You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN

Keberkesanan Program Ekonomi Token Terhadap Perubahan Tingkah Laku Murid


Pemulihan.

NAMA PENYELIDIK

1. Zawiah binti Ismail


2. Sabrila binti Hj. Sabri

NAMA SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bangsar, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

○ Sebelum ini tiada program ekonomi token yang betul-betul diamalkan secara serius.
○ Murid berminat untuk menghadirkan diri ke kelas pemulihan sebagai alasan untuk
melarikan diri daripada mengikuti p&p di kelas perdana kerana pembelajaran di kelas
perdana agak tinggi dan sukar berbanding kelas pemulihan.
○ Murid mengikuti p&p di kelas pemulihan sekadar untuk bermain selepas menyiapkan
tugasan dan proses pengajaran dan pembelajaran yang agak lsingkat dan mudah bagi
mereka.
○ Teori semasa yang dipelajari mengatakan, Woolfolk (1993) menjelaskan sistem
peneguhan token boleh digunakan untuk memotivasikan murid yang lansung tidak
berminat menyiapkan tugasan, menggalakkan murid yang selalu gagal meningkatkan
kemajuan dan mengendalikan kelas yang tidak terkawal.
○ Harrop (1987), memgesahkan bahawa program ekonomi token lebih sesuai digunakn
dalam kelas khas dan kejayaannya telah terbukti dalam mengubah tingkah laku murid
pemulihan.

ISU/KEPRIHATINAN YANG DIKAJI

○ Isu ponteng sekolah.


○ Isu ponteng kelas.
○ Tiada kesungguhan dan minat belajar.
○ Tiada perubahan tingkah laku yang berlaku kerana tiada ganjaran yang dijanjikan.

Dengan perancangan program ekonomi token yang sistematik dan pragmatik, kami yakin
akan berlaku perubahan tingkah laku murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai objektif
berikut:

○ Objektif Umum
• Menurunkan peratus murid bermasalah tingkah laku terhadap proses pembelajaran
di sekolah.

○ Objektif Khusus
• Mengurangkan jumlah murid pemulihan yang mempunyai tingkah laku bermasalah
• Meningkatkan jumlah murid (peratus) yang dapat menyiapakn tugasan dengan cepat
dan betul.
• Mengurangkan jumlah murid pemulihan.
• Membantu murid menguasai kemahiran 2M.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 11 orang murid kumpulan A Kelas Pemulihan yang terdiri daripada 6
orang murid pemulihan Tahun 2 Progresif dan 5 orang murid Tahun 2 Proaktif.

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

○ Untuk memahami masalah murid, tiada token diberikan dalam tempoh 2 minggu
pertama.
○ Pelaksanaan program ekonomi token mula dijalankan dengan pemberian token
seminggu sekali.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN


1. Memerhati tingkah laku murid pemulihan. 7 Julai – 21 Julai 2008
2. Menulis Kertas Cadangan Proposal Kajian 22 Julai 2008

JUMLAH PERUNTUKAN (KOS KAJIAN)

BIL JENIS BAHAN KUANTITI JUMLAH KOS


1. Token RM 0.50 x 11 orang RM 5.50
(seminggu)
2. Fotostat lembaran kerja RM 50.00

You might also like