You are on page 1of 4

ISTANA MENANTI (Abd Latip Talib)

Tema: Pembongkaran misteri Istana Menanti

Persoalan: 1. Semangat setia kawan dalam menempuh rintangan dan masalah. 2. Menghargai sejarah sesuatu tempat. 3. Semangat kerjasama antara penduduk kampong dengan pihak polis untuk membenteras jenayah. 4. Kasih sayang dalam keluarga. 5. Penghargaan kepada orang yang telah berjasa. 6. Tanggungjawab menjaga keamanan Negara daripada anasir subversif

Watak dan Perwatakan : 1. Fadhil ,Ramasamy , dan Ah Seng Tiga orang sahabat yang berusia 15 tahun. Berani-telah ke Istana Menanti bagi membongkar misteri. Mempunyai semangat setia kawan dalam persahabatan. Tidak mudah berputus asa dan tabah mengharungi dugaan. Mempunyai semangat tolong-menolong antara satu dengan yang lain. Mempunyai keluarga yang prihatin dan penyayang.

Watak dan Perwatakan : 2. Tuk Ngah Berusia 80 tahun. Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Istana Menanti dan sejarah Negara. Telah menemani Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng ke Istana Menanti Membantu pihak polis mengesan kedudukan Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng yang sesat dalam terowong. Bekerjasama menangkap Dollah yang mencari harta karun secara haram dan prokomunis. 3. Dollah Rakan Tuk Ngah sejak kecil. Menyertai pergerakan perjuangan komunis. Dilantik menjadi ketua pasukan ke-10 parti komunis Malaya. Telah menghilangkan diri selama 10 tahun . Mencari harta karun di dalam Istana Menanti. Akhirnya ditangkap oleh polis

1. Latar Masa Pukul 5.00 petang Waktu siang Waktu malam

Latar: 2. Latar Tempat Di Istana Menanti Di Balai Polis Di rumah Tuk Ngah Dalam terowong bawah tanah 3. Latar Masyarakat Masyarakat yang setia kawan Masyarakat yang berkerjasama Masyarakat yang tahu membalas budi Masyarakat yang mementingkan kekayaan Masyarakat yang berminat tentang misteri

Plot : 1. Permulaan Tuk Ngah bercerita tentang misteri Istana Menanti kepada Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng. Mereka berminat dan ingin meneroka misteri Istana Menanti. 2. Perkembangan Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng ke Istana Menanti denga ditemani Tuk Ngah. Semua pintu Istana Menanti berkunci. Fadhil memanjat tangga dan membuka sebuah tingkap. Ketiga-tiga mereka masuk kecuali Tuk Ngah 3. Permasalahan Mereka menemui terowong bawah tanah melalui sebuah bilik. Setelah masuk ke dalam terowong bawah tanah mereka tersesat. Ketika mencari jalan keluar, mereka berjumpa dengan Khairil Anwar penuntut UPM yang ingin mengkaji sejarah Istana Menanti. Akibat keletihan mereka tidur secara bergilir. 4. Puncak Ah Seng mengadu sakit perut lalu masuk ke dalam terowong. Seseorang telah mengetuk kepala Ah Seng dan menyebabkannya pengsan. Ketika mencari Ah Seng, mereka terserempak dengan beberapa orang lelaki yang bersenjata. Lelaki tersebut memaksa mereka menggali tanah untuk mendapatkan harta karun. Keluarga Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng membuat laporan polis tentang kehilangan mereka. 5. Peleraian Dengan kerjasama pihak polis dan penduduk kampong, akhirnya penjenayah tersebut dapat ditangkap dan mereka telah selamat. Majlis kesyukuran dan doa selamat diadakan di balai raya. Mereka telah mendapat pujian daripada ketua Plos Daerah dan menerima hadiah penghargaan daripada Menteri Besar.

Gaya Bahasa: 1. Bahasa Arab: Alhamdulillah (hal.56), InsyaAllah (hal.7), astaghfirullahalazim (hal.74) 2. Sinkope : tuk, dulu,saja,tu (hal.4) 3. Metefora: diari ingatan (hal.8) 4. Peribahasa: iri hati (hal.12), senang hati (hal.7)

Nilai Pengajaran: 1. Kasih sayang Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan prihatin terhadap mereka yang mengalami kesusahan. 2. Kerjasama Kita mestilah berkerjasama dan saling bantu membantu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 3. Mengenang jasa Kita hendaklah memberi penghargaan kepada orang yang telah berjasa 4. Setia kawan Kita hendaklah mempunyai semangat setia kawan dalam persahabatan 5. Bertanggungjawab Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah 6. Rasional Kita perlu bertindak secara rasional apabila melakukan sesuatu perkara.