You are on page 1of 1

1 AlRazi

Folio Sejarah Tingkatan 1: Salasilah Keluarga

Tokoh keluarga:

Saya memilih ibu & bapa saya sebagai tokoh keluarga kerana mereka memainkan peranan besar dalam keluarga seperti memberi pendidikan setaraf, memberi makanan dan sebagainya. Ayah dan ibu saya masing-masing ada kelebihan dalam keluarga. Ayah seorang yang tegas. Sungguhpun demikian, beliau banyak memberi dorongan kepada saya dalam melakukan sesuatu (Rujuk kembali segmen Bapa saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang beliau). Banyak yang saya boleh contohi daipadanya seperti dalam bola sepak, sifat kepemimpinan dan ketegasan beliau. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, beliau berusaha untuk tidak mewarisi kemiskinan. Bapa mendapat 4A1B dalam Ujian Percubaan Darjah 5, mendapat keputusan cemerlang dalam SRP dan meneruskan kecemerlangannya dalam STPM. Untuk ibu pula, beliau banyak menguruskan hal keluarga. Beliau seorang ibu yang penyayang. Ibu sangat mahir dalam Bahasa Inggeris dan sebab itulah beliau memilih untuk mengambil bidang Bahasa Inggeris sbg. Bahasa Kedua (sila rujuk segmen bertajuk Ibu Saya) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya banyak mempelajari Bahasa Inggeris kepada beliau dan pelbagai tip yang telah diperoleh saya daripadanya. Beliau mendapat 5A dalam Ujian Percubaan Darjah 5, cemerlang dalam SPR dan mendapat agregat 11 dalam SPM. Itulah antara sebab mengapa ibu bapa saya ialah tokoh dalam keluarga. Mereka berdua tidak pernah berkompromi dalam apa yang saya lakukan. Jika saya tersilap langkah, mereka akan menegur saya. Kesimpulannya, ibu bapa saya yang layak menjadi tokoh keluarga.

13 | M u k a s u r a t

You might also like