You are on page 1of 24

TATA E T I K A P E R N IAG A A N

R ing k as an

KANDUNGAN
Perutusan Kepada Semua Kakitangan ....................................1 Dasar Am Berkenaan Etika Undang-Undang dan Perniagaan .............................................2 Etika Amalan Perniagaan .........................................................3 Urus niaga Sensitif ............................................................3 Rasuah Perdagangan .......................................................4 Kawalan, Tatacara dan Rekod Perakaunan ...................... 5 Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Dalaman............................. 6 Maklumat Empunya (Hakmilik)..........................................7 Konflik Kepentingan ..........................................................7 Penipuan dan Tindakan Luar Aturan Seumpamanya ........................ 8 Urusan Eksport dan Perhubungan Perniagaan Antarabangsa .......................... 9 Pentadbiran Eksport dan Sekatan Ekonomi Antarabangsa ................................9 Boikot ................................................................................9 Perhubungan Perniagaan Antarabangsa ........................ 10 Antitrust dan Persaingan ........................................................ 11 Pekerjaan dan Tempat Kerja ..................................................12 Peluang Pekerjaan Sama Rata .......................................12 Gangguan .......................................................................12 Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar ............................13 Aktiviti Politik...........................................................................14 Kontrak Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat................... 15 Laporan Sulit Tuduhan Pelanggaran Kod...............................16 Hubungi Lembaga Pengarah..................................................17 Nombor Telefon Penting .........................................................18 Latihan ....................................................................................19 Pengedaran ............................................................................19

Kepada Semua Kakitangan Syarikat Halliburton dan Anak Syarikatnya: Tataetika Perniagaan Syarikat Halliburton, yang dihuraikan dan diringkaskan dalam buku kecil ini, merupakan panduan bagi setiap Pengarah Syarikat, pegawai, kakitangan dan ejen untuk menerapkan amalan perundangan dan etika dalam kerja seharian mereka. Tataetika ini bukan hanya memperincikan standard ketulusan kita tetapi juga sebahagian daripada prinsip khusus dan bidang undang-undang yang mungkin melibatkan kita. Tiada kualiti yang lebih penting daripada ketulusan. Ketulusan penting baik kepada perniagaan mahupun kepada individu. Ketulusan ialah nilai teras dalam Tataetika Perniagaan kita. Sesuatu keadaan yang tidak diliputi dalam Tataetika Perniagaan kita mungkin timbul. Jika anda ada kemusykilan mengenai kesahihan atau kesesuaian sesuatu tindakan, atau tafsiran Tataetika, anda harus menghubungi Jabatan Undang-Undang Syarikat. Kepatuhan terhadap undang-undang dan kejujuran serta ketulusan dalam urusan kita dengan orang lain juga tidak harus dikorbankan demi mengaut keuntungan. Pihak Pengurusan tidak dan tidak akan membiarkan tindakan sedemikian berlaku. Kejayaan kita akan dicapai melalui kepatuhan terhadap undangundang, urusan yang memperlihatkan tindakan saksama dan ketulusan serta iltizam kepada kualiti. Kami mengharapkan sokongan padu anda terhadap semua nilai dan prinsip Syarikat.

Dave Lesar Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Halliburton

Dasar Am Berkenaan Undang-Undang dan Etika Perniagaan Tataetika Perniagaan Syarikat Halliburton (Syarikat) terdiri daripada dasar yang berkaitan dengan standard perilaku etika dan undang-undang yang mesti dipatuhi oleh semua Pengarah, kakitangan dan ejen Syarikat dalam urusan perniagaan. Tataetika Perniagaan mesti dipatuhi oleh semua Pengarah Syarikat, kakitangan dan ejen dan semua aktiviti Syarikat di seluruh dunia, kecuali di mana ia dinyatakan secara khusus. Dasar syarikat adalah untuk mematuhi undang-undang yang diterima pakai. Sesetengah dasar Syarikat berasaskan keperluan undang-undang yang diterima pakai dan yang lainnya merupakan etika dan naluri perniagaan yang baik. Syarikat dikendalikan mengikut undang-undang Amerika Syarikat dan saham sekuritinya didagang secara umum. Ini bermakna Syarikat ini tertakluk terutamanya oleh undang-undang Amerika Syarikat, dan undang-undang Amerika Syarikat ini diterima pakai atas sebahagian daripada perniagaan Syarikat di luar Amerika Syarikat. Syarikat menjalankan perniagaan dengan banyak negara di seluruh dunia dan, sebagai ahli perniagaan yang baik, kita mesti mematuhi undang-undang yang diterima pakai di negara di mana kita menjalankan urusan perniagaan. Kadang kala berlaku konflik di antara undang-undang Amerika Syarikat dengan undang-undang salah sebuah negara di mana Syarikat beroperasi. Dalam keadaan sebegini, Syarikat akan menyelesaikan konflik dengan nasihat dan saranan Jabatan Undang-Undang. Memang menjadi tanggung jawab peribadi Pengarah Syarikat, kakitangan dan ejen untuk mematuhi standard perilaku dan lain-lain syarat dalam Tataetika Perniagaan tanpa mengambil kira sama ada piawai atau syarat itu dikuatkuasakan oleh undang-undang atau tidak. Mana-mana Pengarah, kakitangan atau ejen yang tidak mematuhi piawai dan syarat ini dianggap bertindak di luar ruang lingkup pekerjaan, tanggung jawab atau agensi. Dasar rasmi yang melandasi tataetika ini mengandungi lebih perincian berbanding kandungan buku kecil ini. Menjadi tanggung jawab setiap Pengarah, kakitangan atau ejen untuk memahami perincian dasar Syarikat yang diliputi oleh tugas yang diberikan kepada mereka. Jika kakitangan ingin merujuk kepada dasar lengkap yang diringkaskan dalam buku kecil ini, ia boleh didapati dalam bentuk elektronik dan bertulis. Jika seseorang Pengarah, kakitangan atau ejen mempunyai pertanyaan mengenai dasar yang diringkaskan dalam buku kecil ini, mereka boleh menghubungi Jabatan Undang-Undang. Rujukan: Dasar Korporat 3-0001

Amalan Perniagaan Beretika Dasar Syarikat mewajibkan semua Pengarah, kakitangan dan ejen mematuhi piawai etika perniagaan dan peribadi yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka. Pengarah dan kakitangan mesti mengamalkan urusan saksama, kejujuran dan ketulusan dalam setiap aspek urusan dengan kakitangan Syarikat lain, orang awam, komuniti perniagaan, pemegang saham, pelanggan, pembekal, pesaing dan pihak berkuasa. Semasa bertindak bagi pihak Syarikat, Pengarah dan kakitangan tidak boleh mengambil kesempatan melalui manipulasi, penyembunyian, penyalahgunaan maklumat dalaman, salah beri gambaran fakta material atau lain-lain amalan yang tidak saksama. Dasar Syarikat melarang diskriminasi yang menyalahi undang-undang terhadap kakitangan, pemegang saham, Pengarah, pegawai, pelanggan atau pembekal atas dasar kaum, warna kulit, usia, jantina, orientasi seksual, agama atau negara asal. Setiap orang akan diperlakukan dengan penuh mulia dan hormat dan mereka tidak akan diganggu tanpa sebab dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka. Pengarah atau kakitangan tidak boleh terpedaya dengan sikap kesetiaan kepada Syarikat atau keinginan mendapatkan keuntungan yang boleh menyebabkannya melanggar undangundang yang diterima pakai atau dasar Syarikat. Pelanggaran dasar Syarikat merupakan alasan bagi tindakan disiplin, termasuk, bila sesuai, penamatan pekerjaan. Rujukan: Dasar Korporat 3-0001 Urus niaga Sensitif Dasar Syarikat melarang Pengarah, kakitangan dan ejen daripada menjalankan urus niaga sensitif. Jika urus niaga sedemikian berlaku, Syarikat dan pegawainya, Pengarah dan kakitangan yang terlibat secara langsung akan dikenakan hukuman denda, penjara dan dakwaan sivil. Istilah urus niaga sensitif lazim digunakan untuk menghuraikan pelbagai jenis urusan perniagaan yang biasanya dianggap menyalahi undang-undang, tidak beretika, tidak bermoral atau memberikan gambaran negatif kepada ketulusan Syarikat. Urus niaga ini biasanya berbentuk sogokan, hadiah yang bernilai tinggi, rasuah atau ganjaran yang dibuat untuk mempengaruhi keputusan berhubung perniagaan syarikat atau untuk faedah peribadi seorang individu. Urus niaga ini mungkin menyebabkan pelanggaran pelbagai peraturan, termasuk Akta Amalan Rasuah Negara Luar Amerika Syarikat (FCPA) dan undang-undang seumpamanya di negara lain.

Dasar Syarikat dan FCPA melarang Syarikat dan pegawai, Pengarah, kakitangan dan ejen daripada menawarkan atau memberi apa-apa barangan yang mempunyai nilai kepada: Pegawai, termasuk mereka yang menjalankan tugas rasmi bagi pihak kerajaan di luar Amerika Syarikat atau pegawai bagi organisasi antarabangsa awam; Pegawai parti politik atau parti politik di luar Amerika Syarikat; atau Calon jawatan politik di luar Amerika Syarikat secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempengaruhi mana-mana tindakan atau keputusan pegawai-pegawai ini dalam menjalankan tugas rasmi atau dalam pelanggaran tugas sah mereka atau untuk mendapat kelebihan tidak wajar dalam usaha membantu Syarikat mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau menghalakan perniagaan kepada sesiapa. Kakitangan syarikat milik kerajaan, seperti syarikat minyak negara, dianggap sebagai pegawai kerajaan. Dasar Syarikat melarang mana-mana Pengarah, kakitangan atau ejen daripada membuat pembayaran atau terlibat dalam urus niaga yang dilarang oleh FCPA. Dasar ini tidak melarang bayaran pemudahan yang dibuat dengan wajar dan direkodkan. Ada kalanya Syarikat perlu membuat bayaran pemudahan atau penyegeraan kepada pegawai rendah kerajaan atau kakitangan di negara luar Amerika Syarikat untuk menyegerakan atau mendapatkan pelaksanaan tindakan lazim kerajaan oleh pegawai atau kakitangan kerajaan. Bayaran pemudahan sedemikian mungkin tidak diharamkan di bawah FCPA dan undang-undang seumpamanya di negara lain. Meskipun begitu, memang sukar untuk membezakan bayaran pemudahan dan rasuah, sogokan atau ganjaran haram. Oleh itu, bayaran pemudahan mesti dikawal ketat dan langkah mesti diambil untuk menghapuskan atau mengurangkan bayaran sedemikian. Bayaran pemudahan, jika diperlukan, akan hanya dibuat mengikut garis panduan awal Jabatan Undang-Undang. Semua bayaran pemudahan mesti direkodkan dengan tepat sebagai bayaran pemudahan dalam rekod perakaunan Syarikat. Rujukan: Dasar Korporat 3-0005 Rasuah Perdagangan Dasar Syarikat melarang rasuah perdagangan, sogokan dan ganjaran dan manfaat lain seumpamanya dan ganjaran yang dibayar kepada mana-mana pembekal dan pelanggan.

Pengarah, kakitangan dan ejen juga dilarang daripada menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa barangan yang bernilai tinggi (selain gaji, upah atau pampasan lain yang biasa daripada Syarikat) berhubung dengan urus niaga yang dibuat oleh Syarikat. Rasuah kepada pembekal atau pelanggan termasuk apa-apa bayaran untuk faedah mana-mana wakil pembekal atau pelanggan. Ini termasuk: Hadiah yang bukan bernilai nominal; Bayaran tunai oleh Pengarah, kakitangan atau orang ketiga seperti ejen atau perunding, yang dibayar balik oleh Syarikat; Penggunaan tanpa pampasan perkhidmatan, kemudahan atau harta Syarikat, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Syarikat; dan Pinjaman, jaminan pinjaman atau pelanjutan kredit yang lain. Dasar ini tidak melarang perbelanjaan dalam jumlah yang berpatutan untuk jamuan dan hiburan pembekal atau pelanggan yang dianggap belanja perniagaan yang biasa dan lazim, jika perbelanjaan sedemikian adalah sah. Perbelanjaan sebegini mesti dimasukkan dalam laporan perbelanjaan dan diluluskan di bawah tatacara piawai Syarikat. Rujukan: Dasar Korporat 3-0006 Kawalan, Tatacara dan Rekod Perakaunan Undang-Undang yang berkuat kuasa dan dasar Syarikat mewajibkan Syarikat menyimpan buku dan rekod yang menunjukkan secara tepat dan saksama semua urus niaga dan pelupusan aset. Di samping itu, Syarikat mesti mempunyai serta melaksanakan satu sistem kawalan perakaunan dalaman yang akan memastikan kebolehpercayaan dan kecukupan buku dan rekod. Kegagalan memenuhi syarat ini dianggap sebagai pencabulan undang-undang. Bagi memenuhi tuntutan ini, Syarikat telah menerima pakai dasar untuk memastikan bahawa hanya urus niaga yang wajar saja dijalinkan oleh Syarikat, bahawa urus niaga tersebut mempunyai kelulusan pengurusan yang sewajarnya, bahawa urus niaga tersebut direkodkan sewajarnya dalam buku dan rekod Syarikat, dan bahawa laporan dan penyata kewangan Syarikat disediakan tepat pada masanya, boleh difahami dan menyatakan urus niaga tersebut dengan penuh, munasabah dan tepat. Semua Pengarah dan kakitangan yang bertanggung jawab dengan tugas ini mestilah arif dengan dasar Syarikat, kawalan, tatacara dan rekod perakaunan, dan mesti mematuhi semua syarat yang ditetapkan. Rujukan: Dasar Korporat 3-0004

Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Dalaman Undang-Undang Amerika Syarikat dan banyak negara lain mengawal penggunaan dan pendedahan maklumat bukan awam berkaitan dengan Syarikat kerana sahamnya didagang awam. Maklumat ini sering dirujuk sebagai maklumat dalaman kerana ia tidak didedah kepada umum. Syarikat mempunyai dasar (sebahagiannya, berdasarkan undang-undang sedemikian) mengenai penggunaan dan pendedahan maklumat dalaman. Dasar Syarikat melarang pendedahan maklumat dalaman kepada sesiapa melainkan mereka yang bekerja dalam syarikat, di mana kedudukan mereka memerlukan pengetahuan berkenaan maklumat tersebut. Dasar Syarikat juga melarang dagangan sekuriti Syarikat, termasuk opsyen saham, oleh mana-mana kakitangan semasa memiliki maklumat dalaman penting. Maklumat dianggap penting jika ia boleh mempengaruhi keputusan seseorang untuk membeli atau menjual sekuriti. Ia juga bertentangan dengan dasar Syarikat bagi seseorang yang mempunyai maklumat dalaman untuk menganjurkan orang lain membeli atau menjual sekuriti Syarikat berdasarkan maklumat tersebut. Jika seseorang kakitangan atau ejen Syarikat mempunyai maklumat dalaman tentang Syarikat, dia mestilah menunggu sehingga berakhir perniagaan pada hari kedua perniagaan setelah maklumat didedahkan sewajarnya kepada umum sebelum membeli atau menjual sekuriti Syarikat. Peraturan yang lebih ketat dikenakan kepada kakitangan penting, pegawai dan Pengarah yang tertentu. Pengarah, kakitangan atau ejen tidak boleh berdagang dalam sekuriti syarikat lain, jika semasa dia bekerja atau disebabkan oleh jawatannya dalam Syarikat, maklumat bukan awam diketahui mengenai syarikat tersebut yang akan mempengaruhi harga sekuriti itu. Pengarah, kakitangan dan ejen Syarikat tidak digalakkan membuat spekulasi jangka pendek ke atas sekuriti (saham) Syarikat. Dasar Syarikat tidak membenarkan layanan keutamaan berkenaan pendedahan maklumat dalaman. Syarikat telah melaksanakan tatacara untuk mengelak pendedahan pilih kasih yang tidak wajar. Rujukan: Dasar Korporat 3-0008 Maklumat Sulit atau Proprietari Pengarah, kakitangan dan ejen Syarikat kerap mengetahui maklumat sulit atau maklumat proprietari (empu ya) tentang Syarikat atau pelanggannya. Dasar Syarikat

melarang Pengarah, kakitangan dan ejen daripada mendedahkan atau mengguna maklumat sulit atau hakmilik di luar Syarikat atau untuk keuntungan peribadi, sama ada semasa atau selepas perjawatannya, tanpa kebenaran bertulis yang sewajarnya daripada Syarikat yang mengizinkannya berbuat sedemikian. Pendedahan yang tidak dibenarkan boleh membawa mudarat kepada Syarikat atau pelanggan atau berguna kepada pesaing. Syarikat juga mengendalikan data hakmilik pelanggan, pembekal dan rakan kongsi usaha sama. Ini amanah yang amat penting dan mesti ditangani dengan berhati-hati supaya Syarikat berjaya mendapat keyakinan berterusan pelanggan, pembekal dan rakan kongsi usaha sama. Tiada Pengarah, kakitangan atau ejen dibenarkan mendedahkan, atau menggunakan maklumat dalaman atau hakmilik di luar Syarikat tanpa kebenaran Syarikat, dan tiada seorang pun Pengarah, kakitangan atau ejen dibenarkan mendedahkan maklumat tersebut kepada kakitangan lain kecuali jika diperlukan sahaja. Rujukan: Dasar Korporat 3-0009 Konflik Kepentingan Dasar Syarikat melarang konflik di antara kepentingan Pengarah atau kakitangan dengan Syarikat. Takrifan lengkap mengenai apa yang dianggap konflik kepentingan amat sukar. Meskipun begitu, ada beberapa keadaan yang pasti akan dianggap konflik kepentingan yang ditegah. Keadaan ini berlaku apabila seorang Pengarah atau kakitangan atau mereka yang mempunyai hubungan peribadi yang rapat dengan Pengarah atau kakitangan: Memperoleh kepentingan kewangan atau kepentingan lain yang bermanfaat dengan pembekal, pelanggan atau pesaing Syarikat tanpa terlebih dahulu memberitahu Syarikat dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada Ketua Pegawai Eksekutif atau wakilnya; Terlibat dalam urus niaga perniagaan peribadi yang melibatkan Syarikat untuk mendapatkan keuntungan atau laba, melainkan urus niaga sedemikian telah diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau wakilnya; Menerima wang, hadiah yang bukan bernilai nominal, layanan berlebihan, pinjaman, jaminan obligasi atau layanan istimewa lain daripada mana-mana pembekal, pelanggan atau pesaing Syarikat (pinjaman daripada institusi peminjaman pada kadar faedah lazim dikecualikan); Menyertai mana-mana jualan, pinjaman atau pemberian harta Syarikat tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pegawai Eksekutif atau wakilnya;

Mengetahui tentang peluang perniagaan melalui hubungan dengan Syarikat dan mendedahkannya kepada pihak ketiga atau pelabur dalam atau mengambil peluang secara peribadi tanpa menawarkannya terlebih dahulu kepada Syarikat; Menggunakan harta korporat, maklumat, atau kedudukan untuk kepentingan peribadi; atau Bersaing dengan Syarikat. Konflik kepentingan mungkin timbul akibat kepengarahan luar, penggunaan harta Syarikat secara peribadi atau mendapatkan khidmat Syarikat bagi kepentingan peribadi. Orang yang mempunyai hubungan peribadi yang rapat dengan Pengarah atau kakitangan merujuk kepada suami/ isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, ibu dan bapa mertua, anak menantu, abang dan kakak ipar kepada Pengarah atau kakitangan, sesiapa yang tinggal serumah dengan Pengarah atau kakitangan atau rakan perniagaan kepada Pengarah atau kakitangan. Secara berkala, Syarikat memerlukan kakitangan tertentu untuk mengesahkan kepada Syarikat yang mereka telah mematuhi semua syarat Tataetika Perniagaan. Pendedahan situasi tertentu yang mungkin dianggap konflik kepentingan tidak bermakna bahawa Syarikat akan menganggapnya cukup penting untuk dilarang. Setiap situasi akan dipertimbangkan secara individu. Rujukan: Dasar Korporat 3-0003 Penipuan dan Tindakan Luar Aturan Seumpamanya Dasar Syarikat melarang penipuan dan menyediakan tatacara untuk dipatuhi mengenai pengenalan, pelaporan dan penyiasatan penipuan yang disyaki. Penipuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada: Tindakan yang tidak jujur atau menipu; Penggelapan; Pemalsuan atau pengubahan instrumen boleh niaga seperti cek atau draf Syarikat; Salah guna aset Syarikat, kakitangan, pelanggan,rakan kongsi atau pembekal; Pengubahan wang tunai, sekuriti, bekalan atau aset Syarikat yang lain untuk kegunaan peribadi; Pengurusan atau pelaporan yang tidak dibenarkan mengenai urus niaga Syarikat; dan Pemalsuan rekod Syarikat atau penyata kewangan atas sebab peribadi. Pengarah dan kakitangan bertanggung jawab melindungi aset Syarikat dan memastikan penggunaannya secara efisien.

Pencurian, kecuaian dan pembaziran aset Syarikat oleh Pengarah dan kakitangan adalah dilarang kerana tindakan dan amalan tersebut mempunyai kesan langsung dan negatif ke atas keuntungan Syarikat. Semua aset Syarikat hanya boleh digunakan bagi tujuan perniagaan sah Syarikat. Mana-mana Pengarah, kakitangan atau ejen yang mengesyaki aktiviti penipuan telah berlaku dikehendaki melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Undang-Undang, Perkhidmatan Audit, Jabatan Keselamatan, atau Ketua Pegawai Kewangan Syarikat. Semua siasatan penipuan akan dijalankan di bawah pengarahan Jabatan Undang-Undang. Rujukan: Dasar Korporat 3-0015 Urusan Eksport dan Hubungan Perniagaan Antarabangsa Pentadbiran Eksport dan Sekatan Ekonomi antarabangsa Meskipun Syarikat beroperasi di banyak negara di seluruh dunia, sebagai sebuah syarikat Amerika Syarikat, Syarikat mesti mematuhi pentadbiran eksport dan undang-undang sekatan ekonomi antarabangsa Amerika Syarikat. Dasar Syarikat menghendaki Syarikat menjalankan semua perniagaannya dan mengeksport perkhidmatan, produk dan teknologinya menurut undang-undang tersebut. Tiada pengecualian dalam dasar ini. Syarikat telah mewujudkan satu program pengawasan dalaman yang komprehensif untuk memastikan undang-udang tersebut dipatuhi. Keperluan undang-undang ini amat rumit dan ada kalanya sukar difahami. Sebarang pertanyaan mengenai keperluan dasar ini atau undang-undang yang berkaitan harus dikemukakan kepada pengurus kawalan eksport atau Jabatan Undang-Undang. Semua Pengarah, kakitangan dan ejen Syarikat mesti mematuhi semua keperluan program kawalan dalaman dan bertindak mematuhi undang-undang ini. Rujukan: Dasar Korporat 3-0010 Boikot Undang-Undang berkaitan dan dasar Syarikat melarang kerjasama dengan boikot tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang negara lain. Undang-Undang Amerika Syarikat yang berkaitan juga memerlukan Syarikat tidak menyalurkan maklumat tertentu berkenaan identiti dan kewarganegaraan kakitangan, Pengarah, pemegang saham, subkontraktor dan pembekal, atau maklumat tentang lokasi Syarikat menjalankan

perniagaan apabila maklumat tersebut diminta untuk menyokong boikot yang dilarang. Syarikat juga dikehendaki melaporkan permintaan yang diterima untuk menyokong boikot sedemikian walaupun ia tidak memenuhi permintaan tersebut. Ada kalanya permintaan untuk menyokong boikot yang dilarang amat sukar dikenal pasti. Semua kakitangan dan ejen yang mungkin dihubungi untuk permintaan sedemikian mesti mengetahui sepenuhnya perincian dasar ini. Rujukan: Dasar Korporat 3-0011 Hubungan Perniagaan Antarabangsa Syarikat sering menjalin hubungan perniagaan dengan orang perseorangan atau syarikat di luar Amerika Syarikat. Hubungan Perniagaan Antarabangsa ini berbentuk perjanjian agensi, usaha sama dan bentuk kombinasi perniagaan yang lain. Dasar Syarikat mengawal cara bagaimana ia akan menjalin dan mengurus hubungan perniagaan ini. Istilah Hubungan Perniagaan Antarabangsa merangkumi yang berikut: Penggajian ejen, wakil penjual, penaja atau pihak yang lain untuk membantu Syarikat mendapatkan perniagaan atau mempromosi pengedaran, pemasaran atau penjualan produk dan perkhidmatan, termasuk perjanjian perlesenan di mana pihak lain mengedar, memasarkan atau menjual produk, perkhidmatan atau teknologi Syarikat; Melibatkan diri dalam usaha sama, konsortium, perkongsian, perjanjian Pemegang amanah atau mana-mana perjanjian lain di mana pihak lain memperoleh kepentingan ekuiti dalam sebuah entiti yang dimiliki oleh Syarikat, atau sebahagian keuntungan daripada peniagaan usaha sama, konsortium, perkongsian atau entiti milik Syarikat; Memeterai kontrak atau subkontrak di mana pihak lain akan melaksanakan kebanyakan kerja yang akan dilaksanakan di dalam kontrak Syarikat. Walaupun Hubungan Perniagaan Antarabangsa amat berguna dalam menjalankan perniagaan Syarikat, ia mestilah tertakluk secukupnya kepada sistem kawalan Syarikat untuk melindungi aset Syarikat daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. Dan, Syarikat juga mungkin dipertanggungjawabkan ke atas tindakan yang diambil oleh ejen atau orang lain bagi pihaknya. Maka, dasar Syarikat mensyaratkan pemilihan pihak lain yang akan bekerjasama dengan Syarikat dalam Hubungan Perniagaan Antarabangsa tertakluk kepada kawalan pengurusan dan penyiasatan yang sewajarnya.

10

Semua cadangan perjanjian untuk menjalin atau meminda hubungan seumpamanya mestilah disemak dengan teliti oleh kakitangan kewangan dan perundangan sebelum menandatangani perjanjian. Selanjutnya, perjanjian ini mesti memastikan pihak yang lain setuju untuk mematuhi Tataetika Perniagaan Syarikat dalam Hubungan Perniagaan Antarabangsa. Tatakelakuan berasingan ini berkaitan dengan Hubungan Perniagaan Antarabangsa. Ia terdiri daripada kebanyakan syarat-syarat yang serupa dengan Tataetika Perniagaan Syarikat. Mana-mana kakitangan yang mempunyai tanggungjawab berkaitan dengan Hubungan Perniagaan Antarabangsa mestilah arif dengan perincian dasar Syarikat yang berkaitan. Rujukan: Dasar Korporat 3-0007 Antitrust dan Persaingan Undang-Undang antitrust Amerika Syarikat dan negara lain melarang perjanjian atau tindakan yang mungkin menghapuskan atau menyekat persaingan, mewujudkan monopoli, menyalah guna kedudukan pasaran dominan, menetapkan harga secara tidak jujur atau menyekat atau menyelewengkan perdagangan secara haram. Di samping denda jenayah dan hukuman penjara, pencabulan undang-undang antitrust Amerika Syarikat sering membenarkan pihak persendirian memperoleh ganti rugi berjumlah tiga kali ganda nilai sebenar. Saman antitrust sering menghasilkan keputusan mahkamah terhadap syarikat yang berjumlah berpuluh juta dan, ada kalanya, beratus juta dolar Amerika. Syarikat tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti perniagaan yang melanggar undang-undang antitrust yang melibatkan perniagaan Syarikat. Dasar Syarikat menghendaki tiada Pengarah, kakitangan atau ejen Syarikat mengikat sebarang persefahaman, perjanjian, rancangan atau skim, tersurat atau tersirat, rasmi atau tidak rasmi, dengan mana-mana pesaing berkaitan dengan harga, terma atau syarat jualan atau perkhidmatan, pengeluaran, pengedaran, wilayah atau pelanggan; atau bertukar atau berbincang dengan pesaing mengenai harga, terma atau syarat jualan atau perkhidmatan, atau sebarang maklumat persaingan yang lain; atau melibatkan diri dengan perlakuan yang melanggar mana-mana undang-undang antitrust. Walau bagaimanapun, perjanjian subkontrak atau cadangan bersama dengan pesaing yang tidak dilarang oleh undang-undang antitrust yang berkaitan dan yang telah diluluskan oleh Jabatan Undang-Undang tidak dilarang. Sebarang perbincangan dengan pesaing berhubung dengan projek di mana pesaing adalah rakan kongsi perikatan, pengusaha sama, atau subkontraktor mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu dan diatur dengan Jabatan Undang-Undang.

11

Undang-Undang antitrust sangat rumit dan ada kalanya sukar untuk difahami. Mana-mana Pengarah, kakitangan atau ejen Syarikat yang bertanggungjawab untuk amalan perniagaan yang tertakluk kepada undang-undang antitrust mesti berpandu kepada nasihat Jabatan Undang-Undang. Sebarang pertanyaan mengenai implikasi antitrust mesti dirujuk kepada Jabatan Undang-Undang sebelum sebarang tindakan diambil. Tiada pengecualian dalam dasar ini dan tiada siapa diberi kuasa untuk meluluskan sebarang tindakan yang melanggar dasar ini. Rujukan: Dasar Korporat 3-0013 Pekerjaan dan Tempat Kerja Peluang Pekerjaan Sama Rata Dasar Syarikat melarang diskriminasi yang menyalahi undang-undang terhadap mana-mana pekerja atau orang yang memohon pekerjaan. Syarikat komited kepada dasar menyediakan peluang sama rata kepada individu yang layak dalam dasar penggajian dan kenaikan pangkat. Syarikat akan berusaha untuk menyediakan tenaga kerja yang mencerminkan kepelbagaian penduduk dalam komuniti di mana ia beroperasi. Merujuk kepada operasi yang ditadbir oleh undang-undang Amerika Syarikat, dasar ini berkaitan dengan semua fasa penggajian, termasuk program perekrutan, penggajian, penempatan, kenaikan pangkat, perpindahan, pampasan, faedah, latihan, pendidikan, sosial dan rekreasi, dan kegunaan kemudahan Syarikat. Ia meliputi tindakan semua kakitangan lain dalam semua kategori dan pada semua tahap, termasuk penggajian individu kurang upaya yang layak, veteran kurang upaya dan veteran dari era Vietnam. Ia bertujuan untuk memberikan suasana kerja yang bebas daripada diskriminasi, gangguan, intimidasi atau pemaksaan yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan ras, warna kulit, agama, jantina, orientasi seksual, umur, kecacatan atau negara asal. Semua Pengarah, ahli pengurusan dan kakitangan lain haruslah menyokong secara aktif dasar ini. Rujukan: Dasar Korporat 3-0002 Gangguan Syarikat percaya semua kakitangan haruslah dilayan dengan bermaruah dan rasa hormat. Dasar Syarikat adalah untuk menyediakan suasana kerja yang bebas daripada gangguan. Sepertimana yang diguna pakai dalam dasar ini, gangguan termasuk gangguan seksual, ras, etnik, dan bentuk gangguan yang lain, termasuk gangguan berdasarkan kehilangan upaya. Beberapa contoh, bergantung kepada fakta dan keadaan, termasuk:

12

Gangguan Lisan atau Bertulis komen yang tidak disenangi atau menghina mengenai ras, warna kulit, jantina, orientasi seksual, agama, keturunan, warisan etnik, kecacatan mental atau fizikal, umur atau penampilan seseorang; ancaman kecederaan fizikal; atau pengedaran bahan yang mempunyai kesan yang seumpamanya, termasuk melalui mel elektronik atau paparan di mana-mana kawasan kerja Syarikat. Gangguan Fizikal - memukul, menolak atau sentuhan fizikal agresif yang lain atau ugutan untuk melakukan tindakan sedemikian, atau gerak isyarat yang tidak wajar. Gangguan Seksual perlakuan seksual yang tidak disenangi, sama ada secara lisan atau fizikal, termasuk cubaan bermesra secara seksual, meminta layanan seksual, atau perlakuan lisan atau fizikal lain yang bersifat seksual, sama ada ia dirancang atau bertujuan untuk menggalakkan hubungan mesra. Tidak dianggap gangguan jika penyelia dan anggota pengurusan yang lain menguatkuasakan pelaksanaan kerja dan tata kelakuan dengan cara yang wajar dan konsisten. Mana-mana kakitangan yang percaya dia diganggu patut mempertimbangkan untuk memberitahu kepada pihak yang bersalah bahawa dia membantah perlakuan tersebut. Ini selalunya akan menyelesaikan masalah. Walaupun begitu, jika kakitangan itu tidak berasa selesa berhadapan dengan pihak yang bersalah (atau jika perlakuan pihak yang bersalah yang tidak disenangi terus berlaku), kakitangan harus memaklumkan penyelia terdekat tentang perlakuan yang salah. Jika kakitangan lebih selesa berbincang tentang isu itu dengan seseorang yang selain penyelia terdekatnya, atau sekiranya penyelia terdekatnya tidak mengambil tindakan yang dianggap wajar oleh kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut, kakitangan harus menghubungi wakil Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Undang-Undang. Laporan mengenai gangguan akan disiasat dengan segera dan berhati-hati. Mana-mana kakitangan yang melaporkan tindakan gangguan dengan seikhlas hati, termasuk gangguan seksual, tidak akan menerima tindakan balas akibat laporan tersebut. Rujukan: Dasar Korporat 3-0016 Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Perlindungan kesihatan, keselamatan dan pencegahan pencemaran terhadap alam sekitar merupakan matlamat utama Syarikat. Syarikat akan berusaha untuk membangun dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang tidak

13

memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan selamat untuk kegunaan mengikut fungsinya, efisien dari segi penggunaan tenaga dan sumber semula jadi dan boleh dikitarkan semula, diguna semula atau dibuang dengan selamat. Semua kakitangan mesti melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan mematuhi undang-undang yang berkaitan dan piawai industri berhubung kesihatan dan keselamatan di tempat kerja dan pencegahan pencemaran kepada alam sekitar. Ketua Pegawai Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Syarikat akan menyelia perlaksanaan dasar ini. Perlaksanaan tertakluk kepada pengawasan Jawatankuasa Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Lembaga Pengarah Syarikat. Rujukan: Dasar Korporat 3-0014 Aktiviti Politik Syarikat memegang kepercayaan kuat kepada proses demokrasi. Pengarah dan kakitangannya haruslah melibatkan diri secara aktif dalam memupuk prinsip pemerintahan yang baik di negara dan komuniti di mana mereka tinggal. Pengarah dan kakitangan boleh menggunakan masa dan dana mereka sendiri untuk menyokong calon dan isu politik, tetapi mereka tidak akan diberi pampasan oleh Syarikat. Pengarah dan kakitangan mesti memastikan bahawa sumbangan dan aktiviti politik mereka mematuhi undang-undang yang diguna pakai. Selanjutnya, sesetengah perlakuan politik yang dibenarkan dan digalakkan kepada individu adalah menyalahi undang-undang bagi syarikat. Dasar Syarikat menghendaki Pengarah, kakitangan dan ejen yang mewakili Syarikat dalam hal-hal politik dan kerajaan untuk mematuhi semua undang-undang yang mengawal pembabitan korporat dalam hal ehwal awam. Untuk memastikan keperluan ini dipenuhi dan sebagai panduan kepada mereka, dasar yang berikut telah diterima pakai: Pengarah, kakitangan atau ejen tidak dibenarkan memberi tekanan ke atas kakitangan lain sehingga melanggar hak individu itu untuk memutuskan sama ada, kepada siapa dan berapa jumlah sumbangan politik peribadi, harus dibuat; Sumbangan dana, harta atau perkhidmatan Syarikat tidak akan dibuat untuk menyokong calon politik untuk jawatan persekutuan di Amerika Syarikat atau negeri tertentu atau di negara lain di mana sumbangan tersebut diharamkan. Perbelanjaan tidak langsung bagi pihak seorang calon, seperti perjalanan menggunakan kapal terbang Syarikat, boleh dianggap sebagai sumbangan sedemikian;

14

Tiada sumbangan politik daripada dana, harta atau perkhidmatan Syarikat boleh dibuat oleh Syarikat, kecuali yang sejajar dengan rancangan yang diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif; Sekiranya dibenarkan oleh undang-undang dan diizinkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, dana dan kemudahan Syarikat boleh digunakan untuk memberikan sokongan pentadbiran bagi operasi jawatan kuasa bertindak atau rancangan politik, yang antara tujuannya ialah pembayaran sumbangan kewangan oleh kakitangan tertentu, pemegang saham dan/atau orang lain kepada parti atau calon parti politik. Tiada dana, kemudahan atau harta lain Syarikat boleh digunakan untuk selain daripada sokongan pentadbiran untuk jawatan kuasa sedemikian; Sekiranya diizinkan oleh undang-undang dan dibenarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, perbelanjaan dana Syarikat boleh dilakukan untuk mendidik atau mempengaruhi masyarakat pengundi mengenai isu yang penting kepada perniagaan Syarikat dan pemegang saham. Sekiranya seorang kakitangan atau Pengarah diminta membuat sumbangan politik atau memberi bantuan bagi pihak Syarikat, sama ada peribadi atau korporat, dan kakitangan atau Pengarah tersebut mempunyai kemusykilan tentang dasar Syarikat ini atau undang-undang yang berkaitan, kakitangan atau Pengarah tersebut hendaklah menghubungi Naib Presiden Hubungan Kerajaan Syarikat atau Jabatan Undang-Undang. Rujukan: Dasar Korporat 3-0012 Kontrak Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat Untuk memastikan Syarikat mematuhi peraturan persekutuan berkaitan kontrak kerajaan Amerika Syarikat, semua kakitangan yang terlibat dalam pelaksanaan kerja di bawah kontrak kerajaan hendaklah dimaklumkan dan dilatih secukupnya mengenai dasar dan amalan yang terkandung dalam Kod Etika Perniagaan dan dasar lain Syarikat yang khusus berkaitan dengan kontrak kerajaan. Setiap pengurus unit perniagaan yang mempunyai kontrak dengan kerajaan Amerika Syarikat bertanggung jawab untuk memastikan yang sesi latihan dalam dasar ini dijalankan dan bahawa sesi latihan ini didokumenkan sewajarnya. Syarikat mengambil tindakan yang wajar dan tepat pada masanya untuk membetulkan pencabulan piawai kerajaan Amerika Syarikat. Jika mana-mana kakitangan mempunyai persoalan tentang kesesuaian sesuatu urus niaga, kakitangan tersebut mesti melaporkan urus niaga itu kepada penyelia terdekat. Jika penyelia itu mendapati persoalan itu mempunyai kebenaran, penyelia tersebut mesti melaporkan urus niaga kepada Ketua Peguam atau wakilnya. Penyelia mesti

15

memaklumkan kepada kakitangan tentang tindakan yang telah diambilnya. Sekiranya kakitangan itu tidak bersetuju dengan penyelia atau sekiranya kakitangan tidak berasa selesa melaporkan urus niaga itu kepada penyelia, kakitangan boleh menghubungi terus Ketua Peguam atau wakilnya. Apabila data kos dan penentuan harga diperlukan untuk menjawab permintaan kerajaan, data kos dan penentuan harga mestilah terkini, tepat, dan lengkap semasa ia diserahkan. Semua kos mestilah direkodkan, didokumenkan, dan disimpan dengan baik sejajar dengan peraturan pemerolehan persekutuan Amerika Syarikat. Setiap unit perniagaan yang menjalankan perniagaan dengan kerajaan Amerika Syarikat mestilah menghantar invois kepada kerajaan dengan mematuhi ketat prinsip kos kerajaan Amerika Syarikat dan peraturan persekutuan Amerika Syarikat yang lain. Banyak projek kerajaan Amerika Syarikat di mana Syarikat terbabit mungkin melibatkan bahan atau maklumat sulit atau empunya. Dalam kes ini, Syarikat terikat dengan semua peraturan keselamatan kerajaan Amerika Syarikat untuk menghalang akses, pengedaran, atau penggunaan mana-mana maklumat sulit tanpa kebenaran. Syarikat mematuhi statut dan peraturan persekutuan Amerika Syarikat yang berkenaan berhubung dengan penggajian bekas tentera Amerika Syarikat, Jabatan Pertahanan, atau kakitangan persekutuan yang lain. Apabila Syarikat bercadang menggaji bekas kakitangan kerajaan Amerika Syarikat atau mengambil kakitangan tersebut sebagai perunding, pengurus unit perniagaan yang bertanggung jawab akan berunding dengan Jabatan Undang-Undang untuk mendapatkan panduan. Rujukan: Dasar Korporat 3-0017 Pelaporan Sulit Tuduhan Perlanggaran Kod Sekiranya anda memerlukan nasihat atau bantuan atau mengetahui mengenai pencabulan Kod Etika Perniagaan, anda hendaklah menghubungi pihak pengurusan atau Jabatan Undang-Undang secara peribadi atau melalui telefon. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada FHOUCODE atau surat kepada Peti Surat khas yang tertera di bawah, atau anda boleh menelefon Talian Bantuan Etika Syarikat. Sekiranya anda menggunakan Talian Bantuan Etika, Peti Surat atau alamat e-mel Kod: 1. Anda boleh mengekang daripada mengenalkan diri sendiri (walaupun, tanpa pengenalan diri tersebut Syarikat tidak mempunyai cukup maklumat untuk menyiasat tuduhan tersebut).

16

2. 3.

Tiada tindakan balas akan dikenakan ke atas anda kerana membuat laporan dengan seikhlas hati melainkan sekiranya anda salah seorang daripada orang yang bersalah. Kerahsiaan anda akan dikekalkan melainkan pendedahan adalah:

Diperlukan atau disarankan berhubung dengan mana-mana penyiasatan atau laporan kerajaan; Untuk kepentingan Syarikat, sejajar dengan matlamat Tataetika; atau Diperlukan atau disarankan dalam pembelaan undang-undang Syarikat dalam hal tersebut. Talian Bantuan Etika, Peti Surat dan alamat e-mel Kod bukan disasarkan untuk digunakan bagi sungutan peribadi. Semua perkara yang bukan merupakan pencabulan Tataetika Perniagaan akan dirujuk kepada jabatan yang sewajarnya; contohnya, laporan berkenaan sungutan kakitangan akan dihantar kepada Jabatan Sumber Manusia. Talian Bantuan Etika dikendalikan oleh syarikat swasta yang beroperasi setiap hari, 24 jam sehari. Penterjemah akan disediakan atas permintaan. Jika anda memanggil daripada Amerika Syarikat atau Kanada, anda boleh menggunakan Talian Bantuan Etika bebas tol dengan mendail: 1-888-414-8112 Jika anda di United Kingdom, anda boleh mendail bebas tol: 0800-169-3116 Jika anda di Indonesia, anda boleh mendail bebas tol: 001-803-1-009-1244 Jika anda menelefon dari negara-negara lain, anda boleh membuat panggilan caj balikkan di: 770-613-6714 Alamat Peti Surat untuk membuat laporan Kod ialah: Pengarah Etika Perniagaan Halliburton Company P.O. Box 2625 Houston, Texas 77252-2625 U.S.A. Hubungi Lembaga Pengarah Anda boleh melaporkan hal-hal tentang perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau hal-hal audit Syarikat kepada Jawatankuasa Audit Syarikat, atau hal-hal lain kepada Lembaga Pengarah, dengan memilih salah satu daripada pilihan berikut.

17

Dengan menulis kepada: Board of Directors c/o Director of Business Conduct Halliburton Company P.O. Box 42806 Houston, TX 77242-2806 USA Dengan menghantar e-mel kepada: BoardofDirectors@halliburton.com Dengan menelefon: 1-888-312-2692 (bebas tol daripada AS atau Kanada) atau 770-613-6348 (panggilan caj balikan daripada negara-negara lain) Anda juga boleh membuat laporan tanpa menyatakan nama dan secara sulit. Kerahsiaan anda akan dikekalkan kecuali pendedahan itu: Diperlukan atau disarankan berhubung dengan Penyiasatan atau laporan kerajaan; Untuk kepentingan Syarikat, sejajar dengan matlamat Kod; atau Diperlukan atau disarankan dalam pembelaan undang-undang Syarikat dalam hal tersebut. Nombor Telefon Berguna Naib Presiden Eksekutif Dan Ketua Peguam ..............................................713.759.2620 Jabatan Undang-Undang - Houston, TX ..............281.575.4434 Jabatan Undang-Undang - Aberdeen ...............44.1224.776718 Jabatan Undang-Undang - Kaherah.....................202.759.1000 Jabatan Undang-Undang - Dubai .....................971.4.303.6627 Jabatan Undang-Undang - Perth.......................61.8.6424.4680 Jabatan Undang-Undang - Kuala Lumpur .........603.920.66929 Ketua Pegawai Kewangan ...................................713.759.2636 Naib Presiden Sumber Manusia ........................713.759.2641 Perkhidmatan Audit ..............................................713.839.4755 Jabatan Keselamatan ...........................................713.839.4704 Pengarah Etika Perniagaan..................................713.759.2673

18

Latihan Latihan Tataetika Perniagaan boleh didapati dalam intranet Syarikat. Selain itu, pelbagai jabatan menawarkan banyak kursus latihan dalam pelbagai bidang Tataetika Perniagaan termasuk, di antaranya, kepatuhan alam sekitar, keselamatan, kepatuhan undang-undang dan peluang sama rata. Untuk mengatur latihan untuk Tataetika Perniagaan atau bidang lain, hubungi Pengarah Etika Perniagaan. Pengedaran Tataetika Perniagaan Syarikat adalah satu bahagian penting dalam urus tadbir Syarikat. Ringkasan Tataetika diterbitkan dalam pelbagai bahasa dan diedarkan kepada kakitangan dalam bentuk salinan cetak atau dalam intranet Syarikat. Tataetika Perniagaan juga diterbitkan dalam laman web Syarikat di alamat http://www.halliburton.com. Untuk mendapatkan salinan lengkap Tataetika Perniagaan Syarikat, hubungi Pengarah Etika Perniagaan.

19

Dikeluarkan oleh Halliburton Communications H04812-MA 01/11 2011 Halliburton Hak CiptaTerpelihara Dicetak di U.S.A.

You might also like