You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH TAHUN 2011

1. 2.

NAMA RASMI KELAB: KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH ALAMAT SEKOLAH SMK Gombak Setia, Jalan Seri Setia, 53100 Gombak, Selangor. 3. FALSAFAH KELAB

Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif, mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga sahsiah, serta menggembelingkan kreativiti diri secara global demi memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri

4.

MOTTO MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI

5. a. b. c.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA: Cik Azniwati Binti Ahmad Puan Juliana Binti Shaharuddin Encik Marzuki Bin Yaakob

6.

MATLAMAT: i. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah.

7.

OBJEKTIF-OBJEKTIF/TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN DAN KELAB: i. ii. Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang Negara. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah

iii.

Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.

iv.

Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti

yang berfaedah. v. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, negara dalam hal-hal pencegahan jenayah. 8. AKTIVITI: i. Kalendar aktiviti hendaklah mengikut penggal dan siap mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah (Rujuk Lampiran 1)

9.

AHLI JAWATANKUASA i. Semua AJK akan dipilih pada Mesyuarat Agong

Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari, Ahli Jawatankuasa, Pemeriksa kira-kira ii. Syarat-syarat untuk menjadi AJK

Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan iii. Tugas-tugas AJK (a) (b) Pengerusi Naib Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan Memastikan semua kegiatan dijalankan dengan baik Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi Mencatat minit mesyuarat Menyediakan laporan semester dan tahunan Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diberi Mengutip wang sumbangan daripada ahli Memastikan akaun sentiasa dikemaskini Membantu bendahari menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi

(c)

Setiausaha

(d) (e)

Naib Setiausaha Bendahari

(f)

Naib Bendahari

iv.

Hak-hak ahli:

(a) Ahli berhak mengundi untuk pemilihan ahli jawatankuasa (b) Ahli boleh menyertai aktiviti-aktiviti persatuan (c) Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat atau persatuan dan berpakain yang sesuai

9.

MESYUARAT:

i. Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun pada hari yang ditetapkan oleh sekolah ataupun jika perlu pada hari dan masa yang ditetapkan oleh Ketua Guru Penasihat ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Koram yang perlu untuk Mesyuarat Agong: Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua Pemilihan jawatankuasa kelab Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh pengetua Mesyuarat AJK hendaklah sekurang-kurangnya dua kali sepenggal Kuasa untuk memanggil mesyuarat AJK adalah di bawah Ketua Guru Penasihat Koram yang perlu unuk mesyuarat AJK adalah dua pertiga ahli Setiap mesyuarat diminitkan dalam buku Buku Laporan Persatuan/ Kelab oleh Setiausaha Agenda mesyuarat hendaklah ditulis dipapan kenyataan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat. Laporan bertulis hendaklah dibuat untuk setiap aktiviti dalam Buku Laporan Persatuan

xii. Laporan lawatan dan/atau Pertandingan Persatuan/Kelab hendaklah disediakan dan satu salinan diserahkan kepada Penyelaras Kokurikulum sekolah. xiii. xiv. Tempat mesyuarat Tempat perjumpaan untuk aktiviti : tidak terhad kepada mana-mana bilik atau dewan : Berpusat dalam kawasan sekolah

10.

KEWANGAN i. ii. Mendapatkan sumber kewangan melalui yuran tahunan, derma dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli adalah RM 6.00 setahun sepertimana yang telah

ditetapkan oleh Jawatankuasa. iii. Kuasa membelanjakan kumpulan wang hanya untuk perkara-perkara yang perlu dan berfaedah bagi

mencapai objektif aktiviti kelab. iv. Bendahari tidak boleh menyimpan wang kelab dalam tangannya melebihi RM 10.00 pada satu-satu masa

dan wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penasihat. v. 11. Setiap perbelanjaan wang kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.

KEAHLIAN i. Keahlian terbukan kepada semua murid

ii. Pelajar yang tidak menghadiri perjumpaan tidak akan dilucutkan keahlian tatapi kehadiran akan mempengaruhi iii. markah kokurikulum tahunan pelajar

12.

PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB

i.Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan diluluskan dengan mendapatkan
persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar.

ii.Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru Penasihat


perlembagaan kelab dilakukan. 13. LAIN-LAIN:

Kelab adalah perlu sebelum sesuatu pindaan

Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dan akan dikeluarkan oleh Kerajaan, kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan pelajaran Negeri masing-masing

= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =

You might also like