You are on page 1of 27

JENIS-JENIS PERCUTIAN

1)PERCUTIAN JANGKA PENDEK

Percutian jangka pendek biasanya dilakukan dengan melawat ke destinasi-


destinasi percutian yang berdekatan sahaja. Contohnya percutian keluarga hanya
dilakukan didalam negeri sahaja atau dalam negara sendiri. Percutian ini dilakukan untuk
beberapa hari sahaja dan tidak mengambil masa yang lama kerana disebabkan oleh
banyak faktor. Keadaan ini berlaku kerana setiap anggota keluarga sentiasa sibuk dengan
tanggungjawab dan peranan masing-masing . Kekangan masa juga menyebabkan anggota
keluarga jarang dapat berjumpa dan tidak dapat meluangkan masa bersama-sama.
Kebiasaannya, percutian untuk jangka pendek dilakukan pada cuti minggu kerana pada
hari tersebut kesemua anggota keluarga dapat berkumpul beramai-ramai. Kos yang
ditanggung sepanjang percutian seperti kos penginapan,kelengkapan dan perbelanjaan
lain sepanjang percutian berlansung adalah lebih sedikit berbanding percutian jangka
panjang. Pengangkutan biasa yang digunakan untuk ke destinasi percutian adalah dengan
menggunakan kenderaan sendiri untuk memudahkan menuju ke tempat tersebut.

2)PERCUTIAN JANGKA PANJANG


Percutian untuk jangka panjang pula biasanya dilakukan dengan mengunjungi
tempat yang jauh dari tempat kediaman mereka. Contohnya, dengan melawat tempat-
tempat percutian yang ada di luar negara. Tempoh percutian jangka panjang adalah lama
sehingga mengambil masa berminggu-minggu. Kebiasaannya, percutian jenis ini
dilakukan pada waktu cuti persekolahan kerana anak-anak bercuti panjang. Keadaan ini
memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka pergi bercuti untuk
menghabiskan masa terluang bersama-sama. Tumpuan yang lebih dapat diberikan
bersama-sama keluarga dalam mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan. Percutian jangka
panjang ini melibatkan kos yang banyak seperti kewangan, kos penginapan dan
sebagainya kerana mengambil masa yang lama. Pengangkutan yang digunakan adalah
kenderaan sendiri untuk menjimatkan kos pengangkutan dan ada juga yang lebih selesa
menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan.

ORANG-ORANG YANG TERLIBAT DALAM AMALAN PERCUTIAN

1)KELUARGA

Kebanyakan percutian banyak disertai oleh anggota-anggota keluarga. Kesemua


anggota keluarga turut terlibat dalam amalan percutian ini seperti ibu bapa, anak-anak,
datuk, nenek, saudara-mara serta kaum keluarga yang lain. Setiap anggota keluarga
memainkan peranan masing-masing dalam mengendalikan percutian tersebut Disamping
itu juga, percutian keluarga ini turut disertai oleh sahabat handai yang rapat dengan
mereka.Kehadiran mereka semua dapat memeriahkan suasana sesebuah percutian melalui
aktiviti yang dilakukan sepanjang percutian berlansung dan dapat merapatkan hubungan
silaturrahim dalam kalangan mereka dalam mengukuhkan sesebuah institusi
kekeluargaan.

2)MAJIKAN

Majikan juga turut memainkan peranan penting dalam amalan percutian di


Malaysia. Situasi ini dapat dilihat apabila majikan menganjurkan sesuatu percutian untuk
para pekerja bawahannya. Contohnya, percutian ini dibuat bersempena “Hari Pekerja”
untuk meraikan pekerja-pekerja bawahannya. Semua kos perbelanjaan sepanjang
percutian ini berlansung adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan mereka
seperti kos makanan dan minuman , pengangkutan dan sebagainya. Selain itu, percutian
ini juga turut melibatkan anggota keluarga pekerja itu sendiri iaitu isteri dan anak-anak
mereka yang turut memeriahkan lagi suasana sesebuah percutian itu. Percutian ini
biasanya mengambil masa yang singkat iaitu memakan mengambil masa dalam satu hari
atau beberapa hari sahaja.

3)PEKERJA

Pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi juga turut melakukan amalan percutian


ini. Persatuan Sekerja yang melibatkan kesemua pekerja melakukan percutian sebagai
salah satu daripada aktiviti persatuan mereka. Percutian ini di anjurkan setahun sekali dan
turut disertai oleh ahli keluarga pekerja itu sendiri. Kos sepanjang percutian ini adalah
dari wang simpanan pekerja itu sendiri yang digunakan untuk membiayai kesemua
perkara yang diperlukan. Pemilihan destinasi percutian adalah melalui persetujuan
bersama dan jenis pengangkutan yang digunakan untuk ke destinasi percutian seperti
beberapa buah bas kerana melibatkan pekerja yang ramai.

4)PELAJAR

Pelajar-pelajar sekolah mahupun pelajar dari IPTA dan IPTS turut terlibat sama
dalam menjayakan amalan percutian di Malaysia. Percutian ini dilakukan melalui
program lawatan yang seringkali dianjurkan oleh pihak sekolah ataupun IPTA dan IPTS
itu sendiri. Aktiviti luar ini tidak mengambil masa yang lama iaitu hanya memakan masa
2 hingga 3 hari sahaja. Percutian ini dilakukan secara rombongan dan disertai oleh
ramai pelajar.

FAKTOR KEJAYAAN PERCUTIAN KELUARGA DI MALAYSIA


1)EKONOMI KELUARGA YANG KUKUH DAN STABIL

Kebanyakan amalan percutian keluarga di Malaysia kerap dilakukan oleh


golongan berada. Keadaan ini menunjukkan bahawa, golongan yang berpendapatan
tinggi ini masih menjadikan amalan percutian bersama keluarga ini sebagai salah satu
aktiviti keluarga yang penting. Pendapatan yang tinggi juga membolehkan penyimpanan
wang yang banyak untuk diperuntukkan dalam sesebuah percutian yang dilakukan itu
berbanding mereka yang berpendapatan rendah. Bagi golongan yang berpendapatan
tinggi, mereka lebih gemar melakukan amalan percutian di luar negara. Selain itu,
mereka juga turut memilih pakej percutian yang mahal untuk menjamin keselesaan
kepada keluarga mereka.

2)GALAKAN DARI KERAJAAN

Kerajaan memberi sokongan dan galakan kepada rakyat Malaysia agar melakukan
amalan percutian di Malaysia. Sokongan ini dapat dilihat melalui kempen yang diadakan
seperti,”Cuti-Cuti Malaysia”dan “Tahun Melawat Malaysia.”Kempen ini dilakukan
secara berterusan melalui media massa dan media elektronik. Pakej percutian menarik
yang ditawarkan mampu menarik minat masyarakat untuk bercuti ke sesuatu destinasi
percutian. Agensi pelancongan juga turut bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi
menjayakan lagi objektif percutian keluarga di Malaysia. Pelancongan di Malaysia telah
dijadikan sebagai salah satu kompenen penting pembangunan ekonomi negara. Banyak
tempat percutian menarik telah dinaiktaraf untuk membangunkan semula kawasan
tersebut bagi memastikan keunikan sesuatu tempat tersebut terus terjamin. Banyak dana
yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk menyediakan infrastruktur dan prasarana yang
lengkap dalam memastikan kejayaan amalan percutian keluarga di Malaysia berjalan
lancar.
3)PENGLIBATAN GOLONGAN IPTA DAN IPTS

Penglibatan golongan IPTA dan IPTS mampu menjayakan lagi aktiviti percutian
di Malaysia. Penglibatan mereka adalah menerusi program “Anak Angkat” yang
dianjurkan oleh institusi mereka.Pelaksanaan program ini adalah menerusi aktiviti yang
dirancang oleh pihak institusi tersebut dengan kerjasama serta sokongan yang telah
diberikan oleh orang ramai. Program ini dilakukan dengan cara pelajar-pelajar IPTA dan
IPTS tinggal dan melakukan bersama keluarga angkat mereka selama beberapa hari
sepanjang tempoh percutian tersebut dan mempelajari cara hidup serta kebudayaan
sesuatu masyarakat. Penglibatan keluarga angkat dapat menjadikan sesebuah percutian
lebih menarik dan mampu memupuk hubungan silaturrahim yang lebih utuh antara
pelajar-pelajar IPTAdan IPTS dengan keluarga angkat masing-masing.

4)CIRI-CIRI KEBUDAYAAN DAN SOSIAL

Keunikan budaya sesuatu bangsa mampu menarik orang ramai untuk


mengunjungi tempat tersebut.Keunikan ini dapat dilihat melalui cara hidup,pemakanan
,pemakaian dan sebagainya yang ditonjolkan oleh sesebuah bangsa. Contohnya kita
berpeluang melihat interaksi setiap bangsa kerana Malaysia ini terdiri daripada
masyarakat majmuk yang pelbagai bangsa.Mereka ini mewarnai lagi corak kehidupan
masyarakat yang terdapat di Malaysia.Persembahan kebudayaan seperti seni tari dan
permainan tradisional boleh dipertontonkan untuk memperlihatkan budaya yang terdapat
dalam sesebuah bangsa.Sikap masyarakat tempatan yang peramah dan mudah mesra
dengan orang asing menyebabkan pelancong berasa senang untuk berurusan dengan
mereka.Mereka akan menghulurkan bantuan tanpa diminta dan keadaan ini memudahkan
segala urusan pelancong sepanjang mereka berada di tempat percutian tersebut.

5)KEINDAHAN SEMULAJADI

Faktor semulajadi sesuatu kawasan percutian merupakan sebab utama pemilihan


kawasan tersebut.Keindahan semulajadi seperti udara yang nyaman dan terhindar dari
kebisingan serta pencemaran menarik orang ramai untuk melakukan percutian di kawasan
tersebut.Alam semulajadi ini dijaga dengan baik dan terdapat juga sesetengah kawasan
telah diwartakan untuk melindungi khazanah yang ada di kawasan tersebut Walaupun
arus pembangunan yang pesat membangun, namun alam sekitar di kawasan tersebut tidak
mengalami sebarang kerosakan kerana adanya peraturan mengenai perlindungan alam
sekitar dibuat melalui “Akta Alam Sekitar”.

PERANAN ANAK DALAM AMALAN PERCUTIAN KELUARGA

6)FAKTOR-FAKTOR LAIN

Selain faktor kejayaan percutian seperti diatas, faktor seperti iklim ataupun cuaca,
darjah kesampaian serta keselamatan orang ramai perlu diambil kira.Darjah kesampaian
sesuatu tempat membolehkan para pelancong sampai atau menjejaki keseluruhan
kawasan percutian tersebut.Kemudahan yang disediakan seperti rangkaian jalan raya
yang baik menjadikan seseatu tempat dapat dihubungi dan menjadikan perjalanan menuju
ke sesebuah lokasi percutian menjadi cepat dan mudah. Disamping itu, iklim ataupun
cuaca yang baik turut mempengaruhi kejayaan amalan percutian keluarga ini.Percutian
keluarga di Malaysia sesuai dilakukan pada bila-bila masa kerana Malaysia mengalami
pola iklim yang sekata sepanjang tahun iaitu panas dan lembap. Ramai yang memilih
Cameron Hingland ataupun Genting Hingland sebagai salah satu kawasan percutian
pilihan mereka disebabkan iklim yang sejuk dan nyaman. Pola iklim ini juga dapat
membantu orang ramai dalam membuat pemilihan bulan untuk melakukan amalan
percutian bersama keluarga.

Faktor geografi seperti keadaan tempat percutian yang berbukit bukau,bergunung-


ganang ataupun yang mempunyai kawasan perairan merupakan daya penarik
sesebuah kawasan percutian keluarga. Aspek keselamatan juga perlu diberi
perhatian kerana ianya menjamin sesebuah percutian keluarga yang dibuat
berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang boleh mendatangkan kesan
yang mudarat terhadap kesihatan anggota keluarga sepanjang percutian dilakukan.
Keselamatan ini adalah dari segi tahap kesihatan yang baik dalam kalanga
anggota keluarga ataupun bebas dari sebarang ancaman bahaya.Oleh itu, langkah-
langkah awal telah dibuat seperti menempatkan klinik yang berdekatan dengan
pusat percutian tersebut , menyediakan pondok telefon awam untuk digunakan
semasa kecemasan dan mengupah pegawai keselamatan bagi megawal serta
melindungi kawasan percutian.

PERANAN ANAK MENGIKUT JANTINA DALAM PERCUTIAN KELUARGA

1)PERANAN ANAK LELAKI

Anak lelaki memainkan peranan yang penting bagi menjayakan amalan percutian
sesebuah keluarga. Mereka berperanan dalam menguruskan segala hal yang berkaitan
perbelanjaan sepanjang percutian dilakukan.Mereka bertanggungjawab membiayai kos
seperti kos penginapan, pengangkutan, makan dan minum serta kelengkapan yang lain
sepanjang percutian tersebut. Mereka turut membantu bapa mereka bagi mengawal
keselamatan setiap anggota keluarga dari sebarang ancaman bahaya dengan mengawasi
dan melindungi keselamatan mereka sepanjang percutian . Mereka juga diberi tugasan
mengendalikan pengangkutan untuk memudahkan perjalanan menuju ke destinasi
percutian keluarga.

2)PERANAN ANAK PEREMPUAN

Anak perempuan juga memainkan peranan yang sama penting dengan anak lelaki
dalam amalan percutian keluarga di Malaysia. Mereka berperanan membantu ibu mereka
dalam menyediakan segala kelengkapan semasa percutian. Mereka mengambil alih tugas
ibu mereka dalam menyedia dan menyiapkan bekalan makanan dan minuman, pakaian,
membantu menyiapkan adik-beradik yang lain dan sebagainya.
DEFINISI KELUARGA

Secara lazimnya, sesebuah keluarga dianggotai oleh ibu bapa dan anak-anak.
Terdapat beberapa kategori keluarga, iaitu yang terdiri dari keluarga kecil dan keluarga
besar. Setiap anggota keluarga ini mempunyai perhubungan yang erat dan rapat antara
satu sama lain disebabkan pertalian darah yang wujud antara mereka. Selain itu, setiap
ahli keluarga ini memainkan peranan tersendiri dan saling melengkapi antara satu sama
lain. Ibu dan bapa adalah merupakan peneraju utama dalam sesebuah keluarga dalam
membentuk keperibadian anak-anak. Bapa berperanan sebagai ketua keluarga,
menyediakan segala keperluan keluarga untuk keselesaan dan semua kemudahan serta
mencari rezeki dalam sesebuah keluarga. Manakala ibu pula, berperanan dalam
menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga, mengambil alih tugas sekiranya bapa
tiada serta menyiapkan segala keperluan keluarga yang lain Anak pula berperanan dalam
membantu kedua ibu bapa mereka untuk menguruskan sesebuah keluarga,nmentaati ibu
bapa, mengembirakan hati mereka dan sebagainya.

JENIS-JENIS KELUARGA

1)KELUARGA KECIL
Keluarga kecil ini hanya terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Keanggotaan
ahli keluarga ini adalah kecil dan sedikit. Contohnya, setiap keluarga kecil mempunyai
seramai 3 hingga 10 orang sahaja. Keluarga jenis ini mempunyai tanggungan yang lebih
kecil berbanding kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga besar yang
terdiri daripada keanggotaan keluarga yang lebih ramai.

2)KELUARGA BESAR

Keluarga besar ini terdiri daripada ibu bapa,anak-anak, datuk, nenek dan saudara
mara lain yang menpunyai ikatan darah serta tinggal dalam satu bumbung. Mereka hidup
sebagai sebuah keluarga yang besar dan walaupun begitu, mereka ini mudah mesra
kerana mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. Selain itu, kos yang perlu
ditanggung adalah besar berbanding keluarga kecil kerana perlu menyediakan segala
keperluan anggota keluarga yang ramai untuk memberi keselesaan kepada mereka semua.

PERANAN ANAK SECARA UMUM DALAM MENJAYAKAN AMALAN


PERCUTIAN KELUARGA DI MALAYSIA

1)MENANGGUNG KOS PERBELANJAAN

Bagi anak-anak yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang lebih,
mereka boleh memainkan peranan dalam membiayai kos perbelanjaan seperti makanan
dan minuman, bayaran penginapan dan sebagainya.Anak-anak yang mempunyai
pengangkutan seperti kereta ataupun van boleh mengendalikan dan menggunakan
kenderaan tersebut untuk pergi ke sesebuah destinasi percutian keluarga yang ingin
dituju.Mereka boleh menumpangkan adik-beradik yang lain sekiranya kenderaan yang
ada tidak mencukupi untuk membawa adik-beradik yang ramai.Anak-anak boleh
berkongsi wang bersama-sama untuk membantu ibu bapa mereka meringankan beban
kewangan yang banyak dalam melaksanakan amalan percutian keluarga.

2)MEMBERI CADANGAN DAN SOKONGAN PENDAPAT

Anak-anak turut diberikan peluang dan oleh ibu bapa mereka dalam memberi
pendapat mereka mengenai cadangan pemilihan sesuatu tempat percutian keluarga yang
menarik untuk dikunjungi oleh mereka sekeluarga.Selain itu, mereka juga boleh
memberi idea berkenaan penetapan waktu atau masa yang sesuai untuk
bercuti.Kebiasaannya, masa bercuti bersama keluarga banyak diperuntukkan pada cuti
persekolahan anak-anak kerana mereka mempunyai lebih masa untuk melakukan banyak
aktiviti bersama.Anak-anak boleh memberi sokongan mereka terhadap amalan percutian
keluarga ini menerusi penyumbangan kos dalam meringankan bebanan kewangan yang
terpaksa ditanggung oleh ibu bapa mereka.

3)MEMANTAPKAN INSTITUSI SESEBUAH KELUARGA

Amalan percutian keluarga yang dilakukan dapat mengeratkan lagi hubungan


kekeluargaan yang renggang antara ibu bapa dan anak-anak.Menerusi amalan
ini,sesebuah keluarga dapat mengenali setiap anggota keluarga yang lain dengan lebih
mendalam.Keadaan ini dapat menggalakkan komunikasi dan interaksi yang baik antara
anggota keluarga yang lain.Segala masalah yang timbul dapat diselesaikan apabila
adanya perbincangan ,kerjasama dan sikap bertolak-ansur dalam kalangan anggota
keluarga itu wujud.

4)MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA

Kesibukan tugas harian seperti beban pekerjaan yang banyak,urusan persekolahan


dan urusan peribadi menyebabkan anak-anak serta ibu bapa jarang berada di
rumah.Mereka mengalami kekangan masa untuk mengejar tugas harian dan
membahagikan masa mereka sehingga keluarga sendiri terabai.Walaupun mempunyai
masa yang sedikit,anak-anak hendaklah meluangkan masa yang ada ini sebaik mungkin
untuk bersama-sama keluarga mereka kerana keluarga sangat penting.Oleh itu,masa yang
ada ini dapat dimanfaatkan dengan melakukan amalan percutian keluarga ke sesebuah
destinasi yang menarik untuk bersama-sama keluarga mereka.Melalui amalan ini,ibu
bapa akan berasa dihargai dan perhatian yang lebih dapat ditumpukan kepada mereka.
Walau sesibuk manapun dengan urusan sendiri,anak-anak patut mengambil berat akan
kebajikan ibu bapa dan meluangkan masa untuk keluarga mereka.Amalan percutian
keluarga ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak serta
mampu memperkukuhkan lagi hubungan silaturrahim dalam institusi kekeluargaan yang
renggang.
5)MENYEDIAKAN SEGALA KELENGKAPAN DAN MENJAGA KEBAJIKAN
KELUARGA

Anak-anak boleh membantu ibu bapa mereka menguruskan percutian keluarga


yang dilakukan.Bagi anak-anak yang mempunyai pengangkutan sendiri,mereka boleh
menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk membawa anggota keluarga pergi
bercuti.Sekirannya mereka tidak mempunyai sebarang pengangkutan ,altenatif lain boleh
diambil seperti dengan menyewa kenderaan seperti kereta atau van untuk membawa
anggota keluarga yang ramai.Kebiasaannya,mereka lebih suka dan selesa menggunakan
kenderaan sendiri untuk pergi bercuti bersama keluarga kerana ini memudahkan mereka
mengunjungi ke seluruh kawasan tempat percutian pada bila- bila masa yang mereka
kehendaki.Anak-anak hendaklah menyediakan tiket untuk ibu dan bapa mereka seperti
tiket bas, keretapi ataupun kapal terbang bagi perjalanan menuju ke tempat percutian
keluarga yang jauh . Bagi mereka yang inginkan keselesaan, mereka boleh memilih
menaiki kapal terbang untuk perjalanan yang lebih cepat dan mudah.

PERANAN ANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR

1)ANAK PERTAMA

Anak pertama memainkan peranan yang sangat penting dalam amalan percutian
keluarga di Malaysia.Keadaan ini kerana anak sulung merupakan anak yang lebih tua
dalam adik-beradik yang lain dan mampu membantu ibu bapa mereka untuk
menguruskan sesebuah keluarga.Mereka diberi keutamaan dalam mencadangkan
pemilihan sesebuah destinasi percutian percutian untuk di kunjungi nanti.Kepercayaan
lebih diberikan terutama kepada anak sulung kerana mereka diberikan peluang yang
lebih untuk menyatakan sebarang pandangan mengenai destinasi dan aktiviti yang akan
dilakukan dalam sesebuah percutian .Mereka juga diberi tanggungjawab oleh ibu bapa
mereka untuk memimpin dan menguruskan perjalanan pengurusan sesebuah percutian
keluarga.Selain itu,anak sulung boleh membahagikan sebarang tugas kepada adik-beradik
yang lain bagi memudahkan pengurusan sesebuah percutian keluarga yang dilakukan
berjalan dengan lebih lancar.

2)ANAK KEDUA

Anak kedua juga turut memainkan peranan yang sama penting dalam menjayakan
amalan percutian keluarga di Malaysia.Mereka bertanggungjawab untuk sama-sama
membantu anak sulung dalam menguruskan kerja yang dipertanggungjawabkan oleh
anak sulung kepada mereka bagi memastikan agenda percutian keluarga berjalan dengan
lancar serta teratur.Mereka boleh menyokong pendapat yang dikemukakan oleh anak
sulung ataupun memberikan cadangan lain yang dirasakan lebih sesuai untuk menjadikan
sesuatu percutian lebih menarik.Contohnya,mereka boleh mencadangkan destinasi
percutian menarik yang menawarkan pakej percutian keluarga yang lebih menarik dan
menyeronokkan.Selain itu, mereka boleh berkongsi wang bersama untuk membiayai kos
perbelanjaan sepanjang tempoh percutian keluarga berlansung.

3)PERANAN ANAK KETIGA

Anak ketiga boleh memainkan peranan dalam menguruskan segala persiapan dan
kelengkapan semasa percutian keluarga seperti membantu ibu dan kakak mereka untuk
menyediakan pakaian, bekalan makanan, pengangkutan dan sebagainya. Mereka juga
boleh membantu anak sulung dan anak kedua dengan mengambil alih tugas mereka.
Selain itu,.mereka turut bertanggungjawab mengawasi dan memantau setiap anggota
keluarga yang lain agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Di
samping itu, mereka perlu bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa
percutian keluarga dilakukan. Anak ketiga boleh bersama-sama menyumbangkan kos
kewangan untuk perbelanjaan sampingan seperti membeli cenderahati , menyediakan
makanan dan minuman tambahan dan sebagainya untuk meringankan beban kewangan
yang terpaksa di tanggung oleh anak sulung dan anak kedua.
4)PERANAN ANAK KEEMPAT DAN SETERUSNYA

Kehadiran anak keempat serta adik-beradik yang lain mampu menjadikan suasana
sepanjang percutian keluarga menjadi lebih meriah dan menyeronokkan. Menerusi
gelagat dan telatah anak-anak yang riang serta gembira menjadikan sesebuah percutian
keluarga lebih bermakna. Perbagai aktiviti dapat dilakukan bersama-sama anggota
keluarga sepanjang percutian seperti melakukan aktiviti pantai iaitu berkayak,
berkhemah, berbasikal dan sebagainya. Menerusi amalan percutian keluarga yang
dilakukan ianya dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan membina hubungan
silaturrahim yang lebih utuh dalam kalangan anggota keluarga.

PERSIAPAN-PERSIAPAN YANG DIBUAT DALAM PERCUTIAN KELUARGA

1)KELENGKAPAN KEPERLUAN

Penyediaan kelengkapan keperluan sangat diutamakan bagi menjayakan aktiviti


percutian keluarga yang dilakukan.Antara barangan keperluan yang perlu disediakan
ialah seperti pakaian,bekalan makanan dan sebagainya. Keperluan ini merupakan perkara
asas yang perlu dipenuhi supaya anggota keluarga berasa lebih selesa agar percutian
keluarga dapat berjalan dengan lebih lancar. Persiapan awal perlu dilakukan dengan
secukupnya supaya tidak berlaku sebarang masalah sepanjang tempoh percutian seperti
keciciran barang yang hendak di bawa semasa pergi bercuti. Selain itu, kelengkapan
keperluan asas ini boleh disediakan dari rumah seperti penyediaan bekalan makanan dan
pakaian. Ini mampu menjimatkan kos yang perlu ditanggung sepanjang percutian
keluarga. Di samping itu, ibu bapa hanya perlu membeli barang yang sudah habis atau
tidak mencukupi sahaja untuk dibawa semasa percutian.
2)PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL
Sebelum pergi bercuti bersama-sama keluarga ke sesebuah destinasi percutian,
kita hendaklah memastikan bahawa mental dan fizikal setiap anggota keluarga berada
dalam keadaan yang baik. Dari segi fizikal, kita hendaklah memastikan setiap anggota
keluarga berada dalam keadaan sihat dan selamat Sekiranya salah seorang daripada
anggota keluarga ada menghidapi penyakit yang kronik, penyediaan bekalan ubat-ubatan
khas perlu disediakan dan sentiasa dibawa sebagai langkah keselamatan sementara
menunggu bantuan kecemasan tiba. Manakala persiapan dari segi mental pula ialah kita
perlu memastikan setiap anggota keluarga berada dalam keadaan gembira agar percutian
yang dilalui akan menjadi suatu pengalaman yang meenyeronokkan. Ini kerana,objektif
utama sesuatu percutian keluarga yang dilakukan ialah untuk mencari ketenangan jiwa
dan merehatkan diri tanpa memikirkan bebanan tugasan kerja yang bertimbun-timbun
serta melarikan diri dari kesibukan dan kebisingan kota.

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN SESEBUAH LOKASI PERCUTIAN

1)DESTINASI PERCUTIAN DI LUAR BANDAR

Ramai golongan masyarakat yang memilih kawasan luar bandar sebagai salah
satu destinasi percutian keluarga pilihan mereka. Ini disebabkan kawasan percutian di
luar bandar terhindar dari kesesakan jalan raya dan kesibukan hiruk-pikuk kota yang
kerap berlaku di bandar-bandar besar. Selain itu, pemilihan destinasi percutian ini adalah
kerana suasana di luar bandar lebih tenang dan mendamaikan jiwa. Kawasan luar bandar
tidak banyak dicemari oleh kemajuan walaupun arus pemodenan dunia yang semakin giat
dilakukan. Kawasan-kawasan seperti sungai dan hutan turut dijaga dengan rapi agar
terpelihara dari sebarang pencemaran dan kerosakan yang akan mengakibatkan
kemusnahan kawasan tersebut. Apabila bercuti, kita dapat merehatkan diri sambil
menikmati pemandangan semulajadi seperti bukit bukau, air terjun, pantai serta
panorama yang indah dan mengasyikkan. Disamping itu, keadaan geografi dan iklim
sesebuah tempat merupakan salah satu tarikan kepada orang ramai untuk mengunjungi
tempat tersebut.

2)DESTINASI PERCUTIAN DI BANDAR-BANDAR BESAR

Walaupun ramai yang memilih untuk melakukan amalan percutian keluarga di


luar bandar, namun percutian di bandar-bandar besar juga tetap menjadi pilihan. Keadaan
ini disebabkan terdapatnya tarikan yang tersendiri terhadap sesuatu tempat yang menjadi
tumpuan orang ramai untuk berkunjung ke tempat tersebut. Antaranya ialah Danga Bay
di Johor Bharu telah dibangunkan sebagai “Internasional Tourism”dan Putrajaya yang
dahulunya hanya dikenali sebagai pusat pentadbiran penting negara Malaysia telah
dijadikan salah satu daya tarikan pelancong untuk mengunjungi Malaysia kerana
keunikan seni bina dan rekaan struktur bangunan yang tidak terdapat di negara-negara
lain. Disamping itu, penyediaan prasarana yang lengkap dan sempurna seperti
terdapatnya kemudahan infrastruktur dan prasarana seperti pusat peranginan, pusat
membeli belah , kemudahan jalan raya, tandas awam, tong sampah, pengangkutan awam
restoren dan sebagainya mampu memberi keselesaan yang maksima kepada orang ramai.
Selain itu, pemilihan sesebuah destinasi percutian di bandar adalah kerana kawasan ini
merupakan pusat bandar dan menjadi tumpuan orang ramai. Di bandar-bandar besar
,terdapat banyak bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi dan bangunan yang
besar dan cantik yang dapat menarik pelancong untuk mengunjungi sesebuah tempat
percutian tersebut.

MASALAH-MASALAH DALAM MELAKSAKAN AMALAN PERCUTIAN DI


MALAYSIA

1)KESUNTUKAN MASA
Dalam dunia yang serba moden ini, anak-anak dan ibu bapa sentiasa sibuk dengan
urusan masing-masing. Ini kerana anak-anak sibuk dengan aktiviti persekolahan mereka
manakala ibu bapa pula sibuk dengan tugasan dan kerja mereka. Keadaan ini
menyebabkan tidak banyak masa yang dapat diluangkan untuk bersama dengan keluarga.
Mereka hanya dapat berkumpul beramai-ramai hanya pada hujung minggu sahaja
dan kadang-kadang mereka juga terpaksa bekerja pada hari tersebut kerana ingin
menyelesaikan beban tugasan yang banyak. Terdapat juga ibu bapa yang bekerja sampai
lewat malam sehingga tidak sempat melihat dan mangetahui perkembangan anak mereka
dan begitu juga yang berlaku sebaliknya. Pelbagai masalah yang timbul ini telah
menghalang dalam usaha melaksanakan amalan percutian keluarga di Malaysia.
Walaupun mereka mempunyai keinginan untuk melakukan amalan percutian keluarga
,namun disebabkan faktor kesuntukan masa telah menyebabkan amalan ini terpaksa
ditangguh dan tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya..

2)KEWANGAN

Faktor kewangan juga merupakan salah satu faktor yang menghalang dalam
pelaksanaan amalan percutian keluarga di Malaysia. Kewangan yang tidak mencukupi
bagi mereka yang berpendapatan rendah menyebabkan mereka tidak mempunyai wang
simpanan dan pendapatan yang cukup untuk dilaburkan dalam melakukan amalan
percutian keluarga .Hal ini kerana gaji mereka hanya cukup untuk menampung dan
menyediakan perkara asas untuk keluarga mereka sahaja .Berikutan dengan masalah ini,
mereka terpaksa melupakan hasrat mereka untuk melakukan amalan percutian keluarga
walaupun ada keinginan untuk melakukan amalan percutian seperti ini. Walau
bagaimanapun, bagi golongan yang berpendapatan rendah, mereka masih boleh
melaksanakan amalan percutian keluarga ini dengan melakukan percutian di destinasi
menarik yang banyak terdapat di Malaysia kerana peruntukan dan kos yang diperlukan
adalah tidak banyak. Mereka masih boleh memilih pakej percutian yang menarik di
Malaysia dengan harga yang murah apabila promosi percutian ini ditawarkan oleh agensi
perlancongan atau badan-badan tertentu.
3)KURANG BERMINAT DALAM AMALAN PERCUTIAN KELUARGA

Amalan percutian keluarga di Malaysia tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana


kurangnya minat dalam melakukan amalan ini . Keadaan ini berlaku kerana tiadanya
kesungguhan untuk melakukan amalan percutian seperti ini. Sokongan yang kurang
daripada anggota keluarga yang lain juga menyebabkan amalan percutian keluarga di
Malaysia tidak dapat diteruskan. Mereka berpendapat bahawa melakukan amalan
percutian ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada
diri sendiri dan keluarga mereka. Ini kerana mereka merasakan ianya membuang masa
dan wang mereka begitu sahaja. Masyarakat sekarang lebih mementingkan kerja mereka
dan melihat amalan percutian keluarga di Malaysia sebagai suatu yang tidak penting dan
remeh. Selain itu, mereka kurang berminat dengan amalan percutian keluarga ini kerana
kurang pendedahan yang lebih mendalam mengenai kebaikan amalan ini dan tiadanya
promosi yang meluas mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia oleh
pihak-pihak tertentu.

4)IBU BAPA LEBIH MEMENTINGKAN KERJAYA

Pada zaman sekarang, ibu bapa sentiasa sibuk dengan urusan kerja masing-
masing. Percutian keluarga tidak dapat dilakukan kerana ibu bapa lebih menumpukan
perhatian terhadap kerjaya masing-masing sehingga mereka tidak mempunyai masa
untuk diluangkan bersama anak-anak mereka. Kebanyakan kedua-dua ibu bapa zaman
sekarang bekerja dari pagi sampai lewat malam sehingga mengabaikan tanggungjawab
mereka terhadap keluarga. Ibu bapa sibuk bekerja mencari rezeki dan kekayaan kerana
mereka beranggapan bahawa dengan menyediakan segala kelengkapan yang mewah dan
mencukupi tentunya dapat membahagiakan keluarga mereka. Anak-anak terabai dan
kehausan kasih sayang yang sepatutnya mereka perolehi daripada ibu bapa mereka
menyebabkan mereka kehilangan tempat untuk bergantung serta meluahkan segala
masalah yang dihadapi. Kebajikan anak-anak terabai kerana kurangnya perhatian yang
diberikan oleh ibu bapa terhadap mereka.

IMPAK NEGATIF YANG TIMBUL KERANA TIDAK MELAKSANAKAN AMALAN


PERCUTIAN KELUARGA

1)DARI SEGI IBU BAPA

Impak yang akan timbul kesan ibu bapa tidak melaksanakan amalan percutian
keluarga ialah kurangnya komunikasi antara mereka dengan anak-anak kerana tidak
mempunyai masa untuk duduk bersama dan berbincang mengenai masalah yang
dihadapi. Keadaan ini menyebabkan masalah yang dialami dalam konflik kekeluargaan
tidak dapat diselesaikankan. Selain itu, ikatan kekeluargaan semakin renggang dan ikatan
kekeluargaan semakin terhakis berikutan tiadanya interaksi dan kurangnya keprihatinan
yang ditunjukkan kepada anggota keluarga. Kesibukan kerja menyebabkan kebajikan
keluarga terabai serta fokus terhadap perkembangan anak-anak tidak dapat dilakukan
sepenuhnya.

2)DARI SEGI ANAK-ANAK

Sekiranya amalan percutian keluarga tidak dilakukan, kehidupan sesebuah


keluarga menjadi begitu hambar kerana tiada aktiviti menarik yang dilakukan bersama
anggota keluarga. Sikap ibu bapa yang tidak memberi perhatian terhadap perkembangan
anak-anak menyebabkan mereka berasa kehadiran mereka kurang dihargai dan tidak
diperlukan lansung. Keadaan ini menyebabkan mereka mencari jalan keluar dari masalah
ini dengan mencari ketenagan di luar seperti berkawan dengan orang luar. Apabila ini
berlaku, pelbagai masalah akan timbul seperti pergaulan bebas . Mereka juga mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya dan perbuatan yang tidak sihat seperti dengan
melakukan jenayah seperti mencuri, lepak, membunuh dan sebagainya. Hal ini
memdatangkan kesan buruk terhadap perkembangan sosial dan perkembangan jiwa anak-
anak. Mereka lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya di luar kerana
berasa keseorangan dan kesunyian ketika berada di rumah. Apabila bersama rakan
sebaya, mereka berasa bebas tenang kerana mereka dapat meluahkan segala masalah
yang terbuku di hati mereka. Rakan sebaya dianggap sebagai orang yang rapat dengan
mereka kerana mereka saling memahami masalah yang dihadapi dan sentiasa berada
disisi mereka apabila diperlukan. Mereka akan berkongsi masalah dan mereka
menganggap rakan sebaya boleh dipercayai dan baik sehingga mereka terjebak dalam
gejala sosial yang seterusnya meruntuhkan akhlak serta peribadi mereka.

TEMPAT DAN JENIS PENGINAPAN SEMASA PERCUTIAN

1)PANTAI DAN PUSAT PERANGINAN LAIN

Terdapat pelbagai jenis penginapan yang boleh dipilih untuk menginap bersama
keluarga semasa percutian keluarga dijalankan. Bagi penginapan di kawasan pantai,
orang ramai bebas memilih sama ada untuk menginap di chalet ataupun khemah khas
yang disediakan. Kebiasaannya, chalet-chalet ini dibina di kawasan yang berhampiran
dengan pantai untuk memudahkan pengunjung berulang-alik ke kawasan tersebut serta
mereka juga dapat menyaksikan panorama serta keindahan pantai dari tempat penginapan
mereka. Terdapat juga chalet-chalet yang dibina menggunakan bahan-bahan semulajadi
seperti menggunakan batang-batang buluh dan kayu-kayan. Chalet-chalet ini pula di
bahagikan kepada beberapa jenis mengikut kemudahan, keselesaan serta harga
penginapan yang ditawarkan. Bagi mereka yang menginginkan kelainan,mereka boleh
memilih untuk menyewa khemah-khemah khas yang disediakan dan harganya juga lebih
murah berbanding penginapan di chalet.
2)PUSAT-PUSAT BANDAR

Pada kebiasaannya, pengunjung yang ingin menginap sepanjang percutian


keluarga mereka di pusat bandar memilih hotel ataupun rumah tumpangan yang banyak
terdapat di kawasan tersebut.Tempat penginapan ini lebih mahal kerana berada di tempat
strategik yang menjadi tumpuan orang ramai. Penginapan di hotel lebih selesa dan
mewah berbanding penginapan di rumah tumpangan kerana segala kemudahan dan
kelengkapan telah disediakan secukupnya serta mereka akan diberi layanan dan servis
yang istimewa sepanjang menginap di sana. Manakala penginapan di rumah tumpangan
pula lebih murah dan sesuai bagi mereka yang mempunyai peruntukan bajet kewangan
yang sedikit. Kemudahan dan servis yang disediakan juga tidak sebagus perkhidmatan
yang ditawarkan hotel mewah .

PERANAN KERAJAAN DALAM MENJAYAKAN AMALAN PERCUTIAN


KELUARGA DI MALAYSIA

Kerajaan memainkan peranan penting dalam menjayakan amalan percutian


keluarga di Malaysia. Antara usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan ialah
dengan memperkenalkan pelbagai pakej percutian keluarga yang menarik untuk
ditawarkan kepada orang ramai. Kempen juga giat dilakukan menerusi media massa dan
media elektronik seperti melalui radio, majalah, televisyen, internet dan sebagainya untuk
menarik orang ramai untuk melakukan amalan percutian keluarga di Malaysia. Kempen
ini dilakukan secara berterusan untuk memberi pendedahan betapa pentingnya amalan
percutian keluarga kepada orang ramai dilakukan. Kerjasama antara agensi pelancongan
dengan pihak kerajaan memudahkan lagi pelaksanaan amalan percutian keluarga ini
diadakan.

Disamping itu, pihak swasta juga turut terlibat dalam usaha membangunkan
amalan percutian keluarga di Malaysia.Pihak swasta membangunkan industri
pelancongan di Malaysia melalui penglibatan mereka secara giat dalam amalan ini.
Kerajaan juga menggubal dasar baru iaitu kakitangan awam hanya perlu bekerja hanya
sepuluh jam dalam satu hari. Selain itu, penetapan cuti juga telah dibuat pada hari Sabtu
dan Ahad membolehkan mereka berehat serta meluangkan masa bersama dengan
keluarga mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti percutian keluarga .

KESIMPULAN

Amalan percutian keluarga penting dan patut diteruskan dalam usaha


memperkukuhkan lagi sesebuah institusi kekeluargaan dalam sesebuah masyarakat.Hal
ini kerana keluarga sangat penting dalam memacu kesejahteraan negara. Amalan
percutian keluarga ini perlu diteruskan supaya menjadi suatu tradisi masyarakat di negara
ini. Kita bebas untuk memilih tempat-tempat percutian keluarga yang menarik di negara
ini kerana terdapat banyak tempat percutian menarik di Malaysia. Sesebuah percutian
keluarga yang dilakukan mampu memberi kesan positif dan memberi pengalaman
mendalam kepada ibu bapa dan anak-an

PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam kaji selidik yang dilakukan, permasalahan kajian yang ingin diketengahkan
ialah berkenaan peranan anak dalam amalan percutian keluarga di Malaysia. Peranan
anak ini meliputi pelbagai aspek dalam menjelaskan betapa pentingnya anak dalam
menjayakan sesebuah percutian keluarga. Peranan anak ini diklasifikasikan mengikut
umur dan jantina seseorang anak.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian dilakukan ialah untuk mengenalpasti peranan anak dalam
amalan percutian keluarga yang dilakukan.Pengenalpastian ini dilakukan secara
mendalam dari segi konteks peranan anak dalam menyempurnakan amalan percutian
sesebuah keluarga.Kepentingan yang dimainkan oleh seseorang anak itu boleh dilihat dari
segi politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat.

SKOP KAJIAN

Skop kajian yang ingin disentuh dalam kajian ini ialah mengenai peranan anak,
masa dan lokasi sesebuah percutian keluarga yang dilakukan.

SEBAB-SEBAB SESEBUAH KELUARGA PERGI BERCUTI DALAM SATU-


SATU TEMPOH MASA

1)INGIN MENGUNJUNGI SANAK-SAUDARA DAN SAHABAT HANDAI

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesebuah keluarga pergi bercuti dalam
satu-satu tempoh masa. Antaranya ialah kerana ingin mengunjungi sanak-saudara dan
sahabat handai bersama keluarga.Percutian ini dilakukan kerana mereka ingin melawat
dan berjumpa dengan saudara-mara dan sahabat handai yang sudah lama mereka tidak
temui kerana disebabkan oleh kesuntukan masa ataupun jarak kediaman yang jauh dari
rumah mereka.Percutian keluarga juga dilakukan kerana mereka ingin menghayati
keindahan alam semulajadi sesuatu tempat dan nilai estetika sesuatu tempat.Alam
semulajadi yang tidak mengalami kerosakan dan terhindar dari pencemaran menjadi salah
satu daya tarikan sesuatu tempat untuk dikunjungi.

2)BERMINAT TERHADAP TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH

Selain itu, minat sekeluarga terhadap tempat-tempat bersejarah yang memaparkan


strukstur seperti seni bina yang menarik mampu mendorong orang ramai mengunjungi
tempat tersebut.Seni bina yang unik seperti rekaan yang memaparkan sejarah atau
tamadun sesuatu bangsa menjadi pilihan kerana memperlihatkan nilai sejarah serta
keagungan sesebuah bangsa tersebut.Sebab utama yang mendorong percutian keluarga
dilakukan ialah kerana semua anggota keluarga ingin menyegarkan tubuh badan dan
fikiran. Apabila bercuti,secara tidak lansung fikiran menjadi tenang kerana ia dapat
menghilangkan segala kekusutan yang dialami dengan merehatkan fikiran dari bebanan
tugas yang sering membelenggu fikiran.Melalui aktiviti percutian keluarga,suami isteri
dapat mengurangkan tekanan yang dialami di tempat kerja dan menyelesaikan masalah
dalam rumah tangga.

3)MENCARI PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN BARU

Percutian keluarga turut dilakukan kerana setiap anggota keluarga ingin mencari
pengalaman dan persekitaran baru yang berlainan.Melalui amalan percutian keluarga,
setiap anggota keluarga dapat menimba pengalaman berguna yang dapat dikongsi dengan
orang lain melalui aktiviti yang dilakukan semasa percutian. Mereka juga dapat melihat
banyak tempat-tempat menarik yang belum pernah mereka lihat sebelum ini semasa
bercuti di tempat lain serta dapat mempelajari budaya sesebuah masyarakat berbilang
kaum di tempat mereka lawati.Ini kerana anggota keluarga mempunyai minat untuk
meneroka dan menjelajah tempat-tempat baru yang belum dilawati mereka
sekeluarga.Mereka menjelajah ke tempat-tempat baru kerana sudah jemu dengan
persekitaran yang sama untuk mencari sumber aspirasi dan kelainan dalam kehidupan
mereka.

4)KEINGINAN MELANCONG YANG GEMAR BERCUTI

Salah satu sebab amalan percutian keluarga ini turut dilakukan ialah keinginan
dan kegemaran sesebuah keluarga yang suka bercuti dan melancong. Mereka menjadikan
aktiviti percutian ini sebagai salah satu amalan keluarga yang patut diteruskan.Amalan
percutian ini menjadi aktiviti tahunan dan dirancang .Mereka boleh memilih untuk
melakukan percutian keluarga sama ada didalam negara mahupun luar negara mengikut
kemampuan mereka sendiri.Percutian ini juga dilakukan untuk memenuhi hasrat keluarga
yang gemar membeli-belah. Mereka cenderung memilih tempat percutian yang terdapat
pusat beli-belah terbesar yang terkenal sebagai gedung membeli-belah untuk membeli
barang yang dihajati. Percutian ini juga dilakukan kerana ingin menziarahi tempat-tempat
suci bersama keluarga .Pencapaian anak-anak yang cemerlang dalam pembelajaran di
sekolah seperti peperiksaan dan pertandingan menjadi sebab sesebuah percutian keluarga
ini disamping memenuhi keinginan anak-anak yang ingin bersenang-senang , berhibur
dan berseronok.

6)MENGIMBAU KEMBALI NOSTALGIA

Percutian keluarga turut dilakukan kerana ingin mengimbau kembali nostalgia


antara suami dengan isteri.Apabila melawat kembali tempat tersebut, secara tidak lansung
mereka dapat melihat kembali kenangan masa silam mereka di tempat yang banyak
memberi kenangan dalam kehidupan mereka ketika waktu dahulu. Keadaan ini dapat
memberi motivasi diri terhadap suami isteri untuk merasa lebih bersemangat melakukan
tugasan harian sama ada di rumah atau di tempat kerja.

CIRI-CIRI TEMPAT PERCUTIAN PILIHAN

1)PELANCONGAN BERASASKAN EKOLOGI

Pelancongan berasaskan ekologi semakin mendapat tempat dalam kalangan


masyarakat di negara ini.Contoh yang dapat kita lihat melalui pelancongan berasaskan
ekologi ialah terdapatnya Taman Negara. Taman Negara ini diwujudkan bertujuan
melindungi habitat flora dan fauna. Khazanah ini dilindungi dan dikawal supaya tidak
mengalami kepupusan akibat impak dari pembangunan negara yang semakin pesat
berkembang. Antara contoh taman negara yang terdapat di Malaysia ialah Taman Negara
Pahang.Taman negara ini diwartakan sebagai salah satu tempat perlindungan. Melalui
perlancongan ini, masyarakat dapat didedahkan dengan kesedaran mencintai alam sekitar.
Semasa pelancongan ini dilakukan,orang ramai dapat melihat dan menikmati sendiri
keindahan alam semulajadi iaitu dapat menghirup udara yang nyaman,melihat flora dan
fauna yang hampir pupus dan bersama-sama menanamkan kesedaran kepentingan
menjaga serta melindungi alam sekitar.

2)PELANCONGAN YANG MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR AGAMA

Pelancongan yang berunsurkan agama pula memaparkan kepada orang ramai


mengenai unsur-unsur yang terdapat dalam setiap agama yang dianuti oleh sesebuah
bangsa. Keunikan unsur-unsur ini dapat dilihat melalui seni bina atau struktur bangunan
yang dihasilkan oleh sesebuah bangsa.Unsur-unsur agama ini memperlihatkan
ketamadunan dalam sesebuah bangsa dan ianya berbeza antara satu sama lain. Contohnya
Masjid Putrajaya telah dijadikan sebagai salah satu mercu tanda yang melambangkan
corak keagamaan masyarakat islam di Malaysia.Manakala kuil pula melambagkan
unsure-unsur agama bagi penganut hindu, tokong pula untuk penganut cina dan gereja
pula melambangkan unsure keagamaan dalam kalangan masyarakat kristian.

3)PELANCONGAN BERASASKAN PERTANIAN DAN HOMESTAY

Pelancongan berasaskan pertanian dan homestay ini melibatkan kawasan


pedalaman ataupun perkampungan.Melalui pelancongan jenis ini, masyarakat dapat
didedahkan dengan produk-produk pertanian yang dihasilkan melalui hasil pertanian
yang diperolehi dan kemudiannya diproses untuk menghasilkan keluaran berasaskan
pertanian baru yang mempunyai kegunaan tertentu. Produk pertanian yang dihasilkan ini
boleh dikomersialkan ke pasaran luar sekiranya mendapat sambutan yang baik daripada
masyarakat tempatan mahupun masyarakat luar.Produk pelancongan pertanian dan
homestay ini merupakan produk pelancongan baru dan semakin mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat dalam negara ini.Hasil keluaran yang dikeluarkan ,dapat memberi
pulangan yang lumayan dan dapat dipasarkan ke negara luar.
4)TAMAN TEMA

Percutian di taman tema juga merupakan salah satu tempat percutian keluarga
yang popular di negara ini. Permainan yang terdapat di taman tema ini menjadi salah satu
daya penarik untuk masyarakat bercuti di tempat tersebut. Contoh taman tema yang
terdapat di Malaysia ialah Sunway Lagoon ataupun lebih dikenali sebagai “Kota
Keriangan”. Ibu bapa lebih gemar membawa anak-anak mereka berkunjung ke taman
tema ini kerana anak-anak mereka lebih tertarik dengan pelbagai permainan yang
terdapat di tempat tersebut. Anak-anak boleh memilih apa sahaja permainan yang disukai
kerana semua permainan terdapat dalam kawasan tersebut.Antara contoh permainan yang
boleh dicuba ialah seperti menaiki roller coster, berenang di dalam kolam yang
disediakan dan sebagainya.Kebiasaannya, ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke
taman tema pada musim cuti sekolah ataupun hujung minggu.Anak-anak akan berasa
seronok menikmati percutian mereka dengan menghabiskan masa berhibur serta
berseronok dengan mencuba pelbagai jenis permainan yang terdapat di taman tema
tersebut.

5)DESTINASI MEMBELI-BELAH

Sesuatu tempat pelancongan juga dikenali atau lebih terkenal dengan destinasi
membeli-belah selain keunikan tempat tersebut.Destinasi ini menjadi tumpuan orang
ramai yang ingin menghabiskan masa percutian mereka dengan aktiviti membeli-belah
.Terdapat banyak pusat membeli-belah telah dibina dari kedai-kedai kecil hinggalah pusat
beli-belah yang besar.Pusat membeli belah ini mempunyai kawasan yang yang luas dan
turut disediakan banyak kemudahan awam seperti surau, pondok telefon tandas, tong
sampah,restoran dan sebagainya untuk keselesaan pengunjung. Barangan yang dijual
adalah pelbagai dan harga yang ditawarkan juga berpatutan.Disamping itu juga, pembeli
boleh melakukan penawaran harga terhadap barangan yang ingin dibeli.
ABSTRAK

Amalan percutian keluarga di Malaysia merupakan salah satu amalan yang bagus
dan patut diteruskan. Kini, percutian ini bukan lagi menjadi satu produk barang mewah
kerana ianya merupakan barang keperluan atau barang mesti dalam sesebuah keluarga
untuk menjana keutuhan institusi sesebuah keluarga. Terdapat banyak faktor yang perlu
diambil kira dalam menjayakan pelaksanaan amalan percutian keluarga di
Malaysia.Pemilihan masa untuk melakukan amalan percutian ini perlu dirangka dengan
sistematik kerana sesebuah keluarga melakukan amalan percutian keluarga ini dalam
satu-satu tempoh masa.Percutian keluarga ini bukan sahaja boleh dibuat di dalam negeri
sahaja bahkaan ianya boleh dibuat di luar negara bagi sesiapaa yang inginkan sesuatu
kelainan dalam percutian yang dilakukan oleh mereka.Dalam percutian ini, semua
anggota keluarga, saudara mara,sahabat handai tetapi juga turut melibatkan pelajar
IPTS,IPTA dan pihak majikan itu sendiri.

Pelbagai persediaan dan persediaan yang perlu dilakukan oleh setiap anggota
keluarga iaitu sebelum , semasa dan selepas sesebuah amalan percutian keluarga
dilakukan bagi menjayakan sesebuah amalan percutian keluarga di Malaysia. Terdapat
pelbagai jenis penginapan yang disediakan boleh dipilih untuk menginap sepanjang
amalan percutian keluarga ini dilakukan.Pengangkutan sendiri atau pengangkutan awam
boleh dipilih untuk menuju ke sesuatu destinasi percutian keluarga di Malaysia. Keunikan
dan keistimewaan sesuatu tempat seperti struktur binaan serta keindahan alam semulajadi
menjadi salah satu daya tarikan sesebuah tempat percutian keluarga di Malaysia.Di
samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh anggota keluarga sepanjang percutian
ini berlansung bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terbina antara mereka.
Semua anggota keluarga memainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam
menjayakan amalan percutian ini dan ianya melibatkan kos yang banyak bagi
mengendalikan sesebuah amalan percutian keluarga.selain itu, terdapat kekangan yang
menghalang sesebuah amalan percutian keluarga ini dilakukan.

You might also like