You are on page 1of 2

Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kos untuk kehidupan seharian semakin meingkat.

Untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia pada masa yang akan datang, kita perlulah mengamal amalan menabung. Amalan menabung merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh kita apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat. Meletur buluh biarlah dari kecil, amalan menabung perlulah dipraktikkan bermula dari awal iaitu kita kecil lagi. Amalan menabung wang akan mendatangkan impak yang positif terhadap kita. Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masa depan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang diperlukan untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku-buku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar yuran sekolah dan sebagainya. Tambahan pula, sekiranya terdapat pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akan menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti di menara ganding, kolej dan institusi pendidikan swasta yang lain. Semakin tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakain tinggi kos yang diperlukan. Oleh hal yang demikian,bagi mereka yang memiliki amalan menabung, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi dengan segera dan mudah. Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes kecemasan. Kes kecemasan berlaku secara tiba-tiba dan sukar kita jangkakan. kita tidak dapat menjangka sama ada perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli keluarga kita. Oleh hal yang demikian, inisiatif bersiap sedia perlulah diambil. Bak kata pepatah malang tidak berbau,sekiranya kita menimpa nasib buruk, malah kita telah sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelum hujan, sudah pasti masalah ini dapat diatasi. Menabung wang dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari remaja seperti berjimatcermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depan kehidupan. Dalam kondisi ini, seseorang remaja yang menyedari tentang faedah menabung menabung wang dan berjimat cermat, mereka akan mengelakkan diri mereka daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri mereka. Seseorang yang rasional dan sedar tentang keburukan sikap boros, mereka akan belajar menahan nafsu untuk berbelanjaan dan menunjukkan obligasi terhadap diri mereka sendiri dengan mengamalkan amalan menabung. bagi mereka, wang yang berlebihan mestilah disimpan dan digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat sahaja. Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam sesetangah keluarga yang mempunyai anak yang ramai, ibu bapa tersebut terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demi membesarkan anak-anak. Sekiranya anak-anak dalam keluarga tersebut memiliki amalan menabung dan jimat cermat sejak kecil lagi, maka wang

ini dapat digunakan oleh keluarga bagi mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini. Intihanya, sebagai seorang rakyat yang rasional, kita mestilah bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budaya menabung wang sejak kecil lagi. berjimat sebelum kena dan berjimat sebelum habis juga telah menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menabung wang demi masa hadapan kita dan orang yang kesayangan kita.

You might also like