You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA 47130 PUCHONG , SELANGOR

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN 1. NAMA PERTUBUHAN Persatuan Kelab Guru & kakitangan Sek. Men. Keb. Putra Perdana, (KGKSMKPP) Jalan PP3A, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor 2. OBJEKTIF Menjadi Persatuan yang cekap dalam memperjuangkan hak guru-guru dan kakitangan serta dapat menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan dari segi sosial, ekonomi, masalah semasa yang timbul serta pendidikan mengikut undang-undang sedia ada. 3. MISI PERSATUAN Sentiasa AKTIF; merancang dan melaksana pelbagai program berfaedah , motivasi ke arah melahirkan warga KGKSMKPP yang lebih Inovatif, Proaktif dan Progresif selaras untuk meningkatkan profesion pendidikan dan dalam masa yang sama melindungi serta memperjuangkan hak setiap ahli persatuan. 4. KEAHLIAN Semua guru-guru SMK Putra Perdana dan kakitangan (staf sokongan) secara automatik menjadi ahli kelab. 5. YURAN KEAHLIAN 5.1 Semua ahli wajib membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10 iaitu sekali seumur hidup 5.2 Kadar bayaran yuran tahunan adalah seperti berikut : a) Guru : RM 80 b) Kakitangan : RM 60 Nota : Yuran tahunan boleh dibayar 2 kali setahun atau secara ansuran melalui Bendahari Kelab Guru dan kakitangan 6. MESYUARAT AGUNG 6.1 Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan setahun sekali iaitu ketika mesyuarat guru pertama dijalankan 6.2 Mesyuarat Agung hanya boleh dijalankan sekiranya kehadiran ahli tidak kurang 2/3 daripada keseluruhan ahli kelab 7. MESYUARAT TERGEMPAR Mesyuarat tergempar boleh dilaksanakan tertakluk kepada perkara-perkara berikut: 7.1.1 1/3 daripada ahli kelab mengemukakan usul meminta mesyuarat tersebut diadakan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA 47130 PUCHONG , SELANGOR

7.1.2

Jika kehadiran itu kurang daripada 1/2 jumlah ahli jawatankuasa, mesyuarat akan digugurkan dan akan dipanggil semula selepas 14 hari dari tarikh tersebut. Pada ketika ini, sebarang keputusan yang diambil adalah muktamad.

8. AHLI JAWATANKUASA Nota : Sekurang-kurangnya seorang daripada kakitangan sokongan secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah terdiri daripada 6 orang dan AJK terdiri daripada 7 orang termasuk kakitangan sokongan. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa mengikut perlembagaan ini adalah seperti berikut: 8.1 Pengerusi I Memanggil mesyuarat II Mempengerusikan mesyuarat III Melantik Ahli Jawatankuasa kecil IV Membuat keputusan Ahli Jawatankuasa kecil V Memimpin aktiviti kelab secara keseluruhan Naib Pengerusi I Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya Setiausaha I Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat II Menguruskan surat-menyurat III Menyimpan rekod kehadiran ahli Penolong Setiausaha I Membantu kerja-kerja Setiausaha seperti di atas Bendahari I Menguruskan hal ehwal berhubungkait dengan kewangan Penolong Bendahari I Membantu kerja-kerja Bendahari Ahli jawatankuasa I Menghadiri mesyuarat II melaksanakan kerja-kerja sokongan

8.2 8.3

8.4 8.5 8.6 8.7

9. PERLANTIKAN SAH AHLI JAWATANKUASA 9.1 Tempoh perlantikan sah Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah selama 2 tahun. 9.2 Jika Penasihat Kelab mengumumkan perlantikan jawatankuasa baru atau pembubaran jawatankuasa lama persatuan semasa Mesyuarat Guru kali pertama setiap tahun, secara

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA 47130 PUCHONG , SELANGOR

automatik Ahli jawatankuasa yang telah dilantik pada tahun sebelumnya akan tamat berkhidmat. 10. JAWATANKUASA BIRO 10.1 BIRO KEBAJIKAN Menguruskan hal berkaitan kebajikan ahli 10.2 BIRO KECERIAAN DAN KESELAMATAN BILIK GURU Menguruskan kebersihan,keceriaan dan keselamatan bilik guru 10.3 BIRO DAKWAH DAN UKHUWAH Menguruskan aktiviti kerohanian dan aktiviti perhubungan sesama guru 10.4 BIRO PENAJAAN Melaksanakan aktiviti pemasaran termasuk mengumpul dana kelab 10.5 BIRO SUKAN & REKREASI Menguruskan aktiviti sukan dan rekreasi 11. PEMANSUHAN KELAB Pemansuhan kelab boleh dibuat sekiranya menepati syarat-syarat berikut: I 2/3 daripada ahli kelab ingin atau bersetuju berbuat demikian II Baki kewangan tahun ini akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan akan diserahkan kepada mana-mana kelab baru yang ditubuhkan. Nota : Baki wang tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada ahli 12. FAEDAH AHLI Setiap ahli KGKSMKPP dengan sendirinya menjadi ahli persatuan sekiranya bersetuju dan mendaftarkan diri sebagai ahli. Faedah diberikan ialah: 12.1 Saluran Menyuarakan Pendapat Setiap ahli KGKSMKPP berhak untuk memperjuangkan hak mereka dan menyuarakan pendapat melalui persatuan ini, di mana pihak persatuan akan cuba mencari jalan rundingan agar kedua-dua pihak berpuas hati.Ini bermakna persatuan akan menjadi orang tengah (saluran terbaik) dalam menyelesaikan konflik yang berlaku. Majlis anjuran KGKSMKPP Persatuan akan terlibat secara langsung dalam majlis yang diadakan di sekolah. Ini bermakna dana yang disumbangkan oleh setiap ahli akan digunakan dalam majlis.Contohnya jamuan akhir Tahun, Hari Guru dan sebagainya. Khairat kematian

12.2

12.3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA 47130 PUCHONG , SELANGOR

Setiap ahli yang kehilangan/kematian ibu bapa kandung, anak atau suami/isteri layak mendapat sumbangan bagi mengurangkan beban kesedihan. Sekiranya ahli sendiri yang meninggal, pihak persatuan akan cuba sedaya upaya menghubungi waris untuk memberikan sumbangan berkenaan. Sumbangan yang diperuntukkan adalah RM50. 12.4 Perkahwinan Bagi ahli yang akan melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, ahli ini berhak mendapat sedikit sumbangan daripada persatuan dalam bentuk hadiah atau sesuatu yang dirasakan sesuai. Peruntukkan sumbangan adalah RM50. Kelahiran Ahli juga akan memperolehi sedikit sumbangan daripada pihak persatuan sekiranya anak pertama atau ahli yang isterinya melahirkan anak pertama di SMK Putra Perdana. Sumbangan yang diperuntukkan ialah RM30. Persaraan Pihak persatuan akan cuba mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli yang akan bersara dengan dana yang ada. Guru yang berkhidmat selama lebih daripada sepuluh tahun berhak menerima RM150. Pertukaran guru/ perkhidmatan guru praktikal Pihak persatuan akan cuba mengadakan majlis meraikan guru baru atau guru praktikal dengan menggunakan dana yang ada. Guru yang berkhidmat lebih daripada satu tahun berhak menerimanya. Sumbangan yang diperuntukkan ialah RM30. Musibbah ahli Persatuan sentiasa peka dengan musibbah/masalah yang dihadapi ahli dan akan cuba mencari jalan untuk membantu bergantung kepada situasi. Contohnya kebakaran rumah, kemalangan,kecurian dan sakit yang kritikal. Hal-hal berkaitan Pihak persatuan sebagai medium pengantara kepada guru-guru dan kakitangan sentiasa terbuka untuk mendengar sesuatu isu dan akan cuba menyelesaikannya dengan syarat setiap ahli tidak terburu-buru dan sentiasa merujuk kepada pihak persatuan, khususnya Pengerusi dan Naib Pengerusi.

12.5

12.6

12.7

12.8

12.9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA JALAN PP3A, TAMAN PUTRA PERDANA 47130 PUCHONG , SELANGOR

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Sebagai satu persatuan yang ditadbir dan diuruskan oleh warga SMK Putra Perdana , maka di sini amat ditekankan bahawa setiap keluar/masuk dana yang diperolehi MESTI direkodkan dan pihak persatuan mesti melantik satu badan bebas (audit dalaman) yang akan meneliti dan mengesahkan perjalanan kewangan persatuan. Disediakan oleh; Disemak dan Diakui,

----------------------------------ZARAH AHMAD Setiausaha KGKSMKPP

-----------------------------------------AMALLUDIN SUFIAN Pengerusi Kelab guru & Kakitangan (KGKSMKPP) SMK Putra Perdana

Disaksikan :

---------------------------------------ROGIAH ABD MOIN Penolong Kanan 1 SMK Putra Perdana

You might also like