You are on page 1of 1

Abu yang suka makan

Pada suatu hari, sebelum loceng berbunyi abu membeli 1 biji kek durian. Oleh kerana takut keknya cepat habis, Abu membahagikan kek duriannya kepada tiga bahagian sama rata. Dia memakan bahagian yang pertama. Tetapi Abu masih lapar. Kemudian dia memakan bahagian yang kedua tetapi dia masih lapar dan akhirnya abu memakan potongan yang ketiga. Pada waktu rehat abu membeli lagi sebiji kek durian dan

membahagikannnya kepada 3 bahagian. Dia memakan 2 bahagian di kantin dan tidak dapat memakan 3 bahagian kerana loceng sudah berbunyi. Sewaktu pulang dari rumah, Abu melihat ibunya mengeluarkan dua biji kek coklat dari peti sejuk. Ibunya memberikan abu salah satu kek coklat. Abu pun memakan kek tersebut. Namun Abu masih lapar, lalu dia meminta kepada ibunya kek yang kedua. Ibunya membahagikan kek tersebut kepada 3 bahagian dan Abu hanya boleh memakan 2 bahagian sahaja. Sekaran berapakah jumlah kek yang telah dimakan oleh Abu?

You might also like