You are on page 1of 12

PENGENALAN

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. KSSR ini telah menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. Tambahan pula, Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 telah menuntut supaya sistem pendidikan Negera memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab. KSSR sudah diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Dengan harapan KSSR dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain itu, pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

KSSR telah membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Bagi tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Manakala, tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Di samping itu kementerian juga telah memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, menekan kepada

perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah. Terdapat juga elemen Nilai Tambah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Antaranya ialah Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Nilai tambah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Dengan KSSR ini berharap dapat meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih releven dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Oleh itu, guru memainkan pembelajaran peranan yang yang penting bagi mengupayakan kejayaan pengajaran dan

berkesan.

Malahan,

transformasi

kurikulum

memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan,

KSSR BERLANDASKAN PERKEMBANGAN INSAN YANG SEIMBANG KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Tunjang Komunikasi merupakan salah satu tunjang yang penting untuk membentuk insan seimbang bagi murid-murid sekolah rendah. Bentuk KSSR ini dibentuk bagi penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini dipelajari melalui matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Etnik dan Bahasa Arab. Matlamat tunjang ini membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi diri, memperoleh pengetahuan ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian. Bagi mengukuhkan kemahiran komunikasi, sandaran adalah berdasarkan teori psikologi pengajaran bahasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sementelahan pula kurikulum ini berpaksikan kepada prinsip pendekatan

bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan berkonsepkan pendidikan seumur hidup. Dalam komunikasi, penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi menjadi keutamaan guru ketika proses P&P berlangsung dalam bilik darjah. Sehubungan dengan ini guru sewajarnya berupaya menyampaikan isi pelajaran, pengetahuan, idea, maklumat, nasihat dan tunjuk ajar kepada murid dengan tepat tanpa menimbulkan salah faham, kekeliruan dan kekaburan.Yang nyata, sudah semestinya guru itu menggunakan bahasa yang betul, sesuai dan sempurna tatabahasanya. Ketika kemahiran lisan difokuskan oleh guru dalam P&P, aspek kemahiran mendengar dan bertutur hendaklah diberikan penekanan utama. Dalam kemahiran mendengar guru hendaklah sentiasa

memastikan apa yang murid faham dan ingat dengan melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Manakala kemahiran bertutur ialah aktiviti melafazkan bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada artikulator manusia dan merupakan kemahiran interaksi dalam suasana berbahasa seperti aspek asas seperti sebutan, tekanan, mora jeda,intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa. Apabila dapat menguasai kesemua kemahiran ini membolehkan murid mengamalkan bahasa dalam bidang komunikasi dalam kehidupan seharian dan menjadi insan yang seimbang. Tunjang kedua yang terdapat dalam KSSR adalah kerohanian, sikap dan nilai. Tunjang ini adalah amat penting untuk diterapkan dalam murid-murid untuk menjadi seorang modal insan yang seimbang dari segi kerohanian dan moral. Tunjang ini didapati dalam matapelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia serta mempunyai kepercayaan yang teguh kepada Tuhan. Di dalam tunjang ini terdapat menekankan aspek penting seperti penghayatan amalan agama, kepercayaan sikap dan nilai. Pendidikan Islam adalah pelajaran wajib yang dipelajari oleh pelajar Islam dan merupkan salah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Kurikulum yang terdapat dalamKurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian. Organisasi Kandungan yang terdapat dalam Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard

kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid . Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada enam modul iaitu modul al-Quran, modul Hadis, Modul Akidah, Modul

Ibadah, Modul Sirah, Modul Adab dan Modul Jawi. Seterusnya adalah matapelajaran Pendidikan Moral yang sudah ada dalam Kurikulum Standard Pendidikan Moral. Ini merupakan satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat

resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan

insan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut: Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain Berpegang teguh pada ajaran agama Prihatin kepada alam sekitar

Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup Bersemangat patriotik Menghormati hak asasi manusia Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat

dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP). Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan keharmonian yang kukuh. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, berfikir secara kritis dan kreatif, penyelesaian konflik, inovasi dan kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-

kemahiran ini akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Ini membolehkan murid menghadapi cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi cabaran dan tekanan hidup dalam kalangan murid. Perkembangan fizikal dan estetika merupakan tunjang yang ketiga di dalam KSSR ini. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan bertujuan memina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal kearah mencapai kesejahteraan hidup dalam menjalani kehidupan seharian. Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bagi murid bagi Tahap Satu iaitu membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan

berdasarkan kesihatan dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanakkanak ini diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni,

ekspresi kreatif dan apreasiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apreasiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain. Ini memupuk daya imaginasi murid-murid, kreatviti, bakat dan aspresiasi. Malahan, matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah dipelajari adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,

kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Muzik pula merangkumi aktiviti yang memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Bagi mencapai tujuan tersebut, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik. Ini adalah sejajar dengan matlamat Kurikulum Pendidikan Muzik adalah untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.

Teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran & pembelajaran Aplikasi teori pelbagai kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam pedagogi KSSR. Teori (1983). pelbagai kecerdasan telah lapan

dikemukakan

oleh

Howard

Gardner

Beliau

mengemukakan

kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Sesetengah orang boleh mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir kesemua manusia boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut :

Kinestetik Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi

pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Interpersonal Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. Intrapersonal Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. Logik-Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Muzik Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak musik. Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan Visual-Ruang Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran & Pembelajaran Selain itu, pedagogi KSSR amat mementingkan kemahiran berfikir terutamanya semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana sejajar dengan penekanan perkembangan intelek yang dititikberatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan , maka dalam KSSR, tumpuan diberi kepada aspek kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Menurut Edward de Bono ( 1976 ), kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala, Dewey (1910) menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Oleh itu, kemahiran berfikir dapatlah dirumuskan sebagai kecekapan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasahaban dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebersanan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Manakala, kemahiran befikir secara kreatif ialah kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan serta menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas maka membantu pelajar untuk menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

You might also like