You are on page 1of 6

Tekanan emosi dalam kalangan murid, punca-punca dan strategi menangani masalah gangguan tersebut.

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Latin motere yang bermaksud bergerak. Emosi atau motus anima secara literal bermaksud semangat yang menggerakkan kita (Cooper dan Sawaf, 1997). Emosi ialah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar.

Pada masa sekarang, tekanan di kalangan murid adalah perkara yang biasa berlaku. Mengikut, Lessard (1998), stres ataupun tekanan emosi merupakan satu pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh seseorang individu. Tekanan emosi ataupun stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian. Beliau juga mendapati bahawa ia bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar.

Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Sebenarnya terdapat perbezaan antara gangguan emosi dan tekanan emosi. Biasanya, pada murid-murid, gangguan emosi yang berlaku keatas mereka dan jarang tekanan emosi berlaku keatas mereka. Gangguan emosi biasanya berlaku tidak lama. Walaubagaimanapun, tindakan segera harus diambil untuk mengelakkan daripada perkara ini berlarutan yang boleh menyebabkan gagguan mental.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ada menyebut bahawa guru turut bertanggungjawab dalam membantu murid memperkembangkan emosi kanakkanak. Seorang guru mestilah memahami jiwa murid-murid beliau bagi memastikan tiada masalah akan timbul semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Gangguan emosi biasanya berlaku apabila sesorang murid itu mengalami salah satu perkara ini iaitu, seperti murid mengalami masalah emosi tertentu seperti, depresi, kecemasan dan kemarahan, murid tidak mampu menzahirkan perasaan kasih sayang, kepercayaan, sentiasa marah mahupun penolakan. Ini akan

menyebabkan murid-murid yang mengalami masalah seperti ini akan memberontak secara dalaman iaitu dari dalam diri mereka. Ini akan menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi dan mungkin boleh menyebabkan tahap percaya kepada diri sendiri dan semangat mereka akan menurun.

Selain itu, gangguan emosi berlaku disebabkan oleh teman-teman murid itu sendiri. Ini adalah seperti murid-murid berasa mereka tersisih dari kawan-kawn mereka, kecewa, kawan-kawan yang menakutkan mereka dan sebagainya. Akhir sekali, murid-murid akan mengalami gangguan emosi sekiranya mereka mengalami konflik perasaan ataupun emosi. Sebagai contoh, murid-murid mengalami konflik antara perasaan marah dan takut ataupun mengalami konflik perasaan sayang dan benci.

Sementara itu, guru adalah orang yang bertanggungjawab membantu muridmurid yang mengalami gangguan emosi untuk menyelesaikan masalah mereka kerana jika masalah ini berlanjutan, ia akan memberikan kesan kepada prestasi akademik dan hubungan murid dengan orang lain. Setelah mengenal pasti masalah yang dialami oleh murid-muridnya, guru mestilah mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah yang berlaku tersebut.

Gangguan emosi sebenarnya berkaitan dengan hak pelindungan kanakkanak. Biasanya, kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain, dan mereka biasanya akan lebih kelihatan keanak-anakan dan tidak selari dengan tahap umur mereka. Selain itu, ada juga diantara mereka yang bertindak ganas seperti kerap mengamuk. Ini telah menunjukkan bahawa murid-murid yang mengalami gangguan emosi seringkali membuat tindakan yang kurang sesuai dengan situasi-situasi normal yang sepatutnya mereka lakukan selari dengan tahap umur mereka.

Terdapat banyak punca menyebabkan belakunya gangguan emosi di kalangan kanak. Walaubagaimanapun, faktor ketara yang menyebabkan gangguan emosi adalah masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga. Perkara ini telah disebutkan oleh Terri Mauro (2004). Masalah ketidakfungsian otak boleh menyebabkan sifat murid-murid itu tidak matang. Mereka tidak suka untuk

berhubung dengan orang lain dan ini akan menyebabkan mereka mengalami masalah untuk berkerjasama dalam kupulan. Selain itu, keyakinan diri mereka juga lebih rendah. Ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Apabila perkara sebegini berlaku, guru akan mengalami masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid yang mengalami gangguan emosi ini tidak berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.

Selain itu, masalah pemakanan juga adalah antara sebab major murid mengalami masalah ganguan emosi. Ini mungkin kerana kekurangan zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan dan otak untuk berkembang. Ini akan menyebabkan tumbesaran otak dan kecerdasan mereka agak terhad. Selain daripada faktor makanan yang perlu diambil kira kebersihan tempat kediaman, terutamanya bilik tidur itu perlu. Udara yang cukup dan selesa memainkan peranan penting dalam usaha memperolehi ketenangan, terutamanya selepas menunaikan tugas harian.

Masalah keluarga pula adalah antara punca yang amat besar gangguan emosi dikalangan kanak-kanak berlaku. Ia biasanya berpunca daripada peringkat awal lagi. Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting bagi membantu perkembangan emosi kanak-kanak. Adakalanya, kanak-kanak diasuh dan

dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka dan akibat kurangnya pergaulan, kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah, mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan, perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Selain itu, ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi, terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan, termenung, merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya, kurang

menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah, lebih resah, kurang sabar, tidak suka ditegur dan menunjukkan berbagai-bagai corak tingkah laku yang tidak

menyenangkan. Dengan itu, ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada anak -anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup. Semakin mereka membesar, semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan-latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan. Dalam mengatasi masalah gangguan emosi di kalangan muri-murid, pelabagai cara dan strategi boleh diambil bagi membendung masalah ini daripada terus merebak dan berpanjangan yang boleh menyebabkan implikasi yang lebih teruk berlaku kepada murid-murid. Antaranya ialah mengadakan program-program dalam bentuk pendidikan seperti program yang boleh membantu murid yang mengalami gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik,

membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran mengawal tingkahlaku dan menaikkan kembali keyakinan diri murid-murid ini. Selain itu, perkhidmatan psikologi dan bimbingan kaunseling juga boleh dilaksanakan terhadap murid-murid seperti ini. Mereka perlu mendapatkan khidmatkhidmat seperti ini daripada orang yang terlatih dan berkelayakan. Kaunselor boleh memberikan kaunseling bimbingan kerjaya kepada mereka supaya mereka boleh meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif dan boleh meningkatkan semangat mereka untuk lebih berkeyakinan untuk berjaya. Disamping itu, ibu bapa haruslah lebih terbuka dalam membincangkan masalah sebegini. Mereka perlu memberikan maklumat yang betul dan tepat akan sebab-sebab masalah sebegini berlaku keatas anak mereka kepada pihak yang berpengetahuan seperti kaunselor mahupun doktor. Perbincangan juga haruslah berlaku secara berpanjangan dari semasa ke semasa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.

Di sekolah pula, guru haruslah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah gangguan emosi di kalangan pelajar. Peneguhan positif haruslah diberikan kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala hukuman juga haruslah berpatutan dan bersesuaian dengan apa yang telah murid lakukan. Ini adalah bagi menggalakkan lagi tingkah laku yang baik dilakukan oleh pelajar dan mengurangkan tingkah laku yang kurang baik. Guru juga perlulah mahir dalam mengendalikan bilik darjah. Peraturan yang ditepkan juga mestilah difahami dan dipersetujui oleh pelajar dan ia juga mestilah bersesuaian dengan peringkat umur dan kumpulan murid itu. Akhir sekali, murid haruslah diberikan peluang untuk mengenalpasti sendiri kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini yang telah mereka lakukan. Ini adalah bagi menggalakkan mereka berfikir secara lebih rasional dan secara tidak langsung boleh melatih mereka untuk lebih berdikari. Seterusnya mereka juga diberi peluang untuk memperbaiki tingkah laku mereka itu. Apabila mereka berfikir secara tersendiri secara tidak langsung ia akan lebih memberikan kesan kepada mereka. Kesimpulannya, tekanan emosi boleh dialami oleh kanak-kanak. Manifestasi yang ditunjukkan berbeza-beza mengikut tahap perkembangannya. Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri-ciri tekanan emosi di kalangan anak-anak tersebut. Kadangkala, keluhan dikalangan kanak-kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala punca boleh dikenal pasti dan langkah-langkah pencegahan dapat diambil. Ia adalah seperti merawat. kata pepatah iaitu, mencegah lebih baik daripada

Rujukan

Noriati A.R, Boon P.Y.,Sharifah Fakriyah S.A., & Zuraidah A.M. (2010). Guru dan Cabaran Semasa, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor.. Psikologi Online. (2009). Apakah gangguan emosi? diperoleh daripada http://psikologi-online.com/ Terri Mauro. (2004). Emotional Disturbance, diperoleh daripada http://specialchildren.about.com/od/mentalhealthissues/a/ED.htm Lessard, J.J. (1998). Adolescent Stress an Workload: From Bamboo Seed to Flying. Guidance & Counseling. 14: 15-19.

Cooper, R.K. and Sawaf, A. (1997), Executive EQ: Emotional Intelligence in Leadership and Organisations, Grosset/Putnum, New York,NY. Crow dan Crow. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

You might also like