You are on page 1of 27

1

Pengurusan Ruang yang Sesuai di Kelas-kelas Taska dan Tadika. (Marhiza binti Mohd, Mohd Firdaus bin Hasbollah, Mohd Rosdan bin Mohamed, Mohd Saiful Anuar bin Mohd Akasah, Nasaruddin bin Nasir, Norhasmera binti Zakari, Nurul Liahna binti Sulaiman, Rosne Azlen binti Ab Aziz, Siti Maryam binti Badiuzaman, Zulkarnain bin Md Daud.) Universiti Pendidikan Sultan Idris 12 April 2011

PENGURUSAN RUANG TASKA DAN TADIKA 1.0 Pengenalan

Sebagai langkah permulaan, kelulusan perancangan diperlukan untuk penggunaan bangunan sebagai pusat prasekolah, sama ada untuk tadika atau taska. Mengikut Akta 267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Seksyen 19), sesebuah bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman atau kedai. Setiap bangunan yang mempunyai sepuluh atau lebih pelajar dianggap sebagai sekolah mengikut Akta Pelajaran 1961. Setiap bangunan yang hendak digunakan sebagai pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, reka bentuk, struktur dan juga keselamatan (Halimah Abdul Rahman & Kamariah Ibrahim, 1993). Pengurusan ruang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ruang pembelajaran dalam kelas terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ruang pembelajaran bagi kognitif, manipulatif, dramatika dan bahasa. Guru perlu merancang pengisian aktiviti di ruang-ruang pembelajaran dan dapat disesuaikan dengan pendekatan pengajaran (diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com) 2.0 Definisi Pengurusan Ruang

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengurusan bermaksud mengurus sesuatu manakala ruang pula ialah ruang rumah atau bangunan yang bersekat dengan dinding dan berpintu. Dalam konteks prasekolah, pengurusan ruang merujuk kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah tempat untuk murid bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan dan ia meliputi ruang pembelajaran iaitu ruang dalam kelas, ruang luar dan ruang penyediaan makanan termasuk dapur dan bilik air. Elliot (2000), menyatakan pada peringkat prasekolah, interaksi dan keberkesanan pengurusan bilik darjah mempunyai pengaruh yang tinggi kepada guru dan kanak-kanak. Susun atur perabot, peralatan dan alat bantu mengajar agak berbeza dari bilik darjah KBSR dan KBSM. Pengurusan bilik darjah prasekolah perlu mempunyai ruang circle time iaitu aktiviti wajib setiap pagi dimana murid-murid akan berkumpul

bersama guru dan menjalankan sesi perbualan. Di ruangan ini, sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Dalam bilik darjah prasekolah, ruangan inilah yang banyak digunakan. Ia mempunyai sudut-sudut atau ruang untuk mengembangkan potensi kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun dari segi perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan bahasa. 3.0 Ruang Taska dan Perkembangan Kanak-Kanak 3.1 Ruang Dapur Dan Penyediaan Makanan

Mengikut buku Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal oleh PERMATA NEGARA, ruang dapur bagi sesebuah taska mestilah dengan keluasan minima (10X10). Penyediaan makanan pula mempunyai dua kaedah iaitu penyediaan memasak atau penyediaan makanan oleh pembekal. Walau apapun cara penyediaannya, sesebuah dapur hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan dapur seperti : y y y y y y Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet) bahagian bawah dari bahan kayu keras MDF Board serta aksesori. Kitchen top dengan kemasan jubin tahan lasak. Sinki berkembar dengan 2 paip air. Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari paras lantai. Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu cermin. Dapur (hob) dan penyedut asap dapur (hood) siap terbina.

Selain daripada itu, sumber yang diperoleh daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula menetapkan bahawa mana-mana ruang dapur taska haruslah memenuhi ciri-ciri yang berikut: y y y y y y 3.2 Ruang dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan dimasuki oleh kanak-kanak. Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih. Tempat makan yang disediakan hendaklah bersih. Dapur hendaklah berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak. Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat. Kanak-kanak mestilah dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada setiap masa. Ruang Bilik Air

Menurut Anita Rui Olds (2001), terdapat 2 komponen utama yang ada di dalam ruang bilik air iaitu tandas dan tempat menyalin lampin/pakaian (diapering area). Ruang tandas mengandungi tempat mandi iaitu pancuran air yang biasanya berukuran 6.9 meter persegi manakala diapering area pula terdiri daripada meja

menyalin, sinki, dan rak pakaian @ diaper. gambarajah ruang bilik air bagi taska:

Berikut merupakan contoh

Rajah 1 : Pelan ruang bilik air Taska (Sumber : Anita Rui Olds, 2001)

3.2.1 Tandas Di taska, sekurang-kurangnya terdapat dua buah tandas kanak-kanak iaitu dua tandas cangkung atau dua tandas duduk atau satu tandas duduk dan satu tandas cangkung. Ini adalah bagi membolehkan dua orang kanak-kanak duduk atau menggunakannya pada masa yang sama.

Rajah 2 : Tandas biasa (kiri) dan tandas kanak-kanak (kanan) (Sumber : Anita Rui Olds, 2001)

Tandas haruslah mudah digunakan oleh kanak-kanak agar mereka dapat melihat rakan-rakan lain yang bermain berbanding rasa menyendiri atau diabaikan dari aktiviti kumpulan. Kebiasaannya, tandas kanak-kanak berukuran 11 inci tinggi atau tandas biasa dengan tangga @ adjustable seat. Kanak-kanak kurang upaya pula sesuai menggunakan potty chair (Anita Rui Olds, 2001).

Rajah 3 : Potty chair (Sumber : Anita Rui Olds, 2001) Di dalam ruang tandas juga, terdapat tempat mandi yang menggunakan pancur air mandi dengan paip boleh dicapai oleh tangan kanak-kanak. Menerusi ruang tandas ini, antara perkembangan yang dapat dilihat pada kanak-kanak merujuk kepada Kurikulum Permata adalah perkembangan emosi, rohani dan sosial. Sebagai contoh, kanak-kanak yang masih tidak pandai membuang air di dalam tandas akan melihat kanak-kanak lain yang seusia dengannya membuang air besar dan air kecil di dalam tandas pada setiap hari. Jadi dia akan mula belajar dan meniru perbuatan rakan-rakan lain iaitu jika ingin membuang air, hendaklah di dalam tandas. Perkembangan lain yang dapat diperhatikan adalah perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. Sebagai contoh, pendidik atau pembantu pusat taska akan menentukan bahasa yang akan digunakan oleh kanak-kanak untuk ke tandas dan mengekalkan penggunaan bahasa ini. Antara pendidik dan kanak-kanak wujud satu komunikasi untuk menyampaikan sesuatu maksud atau perkara iaitu membuang air. 3.2.2 Diapering Area Diapering adalah merujuk kepada aktiviti menyalin lampin dan pakaian bagi bayi atau infant (berusia kurang 12 bulan). Bagi bayi, aktiviti toileting/diapering merupakan salah satu sumber utama interaksi antara bayi dengan pendidik atau pembantu pusat kerana semasa menyalin lampin/pakaian bayi, ia membantu meningkatkan kemahiran bahasa. Dengan susunan ruang diapering yang betul, pendidik/pembantu pusat dapat memberi perhatian kepada setiap bayi yang

dijaga semasa melakukan aktiviti ini. Berikut merupakan satu contoh rekaan diapering area yang boleh digunapakai (Anita Rui Olds, 2001).

Rajah 4 : Contoh tempat diapering. (Sumber : Anita Rui Olds, 2001) Kawasan untuk diapering ini hendaklah boleh diakses untuk menyalin pakaian atau lampin bagi sekurang-kurangnya dua orang kanak-kanak mahupun bayi pada masa yang sama. Antara komponen yang perlu ada bagi ruang ini adalah meja/alas bagi menukar lampin, sinki, rak pakaian/lampin bayi, ruang pengudaraan yang baik, tangga, bekas sampah atau lampin terpakai dan tangga memanjat (jika perlu). Sinki yang digunakan untuk diapering mestilah berasingan dengan sinki untuk penyediaan makanan dan untuk tujuan lain. Sinki juga hendaklah dalam dan muat untuk memandikan bayi. Tempatkan kawasan menukar lampin jauh daripada penyediaan makanan. Bekas lampin terpakai harus disediakan berhampiran dengan sinki (biasanya diletakkan di bahagian bawah kabinet dalam ruang yang tertutup). Sediakan juga ruang untuk menempatkan pakaian bersih di sebelah sinki (Anita Rui Olds, 2001). Susunan meja diapering hendaklah membolehkan pendidik/pembantu pusat boleh melihat kumpulan bayi yang dijaga dengan mudah. Ini untuk memudahkan pendidik/pembantu pusat memantau segala pergerakan bayi atau kanak-kanak lain di bawah jagaannya. Sediakan diapering table dengan saiz 36 tinggi X 24 lebar dan 42 panjang dengan ketebalan pelapik / pad 2-3 inci. Bagi mengelakkan bayi bergolek, bina benteng setebal 6 inci di atas pad pada 3 sisi permukaan. Pad pula hendaklah tidak licin, tidak berongga, dan boleh dibasuh. Contoh pad yang baik adalah vinyl-covered pad. Rajah 5 merupakan contoh meja diapering:

Rajah 5 : Diapering table. (Sumber : Anita Rui Olds, 2001) Meja diapering bagi kanak-kanak biasanya direndahkan sedikit berbanding bayi supaya mereka boleh berdiri untuk mencapai dan memilih diaper mereka sendiri yang ditempatkan dalam rak pakaian yang biasanya bersebelahan dengan meja diapering. Jika meja diapering mempunyai tangga atau pull-out stairs , kanak-kanak boleh belajar memanjat (Rujuk rajah 4). Sediakan juga rak untuk menyimpan alatan seperti pengelap dan tuala. Rak mestilah mudah dicapai oleh penjaga tetapi sebaliknya bagi kanak-kanak. Selain itu, sediakan ruang pengudaraan tambahan untuk udara keluar bagi mengelakkan bau merebak ke ruang lain (Anita Rui Olds, 2001). Seperti yang telah dijelaskan, aktiviti diapering ini dapat membantu kanakkanak meningkatkan kemahiran bahasa. Ini melalui interaksi antara kanak-kanak dengan pendidik/pembantu pusat. Biasanya, patung, gambar dan cermin yang digantung pada meja menyalin bagi menemani kanak-kanak atau sebagai asas kepada percakapan pendidik/pembantu pusat dengan kanak-kanak. Ini bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya diam dan tidak bergerak-gerak agar kerja menyalin dapat berjalan lancar. Dengan ini, kanak-kanak akan meniru dan mengajuk percakapan pendidik/pembantu pusat terutamanya jika berlaku proses pengulangan cerita yang sama. Selain dari perkembangan kemahiran bahasa, perkembangan fizikal bagi kanak-kanak juga dapat ditingkatkan, (Aminah Ayob et al.). Sebagai contoh, penggunaan pull-out stairs menyebabkan bayi mempelajari pergerakan baru (merujuk kepada gerakan memanjat) selain dari gerakan-gerakan lain yang sudah dikuasainya. Bagi kanak-kanak pula

(dalam lingkungan 2 tahun), gerakan badan untuk mencapai lampin yang diletakkan dalam rak membolehkan mereka mempelajari teknik melompat. 3.3 Ruang Luar / Ruang Permainan Menurut Anita Rui Olds (2001), mengenai ruang luar adalah bergantung kepada ciri-ciri berikut. 1. Keperluan keluasan kaki persegi Setiap kanak-kanak layak diberikan ruang luar bilik untuk bermain dengan gembira. Kebanyakkan negara memerlukannya dan ruang standard yang ditetapkan oleh NAEYC iaitu 75 kaki persegi minimum/individu pada satusatu masa. Namun, 100-200 kaki persegi/individu adalah lebih baik dan bersesuaian mengikut faktor cuaca yang baik. Bagi taska yang mempunyai ruang luar taska yang minimum, APHA menetapkan pada Panduan AAP membolehkan pengecualian iaitu bagi bayi (0-18bulan) keluasan minimum adalah 33 kaki persegi manakala untuk bayi (18-24 bulan) minimum adalah 50 kaki persegi. Namun pemilihan lokasi alternatif juga digalakkan sekiranya perlu. 2. Lokasi alternatif Semakin pendek jarak pejalan kaki, semakin luas kawasan yang diperlukan bagi membantu memastikan kanak-kanak dapat bermain diluar bilik dan mereka tidak terkecuali dari faktor cuaca dan persekitaran. Taska desa biasanya menggunakan laman luar berasaskan kebun, rumah kaca, hutan, tepi tasik dan taman rekreasi sebagai kawasan luar mereka berbeza taska di bandar menggantikan ruang luar seperti muzium, tamantaman, zoo, tempat-tempat menarik seperti sejarah atau etnik berfungsi sebagai peranan yang sama. 3. Ruangan peralihan Ruangan peralihan di antara dalam bilik dan luar bilik bergantung kepada keberkesanan ruang bermain di luar bilik dengan dalam bilik. Sebagai contohnya iaitu dari kawasan luar bilik ke dalam bilik perlu dipastikan struktur atap berfungsi sebagai penyambung laluan pejalan kaki. Kanakkanak boleh berjalan dari luar ke dalam bilik tanpa menggunakan tangga. Atap yang dibina memberi perlindungan matahari dan angin. Biasanya, atap atas dibina pintu berkunci dan pagar keselamatan minimum 6 kaki. 4. Landskap Penggunakan landskap tumbuhan hijau adalah bersesuaian bagi membentuk suasana persekitaran yang selesa dari segi saiz dan rekabentuk. Tapak yang rata boleh diubahsuai menjadikan ruangan permainan yang bervariasi. Sebagai contoh, bukit kecil dibina dan dilitupi oleh rumput. Keadaan ini akan mendorong kanak-kanak menggunakan kemahiran psikomotor seperti mendaki, menggelungsur, berguling dan

bermain. Ketinggian minimum adalah 4-5 kaki tinggi (200-400 kaki persegi) dengan lerengan 1:3, 1:4, 1: 5 disyorkan untuk kawasan pra sekolah. 5. Kawasan berlindung dan perparitan Ruang untuk berlindung mestilah terdapat beranda, ditutupi atau semi beranda, shell gazebo atau band untuk bermain seperti gudang, sebuah gubuk, yang bersandar, dan ruang kegiatan berbumbung Selain itu, kawasan tersebut mestilah mempunyai saliran yang sesuai sejurus selepas hujan. Material seperti kayu merupakan permukaan yang baik digunakan untuk lantai dan proses pengeringan lebih cepat. Mencipta ruang persekitaran yang selesa dan selamat di luar bilik darjah bagi kanak-kanak taska (0-4 tahun) dapat dicapai dengan menggunakan bahan yang asas, kreativiti, masa dan usaha. Tidak kira besar atau kecil sesebuah taman permainan, permainan luar bilik darjah merupakan bahagian yang penting untuk menggalakkan kanak-kanak menerokai alam seterusnya membantu dalam proses pembangunan kemahiran psikomotor mereka. Ruang permainan yang disediakan perlu dipastikan selamat dan memudahkan kerja pengawasan dan pemantauan. Berikut merupakan ruang permainan yang perlu bagi kanak-kanak pra sekolah (Anita Rui Olds, 2001). 1. Kawasan yang terbuka luas diperlukan sebagai tempat permainan. Keluasan tanah dititik beratkan dan kemudahan untuk mereka meneroka sifat alam seperti di kawasan halaman. 2. Tempat permainan luar bilik perlu dilengkapi dengan gerbang pagar atau mudah alih bergantung kepada usia kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun pagar kekal bagi memastikan mereka selamat berada diluar bilik terutamanya bermain tanpa pengawasan. 3. Pemilihan kawasan permainan mestilah bersesuaian bagi mencipta pelbagai persekitaran pembelajaran. Sebagai contoh, kawasan untuk permainan pasir, mengenali alam, air dan kawasan luas bagi pembangunan psikomotor. 4. Kanak-kanak juga cenderung untuk melakukan aktitiviti penanaman. Mereka berminat untuk melihat tumbesaran tumbuhan seterusnya memberi minat pada mereka. Pemilihan kawasan perlu bagi memberi ruang kepada mereka bereksperimentasi dengan tanah dan tumbuhan. 5. Pembangunan kemahiran psikomotor kanak-kanak pra sekolah boleh dilakukan secara individu seperti ayunan, gelungsur sekiranya disediakan ruang yang berstruktur. Selain itu, bahan kitar semula boleh digunakan seperti tayar yang digunakan digantung pada pokok bagi mereka memanjat dan membuat ayunan yang digantung pada pokok.

3.4 Ruang Taska PERMATA Dalam KURIKULUM PERMATA (Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 0-4 Tahun) menyatakan persekitaran pembelajaran PERMATA menekankan aspek persekitaran yang interaktif dan kondusif supaya setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan berlaku dalam suasana yang ceria, selamat dan berkesan. Terdapat tiga bilik khas yang mengikut umur kanak-kanak iaitu yang pertama bilik bayi iaitu kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 bulan. Bilik ini tidak boleh terlalu kecil dan sesak dengan kanak-kanak atau peralatan. Saiz bilik dan bilangan kanak-kanak haruslah sesuai. Kedua ialah bilik anak kecil iaitu kanakkanak di antara umur 1 hingga 2 tahun ke atas. Bilangan kanak-kanak dan saiz bilik boleh dirujuk dengan Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri dan sebaiknya ruang untuk bermain, makan dan tidur hendaklah diasingkan jika boleh. Ketiga ialah bilik anak besar untuk kanak-kanak dari umur 3 hingga 4 tahun. Ruang yang cukup luas diperlukan untuk kanak-kanak bermain, makan dan tidur. Ciri-ciri persekitaran pembelajaran kanak-kanak PERMATA mestilah dapat merangsang perkembangan minda kanak-kanak, meningkatkan perasaan ingin tahu kanak-kanak, berminat untuk meneroka, menjelajah mencuba dan berfikir secara kreatif, sumber atau bahan yang disediakan digalakkan dibuat daripada bahan semulajadi atau bahan tempatan. Susun atur ruang fizikal pula hendaklah memudahkan pergerakan kanak-kanak, mudah ubah mengikut situasi, mudah di ambil dan disimpan oleh kanak-kanak, alatan boleh dipelbagai guna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Susun atur ruang mestilah membolehkan kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman seperti menyanyi, menari, berlakon, melompat, membaca, bercerita dan berehat. Situasi ini dapat menggalakkan kemahiran urus diri kanak-kanak seperti mengemas kembali peralatan, menyusun mengikut saiz, bentuk dan warna. Selain itu, sudut main peranan yang disediakan untuk bermain olok-olok atau masak-masak di luar kelas atau di dalam kelas. Peralatan yang dicadangkan ialah kotak besar atau khemah kecil yang boleh dipasang sebagai rumah, peralatan memasak seperti pinggan mangkuk, cawan, anak patung dan sebagainya. (Kurikulum Permata, 2008). Susun atur bahagian luar pula hendaklah dapat merangsang minda kanak-kanak di mana perlu disediakan ruang bermain pasir dan air supaya kanak-kanak dapat meneroka sambil bermain. Ruang bermain (outdoor playground) dan taman yang indah dengan tumbuhan mestilah sesuai dan tidak merbahaya. Lorong untuk kanak-kanak berjalan, buaian dan gelongsor serta ruang untuk beriadah penting bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak semasa bermain. Di samping itu, persekitaran pembelajaran untuk menggalakkan perkembangan kemahiran pra-matematik dan pemikiran logik diwujudkan di mana ia bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran pramatematik dan pra-sains melalui aktiviti yang dijalankan. Peralatan yang disediakan seperti bongkah pelbagai bentuk dan warna, kad nombor, mainan

10

suai padan, model manusia, kanta pembesar, akuarium dan sebagainya. (Kurikulum Permata, 2008). Bagi mengembangkan kemahiran kreativiti estetika dan daya kreatif kanak-kanak, ruang dan alatan untuk aktiviti seni, kraf dan lukisan perlu disediakan. Alatan untuk mewarna iaitu berus, pensil warna dan krayon, kertas lukisan, gam, majalah dan lain-lain hendaklah mencukupi. Perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-kanak turut ditekankan dalam persekitaran pembelajaran PERMATA dimana kanak-kanak digalakkan berinteraksi dengan bahan bacaan, bahan bergambar dan bahan bercetak. Aktiviti bahasa yang dijalankan bertujuan untuk memupuk perasaan sayangkan buku dan minat membaca. Di antara bahan yang disediakan ialah buku bergambar, kad bacaan, pentas boneka, carta, buku cerita dan sebagainya. (Kurikulum Permata, 2008). 4.0 Ruang Tadika dan Perkembangan Kanak-Kanak 4.1 Bahagian Ruang Pra Sekolah

Rohani Abdullah (2003), pula menyatakan ruang dalam bilik darjah pra sekolah seharusnya dibahagikan kepada pusat pembelajaran tertentu di mana murid nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu iaitu pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf. Selain itu, pusat tersebut boleh digunakan untuk mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian seperti pusat manipulatif untuk menyimpan alat permainan blok. Pusat pembelajaran atau ruang yang perlu ada dalam bilik darjah pra sekolah ialah pusat bahasa dan komunikasi, pusat manipulatif, pusat drama atau main masak-masak, pusat seni dan kraf, pusat kognitif (sains dan matematik), pusat teknologi, pusat kerohanian dan moral. Susun atur empat ruang utama dan peralatan dalam pengurusan ruang adalah seperti berikut. 1. Ruang bilik darjah / ruang pembelajaran a) Pusat bahasa : rak buku cerita dan buku ilmiah, kad bacaan, carta, panggung boneka dan sudut cerita. b) Pusat fizikal : peralatan mainan, peti kecemasan, alat pemadan api, carta bergambar dan pelan kebakaran. c) Pusat kreativiti : alat muzik, alatan mewarna atau seni visual, alat drama atau main peranan dan pelbagai alat teknologi. 2. Ruang penyediaan makanan a) Ruang masak : dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk, peralatan memasak dan peralatan mencuci. b) Ruang makan : meja beralas, tikar dan kerusi, pelapik makanan, carta doa makan, carta pemakanan seimbang dan carta kesihatan. 3. Ruang bilik air / tandas a) Tandas lelaki dan perempuan : tandas berasingan, sinki, cermin, penyidai tuala, sabun, berus, mop, selipar, pewangi dan pencuci, gayung dan baldi.

11

4. Ruang luar a) Pondok b) Sudut pasir dan air c) Alatan permainan luar : jongkang-jongket, papan gelongsor, papan imbangan, rangka memanjat, terowong dan buaian. 4.2 Ruang Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak perlu ditempatkan di dalam kawasan yang luas dan mempunyai kemudahan yang menarik bagi mereka. Dalam menyediakan kemudahan yang bersesuaian, analisis ke atas ruang adalah amat penting. Keluasan ruang pembelajaran kanak-kanak bergantung kepada penggunaan kanak-kanak, staf, ibu bapa, keperluan program dan juga mematuhi Akta Hak Kanak-kanak (Akta 308). Kementerian Pendidikan (2003) menetapkan, ruang tadika perlu mengambil kira perkara-perkara berikut seperti : 1) 2) 3) 4) 5) Selesa, mendapat cahaya yang cukup dan peredaran udara yang baik. Susun atur peralatan memudahkan pergerakan kanak-kanak. Ruang pembelajaran diwujudkan di dalam dan di luar kelas. Sentiasa bersih, ceria, menarik dan selamat. Ruang dan susun atur boleh diubah mengikut situasi dan aktiviti pembelajaran.

Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), ruangruang kawasan sekolah atau bilik darjah mempunyai fokus tertentu atau mempunyai peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Jika ruang dalam bangunan adalah kecil, maka guru boleh mempelbagaikan satu sudut untuk melakukan beberapa aktiviti. Pastikan sudut dibina supaya kanak-kanak senang dan boleh membuat pilihan sendiri mengikut keperluan masing-masing. Sediakan ruang-ruang yang boleh memberi peluang untuk pembelajaran dijalankan dalam kumpulan besar, kumpulan kecil dan secara individu. Persediaan sudut-sudut pembelajaran ini bertujuan supaya aktiviti dijalankan mengikut kehendak individu, dan kanak-kanak dihalatujukan kepada pembelajaran dengan cara yang baik dan tidak terlalu ketara. Contohnya, kanakkanak yang pemalu mungkin akan memilih satu sudut di mana ia boleh bersendirian dan seseorang kanak-kanak lain yang memerlukan kawan boleh menyertai permainan berkumpulan. Mungkin ada seorang kanak-kanak yang berminat dan berasa selesa untuk memulakan aktivitinya di sudut seni atau di sudut sains (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993). Ruang sudut yang berlainan akan memberi peluang kepada kanak-kanak melihat, membuat dan belajar. Guru yang prihatin mempunyai kepekaan membawa kanak-kanak ke sudut yang diminati oleh mereka. Guru juga memberi bimbingan dan menggalakkan kanak-kanak meneroka semua dan akhirnya kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu di sudut-sudut

untuk untuk perlu sudut

12

tertentu yang sesuai untuk perkembangan mereka. Susunan alatan, bahanbahan, tenaga pengajar dan konsep yang akan dipelajari dan mempengaruhi perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Dengan mengadakan beberapa sudut, guru dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993). y y y y Membuat pilihan Membuat penemuan dan pembelajaran melalui pengalaman sendiri. Mengembangkan perasaan yakin diri dari kemahiran yang dipelajari. Mengembangkan bahasa dan kemahiran komunikasi terutama membentangkan idea sendiri dengan menggunakan bahasa, bahan dan alat separa kreatif. Berlakon melalui main peranan. Belajar berfikir dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai bahan. Perkembangan fizikal dan kemahiran motor dari aspek koordinasi dan manipulasi semasa penggunaan alat. Mengembangkan aspek sosial dan hubungannya dengan kanak-kanak yang lain. Berkongsi dan bertanggungjawab kepada yang lain sebagai ahli kumpulan. Mengguna dan menjaga alat dan bahan. Menyiapkan sesuatu tugasan untuk kumpulan. Membuat penemuan dan kemudiannya mengembangkan pembelajaran berkenaan sesuatu benda atau sesuatu maklumat.

y y y y y y y y

Menyediakan ruang sahaja untuk sudut-sudut tidak mencukupi. Guru mestilah bertindak sebagai pembimbing, pemerhati, bermain bersama, dan sering berinteraksi dengan kanak-kanak. Sudut-sudut mestilah senang diawasi oleh guru dan tidak terhad dari segi bahan. Di bahagian ini cadangan diberi mengenai alat dan bahan yang boleh disediakan untuk sudut-sudut yang boleh disebutkan pada awal tadi (Halimah Abdul Rahman & Kamariah Ibrahim, 1993). 4.2.1 Sudut-sudut Pembelajaran Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), ruang-ruang atau bilik darjah mempunyai fokus tertentu atau mempunyai peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Sudut yang boleh dirancang dan disediakan ialah: (a) Sudut Sains (b) Sudut Bahasa (c) Sudut Seni dan Kreativiti (d) Sudut Muzik (e) Sudut Agama dan Moral (f) Sudut Matematik

13

a) Sudut Sains Untuk menggalakkan kanak-kanak memerhati dan berfikir, tanyakan soalan-soalan seperti berikut : y Apa yang anda lihat? y Bagaimana rupanya? y Kenapa begitu? y Beri pendapat. y Apakah akan terjadi kalau ..? y Bagaimana cara mengetahuinya? Beri bimbingan kepada setiap kanak-kanak untuk memberi penjelasan. Dengar soalan-soalan dari kanak-kanak dan beri pertolongan kepadanya apabila menemui perkara-perkara yang disalah anggap. Beri berbagai-bagai pengalaman. Sediakan program yang seimbang menggunakan : i. ii. iii. Bahan hidup (tumbuhan atau haiwan untuk menggambarkan pertumbuhan dan pengeluaran oksigen dan karbon dioksida). Bahan yang mengeluarkan tenaga (panas, angin, elektrik, bunyi motor, api, magnet). Tanah dan kandungannya (batu, tanah, pasir, logam, air, udara).

Selain itu, beri peluang kepada setiap kanak-kanak untuk membuat penemuan. Sediakan alatan dan bahan yang sesuai yang akan membolehkan mereka membuat percubaan. Alatan tidak perlu yang canggih, contohnya dengan alat seperti kanta pembesar kanak-kanak boleh memerhatikan air, bayang-bayang, matahari, langit, bumi dan membuat penemuan sendiri selepas pemerhatian. Pengalaman lama boleh diulang dan dikaitkan dengan pembelajaran yang terkini supaya pembelajaran itu dapat dikembangkan. Gunakan pelbagai media seperti bahan maujud, model, gambar, pelawat dan lawatan. Tanamkan sikap menghargai benda-benda hidup. Awasi keselamatan kanak-kanak. Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), contoh alat untuk sudut sains ialah: 1. Alat pengukur seperti pembaris, peta, timbang, penimbang berat badan, sudu besar atau kecil, cawan atau sudu pengukur dan alat mengukur suhu. 2. Alat-alat lain seperti kanta pembesar, alat mudah (seperti roda, skru, spring), bateri, tembikar, mangkuk, jam, glob, cermin, kompas, teropong, lampu picit, telefon dan akuarium. Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di mana kanak-kanak meneroka, membuat penemuan, menilai dan membuat keputusan tentang bahan dan peralatan. Kanak-kanak menggunakan deria untuk meneroka sains fizikal dan biologi. Sains

14

adalah pengalaman terus (hands on) dan bukannya magik. Kedudukan sudut sains hendaklah di tempat yang boleh memberikan cahaya semulajadi. Jika boleh, kedudukannya berdekatan dengan plug elektrik. Ada guru atau profesional kanak-kanak meletakkan kedudukannya berdekatan dengan sudut manipulatif supaya bahan dan peralatan boleh dikongsikan bersama. Kemudahan penyimpanan penting untuk mengilirkan bahan dan peralatan. Peralatan yang dicadangkan ialah prisma dan warna, kanta, peralatan pengukuran, magnet, kompas, jam dan lain-lain. Meja pasir dan air adalah penting sebagai tambahan di sudut sains. Pengajaran dan aktiviti hendaklah dirancang apabila menggunakan haiwan dan tumbuhan di sudut sains (diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com/2010/09/bagaimanakah-sudut-sains-ditaska-anda.html). b) Sudut Bahasa Sudut bahasa bertujuan untuk memperkenalkan bahasa, budaya, dan kaum di Malaysia dan kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut bahasa ialah dengan memperkenalkan pakaian, tarian, makanan, perayaan dan lagu-lagu rakyat untuk mewujudkan minggu bertema dan pertandingan kebudayaan. Manakala bahan yang sesuai pula ialah gambar-gambar dan carta-carta berkaitan budaya, pakaian, perayaan yang ada di Malaysia dan pelbagai lagi. Selain itu sudut ini juga dilengkapi dengan peralatan audio, video dan terdapat ruang bacaan (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993). Sudut bahasa amat sesuai untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak di mana sudut ini dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi, dapat berinteraksi dengan bahan bacaan, bahan bergambar dan bahan bercetak, dapat menambahkan perbendaharaan kata dan mengukuhkan kemahiran bahasa dan juga dapat memupuk minat, kemahiran, mengembangkan kemahiran membaca dan sayangkan buku (diperoleh daripada http://my prasekolah.blogspot.com/2009/01/ pusat-bahasa-dan-komunikasi-prasekolah.html). c) Sudut seni dan kreativiti Sudut ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengembangkan lagi kebolehan kesenian dan kreativiti kanak-kanak melalui teknik-teknik penggunaan warna dan tekstur serta menggalakkan kanak-kanak menjadikan seni dan kreativiti sebagai subjek yang menghiburkan dan boleh dijadikan kerjaya di masa akan datang. Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut seni dan kreativiti ialah: y Mengadakan pertandingan mewarna dan melukis.

15

y y

Mengajar teknik-teknik menghasilkan lukisan dan gambar (teknik tampalan dan pelbagai lagi) Mengajar kanak-kanak untuk menghasilkan barang seperi membuat layang-layang, membuat tikar, membuat bunga plastik dan pelbagai lagi. Selain itu, mengajar kanak-kanak cara-cara mengecat dan lain-lain.

Manakala bahan yang sesuai digunakan ialah peralatan mewarna seperti warna pensel, warna air, krayon, kapur dan lain-lain, peralatan mengecat (cat dan berus) dan peralatan untuk menghasilkan kraftangan seperti straw, lidi, surat khabar dan lain-lain (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993). Sudut seni dapat membantu kreativiti dan luahan ekspresi seni kanak-kanak. Biasanya terdapat easel berdiri, meja melukis dan bahan tanpa toksid untuk mewarna, pemotong, alat lukisan, pengecap, pelekat dan pengukir. Kotak pula dipenuhi bahan buangan seperti siput, riben, kain potongan, dawai berwarna, kertas tektur dan kertas warna yang bertujuan untuk eksperimen dan kreativiti. Kejayaan sudut seni adalah berpusatkan kepada kanak-kanak yang berfokuskan kepada proses menghasilkan seni dan bukan pada penghasilannya. Maksudnya ialah satu proses yang menghasilkan seni menerusi eksperimen pelbagai bahan, penggunaan peralatan seni dan pendedahan kepada pengalaman untuk kreativiti dan luahan ekpresi seni (diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com/2010_08_01_archive.html). d) Sudut Muzik Sudut muzik bertujuan untuk memperkenalkan jenis-jenis muzik, alatan perkusi, jenis-jenis tarian dan drama. Di antara aktiviti yang boleh di jalankan di sudut muzik ialah mengadakan pertandingan dan persembahan nyanyian, mengajar murid-murid cara-cara bermain alatan muzik, mengajar murid menari mengikut irama dan juga mengadakan pertandingan sketsa dan pelbagai lagi. Bahan yang digunakan ialah alatan-alatan muzik (piano, biola, rekoder dan lain-lain), peralatan audio dan sebagainya (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993). Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan (2007), pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari

16

bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa (diperoleh daripada http://myprasekolah.blogspot.com/2009/01/peranan-muzik-dan-kanak-kanak.html). e) Sudut Agama dan Moral Sudut agama dan moral berfungsi untuk memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai murni kehidupan berdasarkan kepada kepercayaan agama masing-masing. Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut agama dan moral ialah mendidik kanak-kanak cara-cara berwuduk, solat, berdoa dan nilai-nilai murni, mengadakan praktikal cara berwuduk dan solat, mengadakan sesi menghafaz doa dan surah-surah pendek dan juga mengadakan persembahan nasyid. Bahan yang digunakan pada sudut ini adalah seperti carta dan gambarajah cara berwuduk dan bersolat, jam yang menunjukkan waktu solat, peralatan bersolat seperti sejadah, telekung, songkok dan lain-lain dan gambar tempat-tempat ibadat mengikut agama masing-masing seperti masjid, kuil, gereja dan lain-lain (diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com/ 2010_08_01_archive.html). f) Sudut Matematik Sudut matematik diwujudkan untuk memperkenalkan konsep matematik melalui penggunaan awal nombor dan pra nombor dan menjadikan matematik sebagai subjek yang menghiburkan. Bahan yang digunakan ialah peralatan seperti guli, congkak, puzzle dan lain-lain, kad imbasan nombor, manik untuk membilang, penimbang ,jam, calendar, carta dan gambar-gambar yang berkaitan nombor. Manakala aktiviti yang boleh dijalankan di sudut matematik ialah : (diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com/2010_08_01_archive.html). y Mengadakan pertandingan bermain congkak, puzzle dan sebagainya. y Memperkenalkan teknik-teknik mengira dengan menggunakan lagu. y Mengadakan aktiviti melibatkan pra nombor dan nombor awal seperti lakonan jual beli dan pelbagai lagi. g) Sudut dramatika Sudut dramatika kadangkala dipanggil pondok-pondok, rumah-rumah, atau alam rumah tangga. Apa pun nama yang diberi, ia adalah tempat untuk kanak-kanak meneroka pelbagai aktiviti dan menghubungkaitkan dengan dunia sebenar. Kanak-kanak boleh menyelidik peranan sebagai ibu, doktor atau pekerja binaan. Kanak-kanak juga dapat membina bahasa dan kemahiran berkomunikasi, berlatih berunding dan menyelesaikan masalah, membina kemahiran literasi menggunakan menu, senarai semak, mesej, buku masakan atau borang tempahan.

17

Sudut dramatika biasanya mempunyai dapur bersaiz kanak-kanak, peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkuk, dan juga telefon. Peralatan tambahan pula biasanya pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakan untuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan aktiviti kerjaya. Semasa mengumpul bahan untuk kotak props perlu diingat bahan matematik dan literasi, props binaan, tiket dan duit olok-olok disusun atau disimpan dengan baik (diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com/ 2010_08_01_archive.html). 4.3 Ruang Makan Ruang makan merupakan ruang perkhidmatan sokongan yang perlu ada di setiap pusat prasekolah. Sekiranya ruang makan disediakan di dalam bangunan, kedudukannya bersebelahan dapur penyediaan makanan dengan dibina dua buah sinki kanak-kanak dengan ketinggian tiga kaki dari lantai. Tetapi sekiranya ruang makan khusus tidak dapat disediakan, ruang yang sesuai di luar bangunan seperti di serambi boleh dijadikan sebagai ruang makan. Saiz keluasan ruang makan yang sesuai disediakan ialah 26 meter persegi (Dasar Asuhan dan Didikan Kanak-kanak kebangsaan, 2009). Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), kanakkanak yang dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang didapati mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang tinggi . Prestasi mereka juga amat baik. Di dalam bilik darjah mereka didapati aktif dan sentiasa riang serta cergas. Ibu bapa dan juga mereka yang terlibat secara langsung dalam penjagaan kanak-kanak hendaklah peka tentang kepentingan makanan yang dihidangkan kepada mereka setiap hari. Makanan yang tidak berkualiti dan berkhasiat akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak itu dalam aspek mental dan juga fizikalnya. Para pakar kesihatan dan pendidikan telah sedar dan telah melatih orang-orang tertentu dalam bidang pemakanan, terutama sekali untuk kanak-kanak prasekolah. Terdapat dua faktor yang penting yang telah mendorong pakar-pakar ini ke arah kesedaran iaitu: y y Segala penyakit dapat dihindari jika pemakanan yang baik diteruskan. Kanak-kanak yang mendapat zat yang mencukupi daripada makanan mereka didapati mempunyai IQ yang tinggi. Tahap pencapaian dan pembelajaran juga meningkat.

Tujuan yang kedua di atas yang diberi penekanan agar kanak-anak di bawah jagaan kita itu akan terus maju. Pemakanan yang dirancang rapi dapat membantu kanak-kanak menuju ke arah kecemerlangan di samping faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan. Kajian yang dibuat oleh Dr. Alan C. Leuni dan Dr. William T. Mullineaux dari New York Institute for Child Development, membuktikan pemakanan yang yang seimbang telah dapat meningkatkan perkembangan IQ kanak-kanak sebanyak 20 peratus (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim,1993).

18

Kajian kedua-dua pakar ini juga menunjukkan bahawa rancangan yang teliti tentang pemakanan kanak-kanak boleh memberi hasil yang baik dan seterusnya membawa kepada kejayaan kanak-kanak itu dalam kehidupannya. Untuk menyediakan suatu program pemakanan yang baik kita hendaklah memahami tentang perkara-perkara yang penting yang berkaitan dengan makanan dan pemakanan. Perkara yang paling asas yang harus kita ketahui adalah apa yang akan terjadi kepada makanan setelah dimasukkan ke dalam tubuh badan (Halimah Abdul Rahman & Kamariah Ibrahim,1993). 4.4 Ruang Luar / Ruang Permainan Kajian daripada Catherie Robertson (2003) menunjukkan kebanyakan kemalangan yang berlaku di tadika melibatkan ruang luar daripada ruang dalam. Sesetengah kes yang berlaku adalah sama iaitu terjatuh, lemas, tercekik, dan keracunan. Faktorfaktor berikut menyebabkan perlunya polisi keselamatan ruang luar : y Separuh daripada kemalangan di tadika adalah disebabkan terjatuh. Terjatuh daripada alatan permainan mencatatkan hampir separuh daripadanya menyebabkan kecederaan yang teruk. (Thompson, Hudson & Mack, 1999) Taman permainan perlu menyediakan nilai dan keselamatan bagi perkembangan yang sihat. (Frost, 1994) Lebih kurang 400,000 kanak-kanak dirawat di bilik kecemasan disebabkan oleh kecederaan yang disebabkan oleh basikal (Berg et al., 2000)

y y

Menurut Anita Rui Olds (2001), ruang luar sebenar kanak-kanak pada satu masa dahulu sebelum kewujudan taska dan tadika adalah padang, hutan, dan sungai yang berdekatan. Melalui pengalaman semulajadi seperti ini wujud interaksi di antara kanak-kanak dan alam semulajadi seperti pasir, air, lumpur, pokok, batu, semak, ulat, rama-rama dan burung dimana kanak-kanak tersebut akan menerima kesemua rangsangan motor. Ruang luar semulajadi ini mempunyai perbezaan yang ketara dengan ruang luar moden seperti peralatan permainan yang diperbuat daripada kayu, plastik ataupun besi. 4.4.1 Zon bermain Bagi semua peringkat usia, ruang terbuka harus menyediakan : 1. Tempat yang khusus diperlukan oleh seorang kanak-kanak 2. Tempat untuk sekumpulan kecil 1 hingga 4 orang 3. Tempat untuk aktiviti yang besar yang melibatkan sehingga 10 orang kanak-kanak. 4. Tempat untuk bermain dan bersukan yang melibatkan lebih daripada 10 orang kanak-kanak. 5. Ruang bebas yang mencukupi bagi kanak-kanak untuk berkumpul secara spontan

19

Setiap anak berhak menikmati ruangan luar yang mencukupi untuk bermain dengan aman dan gembira. Kebanyakan negara dan saranan oleh National Association for The Education of Young Children (NAEYC) memerlukan sekurang-kurangnya 75 kaki persegi bagi seorang kanak-kanak ketika kesemua mereka berada di luar pada satu masa. Namun 100 hingga 200 kaki persegi seorang adalah lebih diutamakan terutama ketika cuaca yang baik (Anita Rui Olds, 2001). 4.4.2 Keselamatan persekitaran Catherie Robertson (2003), memberikan beberapa langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan di ruang persekitaran. Antaranya : 1. Ruang luar perlu diperiksa setiap pagi sebelum digunakan. Buang sampah, dan segala objek bahaya di kawasan persekitaran. 2. Hindarkan kanak-kanak daripada tumbuh-tumbuhan yang bertoksik kerana kanak-kanak gemar untuk bermain dan makan tumbuhantumbuhan. Ketahui ciri-ciri tumbuhan yang ditanam melalui sumbersumber yang boleh dipercayai. 3. Pastikan segala perkakasan dan alatan tidak karat atau dirawat dengan bahan toksik. Segala racun serangga atau pelarut handaklah dikendalikan dengan betul dan disimpan ditempat yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. 4. Asingkan kawasan sampah daripada tempat bermain untuk mengelakkan kontaminasi dan serangga. Kanak-kanak harus diajar memakai kasut setiap kali keluar bagi mengelakkan kecacingan. 5. Sediakan tong sampah tertutup di sekitar kawasan yang sesuai. 6. Setiap kawasan permainan di tadika haruslah mempunyai pagar dengan ketinggian sekurang-kurangnya 4 kaki. 4.4.3 Panduan bagi pembinaan pagar Anita Rui Olds (2001), telah menyenaraikan beberapa panduan bagi pembinaan pagar. Panduan berikut adalah : a) Perlu beringat walaupun pagar bertujuan untuk mencegah vandalisme tetapi kadangkala ia mendorong ke arah itu. Pembinaan dinding konkrit kebiasaannya akan membuatkan rasa ingin tahu orang luar mengenai apa yang berlaku di dalam tadika. b) Buat pagar minimum 4 kaki tinggi, dengan tepi bawah tidak lebih dari 3 inci dari tanah. c) Bagi mengelakkan daripada kepala terperangkap, bukaan hendaklah kurang daripada 3 inci atau besar daripada 9 inci lebar (rekabentuk sesuai bagi membuatkan kanak-kanak tidak berani memanjat) d) Bagi mengelakkan daripada jari terperangkap, bukaan hendaklah berada di antara 3/8 hingga 1 inci. 4.4.4 Panduan bagi pembinaan pintu gerbang a. Pintu gerbang terdiri daripada lengkungan terbuka serta berengsel panel kayu, logam, atau besi padu.

20

b. Pintu gerbang besar dan kecil digunakan untuk memisahkan peralihan dan batas-batas di laman bermain c. Memastikan bahawa pintu gerbang berfungsi sebagai halangan yang menutup diri dan tidak boleh dioperasi oleh kanak-kanak. 4.4.5 Panduan Pemilihan Permainan American Public Health Association (APHA) & American Academy of Pediatrics (AAP) telah menetapkan standard bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dimana tidak ada struktur yang melebihi 5 kaki tinggi. Jika terdapat struktur yang melebihi daripada spesifikasi yang ditetapkan, kajian menunjukkan bahawa kecederaan yang berlaku adalah lebih serius (Catherie Robertson, 2003). Menurut Anita Rui Olds (2001), kemalangan di ruang luar telah banyak berlaku. Oleh sebab itu, jalan penyelesaian utama adalah menyusun semua peralatan dengan sebaiknya supaya kanak-kanak yang bermain pada salah satu permainan tidak akan mengganggu kanak-kanak yang lain atau berlari kepada yang lain. Spesifikasi APHA : y y 9 kaki di sekitar objek pegun 15 kaki di sekitar objek bergerak (ruang kosong yang diperuntukkan untuk salah satu peralatan tidak boleh bertindih dengan yang lain)

Terdapat beberapa panduan keselamatan bagi alatan permainan di tadika. Menurut Anita Rui Olds (2001), antara panduan-panduan keselamatan berikut adalah: 1. Panduan keselamatan : Permainan Bergerak a) Tempatkan buaian dan kesemua alatan bergerak di bahagian tepi laman supaya pagar berfungsi sebagai belakang buaian. Ini dapat mengurangkan pertembungan di belakang buaian. b) Gunakan buaian yang diperbuat daripada getah atau bahan yang diluluskan. Jangan menggunakan kayu dan besi sebagai tempat duduk buaian. Elakkan tempat duduk buaian yang bersifat kaku dan keras kerana ia akan menggalakkan kanak-kanak berdiri diatasnya. c) Letakkan tidak lebih daripada 2 buaian disetiap satu palang. Ini akan mengurangkan risiko pertembungan diantara pengguna buaian dan orang yang lalu di kawasan tersebut. d) Pisahkan buaian bayi dengan buaian kanak-kanak. e) Tebuk lubang pada buaian yang diperbuat daripada tayar bagi memastikan terdapat saluran yang baik. f) Penggunaan rantaian besi kecil adalah lebih baik daripada penggunaan tali fiber yang boleh menyebabkan kecelakaan.

21

Gambarajah : Buaian Kanak-kanak (Sumber : http://meyckplay.en.madeinchina.com/product/YoTxMDKCAbWe/China Children Outdoor-Swings57B-.html) 2. Panduan pemilihan gelongsor a) Letakkan gelongsor di kawasan yang kurang padat. Pastikan gelongsor tidak berkongsi ruang pendaratan dengan peralatan lain. b) Bagi mengelakkan kemalangan pastikan bahagian bawah gelongsor : y Harus selari dengan permukaan tanah 12-16 inci y Mempuyai ketinggian 7-12 inci daripada permukaan tanah y Diikuti dengan ruangan yang kosong 11 kaki c) Pastikan terdapat ruang keselamatan di kawasan permulaan gelongsor. d) Gelongsor yang dibina hendaklah 2 kali lebih panjang daripada ketinggiannya dengan kecondongan tidak melebihi 40 darjah. Pastikan bahawa gelongsor bagi 2 atau lebih kanak-kanak mempunyai panjang tidak lebih daripada 12 kaki.

22

Gambarajah : Gelongsor ( Sumber : http://www.aaastateofplay.com/all-steel-slide-p945.html?osCsid=cc7c4c221e5213c55c136b9e1eab5c7a ) 3. Panduan pemilihan jongkang jongket dan permainan berspring Jongkang jongket yang menggunakan spring adalah lebih sesuai daripada jongkang jongket tradisional a) Pastikan jongkang jongket mempunyai fulkrum yang tertutup dan ketinggian maksimum 4 kaki, 6 inci. Direkabentuk dengan setiap tempat duduk diletakkan blok atau separuh tayar yang terkeluar daripada tanah bagi mengalami impak cushion. b) Pastikan spring yang digunakan ditutup atau direkabentuk untuk mengelakkan daripada terkapit. c) Pastikan jongkang jongket dan permainan berspring mempunyai pemegang tangan dan pemijak kaki bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak dan memudahkan mereka untuk mengawal kelajuan. d) Pastikan jongkang jongket dan permainan berspring lain mempunyai 39 inci ruang bebas disemua arah.

Gambarajah : Jongkang Jongket ( Sumber :http://www.northantsfencing.com/playgroundequipment.htm )

23

4.4.6 Pengaruh Ruang Luar Terhadap Perkembangan Kanak-kanak Menurut Anita Rui (2001), kanak-kanak adalah tangkas dan bersemangat untuk mengetahui kebolehan fizikal mereka. Oleh itu, mereka menghargai setiap alatan dengan komponen yang berbeza mengikut cara mereka tersendiri. Ketinggian yang berbeza akan meningkatkan cabaran dan membantu meningkatkan kemahiran psikomotor mereka. Bagi alasan ini, komponen yang bersambung pada platform (tangga, tali, rantau dan jaring) memberi perkembangan yang lebih bernilai daripada platform itu sendiri. Kanak-kanak memperoleh kemahiran untuk mendaki lebih cepat daripada kemahiran untuk menurun. Oleh sebab itu, adalah penting bagi menyediakan peralatan mendaki dengan berbagai jenis cara untuk turun. Selain peluang untuk aktiviti fizikal, bermain di ruang luar juga menyediakan perkembangan daripada segi kognitif, kreatif, dan emosional proses pembelajaran. Ruang luar yang optima menyediakan enam jenis aktiviti asas iaitu, aktif, kreatif (pasir, air, lumpur, bercucuk tanam), struktur, fantasi, tenang (membaca, belajar tentang alam) dan teraputik. Ruang luar adalah satu ruang lain yang juga merupakan ruangan pembelajaran. Program di ruangan luar harus membimbing kanak-kanak secara keseluruhan (fizikal, emosi, kognitif, dan sosial). Guru yang memahami keperluan perkembangan kanak-kanak dan tahu pemikiran mereka menawarkan banyak peluang untuk kanak-kanak untuk belajar tentang diri mereka sendiri, satu sama lain, dan persekitaran. Guru dapat merangkumi kegiatan yang dirancang, serta membiarkan idea-idea yang muncul dari interaksi yang terjadi ketika di ruang luar. Guru yang rapat dan sering memerhatikan kanak-kanak bermain dan mengajar akan mempunyai kebolehan untuk merancang program yang efektif. Mereka boleh menggunakan ruang luar dengan berkesan sebagai ruangan yang memaksimumkan peluang pembelajaran. Pelbagai objek di persekitaran membantu kanak-kanak membuat penyelidikan, menggalakkan eksplorasi spontan dan gerakan, dan memperkaya interaksi. Alatan dan bahan lain memberikan kanak-kanak dengan rangsangan untuk penemuan baru dan cara baru mengekspresikan diri (Karen DeBord et. Al., 2002). Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim (1993), kanakkanak pra sekolah mengenali pergerakan yang menyeluruh buat pertama kali. Ketika inilah mereka amat gemar meneroka, bergerak, menyentuh dan mengamati objek-objek yang ada disekitar mereka. Pusat-pusat pra sekolah haruslah mempunyai keadaan ruang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak membuat penerokaan dengan bebas dan selamat. Keadaan disekeliling mereka juga memberikan galakan yang memberangsangkan disamping mewujudkan cabaran-cabaran yang baru supaya mereka akan terus dapat mempelajari kemahiran yang baru. Suasana persekitaran yang selamat juga akan dapat memberi ruang untuk kanak-kanak membuat penerokaan tanpa sebarang sekatan. Cara bagaimana sesebuah bilik atau taman permainan dihias akan memberi kesan kepada cara kanak-kanak bermain.

24

Anita Rui Olds (2001), turut menyatakan bahawa mood juga dipengaruhi oleh teknik dekorasi yang akan membuatkan sesuatu ruang nampak lebih tinggi nilai sensori dan lebih bervariasi seperti tumbuhan, warna, tekstur, fabrik, dan bantal. Apa sahaja yang bergerak, tumbuh, bertukar bentuk (angin, ikan, binatang, tumbuhan) atau pantulan gerakan (cermin) akan menambah minat untuk melihat dan membuatkan kanak-kanak lebih gembira. Pelbagai deria boleh memberi variasi yang berbeza : y Penglihatan (lukisan dinding, seni klasik, lukisan kanak-kanak, warna, langit, penglihatan kepada langit dan pokok). y Pendengaran (gadget, muzik, kicauan burung, ketawa). y Bau (biskut, bunga, tumbuhan). y Tekstur (kayu, fabrik, bulu, karpet, plastik, kaca). y Kinestatik (hal yang berkaitan dengan bahagian-bahagian tubuh, hal-hal seperti merangkak di dalam, di bawah, dan di atas, peluang untuk melihat persekitaran dari titik pandang yang berbeza). 4.5 Tandas dan Tempat Rehat Kanak-Kanak Sakit Tandas untuk kanak-kanak hendaklah dibina khas untuk kegunaan mereka di mana pintu, tempat duduk dan paip air dibina mengikut tinggi mereka. Ciri-ciri keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah tandas kanak-kanak lelaki diasingkan daripada tandas kanak-kanak perempuan, lantai tandas hendaklah bersih, tidak licin dan mangkuk tandas dibina tidak melebihi 6 inci tinggi dari lantai. Bagi kanak-kanak cacat, pemegang perlu disediakan. Selain itu, tempat mencuci tangan juga hendaklah rendah daripada kanak-kanak. Bagi tempat rehat kanak-kanak sakit pula, ruang ini hendaklah sentiasa bersih dan dibekalkan dengan sebuah katil yang sesuai dengan saiz kanak-kanak. Sebuah kotak ubat perlu ada dan ditempatkan di satu sudut yang sukar dicapai oleh kanak-kanak (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993). 5.0 Kajian Lepas Mengenai Kesan Pusat Asuhan a) Kesan perapatan Lewis (1987) mendapati bahawa bayi-bayi di Pusat Asuhan Kanak-Kanak berupaya membentuk perapatan dengan penjaga. Ricucuiti (1974) pula mendapati kanak-kanak akan sedih atau cemas apabila ia ditinggalkan dengan orang yang tidak dikenalinya atau apabila ia dipisahkan daripada penjaganya. Anderson dan rakan-rakan (1981) pula mendapati bahawa had kesan perapatan ini mempunyai hubungan atau bergantung pada kualiti Pusat Asuhan Kanak-Kanak dan interaksi antara penjaga dan bayi. Kanakkanak akan menunjukkan perapatan yang tinggi dan berasa selamat serta berani menjelajah persekitaran jika penjaga di Pusat Asuhan Kanak-Kanak berkebolehan berinteraksi dengan bayi-bayi tersebut. Sebaliknya tahap perapatan yang rendah adalah disebabkan oleh penjaga yang kurang berkebolehan dalam berinteraksi dengan kanak-kanak serta tidak sensitif dengan keperluan mereka (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993).

25

b) Kesan pusat asuhan kanak-kanak ke atas tingkah laku Hamilton dan Gordon, (1978) dan Rubenstein dan Howes, (1976) menyatakan kanak-kanak di pusat asuhan lebih aktif, bekerjasama, lebih yakin, asertif, berdikari dan prososial. Secara khususnya, kanak-kanak di Pusat Asuhan Kanak-Kanak lebih cekap dari segi sosialnya. Ini disebabkan oleh perhubungan dengan rakan sebaya yang meluas dan penjaga Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang sentiasa memberi arahan sosial (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim, 1993). Belsky (1988) mengatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman awal tentang Pusat Asuhan Kanak-Kanak lebih berisiko untuk mempunyai tingkah laku seperti suka berkelahi, tidak mematuhi peraturan dan suka menarik diri semasa di prasekolah dan sekolah rendah. Steinberg (1990) juga turut mengatakan bahawa kanak-kanak ini lebih cenderung menunjukkan sikap suka berkelahi, tergesa-gesa dan egosentrik. Walau bagaimanapun, Clarke-Stewart (1989) mendapati kanak-kanak di Pusat Asuhan Kanak-Kanak juga memiliki sikap-sikap agresif dan tidak akur. Ini mungkin kerana kanak-kanak Pusat Asuhan Kanak-Kanak lebih cenderung melihat diri mereka sebagai berdikari tetapi sebenarnya masih belum ada kemahiran sosial untuk bertolak ansur dalam perolehan maklumat. c) Kesan pusat asuhan kanak-kanak ke atas perkembangan kognitif Burchinal, Lee dan Ramsey (1989) telah menggabungkan kajian mereka di bawah satu projek yang dikenali sebagai Abecedarian Project. Projek ini bertujuan membantu keluarga yang berpendapatan rendah dengan menyediakan Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang berkualiti tinggi sejak peringkat awal kanak-kanak lagi demi meningkatkan pencapaian akademik mereka. Responden terdiri daripada tiga buah kumpulan iaitu yang menerima Pusat Asuhan Kanak-Kanak secara meluas di bawah kelolaan sebuah universiti, kumpulan kedua diletakkan di Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang biasa dan kumpulan ketiga pula terdiri daripada mereka yang hanya menerima sedikit atau tiada langsung pengalaman Pusat Asuhan KanakKanak. Ketiga-tiga kumpulan ini memasuki Pusat Asuhan Kanak-Kanak semasa berumur 6 minggu hingga 3 bulan dan kajian dijalankan sehingga bayi memasuki tadika. Keputusan kajian mendapati kanak-kanak di Pusat Asuhan Kanak-Kanak menunjukkan perkembangan intelektual yang lebih baik. Pusat Asuhan Kanak-Kanak di bawah kelolaan universiti menunjukkan kadar kejayaan yang paling tinggi dan ini berkait dengan Pusat Asuhan Kanak-Kanak tersebut. Menurut Belsky dan Steinberg (1990) jika seseorang kanak-kanak daripada persekitaran yang memberangsangkan dihantar ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang berkualiti rendah, kesan-kesan negatif akan timbul. Mereka juga mendapati bahawa Pusat Asuhan Kanak-Kanak tidak akan mendatangkan kesan-kesan yang berbahaya terhadap perkembangan

26

kognitif kanak-kanak daripada persekitaran yang tidak memuaskan. Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang berkualiti tinggi akan mendatangkan kesan-kesan positif terhadap kemahiran kognitif kanak-kanak. KESIMPULAN Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pengurusan ruang memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah mahupun taska. Antara keperluan penting yang perlu ada dalam pelan lantai di ruang dalam kelas prasekolah ialah pusat pembelajaran berdasarkan kepada komponen-komponen pembelajaran yang terkandung dalam kurikulum pengajaran prasekolah. Ruang pembelajaran di dalam kelas prasekolah yang biasanya mengandungi enam pusat pembelajaran iaitu pusat bahasa dan komunikasi, pusat kerohanian dan moral, pusat kognitif dan manipulatif, pusat fizikal, pusat kreativiti dan estetika dan pusat teknologi maklumat mempunyai pelbagai fungsi untuk perkembangan kanak-kanak. Manakala ruang lain yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah ruang luar yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk bermain dan mengembangkan fizikal serta mental mereka. Oleh itu, pusat tadika dan taska hendaklah mempunyai ruang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak membuat penerokaan dengan bebas dan selamat. Hal yang demikian membolehkan kanak-kanak mewujudkan cabarancabaran baru supaya mereka dapat mempelajari kemahiran yang baru.

BIBLIOGRAFI Buku : Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin, Mahani Razali. 2008. Kurikulum Permata : Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 0-4 Tahun. Tanjong Malim: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris. Anita Rui Olds . 2001. Child Care Design Guide. United States of America: The McGraw-Hill Company. Belsky,J. 1998. The Effects of Infant Day Care Reconsidered. Early Childhood Research Quarterly, 3, hlm. 232-272. Burchinal M, Lee.M dan Ramsey C, 1989. Type of Day-Care And Preschool Intellectual Development In Disadvantaged Children. Children Development, 60, hlm.128137. Catherie Robertson .2003. Safety, Nutrition, and Health in Early Education 2nd Edition. Clifton Park, NY: Delmar/Thomson Learning.

27

Children Outdoor Swings. (Online). Diperolehi pada Februari 15, 2011 daripada http://meyckplay.en.made-in-china.com/product/YoTxMDKCAbWe/ChinaChildrenOutdoor- Swings-57B-.html Clark Stewart, K.A dan Fein, G, 1983. Early Childhood Programs In P.H Mussen (ed), Handbook of Child Psychology Vol.2.. Edisi ke 4. New York: Wiley Halimah Abdul Rahman dan Kamariah Ibrahim. 1993. Pengurusan dan Pengelolaan Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Permata Negara, Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri. 2008. Enterprise Building. Selangor. Rujukan Elektronik : Akta Akta BK Kanak-Kanak. 2009. Diperoleh pada Ogos http://leeannkang.tripod.com/home.htm. daripada 14, 2009

Kanak-Kanak. 2009. Diperolehi daripada http://leeannkang.tripod.com/home.htm (14 Ogos 2009). Early Childhood Education. Diperoleh http://bustamkamri.blogspot.com pada Ogos, 2010 daripada

Karen DeBord et al., 2002. Making the Most of Outdoor Time with Preschool Children. (Online). Diperolehi pada 3 Februari, 2011 daripada http://www.poemsnc.org/FCS507.pdf Mohd Fazri B. Ibrahim, 2009. My Prasekolah,.Diperolehi pada Januari 20, 2009 daripada http://my-prasekolah.blogspot.com/search/label/Prasekolah Northants fencing and Landscaping. (Online) Diperolehi pada Februari 15, 2011 http://www.northantsfencing.com/playgroundequipment.htm daripada Playground slide and equipment. (Online). Diperolehi pada Februari 15, 2011 daripada http://www.aaastateofplay.com/all-steel-slide-p%20945.html?osCsid=cc7c4c221e5213c55c%20136%20b9e1eab5c7a

You might also like