaan
Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, En. Chew Eng Kean yang memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian saya.

Ribuan terima kasih kepada Pn. Nor Ainah binti Edi, guru mata pelajaran Geografi yang telah membimbing dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan kajian ini.

Tidak ketinggalan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk rakanrakan saya, Cheng Vay Vern, Kuan Ze Zian, Lee Wye Lam, Low Jun Jian, Ng Tien Siang dan Puvurn yang memberi maklumat serta cara-cara untuk melaksanakan kerja khursus ini kepada saya.

4.Pendahuluan
Kajian kerja khursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kami semua telah diberi tajuk Pencemaran Alam Sekitar.

Oleh itu, saya telah memilih Pekan Baru, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Hal ini kerana tempat ini sesuai kepada saya kerana ia terletak dekat dengan rumah saya. Bukan itu sahaja, tempat tersebut terdapat pencemaran udara kerana pembakaran sampah.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja khursus ini ialah bermula dari bulan Februari hingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

5.Objektif Kajian
Objektif kajian tentang pencemaran alam sekitar di Pekan Baru adalah seperti berikut :1) Menerangkan maksud konsep pencemaran alam sekitar. 2) Mengetahui jenis-jenis pencemaran alam sekitar. 3) Menyenaraikan punca-punca pencemaran alam sekitar. 4) Menbincangkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar. 5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. 6) Menghuraikan penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

6.Kawasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Pekan Baru, Teluk Intan. Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Ia terletak di 4 Utara dan 101.5 Timur. Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Teluk Intan menduduki tempat ke-17. Di Perak menduduki tempat ketiga terbesar. Bandar terdekat ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

Bentuk muka bumi adalah rendah dan dataran kerana di muara sungai Perak. Hanya di Changkat Jong dan Tapah agak tinggi sedikit. Tanah jenis aluvium, hasil limpahan lombong bijih timah daripada Batang Padang dan Lembah Kinta. Airnya keruh. Dahulu, likuan Sungai Perak di Teluk Intan ini penuh dengan hutan nipah dan bakau sehingga tahun 1970. Seberang Teluk Intan mengeluarkan atap nipah dan kayu bakau.

7.Kaedah Kajian
Saya telah menjalankan kajian tentang pencemaran alam sekitar di Pekan Baru melalui beberapa kaedah.

Kaedah pertama adalah secara pemerhatian. Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian saya untuk mengenalpasti pencemaran alam sekitar.

Saya telah menjalankan soal selidik dengan penduduk yang terdapat di kawasan kajian saya sebagai responden terhadap kajian yang saya lakukan ini.

Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang pencemaran alam sekitar. Temu bual dijalankan kepada penduduk yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kajian.

Saya membuat rujukan di internet, perpustakaan, buku teks dan surat khabar.

8.Dapatan Kajian
8.1) Konsep pencemaran alam sekitar Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar. Contoh pencemaran alam sekitar di Pekan Baru ialah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan bau busuk.

8.2) Jenis pencemaran alam sekitar di Pekan Baru  Pencemaran Udara  Pencemaran Air  Pencemaran Bunyi  Bau Busuk Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya adalah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi sering berlaku di kawasan kajian saya kerana terdapatnya pelbagai jenis kenderaan, seperti kereta, motorsikal, van, lori dan sebagainya.

Selain itu, pencemaran udara juga sering berlaku di kawasan saya, terutamanya lori. Kebanyakkan lori akan mengeluarkan asap hitam yang banyak dan seterusnya berlaku pencemaran udara di kawasan saya.

8.3) Punca pencemaran alam sekitar di Pekan Baru Berikut adalah punca-punca pencemaran alam sekitar yang terdapat di Pekan Baru :I. Kenderaan Bilangan Kenderaan yang Melalui Jalan Padang Tembak

Kenderaam Kereta Motorsikal Van Lori

Bilangan Kenderaan 50 30 18 12

Bilangan Kenderaan yang Melalui Jalan Padang Tembak

50 40 30 20 10 0 Kereta Motorsikal Van Lori Bilangan Kenderaan

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan kereta api. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Pekan Baru, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap. II. Pembakaran Terbuka.

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Pekan Baru. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. III. Aktiviti Harian.

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang

digunakan melepaskan Klorofluorokarbon (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara. IV. Aktiviti Perindustrian & Pembangunan.

Perkembangan ekonomi Pekan Baru bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.

Kita haruslah memelihara alam sekitar. Jangan sesekali mengabaikan alam sekitar kerana alam sekitar merupakan hadiah Tuhan yang amat bernilai bagi kita. Tanpa alam sekitar, kita tidak dapat melihat keindahan hijau alam sekitar

8.4) Kesan pencemaran alam sekitar di Pekan Baru Berikut adalah kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Pekan Baru :a) Hujan Asid. Pencemaran udara memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi. b) Jerebu. Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

c) Penyakit. Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. d) Hidupan Akuatik Terancam. Di Pekan Baru, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Perak dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan- haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

e) Mengganggu Persekitaran Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi masalah kepada manusia juga.

Masyarakat harus insaf atas perbuatan yang mereka buat untuk mencemarkan alam sekitar. Mereka harus mengubah sikap mereka untuk memelihara alam sekitar agar alam sekitar boleh dinikmati oleh generasi yang baru.

8.5) Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Pekan Baru Berikut adalah cadangan saya yang boleh digunakan oleh semua pihak:1) Kuat kuasa undang-undang. Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar seperti membuang sisa toksid ke dalam sungai, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada MPTI untuk diambil tindakan selanjutnya. 2) Kempen cintai alam sekitar. Bagi memastikan sumber air seperti sungai tidak tercemar. beberapa kempen dijalankan di televisyen oleh Jabatan Alam Sekitar. Antaranya "Sungaiku, Hidupku" dan Projek Sungai Angkat yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar di daerah masing-masing. 3) Pendidikan alam sekitar. Bagi menimbulkan kesedaran pentingnya menjaga sumber alam supaya tidak tercemar, beberapa persatuan atau badan bukan kerajaan telah ditubuhkan. Antaranya ialah Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Malaysia (WWF). Malah di peringkat sekolah juga ditubuhkan kelab atau persatuan yang menjadi ahli persatuan ini di peringkat kebangsaan seperti Kelab Pencinta Alam dan Kelab LEO. Melalui aktiviti seperti Sambutan Hari Bumi Sedunia oleh MNS, telah menyemaikan rasa tanggungjawab dan kesedaran kepada setiap individu untuk menjaga alam sekitar.

4) Petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Ia juga dapat menjaga kualiti udara. Kebanyakan petrol tanpa plumbum telah diamalkan oleh pengguna-pengguna kenderaan di Pekan Baru. Manakala di Jepun pula langkah yang diambil ialah dengan mengguna petrol tanpa plumbum dan penggunaan kereta api laju yang menggunakan elektrik.

Masyarakat haruslah bertanggungjawab dan berusaha untuk memulihara alam sekitar agar alam sekitar dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Di atas saya telah cadangkan langkah-langkah tetapi ada banyak lagi yang kita boleh lakukan.

9.Rumusan
Secara keseluruhannya hasil kajian dijalankan di Pekan Baru mendapati bahawa wujudnya pencemaran alam sekitar. Jenis pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan bau busuk. Kesan pencemaran alam sekitar adalah hujan asid, jerebu, penyakit, hidupan akuatik tercemar dan mengganggu persekitaran. Punca pencemaran alam sekitar adalah daripada kenderaan, pembakaran terbuka, aktiviti harian dan aktiviti perindustrian & pembangunan. Cadangan saya ialah kuat kuasa undang-undang, menbuat kempen mencintai alam sekitar, menggalakkan pendidikan alam sekitar dan menggantikan penggunaan petrol mengandungi plumbum dengan petrol tanpa plumbum.

Saya harap penduduk dan masyarakat boleh bekerjasama untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Penduduk juga harus bertanggungjawab atas kesalahan mereka dan mengubah sikap mereka yang suka mencemarkan alam sekitar.

11.Rujukan
Antara rujukan yang saya telah guna adalah :a. Orang Sumber 1. Lena Gnoi, 20 tahun, 25, Pekan Baru, 36000 Perak. 2. Ng Lay Tin, 40 tahun, 21, Pekan Baru, 36000 Perak. b. Buku 1. Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim, 2004. Geografi Tingkatan 3. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2. Manpreet Kaur, 2011. Twitter Geografi Tingkatan 3. Info-Didik Sdn. Bhd. c. Internet 1. http://anakbumi.malaysianumber1.com/jenis-jenis-pencemaran/ 2. http://www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar 3. http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini 4. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/langkah-langkah-untuk-mengurangkanpencemaran-alam-sekitar-kita/

5. http://www.google.com.my/

You might also like