You are on page 1of 28

Tajuk Projek:

Sebagai seorang guru prasekolah anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang kekeluargaan bagi melicinkan tugas -tugas di prasekolah.

Soalan 1: Pengenalan

Keluarga adalah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Keluarga juga merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Keluarga merupakan lingkungan yang penting kerana pendidikan pertama bermula daripada rumah yang terdiri daripada lingkungan keluarga. Penglibatan keluarga dalam pendidikan anak sangat penting khususnya dalam proses perkembangan anak dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain . Penglibatan ini termasuklah komunikasi antara ibu bapa dengan guru serta kakitangan di sekolah.

Jenis-jenis Keluarga

Jenis-jenis keluarga ini terbentuk mengikut peredaran zaman di mana ia sememangnya sudah tidak sama seperti institusi kekeluarga pada zaman dahulu. Perkara ini berubah disebabkan oleh faktor ekonomi dan faktor sosial yang melibatkan perubahan dari segi penjagaan anak -anak.
(i) Keluarga Asas

Keluarga ini terdiri daripada suami, isteri dan mempunyai sekurang kurangnya seorang anak yang tingg al dalam sebuah rumah. Walaupun keluarga ini hanya terdiri daripada suami, isteri dan anak, namun hubungan kekeluargaan masih berlaku dengan keluarga luas.

(ii)

Keluarga Luas

Keluarga luas pula terdiri daripada suami, isteri, anak, menantu dan cucu serta saudara mara yang ada pertalian keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah atau rumah-rumah yang berdekatan. Hubungan

kekeluargaan antara seorang ahli keluarga dengan ahli keluarga yang lain sangat rapat.

(iii)

Ibu / Bapa Tunggal

Ibu atau bapa tunggal adalah apabila salah satu pasangan tidak lagi bersama menjalani kehidupan keluarga yang disebabkan sama ada suami atau isteri telah meninggal dunia atau disebabkan berpisah hidup akibat perceraian. Bagi mereka yang tidak berkahwin tetapi memelihara anak angkat juga dikenali sebagai penjaga tunggal atau ibu / bapa tunggal.

Fungsi keluarga

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (1978), terdapat 5 fungsi keluarga iaitu fungsi biologi, fungsi psikologi, fungsi sosiolisasi, fungsi ekonomi dan fungsi pendidikan.

(i)

Fungsi biologi

Sesebuah keluarga bertanggungjawab meneruskan keturunannya di samping memelihara dan membesarkan anak-anak. Ibu bapa juga bertanggungjawab memenuhi keperluan gizi keluarga di samping memelihara dan merawat ahli keluarga jika sakit.

(ii)

Fungsi psikologi

Ibu bapa berperanan memberikan perhatian serta kasih sayang dan rasa aman kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab membentuk peribadi anak-anak serta mendidik mereka dengan identiti keluarga.

(iii)

Fungsi sosialisasi

Ibu bapa juga bertanggungjawab membentuk dan membina sosialisasi kepada anak-anak di samping membina norma-norma tingkah laku yang bersesuaian dengan perkembangan anak -anak agar mereka dapat meneruskan nilai-nilai kekeluargaan sehingga mereka sendiri memiliki keluarga sendiri kelak.

(iv)

Fungsi ekonomi

Ibu bapa bertanggungjawab mencari sumber -sumber pendapatan untuk memenuhi keperluan keluarga. Sumber -sumber pendapatan ini juga perlu disimpan sedikit dengan tujuan tabungan untuk memenuhi keperluan keluarga di masa akan datang seperti keperluan pendidikan anak -anak dan juga kegunaan untuk hari tua.

(v)

Fungsi pendidikan

Anak-anak perlu dihantar ke sekolah untuk memberikan pendidikan kepada mereka serta membentuk perilaku mereka bersesuaian dengan bakat dan minat mereka masing-masing. Melalui pendidikan juga, anak anak boleh dipersiapkan untuk menghadapi kehidupan dewasa akan datang.

Menurut Friedman (1998) pula, fungsi keluarga terbahagi kepada 4 fungsi iaitu fungsi affective, fungsi sosialisasi peranan, fungsi reproduktif dan fungsi ekonomi.

(i)

Fungsi affective

Bagi pendapat Friedman, fungsi keluarga dari segi fung si affective adalah ibu bapa bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang selesa dan sihat dari segi mental, saling menghargai dan saling memerlukan anta ra satu sama lain.

(ii)

Fungsi sosialisasi peranan

Sosialisasi peranan adalah proses perubahan dan perkembangan seseorang individu untuk membentuk interaksi sosial dan mempelajari peranan masing-masing dalam masyarakat.

(iii)

Fungsi reproduktif

Fungsi

ini

adalah

bagi

menjamin

kelangsungan

generasi

dan

kelangsungan hidup masyarakat.

(iv)

Fungsi ekonomi

Ibu bapa bertanggungjawab mencari sumber pendapatan untuk memenuhi keperluan setiap ahli keluarga. Dengan fungsi ini juga, keluarga juga bertanggungjawab dalam fungsi r awatan kesihatan dan konsep kesihatan keluarga serta tujuan penjagaan kesihatan keluarga.

Pendekatan Keibubapaan

Pendekatan keibubapaan bermaksud cara didikan atau asuhan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Banyak pendekatan keibubapaan yang digunakan kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang. oleh

Antara

pendekatan

yang

digunakan

adalah

pendekatan

demokratik.

Pendekatan ini adalah satu cara pembesaran di mana ibu bap a mengenakan peraturan atau had -had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka dan anak -anak juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam perkara -perkara tertentu. Anak-anak bebas memberi pandangan dan sentiasa dibenarkan berbincang bersama ahli keluarga lain. Hukuman berbentuk fizikal dielakkan dan jika mahu menghukum, ibu bapa perlu memberikan alasan yang munasabah. Bagi pendekatan ini juga, komunikasi mesra dan terbuka antara anak-anak dan ibu bapa wujud di mana pandangan setiap ahli keluarga dihormati dan diambilkira dalam mengambil s ebarang keputusan.

Selain itu, ada juga pendekatan autokratik atau autoritatrian di mana ibu bapa mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak dengan membuat peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak-anak dan tidak membenarkan anak menyoal tentang per aturan-peraturan dan nilai-nilai tersebut. Corak asuhan ini mementingkan hukuman dan dendaan dalam bentuk fizikal kepada anak-anak. Arahan ibu bapa harus dipatuhi tanpa sebarang alasan dan tingkah laku anak-anak dibentuk berdasarkan undang-undang mutlak yang ditetapkan oleh ibu bapa. Ibu bapa juga mempunyai harapa n yang tinggi kepada anak -anaknya dan mereka sentiasa mengongkong serta menghadkan pergerakan dan perlakuan anak anak. Ibu bapa yang menggunakan pendekatan ini selalu membuat kenyataan tanpa perbincangan dengan anak -anak.

Pendekatan permisif pula merujuk kepada cara asuhan yang pasif. Ibu bapa tidak mengawal tingkah laku anak-anaknya dan banyak memberi pilihan dan tanggungjawab kepada anak -anaknya. Pendekatan permisif ini terbahagi kepada dua iaitu permisif indulgen dan permisif negligen.

Pendekatan permisif indulgen adalah cara pembesaran bersifat corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tentang tingkah laku anak-anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal tetapi tinggi dalam responsif.

Ada juga ibu bapa yang menggunakan pendekatan permisif negligen iaitu gaya asuhan anak dicirikan dengan tiada langsung corak komunikasi terbuka antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa mengambil langkah tidak terlibat atau mengabaikan terus anak-anak. Dengan kata lain ibu bapa disifatkan tidak mengawal dan tidak memberi respon terhadap anak-anak mereka.

(a)

Kepentingan keluarga dari segi nilai dan budaya dari pelbagai sumber

Definisi Keluarga, Nilai dan Budaya

Menurut Kamus Dewan (2005) ialah keluarga bemaksud saudara mara, sanak saudara dan kaum kerabat. Keluarga jug a didefinisikan sebagai semua orang yang mempunyai keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak serta keluarga angkat.

Menurut Helvie (1981), kelua rga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam sesebuah rumah tangga dalam jarak yang konsisten dan hubungan yang erat. Menurut Depkes RI (1998) pula, keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ketua keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah suatu atap dalam keadaan saling kebergantungan. Bailon dan Maglaya (1978) berpendapat bahawa keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumahtangga kerana adanya hubungan darah dan perkahwinan.

Nilai pula merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan unsur penglibatan dan pemilihan. Ini kerana kebanyakan tingkah laku yang dipilih oleh seseorang individu melibatkan nilai individu berkenaan atau nilai kelompoknya. Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang berkekalan dari segi masa atau suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga menakrifkan nilai sebagai satu kecenderungan atau pilihan iaitu sesuatu yang lebih disukai sama ada mengenai hubungan sosial mahupun mengenai matlamat matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya.

Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Koentjaraningrat (2002) mendefinisikan budaya sebagai seluruh total dari fikiran, karya dan hasil karya manusia yang tidak berakal kepada nalurinya dan yang hanya dicetuskan oleh manusia sesudah sesuatu proses pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Van Peursen (1988) di mana beliau menyatakan kebudayaan adalah sebagai proses belajar yang besar.
7

Dari segi pendidikan, NAEYC menyatakan budaya adalah termasuk nilai kaum, identiti ras, tahap ekonomi, struktur keluarga, bahasa dan agama serta kepercaya politik keluarga di mana ia sangat mempengaruhi perkembangan anak anak dan hubungannya dengan dunia luar.

Kepentingan keluarga dari segi nilai dan budaya

Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, ibu bapa berperanan penting membentuk peribadi dan nilai-nilai serta budaya ke dalam diri setiap anak-anak mereka. Nilainilai dan budaya yang dipupuk hendaklah nilai -nilai dan budaya yang boleh diterima masyarakat setempat juga nilai dan bud aya yang boleh diterima oleh agama masing-masing. Pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya begitu sinonim dengan anak-anak serta pendidikan awalnya. Pada peringkat usia kanak -kanaklah ibu bapa harus menekan pendidikan tentang nilai dan budaya. Nilai dan budaya adalah berbeza antara pelbagai kaum dan pelbagai bangsa. Setiap kaum dan bangsa mempunyai nilai-nilai hidup serta budayanya yang berbeza. Seperti contohnya di Malaysia, kaum Melayu terkenal dengan nilai -nilai kesopanan dan kesantunannya. Kaum Cina pula terkenal dengan ketekunan berniaga dan saling bantu-membantu dalam perniagaan mereka. Begitu juga dengan kaum India dan kaum-kaum lain di Malaysia yang masing-masing mempunyai nilai dan budaya tersendiri.

Secara amnya, sesebuah keluarga berperanan menerapkan nilai kasih sayang dalam keluarga mereka seperti menurut hadis Ath Thatawi; Cintailah anak dan sayangilah mereka. Apabila berjanji sesuatu kepada mereka tepatilah. Sesunggunya mereka tahu hanya kamulah yanng memberi mereka rezeki. Seseorang anak perlu diberikan kasih sayang daripada seorang ibu juga daripada seorang bapa secukupnya. Kasih sayang adalah perasaan yang lahir daripada jiwa yang suci dan murni dan bukan berbentuk kebendaan. Persekitaran dan asuhan oleh sesebuah keluarga juga perlulah sentiasa harmoni. Anak -anak boleh melihat ibu bapa mereka sebagai contoh dan membalas kasih sayang itu kepada ibu bapa mereka. Kasih sayang yang terbina dalam keluarga dapat melahirkan sikap jujur dan
8

terbuka dalam kalangan ahli keluarga. Nilai ini penting bagi mewujudkan rasa kasih sayang dan akan melahirkan anak-anak yang penuh kasih sayang dan bertimbang rasa dalam kehidupan mereka. Kasih sayang juga akan menyebabkan anak-anak berasa bahagia apabila berada dalam keluarganya. Anak -anak akan berasa seronok apabila sentiasa berada dalam keluarga yang kaya dengan kasih sayang.

Dalam sesebuah keluarga juga, ibu bapa berperanan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak dalam tingkah laku sosial yang sihat berdasarkan kepada nilai dan budaya bangsa dan agama masing -masing. Ibu bapa perlu memberikan contoh yang baik dari pelbagai aspek seperti budaya hidup, pergaulan dengan orang ramai, cara mengendalikan masalah dan rutin harian.

Dalam sesebuah keluarga juga ibu bapa bertanggu ngjawab menitikberatkan budaya ilmu dan pendidikan dalam diri setiap anak -anak mereka. Anak-anak dididik untuk mementingkan pendidikan. Budaya ilmu akan disemai dalam diri mereka sepanjang masa. Secara tidak langsung ini dapat membantu anak -anak dalam pelajaran mereka tanpa perlu dipaksa -paksa untuk belajar. Anak-anak yang diterapkan dengan nilai budaya ilmu akan sentiasa cintakan ilmu dan sentiasa berusaha untuk mempelajari perkara -perkara baharu.

Sesebuah keluarga juga perlu menerapkan nilai pengurusan ekonomi. Ia bersesuaian dengan kehidupan zaman kini di mana setiap keperluan hidup memerlukan wang. Semua agama menuntut penganutnya supaya bekerja keras mencari wang dan harta untuk membina kehidupan yang maju. Ini penting kerana dengan penggunaan wang juga akan menstabilkan kehidupan manusia dan mengelakkan sesebuah keluarga itu daripada terjerumus ke kancah kemiskinan. Dengan wang juga, sesebuah keluarg a boleh mendapatkan keperluan harian seperti tempat tinggal yang selesa, pakaian, makanan sihat dan ubat -ubatan serta keperluan harian yang lain. Walaupun keperluan wang itu penting, namun pengurusan ekonomi juga penting agar wang yang diperolehi dapat dig una dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Nilai pengurusan ekonomi juga penting agar segala perbelanjaan dapat diuruskan dengan betul dan terancang. Ini dapat mengelakkan pembaziran, berbelanja secara berlebih -lebihan dan membeli barangan yang tidak perlu. Anak-anak perlu dididik dengan nilai berjimat cermat.
9

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni iaitu baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat -menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan mental dan fizikal, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan seman gat

bermasyarakat yang boleh disemai dalam diri setiap anak -anak. Ini merupakan tanggungjawab ibu bapa agar nilai -nilai murni ini dapat disemai dalam diri setiap individu. Apabila anak-anak ini telah diterapkan dengan nilai -nilai murni yang telah disarankan oleh PPK ini, tentulah generasi kita akan lebih berakhlak mulia dan disegani oleh masyarakat dunia. Jika kita lihat dari 16 nilai -nilai murni yang telah disyorkan oleh PPK ini, ia telah meliputi hampir semua faktor -faktor untuk melahirkan individu yang baik. Nilai-nilai yang terkandung dalam 16 nilai -nilai murni ini jika dipraktikkan agar melahirkan negara yang aman dan hormani. Setiap kaum mempunyai budaya masing-masing. Setiap kaum mempunyai budaya yang nyata berbeza berbanding budaya kaum yang lain. Budaya ini adalah identiti setiap kaum. Budaya amat penting untuk diwarisi dari satu generasi ke satu generasi baru agar budaya kaum masing -masing tidak luput dek zaman. Budaya ini akan dipelajari dalam keluarga masing -masing sama ada dipelajari daripada ib u bapa atau datuk dan nenek dalam sesebuah keluarga. Budaya -budaya ini meliputi cara berpakaian, makanan, bahasa dan lain -lain. Ibu bapa bertanggungjawab mengajar dan mendidik anak -anak agar anak-anak juga mengetahui budaya dan identiti kaum mereka sendiri. Apabila dewasa kelak diharapkan anak-anak ini dapat meneruskan tradisi dan budaya kaum masing-masing dengan mengajarnya kepada waris mereka pula.

10

(b)

Cara-cara dan langkah-langkah seorang guru prasekolah mengukuhkan nilai dan budaya ya ng positif dalam kalangan murid

Menurut Neuman, Hagedorn, Celano & Daly (1995), g uru perlu memahami budaya dan latar belakang keluarga bagi setiap murid -muridnya. Perilaku seseorang murid akan dipengaruhi oleh budaya dan nilai yang diterapkan dalam keluarganya. Perilaku juga akan dipengaruhi oleh latar belakang keluarga murid. NAEYC mengenal pasti di mana individu yang mengendalikan kanak -kanak akan menghadapi banyak masalah dengan nilai dan amalan budaya masing -masing. Oleh itu, sebagai seorang guru prasekolah kita perlu mempersiapkan diri agar dapat menghadapi masalah-masalah ini dengan baik.

Dengan terbinanya sebuah keluarga yang utuh dengan nilai dan budaya yang baik, ia secara tidak langsung telah membantu guru prasekolah untuk mengukuhkan nilai dan budaya yang positif kepada murid. Namun begitu, tidak semua keluarga yang berjaya menerapkan nilai-nilai dan budaya yang positif dalam diri anak -anak mereka. Ini menjadi tanggungjawab guru di sekolah agar menerapkan nilai -nilai dalam diri murid-muridnya serta mengukuhkan nilai-nilai positif yang sedia ada pada diri murid-murid.

Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif dalam kelas mereka. Persekitaran yang selamat juga penting agar pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Ini juga dapat membantu

mengukuhkan nilai-nilai dan budaya positif dalam kalangan murid -murid. Nilai kasih sayang yang telah diterapkan di rumah akan terus terjalin hingga ke sekolah jika sesebuah keluarga benar-benar menerapkan nilai kasih sayang dalam di ri setiap anak-anak.

Guru juga boleh menerapkan nilai -nilai murni dalam setiap diri anak -anak murid melalui aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti aktiviti gotong -royong yang

menggalakkan nilai tolong -menolong dan nilai kebersihan, aktiviti lakonan pula boleh menggalakkan nilai-nilai kesedaran, keberanian dan kasih sayang, dan aktiviti

11

lawatan juga boleh menggalakk an nilai kesedaran dan kasih sayang sesama manusia, kasih sayang kepada makhluk lain dan kasih sayang kepada alam sekitar.

Pengukuhan budaya kaum masing-masing juga boleh dilakukan oleh guru. Bukan semua keluarga mengajar budaya kaum masing-masing kepada anak-anak mereka. Ia bersesuaian dengan zaman moden ini, ibu bapa sudah tidak

menganggap budaya itu sesuatu perkara yang penting berbanding dengan wang dan kemajuan. Oleh itu, mereka tidak menitik beratkan budaya ini. Jika ia dibiarkan, budaya kita akan hilang dan luput ditelan zaman. Sebagai seorang guru prasekolah, guru boleh menerangkan budaya setiap kaum melalui pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah aktiviti membuat dan memasak kuih -kuih dan makanan tradisional kaum, pertandingan memperagakan pakaian tradisi,

pertunjukan tarian tradisional da n mempelajari kraftangan tradisi setiap kaum. Ia boleh dijalankan dengan santai agar ia tidak terlalu berat bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid.

Selain itu, guru juga boleh mengadakan sambutan perayaan setiap kaum seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Perayaan Deepavali, sambutan Hari Tahun Baru Cina serta sambutan perayaan -perayaan yang lain. Melalui sambutan ini, guru boleh menimbulkan suasana perayaan sebenar seperti hidangan makanan, pakaian dan lain -lain perkara yang berkaitan dengan sesuatu perayaan tersebut. Jika di rumah ibu bapa tidak mengamalkan budaya ini, sekurang -kurang murid-murid dapat merasai pengalaman menyambut sambutan p erayaan setiap kaum sama ada perayaan kaum mereka sendiri atau kaum yang lain. Melalui aktiviti bacaan juga nilai dan budaya dapat diterapkan dalam diri setiap murid-murid. Aktiviti-aktiviti bacaan ini perlulah dipilih yang bersesuaian dengan peringkat u mur murid-murid dan mempunyai nilai-nilai murni yang ingin diterapkan dalam diri murid-murid. Selain itu melalui aktiviti bacaan ini juga murid murid boleh diterapkan dengan nilai berkongsi dan nilai sabar serta nilai bantu membantu. Nilai berkongsi boleh diterapkan apabila murid-murid berkongsi bahan bacaan mereka semasa aktiviti dijalankan. Nilai sabar pula boleh diterapkan apabila murid-murid bersabar untuk meneruskan pembacaan mereka dan meneruskan bacaan mereka bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kebolehan mereka.
12

Nilai bantu-membantu juga boleh diterapkan apabila murid membantu rakannya yang lain untuk membaca bahan bacaan masing -masing. Ini adalah kerana setiap individu berbeza dan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Oleh itu, nilai bantu-membantu ini sangat penting dan boleh diterapkan melalui aktiviti bacaan.

(c)

Peranan guru untuk membina hubungan deng an ibu bapa atau keluarga murid

Sebagai seorang guru, membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga murid adalah sangat penting. Banyak fae dah yang boleh diperolehi apabila hubungan ini terbina. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membina hubungan antara guru dengan ibu bapa atau keluarga murid.

(i)

Berkomunikasi dengan ibu bapa atau keluarga murid

Keluarga murid perlu dimaklumkan tentang semua program yang diadakan oleh pihak sekolah mahupun program yang dijalankan di prasekolah atau menceritakan perkembangan anak-anak. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk berkomunikasi. Kebiasaan guru

berkomunikasi dengan ibu bapa atau keluarga melalui surat rasmi atau buku memo (yang biasa digunakan di prasekolah). Berkomunikasi melalui telefon juga boleh dilakukan jika terdapat perkara -perkara yang penting untuk maklumat segera. Pihak ibu bapa juga perlu memahami bahawa komunikasi ini memerlukan komunikasi dua hala.
(ii) Membuat perjumpaan

Menurut Rosazizi Abdul Rahim dan Mohd Sharani Ahmad dalam Panduan Kurikulum Prasekolah, perjumpaan boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu di peringkat awal, pertengahan dan ak hir. Peringkat awal perjumpaan dilakukan pada sesi awal persekolahan. Melalui perjumpaan ini guru akan menerangkan hal-hal berkenaan prasekolah, kakitangan, kurikulum yang dijalankan dan pengurusan fizikal prasekolah. Di peringkat pertengahan, ibu bapa dan guru boleh berbincang berkenaan perkembangan anak -anak
13

il i . i i i l t i i i j . ,

t ti iti

ij l i ijil

1: P j

iB t t i i i t t

t, i l l

i l it

j l l t it . i t

ii i l

i l i i l t il.

t t . l i

t l l i i i j

i i ij

ti iti l i

iii

Ri

,m j l

li

l j l j l i i l l it

l , it i

i t i .P

l l

i i

l l i

t t

14

mesra pembaca dengan mengetengahkan gambar-gambar ciptaan atau kreativiti anak-anak dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan di prasekolah dan aktiviti luar.

Kandungan risalah juga boleh memasukkan tentang pengumuman tentang program atau aktiviti. Selain memaklumk an ibu bapa secara

terus, melalui risalah atau majalah ini juga boleh memasukkan catatan perbualan di antara anak -anak dengan keluarganya tentang apa yang berlaku dalam program yang dijalankan. Risalah -risalah ini juga boleh ditampal di papan kenyataan yang ada di prasekolah.

Di Barat, kebanyakan guru menghantar jurnal harian ke rumah yang dihasilkan dengan bantuan murid -murid sebagai salah satu kurikulum mereka.

(iv)

Menganjurkan seminar dan bengkel

Guru prasekolah juga boleh menganjurkan seminar ibu bapa. Melalui program ini, guru boleh mendedahkan ilmu-ilmu baru serta ciri-ciri kerjasama secara tidak langsung. Guru juga boleh membantu ibu bapa berkongsi ilmu tentang cara-cara mengendalikan konflik anak-anak serta cara kawalan disiplin anak-anak di rumah.

(v)

Lawatan ke rumah

Cara lain untuk membina hubungan dengan ibu bapa atau keluarga murid adalah dengan membuat lawatan ke rumah. Sememangnya, banyak program seperti Parents as Teacher (P.A.T), rumah berasaskan Head Start dan perkhidmatan intervensi awal adalah disampaikan sec ara langsung melalui lawatan ke rumah.

15

2: L

i .

A lili l ti j l t . i

i l il

ti i li t

t f ii i l i t l t i t i t l t it

i i i

l i . I i l

L it t

ti ti il i i

ti

il l . t i i l i i t l , ti , i i t

il

it

t j il t i it

. I . A il

ti

il

16

Soalan 2: Laporan Hasil Temubual dan Pemerhatian

Pemerhatian telah dibuat ke atas sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan empat orang anak, iaitu dua orang lelaki dan dua orang anak perempuan. Pemerhatian dan dijalankan dari 3 September 2010 hingga 9 September 2010. Manakala, temu bual pula telah dijalankan tidak mengikut ketetapan. Temu bual dilakukan secara tidak formal dan perbualan berbent uk perbualan sesama ahli keluarga. Puan Janna dan suami bukanlah seorang yang berkelulusan tinggi. Oleh itu perbualan dilakukan secara santai dan hanya berkisar tentang cara pasangan ini mengendalikan anak-anak mereka. pemerhatian yang dijalankan sahaja. aporan ini banyak tertumpu kepada hasil

Latar belakang Keluarga Subjek

Subjek Umur Tarikh ahir Tempat ahir Bilangan Adik-beradik

: Muhammad Amzar bin Azlan : 6 tahun : 24 Jun 2004 : Hospital Seremban : 4 orang

Bilangan dalam Adik-beradik: 3

Nama Bapa Pekerjaan Nama Ibu Pekerjaan Bilangan Anak Nama Anak

: Azlan bin Ali : Penyelia Kilang : Janatul Firdaus binti Zamahuri : Pengusaha Taska : 4orang ; 2 orang lelaki, 2 orang perempuan : (i) (ii) (iii) (iv) Muhammad Afiq, 8 Nur Ain, 7 Muhammad Amzar, 6 Nur Afifah, 3

Tempat Tinggal

: Seremban 2, Negeri Sembilan

17

(a)

Pendekatan Keibubapaan

Pendekatan keibubapaan bermaksud cara didikan atau asuhan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Banyak pendekatan keibubapaan yang kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang. digunakan oleh

Bagi keluarga Puan Janna ini, pendekatan yang digunakan boleh saya kata adalah pendekatan permisif. Namun, pasangan Puan Janna dan Encik Azlan menggunakan pendekatan permisif indulgen. Pendekatan permisif indulgen adalah cara pembesaran bersifat corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang menekankan tentang tingkah laku anak-anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal tetapi tinggi dalam responsif. Walaupun pasangan ini tidak mengambil berat tentang tingkah laku anak-anak mereka, namun mereka tidaklah mengabaikan terus anakanak mereka.

Ini dapat dilihat melalui kesan pendekatan ini. Anak -anak Puan Janna suka bergantung pada orang lain. Ini jelas apabila setiap perkara yang berlaku, anakanaknya terlalu bergantung kepada ibunya iaitu Puan Janna walaupun perkara itu kecil sehingga seorang doktor yang pernah merawat anak sulung Puan Janna (Afiq) merungut, sikit-sikit ibu, sikit-sikit ibu!

Melalui pemerhatian yang dibuat selama hampi r 1 minggu, Puan Janna banyak mengikut kehendak anak-anaknya yang boleh saya sifatkan sebagai terlalu memanjakan anak tanpa menegur atau menghukum tingkah laku yang tidak diingini itu. Sebagai contoh, apabila salah seorang anaknya menginginkan sesuatu, Pua n Janna terus mendapatkan barangan tersebut tanpa mengatakan tidak atau melarang anaknya. Perkara ini dilihat berulang kali berlaku walaupun barangan tersebut tidak penting dan bukan suatu keperluan.

Selain itu, dari pelajaran, hasil daripada temu bual b ersama kakak kepada Puan Janna iaitu Puan Maria, Puan Maria mengatakan bahawa Puan Janna mengambil ringan pelajaran anak -anaknya. Tiada langkah yang diambil ekoran daripada masalah anaknya Afiq yang berusia 8 tahun, tetapi masih tidak pandai membaca.
18

(b)

Kawalan Disiplin Anak

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.

Anak-anak

merupakan harta yang tidak ternilai yang Allah anugerahkan kepada setiap pasangan suami dan isteri. Maka ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin. Ibu bapa juga perlu mengawal disiplin anak-anak dengan menggunakan pendekatan yang baik dan bersesuaian agar tidak memberi kesan negatif kepada anak-anak.

Kamus Bahasa Melayu (1995) mendefinisikan disiplin sebagai kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peratur an-peraturan yang ditetapkan. Manakala mengikut Kamus Dewan (2000) mendefinisikan disiplin sebagai l atihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan. Menurut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Rogers 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah latihan dan dendaan (Training and punishment). Disiplin juga adalah latihan untuk mengawal diri sendiri.

Kawalan disiplin ke atas anak -anak sangat penting. Terdapat beberapa langkah kawalan disiplin yang sesuai boleh dipraktikkan oleh ibu bapa ke atas anak anak. Antaranya adalah;

(i)

Menunjukkan contoh yang baik dan sikap positif

Jika menginginkan anak-anak berkelakuan baik, ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik. Ibu bapa perlu sentiasa bersikap positif agar dapat menunjukkan contoh yang baik dari pelbagai aspek termasuklah cara percakapan, rutin harian dan lain -lain perkara. Anak-anak akan lebih memahami bagaimana untuk berkelakuan baik dan positif jika dapat melihat contoh yang baik di hadapan mata mereka sendiri. Jika ibu bapa tidak berkelakuan baik, maka samalah seperti ibu ketam mengajar anak berjalan lurus.

19

(ii)

Pesanan yang tidak terlalu panjang

Kebanyakan ibu bapa yang selalu menggunakan pesanan yang terlalu panjang sehingga anak-anak tidak memahami apakah yang ingin disampaikan oleh ibu bapa mereka. Arahan atau pesanan mestilah menggunakan ayat mudah, jelas dan pendek serta mengandungi isi yang ingin kita sampaikan. Seperti contoh pesanan yang patut digunakan oleh ibu bapa adalah turun! Nanti jatuh, sakit.

(iii)

Menerangkan sebab dan akibat daripada kesalahan yang dilakukan oleh anak

Menurut Dr. Fazilah Kamsah, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak -anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. angkah ini penting agar akal anak -

anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. angkah ini amat penting

agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.

Menurut Marjorie V. Fields (1998) dalam bukunya Constructive Guidance and Discipline pula, setiap kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini mestilah ditegah dan diterangkan mengapa tidak boleh dilakukan. Jika ibu bapa hanya menegah tingkah laku tidak diingini itu tanpa menerangkan sebab dan akibatnya, maka tingkah laku itu akan berterusan dan berulang lagi pada masa lain.

20

Puan Janna dilihat seperti berat sebelah dalam menghukum anak -anaknya. Puan Janna akan menghukum anak-anak yang kedua dan ketiga jika mereka melakukan kesalahan. Namun apabila anak sulungnya melakukan kesalahan, Puan Janna tidak mengambil sebarang tindakan. Beliau hanya membiarkan tingkah laku anaknya itu tanpa menegah ataupun menerangkan akibat jika melakukannya.

Puan

Janna

juga

tidak

menekankan

tindakan

yang

positif

dalam

mengendalikan kawalan disiplin anak-anaknya. Beliau banyak menggunakan cara memarahi sebagai penyelesaian kepada konflik anak -anaknya.

(c)

Penyelesaian Konflik

Sebagai ibu bapa, mereka perlu mendengar anak -anak mereka apabila mereka sedang berkomunikasi. Mereka perlu diberi pelua ng untuk berkomunikasi tentang pandangan dan perasaan mereka. Kanak -kanak boleh berkomunikasi secara verbal dan juga secara bukan verbal dengan bahasa tubuh mereka. Melibatkan mereka bertanyakan soalan untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi kegembiraan d an kesedihan mereka.

Sebagai orang dewasa juga, kita perlu bercakap dengan kanak-kanak seperti mana kita memahukan orang lain bercakap dengan kita. Contohnya, jika kita menginginkan orang lain bercakap sopan dengan kita, begitu juga kita perlu bercakap dengan kanak-kanak. Untuk menyelesaikan sesuatu konflik kanak-kanak, orang dewasa perlu menggunakan nada suara yang biasa tanpa meninggikan suara atau mengeluarkan suara yang berbaur kemarahan. Tidak perlu menjerit, berkata kata manis atau berkata-kata kasar apabila berkomunikasi dengan kanak -kanak.

Ibu bapa dan guru juga perlu membina hubungan mata ( eye contact) apabila berkomunikasi dengan kanak-kanak. Jika kita mengkehendaki kanak-kanak memahami bahawa kita tidak berpuas hati dengan tingkah lakunya, kita perlu memastikan bahawa kanak-kanak benar-benar tahu bahawa kita sedang berkata kata dengannya.

21

Apabila berkomunikasi dengan anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa dan ayat yang mudah agar mudah difahami oleh anak -anak. Ayat-ayat yang panjang tidak memberi makna jika ia tidak difahami oleh anak -anak.

Untuk mengatasi konflik anak-anak, ibu bapa perlu memberikan arahan yang positif dan bukan arahan yang berbentuk ayat negatif. Contoh arahan yang baik adalah Makan biskut itu dan bukanlah ar ahan seperti Ibu beritahu tadi jangan... arahan positif ini memberitahu kanak-kanak apa yang mereka perlu lakukan dan bersesuaian dengan tahap perkembangan bahasa dan pemahaman intelek mereka.

Melalui pemerhatian yang dilakukan ke atas keluarga Puan Ja nna, dalam suatu kejadian di mana Amzar berebut buku cerita dengan adiknya, Afifah yang berumur 3 tahun sehingga menyebabkan Afifah berteriak dan menangis kerana Amzar berjaya merampas buku tersebut daripada Afifah. Amzar berdegil tidak mahu mengalah atau memberikan buku cerita tersebut kepada Afifah. Akibatnya Afifah terus menangis tanpa mahu berhenti walaupun abangnya, Afiq cu ba menggantikan buku cerita tersebut dengan barang permainan yang lain.

Selang beberapa minit kemudian, Puan Janna datang kepada anak-anak yang sedang berkelahi ini dan terus memarahi Amzar serta memukulnya menggunakan tangan tanpa memberi sebab mengapa Amzar dipukul. Puan Janna merampas buku cerita pada tangan Amzar dan memberikannya kepada Afifah semula. Afifah berhenti daripada t erus menangis, manakala Amzar pula mula menangis kerana buku ceritanya telah dirampas dan telah dimarahi serta dipukul oleh ibunya. Amzar mengasingkan diri di suatu sudut sehingga tangisannya berhenti. Selepas 15 minit kemudian, Amzar kembali aktif dan ber gembira mengikut kakak saudaranya keluar bersiar-siar tanpa mempedulikan adiknya lagi.

Kesimpulannya Puan Janna tidak dapat menyelesaikan konflik dalam kalangan anak-anaknya dengan baik. Sepatutnya, beliau bertindak lebih positif dalam mengendalikan konflik anak-anaknya.

22

REFLEKSI

Nama No. Kad Pengenalan

: Syaza Yasmin binti Ismail : 880524-08-6430

Pada semester ini, pelajar -pelajar Major Prasekolah Semester 6 diberi tugasan berkaitan dengan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak -anak. Tugasan ini juga meliputi kepentingan kelu arga dari segi nilai dan budaya, pembinaan hubungan antara ibu bapa dan guru, pendekatan keibubapaan, kawalan disiplin anak dan pengurusan konflik anak-anak.

Sememangnya saya mengakui bahawa walaupun pada semeste r ini kami hanya mempunyai dua tugasan, namun saya berasa tugasan yang diberikan sangat berat. Kedua-dua tugasan yang kami perolehi ini memerlukan kami untuk memahami tugasan dengan sebaik-baiknya. Saya memulakan tugasan ini agak lambat kerana tidak memaha mi tugasan ini dengan baik.

Selepas beberapa perbincangan dibuat, akhirnya saya memahami soalan yang diberikan dalam tugasan. Walaupun tidak memahami dengan sepenuhnya, namun saya tekad untuk menyiapkan tugasan ini mengikut kefahaman saya. Apabila saya telah menyiapkan tugasan ini, saya telah membandingkan laporan saya dengan laporan dengan rakan -rakan yang lain. Ternyata kefahaman saya tidaklah tersasar jauh seperti kefahaman rakan -rakan yang lain.

Melalui proses-proses yang sukar, saya menghadapi pelbagai masalah untuk menyiapkan tugasan ini. Dibebani dengan pelbagai tugasan lain seperti Praktikum Fasa 2, penyediaan laporan Praktikum Fasa 2, kuliah yang padat, tugasan tutorial, persediaan persembahan sketsa sempena Perhimpunan Bulanan dan beberapa tugasan lain menyebabkan saya terpaksa membahagikan masa dengan sebaik baiknya.

Walaupun saya telah menemui banyak buku -buku rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan, tetapi tidak semuanya bersesuaian dengan apa yang ingin saya garapkan dalam laporan ini. Buku-buku rujukan dalam simpanan saya tidak
23

banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Saya bersama rakan -rakan telah pergi ke Perpustakaan Universiti Malaya untuk mendapatkan bahan -bahan rujukan termasuklah beberapa jurnal. Tidak banyak jurnal berkait an dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak menyediakan rujukan kami agak terhad.

Maklumat dari carian internet sedikit sebanyak membantu saya menyiapkan tugasan ini. Maklumat yang diperolehi memberi sedikit input dan kefahaman kepada saya tentang intipati tug asan yang sedang dilakukan.

Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak perbincangan bersama rakan-rakan diadakan. Perbincangan ini bertujuan untuk berkongsi idea dan bertukar -tukar maklumat berkaitan dengan tugasan. Rakan -rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui perbincangan ini juga saya lebih memahami soalan tugasan dengan baik.

Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya banyak mempelajari hal-hal keibubapaan serta peranan guru dalam membina hubungan dengan ibu bapa. Ilmu-ilmu serta maklumat yang diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini boleh dipraktikkan pada masa akan datang apabila saya bergelar seorang guru atau seorang ibu pada suatu hari nanti.

Selepas menyiapkan tugasan ini, barulah saya sedari ba hawa ilmu keibubapaan sangat penting untuk semua para ibu bapa. Pendekatan keibubapaan yang baik sangat penting kepada semua keluarga bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan penuh nilai-nilai kasih sayang dan toleransi. Nilai-nilai yang disemai dalam keluarga juga akan melahirkan individu yang bijak mengendalikan kehidupan dan mengendalikan hubungan sosial dengan masyarakat sekeliling.

Sebagai seorang bakal guru prasekolah juga, tugasan ini sangat berharga kerana banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan. Saya telah memperolehi pengetahuan baharu tentang peranan guru prasekolah dan cara-cara untuk mengendalikan konflik kanak-kanak. Selain itu, saya juga mendapat banyak idea cara-cara untuk membina hubungan antara guru dan keluarga murid murid.
24

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah pembimbing yang memberi kan bimbingan serta rakan-rakan sekuliah yang sentiasa memberi maklumat serta idea -idea bernas. Sesungguhnya jasa dan budi baik kalian tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Semoga Allah saja yang dapat membalas segala budi baik kalian.

Sekian.

25

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS Nama Pelajar Kumpulan Mata pelajaran Pensyarah : Syaza Yasmin binti Ismail : PISMP 6C : Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Prasekolah : Puan Hafiza binti Sulaiman

Tarikh

Perkara yang dibincangkan

Tanda tangan pensyarah

19 Julai 2010 26 Julai 2010 29 Julai 2010 7 Ogos 2010 14 Ogos 2010

Penyerahan tugasan kerja kursu s PKP Taklimat kerja kursus oleh pensyarah Mencari maklumat di internet Draf kerja kursus Menaip hasil dapatan daripada sumber internet

22 Ogos 2010

Membuat rujukan daripada buku -buku rujukan

23 Ogos 2010 27 Ogos 2010

Perbincangan dengan rakan -rakan Menaip laporan hasil dapatan rujukan dan perbincangan

30 Ogos 2010 1 September 2010 4 September 2010 8 September 2010 15 September 2010

Membina soalan temu bual Pemurnian soalan temu bual Mula membuat pemerhatian Membuat pemerhatian dan temu bual Menyediakan laporan tugasan kerja kursus

17 September 2010

Menyediakan laporan tugasan kerja kursus

18 September 2010 20 September 2010

Pemurniaan kerja kursus Penyerahan kerja kursus kepada pensyarah

26

RUJUKAN

Patricia F. Heamon & Verna Hildebrand ( 2009). Guiding Young Children 8th Edition . Upper Saddle River, NJ: Merill / Pearson Education Inc. Henniger, M. (2005). Teaching Young Children: An Introduction . Upper Saddle River, NJ: Pearson / Merill / Prentice Hall. C.Stephen White & Mick Coleman (2004). Early Childhood Education . Upper Saddle River, NJ: Merill / Pearson Education Inc.

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum Prasekolah. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Ansary Ahmed & Mansor Fadzil (2007). Pendekatan dan Kurikulum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Serdang: UNITEM Sdn. Bhd.

Marjorie V.Fields & Cindy Boesser (1998). Constructive Guidance and Discipline: Preschool and Primary Education Second Edition . Upper Saddle River, NJ: Pearson / Merill / Prentice Hall. Ansary Ahmed, Mansor Fadzil & Abd Razak Habib (2007). Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Selangor: UNITEM Sdn. Bhd.

Elkind, D. (2001 September / October). Instructive discipline i built on understanding: Choosing time in. Child care Information Exchange , 141, 7 8

Sue Grossman (2008 Spring).

I Just Dont

ike That Kid : Confronting and

Managing Personal Feelings about Children. Childhood Education: Infancy Through Early Adolescence, 147 149

Janice Patterson &

ynn Kirkland (2007 Fall). Sustaining Resilient Families for

Children In Primary Grades. Childhood Education: Infancy Through Early Adolescence, 130 134
27

Rosnaaini Hamid, Suhanim Abdullah & Syahrul Faizaz Abdullah (2004, Disember). Pendekatan Keibubapaan Berdasarkan Surah Luqman . Diperoleh dari http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Penyelidikan%20Print/2005/ROSNAAINI%2 0HAMID,%20SUHANIM%20ABDU 0ABDU AH.pdf AH%20DAN%20SYAHRU %20FAIZAZ%2

Mashitah Ibrahim (1999, Oktober 14). Institusi Keluarga Membentuk Peribadi . Diperoleh dari http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg01158.html Saiful Ariff (2010, September 10). Penanaman Nilai Moral dalam Keluarga . Diperoleh dari http://www.jelajahbudaya.com/keluarga/penanaman -nilai-moraldalam-keluarga.html

28

You might also like