You are on page 1of 4

1.

Definisi Pendidikan Khas

Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon , Pendidikan khas ialah pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa'. Sementara menurut Heward dan Orlansky Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanak-kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran.

2.0

Definisi Pentaksiran dan Penilaian 2.1 Umum 2.2 Pendidikan Khas

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya

3.0

Jenis dan Tujuan Pentaksiran

pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Umapamanya, kemahiran bermain hoki boleh diukur melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual. Oleh itu, kita perlulah menggunakan kaedah dan alat ukur yang sesuai agar pentaksiran yang dibuat itu sah. TUJUAN PENTAKSIRAN i. Mengesan keberkesanan pengajaran. ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta. iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa. vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. vii. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran. viii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. ix. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. x. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

4.0 5.0

6.0 7.0

3.1 Kognitif 3.2 Afektif 3.3 Psikomotor dan social Sorotan Kajian Penilaian 5.1 Ujian asas sensori penglihatan 5.2 Ujian asas sensori pendengaran Senarai semak tahap kebolehan Kesimpulan

URK merupakan satu ujian yang direka oleh guru pemulihan untukmenilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu. Biasanya kemahiran yang diuji bisanya hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu. Tujuannya dalah untuk menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut.

y y

Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan criteria pencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang ditentukan oleh guru. Contoh 70% hingga 80% Contoh : Menguji kebolehan membaca KVKV Selepas membaca perkataan KVKV selama 3 minggu guru menguji sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajar dalam tempoh berkenaan. Guru akan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernah diajar untuk menguji murid. Dalam borang catatan, guru menulis apabila didedahkan kepada 10 patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid dapat membaca dengan tepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan Guru mula menguji dengan memberi murid 10 perkataan KVKV dan murid membaca perkataan. Kalau murid berjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagai bukti bahawa kemahiran telah dikuasai. Maka guru bolehlah mebgajar kemahiran yang baru.

y y

Analisis Tugasan
y

Murid pemulihan apabila diberi sesuatu tugasan, mereka tidak dapat menyiapkan dengan sempurna. Ini disebabkan sebarang tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri daripada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya. Sebelum menguasai tugasan yang diberikan. Murid pemulihan mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut. Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar, guru perlu mengenalpasti apakah kemahiran kecil yang terdapat dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid menjalankan tugasan tersebut

Konsep Penilaian penilaian ialah merupakan proses pengumpulan maklumat atau proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya. prosedur ujian 1.persediaan ujian 2.pentaksiran ujian 3.pemeriksaan dan pengukuran 4.dapatan atau tindakan

Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

PENILAIAN Definisi Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap

You might also like