You are on page 1of 32

SULIT 02/1 j2e

02/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
Ogos
2008
1 jam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2 Jawab semua soalan.
3 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, ieitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

[Lihat sebelah

0211 @ 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT 2 j2e

Soalan 1 - 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Kejadian banjir kilat dan tanah runtuh semakin berlaku sejak belakangan ini.
A giat

B lebat

C selalu

D kerap

2 Planetarium Negara mengadakan pameran yang lebih interaktif _


pengembaraan dari bumi ke angkasa.
A berkonsepkan

B berlandaskan

C berpandukan

D bermotifkan

3 Tingkap bilik di rumah usang itu dan menimbulkan suasana seram apabila
ditiup angin pada waktu malam.
A berdesir-desir

B berderik-derik

C berdetak-detak

o berderap-derap

4 Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaffar Shukur _-:--_:-- menyaksikan


keindahan alam ciptaan Allah apabila menerokai angkasa lepas.
A terkejut

B terpukau

c tergamam

D tercengang

02/1 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT 3 j2e

5 Rakyat Melaka gembira atas Tun Perak menyandang jawatan


Bendahara Melaka.
A terlantik
B lantikan
C pelantikan
D perlantikan

6 Kerjasama kalangan negara membangun belum tercapai


sepenuhnya.
A dengan
B dalam
Cantara
D di

7 Deretan rumah di hujung kampung itu akibat ditiup angin kencang


malam tadi.
A tumbang
B rebah
C roboh
D robek

Soalan 8 -14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
te/ah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan te/ah ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Mutiara asli sukar diperolehi. Oleh itu, mutiara diternak dengan memasukkan induk mutiara
A B C
yang cantik dan bulat ke dalam tiram-tiram terpilih secara saintifik. Tiada kesalahan.
D

9 Rambutnya yang kejur itu dipotong pendek supaya tampak lebih kemas dan tampan.
A B C
Tiada kesalahan.

[Lihat sebelah

02/1 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SUUT 4 j2e

10 Baihaqi suka bermain dengan rakan-rakannya QLwaktu petang. Tiada kesalahan.


A B C D

11 Saini berhasrat menimba pengalaman berkarya daripada penulis veteran itu.


A B C
Tiada kesalahan.
D

12 Anugerah kecemerlangan yang diberikan oleh pengetua adalah untuk Asyraf, pelajar contoh
A B C
sekolah itu. Tiada kesalahan.
D

13 Institusi pengajian tinggi setempat perlu berusaha untuk memperbanyakkan kegiatan


A B
kebudayaan supaya pelajarnya peka akan keistimewaan warisan bangsa. Tiada kesalahan.
C D

14 Sambutan Jubli Emas pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah akan diadakan secara
A B
besar-besaran di perkarangan Istana Anak Bukit. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 15 - 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Batu-batan di tepi pantai itu pecah akibat tamparan ombak yang begitu kuat.
II Isu penyelewengan wang itu memberi tamparan yang hebat kepada pengarah syarikat
itu.
III Tamparan ayahnya masih teras a lagi walaupun peristiwa itu telah enam tahun berlalu.
IV Tamparan pemain bola sepak itu telah berjaya mencecah jaring untuk gol pendahuluan
pasukannya.
A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

0211 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT 5

j2e

16 I Elia mengebas tuala yang berhabuk itu sebelum menyidainya.


II Nenek mengurut kakinya yang mengebas itu kerana telah lama duduk bersila.
III "Oh, rupa-rupanya kamulah yang selalu mengebas buah rambutan aku!", sergah Pak
Abu kepada budak-budak nakal itu.
IV Para peniaga diingatkan agar tidak mengebas keuntungan secara berlebihan semasa
musim perayaan.
A I, II dan III sahaja
B II, III dan IV sahaja
C II, dan IV sahaja
D I, dan III sahaja

17 Belon yang berwarna-warni itu dapat menarik perhatian adik sehingga meredakan
tangisannya.
/I Dengan penuh berhati-hati Munir menarik jala itu ke atas tebing sambil mengharapkan
rezeki yang lumayan pada hari itu.
/II Acara menarik tali merupakan acara kemuncak pada hari kejohanan olahraga sekolah
itu.
IV Dengan rela hati Encik Rozi menarik diri daripada dicalonkan untuk memegang jawatan
penting dalam syarikat itu.
A I dan II sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV

Soalan 18 - 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mung kin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mung kin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

18 Rama-rama yang cantik itu berterbangan mengeliling kudup bunga mawar.


A terbang keliling kudup bunga mawar.
B terbang mengelilingi kudup bunga mawar.
C berterbangan mengelilingi kudup bunga mawar.
D berterbangan mengeliling kudup bunga mawar.

[Lihat sebelah

02/1 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT

------------_.~---- ---------­
SULIT 6
j2e

19 Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Antarabangsa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia
Putra amat hebat sungguh hingga para penonton tidak berganjak.
A amat terhebat
8 amat sungguh hebat
C teramat hebat sungguh
D amat hebat sungguh

20 Surat khabar lama itu saya akan ikatkan dengan tali sebelum dihantar ke pusat kitar semula.
A akan diikatkan oleh saya
8 diikatkan akan saya
C akan saya ikatkan
D saya akan ikatkan

21 Yang turut berada di Dusat Delancaran kaDal angkasa pada hari itu ialah seluruh ahli keluarga
dan kawan baiknya.
A Turut pergi di pusat pelancaran kapal angkasa
8 Turut bersama di pusat pelancaran kapal angkasa
C Yang turut pergi di pusat pelancaran kapal angkasa
D Yang turut berada di pusat pelancaran kapal angkasa

Soalan 22 - 24

Pi/ih ayat yang mempunyai maksud yang sarna atau maksud yang paling harnpir dengan ayat yang
dicetak tebal.

22 Untuk rneninggikan rnutu pengeluaran hasil pertanian, pengetahuan bioteknologi


diperlukan.
A Untuk meninggikan pengeluaran pertanian, hendaklah menggunakan pengetahuan

bioteknologi.

8 Pengetahuan bioteknologi diperlukan bagi meningkatkan mutu pengeluaran hasil

pertanian.

C Petani perlulah memiliki pengetahuan bioteknologi untuk meningkatkan pengeluaran


pertanian mereka.
D Mutu pengeluaran hasil pertanian semakin meningkat kerana pengetahuan bioteknologi
digunakan.

02/1 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT

-----------
SULIT 7 j2e

23 Nenek itu berkata, "Wahai pemuda yang balk hati, terima kasih kerana sudi membantu
nenek yang tidak berdaya ini".
A Pemuda yang baik itu berharap agar nenek yang tidak berdaya itu mengucapkan terima
kasih kepadanya kerana kesudiannya menerima bantuan.
B Nenek mengharapkan pemuda yang baik hati itu akan berterima kasih kerana
membantu dirinya yang tidak berdaya.
e Dengan rasa terharu nenek itu mengucapkan terima kasih kerana kesudian pemuda itu
membantunya yang tidak berdaya.
D Nenek itu mengalu-alukan kesudian pemuda itu kerana hendak membantu dirinya yang
tidak berdaya.

24 Beberapa kempen dan promosi telah dilancarkan untuk menarik pelancong asing
ke Langkawi sempena pameran LIMA 07.
A Dalam usaha menarik pelancong asing ke Langkawi sempena LIMA 07, beberapa
kempen dan promosi telah diadakan.
B Usaha berkempen dan berpromosi penting untuk pelancong ke Langkawi sempena
LIMA 07.
e Pelancong asing memang berminat terhadap beberapa kempen dan promosi di
Langkawi sempena LIMA 07.
D Untuk menarik pelancong asing ke Langkawi sempena LIMA 07, kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh.

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Ana sebaik-baik sahabat yang pernah kukenali.


II Tokoh usahawan termasyhur sekali itu meninggal dunia semalam.
III Bila malam menjelang, hati Mak Esah sentiasa tidak tenteram.
IV Adik menghalakan pandanqannya ke arah tasik sarnbil mengimbau kenangan silam.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
e I dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

[Lihat sebelah

0211 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT 8
j2e

26 I Saya terus berjumpa Cikgu Fazli di bilik guru selepas diminta berbuat demikian.
II Ikan lumba-Iumba mampu mengesan sesuatu objek berdasarkan pada gema yang
dipancarkan ke dalam air.
III Setiap pembangunan di negara kita perlulah dirancang dengan teliti dengan mengambil
kira kepentingan alam sekitar.
IV Ayah bukan sahaja sanggup berkorban wang ringgit malahan bekerja lebih masa untuk
menyara hidup kami sekeluarga.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

27 I Mereka sengaja sembunyikan perkara itu daripada pengetahuan Haris.


II Ruang dapur itu dikemaskan oleh saya selepas selesai memasak sebelum ke pejabat.
III Kebanyakan pengusaha gerai makanan hanya pentingkan keuntungan tanpa pedulikan
kebersihan dan kualiti makanan.
IV Nurul Huda memasakkan ibunya lauk-pauk yang enak setiap kali pulang ke rumah
ibunya di kampung.

A IV sahaja
B I dan II sahaja
C II dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang
berikut.

28 Berjagung-jagung dahulu sebelum menanti padi masak

Peribahasa di atas bermaksud


A membuat pekerjaan secara sambillewa.

B membuat sesuatu pekerjaan biarlah hingga mencapai kejayaan.

C
membuat pekerjaan sambilan sementara menanti pekerjaan tetap.
D membuat sesuatu pekerjaan yang kelihatan sukar, tetapi sebenarnya mudah.

0211 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT 9 j2e

29 Pergaduhan yang berlaku antara puak di Sudan itu telah menyebabkan rakyat yang tidak
berdosa menderita.
Situasi di atas dikatakan sebagai
A rusa ditembak, kijang yang kena

B menang jadi arang, kalah jadi abu

C gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

o orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya

30 Akila ingin berhijrah ke bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik selepas kehilangan
kedua-dua ibu bapanya dalam tragedi tersebut.
Peribahasa yang sesuai dengan hasrat Akila ialah

A batu yang berqolek tidak akan mengumpullumut

B untung sabut timbul, untung batu tenggelam

C lain padang, lain belalang

o lain lubuk, lain ikannya

[Lihat sebelah

0211 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SUUT 10
j2e

Soalan 31 hingga soalan 35

Baca petikan di bawah dengan toliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hatta adapun akan raja perempuan isteri Raja Bersiung itu, sangatlah ia menaruh percintaan di
dalam hatinya kalau-kalau habis mati sekalian di dalam isi istana atau rosak binasa dengan sebab
perangai suaminya itu. Maka dipanggil empat orang dayang disuruh pergi kepada menteri keempat
itu mengatakan takut rosak sekalian isi istana. Maka kata menteri keempat, "Baiklah, jika raja
perempuan itu suka masuk campur dengan kira-kira kami ini, maka selamatlah sekalian isi istana
itu. Hanya yang kami hendak bunuh Raja Bersiung sahaja."

Maka sembah dayang-dayang itu, "Muafakat yang semacam manusia datuk kehendaki itu
tentulah diikut oleh raja perempuan."

Maka kata menteri keempat, "Hendaklah dengan sampaikan sembah kami pada ke bawah duli
raja perempuan. Hendaklah segal a bedil meriam itu isi ubat sahaja, jangan bubuh peluru.
Nescaya tiadalah rosak kami sekalian dan rakyat."

Setelah demikian kata menteri keempat didengarlah oleh dayang itu, maka ia pun bermohon
pulang menghadap raja perempuan sembahkan sekalian itu. Maka sukalah raja perempuan. Maka
disuruh panggil penghulu di dalam kota menitahkan sekalian kehendak itu. Maka sembah
penghulu kedua, "Bagaimana bicara tuanku maka bolehlah patik hamba tua muafakat pada
sekalian yang di dalam kota ini suruh mengerjakan bagaimana titah duli tuanku."

Hatta maka menteri keempat pun setelah datanglah segala rakyatnya dengan siap alat
senjatanya, maka ia pun berbahagilah empat ketumbukan kota raja itu kepada masing-masing
sukunya dengan alat senjata terlalu banyak. Setelah sudah siap maka tunggal panji-panji
berkibaranlah serta disuruhnya palu gendang perang menaikkan berani hati yang takut. Maka
dilanggarlah serta dengan tempik soraknya terlalu gemuruh berdahanam bunyinya. Maka
datanglah empat ketumbukan pada empat penjuru kota itu, sekali datang semuanya itu.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada prosa, Raja


Bersiung, Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

31 Apakah yang akan dilakukan oleh menteri keempat terhadap Raja Bersiung?
A Mengusir Raja Bersiunq
B Membunuh Raja Bersiung
C Menangkap Raja Bersiung
D Menangkap dan memenjarakan Raja Bersiung

02/1 © 2008 Hak Cipta PKPSM Neqeri Kedah SUUT


SULIT 11
j2e

32 Persoalan utama yang terdapat dalam petikan ini ialah


A pemuafakatan untuk menghapuskan kezaliman.
B kezaliman dibalas dengan kezaliman.
C kezaliman yang melampaui batas.
D kasih sayang sesama manusia.

33 Berdasarkan petikan, sikap yang terdapat pada raja perempuan ialah


A mudah marah.
B mudah putus asa.
C enggan bekerjasama.

D cinta akan kedamaian.

34 Dalam petikan di atas, latar masyarakatnya ialah masyarakat


A bandar.
B istana.
C kampung.
o kayangan.

35 Pada akhir cerita, ke manakah Raja Bersiung telah melarikan diri?


A Ke negeri Pattani
B Ke negeri Melaka
C Ke negeri Pahang
o Ke negeri Pulau Pinang

[Lihat sebelah

02/1 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT 12 j2e

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

NEGERI CINTA

Alam adalah sebahagian daripada kita

Alam adalah syurga bumi

Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga

Cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi

Oi sanalah negeri tercantik

Negeri terlindung di luar penglihatan

Negeri kerinduan, negeri penghijrahan

Oari buruan kehidupan yang mencekik

Ini laut kita, lindungilah pencemaran

Ini hutan kita, lindungilah dari pemusnahan

Ini langit kita, Iindunqilah dari keracunan

Ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan

Malaysia negeri alam dunia sebelah sini

Negeri impian, negeri gemerlapan

Lindungilah dari keganasan-keganasan modenisasi

Negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan

NAHMAR JAMIL

(Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun,


Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

36 Rangkap kedua dalam sajak di atas berkaitan dengan


A negeri yang diidamkan
B keamanan dalam sebuah negeri
C negeri yang jauh daripada pandangan
o keamanan yang dirindukan oleh penyajak

37 Frasa kehidupan yang mencekik dalam sajak di atas bermaksud


A cabaran hidup
B kesusahan hidup
C negeri yang kacau bilau
o negeri yang musnah

0211 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT 13 j2e

38 Pilih nilai yang terkandung dalam rangkap ketiga sajak ini.


A kasih sayang
8 kerjasama
C patriotisme
o baik hati

Dari buruan kehidupan yang mencekik

39 Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris di atas ialah


A sinkof
8 inversi
C metafora
o personifikasi

40 Semua penyataan di bawah ialah pengajaran yang terdapat dalam sajak kecuali
A mempertahan negara daripada ancaman
8 mementingkan kehidupan yang mewah
C menjaga keindahan alam sekitar
o mengekalkan perpaduan kaum

KERTAS SOALAN TAMAT

02/1 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


j2e
SULIT 0212
02/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Ogos
2008
2jam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 Kertas soa/an ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B,


Bahagian C dan Bahagian D.

2 Bahagian A terdiri daripada 2 bahagian: Bahagian A (i) dan Bahagian A


(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut.
Masa yang dicadangkan ia/ah 40 minit.

3 Sahagian S mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ia/ah 25 minit.

4 Bahagian C mempunyai lima pilihan soa/an dan anda dikehendaki supaya


menjawab satu soa/an sahaja. Masa yang dicadangkan ia/ah 45 minit.

5 Bahagian 0 mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ia/ah 10 minit.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.

[Lihat sebelah
02/2 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri K~dah SULIT
j2e
SUUT 2

Sahagian A(i) : Ringkasan

[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang perlunya telefon bimbit kepada pengguna pada masa ini. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Telefon bimbit sebagai media teknologi komunikasi kian berkembang dan menjadi alat
keperluan kepada individu. Kepelbagaian fungsinya, menjadikan telefon bimbit menjadi sangat
istimewa. Oleh itu, perkhidmatan telefon bimbit mendapat sarnbutan yang baik memandangkan
keupayaannya merapatkan jarak sesama manusia serta kemampuannya menghubungkan
manusia tanpa mengambil kira faktor pemisah dan waktu.

Sebagai alat telekomunikasi moden, manusia dapat berkomunikasi dengan cepat, meluas
dan mudah. Pengiriman dan penerimaan mesej dalam pelbagai bentuk teks, gambar dan bunyi
dapat dilakukan melalui telefon bimbit. Permintaan yang tinggi dan populariti yang mendadak
dalam kalangan masyarakat, membuatkan harga telefon bimbit menjadi murah dan mampu
dimiliki. Pengguna mudah membawanya ke mana-mana. Terdapat kecenderungan yang besar
bahawa remaja sering berkomunikasi tentang sesuatu yang bersifat peribadi. Ada juga remaja
yang menggunakannya untuk menyertai program televisyen, menghubungi pihak berkuasa untuk
melaporkan aktiviti jenayah dan mengganggu ketenteraman orang lain dengan mengirim gambar
atau teks porno.

Penuntut institusi pengajian tinggi paling kerap berkomunikasi dengan kawan rapat, rakan
sekuliah, kenalan dan ibu bapa. Mereka dapat bertanya khabar dan mengirim ucap selamat.
Remaja juga sering membawa dan mendampingi telefon bimbit ke mana-mana sahaja mereka
pergi. Terdapat rungutan yang mengatakan bahawa remaja banyak menghabiskan wang
pinjaman mereka untuk telefon bimbit. Banyak aktiviti harian mereka seperti janji temu,
termasuklah tidur dan bangun ditentukan oleh deringan telefon. Mereka juga banyak mernbuang
masa kerana khusyuk berkomunikasi melalui telefon. Sebaliknya, ibu bapa pula membekalkan
telefon bimbit kepada anak-anak mereka yang masih bersekolah supaya mereka senang
memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak.

Kini, telefon bimbit bukan lagi menjadi barangan mewah. Berdasarkan kajian yang dibuat
oleh Suruhanjaya Multimedia Malaysia didapati bahawa pada tahun 2006, bagi setiap 100 orang
penduduk, sebanyak 72.8% daripadanya memiliki telefon bimbit. Peratusan ini semakin
meningkat dari semasa ke semasa.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Telefon Bimbit,


Keperluan atau Sekadar Aliran Terkini " Dewan Siswa, Jun 2007)

0212 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT 3 j2e

Sahagian A(ii) : Pemahaman

[10 markah]

Berdasarkan pelikan Sahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

1 Berikan maksud rangkai kata khusyuk berkomunikasi. [2 markah]

2 Apakah keburukan telefon bimbit kepada remaja? [4 markah]

3 Pada pendapat anda, apakah kesan sampingan penggunaan telefon bimbit kepada
pengguna? [4 markah]

[Lihat Sebelah
0212 © Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT
4 j2e
SULIT

Bahagian B

[20 markah]

Jadua/ di bawah menunjukkan penglibatan juvana da/am jenayah mengikut pecahan umur.
Huraikan pendapat anda tentang penglibatan juvana dalam kes jenayah tersebut.
Panjangnya huraian anda hendak/ah tidak melebihi 120 patah perkataan.

NEGERI
I

I JUMLAH KES

L------
I 1-------,------1

__--'--1 13-15
UMUR

---'-__
16-18

JUMLAH
TANGKAPAN

I
j

~_R_L1S
2005

59 54 64 118 - __:

i KEDAH 431 I 207 483 721


I i ,- J

+ _
I
r-- --------tf-- ---+-I- - - - - - f - - - - - - - - - - - - - I

-t-
I

~ PULAU ~~AN~_~ __ ~~=___ 94


__
302 412

PERAK 336 61
I
404 466
I
I I I

JUMLAH 1129 416 1253 1717

Perangkaan Penglibatan Juvana dalam kes Jenayah Mengikut Pecahan Umur Tahun
2005

0212 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


j2e
SULIT 5

Sahagian C

[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1 Anda Pengerusi Kelab Rukun Negara di sekolah anda. Dalarn satu perhirnpunan, anda
telah dijernput untuk rnernberikan ucapan yang bertajuk "Kepentingan Perpaduan dalarn
Kalangan Pelajar".

Sediakan teks ucapan tersebut selengkapnya.

2 Arnalan rnenderrna rnerupakan budaya hidup yang rnulia.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan rnenderrna.

3 Rakan anda dari luar negara ingin rnengetahui tentang ternpat-ternpat bersejarah

yang terdapat di neqara anda.

Tulis sepucuk surat buat rakan anda.

4 Anda telah berbual dengan rakan anda tentang punca-punca berlakunya pencernaran
di negara kita.

Sediakan dialog tersebut selengkapnya.

5 Tulis sebuah cerita berdasarkankan peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang­

renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

[Lihat Sebelah
0212 © Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT
6 j2e
SULIT

Sahagian 0
[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di
Tingkatan 1 atau Tingkatan 3.

(i) Meniti Kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah


(ii) Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
(iii). Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hi. Yusuf
(iv) Limpahan Darah Di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh
(v) Panas Salju, karya Talib Samad
(vi) Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah
(vii) Ekspedisi, karya Mohd. Ghazali Tocheh
(viii) Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

0212 © 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah SULIT


SULIT

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

SKEMA
BAHASA MELAYU

Kertas 1 dan Kertas 2

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

JAWAPAN KERTAS 1

1 D 11 D 21 D 31 B

2 A 12 D 22 B 32 A

3 B 13 B 23 C 33 D

4 B 14 C 24 A 34 B

5 C 15 B 25 C 35 A

6 B 16 D 26 B 36 A

7 C 17 D 27 A 37 B

8 A 18 C 28 C 38 A

9 D 19 C 29 C 39 D

10 C 20 C 30 B 40 B

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2

Bahagian A (i) : 20 markah

I Perkara yang perlu diberi perhatian

a. Bahasa dinilai secara tanggapan


b. Menandakan kesalahan bahasa seperti penandaan kerangan
c. Peringkatkan markah pelajar ikut kriteria di bawah

Markah Bahasa (10 markah)

Peringkat Markah Deskripsi

- bahasa baik dan lancar


- menggunakan ayat sendiri
- kata yang dipilih tepat
Cemerlang 09 – 10
- ayat yang gramatis
- penanda wacana betul
- Ejaan/ tanda baca betul

- bahasa baik dan lancar


- masih menggunakan ayat sendiri
- kata yang dipilih agak terhad
Baik 06 – 08
- ayat masih gramatis
- penanda wacana masih sesuai
- kesalahan ejaan/ tanda baca yang minimum

- bahasa kurang lancar


- kesalahan bahasa yang ketara termasuk
kesalahan Jean/ tanda baca
Memuaskan 03 – 05
ATAU
- menyalin ayat daripada petikan asal secara
terpilih

- secara keseluruhannya jawapan menunjukkan


Penguasaan
01 – 02 penguasaan bahasa yang lemah
Minimum
- menyalin secara terus daripada petikan

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

Markah Isi

Bilangan Isi Markah

5 09 - 10

4 07 – 08

3 05 – 06

2 03 – 04

1 01 - 02

CADANGAN ISI

A(i)

1 Merapatkan jarak sesama manusia

2 Menghubung manusia tanpa mengira faktor pemisah dan waktu

3 Dapat berkomuniksi dengan cepat, meluas dan mudah

4 Mudah dibawa ke mana-mana untuk berkomunikasi

5 Mengirim dan menerima mesej dalam pelbagai bentuk

6 Mahasiswa dapat bertanya khabar dan mengirim ucap selamat

7 Menghubungi pihak berkuasa melaporkan jenayah

8 Memudahkan ibu bapa memantau dan mengawasi pergerakan anak

Bahagian A (ii) : Soalan Pemahaman

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

Soalan 1 : maksud kata/ rangkai kata (2 markah)

Markah Deskripsi
2 markah - maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis
1 markah - maksud tepat mengikut konteks tapi ayat tidak lengkap
- maksud kurang tepat mengikut konteks/ isi tersurat sahaja
- hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata
0 markah - maksud tidak tepat mengikut konteks

Soalan 2 : soalan pemahaman (4 markah)

Markah Deskripsi
4 markah - isi cukup serta lengkap dan ayat gramatis
3 markah - isi cukup serta lengkap tapi ayat kurang gramatis
2 markah - isi tidak cukup dan kurang lengkap tapi ayat gramatis
1 markah - isi tidak cukup dan kurang lengkap serta ayat kurang gramatis
0 markah - isi tidak mengikut tugasan tapi ayat gramatis
- isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis

Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah)

Markah Deskripsi
4 markah - isi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis
3 markah - isi relevan mengikut tugasan tapi ayat kurang gramatis
2 markah - isi kurang relevan mengikut tugasan tapi ayat gramatis
1 markah - isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis
0 markah - isi tidak tepat tapi ayat gramatis
- isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

Soalan 1 (2 markah)

- ralit/ asyik/ leka berhubung (2 markah)


- ralit/ asyik/ leka bercakap (2 markah)
- sibuk/ sedang berhubung/ bercakap (1 markah)

Soalan 2 (4 markah)

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

Keburukan telefon bimbit kepada remaja


- menghabiskan wang pinjaman biasiswa kerana telefon bimbit
- membuang masa kerana asyik berkomunikasi
- mengganggu kenteteraman orang lain
- isi-isi lain yang sesuai

Soalan 3 (4 markah)

Kesan sampingan penggunaan telefon bimbit kepada pengguna


- mudah memecahbelahkan orang lain
- mudah menyebarkan fitnah
- hilang tumpuan terhadap pelajaran

Terima mana-mana 2 isi dan isi-isi lain yang sesuai.

Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahasa Rangsangan

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

(20 markah)

Peringkat Markah Deskripsi


- guna kata dan ayat yang gramatis
- kosa kata yang luas dan tepat
16 – 20 - ejaan/ tanda baca betul
- idea relevan berdasarkan tugasan
Cemerlang - kesalahan minimum dalam penggunaan kata
(18 – 20) - idea relevan berdasarkan tugasan
(16 – 17) - huraian idea luar seperti pendapat, ulasan, cadangan
dan kesimpulan sesuai dan berkembang
- pengolahan menarik dan berkesan
- kata dan ayat masih gramatis
- kosa kata yang tepat
- ejaan/ tanda baca yang minimum
11 – 15
- kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata, frasa
Baik dan ayat
(13 – 15)
- idea masih relevan berdasarkan tugasan
(11 – 12)
- huraian idea luar seperti pendapat, ulasan, cadangan
dan kesimpulan
- pengolahan menarik
- kata dan ayat kurang gramatis
06 – 10 - kosa kata terhad
- kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa
dan ayat
Memuaskan
- idea kurang relevan berdasarkan tugasan
(08 – 10) - huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan
(06 – 07) dan kesimpulan yang terhad
- pengolahan tidak menarik
- keseluruhan menggambarkan pengguasaan bahasa
Penggusaan
01 – 05 yang tidak cekap
Minimum
- idea kabur/ tidak berkaitan dengan tugasan

Langkah-langkah memeriksa

1. Hendaklah membaca karangan sepintas lalu terlebih dahulu bagi mendapatkan kesan
(impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membuat
pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan.
Kemudian, nilai dan tetapkan peringkat karangan berkenaan berdasarkan kriteria
penskoran yang disediakan.

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

2. Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangkan yang muktamad.
Semasa membaca itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan
isi/ fakta seperti yang berikut:

-------------------- kesalahan bahasa, perkataan dan frasa

/ kesalahan ejaan

// kesalahan ejaan yang berulang

kesalahan tanda bacaan

( ) kesalahan isi/ falta/ idea

Isi-isi yang dicadangkan

Faktor

- pengaruh rakan sebaya


- kurang perhatian ibu bapa
- pengaruh media
- kurang didikan agama

Langkah

- ibu bapa memantau pergerakan anak


- pihak sekolah mengadakan program ke arah pembentukan disiplin
- kerajaan membendung kemasukan filem luar/ permainan video/ program
kartun yang memaparkan unsur ganas
- masyarakat prihatin dan mempunyai sikap kekitaan
- NGO/ aktivis sosial berperanan mengatur program bersifat pendidikan

Terima isi-isi lain yang sesuai.

Bahagian C Karangan Respons Terbuka


(40 markah)

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

Peringkat Markah Deskripsi


- guna kata dan ayat yang gramatis
- kosa kata yang luas dan tepat
- ejaan/ tanda baca betul
- guna pelbagai jenis kata
- idea relavan berdasarkan tugasan berserta dengan
33 – 40
contoh-contoh yang sesuai
Cemerlang - huraian idea luar seperti pendapat, ulasan, cadangan
(37 – 40)
dan kesimpulan sesuai dan berkembang
(33 – 36)
- pengolahan menarik dan berkesan
- pemerengganan yang sesuai dan format menepati
kehendak soalan
- guna ungkapan yang mudah seperti peribahasa,
pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.
- guna kata dan ayat yang gramatis
- kosa kata yang luas dan tepat
- ejaan/ tanda baca betul
- guna pelbagai jenis kata
- kesalahan minimum dalam penggunaan kata
25 – 32 - idea relavan berdasarkan tugasan berserta dengan
contoh-contoh yang sesuai
Kepujian
(29 – 32) - huraian idea luar seperti pendapat, ulasan, cadangan
(25 – 28) dan kesimpulan sesuai dan berkembang
- pengolahan menarik dan berkesan
- pemerengganan yang sesuai dan format menepati
kehendak soalan
- guna ungkapan yang mudah seperti peribahasa,
pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.
- guna kata dan ayat yang gramatis tetapi kesalahan
yang minimum
- kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang
17 – 24 Minimum
- penanda wacana masih sesuai
Baik
(21 – 21) - idea masih relavan berdasarkan tugasan berserta
(17 – 20) dengan contoh-contoh yang sesuai
- pengolahan masih menarik dan berkesan
- pemerengganan yang sesuai dan format menepati
kehendak soalan
- guna pelbagai jenis kata yang terhad
- guna ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang
minimum
- penanda wacana yang kurang tepat.
09 – 16
- kesalahan ejaan/ tanda baca yang ketara
Memuaskan (13 – 16)
- idea masih relavan/ idea bercampur aduk dan huraian
(09 – 12)
tidak jelas
- pengolahan kurang menarik
- pemerengganan kurang sesuai dan format kurang
tepat/ format bercampur aduk.

Penguasaan 01 – 08 - keseluruhannya menggambarkan pengguasaan

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

bahasa yang tidak cekap


- idea kabur/ tidak berkaitan dengan tugas
- cerita lain
minimum
(05 – 08)
(01 – 04) - hafal karangan

Langkah-langkah memeriksa

1. Hendaklah membaca karangan sepintas lalu terlebih dahulu bagi mendapatkan kesan
(impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membuat
pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan.
Kemudian, nilai dan tetapkan peringkat karangan berkenaan berdasarkan kriteria
penskoran yang disediakan.

2. Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangkan yang muktamad.
Semasa membaca itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan
isi/ fakta seperti yang berikut:

-------------------- kesalahan bahasa, perkataan dan frasa

/ kesalahan ejaan

// kesalahan ejaan yang berulang

kesalahan tanda bacaan

( ) kesalahan isi/ falta/ idea

3. Pemotongan markah untuk ejaan yang salah.

a. ½ markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah


b. Pemotongan keseluruhan tidak lebih daripada 2 markah
c. Kesalahan ejaan yang berulang tidak diambil kira

Bahagian C

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

Isi yang dicadangkan

Soalan 1
a Format: Ucapan
b Diharapkan
- Calon dapat menulis teks ucapan tentang kepentingan perpaduan dalam
kalangan pelajar
c Kemungkinan calon menulis langkah/ masalah perpaduan atau cara-cara
mewujudkan perpaduan --- Maksimum C

Soalan 2
a Format: Tiada
b Diharapkan
- Calon dapat menulis kepentingan amalan menderma
c Kemungkinan calon menulis cara menderma ---
Maksimum C

Soalan 3
a Format: Surat Tidak Rasmi
b Diharapkan
- Calon dapat menulis tentang tempat bersejarah di Malaysia/ tempat tinggal
c Kemungkinan calon menulis tempat-tempat pelancongan yang lain ---
Maksimum C

Soalan 4
a Format: Perbualan/ Dialog
b Diharapkan
- Calon dapat menulis punca pencemaran
c Kemungkinan calon menulis langkah mengatasi pencemaran
Maksimum C

Soalan 5
a Format: Tiada
b Diharapkan
- Calon dapat menulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa
c Kemungkinan calon menghurai maksud peribahasa
Maksimum C

Bahagian D : Pemahaman Novel


(10 markah)

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

Pembahagian markah
PERINCIAN MARKAH
Isi 06 markah
Bahasa 04 markah

Kriteria Markah Bahasa

Peringkat Markah Deskripsi


- bahasa baik dan lancar
Cemerlang 04 - ayat gramatis
- ejaan dan tanda baca betul
- bahasa maíz baik dan masih lancar
- penggunaan ayat gramatis tetapi terdapat
Baik 02 – 03 kesalahan yang minimum
- kesalahan ejaan dan tanda baca yang
minimum
- bahasa tidak cekap
- ayat tidak gramatis
Memuaskan 01
- kesalahan ejaan dan tanda baca yang
ketara

Markah isi

1. Maksimum : 3 isi
2. Isi dihuraikan berserta contoh : 2 markah
3. Isi tanpa huraian dan contoh : 1 markah

1. Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang telah dipelajari di Tingkatan 1 dan 3
2. Markah maksimum 10 markah.
3. Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan/ isi yang betul
4. Berikan 1 markah bagi huraian atau contoh yang berkaitan
5. Huraian atau contoh tanpa pernyataan/ isi, berikan 0 markah
6. Markah maksimum bagi pernyataan/ isi dan huraian atau contoh 6 markah
7. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah.

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah


SULIT

1 Novel Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusof

a. Sikap tidak mendengar nasihat akan mendatangkan masalah


- Zarina menghadapi masalah dengan kawan-kawan Nick kerana tidak
mendengar nasihat ibu bapanya.

b. Negara sendiri jauh lebih baik daripada negara orang


- Zarina tidak sabar-sabar untuk pulang ke tanah air sendiri walaupun
suasana di negara Belanda begitu indah dan mempersonakan.

c. Sanggup bertugas walaupun dihantar ke mana-mana sahaja.


- Bapa Zarina sanggup berada jauh daripada keluarga semata-mata
untuk memenuhi kehendak tugas.

2 Novel Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah.

a. Sikap kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan rakyat


- Orang-orang Melayu telah berhimpun di luar Hotel Stesen untuk
menyatakan pendirian mereka menentang Malayan Union dan
menyekat raja-raja menghadiri majlis perasmian penubuhannya.

b. Maruah dan martabat bangsa menjadi teras perjuangan


- Orang-orang Melayu sanggup berkorban demi mempertahankan
maruah bangsa dan raja-raja Melayu

c. Semangat patriotik yang tinggi menjamin kesejahteraan negara.


- Semangat patriotik dalam kalangan orang-orang Melayu berjaya
menggagalkan pihak Inggeris menubuhkan Malayan Union yang
berbentuk penindasan.

02/1 & 02/2 2008 Hak Cipta PKPSM Negeri Kedah

You might also like