You are on page 1of 1

Satu contoh kejayaan konsep amalgamasi jelas dapat di lihat di Indonesia.

konsep ini terbukti begitu berkesan dalam melahirkan bangsa Indonesia yang gah. seperti negara kita, Indonesia juga terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan masyarakat. dalam mewujudkan sebuah negara bangsa yang kukuh, Sukarno yang dikenali sebagai guru bangsa bagi rakyat Indonesia telah berani mengambil risiko dengan cuba mengadunkan konsep amalgamasi dengan masyarakat di sana yang baru sahaja mencapai kemerdekaan. sudah tentu sahaja beliau mendapat tentangan daripada rakyatnya sendiri dalam melaksanakan proses tersebut. tetapi beliau telah berjaya meyakinkan rakyat dengan penerangan yang komprehensif mengenai perlunya 1 bangsa yang bebas daripada aspek perkauman dan ras. usaha untuk menyedarkan rakyat mengenai kepentingan mewujudkan bangsa yang berdiri sebagai 1 entiti yang kukuh diperhebatkan lagi dengan penciptaan satu gagasan pemikiran yang dinamakan sebagai Pancasila. Sukarno menekankan bahawa Pancasila bukan hanya merupakan 1 pandangan hidup melainkan juga merupakan alat pemersatu bangsa. kepentingan Pancasila bagi mewujudkan bangsa Indonesia yang kukuh begitu dititik beratkan beliau dengan kata-katanya yang berbunyi, "Hanya Pancasilalah yang dapat tetap mengutuhkan negara kita, tetap dapat menyelamatkan negara kita". Pancasila yang merupakan 5 perkara dasar Indonesia menerapkan konsep amalgamasi melalui sila yang ke-3 iaitu Kesatuan Indonesia yang menggesa rakyat membuang sifat perkauman dan memupuk semangat cintakan negara melalui perpaduan tanpa mengira ras atau warna kulit. proses mewujudkan bangsa yang bersatu amat ditekankan sehingga moto negara mereka bermaksud "Kesatuan dalam Kepelbagaian".hasil daripada usaha gigih pejuang Indonesia dalam melahirkan bangsa yang bangga dengan diri sendiri dan membentuk budaya baru telah membuahkan hasil yang cukup manis. kini jika kita tanya kepada seorang rakyat Indonesia mengenai bangsanya, dia dengan bangga akan menjawab bahawa dirinya bangsa Indonesia walaupun dia berketurunan Jawa, Tionghua, atau Madura.

You might also like