You are on page 1of 8

3.0 3.

Membuat perbandingan teori yang boleh diamalkan oleh guru biasa. Persamaan teori

3.1.1. Prinsip teori Teori-teori kaunseling ini mempunyai prinsip yang sama iaitu untuk menguatkan hubungan keakraban antara kaunselor dan klien. Hal ini penting untuk memudahkan kaunselor mendapatkan kepercayaan daripada klien. Apabila kaunselor telah mendapat kepercayaan daripada klien, klien akan lebih bersifat terbuka untuk berkongsi masalah mereka dengan kaunselor. Hal ini sekaligus memudahkan kaunselor untuk membimbing klien menyelesaikan permasalahan mereka. 3.1.2 Aplikasi teori Ketiga-tiga teori kaunseling tersebut boleh diaplikasi oleh kaunselor dengan mengenal pasti ciri-ciri yang ada pada individu melalui pemerhatian terhadap tingkah laku klien. Mohd Aziz Shah et. All (2009) berpendapat bahawa kaunselor juga boleh menggunakan teknik konfrontasi bagi menerokai klien yang agak pasif dan kurang semangat bekerjasama untuk meningkatkan motivasi mereka.Teori-teori kaunseling ini dapat diaplikasikan dalam klinikal, perniagaaan dan institusi pendidikan.

3.2

Perbandingan antara teori kaunseling.

3.2.1 Pengenalan Teori kaunseling pemusatan klien atau client-centered theory telah diasaskan oleh Carl Roger pada tahun 1951. Teori ini berorientasikan kepada celik akal (Malek Muhamat Said, 2006). Teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (RET) atau rational emotive behavioural therapy (REBT) pula diasaskan oleh Albert Ellis pada tahun 1958. Teori berbeza dengan teori yang dikemukakan oleh Carl Roger iaitu ianya lebih berorientasikan perlakuan (Malek Muhamat Said, 2006).

Manakala, teori terapi tingkah laku atau teori behaviorisme telah dipelopori oleh beberapa orang tokoh secara berlanjutan melalui kombinasi pendapatpendapat mereka yang tertentu. Pada awalnya, John B. Watson (1913) mengutarakan konsep pelaziman tindak balas iaitu beliau berpendapat bahawa manusia mempelajari tingkah laku melalui pergaulan antara manusia lain. Pada tahun 1953, B.F Skinner pula mengkritik pendapat tersebut dan mengutarakan konsep pembelajaran operan pelaziman Skinner dengan menekankan keperluan manusia untuk menjadi aktif dalam persekitaran melalui analisis tingkah laku mereka. Kemudian, pada tahun 1969, Albert Bandura pula sebaliknya berpendapat bahawa pembelajaran manusia diperoleh melalui peniruan daripada pemerhatian manusia itu sendiri seterusnya menghasilkan model sosial. Hasil kombinasi daripada pendapat-pendapat mereka, maka wujudlah teori behaviorisme yang lebih berorientasikan perlakuan.

3.2.2 Falsafah berkenaan manusia Teori kaunseling pemusatan klien Carl Rogers mempunyai pandangan bahawa manusia secara semula jadinya adalah baik dan cenderung untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu boleh berkembang dari segi emosi mahupun intelek dalam suasana yang mesra . Manusia sering menghalang dirinya daripada kesedaran dengan menafikan perasaan tertentu menyebabkan mereka tidak mampu untuk menunjukkan potensi secara optimum dan secara spontan disamping memiliki kepercayaan dan dorongan yang minimum dalam diri sendiri. Teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT) berpendapat bahawa, manusia dilahirkan dengan potensi berfikir secara rasional dan tidak rasional (Zahbah B. Lep, 2010). Manusia sering menyebabkan diri mereka terganggu dengan mereka kepercayaan-kepercayaan tertentu yang menjadi gangguan kepada mereka. Oleh kerana itu, masalah yang dihadapi manusia sebenarnya bukanlah berpunca daripada factor luaran, tetapi masalah yang dihadapi manusia adalah hasil daripada pemikiran tidak rasional terhadap sesuatu perkara. Namun, menurut Singgih D. Gunarsa (2006), manusia adalah unik kerana manusia mampu mencipta pandangan-pandangan yang salah yang boleh mengganggu dan mengecewakan diri mereka.

Teori

Kaunseling

Behaviorisme

berpendapat

bahawa,

seperti

yang

diperkatakan oleh Mohd Salleh (1993) dalam Amaludin AB Rahman (2008), manusia berkeupayaan memahami konsep serta mengawal tingkah laku sendiri. Semua tingkah laku telah digerakkan oleh ransangan. Tingkah laku yang teguh akan mudah berulang. Manusia sebenarnya berupaya memperoleh tingkah laku yang baru apabila dia mempelajarinya daripada orang lain atau tingkah lakunya dipengaruhi oleh orang lain. Manusia berupaya memahami konsep serta mengawal tingkah laku sendiri.

3.2.3 Konsep utama Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibiah Elias (2008), teori kaunseling pemusatan klien Carl Rogers lebih memberikan penekanan kepada aspek trait, sikap, nilai, minat dan moral seseorang yang dibentuk sejak dari kecil. Carl Rogers berpendapat bahawa klien mampu untuk menentukan arah diri sendiri apabila mempunyai kepercayaan dan kesetiaan dalam diri mereka sendiri. Fromme K. D (2010) dalam bukunya Systems of Psychotherapy: Dialectical Tensions and Intergration mengatakan bahawa Rogers percaya bahawa klien berpotensi untuk mengenal pasti masalah yang sedang dialami dan berusaha untuk

menyelesaikannya sendiri selagi mana dia tidak terpengaruh dengan pandangan orang lain. Rogers (1967) di dalam Mohd Azhar Abdul Hamid et.all (2004) pula mempercayai bahawa manusia mempunyai potensi dan kebolehan semula jadi untuk memenuhi konsep utama ransangan pembelajaran untuk mencapai kesempurnaan diri yang dibentuk melalui system nilai serta kepercayaan diri dan orang lain. Kaunselor perlulah focus hanya pada masa sekarang iaitu perasaan klien pada masa sekarang dan mengendahkan perkara-perkara yang lepas.Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, teori ini mengutamakan kebebasan klien seperti yang dikemukakan oleh Zahbah B . Lep (2010). Teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT) pula menghuraikan bahawa manusia sebenarnya mempunyai pandangan tertentu dalam diri mereka masing-masing sehingga boleh menyebabkan timbulnya gangguan-ganguan yang mengarah manusia untuk melakukan tingkah laku bermasalah. Menurut Rahil Mahyuddin (2008), manusia diganggu bukan kerana perkara atau peristiwa tetapi

kerana pandangan mereka sendiri terhadap perkara atau peristiwa yang mereka lalui. Oleh itu, Albert Ellis menekankan bahawa, pemikiran rasional perlu untuk mengubah pemikiran yang tidak rasional yang menjadi gangguan kepada tingkah laku bermasalah (Mohamed Sharif et. All, 2006). Menurut Zahbah B. Lep (2010), pemikiran yang tidak rasional dapat dikenal pasti sekiranya individu tersebut mempunyai ciri-ciri seperti rasa malu yang teramat, terlalu menuntut dan perasaan merendah diri yang teramat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, teori ini menitik beratkan kepada pemikiran, penganalisaan, perlakuan dan kemahiran membuat keputusan untuk mengubah pandangan tidak rasional. Teori behaviorisme pula ialah kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan melalui baka dan persekitaran dan berkaitan dengan pembelajaran. Manusia sentiasa mengambil tindakan sengaja dan beroperasi dalam proses pembelajaran ( Mohd Aziz et all 2009). Manusia bertindak dengan mempelajari tingkah laku daripada persekitaran yang dipengaruhi oleh kesan positif dan negatif. Tingkah laku yang berlaku secara spontan dinamakan tingkah laku operan manakala kelaziman iaitu tingkah laku semula jadi ada dalam diri seseorang individu tersebut. Rahil Mahyuddin dan Habibiah Elias (2008) mengatakan tumpuan utama pembelajaran ialah ransangan dalam persekitaran luaran iaitu ransangan, gerak balas, pujukan, hukuman dan modifikasi tingkah laku. Tingkah laku bergantung kepada ransangan seperti peneguhan untuk membolehkan individu tersebut membuat modifikasi tingkah laku. Secara kesimpulannya, teori ini menekankan kepada aspek pembelajaran untuk membantu klien membuat modifikasi tingkah laku. 3.2.4 Matlamat Matlamat teori kaunseling pemusatan klien ialah untuk membentuk self actualization atau penyempurnaan kendiri dalam diri seseorang individu. Menurut Donigian dan Malnati (1987), klien perlu merasakan diri mereka tidak disisihkan oleh orang lain. Justeru, mereka dapat menyatakan pengalaman dan perasaan mereka dengan lebih tenang apabila wujudnya kemesraan hubungan antara kaunselor dank lien. Matlamat teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT) ialah untuk menghapuskan pemikiran-pemikiran yang tidak rasional dengan menggalakkan klien

belajar berfikir secara rasional. Menurut Mohamed Sharif et. all (2006), klien akan lebih memahami diri sendiri dan orang lain dalam proses mengubahsuai pemikiran mereka daripada pemikiran tidak rasional kepada pemikiran yang rasional. Selain itu, matlamat teori ini adalah untuk membolehkan klien mengenalpasti tujuan dalam hidup mereka tanpa diganggu oleh pemikiran yang tidak rasional. Matlamat teori kaunseling behavioris ialah untuk mengurangkan dan menghapuskan tingkah laku yang tidak disesuaian. Tingkah laku disesuaikan perlu dikukuhkan untuk mengatasi kekurangan yang terdapat dalam tingkah laku tersebut. Selain itu, teori ini penting untuk meningkatkan kawalan kendiri individu untuk mengarah diri mereka kearah modifikasi tingkah laku yang positif. Teori ini juga penting untuk memperkembangkan kemahiran sosial demi mengukuhkan proses pembelajaran.

3.2.5 Peranan kaunselor Teori kaunseling pemusatan klien mengutamakan peranan kaunselor sebagai fasilitator. Hal ini kerana teori ini lebih berpusatkan klien. Kaunselor perlu memberikan fokus kepada keunikan klien iaitu setiap klien mempunyai potensi dan perasaan yang tersendiri. Oleh itu, kaunselor perlu mempamerkan ciri-ciri kemesraan, empati, menerima, jujur dan konkrit. Sifat-sifat ini penting untuk merapatkan hubungan antara kaunselor dan klien. Dalam teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT), kaunselor seorang yang aktif dan mengarah untuik membuat pembetulan pemikiran yang tidak rasional.Mohd Sharil Mustaffa et all (2006) mengatakan bahawa teori ini adalah lebih berpusatkan kaunselor. Kaunselor perlu member fokus kepada analisis ABCDE iaitu A (objective facts,event,behaviour) yang merujuk kepada peristiwa dan perlakuan yang difikirkan oleh klien. B (personal belief) merujuk kepada kepercayaan iaitu kaunselor perlu member fokus kepada kepercayaan yang tidak rasional yang mengganggu klien. C (emotional consequence) yang merujuk kepada kesan emosi atau perasaan klien terhadap peristiwa tersebut.D (disputing) ialah sangkal kepercayaan iaitu kaunselor perlu mengajar klien untuk menghapuskan kepercayaan negative untuk mewujudkan pemikiran yang rasional. Manakala, E ( effective belief)

meerujuk kepada kepercayaan efektif iaitu kaunselor perlu menggalakkan pemikiran yang rasional dalam diri klien. Dalam teori kaunseling behaviorisme pula, kaunselor berperanan sebagai guru. Kaunselor memainkan peranan secara aktif untuk menganalisis tingkah laku bermasalah dengan kesannya terhadap kehidupan klien. Kaunselor perlu

menjelaskan matlamat sebenar klien dan merancang modifikasi tingkah laku yang bersesuaian.

3.2.6 Teknik Menurut Malek Muhamat Said (2006), teori kaunseling pemusatan klien menggunakan sedikit sahaja teknik tetapi menekankan kepada sikap kaunselor. Kaunselor sebenarnya perlu menerima klien tanpa syarat, tulen dan kongruen. Teknik asas teori ini ialah mendengar secara aktif iaitu secara lisan dan bukan lisan, mempunyai empati, refleksi perasaan dan meminta penjelasan. Model ini tidak menggunakan ujian diagnostic, membuat interpretasi, mengambil satu kes atau menjalankan soal siasat bagi mendapatkan maklumat. Sebaliknya, teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT)

menggunakan pelbagai teknik samada secara kognitif, efektif atau tingkah laku. Hal ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Gladding (1992) dalam Mohamed Shariff Mustaffa (2006) bahawa klien dan kaunselor akan memberi maklum balas dan cadangan dalam tiga bentuk iaitu kognitif, imaginasi dan tingkh laku. Menurut Malek Muhamat Said (2006),kaedah kognitif ialah seperti mempertikaikan

kepercayaan tidak rasional, melaksanakan kerja rumah dan menukar corak pemikiran seseorang. Contohnya ialah melalui pertanyaan terus. Teknik efektif adalah seperti mai peranan, gambaran imej dan latihan membuang persaan malu untuk membolehkan klien melihat situasi sebenar diri mereka. Melalui perbincangan sikap atau tingkah laku, kaunselor dapat menyenaraikan masalah klien dan cara untuk mengatasinya. Sementara itu, teori kaunseling behaviourisme menggunakan teknik seperti kaedah bersantai, teknik peneguhan, pemodelan, penstrukturan semula kognitif, latihan asertif, latihan kemahiran sosial, program pengurusan kendiri, pengulangan

ingkah laku dan lain-lain lagi, diagnosis dan penilaian dijalankan di luar sesi bagi membentuk dan mengendalikan pelan rawatan.

3.2.7 Kelebihan dan kekurangan Teori kaunseling pemusatan klien menititk beratkan potensi klien untuk mempertingkatkan pembangunan keseluruhan individu. Selain itu, teori ini juga memberi penekanan kepada ketua kelompok sebagai fasilitator untuk memberikan perhatian kepada ahli untuk membina hubungan yang harmoni. Teori ini juga menekankan kepada memperbaiki kemahiran komunikasi personal. Peserta tidak dianggap sebagai sakit malah boleh bekerja dengan ahli mengenai pembangunan personal tanpa stigma negatif. Namun,menurut Vander Kolk ( 1985) teori ini tidak sesuai dengan klien yang memerlukan terapi atau struktur kerana mereka memerlukan psikoterapi yang lebih tersusun. Teori kaunseling tingkah laku rasional emotif (REBT) memudahkan kaunselor untuk menganalisis masalah klien. Hal ini kerana kaunselor dapat mengenal pasti masalah klien secara langsung melalui pemikiran rasional yang telah dinyatakan. Teori ini juga mengajar pemikiran logik kepada klien dan menggalakkan klien mengasah keupayaan intelektual dan cara berfikir dengan positif. Namun,menurut Corey (1990) dalam Mohamed Sharif Mustaffa et all (2006), teori ini memberi

banyak penekanan kepada konfrontasi dan kesalahan sahaja. Zahbah B. Lep (2010) pula berpendapat bahawa klien yang tidak flexible atau sudah terlalu tua sukar mengikuti sesi kerana terlalu banyak kepercayaan salah yang telah tertanam dan sebati dengan diri mereka. Teori behaviorisme pula menggalakkan klien untuk sedar akan tingkah laku yang perlu diubah. Selain itu, klien juga mampu untuk menilai perubahan tingkah laku untuk menjadikannya satu yang lazim dalam kehidupan harian. Klien akan mula menyedari kekuatan pengukuhan dalam kelompok sebagai satu sumber sokongan psikologi dan sosial. Klien akan mudah untuk berusaha membentuk, meneguh, meninggalkan atau mengubahsuai tingkah laku mereka dalam persekitaran yang hampir dengan mereka. Namun, menurut Mohamed Shariff Mustaffa et. all (2006) lagi, teori ini lebih member penekanan kepada teknik dan kurang memberi masa

untuk individu. Hal ini kerana, teori ini lebih tertumpu kepada tingkah laku tertentu dalam kehidupan klien dan tidak mengenal pasti cara hidup klien secara keseluruhan contohnya latar belakang klien yang menyebabkan mereka bertingkah laku sedemikian.

You might also like