You are on page 1of 16

Tajuk: Pentadbiran Ujian: Penganalisisan dan Pentafsiran Soalan Selepas Pemarkahan

By: Low Hiang Loon (hiangloon2004@yahoo.com) Universiti Teknologi MARA

1.0

Pengenalan

Dalam proses pentadbiran ujian, keadaan yang kerap berlaku ialah

peringkat

permakahan ujian dan pemberian gred diberi perhatian yang lebih berbanding dengan peringkat penganalisisan soalan selepas memarkah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa biasanya penyedia-penyedia ujian dikehendaki oleh pihak atasannya untuk mengimbas kembali atau mengkaji kembali kertas soalan yang disediakan selepas peperiksaan tamat. Namun, proses penilaian ini biasanya dilakukan dengan cara memberi pendapat terhadap soalan-soalan yang diuji tanpa menggunakan cara perangkaan.

Persoalan di sini ialah: Adakah kertas soalan yang disediakan dan yang dihadapi oleh beribu-ribu orang pelajar itu sah dan boleh dipercayai? Faktor ini adalah penting kerana jika pelajar menghadapi ujian yang sah dan boleh dipercayai, barulah gambaran yang sebenar tentang pencapaian atau kemajuan pelajar boleh didapati.

2.0

Penganalisisan dan pentafsiran soalan selepas pemarkahan

Penganalisisan soalan merupakan suatu kajian yang sistematik terhadap soalan yang telah digunakan dalam sesuatu ujian. Dalam peringkat penganalisisan soalan, keputusan yang didapati daripada ujian boleh diinterpretasikan dengan berbagai-bagai cara. Interpretasi boleh dibuat dari sudut statistik ataupun dengan cara yang senang seperti memberi skor kepada setiap pelajar (Abdul Fatah, 1985: 64).

Penganalisisan dan pentafsiran soalan untuk kertas kerja ini dibuat berdasarkan keputusan-keputusan ujian bertulis akhir bahasa Mandarin tahap tiga di Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi setiap soalan yang telah dibina bagi ujian isi tempat kosong. Nilai indeks kesukaran (I.K.) dan indeks

diskriminasi (I.D.) yang diperolehi akan ditafsirkan untuk menentukan sama ada soalan yang dibina berkualiti atau tidak (Mok, 1995: 129). Penganalisisan soalan dan pentafsiran soalan amat penting kerana proses ini dapat membantu mengenal pasti soalan mana berkualiti dan sebaliknya. Usaha ini sudah tentu dapat memperbaik mutu sesuatu ujian pada masa akan datang.

2.1

Keperluan menjalani proses penganalisaan dan pentafsiran soalan

Untuk membina sebuah ujian sama ada ujian kemajuan atau ujian akhir, sesetengah pensyarah akan membuat ujian baru tetapi kebanyakan pensyarah yang lain akan membuat ujian berdasarkan bank soalan yang sedia ada atau menggunakan sebahagian daripada ujian lama, kemudian menambah soalan-soalan yang lain. Dengan itu usaha untuk mengkaji kembali soalan-soalan ujian yang telah diguna amat penting. Usaha menganalisis dan

mentafsir soalan selepas pemarkahan ini akan membolehkan pensyarah didedahkan dengan kekuatan dan kelemahan soalan-soalan yang disediakannya. Pensyarah boleh membaiki, menokok tambah atau mengubah suai soalan-soalan jika perlu.

2.2

Perkaitan antara I.K. dan I.D. dengan kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Dalam bidang penilaian, kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga boleh dilihat dari segi nilai I.D. dan I.K.nya seperti yang berikut: Kuasa mendiskriminasi sesuatu item ialah satu teknik untuk menunjukkan keesahan item itu. Sekiranya seseorang guru yakin dengan keesahan isi ujiannya, maka secara logiknya dia boleh mengandaikan bahawa skor-skor sesuatu item adalah bersetuju dengan skor-skor keseluruhan ujian. Sekiranya ujian adalah sah maka sesuatu item yang bersetuju dengan ujian itu adalah juga sah. Sekiranya sesuatu item itu bersetuju dengan ujian, maka lebih ramai pelajar-pelajar yang berkebolehan tinggi daripada pelajar yang kebolehan rendah menjawab item itu dengan betul. (Abdul Fatah, 1985:144) Manakala pakar bahasa dari Barat menyatakan: The construction of solid and reliable tests requires consideration of quantitative information regarding the difficulty and discrimination power of each test exercise or item, that is proposed for use. (Davis, B.F., 1953: 97) Kenyataan-kenyataan di atas sama-sama menunjukkan bahawa I.D. dan I.K. adalah berhubungan rapat dengan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu bahan ujian. Bahan-bahan

ujian yang sudah dianalisis untuk melihat kuasa diskriminasinya, dan didapati baik, bolehlah digunakan berulang kali oleh guru dan ini sudah pasti dapat menguntungkan masanya; juga ia dapat mempastikan bahawa ujian yang diberinya kepada pelajar adalah sah dan boleh dipercayai (Azman Wan Chik, 1982:138).

2.2.1 Indeks Kesukaran

Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah (Mok, 1995: 129). Formula untuk menghitung nilai indeks kesukaran adalah seperti berikut:

Untuk bilangan calon yang kecil:

Indeks Kesukaran = Bilangan calon yang menjawab betul (B) Jumlah calon yang mencuba item/soalan itu (J) Untuk bilangan calon yang besar:

Indeks Kesukaran = Bt + Br J Di mana Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan betul. Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan dengan betul. J = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah Setelah nilai indeks kesukaran untuk item/soalan tertentu diperolehi, pentafsiran item/soalan itu dapat dibuat berdasarkan Jadual seperti di bawah:

Indeks Kesukaran (I.K.) I.K. < 0.3 0.3 < I.K. < 0.8 I.K. 0.8

Pentafsiran item/soalan Terlalu sukar Sederhana Terlalu mudah

Keputusan Ubahsuai Terima Ubahsuai

Jadual 1: Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Kesukaran (Mok, 1995: 129) Jelasnya, dari jadual di atas, dapat dilihat bahawa jika lebih tinggi nilai indeks kesukaran, maka ia bermakna lebih senanglah soalan tersebut dan jika nilai indeks kesukaran rendah, maka lebih sukarlah item atau soalan itu.

2.2.2 Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat (Mok 1995: 130). Dengan perkataan lain, Indeks diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan pencapaian di antara pelajar-pelajar yang baik dengan yang lemah dan seterusnya sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran membezakan pelajar (Azman Wan Chik, 1982:137).

Tujuan mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks diskriminasi ialah untuk mengetahui sama ada soalan yang dibina itu terlampau susah sehingga pelajar yang baik juga tidak dapat menjawabnya atau disebaliknya ia terlalu senang sehingga pelajar yang lemah juga dapat memberi jawapan yang betul. Formula berikut digunakan untuk mengira nilai indeks diskriminasi: Indeks Diskriminasi = Bt Br J Di mana Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan betul. Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan dengan betul. J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah Nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada formula di atas dapat menolong kita menentukan sama ada item/soalan yang dibina itu bermutu tinggi atau tidak. Jadual berikut memberi satu kaedah umum untuk membolehkan kita mentafsir soalan yang dikaji. Jadual 2: Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Diskriminasi (Mok, 1995: 129) Indeks Diskriminasi (I.D.) I.D. 0.4 0.2 I.D. < 0.4 0 I.D. < 0.2 I.D. < 0 Pentafsiran item/soalan Diskriminasi positif yang tinggi Diskriminasi positif yang Sederhana Diskriminasi positif yang rendah Diskriminasi negative, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi Keputusan Amat sesuai diterima Ubahsuai item/soalan Tulis item/soalan semula Item/soalan itu buruk dan harus dibuang

3.0

Kursus Bahasa Mandarin UiTM

Bahasa Mandarin diajar sebagai bahasa ketiga di UiTM. Untuk pelajar-pelajar sarjana muda, tiga tahap kursus yang diberi ialah Tahap I (BMD401), Tahap II (BMD451) dan Tahap III (BMD501). Romanize Mandarin, iaitu Sistem Hanyu Pinyin (bukannya tulisan Cina) digunakan sebagai pengantar untuk tujuan membaca dan menulis bahasa Mandarin. Masa

pengajaran bagi setiap kursus ialah 30 jam per semester. Bilangan pelajar yang mengikuti kursus bahasa Mandarin adalah ramai iaitu lebih kurang 5000 orang pelajar dari UiTM Shah Alam menduduki ujian bertulis akhir bahasa Mandarin pada setiap semester.

Skop pengajaran tertumpu kepada kemahiran berkomunikasi. Pelajar diajar dengan perbendaharaan kata dan tatabahasa bahasa Mandarin yang asas agar mereka dapat menggunakannya untuk tujuan komunikasi. Dalam perbincangan seterusnya, ujian bertulis akhir bahasa Mandarin Tahap 3 (BMD 501) Sesi Disember 2006-Apr 2007 dijadikan sampel untuk penganalisisan dan pentafsiran soalan.

3.1

Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran BMD 501: Jadual 3: Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran BMD 501: Bab 1 2 3 4 5 6 7 8 Tajuk Memperkenalkan kawan Membeli sayur di pasar Bertanyakan jalan Berapa lama? Berapa Jauh? Balik kampung Bercuti Kuala Lumpur Di dalam pejabat

3.2

Format kertas Peperiksaan BMD501 (Masa Ujian : 2 jam) Jadual 4: Format kertas Peperiksaan BMD501

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Bahagian Kefahaman Penulisan perkataan Cina Susun semula ayat (7-12 perkataan) Membina ayat (minima 7 perkataan) Penterjemahan (7-12 perkataan) Isi tempat kosong Penulisan dialog (minima 80 perkataan)

Bil Item 5 10 5 8 8 10 1

% 15 10 10 20 20 10 15

Jumlah

47

100

3.3

Kemahiran menulis yang diuji dalam ujian bertulis bahasa Mandarin akhir tahap 3:

Jadual 5: Kemahiran menulis yang diuji dalam ujian bertulis akhir bahasa Mandarin tahap 3 Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bahagian Kefahaman Penulisan perkataan Cina Susun semula ayat (7-12 perkataan) Membina ayat (minima 7 perkataan) Penterjemahan (7-12 perkataan) Isi tempat kosong Penulisan dialog (minima 80 perkataan) Kemahiran menulis yang diuji Memahami dialog atau teks pendek Menulis perkataan Cina untuk kata-kata ucapan Menulis ayat bahasa Mandarin dengan tatabahasa yang betul Menulis ayat pendek Menterjemah ayat bahasa Melayu kepada ayat Mandarin Menggunakan perbendaharaan kata dengan betul Menulis dialog

3.4 Ujian bahasa Mandarin dengan ciri kesahan dan ciri kebolehpercayaan

Setakat ini, Unit Mandarin Akademi Pengajian Bahasa di UiTM, Shah Alam belum mentadbirkan penganalisisan dan pentafsiran soalan ujian untuk menguji ciri-ciri kesahan dan kebolehpercayaan ujian-ujian BMD401, BMD 451 atau BMD501. Walau bagaimanapun, proses penyediaan kertas soalan adalah rapi iaitu setiap set kertas ujian digubal oleh sekumpulan pensyarah seramai 4 orang, kemudian soalan-soalan yang telah siap disemak pula oleh Jawatankuasa Ujian dan Penilaian Unit Mandarin sebelum dihantar kepada koordinator akademik Bahagian Bahasa Asia dan Eropah. Dengan ini, ciri kesahan dan

kebolehpercayaan kertas ujian sama ada BMD401, BMD 451 atau BMD501 adalah terjamin.

Di samping itu, merujuk kepada format kertas peperiksaan BMD501 di atas, bilangan soalan yang banyak dan berpatutan disediakan untuk menguji kemampuan dan pencapaian pelajar. Dari sudut pandangan akademik, bilangan soalan yang cukup banyak menyumbang kepada peningkatan nilai kebolehpercayaan bagi sesebuah ujian, seperti apa yang dijelaskan oleh Mok (1995: 99) seperti berikut:

Bagaimanapun, ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Pada dasarnya, semakin bilangan bertambah, maka semakin tekal pencapaian calon dalam mengambil ujian itu, kerana bilangan soalan diberikan berpatutan akan dapat mengurangkan kesempatan calon meneka jawapan. Di bawah keadaan ini, calon boleh dikatakan benar-benar diuji dengan cara yang boleh dipercayai

Berdasarkan kenyataan di atas, maka boleh dibuat rumusan bahawa pelajar-pelajar yang mengambil kursus BMD501 telah diuji dengan cara yang boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, untuk meyakinkan lagi mutu dan kualiti ujian bertulis akhir bahasa mandarin tahap 3 ini, I.K. dan I.D. ke atas 10 soalan di bahagian mengisi tempat kosong akan diteliti untuk melihat kesahan dan kebolehpercayaan bagi ujian yang telah berlangsung ini.

4.0

Ujian mengisi tempat kosong

Ujian perbendaharaan kata banyak terdapat dalam ujian bahasa. Salah satu cara untuk menguji aspek perbendaharaan kata ialah ujian mengisi tempat kosong dengan kata-kata yang betul. Soalan-soalan dalam bahagian mengisi tempat kosong bagi ujian bertulis akhir bahasa Mandarin tahap 3 diambil untuk tujuan penganalisaan dan pentafsiran soalan bagi kertas kerja ini. Ini kerana ujian mengisi tempat kosong walaupun sekadar menghasilkan penulisan katakata pada tempat kosong, tetapi dengan ujian begini juga kita dapat mengesan kecekapan seseorang pelajar khususnya peringkat penggunaan perbendaharaan kata dalam penulisan ayat-ayat bagi bahasa yang dipelajari (Khathijah, 1987: 106).

4.1

Proses penentuan I.K. dan I.D. untuk 10 soalan mengisi tempat kosong

Untuk mendapat nilai I.K. dan I.D. untuk soalan mengisi tempat kosong dalam ujian bertulis bahasa Mandarin ini, langkah-langkah berikut telah diikuti:

Langkah pertama:

Mengenalpasti kelas mana yang akan diambil untuk dikaji. 26 Skrip jawapan untuk pelajarpelajar bahasa Mandarin BMD 501 dari Fakulti Teknologi Pejabat (OM) telah diambil kerana dari keputusan markah bahasa Mandarin mereka, jelasnya kelas ini mempunyai pelajar

kumpulan tinggi yang mendapat gred A dan pelajar kumpulan rendah yang tidak lulus ujian bertulis akhir ini.

Langkah kedua:

Menyusun skrip jawapan dari skor tertinggi kepada skor terendah iaitu dari 86% hingga 28% untuk kelas OM ini.

Langkah ketiga:

Catatkan prestasi pelajar untuk setiap soalan isi tempat kosong (soalan 1 hingga soalan 10) dalam jadual seperti di bawah. Didapati tiada seorang yang betul untuk kesemua 10 soalan dan pelajar yang terlemah menjawab betul untuk satu soalan sahaja iaitu soalan 5.

Langkah keempat:

Menentukan bilangan pelajar bagi kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. 30% daripada 26 skrip jawapan yang mempunyai markah tertinggi bersamaan dengan 8 pelajar mewakili kumpulan tinggi manakala 30% daripada 26 skrip jawapan yang mempunyai markah terendah bersamaan dengan 8 pelajar mewakili kumpulan rendah. Yang selebihnya 10 orang dimasukkan dalam kategori kumpulan sederhana.

Langkah kelima:

Menjumlahkan bilangan jawapan betul untuk kumpulan tinggi, diekori dengan menjumlahkan bilangan jawapan betul untuk kumpulan rendah bagi setiap soalan dan masukkan angkaangka yang diperolehi ke dalam formula I.D. dan I.K. seperti jadual di bawah:

Jadual 6: Jadual Penentuan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi untuk Soalan Isi Tempat Kosong dalam Ujian Bertulis Akhir Bahasa Mandarin Tahap 3 Sesi Disember 2006-Apr 2007 Bil. Markah pelajar skrip jwpn 1. 86 2. 82 3. 81 4. 77 5. 75 6. 73 7. 73 8. 71 9. 70 10. 68 11. 68 12. 67 13. 64 14. 63 15. 62 16. 62 17. 59 18. 59 19. 58 20. 58 21. 54 22. 50 23. 45 24. 43 25. 33 26. 28 Bt Bs Br Bt+Bs+Br I.K. Soalan 6 7

10

Skor 9 9 9 8 9 8 8 8 8 5 7 3 9 5 7 8 7 8 4 7 5 5 6 5 3 1

I.D.

8 7 8 5 8 7 6 7 7 5 10 8 9 7 8 9 3 6 4 3 6 6 6 3 4 7 1 2 1 0 24 21 23 15 20 23 10 15 12 8 24/2 21/2 23/2 15/2 20/2 23/2 10/2 15/2 12/2 8/26 6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 6=0 =0.3 .92 .81 .88 .58 .77 .88 .38 .58 .46 1 8-6 7-6 8-6 5-3 8-4 7-7 6-1 7-2 7-1 5-0 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 =0. 0.12 =0. =0. =0. =0 0.87 0.62 =0. 0.62 25 5 25 25 5 5 5 75 5

Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan betul. Bs= Jumlah calon dalam kumpulan sederhana yang menjawab item/soalan dengan betul. Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan dengan betul. J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah

Langkah keenam: Penganalisaan dan pentafsiran soalan dilakukan seperti jadual di bawah.

4.2

Penganalisaan dan Pentafsiran I.D. dan I.K untuk 10 soalan Jadual 7 : Penganalisaan dan Pentafsiran Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi untuk soalan Isi Tempat Kosong dalam Ujian Bertulis Akhir Bahasa Mandarin Tahap 3 Sesi Disember 2006-Apr 2007

Soalan I.K. Pentafsiran 1. 0.92 Terlalu mudah 2. 0.81 Terlalu mudah 0.88 Terlalu mudah 0.58 Sederhana

Cadangan ubahsuai

I.D. 0.25

ubahsuai

0.125

3.

ubahsuai

0.25

4.

terima

0.25

5.

0.77 Sederhana

terima

0.5

6.

0.88 Terlalu mudah 0.38 Sederhana

ubahsuai

7.

terima

0.875

8.

0.58 Sederhana

terima

0.625

9.

0.46 Sederhana

terima

0.75

10. 0.31 Sederhana

terima

0.625

Pentafsiran Diskriminasi positif yang sederhana Diskriminasi positif yang rendah Diskriminasi positif yang sederhana Diskriminasi positif yang sederhana Diskriminasi positif yang tinggi Diskriminasi positif yang rendah Diskriminasi positif yang tinggi Diskriminasi positif yang tinggi Diskriminasi positif yang tinggi Diskriminasi positif yang tinggi

Cadangan Analisa ubahsuai Mudah tapi boleh diterima Tulis soalan semula ubahsuai Mudah dan tak dapat membezakan Mudah tapi boleh diterima Boleh diterima Baik

ubahsuai

Amat sesuai diterima Tulis soalan semula Amat sesuai diterima Amat sesuai diterima Amat sesuai diterima Amat sesuai diterima

Soalan lemah Baik

yang

Baik

Baik

Baik

Nota: Analisa untuk I.K. dan I.D ini boleh dibuat berdasarkan satu jadual yang disediakan oleh Azman Wan Chik (1982: 147) Pada keseluruhannya, keputusan analisis yang diperolehi amat menggalakkan. Keputusan analisis menunjukkan 5 daripada 10 soalan isi tempat kosong yang dibina

10

mencapai tahap baik iaitu nilai I.K. nya sederhana dan nilai I.D.nya masing-masing mencapai nilai diskriminasi positif yang tinggi. Soalan-soalan yang berkualiti tinggi ini ialah Soalan 5, 7,8.9 dan soalan 10. Ini bererti soalan-soalan ini dapat membezakan kemampuan kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah dengan jelasnya.

Bagi sesebuah ujian, soalan yang boleh dijawab dengan betul oleh semua pelajar atau soalan yang tidak boleh dijawab oleh semua pelajar merupakan soalan yang lemah (Abdul Fatah, 1985: 144). Soalan-soalan sedemikian akan menyebabkan semua pelajar mendapat kosong atau markah penuh. Keadaan ini berlaku pada Soalan 6 di mana hampir semua pelajar dari semua kumpulan dapat menjawabnya iaitu I.K.nya mencapai 0.88. Ujian

sedemikian tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara pelajar, ini dibuktikan dengan nilai diskriminasinya yang mencapai 0. Dengan itu, soalan ini merupakan soalan lemah yang harus ditulis semula kerana ia langsung tidak dapat membezakan kumpulan cerdas daripada kumpulan lemah.

Keadaan yang hampir sama berlaku pada Soalan 2 di mana 80% daripada 26 orang pelajar (I.D.=0.81) dapat menjawabnya dan nilai indeks diskriminasinya hanya mencapai 0.125. Satu soalan di mana setiap orang mendapat markah penuh atau hampir mendapat markah penuh adalah satu soalan yang sangat senang. Pelajar-pelajar telah dihalang dari menunjukkan pencapaian sebenar mereka.

Kadangkala, dalam sesuatu ujian, adalah wajar jika sesetengah soalan yang mudah diguna untuk memberi peluang kejayaan kepada pelajar yang lemah; juga soalan-soalan yang susah boleh diberi untuk mencabar pelajar-pelajar yang berkebolehan tinggi. Soalan 1

(I.D.=0.92) dan Soalan 3 (I.D..=0.88) yang amat mudah diberikan tetapi oleh kerana indeks diskriminasinya masing-masing mencapai 0.25 yang bererti nilai diskriminasi positif yang sederhana. Ini bermakna soalan ini walaupun senang tetapi tidaklah lemah, jadi ia masih boleh diterima.

Bagi Soalan 4, I.D.nya hanya mencapai 0.58, ini bererti soalan ini agak sukar walaupun untuk kumpulan tinggi. Walau bagaimanapun, kita boleh menyimpul bahawa soalan tersebut tidaklah lemah, tetapi cuma agak sukar sahaja.

11

Bagi 10 soalan yang dikaji ini, tiada satu soalan yang mendiskriminasi secara negative. Sesuatu soalan jika mendiskriminasi secara negative, ini bermakna ia tidak

bersetuju dengan ujian tersebut. Ada sesuatu yang tidak kena mengenai soalan tersebut. (Abdul Fatah, 1985: 145) Sekiranya sesuatu soalan itu sukar dan tidak boleh dijawab dengan betul oleh sebahagian besar pelajar-pelajar dari kumpulan atas, maka sudah tentu ramai lagi pelajar-pelajar dari golongan bawah tidak boleh menjawab soalan tersebut dengan betul.

5.0

Kesimpulan

Di sini kita boleh menyimpulkan bahawa semua soalan yang dibina dalam bahagian isi tempat kosong ini mendiskriminasi secara positif iaitu soalan-soalan ini adalah bersetuju dengan ujian tersebut. Antaranya, 5 soalan mempunyai diskriminasi positif yang tinggi, 3 soalan mempunyai diskriminasi positif yang sederhana dan 2 soalan mempunyai diskriminasi positif yang rendah.

Semasa pensyarah mengulang kaji ujian, contohnya ujian kemajuan di dalam kelas, jika terdapat pelajar yang memberi komen bahawa sesuatu soalan itu tidak jelas atau amat sukar, maka pensyarah berkenaan haruslah membuat semakan dengan menggunakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk membuktikan sama ada komen itu berasas atau tidak. Walaupun usaha untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi

mengambil masa yang banyak, tetapi ia amat penting untuk seseorang pensyarah membaiki kualiti ujiannya pada masa akan datang.

Usaha menganalisis dan mentafsirkan item/soalan walaupun memakan masa, tetapi ia amat perlu dijalankan kerana dapatannya akan memberi manfaat yang tidak terhingga khasnya kepada penyedia soalan, amnya kepada pelajar. Perolehan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bukan sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti ujian dari segi keberkesanan, tetapi yang pentingnya ia menguatkan lagi kesahan serta kebolehpercayaan sesuatu ujian dan pencapaian pelajar yang sebenar dapat diketahui.

Bahan Rujukan

12

Abdul Fatah Abdul Malek. (1985). Pengukuran Pendidikan Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Azman Wan Chik (1982). Ujian Bahasa Malaysia: Panduan dan Teknk. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutor Sdn Bhd. Azman Wan Chik. (1987). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustaka. Bailey, Kathleen M. (1998) Learning About Language Assessment Dilemmas, Decisions, and Directions. New York: Heinle & Heinle Publishers. Hughes, Arthur. (1989) Uniuversity Press. Testing for Language Teachers. Cambridge: Cambridge

Davis, B.F. (1953) Item Analysis in Relation to Educational and Psychological Testing. Psychological Bulletin 49. Ishak Haron. (1987). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam Penilaian. Dalam Azman Wan Chik. (Editor). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustaka. Khathijah Abdul Hamid. (1987). Menilai Penulisan Bahasa Malaysia. Dalam Azman Wan Chik. (Editor). Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Perpustaka. Lado, Robert. (1965) Language Testing The Construction and Use of Foreign Language Tests. London: Longman. Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3 Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. McNamara, T.F. (1996) Measuring Second Language Performance. New York: Addison Wesley Longman Limited. Weir, C.J. (1993) Understanding and Developing Language Tests. London: Prentice Hall.

Manuals: _________. Mandarin (3) Course Evaluation Format. (2007). Shah Alam: Mandarin Unit, Academy of Language Studies, UiTM. _________. Mandarin (3) Course Syllabus. ( 2007). Shah Alam: Mandarin Unit, Academy of Language Studies, UiTM.

13

Abstrak Pentadbiran Ujian: Penganalisaan dan Pentafsiran Soalan Selepas Memarkah oleh Low Hiang Loon Akademi Pengajian Bahasa, UiTM, Shah Alam E-mel: hiangloon2004@yahoo.com.my Dalam proses pentadbiran ujian, keadaan yang kerap berlaku ialah, peringkat memarkah ujian dan pemberian gred diberi perhatian yang lebih berbanding dengan peringkat penganalisaan soalan selepas memarkah. Persoalan di sini ialah: Adakah kertas soalan yang disediakan dan yang dihadapi oleh beribu-ribu orang pelajar itu sah dan boleh dipercayai? Penganalisaan dan pentafsiran soalan untuk kertas kerja ini dibuat berdasarkan keputusankeputusan ujian bertulis akhir bahasa Mandarin tahap tiga di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi setiap soalan yang telah dibina bagi ujian isi tempat kosong.

14

Nilai indeks kesukaran (I.K.) dan indeks diskriminasi (I.D.) yang diperolehi akan ditafsirkan untuk menentukan sama ada soalan yang dibina berkualiti atau tidak. Penganalisaan soalan dan pentafsiran soalan amat penting kerana proses ini dapat membantu mengenalpasti soalan mana berkualiti dan sebaliknya. Usaha ini sudah tentu dapat memperbaiki mutu sesuatu ujian di masa akan datang. Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. jika lebih tinggi nilai indeks kesukaran, maka ia bermakna lebih senanglah soalan tersebut dan jika nilai indeks kesukaran rendah, maka lebih sukarlah item atau soalan itu. Indeks diskriminasi pula mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat. Pada keseluruhannya, keputusan analisa yang diperolehi amat menggalakkan. Keputusan analisa menunjukkan 5 daripada 10 soalan isi tempat kosong yang dibina mencapai tahap baik iaitu nilai I.K. nya sederhana dan nilai I.D.nya masing-masing mencapai nilai diskriminasi positif yang tinggi. Ini bererti soalan-soalan ini dapat membezakan kemampuan kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah dengan jelasnya.

Biodata Low Hiang Loon Puan Low Hiang Loon ialah seorang pensyarah bahasa Mandarin di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Beliau telah membentangkan kertas kerjanya berhubungan pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing dan juga bidang Konfusianisme di beberapa konferensi antarabangsa.

Low Hiang Loon biodata

Madam Low Hiang Loon is a Mandarin lecturer at MARA University of Technology, Shah Alam, Malaysia. She has carried out researches on various topics related to the teaching of Mandarin as the third language. She has presented her papers at national and international conferences. Her book entitled: The Reeds at the Riverside-A teenage diary of a lecturer was published by Mentor Publishing House in Kuala Lumpur. The book has been reprinted five times. Low Hiang Loon biodata Puan Low Hiang Loon ialah seorang pensyarah bahasa Mandarin di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Beliau telah membentangkan kertas kerjanya berhubungan pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing dan juga bidang Konfusianisme di beberapa konferensi tempatan dan juga konferensi antarabangsa. Di samping itu, penulisan buku beliau perihal Diari Remaja Seorang Pensyarah yang diterbit oleh Mentor Publishing

15

House, Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat dan telah diulang cetak selama 5 kali sejak tahun 2005. Tahun 2007 Mentor Publishing House menerbitkan sebuah lagi penulisan buku beliau yang bertajuk Kapitan Cina di Kelantan .

16

You might also like