You are on page 1of 2

REFLEKSI PJM 3110 NURUL AINAA NADIA BT MOHD REDUZAN Alhamdulillah dengan ini saya telah selesai menyiapkan

tugasan kerja khusus PJM 3110 . Melalui tugasan ini saya telah belajar pelbagai perkara baru, saya telah belajar bagaimana ingin merangka sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) . Antara kekuatan yang telah saya kenal pasti iaitu saya telah memperbaiki cara saya menulis RPH PJ untuk pengajaran PJ yang betul untuk diaplikasikan kepada murid-murid sekolah rendah . Saya juga telah belajar bagaimana untuk merangka sebuah pengajaran yang berkesan untuk murid-murid saya dan seterusnya dapat menjana kecergasan fizikal mereka . Kebiasaanya murid-murid lebih cenderung untuk bermain dan bergerak secara aktif jika diberikan satu permainan yang seronok dan mencabar. Saya telah menjalankan pengajaran mikro dipadang maktab IPG KPP dan saya juga adalah kumpulan yang pertama diberi peluang untuk menyampaikan pengajaran mikro.Kami dapati bahawa kekuatan yang terdapat dalam pengajaran mikro kami ialah kami mempunyai kawalan kelas yang baik dan arahan yang kami berikan jelas dan tepat. Hal ini dapat dilihat walaupun rakan-rakan lelaki membuat bising dan berlakon seperti kanak-kanak yang meragam namun kami dapat mengendalikan dengan baik. Seterusnya kami juga mempunyai permainan yang mampu menarik minat pelajar iaitu permainan hit 4 and go yang kami ambil dari TGFU (Teaching Games For Understanding) . Namun begitu , sesi pengajaran mikro kami terdapat banyak kelemahan iaitu kami telah membuat variasi permainan yang kurang mencabar bagi murid-murid . Akibatnya murid-murid mudah berasa bosan apabila lama bermain permainan itu . Di samping itu juga kami juga tidak peka akan waktu dan mengambil masa terlebih untuk menamatkan sesi P&P . Antara jalan untuk mengatasinya adalah dengan membuat persediaan yang rapi dengan memikirkan secara kreatif untuk membuat variasi permainan dalam P&P saya .

Saya juga perlu mengatur dan merangkan dengan teliti masa yang perlu diambil bagi setiap fasa di dalam P&P saya kelak agar P&P saya menepati waktu sepertimana yang telah ditetapkan . Jelaslah tugasa ini telah membantu saya menjadi seorang guru PJ yang mampu merangka RPH yang baik dan lengkap dan juga mempersiapkan fizikal , mental dan spiritual saya untuk menerima dan bertindak dengan sewajarnya apa-apa kemungkinan yang berlaku disepanjang P&P saya kelak .

You might also like