You are on page 1of 38

FAKULTI SAINS & MATEMATIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TSE 2013 SAINS ALAM SEKITAR LAPORAN PROJEK 1: PENCEMARAN BAU DI PEKAN TANJUNG MALIM

Siti Maimun Ali Al Tamas Anis Hayati Binti Kamaruddin Nor Azwani binti Mohammed NAMA PELAJAR Nurul Nadia Binti Ali Naziratul Asyikin Binti Mohd Sam Siti Saufu Binti Mat Isa DR. HUSNI IBRAHIM 1 OKTOBER 2010

D20071029415 D20081032222 D2008103224 D20081032226 D20091035116 D20091035140

NAMA PENSYARAH TARIKH DIHANTAR

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN OBJEKTIF KAEDAH KAJIAN ANALISIS KAJIAN A) Soal Selidik Perbincangan analisis soal selidik

1 2 2 2 2 14 18 18 27 31 33 37 42

B) Temuramah

- Sesi Temuramah Bersama Responden


Sesi Temuramah Bersama Pihak Majlis Daerah Tanjung Malim

PUNCA PENCEMARAN BAU DI PEKAN TANJUNG MALIM LANGKAH-LANGKAH MENGATASI REFLEKSI KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN

Pencemaran Bau Di Pekan Tanjung Malim PENGENALAN:


Pekan Tanjung Malim merupakan sebuah kawasan yang sedang pesat membangun. Pembangunan yang pesat ini menyebabkan ekosistem dan kualiti alam turut terjejas. Masalah pencemaran merupakan fenomena yang sering diperkatakan. Di antara isu-isu alam sekitar yang sering diperkatakan adalah pencemaran bau, pencemaran udara, pencemaran air, pemanasan global, eutrofikasi, pembetukan asap fotokimia, fenomena hujan asid serta pelbagai kesan buruk yang lain. Pencemaran alam sekitar bukan sahaja mendatangkan kemudaratan malah juga memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang. Pencemaran bau merupakan satu masalah pencemaran yang kurang diberi perhatian berbanding dengan pencemaran-pencemaran lain seperti pembuangan sisa toksik, pepejal berbahaya, asap beracun dan sebagainya. Bau yang tidak menyenangkan mampu member kesan buruk terhadap kesihatan seseorang di samping menimbulkan rasa yang tidak selesa dalam diri kita. Di Tokyo, bau busuk yang keluar dari sebuah bungkusan mengandungi ramuan membuat ubat Cina di sebuah pejabat pos Tokyo menyebabkan 45 kakitangannya dihantar ke hospital (Berita Harian, 12 Sept. 2000, m.s 20: sila lihat Lampiran 5) Melihat kepada kesan pencemaran bau dalam bidang kejuruteraan awam, ia memberikan impak yang besar terhadap sesuatu projek pembinaan. Contohnya, seperti faktor pemilihan tapak untuk loji kompos bagi rawatan sisa pepejal. Ini adalah disebabkan oleh loji tersebut perlu diletakkan berdekatan dengan kawasan pembangunan. Di samping itu, kekurangan kaedah mengawal bau pada loji kompos menambahkan lagi kesan negative terhadap alam sekitar (Maloney, 2005). Begitu juga dengan kawasan perumahan yang berhampiran dengan kilangkilang industri perladangan dan penternakan, penduduk setempat sering diganggu dengan bau yang tidak menyenangkan yang dihasilkan daripada tempat-tempat tersebut. Bau ialah sesuatu yang dapat kita hidu, sama seperti bunyi yang dapat kita dengar dan sentuhan yang dapat kita rasa. Ringkasnya, bau ialah sesuatu perkara yang berkaitan dengan deria hidu. Simposium Intitut Karolinska Ketiga mendefinisikan bau sebagai hasil kepada deria hidu yang diaktifkan atau sebagai suatu pengalaman menghidu. Pencemaran bau boleh
3

didefinisikan sebagai aroma atau bauan yang kurang menyenangkan atau dari segi saintifiknya sebagai interpritasi hasil penerimaan ransangan pada sistem deria bau. Kebiasaanya, pencemaran bau terhasil akibat penyerapan bahan organik dan tak organik di ruang udara.

OBJEKTIF:
1. Mengenal pasti faktor dan punca berlakunya pencemaran bau di Pekan Tanjung Malim. 2. Mengkaji tahap kesedaran peniaga dan penduduk Pekan Tanjung Malim tentang masalah pencemaran bau di kawasan perniagaan dan tempat tinggal mereka.

KAEDAH KAJIAN:
Kajian ini dijalankan menggunakan dua kaedah iaitu soal selidik dan temuramah. Kajian kami lebih berfokus kepada penilaian secara kualitatif dan tidak secara kuantitatif. Hal ini kerana kaedah kuantitatif bagi mengukur pencemaran bau memerlukan alatan yang mahal malah keperluan alatan tersebut tiada di Makmal Penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Walaupun terdapat kekangan, kami cuba sedaya upaya memastikan kajian kami menepati syarat sebagai hasil kajian yang baik. Soal selidik dan temuramah telah dijalankan keatas penduduk serta peniaga di sekitar Pekan Tanjung Malim. Temuramah ke atas Pengawai Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) juga dijalankan demi memastikan kajian kami merangkumi keseluruhan sistem organisasi pihak berkuasa serta penduduk setempat.

ANALISIS KAJIAN:
Analisis kajian membincangkan tentang dapatan kajian yang dijalankan untuk menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu meninjau masalah, punca utama dan cara-cara penyelesaian yang dijalankan bagi pencemaran bau di Pekan Tanjung Malim. A) SOAL SELIDIK Soal selidik kami terdiri daripada 11 soalan mengenai pencemaran bau di Tanjung Malim. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada peniagapeniaga di Pekan Tanjung Malim dan penduduk setempat. Di dalam kajian ini, jumlah lelaki dan perempuan yang mengambil kajian ini adalah berbeza dan perbezaan ini tidak di ambil kira

kerana kajian ini tidak mengkaji perbezaan diantara bilangan lelaki dan perempuan. (lihat Lampiran 2) Soalan 1: Pembuangan sampah di merata tempat merupakan punca utama berlakunya pencemaran bau di kawasan Pekan Tanjung Malim.

6.7 %

6.7%
sangat tidak setuju

40% 47%

kurang setuju setuju sangat setuju

Carta Pai 1 Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan tertinggi sebanyak 47% penduduk setempat di Pekan Tanjung Malim bersetuju dan sebanyak 40% penduduk mengatakan sangat bersetuju terhadap kenyataan bahawa pembuangan sampah di merata tempat merupakan punca utama berlakunya pencemaran bau di kawasan Pekan Tanjung Malim. Manakala peratusan terendah ialah hanya 6.7% mengatakan bagi jawapan kurang bersetuju dan sangat tidak bersetuju terhadap kenyataan di atas. Peratusan tertinggi merujuk jawapan bersetuju terhadap kenyataan kerana ada pihak yang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata tempat seperti ke dalam longkang, di tepi-tepi koridor premis perniagaan, kawasan pasar lalu menyebabkan sampah-sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan.

Soalan 2: Sistem perparitan dan longkang yang tersumbat menyebabkan berlakunya pencemaran bau di kawasan Pekan Tanjung Malim.

3% 3%

37% 57%

tidak setuju sangat tidak setuju setuju sangat setuju

Carta Pai 2 Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan tertinggi sebanyak 57% penduduk setempat di Pekan Tanjung Malim sangat bersetuju dan sebanyak 37% penduduk mengatakan bersetuju terhadap kenyataan bahawa Sistem perparitan dan longkang yang tersumbat menyebabkan

berlakunya pencemaran bau di kawasan Pekan Tanjung Malim.Manakala peratusan terendah ialah hanya 3% mengatakan bagi jawapan tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju terhadap kenyataan di atas. Peratusan tertinggi merujuk jawapan bersetuju terhadap kenyataan kerana ada pihak yang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam longkang sehingga pengaliran air longkang tersumbat dan mendatangkan bau yang busuk.

Soalan 3: Asap kenderaan antara penyumbang utama berlakunya pencemaran bau di kawasan Pekan Tanjung Malim.

17%

20% sangat tidak setuju tidak setuju 7% kurang setuju setuju

33% 23%

sangat setuju

Carta Pai 3 Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan tertinggi sebanyak 33% penduduk setempat di Pekan Tanjung Malim setuju bahawa asap kenderaan antara penyumbang utama berlakunya pencemaran bau di kawasan Pekan Tanjung Malim dan jumlah peratusan terendah sebanyak 7% penduduk mengatakan tidak setuju. Ini jelas menunjukkan asap kenderaan merupakan penyumbang utama berlakunya pencemaran bau di kawasan tersebut. Keadaan jalan raya yang sempit, tepi-tepi jalan yang penuh dengan gerai-gerai menyukarkan lagi pergerakan kenderaan menyebabkan kebanyakkan kenderaan melepaskan asap kenderaan di kawasan tersebut. Sistem laluan keluar masuk kenderaan yang mengelirukan dan jumlah kenderaan yang banyak juga merupakan punca berlakunya pencemaran bau di kawasan tersebut.

Soalan 4: Najis haiwan seperti burung, anjing dan kucing yang tidak dibersihkan di kawasan stesen bas, lorong-lorong koridor bangunan menyebabkan pencemaran bau di kawasan sekitar Pekan Tanjung Malim.

17% sangat tidak setuju 43% 6% 7% tidak setuju kurang setuju setuju sangat setuju 27%

Carta Pai 4 Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratusan tertinggi sebanyak 43% penduduk setempat di Pekan Tanjung Malim sangat setuju bahawa najis haiwan seperti burung, anjing dan kucing yang tidak dibersihkan di kawasan stesen bas, lorong-lorong koridor bangunan menyebabkan pencemaran bau di kawasan sekitar Pekan Tanjung Malim dan jumlah peratusan terendah sebanyak 7% penduduk mengatakan tidak setuju. Ini jelas menunjukkan kehadiran haiwanhaiwan ini di kawasan Pekan Tanjung Malim sememangnya memburukkan lagi situasi pencemaran bau di kawasan tersebut. Malahan, najis haiwan tersebut tidak dibersihkan serta memburukkan pandangan masyarakat setempat serta pelancong asing yang datang ke kawasan tersebut. Sikap acuh tak acuh peniaga dan penduduk setempat dan kurang penguatkuasa pihak majlis daerah untuk membersihkan najis tersebut juga merupakan punca utama pencemaran bau berlaku.

Soalan 5: Bau yang terhasil daripada longgokan sampah-sarap menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk setempat dan peniaga di sekitar Tanjung Malim

Carta Pai 5
sangat tidak setuju 3% tidak setuju 10% kurang setuju 10% sangat setuju 50% setuju 27%

Carta Pai 5 Carta pai diatas menunjukkan 50% responden sangat setuju, 27% responden setuju, 10% responden kurang setuju dan tidak setuju, manakala hanya 3% responden sangat tidak setuju bau yang terhasil daripada longgokan sampah-sarap menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk setempat dan peniaga di sekitar Tanjung Malim. Berdasarkan carta pai di atas, sebahagian daripada responden sangat bersetuju kerana mereka berpendapat bahawa pihak Majlis Daerah Tanjung Malim kurang memainkan peranan menyebabkan longgokan sampah-sarap yang tidak dipungut secara berkala mereput dan

mengeluarkan bau busuk. Hal ini menimbulkan ketidakselesaan dan sedikit sebanyak menjejaskan imej dan keindahan pekan Tanjung Malim. Selain itu, peratusan paling rendah ialah
9

3% menunjukkan sangat tidak setuju memandangkan kawasan tempat tinggal atau premis perniagaan mereka agak bersih dan tiada masalah longgokan sampah-sarap yang boleh mendatangkan bau busuk.

Soalan 6 : Parit dan longkang yang tersumbat bukan sahaja mendatangkan bau yang tidak menyenangkan malah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

sangat tidak setuju 14%

tidak setuju 3%

sangat setuju 50%

kurang setuju 10%

setuju 23%

Carta Pai 6 Carta pai diatas menunjukkan 50% responden sangat setuju, 23% responden setuju, 10% responden kurang setuju, 3% responden tidak setuju, manakala 14% responden sangat tidak setuju parit dan longkang yang tersumbat bukan sahaja mendatangkan bau yang tidak menyenangkan malah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sebahagian daripada responden sangat setuju bahawa parit dan longkang yang tidak diselia oleh pihak berwajib akan

10

menyebabkan bau busuk dan berkemungkinan besar menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sistem perparitan yang sempurna penting bagi mengeluarkan air berlebihan sekiranya hujan.

Soalan 7: Najis haiwan yang tidak dibersihkan di lorong-lorong stesen bas dan bangunan sekitar Pekan Tanjung Malim memberi persepsi negatif bahawa Pekan Tanjung Malim adalah pekan yang kotor.

Sangat tidak setuju 10%

Tidak setuju 3% Kurang setuju 7%

Sangat setuju 47%

Setuju 33%

Carta Pai 7 Carta pai di atas menunjukkan 10% sangat tidak setuju, 3% tidak setuju, 7% kurang setuju, 33% setuju dan 47% penduduk pekan Tanjung Malim sangat setuju bahawa najis haiwan yang tidak dibersihkan di lorong-lorong stesen bas dan bangunan sekitar Pekan Tanjung Malim memberi persepsi negatif bahawa Pekan Tanjung Malim adalah pekan yang kotor. Berdasarkan carta pai, peratusan tertinggi ialah mereka yang sangat setuju kerana penduduk dan peniaga yang ditemuramah sendiri berasa tidak selesa dan berpandangan negatif. Tambahan lagi, apabila melihat najis yang tidak dibersihkan berada di mana-mana mereka berasa jijik. Manakala, peratusan terendah ialah yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana bagi peniaga

11

yang berniaga di pasar ikan, haiwan terbiar tidak merayau-rayau di kawasan tersebut lalu hamper tiada najis ditemui lalu tidak memberi imej negatif kepada pecan Tanjung Malim.

Soalan 8: Kempenkempen kesedaran seperti larangan membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya kerap diadakan dalam kalangan penduduk setempat Pekan Tanjung Malim. Sangat setuju 3% Setuju 2% Kurang setuju 2%

Tidak setuju 5%

Sangat tidak setuju 18%

Carta Pai 8 Carta pai menunjukkan 18% sangat tidak setuju, 5% tidak setuju, 2% kurang setuju dan setuju manakala 3% sangat setuju bahawa kempen-kempen kesedaran seperti larangan membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya kerap diadakan dalam kalangan penduduk setempat Pekan Tanjung Malim. Peratusan tertinggi adalah sebanyak 18% di mana penduduk setempat sangat tidak bersetuju kerana mereka langsung tidak nampak apa-apa tindakan daripada pihak Majlis Daerah Tanjung Malim. Manakala peratus terendah adalah yang setuju dan kurang setuju dengan pendapat tersebut. Hal ini demikian kerana setengah daripada mereka tidak pasti sebenarnya kerana tidak mengikuti perkembangan semasa manakala, setengah yang lain pula terdiri daripada golongan peniaga pasar ikan yang sememangnya terdedah dengan aktiviti pihak majlis daerah.
12

Perbincangan analisis soal selidik Hasil daripada soal selidik yang dijalankan bagi soalan bernombor 1, penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa pembuangan sampah sarap secara tidak efisyen di premis perniagaan dan di pasar Pekan Tanjung Malim merupakan faktor lain yang menyebabkan pencemaran bau di Pekan Tanjung Malim. Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, komposisi sampah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu sampah organik dan sampah bukan organik. Sampah di bahagian pasar kebiasaannya berpunca dari sampah organik. Sampah organik ialah sampah yang mudah membusuk seperti sisa makanan, sayuran, daun-daun kering, dan sebagainya. Sampah ini akan dikompos atau diurai oleh bakteria di sekeliling kawasan tersebut dan mengeluarkan gas yang berbau. Oleh itu, pembuangan sampah tidak tersusun terbukti menyebabkan bau yang tidak enak terhasil. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan bagi soalan bernombor 2, penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa faktor utama yang menyebabkan pencemaran bau di Pekan Tanjung Malim ialah sistem perparitan yang tersumbat disebabkan oleh pembuangan sampah ke dalam longkang kerana peratusan penduduk setempat yang sangat bersetuju adalah lebih tinggi berbanding faktor lain yang dikemukakan. Menurut kajian oleh Muhammad Iqbal Tubagus Iman, hal ini adalah kerana sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang akan menyukarkan pengaliran air longkang. Maka, air akan bertakung bersama sampah yang dibuang. Sampah organik akan diuraikan oleh bakteria yang aktif dan mengeluarkan gas hidrogen sulfida ataupun gas ammonia yang busuk. Hal ini menyebabkan bau busuk di kawasan longkang Pekan Tanjung Malim. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan bagi soalan bernombor 3, penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa asap kenderaan merupakan penyumbang utama berlakunya pencemaran bau di kawasan tersebut. Keadaan jalan raya yang sempit, tepi-tepi jalan yang penuh dengan gerai-gerai menyukarkan lagi pergerakan kenderaan menyebabkan kebanyakkan kenderaan melepaskan asap kenderaan di kawasan tersebut. Sistem laluan keluar masuk kenderaan yang mengelirukan dan jumlah kenderaan yang banyak juga merupakan punca berlakunya pencemaran bau di kawasan tersebut.

13

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan bagi soalan bernombor 4, penyelidik dapat membuat kesimpulan kehadiran haiwan-haiwan ini di kawasan Pekan Tanjung Malim sememangnya memburukkan lagi situasi pencemaran bau di kawasan tersebut. Malahan, najis haiwan tersebut tidak dibersihkan serta memburukkan pandangan masyarakat setempat serta pelancong asing yang datang ke kawasan tersebut. Sikap acuh tak acuh peniaga dan penduduk setempat dan kurang penguatkuasa pihak majlis daerah untuk membersihkan najis tersebut juga merupakan punca utama pencemaran bau berlaku. Daripada soal selidik soalan 5 dan 6 yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa bau yang terhasil daripada longgokan sampah-sarap menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk setempat dan peniaga di sekitar Tanjung Malim. Longgokan sampah-sarap yang tidak dipungut secara teratur oleh pihak berwajib mendatangkan bau yang kurang enak dan sedikit sebanyak menyebabkan aktiviti seharian penduduk setempat dan peniaga terjejas. Keadaan ini bertambah buruk sekiranya terdapat anjing-anjing atau kucing-kucing liar yang lapar mencari makanan akan mengheret bungkusan sampah ini. Hal ini akan menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk dan sedikit sebanyak menjejaskan imej pekan Tanjung Malim. Oleh yang demikian, pihak Majlis Daerah Tanjung harus menjalankan tugas memungut sampah-sarap secara berkala dan teratur agar bau busuk yang datang daripada sampah-sarap dapat dihindarkan. Selain itu, daripada hasil soal selidik yang dijalankan juga,dapat dibuat kesimpulan bahawa parit dan longkang yang tersumbat bukan sahaja mendatangkan bau yang tidak menyenangkan malah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Oleh yang demikian, pihak Majlis Daerah Tanjung Malim seharusnya bukan sahaja memungut sampah secara teratur malah turut menyelia parit-parit dan longkang-longkang agar tidak tersumbat. Sistem perparitan di pekan Tanjung Malim perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak Majlis Daerah Tanjung Malim memandangkan hal ini penting bagi menghindarkan pembiakan nyamuk Aedes yang sememangnya amat berbahaya kepada kesihatan penduduk setempat. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan bagi soalan bernombor 7 dan 8, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa masyarakat pekan Tanjung Malim sedar akan kesan negatif kekotoran najis haiwan terhadap kawasan itu dan kurangnya kempen kesedaran oleh pihak berwajib. Najis haiwan amat sinonim dengan lalat, menurut C. Digader dalam rencana khas: Mengawal Lalat Rumah, lalat makan apa-apa sahaja daripada najis, bangkai hinggalah makanan
14

manusia. Lalat pula adalah simbol kekotoran selain najis itu sendiri. Jadi imej pekan tersebut turut tercemar dengan pencemaran bau dan pemandangan yang tidak enak dipandang. Oleh itu, demi mengelakkan imej pekan Tanjung Malim tercemar penduduk yang memelihara haiwan seperti kucing dan anjing perlu menjaga dan memerhati aktiviti haiwan peliharaan mereka dengan baik. Manakala najis-najis burung yang dibuang merata-rata pula, burung-burung ini sebenarnya tinggal di suatu kawasan adalah kerana punca makanan yang terdapat di situ seperti longgokan sampah. Jadi, penguatkuasaan yang efektif akan memastikan sampah dibuang dengan kerap dengan cara yang betul seterusnya tidak memberi peluang kepada burung-burung tersebut memakannya. Hasil temubual bagi soalan 9 pula mendapati ramai penduduk tidak bersetuju kempen kesedaran diadakan di kawasan pekan Tanjung Malim. Jika dilihat dari satu sudut, kelihatan pihak Majlis Daerah Tanjung Malim yang bertanggungjawab. Tetapi terdapat penduduk yang sangat bersetuju, hasil daripada temubual mendapati pertembungan ini berlaku kerana pihak majlis member lebih tumpuan pada pasar ikan di pekan tersebut. Oleh itu ramai peniaga di pasar tersebut amat bersetuju manakala penduduk yang tidak berniaga tidak mengetahui dan menyedari mana-mana kempen pernah diadakan oleh pihak majlis. Oleh itu, pihak majlis dan pihak-pihak lain perlu mengadakan atau melancarkan sesuatu aktiviti secara menyeluruh. Daripada soal selidik yang dijalankan (soalan 9 dan 10), dapat disimpulkan bahawa sistem perparitan dan longkang di pekan Tanjung Malim adalah tidak bersih. Hal ini kerana pihak MDTM hanya membuat pemantauan tetapi tidak mencari alternatif bagaimana untuk membersihkan parit dan longkang yang tersumbat sehinggakan mendatangkan bau busuk kepada penduduk Tanjung Malim. Selain itu, kekurangan pekerja semasa menjalankan tugas untuk membersihkan longkang dan parit juga adalah salah satu penyebab kepada masalah ini. Apabila kekurangan pekerja maka pembersihan longkang dan parit adalah kurang berkesan. Selain itu, peniaga dan penduduk pekan Tanjung Malim juga kurang mengadakan aktiviti gotong-royong secara berkala. Hal ini kerana kurang kesedaran tentang kebersihan dalam kalangan penduduk Tanjung Malim. Kebanyakan mereka bukan berasal dari Tanjung Malim tetapi adalah berasal dari negeri yang berlainan. Oleh itu, kesedaran mereka untuk menjaga pekan Tanjung Malim adalah kurang kerana mereka menganggap pekan Tanjung Malim bukan negeri asal mereka. Jadi, mereka sesuka hati membuang sampah di merata-rata tempat dan tidak menjaga kebersihan.
15

Daripada soalan selidik nombor 11 yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa penguatkuasaan undang-undang perlu dilakukan terhadap kesalahan membuang sampah bagi memastikan tahap pencemaran bau di kawasan pekan Tanjung Malim sentiasa memuaskan. Hal ini bagi menjamin keselesaan dan keharmonian hidup penduduk setempat serta orang ramai yang datang ke pekan Tanjung Malim. Seperti di negara maju seperti Singapura, pihak penguatkuasa akan terus serta-merta menyaman rakyat di negaranya yang membuang sampah merata-rata. Berbanding dengan situasi di Malaysia, penduduk sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata walaupun terdapat tong sampah yang telah disediakan dan banyak papan tanda yang menyeru rakyat agar menjaga kebersihan. Jika perkara sama seperti di Singapura dipraktikkan di Malaysia, sudah semestinya masalah pencemaran bau ini akan dapat dicegah.

PUNCA PENCEMARAN BAU DI PEKAN TANJUNG MALIM


Berdasarkan soal selidik yang dijalankan oleh pelajar, hasil kajian mendapati punca utama pencemaran bau ialah sistem perparitan dan longkang yang tersumbat manakala punca kedua ialah pembuangan sampah yang tidak sistematik atau sampah tersebut dibuang di merata-rata tempat. Sistem perparitan berfungsi untuk mengalirkan air daripada kawasan perumahan ke kawasan rawatan air. Namun apabila penduduk pekan itu membuang sampah ke dalam longkang, sampah tersebut akan mengalir bersama aliran air tetapi terdapat sampah bersaiz besar yang akan mengganggu aliran air tersebut lalu menyebabkan air bertakung, hal ini merupakan salah satu punca longkang tersumbat. Takungan air itu pula akan menyekat sampah-sampah lain yang biasanya terdiri daripada sampah organik yang dibuang oleh peniaga pasar malam, peniaga pasar pagi dan juga penduduk. Sampah-sampah ini akan terurai di dalam longkang lalu menghasilkan gas-gas yang mengeluarkan bau busuk seperti hidrogen sulfida atau ammonia. Bahan organik yang biasa terlibat seperti protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan sulfur. Proses respirasi sel terbahagi kepada dua bahagian iaitu respirasi aerobik dan respirasi anaerobik. Di dalam proses respirasi aerobik, gas yang bertindak sebagai penerima gas hidrogen ialah gas oksigen. Manakala, di dalam proses respirasi anaerobik gas yang bertindak sebagai penerima gas hidrogen ialah gas sulfur. Hal ini disebabkan oleh kekurangan sumber oksigen.
16

Tindak balas antara hidrogen dan sulfur menghasilkan hidrogen sulfida yang akan berbau kurang enak atau busuk. Berikut adalah contoh tindak balas antara karbohidarat dengan air dan sulfur yang menghasilkan hidrogen sulfida: ( )

Situasi yang sama turut berlaku di Johor Bharu seperti dilaporkan oleh Austin Cameons dalam akhbar The Star bertarikh 11 Januari 2009. Dilaporkan, menurut usahawan John Lee, 36, parit di Jalan Serigala tersebut telah tersumbat selama beberapa tahun, tambahnya lagi sewaktu hujan lebat, air akan melimpah ke atas jalan lalu menghasilkan bau yang amat busuk. Selain itu, hasil kajian mendapati faktor yang kedua yang menyebabkan berlakunya pencemaran bau di Pekan Tanjung Malim ialah pembuangan sampah merata-rata di kawasan premis perniagaan dan pasar Pekan Tanjung Malim. Komposisi sampah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sampah organik dan sampah bukan organik. Bahan organik boleh didefinasikan sebagai sesuatu bahan yang mengandungi elemen karbon, terhasil daripada proses seperti fotosintesis yang dijalankan di dalam benda hidup seperti tumbuhan dan bakteria. Maka, sampah organik ialah sampah yang mengandungi karbon yang boleh dihuraikan dan akan berbau busuk. Contoh sampah organik ialah sayursayuran, sisa makanan seperti ikan dan ayam serta daun-daun kering. Sampah bukan organik pula ialah sampah yang tidak mengandungi karbon dan tidak dapat diuraikan serta tidak akan membusuk. Contoh sampah bukan organik ialah plastik dan kertas. Proses penguraian sampah organik bermula apabila bakteria akan menggunakan air di dalam bahan organik dan akan menghuraikan polimer organik seperti karbohidrat, protein dan lemak kepada gula dan asid amino. Bakteria Asidogenik akan menukarkan gula dan asid amino kepada gas-gas seperti karbon dioksida, hidrogen, ammonia dan asid organik. Gas ammonia yang terbebas ke udara menyebabkan bau yang kurang enak. Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa bau yang dihidu oleh respondan terhasil daripada proses penguraian sampah-sampah yang dibuang merata tempat, dilonggok tanpa dikutip dan dibersihkan. Jadi pembuangan sampah di merat-rata tempat menyumbang kepada pencemaran bau di pekan Tanjung Malim.
17

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Setelah menjalani sesi temuramah dan soal selidik bersama beberapa orang penduduk dan pengguna pekan Tanjung Malim, kami meyedari bahawa masalah pencemaran bau di kawasan pekan Tanjung Malim adalah agak membimbangkan. Longgokan sampah sarap yang tidak dikutip dan longkang-longkang yang tersumbat menimbulkan bau busuk dan mengganggu keselesaan penduduk. Hampir kesemua responden menyalahkan pihak Majlis Daerah Tanjung Malim atas insiden ini. Adakah tuduhan ini benar? Langkah yang telah kami ambil adalah, setelah menjalankan pemerhatian di sekitar kawasan pekan Tanjung Malim sebagai bukti, kami telah menyuarakan aduan penduduk kepada pihak Majlis Daerah Tanjung Malim. Pada 26 Ogos 2010, kami ke pejabat Majlis Daerah Tanjung Malim yang terletak di Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim bagi menyuarakan keluhan penduduk. Encik Ismail (bukan nama sebenar) yang merupakan salah seorang pekerja Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) bersetuju ingin menyiasat perkara tersebut. Beliau akan memantau pekerja bawahannya ketika bekerja dan membuat tinjauan di sekitar pekan Tanjung Malim. Beliau mengulas lanjut bahawa, daripada pengalamannya yang lepas, pihak MDTM sentiasa komited dengan tugas yang diberikan. Beliau beranggapan bahawa masalah bau busuk ini timbul atas sikap buruk penduduk itu sendiri seperti tidak menggunakan tong sampah di premis masing-masing dan menyalurkan bahan buangan ke dalam longkang-longkang. Bagi mengatasi masalah pencemaran, kami berpendapat bahawa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah amat diperlukan. Oleh itu, banyak alternatif yang boleh diambil bagi mencapai objektif ini seterusnya mewujudkan negara Malaysia yang bersih dan selamat didiami. Antaranya ialah:

1) Pendidikan Alam Sekitar Melalui Kurikulum Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Kesedaran perlu diterapkan dalam diri setiap individu agar dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar.

Salah satu cara terbaik untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat ialah melalui
18

pendidikan. Pendidikan alam sekitar ini penting bagi membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar dan sekaligus menyedarnya individu tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa.

2) Mengadakan Kempen-Kempen Kesedaran Selain itu, kempen-kempen yang melindungi alam sekitar seperti kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula dan sahabat alam perlu kerap diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa mereka perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap pesertapesertanya. Melalui kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.

3) Pendedahan Media Massa Di samping itu, media massa juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarat tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen

19

juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaannya.

4) Mengamalkan Amalan 3R (Recycle, Re-Use, Reduce) Dalam Kehidupan Seharian 3R atau Reuse, Reduce, dan Recycle sampai sekarang masih menjadi cara terbaik dalam mengelola dan menangani sampah dengan berbagai permasalahannya. Penerapan sistem 3R atau reuse, reduce, dan recycle menjadi salah satu solusi pengelolaan sampah di samping mengolah sampah menjadi kompos atau meanfaatkan sampah menjadi sumber listrik (PLTSa; Pembangkit Listrik Tenaga Sampah). Justeru itu, pengelolaan sampah dengan sistem 3R (Reuse Reduce Recycle) dapat dilaksanakan oleh setiap orang dalam kegiatan seharian mereka. Reuse bermakna menggunakan kembali sampah yang masih dapat digunakan untuk fungsi yang sama ataupun fungsi lainnya. Manakala, reduce bererti mengurangi segala sesuatu yang mengakibatkan sampah dan recycle pula bermaksud mengolah kembali sampah menjadi barang atau produk baru yang bermanfaat. Menjelang 2013, setiap isi rumah di negara ini akan diwajibkan mengasingkan sampah mengikut sisa organik dan bahan kitar semula. Hal ini bertujuan untuk mengawal limpahan sisa pepejal yang semakin meningkat setiap tahun. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, rancangan untuk mewajibkan pengasingan sampah di rumah itu kelak diharap dapat memudahkan proses kitar semula plastik, kertas dan kaca di samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos. Beliau juga berkata, dengan mengasingkan sisa pepejal dari rumah dan amalan 3R, kos pengurusan sisa pepejal yang kini menelan sehingga 80 peratus peruntukan PBT diturunkan sehingga 20 peratus.

20

5) Pemantapan perkhidmatan oleh pihak Majlis Daerah Pihak Majlis Daerah merupakan organisasi yang bertanggungjawab dalam menguruskan sisa buangan sama ada sisa domestik, sisa pertanian dan sebagainya. Jika sesuatu kawasan kelihatan kotor dan pencemaran berlaku, penduduk akan menuding jari ke arah mereka walaupun diri sendiri yang mengotorkan kawasan tersebut. Oleh itu, pihak Majlis Daerah perlu memantapkan lagi mutu perkhidmatannya bagi memastikan proses pembersihan dan penyelenggaraan sampah berjalan lancar serta untuk memastikan pihaknya mendapat kerjasama dengan penduduk setempat. Di Malaysia, tong sampah khas kitar semula disediakan oleh pihak Majlis Daerah di lokasi tertentu sahaja. Dalam hal ini, perubahan harus dilakukan. Tong sampah ini perlu disediakan di setiap rumah seperti yang dilakukan di Galway, sebuah bandar terawal di Ireland yang mengamalkan sistem kitar semula sepenuhnya. Jadi, mahu atau tidak penduduk terpaksa mengasingkan sisa buangan domestik mereka terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang mempunyai tiga warna berlainan ini. Tong hijau untuk barang-barang yang boleh dikitar semula dan kering, seperti surat khabar lama, kotak-kotak dan sebagainya. Manakala tong perang pula adalah untuk barang organik seperti lebihan makanan dan sebagainya, di mana kesemuanya mesti dibungkus di dalam kertas sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah. Tong kelabu pula adalah untuk bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula. Di Galway, Galway City Council memeriksa satu persatu isi kandungan setiap tong sampah yang dikutipnya dan jika ada kesilapan berlaku dalam proses pengasingan, tuan rumah akan menerima surat amaran daripada jabatannya. Apabila perkara yang sama berulang lagi, saman akan dikenakan.

21

REFLEKSI
Nor Azwani binti Mohammed D2008103224 Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana setelah bertungkus-lumus saya dan kawan-kawan yang lain akhirnya dapat menyiapkan projek Sejahtera Bernam ini. Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak pengalaman yang saya dapat iaitu saya dapat belajar bagaimana cara untuk menemuramah orang ramai. Ini adalah pengalaman baru buat saya kerana saya dapat mengetahui cara bersosial dan cara berkomunikasi yang betul dengan orang di sekeliling saya. Selain itu, saya juga amat berpuas hati dengan ahli kumpulan saya kerana kami selalu bekerjasama dan bertolak ansur dalam menyiapkan tugasan ini. Setiap hujung minggu, kami akan mengadakan perbincangan mengenai tugasan ini serta membahagikan tugas antara satu sama lain supaya tugasan yang akan disiapkan nanti adalah cemerlang dan berkualiti. Selain itu, kami juga bersama-sama ke pekan Tanjung Malim untuk menemuramah penduduk dan peniaga di situ tentang tahap kebersihan di pekan tersebut serta mengedarkan borang soal selidik. Di samping itu juga, berdasarkan kajian tugasan kami yang bertajuk pencemaran bau di pekan Tanjung Malim, saya mendapati bahawa tahap kebersihan di pekan Tanjung Malim agak tidak memuaskan. Hal ini kerana, terdapat longkang di pekan Tanjung Malim yang banyak dipenuhi najis haiwan serta sampah sarap dan ini menyebabkan bau yang kurang enak kepada pengunjung apabila lalu di kawasan tersebut. Kami berharap agar orang ramai dan pihak Majlis Daerah Tanjung Malim dapat bekerjasama untuk mengatasi masalah ini. Naziratul Asyikin Binti Mohd Sam D20091035116 Melalui kerja berkumpulan ini saya banyak menimba pengalaman baru melalui tugas soal selidik ke atas penduduk Pekan Tanjung Malim. Kebiasaannya, saya hanya membuat soal selidik ke atas pelajar-pelajar UPSI. Namun, faedah daripada pengalaman baru ini, saya dapat membina hubungan dengan penduduk Pekan Tanjung Malim dan sedia berkongsi masalah yang mereka yang mereka hadapi mengenai kajian yang kami jalankan.

22

Selain itu, saya dapat meningkatkan keyakinan dan potensi diri dari segi percakapan dan pergaulan dengan masyarakat. Sebagai bakal guru, hal ini sangat penting dalam melibatkan diri hal-hal kemasyarakatan dan sedia berbakti kepada mereka dalam apa jua perkara walaupun remeh dan perkara yang kecil seperti perkara berkenaan kajian kami ini. Seterusnya, pengalaman baru yang saya perolehi ialah kami bersama-sama menaiki teksi untuk ke Majlis Daerah Tanjung Malim. Kami sempat menemuramah Pegawai Jabatan Kebersihan Pekan Tanjung Malim bagi melengkapkan kajian. Hal ini sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan tentang sistem dan aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Daerah Tanjung Malim. Pengetahuan seperti ini penting bagi mengetahui hak mereka sebagai penduduk setempat di sesuatu kawasan supaya kita tidak hanya menurut sesuatu arahan sahaja malah dapat bersama-sama membantu masyarakat sekeliling. Sepanjang melakukan kajian, antara masalah atau kekangan yang kami lalui ialah berkenaan kualiti jawapan yang diberikankan oleh responden. Hal ini berlaku kerana tidak semua responden menjawab mengikut kehendak soal selidik yang kami lakukan. Selain itu, kekangan masa semasa melakukan kajian dan soal selidik juga menyebabkan hasil kajian tidak begitu tepat.Hal ini kerana, dalam kalangan ahli kumpulan kami terdapat tiga orang yang tidak mempunyai jadual kuliah yang sama. Maka, masa temuramah terpaksa ditunda pada hari yang lain. Hal ini melambatkan analisis dibuat dan dibincangkan bersama. Seterusnya, penglibatan ahli kumpulan semasa melakukan kajian adalah baik. Semua ahli kumpulan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Sikap mementingkan diri sendiri dan tidak bertolak ansur tidak wujud antara kami sekumpulan. Sebagai contoh, setiap ahli akan diberi tugas dan peranan masing-masing seperti menjalankan soal selidik sama ada di premis perniagaan dan di pasar Pekan Tanjung Malim. Kami melakukan tugas dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan keputusan yang baik. Selain itu, kami sedia mengorbankan masa dan wang ringgit untuk melakukan kajian di Majlis Daerah Tanjung Malim. Kami bergilir-gilir mengutarakan persoalan kepada Pegawai Kebersihan Pekan Tanjung Malim mengikut garis panduan yang diberi.

23

Siti Saufu Binti Mat Isa D20091035140 Terdapat banyak pengalaman berguna yang telah saya perolehi dalam kajian ini. Sebenarnya saya mengalami situasi yang agak membebankan kerana ketika kajian dijalankan, saya berasa suhu badan saya lebih panas daripada biasa. Namun saya gagahkan diri kerana saya tahu peluang ini tidak akan datang berkali-kali dalam hidup, saya tidak akan melepaskan emas untuk pyrite. Antaranya pengalaman lain ialah menjalankan kajian di dalam pasar pagi yang menjual sayuran, barangan runcit, ikan, ayam dan pelbagai makanan mentah lain, merasai suasana pasar yang diselubungi oleh bau hamis dan hanyir, kebisingan dan kesibukan para peniaga dan pembeli. Selain pengalaman untuk menjalankan kajian, saya berpeluang memerhati realiti kehidupan masyarakat Tanjung Malim, daerah yang telah saya diami selama hampir setahun setengah tanpa saya kenali dengan lebih dekat. Daripada kaca mata saya yang jahil dengan ilmu dan pengalaman ini, saya mendapati masyarakat pekan tersebut sebenarnya masih tiada kesepakatan yang utuh kerana jurang perbezaan antara kaum dan ras masih wujud. Saya berkata demikian kerana terdapat resondan yang berbeza kaum dengan pengkaji tidak telus dalam menjawab soalan kajian. malah jika ditinjau daripada suasana di pasar, tiada kesepakatan yang signifikan antara para peniaga, kebanyakan daripada mereka melakukan aktiviti masing-masing. Ahli-ahli dalam kumpulan saya memberikan kerjasama yang amat baik bagi tugasan ini. Masing-masing memberi respon dan idea yang bernas terutama sekali para senior tidak lupa juga rakan sekuliah. Sudah semestinya pelbagai pengetahuan diraih melalui kajian ini sama ada secara literal atau tidak. Antaranya kami dapat membuktikan secara kualitatif dan kuantitatif tentang tahap pencemaran bau di pekan Tanjung Malim. Selain itu, pengetahuan tentang tahap kesedaran penduduk pekan Tanjung Malim turut diraih. Malah, saya dapat mengenali personaliti dan peribadi kawan-kawan yang sama kumpulan dengan lebih dekat. Walaupun perjalanan kajian kami kelihatan berjalan lancer, masih lagi terdapat kekangan yang perlu dihadapi. Antaranya ialah kekangan kewangan kerana setiap perkara yang kami lakukan seperti mencetak kertas soal-selidik, tambang kenderaan ke tempat yang disasarkan dan sebagainya memerlukan wang. Namun masalah tersebut amat kecil jika
24

dibandingkan dengan yang lain, lagipun kami berkongsi wang untuk membuat sesuatu perkara. Selain itu, masalah yang lebih serius yang dihadapi ialah ketidaktepatan jawapan yang diberikan oleh respondan-respondan terhadap masalah yang ditanya. Jawapan yang diberikan adalah berkaitan tetapi tidak tepat. Jadi kami perlu bijak menterjemah nada dan gaya respondan menjawab soalan. Nurul Nadia Binti Ali D20081032226 Setelah hampir 2 bulan menjalankan projek Sejahtera Bernam ini, Alhamdulillah akhirnya ia dapat disiapkan dengan jayanya hasil daripada kerjasama padu yang diberikan oleh ahli kumpulan yang lain. Saya amat gembira dalam menjalankan projek ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman baru telah saya perolehi. Antaranya, saya telah bertemu dengan ramai orang dengan pelbagai ragam ketika sesi temu ramah dan soal selidik. Ada yang memberikan respons yang positif dan ada yang sebaliknya. Selain itu, daripada temu ramah yang dibuat dengan pegawai dan pekerja Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), sedikit sebanyak saya mengetahui bagaimana sampah-sampah dan longkang-longkang di kawasan pekan Tanjung Malim diselenggarakan. Namun, apa yang menyedihkan adalah sikap penduduk yang kurang mengambil berat akan kebersihan dan dengan sewenang-wenangnya membuang sampah meratarata. Sikap buruk ini harus dibuang bagi menjamin generasi akan datang dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Anis Hayati Binti Kamaruddin D20081032222 Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan projek Sejahtera Bernam ini dengan sempurna dan tepat pada masanya. Sepanjang melaksanakan projek Sejahtera Bernam ini, saya telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang begitu bermakna dalam hidup saya. Melalui temuramah yang dilaksanakan, saya berpeluang memperoleh pengalaman untuk berkomunikasi dan bersosial dengan masyarakat. Selain itu, saya juga sedar bahawa pentingnya kemahiran komunikasi yang baik bagi memperoleh kerjasama daripada masyarakat. Projek yang kami jalankan ini dapat disiapkan dengan sempurna
25

memandangkan setiap daripada ahli kumpulan mempamerkan sikap yang baik dan melaksanakan tugas yang diagihkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Saya berasa amat bertuah kerana dapat bekerja dalam kumpulan yang ahlinya sentiasa bertolak-ansur dan berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Saya juga amat bersyukur kerana kami dapat menyiapkan projek ini walaupun terdapat banyak kekangan dan masalah yang terpaksa kami hadapi. Setelah menjalankan projek ini, saya sedar bahawa kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam mengurangkan pencemaran bau yang terdapat di pekan Tanjung Malim. Pihak Majlis Daerah Tanjung Malim dan orang ramai tidak harus saling menunding jari sebaliknya berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini. Siti Maimun Binti Ali Al Tamas D20071029415 Hasil daripada mini projek ini, saya telah Berjaya menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pencemaran bau yang berlaku di Pekan Tanjung Malim. Yang paling berharga adalah saya memahami bagaimana kaedah dan cara-cara untuk mengenal pasti serta mengukur pencemaran bau walaupun kemudahan tersebut tidak ada di Makmal UPSI. Kesedaran saya terhadap kepentingan alam sekitar semain jelas dan saya memahami saya harus meneruskan tanggungjawab saya sebagai guru sains nanti. Selain itu, saya akhirnya memahami perkaitan alam sekitar dengan mini projek kumpulan saya. Perkara penting yang perlu saya perbaiki ialah pengurusan masa untuk menyelesaikan mini projek ini. Saya sedar, kerjasama antara rakan-rakan kumpulan adalah sangat penting. Secara jujurnya, ahli kumpulan saya merupakan ahli kumpulan yang terbaik yang pernah saya dapat. Mereka merupakan junior saya. Kesungguhan mereka dalam menjayakan projek ini adalah yang terbaik. Kerjasama dan talisilaturahim antara kami sangat rapat. Sebagai ketua kumpulan, saya sangat bangga mempunyai ahli kumpulan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam projek ini. Pengalaman menjalankan projek bersama rakan-rakan adalah pengalaman terbaik dan tak mungkin saya lupakan. Untuk akhir kata, saya berharap Doktor Husni akan berpuas hati dengan hasil kerja kami. Walaupun terdapat kekurangan dalam kerja projek kami, kami ingin memohon maaf. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Doktor Husni dan rakan-rakan kerana banyak membantu saya untuk menyelesaikan projek ini. Sekian, terima kasih.

26

KESIMPULAN:
Pencemaran bau adalah suatu bentuk pencemaran yang dianggap serius kerana kesannya yang meluas dan usaha untuk mencegah sesuatu bau yang merebak itu adalah sukar. Pencemaran bau juga turut melibatkan banyak perkara yang subjektif yang sukar untuk dinilai secara kuantitatif. Oleh yang demikian, usaha untuk membendung pencemaran ini daripada terus berlaku perlu diteruskan dan dipertingkatkan sejajar dengan kempen Gaya Hidup Sihat yang dilancarkan oleh kerajaan. Bagi mengatasi masalah pencemaran bau, kami sebulat suara berpendapat bahawa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah amat diperlukan. Oleh itu, banyak alternatif yang boleh diambil bagi mencapai objektif kajian kami bagi mewujudkan Pekan Tanjung Malim yang bersih dan selamat didiami.

27

RUJUKAN:
Abu Saif (2007). Alam Tercemar Bila Iman Terhakis. Diambil dari http://saifulislam.com/?p=274 pada September 27, 2010. Austin Cameons (2009). Disgusting smell from clogged drain. Diambil dari http://www.nre.gov.my/EN/News%20Statement/Disgusting%20Smell%20From%20Clog ged%20Drain.pdf pada 28 September 2010. C. Digader (2010). Mengawal Lalat Rumah. Diambil dari http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=176 pada 27 September 2010. Geoportal Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (2009). Konsep EM dan bagaimana ia bertindak. Diambil dari http://jpvgeoportal.penang.gov.my/index.php?col=artikel&page=mainpage/artikel/Konse p%20EM.htm pada 28 September 2010. Hefni Effendi (2003). Telaah Kualititas Air. Diakses dari http://books.google.com.my/books?id=HyjDhfW87B0C&pg=PA141&lpg=PA140&ots= G4TGUrKRqY&dq=reaksi+hidrogen+sulfida+dalam+bahan+organik#v=onepage&q=rea ksi%20hidrogen%20sulfida%20dalam%20bahan%20organik&f=false pada 28 September 2010. Maloney, Bob (2005) Odour Control for Waste Treatment Facilities Bord na Mona Environmental Products Ltd UK & Paolo Caruson Air Clean S.R.L. Italy Muhammad Iqbal Tubagus Iman (2010). Dampak Negatif Limbah Sampah Terhadap Lingkungan dan Pemanfaatannya. Diambil dari

http://www.scribd.com/doc/34255315/Dampak-Negatif-Limbah-Sampah-TerhadapLingkungan-dan-Pemanfaatannya-enzolawyerslab-%C2%A9copyright-2010 pada 28 September 2010.


28

Ron Flax-Davidson (2008). Reaching Utility-Scale Solutions. Diambil dari http://cleantech.com/cleantechforum/dc08/upload/Ron-Flax-Davidson.pdf September 2010. 3R (Reuse Reduce Recycle) Sampah. Diperolehi pada September 19, 2010 daripada http://alamendah.wordpress.com/2010/07/01/3r-reuse-reduce-recycle-sampah/ LAMPIRAN (A) TANJONG MALIM ( ZON A ) pada 28

Lori : ACY 7641 (Compactor) Pemandu : Samin bin Samsuddin

Jadual Kutipan : Setiap Hari

1. Pekan Tanjong Malim 2. Stesen Bas 3. Jalan Ketoyong 4. Sekolah Tamil Jalan Ketoyong 5. Pejabat MDTM

Jadual Kutipan : Isnin, Rabu dan Jumaat.

1. Rumah Awam 1 & 2 2. Taman Hijau 3. Taman Sri Rakyat 4. Taman Ketoyong 5. Taman Juta Jaya 6. Stesen Keretapi & Kuarters Pekerja 7. Taman Muhibbah

Jadual Kutipan : Selasa, Khamis dan Sabtu


29

1. Balai Polis Tanjong Malim 2. Jalan Maktab 3. Taman Indah Ketoyong 1 & 2 4. Taman Cempaka Sari 5. Taman Happy 1 & 2 6. Taman Bina 7. Taman Nusa 8. Jalan Slim Baru 9. Restoran Yik Mun 10. Jalan Ketoyong

Petang :

1. Taman Wangsa Jaya 2. Taman Ketoyong Permai 3. Bandar Proton

TANJONG MALIM ( ZON B ) Lori : WLD 2376 (Compactor) Pemandu : Raipha a/l Anthony Jadual Kutipan : Setiap Hari

1. Pekan Tanjong Malim 2. Jalan Ketoyong 3. Restoran Kerling 4. Medan Selera 5. Klinik Kesihatan Tg. Malim

30

Jadual Kutipan : Isnin, Rabu dan Jumaat

1. Taman Intan Setia 2. Taman Orkid 3. Rumah Rehat 4. Etonic 5. Taman Anggerik Desa Jadual Kutipan : Selasa, Khamis dan Sabtu

1. Kampung Mogah 2. Kampung Melaka 3. Taman Bandar 1 & 2 4. Taman Universiti 5. Kuarters Pendidikan 6. Kampung Berop 7. Taman Permata 8. Kampung Simpang Empat

TANJONG MALIM ( ZON C )

Lori : WKS 6463 (Compactor) Pemandu : Manoharan a/l Ketharayan

1. Taman Bernam 2. Rumah Awam 3 3. Taman Pinggiran Bernam 4. Taman Sentosa 5. Fasa 1B1, Fasa 1b2, Kota Malim Prima

Jadual Kutipan : Selasa, Khamis dan Jumaat


31

1. Taman Slim 2. Taman Sri Tanjong 3. Taman Wangsa 4. Taman Segar 1 & 2 5. Taman Malim 6. Taman Permai 7. Taman Tanjong Malim Indah 8. S.M.K Methodist 9. S.M.J.K Khir Johari 10. S.M.K. Katolik 11. Petronas 12. Jalan Slim Lama 13. Jalan Slim Baru

32

LAMPIRAN (B)

33

Pencemaran bau yang berpunca daripada longkang yang tercemar

Lawatan ke Majlis Daerah Tanjung Malim

34

Kawasan niaga di pasar pekan Tanjung Malim

35

36

Penyumbang kepada pencemaran bau di kawasan pekan Tanjung Malim

Haiwan juga menjadi penyumbang kepada pencemaran bau di kawasan pekan Tanjung Malim
37

LAMPIRAN (C) Keratan Akhbar

Berita Harian 9 Disember, 2000.

38

You might also like