You are on page 1of 5

1.0 HURAIAN PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU.

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran,

kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK). Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan murid sebagai pelanggan utama. Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra, periang,

bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi meningkatkan produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan cekap

Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

2.0 ---

3.0 MATLAMAT UTAMA PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG EFEKTIF.

Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dan berketrampilan manakala guru pula berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mencakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap. Berpaksikan matlamat pengurusan bilik darjah utama iaitu penghasilan suasana bilik darjah yang kondusif dan bilik darjah sebagai pusat untuk melahirkan murid yang aktif dan produktif, maka guru perlulah memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang selamat, menyeronokkan dan ada suasana demokratik dimana murid boleh bergaul sesama mereka bagi menggalakkan interaksi murid.

Keceriaan perlu diwujudkan dipersekitaran sekolah dan bilik darjah untuk menghasilkan persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran. Suasana

persekitaran yang kondusif di sekitar sekolah diharapkan dapat menggamit kesungguhan dikalangan murid-murid untuk membantu mereka mengutamakan pembelajaran. Selain itu, suasana yang kondusif melahirkan rasa senang hati dikalangan murid untuk fokus terhadap pelajaran mereka selain mereka berasa selamat dengan keadaan persekitaran mereka. Suasana yang kondusif juga membantu murid untuk berinteraksi sesama mereka. Hal ini berikutan murid tidak berasa malu atau segan apabila bertemu dengan rakan sekelas mereka kerana suasana yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Suasana demokratik selaras dengan tahap interaksi yang tinggi dikalangan murid membantu murid untuk berkomunikasi dengan baik. Hal ini secara tidak langsung membantu murid untuk menjadi aktif didalam kelas. Murid-murid tidak akan berasa malu untuk bertanya soalan mahupun bergiat aktif dalam sesuatu aktiviti kerana mereka sudah berasa selesa dengan rakan-rakan mereka disebabkan oleh suasana demokratik yang mereka lalui setiap hari. Secara tidak langsung juga, hal ini dapat melahirkan murid yang produktif lantaran murid sering kali terlibat dengan aktiviti di dalam kelas dan seterusnya membentuk jati diri yang tinggi dikalangan murid-murid. Secara ringkasnya, kriteria kelas seperti selamat, menyeronokkan, bersih, ceria dan selesa adalah berpaksikan matlamat utama pengurusan kelas yang efektif iaitu bagi menghasilkan suasana bilik darjah yang kondusif dan bilik darjah sebagai pusat untuk melahirkan murid yang aktif dan produktif.

4.0 5.0 RUMUSAN KESELURUHAN. Secara ringkasnya, pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan

pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Seterusnya, kaedah yang menjadi asas dalam sebuah bilik darjah adalah

susunan fizikal yang baik dalam bilik darjah, peraturan am yang ditetapkan oleh guru dan disiplin murid sewaktu berada di dalam kelas. Seperti sedia maklum, bilik darjah merupakan tempat murid menuntut ilmu dan kriteria seperti selamat, menyeronokkan, bersih, ceria dan selesa sebenarnya hanya berpaksikan kepada matlamat utama bagi menghasilkan bulik darjah yang efektif iaitu bagi menghasilkan suasana bilik darjah yang kondusif dan bilik darjah sebagai pusat untuk melahirkan murid yang aktif dan produktif. Akhir sekali, dalam usaha menguruskan kelas supaya dapat memenuhi kriteria yang bersesuaian seorang guru perlulah terlebih dahulu memastikan saiz bilik darjah yang digunakan, sistem pencahayaan yang ada di dalam bilik darjah itu sama ada mencukupi atau tidak, pengaliran udara yang baik supaya murid selesa dan peralatan bagi memudahkan murid dan guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kelak.

6.0 REFLEKSI 6.1 ALIF FAHMI BIN MOHD PAUJI (910709-10-5997)

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia nikmat-Nya, saya telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) untuk Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ini dengan cemerlang. Melalui kerja kursus ini, saya telah mengetahui kaedah yang sepatutnya menjadi asas dalam pengurusan bilik darjah. Selain itu, saya juga berjaya mendalami matlamat atau kepentingan mengenai pengurusan bilik darjah ini. Melalui kerja kursus ini, saya juga mengetahui prinsip-prinsip asas yang praktikal dan kos efektif dalam merekabentuk bilik darjah dan

penyusunannya. Hal ini secara langsung dapat memberi persediaan awal kepada saya untuk bersedia pada masa hadapan supaya saya dapat menguruskan sebuah bilik darjah dengan baik dan seterusnya melahirkan individu murid yang berketrampilan dan produktif. Kerja kursus sebegini sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam usaha meningkatkan prestasi dalam profesion perguruan. Dikala proses menyiapkan kerja kursus ini, secara langsung atau tidak langsung telah

menambahkan lagi ilmu pengetahuan melalui rujukan, perbincangan dan juga kajian yang telah dilakukan. Seterusnya, menerusi proses pencarian sumber maklumat dan rujukan untuk kerja kursus ini individu berjaya mendisiplinkan diri untuk mendekatkan diri dengan perpustakaan yang merupakan gedung ilmu. Hal ini sejajar dengan sikap yang sepatutnya ada pada setiap guru dan sebagai bakal guru saya berasa bangga dan bersyukur kerana berjaya mengubah sikap. Seterusnya, sewaktu proses pembelajaran topik yang perlu dikaji pula, saya telah bertanya kepada rakan dan ini merupakan satu usaha yang baik kerana melalui proses ini saya bukan sahaja dapat bertukar buah fikiran malahan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.

You might also like