You are on page 1of 1

ABSTRAK

Penggunaan telaga tiub dalam kehidupan seharian telah diwarisi sejak zaman-berzaman lagi.
Faktor kualiti air telaga yang bersih telah mendorong masyarakat terutamanya penduduk di
kawasan luar bandar terus menggunakan sumber air ini. Penduduk di Kampung Chabang Empat,
Tumpat, Kelantan masih lagi menggunakan air perigi yang digali sendiri sebagai sumber bekalan
air untuk aktiviti seharian. Hal ini kerana, bekalan air yang disalurkan oleh Syarikat Air Kelantan
Sdn Bhd (AKSB) sering mengalami gangguan terutamanya pada waktu malam. Oleh itu, kajian
ini dilakukan untuk meninjau persepsi penduduk terhadap penggunaan sumber air telaga
terutamanya terhadap kualiti air dan Iaktor-Iaktor yang mendorong mereka menggunakan
sumber air ini. Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang telah dipilih secara rawak
daripada pelbagai latar belakang. Kawasan kajian yang dipilih adalah Kampung Chabang Empat,
Tumpat. Hasil analisis yang dilakukan, didapati Iaktor sumber air yang bersih merupakan Iaktor
utama penduduk di kawasan kajian masih terus menggunakan air telaga berbanding air bermeter
yang dibekalkan oleh AKSB. Hal ini kerana, kualiti air bermeter mengandungi kepekatan klorin
yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan air telaga. Tambahan lagi, kos pembinaan sistem
telaga yang murah berbanding sistem air bermeter menjadi pendorong penduduk menggunakan
sumber air telaga kerana majoriti penduduk di kawasan kajian adalah berpendapatan rendah.
Berdasarkan dapatan kajian mendapati masalah kekeringan sumber air telaga akibat kemarau di
kawasan kajian sering berlaku pada bulan Mac hingga Jun setiap tahun. Bagi mengelakkan
sumber air telaga tidak tercemar, beberapa langkah perlu dilakukan seperti membersihkan
kawasan sekitar dan meninggikan dinding telaga untuk mengelakkan kemasukan benda asing ke
dalamnya. Kesimpulan, penggunaan air telaga amat penting kepada penduduk di kawasan kajian
dalam kehidupan seharian.

You might also like