You are on page 1of 3

ISL M3 (Persediaan Tutorial) : Bincang dan senaraikan tingkah laku-tingkah laku yang tidak harus dilakukan berdasarkan Peraturan-peraturan

Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ( Pindaan 2002). Mengikut Peraturan 4(1): 1. Seseorang itu tidak boleh bersuhabat dengan musuh negara,

membocorkan rahsiah negara, memperkecilkan dasar serta tindakan kerajaan atau berlakon dalam filem yang memburuk-burukkan negara.

Mengikut Peraturan 4(2): 1. Seseorang pejawat awam tidak boleh membelakangkan tugasnya demi kepentingan peribadi. 2. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan yang memungkinan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kepentingan awam. 3. Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan kedudukannya bagi kepentingan diri sendiri. 4. Seseorang penjawat awam tidak boleh terlibat dengan penagihan dadah, berjudi di pejabat atau waktu kerja, disabit dengan kesalahan jenayah, hutang berat atau menerima keraian daripada orang yang ada hubungan rasmi yang mungkin menjejaskan nama baik profesion. 5. Seseorang pegawai dilarang sama sekali menghasut rakan-rakan yang lain dalam menjalankan tugas atau mengambil cuti pada saat

perkhidmatan diperlukan. 6. Seseorang pejawat awam tidak boleh menggunakan pengaruh atau memberi tekanan dalam menyokong atau memajukan sebarang tuntutan. 7. Seseorang pejawat awam tidak boleh ingkar perintah dan tidak harus cuai dalam melaksanakan tugas.

Mengikut Peraturan 4A( Gangguan Seksual): 1. Seseorang guru tidak boleh melakukan apa jua perlakuan yang diistilahkan sebagai gangguan seksual kepada pelajar, rakan sekerja atau sesiapa sahaja di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah serta dalam waktu kerja atau di luar waktu kerja.

Mengikut Peraturan 5 ( Pekerjaan Luar): 1. Seseorang pejawat awam tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja-kerja luar selain mendapat kebenaran daripada ketua jabatan.

Mengikut Peraturan 23 ( Ketidakhadiran Tanpa Cuti): 1. Guru dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti. 2. Pegawai awam dilarang tidak berada di permis, iaitu tempat bekerja selepas mengetip kad perakam waktu pada waktu pagi dan muncul semula pada waktu petang. 3. Seseorang pegawai awam dilarang melanggar waktu berperingkat yang ditetapkan.

Peraturan 23 (Perkara-perkara lain yang berkaitan) 1. Seseorang pegawai awam tidak boleh melanggar etiket berpakaian. 2. Seseorang pegawai awam tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali preskripsi untuk kegunaannya bagi maksud perubatan. 3. Seseorang pegawai awam tidak boleh menerima atau memberikan orang lain apa-apa bentuk hadiah. 4. Seseorang pegawai awam tidak boleh terlibat dengan perhutangan kewangan yang serius. 5. Seseorang pegawai awam tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah.

6. Seseorang pegawai awam tidak boleh mengadakan atau mengelolakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cabutan bertuah atau loteri selain tujuan kebajikan. 7. Seseorang pegawai awam tidak boleh menerbitkan atau menulis apa-apa buku yang berasaskan maklumat rasmi berperingkat. 8. Seseorang pegawai awam tidak boleh bertindak sebagai penyunting kepada mana-mana penerbitan kecuali penerbitan jabatan atau

kakitangan, penerbitan profesional atau penerbitan organisasi sukarela yang bukan bercorak politik. 9. Seseorang pegawai awam tidak boleh membuat pernyataan awam sama ada secara lisan atau bertulis di media massa ataupun media elektronik.

Rujukan : Noriati a. Rashid, Boon,P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Autority. Warta Kerajaan. Peraturan-peraturan Pegawai Awam( Kelakuan dan Tatatertib)1993.(1993). Diterbit dengan kuasa HIS MAJESTY'S

GOVERNMENT GAZETTE. Dari http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/warta/1993/P.U.(A)395/P.U.( A)395.htm. Pada 7 Julai 2011.

You might also like