Professional Documents
Culture Documents
1.
TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk mengedarkan Peraturan Ukur Kadaster 2009 serta menguatkuasakan peraturan-peraturan yang termaktub di dalam dokumen tersebut ke semua negeri di Semenanjung Malaysia, juga Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
2. 2.1
LATAR BELAKANG Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan melaksanakan sepenuhnya ukur kadaster menggunakan eKadaster mulai 1 Ogos 2009. Pelaksanaan ini juga akan melibatkan kerja-kerja ukur kadaster yang dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB).
2.2
Pelaksanaan eKadaster ini secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi tatacara dan prosedur menjalankan kerja ukuran di lapangan dan kerja pemprosesan di pejabat. Dalam hubungan ini, proses
ukur kadaster yang selama ini telah pun berteraskan pengkomputeran akan menjadi lebih efisien lagi.
2.3
Perkembangan ini menyebabkan Peraturan Ukur 2002 yang digunakan sekarang perlu diganti bagi memenuhi keperluan amalan ukur kadaster baru. Oleh yang demikian, Peraturan Ukur Kadaster 2009 telah disediakan untuk memenuhi keperluan tersebut.
3.
3.1
Peraturan Ukur Kadaster 2009 telah digubal bagi mewujudkan peraturanperaturan berkaitan kerja ukur kadaster di bawah persekitaran eKadaster. Ia telah dibentuk mengikut ciri-ciri dokumen perundangan, selaras dengan matlamat akhir Jabatan untuk menjadikan dokumen ini sebagai sebuah perundangan.
3.2
Di samping itu, peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalamnya telah dirangka supaya berbentuk umum agar dapat memenuhi keperluan semasa dan akan dapat terus kekal relevan buat jangka masa yang lebih panjang.
3.3
Secara umum Peraturan Ukur Kadaster 2009 ini terbahagi kepada sepuluh (10) bab yang meliputi pelbagai aspek ukur kadaster, iaitu seperti berikut:
Bab I -
Permulaan
Bab 2 - Peruntukan Am Bab 3 - Pengukuran Bab 4 - Prosesan Data Bab 5 - Tikaian Yang Dibenarkan Bab 6 - Format Pelan Dan Maklumat Lain
4.
PENGUATKUASAAN
4.1
Peraturan Ukur Kadaster 2009 akan disokong oleh Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan yang telah dan akan dikeluarkan bagi memperincikan lagi ketetapan proses, prosedur dan peraturan kerja. Dengan itu, ia hendaklah digunakan bersekali dengan Pekeliling-pekeliling yang masih terpakai dan yang bakal diterbitkan dari semasa ke semasa.
4.2
Pengeluaran dan penguatkuasaan Peraturan Ukur Kadaster 2009 ini merupakan langkah interim. Usaha akan selanjutnya diambil untuk mewartakannya kelak sebagai sebuah Akta, yang mempunyai kekuatan dan kuasa yang lebih luas dari segi undang-undang.
4.3
Sehingga ianya diwartakan, Peraturan Ukur Kadaster 2009 adalah dikuatkuasakan melalui Pekeliling ini. Sehubungan itu, semua ketetapan yang terkandung di dalamnya hendaklah dipatuhi.
5.
PENAMBAHBAIKAN
Langkah-langkah yang perlu telah diambil semasa menggubal Peraturan Ukur Kadaster 2009 ini supaya ianya selengkap mungkin. Namun demikian, cadangan mengenai mana-mana bahagian yang memerlukan penambahbaikan adalah amat dihargai dan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat JUPEM untuk tindakan susulan sewajarnya.
6.
TARIKH BERKUATKUASA
Pekeliling ini hendaklah dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Ogos 2009. Walau bagaimanapun, semua ukuran kadaster yang telah dijalankan mengikut Peraturan Ukur Kadaster 2002 masih boleh diterima sehingga 31 Disember 2009.
7.
PEMBATALAN
Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, maka Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bilangan 3 Tahun 2002 dan Peraturan Ukur Kadaster 2002 adalah dengan ini dibatalkan.
( DATO PROF. DR. ABDUL KADIR BIN TAIB ) Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
Salinan kepada: Agihan Dalaman: Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Pengarah Ukur Bahagian Kadaster Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan
KANDUNGAN
Muka surat BAB I PERMULAAN
1. 2. 3. 4.
1 1 1 2
BAB II - PERUNTUKAN AM
Ukuran Kadaster Hitungan Pelarasan Tikaian Laporan Kesilapan Pengukuran Pindaan Data Ukur Pertikaian Sempadan Perbezaan Nilai Koordinat Tanda Sempadan Penyimpanan Data Sijil Perakuan Membawa Keluar Pelan Yang Didepositkan Dari Premis Keperluan Pelan Pra-hitungan Dalam Bentuk Berdigit Kalibrasi Alat
8 8 9 9 9 9 10 10 10 10 11 11
Datum Ukuran Sistem Unjuran Koordinat Rekod Cerapan Penggunaan CRM Dalam Kerja Ukuran Kadaster Kaedah Kutipan Data Dan Pengukuran Data Cerapan Integriti Data Ukur Penandaan Sempadan (i)
12 13 13 14 14 16 16 17
Muka surat
Jenis-jenis Tanda Sempadan Jarak Antara Tanda Sempadan Simpanan Jalan Ukuran Semula Ukuran Hak Lalulalang Ukuran Strata Ukuran Stratum Ukuran Ofset
18 19 18 19 20 21 21 22
BAB IV PROSESAN DATA 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. Pelarasan Data Format Data Kriteria Pelarasan Output Pelarasan Ketepatan Koordinat Larasan Validasi Tentusah Kedudukan Tanda Sempadan Lama Penandaan Semula Tanda Sempadan 23 23 24 24 24 24 27 27
41.
Tikaian Maksimum
29
Penyediaan Pelan Akui, Pelan Warta Dan Lain-lain Pelan Pindaan Pelan Akui Pelan Akui Bagi Ukuran Semula Pelan Akui Susunan Maklumat Pada Peta Kadaster Garisan Sempadan Dan Sambungan
30 31 32 32 32 33
(ii)
Muka surat
Hak Lalulalang Penyediaan Pelan Hakmilik Tanah Maklumat Ukur Bagi Dokumen Hakmilik Pajakan Melombong Pindaan Pelan Hakmilik Tanah Penyediaan Hakmilik Gantian Penyediaan Pelan-pelan Lain
33 34 34 34 35 35 35
BAB VII PANGKALAN DATA 55. Maklumat Dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB) 56. 57. 58. Kemasukan Data Ke NDCDB Pengemaskinian Pangkalan Data Backup Data 36 36 36 36
BAB VIII - PENOMBORAN 59. 60. 61. 62. 63. Nombor Lot Penomboran Pelan-pelan Nombor Media Storan Penomboran Strata Penomboran Stratum 38 38 39 39 40
BAB IX - ARAHAN 64. 65. 66. Arahan Pentadbiran Menjaga Kepentingan Kerajaan Perlindungan Terhadap Pegawai Jabatan 41 41 41
Peraturanperaturan ini dinamakan Peraturan Ukur Kadaster 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2. Pemakaian
(1)
Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi ukuran kadaster di semua Negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah Persekutuan di Malaysia.
(2)
Peraturan-peraturan ini juga hendaklah dikuatkuasakan ke atas Juruukur Tanah Berlesen yang diberi lesen untuk menjalankan amalan ukur kadaster oleh Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia di bawah Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) atau Akta berkaitan yang sedang berkuatkuasa.
3.
Mula Berkuatkuasa
Peraturan-peraturan ini hendaklah mula berkuatkuasa di semua Negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah Persekutuan di Malaysia mengikut tarikh berkuatkuasanya Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 5 Tahun 2009.
4.
Tafsiran
Dalam Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-
"azimut" bermakna arah garisan diukur berasaskan sudut ufuk dari arah utara benar mengikut pusingan jam;
"bearing" bermakna arah garisan diukur berasaskan sudut ufuk dari arah utara grid mengikut pusingan jam;
"Cadastral Reference Mark (CRM)" bermakna stesen Tanda Rujukan Ukur Kadaster berkoordinat GDM2000 yang diterima pakai untuk tujuan pelarasan data ukur kadaster;
Datum Geosentrik Malaysia (GDM2000) bermakna datum di mana sistem koordinatnya adalah berasaskan International Terrestrial
Reference Frame 2000. Origin bagi sistem koordinat GDM2000 adalah di pusat jisim bumi atau dengan terma lain sebagai geosentrik;
"garisan panjang" bermakna garisan ukuran yang melebihi 300 meter yang memerlukan pembetulan pembiasan dan kelengkungan bumi;
garisan pendek bermakna garisan ukuran yang paling minima yang boleh diukur oleh sesuatu alat ukuran jarak;
Juruukur Tanah Berlesen bermakna seseorang juruukur tanah yang dilesenkan di bawah Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) atau Akta berkaitan yang sedang berkuatkuasa untuk menjalankan ukuran 2
kadaster;
"kalibrasi"
bermakna
ujian peralatan
bagi
memperolehi perbezaan nilai bacaan alat yang diuji dengan nilai piawai;
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bermakna pegawai yang pada masa itu menjalankan tugas-tugas Ketua Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia;
"koordinat" bermakna nilai grid untuk mentakrifkan kedudukan tanda titik di atas tanah mengikut sistem unjuran yang digunapakai oleh Jabatan;
"lapisan GLMS (Geographical Layer Management System)" bermakna Sistem Pengurusan Lapisan Geografi yang mengandungi maklumat geografi dan maklumat ukuran berkaitan tanah;
"lapisan
Infrastruktur
Kawalan
Kadaster"
bermakna tanda
lapisan kawalan
yang ukur
mengandungi kadaster;
maklumat-maklumat
berkenaan
Lembaga bermakna Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) atau Akta berkaitan yang sedang berkuatkuasa;
lot bermakna mana-mana tanah seperti yang ditafsirkan di dalam seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 yang telah diukur dan diberi nombor lot oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan;
Malaysian Real Time Kinematic Network (MyRTKnet) bermakna satu sistem prasarana yang dibentuk oleh jaringan stesen-stesen rujukan 3
Global Navigation Satellite System (GNSS) dan pusat kawalan yang diselenggara oleh JUPEM untuk menghasilkan maklumat kedudukan di lapangan dalam masa hakiki atau secara pasca pemprosesan;
media
storan
bermakna
sebarang
media
Jabatan untuk digunakan bagi menyimpan data berdigit; "National Digital Cadastral Database (NDCDB)" bermakna Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan yang diselenggara oleh Jabatan yang mengandungi maklumat ukur kadaster berdigit yang berasaskan kepada datum GDM2000 bagi Negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah Persekutuan di Malaysia; nombor lot bermakna nombor yang diperuntukkan kepada sesuatu plot tanah oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan seperti mana dikehendaki di bawah seksyen 396(1)(d) Kanun Tanah Negara 1965;
sesuatu lapisan isipadu ruang tanah bawah tanah oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan seperti mana dikehendaki di bawah seksyen 396(1)(d) Perintah Kanun Tanah Negara (Diubahsuai) 1997;
nombor petak strata bermakna nombor yang diperuntukkan kepada sesuatu petak dalam sesuatu skim strata seperti mana dikehendaki di bawah Akta Hakmilik Strata 1985;
Pegawai Petempatan bermakna pegawai petempatan yang dilantik di bawah seksyen 12 Kanun Tanah Negara 1965;
Pegawai Ukur bermakna Pengarah Ukur dan Pemetaan atau mana mana Pegawai Ukur yang dilantik di bawah seksyen 12 Kanun Tanah Negara 1965; 4
Pekeliling bermakna mana -mana Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan yang dikeluarkan di bawah P eraturan-peraturan ini dan lain-lain Peraturan terdahulu darinya;
Pelan bermakna sesuatu pelan yang diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan sama ada dalam bentuk salinan cetak atau berdigit;
Pelan Akui bermakna pelan berkaitan tanah yang disediakan mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan, termasuklah Pelan Akui Strata dan Pelan Akui Stratum;
Pelan Akui Strata bermakna pelan strata yang disediakan mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan;
Pelan Akui Stratum bermakna pelan stratum yang disediakan mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan;
"Pelan Pelbagai" bermakna suatu pelan selain daripada Pelan Akui, Pelan Warta, Pelan Akui Strata dan Pelan Akui Stratum yang disediakan bagi sesuatu tujuan yang tertentu dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan;
"Pelan pra-hitungan" bermakna suatu pelan susunatur lot-lot yang disediakan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan atau Juruukur Tanah Berlesen yang menunjukkan cadangan sempadan-sempadan baru dan
keluasan lot-lot berkenaan yang berasaskan pengiraan dari data ukur yang ada dan data relevan yang lain di mana tikaian lurusnya tidak kurang daripada satu dalam empat ribu, mengikut tafsiran seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965; 5
"Pelan Warta" bermakna suatu pelan yang disediakan mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan bagi tujuan mewartakan sesuatu kawasan atau tempat sebagaimana diperlukan di bawah undangundang bertulis dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan;
"Pelarasan kuasadua terkecil" bermakna satu kaedah pelarasan bagi data ukur yang menggunakan konsep taburan statistik dan meminimakan jumlah kuasadua reja (residual) untuk mendapatkan koordinat muktamad;
"Pengarah Ukur dan Pemetaan" bermakna Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah Persekutuan termasuk Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan yang dilantik di bawah seksyen 12 Kanun Tanah Negara 1965;
Peta Kadaster bermakna pelan yang menunjukkan maklumat-maklumat tanah yang telah diukur; single leg bermakna kaedah ukuran yang membenarkan hanya satu kali cerapan ke hadapan sahaja dari stesen yang berada dalam satu terabas tertutup atau dari stesen yang diketahui;
"Sistem Koordinat Cassini Geosentrik" bermakna satu sistem unjuran koordinat yang berasaskan kepada sistem Transverse Mercator merujuk kepada Datum Geosentrik Malaysia;
"Sistem Koordinat RSO Geosentrik" bermakna Sistem Unjuran Bentuk Benar Serong Ditepati (Rectified Skew Orthomorphic Projection) merujuk kepada Datum Geosentrik Malaysia;
"strata" bermakna lapisan petak dalam bangunan yang dipecah- bahagi atau petak tanah; 6
"ukuran kadaster" bermakna kerja ukur yang dijalankan bagi tujuan pendaftaran hakmilik, pewartaan, penandaan sempadan, pengesahan sempadan dan lain-lain yang berkaitan dengan pentadbiran tanah;
"utara grid" bermakna arah utara yang selari dengan grid tegak dirujuk kepada sesuatu peta kadaster.
Bagi maksud Peraturan ini, ukuran kadaster meliputi mana -mana kerja ukur hakmilik tanah, strata dan stratum yang diwajibkan oleh undangundang bertulis yang berhubung kait dengan pendaftaran sesuatu hakmilik bagi pelupusan tanah, pecah sempadan, pecah bahagian, cantuman dan lain-lain ukuran yang berkaitan dengan ukuran hakmilik yang meliputi -
(a)
mengukur,
menanda,
mengganti,
menanam
pastian
dan
(b)
(c)
menyediakan hitungan;
(d)
(e) 6.
ukuran kawalan.
Hitungan
(a)
(b)
(c)
menentukan keluasan lot atau petak, isipadu stratum yang diukur; dan
(d) 7.
mengira koordinat.
Pelarasan Tikaian
Kaedah bagi pelarasan tikaian hendaklah berdasarkan kepada kaedah yang dibenarkan oleh Jabatan. 8. Laporan Kesilapan Pengukuran
Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah menyediakan laporan dan mengemukakannya kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan untuk siasatan lanjut, apabila didapati sesuatu kesilapan dalam
pengukuran yang terdahulu itu menjejaskan ketepatan ukuran yang dijalankannya. 9. Pindaan Data Ukur
(1)
Sebarang pindaan bagi membuat pembetulan data cerapan adalah ditegah sama sekali. Data cerapan yang silap hendaklah dicerap semula.
(2)
Sebarang pembetulan maklumat pada pelan dan NDCDB yang telah diluluskan hendaklah disahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.
10.
Pertikaian Sempadan
atau Juruukur Tanah Berlesen secara bertulis kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan. 11. Perbezaan Nilai Koordinat Tanda Sempadan
Jika terdapat perbezaan di antara nilai koordinat tanda sempadan di atas tanah dengan nilai di atas Pelan Akui atau NDCDB, Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah mendapatkan bukti lengkap bagi menentukan sama ada perbezaan itu disebabkan oleh pertindihan sempadan, anjakan tanda sempadan atau kecacatan dalam pengukuran terdahulu. Tindakan bersesuaian hendaklah selanjutnya diambil selaras dengan peruntukan Peraturan 40. 12. Penyimpanan Data
Semua data cerapan dan data yang telah diproses hendaklah disimpan dalam media storan yang ditetapkan oleh Jabatan. 13. Sijil Perakuan
Setiap
pelan
yang
dikemukakan
oleh
Juruukur
Tanah
Berlesen
hendaklah
mengandungi
Peraturan Juruukur Tanah Berlesen 1959 atau mana-mana peraturan berkaitan yang sedang berkuatkuasa. 14. Membawa Keluar Pelan Yang Didepositkan Dari Premis
Pelan yang didepositkan di Jabatan adalah dilarang dibawa keluar dari premis Jabatan, kecuali bagi memenuhi kehendak perintah mahkamah atau dengan kebenaran Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan. Bagi lain-lain tujuan atau maksud, hanya salinan pelan yang disahkan sahaja akan 10
Pelan pra-hitungan dalam bentuk berdigit adalah diperlukan untuk sesuatu permohonan pemberimilikan pertama, pecah sempadan, pecah bahagian, penyatuan, serahbalik dan berimilik semula tanah dan lain-lain ukuran yang berkaitan dengan ukuran hakmilik tanah. 16. Kalibrasi Alat
(1)
Dalam menjalankan kerja ukuran, Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah memastikan alat-alat ukur yang digunakan dibuat kalibrasi mengikut prosedur dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan.
(2)
Hasil kalibrasi alat-alat hendaklah disahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan dan disimpan sebagai rekod.
11
Setiap ukuran kadaster hendaklah berasaskan kepada datum yang memuaskan yang terdiri daripada:-
(1)
tanda-tanda
Cadastral
Reference
Mark
(CRM)
yang
ditentududukan:
(a)
sekurang-kurangnya dua tanda CRM baru yang berjarak tidak kurang daripada 30 meter dibuat cerapan serentak dengan kaedah MyRTKnet bagi tanda pertama dan kaedah statik bagi tanda kedua; atau
(b)
sekurang-kurangnya dua tanda CRM baru yang berjarak tidak kurang daripada 30 meter dibuat cerapan serentak dengan kaedah statik bagi kedua-dua tanda; atau
(c)
sekurang-kurangnya dua tanda CRM baru yang berjarak tidak kurang daripada 30 meter dibuat cerapan dengan kaedah MyRTKnet bagi kedua-dua tanda dalam satu initialisasi; atau
(d)
sekurang-kurangnya dua tanda CRM baru yang berjarak tidak kurang daripada 75 meter dibuat cerapan dengan kaedah MyRTKnet masa hakiki bagi kedua-dua tanda dalam dua initialisasi; atau
12
(e)
sekiranya dua tanda CRM lama digunakan maka tandatanda tersebut hendaklah dibuktikan kedudukannya dengan tanda ketiga dengan ukuran sudut dan jarak sama ada dari CRM lama atau NDCDB berhampiran; atau
(2)
dua tanda ukuran dari NDCDB yang berjarak tidak kurang daripada 40 meter yang mana kedudukan asal tanda-tanda tersebut telah dibuktikan dengan ukuran terus atau terabas dan hitungan, beserta dengan cerapan astronomi untuk azimut atau cerapan MyRTKnet; atau
(3)
dua tanda ukuran bersebelahan dari NDCDB yang diperakui kedudukannya dan dibuktikan dengan tanda ketiga dengan ukuran sudut dan jarak atau dengan terabas dan berada dalam kedudukan asal.
18.
Semua pengukuran di Semenanjung Malaysia mestilah menggunakan Sistem Koordinat Cassini Geosentrik manakala Sistem RSO Geosentrik digunakan bagi Wilayah Persekutuan Labuan. 19. Rekod Cerapan
(1)
Semua cerapan di lapangan hendaklah direkod dalam bentuk berdigit dan hantar ke Jabatan secara online.
(2)
(a)
13
(b)
cerapan yang diperolehi dari lapangan dan nilai pelarasan mengikut Peraturan 21.
(c)
(3)
Juruukur Tanah Berlesen hendaklah menandatangani secara berdigit rekod cerapan serta merekodkan tarikh cerapan tersebut.
20.
(1)
Ukuran kadaster boleh dilakukan dengan membuat ikatan kepada stesen CRM atau tanda sempadan lama yang telah disahkan berkedudukan asal.
(2)
Terabas hendaklah ditutup kepada stesen CRM berdekatan atau tanda-tanda lama yang disahkan di dalam kedudukan asal tidak melebihi 25 stesen atau kawalan bearing dilakukan dengan cerapan astronomi.
(3)
Bagi kawasan pembangunan baru iaitu kawasan pembangunan perumahan dan komersial, stesen CRM dengan grid maksimum bersela 500 meter x 500 meter atau stesen CRM sedia ada perlulah diwujudkan bagi tujuan kawalan kepada terabas.
21.
Kutipan data bagi ukuran kadaster boleh dilaksana dengan menggunakan kaedah-kaedah Global Navigation Satellite System (GNSS), terabas, radiasi, persilangan, silangalikan atau mana-mana kaedah gabungan yang ditetapkan oleh Jabatan.
14
(1)
(a)
Kaedah cerapan GNSS boleh digunakan untuk pengukuran CRM dan ukuran hakmilik tanah.
(b)
Pengukuran
menggunakan
GNSS
hendaklah
dibuat
(2)
(a)
Bearing dan jarak dibaca dengan menggunakan penyilang kiri dan kanan.
(b)
Bagi kawasan bandar, terabas hendaklah ditutup kepada stesen CRM berdekatan atau tanda-tanda lama yang disahkan di dalam kedudukan asal bagi setiap 25 stesen terabas atau 1 km, yang mana lebih dahulu dicapai.
(c)
Bagi kawasan luar bandar, terabas hendaklah ditutup kepada stesen CRM berdekatan atau tanda-tanda lama yang disahkan di dalam kedudukan asal bagi setiap 25 stesen terabas atau 2.5 km, yang mana lebih dahulu dicapai.
(3)
Radiasi
(a)
Kutipan data menggunakan kaedah ini perlulah menghadkan cerapan jarak tidak melebihi 300 meter berdasarkan single leg sahaja.
15
(b)
Cerapan bearing dan jarak hendaklah menggunakan keduadua penyilang dan direkod sebagai dua cerapan berasingan.
(c)
(4)
Persilangan
Cerapan bearing dan jarak hendaklah dibuat dari dua stesen terabas yang berlainan dengan satu penyilang sahaja.
(5)
Silangalikan
Cerapan bearing dan jarak hendaklah dibuat kepada tiga titik kawalan yang berlainan dengan satu penyilang sahaja. 22. Data Cerapan
Data cerapan hendaklah direkod mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan. 23. Integriti Data Ukur
Semua ukuran hendaklah dianggap sebagai sah semasa cerapan dan tidak boleh dipertikaikan sekiranya mematuhi perkara-perkara berikut:
(1)
Semua kalibrasi peralatan hendaklah mengikut Pekeliling yang ditetapkan oleh Jabatan.
(2)
Semua cerapan dilaksanakan mengikut amalan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
16
24.
Penandaan Sempadan
(1)
Setiap tanda sempadan hendaklah ditanam sebelum atau semasa ukuran dijalankan dengan menggunakan tanda-tanda sempadan yang ditetapkan oleh Jabatan.
(2)
(a)
Tanda sempadan hendaklah ditanam dengan kemas di dalam tanah dan bahagian atasnya berada pada ketinggian yang sesuai di atas permukaan tanah.
(b)
Penandaan sempadan di atas permukaan keras seperti batu atau konkrit hendaklah dibuat dengan jelas, secara kekal.
(3)
(a)
Jika tanda sempadan baru perlu ditanam di atas garisan lama, memadai tanda-tanda sempadan tersebut ditanam berdasarkan kepada koordinat dalam pelan pra hitungan atau dalam pelan surihan kerjaluar atau koordinat asal (NDCDB).
(b)
Tanda-tanda sempadan perantaraan hendaklah ditanam di atas garisan antara dua tanda sempadan penghujung.
(4)
Jika titik sempadan berada di kedudukan yang tidak boleh ditandakan, maka kaedah Tiada Tanda (T.T.) hendaklah
(a)
tanda-tanda
rujukan
kekal
hendaklah
ditanam
bagi
17
(b)
tanda-tanda rujukan kekal itu hendaklah ditanam di atas persilangan sempadan-sempadan berkenaan, seberapa hampir kepada butiran penghalang.
25.
(1)
Tanda-tanda sempadan yang dibenarkan adalah (a) batu konkrit, tiang konkrit, batu granit dan paip besi mengikut saiz yang ditetapkan oleh Jabatan;
(b)
(c)
tanda atas batu iaitu tanda lubang dengan satu anak panah dipahat menunjuk ke arah lubang tersebut; dan
(d)
tanda ketetapan
lain
yang
dibenarkan
oleh
Jabatan, ke
yang
dikeluarkan
dari
semasa
(2)
Singkatan dan simbol yang digunakan bagi tanda-tanda sempadan hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan.
26.
(1)
Tanda-tanda di atas sempadan lurus hendaklah ditanam pada sela yang tidak melebihi 300 meter jika tanda-tanda tersebut saling nampak atau pada sela tidak melebihi 200 meter jika tidak saling nampak.
(2)
ditandakan di hujung perentas supaya jarak normal dari lengkung tersebut ke garisan perentas tidak melebihi 0.2 meter.
(3) 27.
Simpanan Jalan
(1)
Kecuali terdapat arahan sebaliknya, simpanan jalan hendaklah diukur supaya kedua-dua garisan sempadan adalah selari.
(2)
Ukuran simpanan bagi jalan baru melalui tanah kerajaan hendaklah mengambil kira keperluan untuk memasukkan tambakan, potongan dan lain-lain binaan yang berkaitan ke dalam simpanan jalan.
28.
Ukuran Semula
(1)
Ukuran semula tidak perlu jika ukuran terdahulunya mengikut peraturan Jabatan dan tanda-tanda sempadan telah disahkan dalam kedudukan baik oleh Pegawai Petempatan.
(2)
Dalam kes pecah sempadan, pecah bahagian, serahan atau pengambilan balik, ukuran semula hendaklah tertumpu kepada sempadan-sempadan yang terlibat manakala garisan-garisan
(3)
Kecuali diminta sebaliknya, maka ukuran bahagian lot yang terlibat dengan pengambilan balik di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, terhad kepada baki lot itu sahaja, yang mana perlu dijalankan mengikut peraturan kecil (2).
(4)
(a)
semula
bagi
sempadan
bentuk
semulajadi, sempadan
sedemikian
hendaklah yang
diukur boleh
hampir
(i)
sungai atau laut mara ke dalam lot hingga melepasi garisan terabas sedia ada; dan
(ii)
sungai atau laut mara ke dalam lot menyebabkan lot terbahagi dua atau lebih.
(b)
Dalam
kes
ukuran
semula
bagi
sempadan
bentuk
semulajadi di mana sungai atau laut mundur keluar lot, sempadan yang sedemikian hendaklah diukur mengikut garisan terabas yang dahulunya digunakan bagi tujuan menetapkan sempadan bentuk semulajadi tersebut. Di mana terdapat apa-apa topangan, tembok atau lain -lain binaan yang telah dibina dengan sah, ukuran sempadan bolehlah dilakukan dengan memasukkan binaan berkenaan selagi keluasannya tidak keterlaluan melebihi keluasan yang dinyatakan di atas dokumen hakmilik.
(5)
Kecuali
bagi
kes
ukuran
semula
untuk
sempadan
bentuk
semulajadi, jika nilai ukuran berada dalam had yang dibenarkan berbanding nilai ukuran asalnya maka ukuran terdahulu itu bolehlah diterima dengan mengenakan anotasi mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan. 29. Ukuran Hak Lalulalang
20
(1)
Bagi laluan yang sedia wujud, tanda-tanda sempadan hanya ditanam pada lengkok laluan sebagai stesen terabas dan ofset kepada laluan yang secukupnya hendaklah diambil daripada stesenstesen tersebut.
(2)
Bagi laluan cadangan, tanda-tanda sempadan ditanam pada setiap lengkok laluan tersebut dan ukuran hanya dijalankan bagi satu sisinya sahaja.
30.
Ukuran Strata
Di dalam menjalankan kerja pengukuran dan penyediaan hakmilik strata, setiap peraturan yang ditetapkan melalui Akta Hakmilik Strata 1985, yang merangkumi perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi
(a)
(b)
ukuran untuk menentukan kedudukan bangunan-bangunan, blok-blok sementara dan petak aksesori di luar bangunan;
(c)
(d)
ukuran dimensi mendatar petak, petak tanah, petak aksesori dan harta bersama; dan
(e) 31.
Ukuran Stratum
Di dalam menjalankan kerja pengukuran dan penyediaan hakmilik stratum, setiap peraturan yang ditetapkan melalui Bahagian Lima (A), Kanun Tanah 21
(a)
ukuran lokasi;
(b)
(c)
32.
Ukuran Ofset
Ukuran ofset, di mana perlu, hendaklah dibuat untuk membolehkan butiran kekal ditunjukkan di atas Pelan Akui bagi perkara-perkara berikut:
(a)
laluan yang sedia ada di atas tanah bagi pengwujudan hak lalulalang di bawah Peraturan 48;
(b)
halangan yang berdekatan dengan tanda rujukan bagi posisi Tiada Tanda (T.T.);
(c)
sebarang bangunan atau binaan kekal seperti longkang, pagar dan lain-lain yang terletak di dalam lot dan di atas garisan sempadan; dan
(d)
sebarang butiran kekal termasuk sungai, tasik, laluan sistem pengangkutan dan menara bekalan tenaga elektrik yang terdapat berhampiran dengan garisan ukuran.
22
(1)
Kaedah pelarasan data cerapan hendaklah menggunakan kaedah pelarasan kuasadua terkecil.
(2)
(a)
(b)
(3)
Keputusan sama ada untuk menerima atau menolak hasil cerapan kerjaluar dan sebab yang jelas bagi penolakan itu akan dimaklumkan kepada Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen secara online.
34.
Format Data
(1)
Format data yang diperlukan untuk pelarasan mestilah mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan.
(2)
Penghantaran data ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri adalah melalui portal yang disediakan oleh Jabatan.
23
35.
Kriteria Pelarasan
(1)
Cerapan bearing dan jarak mendatar akan digunakan untuk tujuan pelarasan.
(2)
Bagi pelarasan Kekangan Minimum, hanya dua stesen CRM atau dua tanda lama dari NDCDB sahaja diperlukan, atau gabungan kedua-duanya.
(3)
Bagi pelarasan Kekangan Maksimum, tiga atau lebih stesen CRM atau tanda lama dari NDCDB yang bertaburan seimbang di kawasan kerja diperlukan, atau gabungan kedua-duanya.
36.
Output Pelarasan
(1)
Output pelarasan hendaklah mengandungi cerapan terlaras, koordinat terlaras berserta kejituannya, analisis statistik dan grafik ralat elips.
(2)
Koordinat pelarasan hendaklah dikira dan ditunjukkan kepada tiga titik perpuluhan.
37.
(1)
(2)
Koordinat. 24
(a)
Koordinat
mestilah
mencapai
ketepatan
sepertimana
Peraturan 37.
(b)
Koordinat yang diperolehi daripada NDCDB hendaklah digunakan dalam penyediaan pelan pra-hitungan, Surihan Kerjaluar, Pelan Akui dan lain-lain yang berkaitan dengan ukuran kadaster.
(3)
Keluasan.
(a)
Luas lot hendaklah dijana daripada NDCDB kepada 0.1 meter perseg terhampir.
(b)
(i)
(ii)
keluasan melebihi 1 hektar dan tidak melebihi 10 hektar ditunjuk kepada 0.001 hektar terhampir; dan
(c)
Lot-lot yang tidak ditunjuk dalam hektar hendaklah ditunjuk dalam meter persegi dan digenapkan kepada meter persegi terhampir. Bagi pecahan lot di mana keluasannya kurang daripada 1 meter persegi, ditunjuk kepada 0.1 meter persegi terhampir.
25
(d)
(i)
(ii)
Lot - lot perumahan atau bangunan, perusahaan atau perindustrian dan lot-lot dalam bandar dan pekan yang lebih daripada 2 hektar.
(e)
Keluasan hendaklah ditunjukkan dalam meter persegi bagi lot-lot perumahan atau bangunan, perusahaan atau
perindustrian dan lot-lot dalam bandar dan pekan yang kurang daripada 2 hektar.
(f)
(i)
Keluasan lantai mana-mana petak dan petak aksesori hendaklah ditentukan dengan kaedah penskalaan dan ditunjukkan kepada meter persegi terhampir; dan
(ii) Keluasan petak tanah hendaklah ditentukan berdasarkan kepada nilai ukuran dan ditunjukkan kepada meter persegi terhampir.
(g)
Segipadu bagi lot stratum hendaklah dihitung kepada 0.1 meter padu dan ditunjukkan kepada meter padu terhampir.
(4)
(a)
perbezaan
luas
ukuran
yang
(i)
(ii)
tidak melebihi 2 hektar bagi luas antara 40 hektar dan 200 hektar; dan
(b)
Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan apaapa perbezaan antara luas diukur dengan luas yang diluluskan yang melebihi had, mengikut peraturan kecil (4)(a). Jika terdapat perbezaan ketara antara keluasan
tersebut, Pengarah Ukur dan Pemetaan atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah merujuk perkara tersebut
kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pentadbir Tanah. 39. Tentusah Kedudukan Tanda Sempadan Lama
(1)
Perbandingan dengan koordinat NDCDB dibuat bagi memastikan bahawa tanda-tanda sempadan lama yang digunakan bagi ukuran tidak berganjak dengan ketara dari kedudukan asalnya.
(2)
Had anjakan vektor tanda sempadan yang dibenarkan adalah 0.050 meter bagi kawasan bandar/pekan serta pembangunan baru manakala bagi kawasan lain had anjakan vektor adalah 0.10 meter.
40.
(1)
Nilai asal koordinat NDCDB adalah digunapakai sekiranya tandatanda sempadan yang berganjak tidak melebihi had yang ditetapkan mengikut Peraturan 39. 27
(2)
Tanda-tanda sempadan yang hilang atau berganjak melebihi had yang ditetapkan mengikut Peraturan 39 perlu ditanam pastian mengikut nilai asal koordinat NDCDB.
28
(1)
Tikaian maksimum yang dibenarkan dalam ukuran kadaster adalah sebagaimana berikut: 15 n di mana n adalah bilangan stesen;
(a)
(b)
bagi
ukuran
GNSS
secara
statik,
tikaian
yang
dibenarkan untuk sesuatu garisan adalah tidak melebihi 10 mm atau ketepatan relatif yang tidak melebihi daripada (a + bL) mm di mana a = 5 mm, b = 2 ppm dan L adalah jarak garisan asas dalam kilometer; dan
(c)
tikaian bagi ukuran aras stratum hendaklah tidak lebih daripada 0.012K meter, di mana K adalah jumlah jarak dalam kilometer.
(2)
Tiada apa-apa dalam Peraturan ini yang menghalang Pengarah Ukur dan Pemetaan daripada menggunakan budibicaranya untuk menerima ukuran yang tikaiannya tidak menepati kehendak di atas dengan alasan yang munasabah.
29
BAB VI FORMAT PELAN DAN MAKLUMAT LAIN 42. Penyediaan Pelan Akui, Pelan Warta Dan Lain-lain Pelan
(1)
Pelan Akui, pelan warta dan lain-lain pelan hendaklah disediakan secara berdigit mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan.
(2)
(3)
Pelan Akui hendaklah disediakan bagi setiap ukuran hakmilik tanah, ukuran hakmilik strata dan ukuran hakmilik stratum kecuali ukuran hak lalulalang.
(4)
(a)
(b)
(c)
ruang
atas
Pelan
Akui
asal
tidak
mencukupi
bagi
(d)
ukuran melibatkan lot yang disempadani oleh sempadan semulajadi mengikut Peraturan 28(4).
30
(5)
Jika Pelan Akui asal tidak dapat dikesan atau tidak boleh dibaca, Pelan Akui baru hendaklah disediakan berdasarkan kepada maklumat dalam rekod ukur yang sedia ada.
(6)
(a)
yang
menunjukkan sempadan fasa-fasa perlu disediakan bagi ukuran yang dijalankan mengikut fasa.
(b)
Jika sempadan fasa telah berubah, satu pelan fahrasat baru perlu disediakan.
(c)
Sempadan putus-putus.
fasa
hendaklah
dilukis
dengan
garisan
(7)
(a)
berdasarkan
kepada
nilai
(b)
Akui
hendaklah
disediakan
mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jabatan. 43. Pindaan Pelan Akui
(1)
Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah meminda Pelan Akui jika terdapat kesilapan atau ketinggalan, berlaku perubahan
sempadan pentadbiran atau tanah berimilik terhenti menjadi sebahagian bandar, pekan atau mukim, mengikut peruntukan seksyen 396A Kanun Tanah Negara 1965.
(2)
Setiap pindaan atau tambahan yang dibuat di atas Pelan Akui hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Jabatan. 31
(3)
oleh Jabatan dan disahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan. 44. Pelan Akui Bagi Ukuran Semula
Sekiranya Pelan Akui tidak perlu disediakan bagi ukuran semula, satu anotasi hendaklah disediakan di atas Pelan Akui asal seperti berikut dan ditandatangani oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan:
Sempadan
lot
.........
telah
disahkan
pada..
dalam fail. Pengarah Ukur dan Pemetaan 45. Pelan Akui Susunan
(1)
Jika Pelan Akui telah dilukis dengan kesemua nilai -nilai sempadan lot disusun daripada Pelan-pelan Akui yang sedia ada, kenyataan Pelan disusun daripada P.A. ........... hendaklah disediakan di atas Pelan Akui.
(2)
Jika Pelan Akui telah dilukis di mana sebahagian nilai sempadan lot disusun daripada Pelan-pelan Akui yang sedia ada dan
disusun
sebahagiannya daripada P.A. ............. hendaklah disediakan di atas Pelan Akui. 46. Maklumat Pada Peta Kadaster
(a)
mengikut
kehendak
(b)
(i)
(ii)
nombor lot ;
(iii)
(iv)
luas lot;
(v)
(vi)
(c) 47.
Garisan Sempadan
sempadan
hendaklah
ditunjukkan
dengan
garisan
(1)
(a)
garisan
yang
menghubungkan 33
tanda-tanda
sempadan
(b)
hak
lalulalang
yang dipersetujui
hendaklah
dilukis
(2)
(a)
garisan antara tanda-tanda sempadan yang membentuk garisan sempadan hak lalulalang, hendaklah dilukis sebagai garisan putus -putus; dan
(b)
sempadan hak lalulalang yang bertentangan hendaklah ditunjukkan mengikut skala, menepati lebar yang diperlukan. Garisan-garisan ini hendaklah dilukis selari dengan
sempadan yang diukur, sebagai garisan putus- putus. 49. Penyediaan Pelan Hakmilik Tanah
Pelan hakmilik tanah hendaklah disediakan secara berdigit mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan. 50. Maklumat Ukur Bagi Dokumen Hakmilik
Maklumat ukur bagi dokumen hakmilik daftaran dan dokumen hakmilik keluaran hendaklah disediakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan. 51. Pajakan Melombong
Salinan Pelan Akui bagi pajakan melombong hanya boleh disediakan setelah sijil melombong dikeluarkan. 34
52.
Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah memberitahu Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah mengenai apa-apa pindaan yang diperlukan ke atas pelan hakmilik akibat daripada perubahan atau tambahan maklumat kepada Pelan Akui yang telah diluluskan, yang dibuat mengikut Peraturan 43. 53. Penyediaan Hakmilik Gantian
(1)
Dokumen
hakmilik
gantian
hendaklah
disediakan
mengikut
(2)
Sebelum dokumen hakmilik gantian disediakan, Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah memastikan bahawa Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah telah memberi bukti yang cukup bahawa dokumen hakmilik asal telah
(a)
dibatalkan;
(b)
hilang;
(c)
(d) 54.
penuh.
Penyediaan lain-lain jenis pelan hendaklah disediakan mengikut garis panduan Jabatan.
35
BAB VII PANGKALAN DATA 55. Maklumat Dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB)
Kebangsaan
hendaklah
mengandungi maklumat lot termasuk bearing, jarak, nombor lot, keluasan, koordinat, tanda sempadan, kod pentadbiran dan lain-lain maklumat yang ditetapkan oleh Jabatan. 56. Kemasukan Data Ke NDCDB
(1)
(2)
Setiap kemasukan data ke NDCDB perlu diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.
57.
(1)
Semua pelan yang dihasilkan hendaklah dikemaskini ke dalam pangkalan data yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
(2)
Setiap pengemaskinian pangkalan data perlu diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.
58.
Backup Data
Semua data ukur berdigit termasuk data cerapan, hasil pelarasan, data 36
Pelan Akui dan data yang tersimpan dalam pangkalan-pangkalan data hendaklah dibackup mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan.
37
(1)
Satu siri nombor lot sahaja hendaklah diperuntukkan bagi setiap mukim, bandar atau pekan termasuk seksyen, jika ada.
(2)
Nombor menaik.
lot
hendaklah
dikeluarkan
menurut
susunan
siri
(3)
Sesuatu
nombor
lot
yang
telah
dikeluarkan
tidak
boleh
digunakan lagi.
(4)
Bagi mukim, bandar, pekan dan seksyen yang baru diwujudkan, siri nombor lot baru hendaklah diperuntukkan dan dibuat rujuk silang kepada semua rekod ukur yang terlibat termasuk dokumen dokumen hakmilik.
(5)
Apabila sempadan-sempadan mukim, bandar, pekan dan seksyen berubah sama ada akibat dari pewujudan sempadan baru atau perubahan kawasan, siri nombor lot baru hendaklah
diperuntukkan. Setiap perubahan nombor lot hendaklah dilaporkan kepada Pentadbir Tanah. 60. Penomboran Pelan-pelan
(1)
Siri Pelan
nombor Akui,
yang
berbeza
hendaklah
diperuntukkan
bagi
(2)
(3)
61.
(1)
Satu siri nombor media storan sahaja hendaklah diperuntukkan bagi setiap Negeri.
(2)
(3)
Sesuatu nombor media storan yang telah dikeluarkan tidak boleh digunakan lagi.
62.
Penomboran Strata
Penomboran hendaklah mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Jabatan bagi maksud-maksud berikut:
bangunan; blok sementara; blok sementara atas bangunan; menara; tingkat; tingkat bawah tanah; tingkat mezanin;
39
petak; petak tanah; petak aksesori; skim; dan Pelan Akui Strata.
63.
Penomboran Stratum
(1)
Hanya satu siri nombor lot stratum hendaklah diperuntukkan bagi setiap Daerah atau Jajahan.
(2)
Tanda aras yang sah serta nombornya yang dikeluarkan oleh Jabatan hendaklah digunakan.
(3)
Siri nombor bagi Pelan Akui Stratum hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan.
40
BAB IX ARAHAN
64.
Arahan Pentadbiran
Bagi melaksanakan Peraturan-peraturan ini, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia berhak dari semasa ke semasa membuat sebarang arahan atau Pekeliling yang bersabit dengan amalan ukur kadaster terkini. 65. Menjaga Kepentingan Kerajaan
Setiap Pegawai Ukur atau Juruukur Tanah Berlesen berkewajipan memastikan kepentingan Kerajaan sentiasa terpelihara semasa
Pegawai Jabatan adalah dilindungi oleh seksyen 22 Kanun Tanah Negara 1965 dalam menjalankan tanggungjawabnya.
41
(1)
Tiada apa-apa dalam Peraturan ini yang boleh menjejaskan pelaksanaan ukuran sebelumnya atau apa-apa yang dilakukan di bawah mana-mana Peraturan Ukur terdahulu.
(2)
Pekeliling-pekeliling sedia ada dan tidak bercanggah dengan Peraturan ini akan terus terpakai sehingga Pekeliling yang lain dikeluarkan untuk menggantikannya.
42