You are on page 1of 29

UNIT 1/ STRUK.

KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 1

UNIT

STRUKTUR KERANGKA (2-D) DAN DAYA DALAMAN

Objektif Am Mempelajari, memahami dan mengetahui struktur kerangka boleh tentu statik dengan struktur kerangka tak boleh tentu statik. Mengetahui jenis-jenis daya dalaman dan anggota struktur.

Objektif Khusus Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Mengenalpasti struktur kerangka 2-dimensi. Membezakan struktur kerangka bolehtentu statik dengan struktur kerangka tak bolehtentu statik. Membezakan jenis-jenis anggota struktur; anggota tegangan dan mampatan. Menyatakan simbol daya dalaman bagi anggota-anggota iaitu daya tegangan dan daya mampatan.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 2

INPUT 1.1 STRUKTUR KERANGKA ( 2-D ) Pengenalan Struktur terdiri daripada satu siri anggota yang dihubungkan dan digunakan untuk menanggung beban. Contoh-contoh struktur ialah bangunan, jambatan, menara dan empangan. Struktur kerangka merupakan salah satu struktur yang digunakan dengan meluas dalam pembinaan.

Struktur Kerangka 2-Dimensi Tahukah anda apa itu struktur kerangka 2-Dimensi? Struktur kerangka 2-dimensi berada pada satu satah dan biasanya digunakan untuk menanggung bumbung dan jambatan. Ia juga dikenali sebagai kekuda. Suatu struktur kerangka terdiri daripada 3 atau lebih anggota yang disambung pada bahagian hujungnya supaya membentuk suatu binaan yang kukuh. Struktur kerangka merupakan struktur yang berbentuk rangka. Ruang yang wujud di antara anggota-anggota yang membentuk rangka tersebut tidak dipenuhi atau diisi oleh apa-apa objek atau bahan. Dalam pengiraan yang melibatkan struktur kerangka, anggota dianggap ringan dan dengan itu beratnya tidak diambil kira. Kerangka boleh tentu pula ialah satu struktur yang menggabungkan anggota yang berasingan untuk membentuk satu siri segitiga [rujuk Rajah1.1(a)]. Pada kebiasaannya, setiap sambungan untuk anggota kerangka dilakukan dengan menggunakan bolt dan nat, paku pasak atau dikimpal [rujuk Rajah1.1( b)]. Tetapi untuk tujuan mendapatkan nilai asas tegasan yang dialami dalam anggota itu sendiri, sambungansambungan dianggap sebagai sambungan jenis pin tanpa geseran seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah1.1(c). Dengan itu tiada lenturan yang diagihkan melalui

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 3

sambungan ini, anggota kerangka hanya menanggung daya-daya paksi iaitu samada daya tegangan atau daya mampatan.
Rajah1.1 (a) Kerangka secara terperinci (b) Sambungan kimpalan (c) Sambungan pin tanpa geseran

Anggota Pugak

Anggota Panel Atas

Anggota Pepenjuru Plet Gusset (a)

Anggota Panel Bawah

Kimpalan (b) (c)

Merujuk kepada Rajah1.1(a), anggota atas dan bawah samada ufuk atau sendeng, dinamakan sebagai anggota panel atas atau bawah. Panel-panel ini dihubungkan diantara satu sama lain dengan anggota pugak dan anggota pepenjuru.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 4

AKTIVITI 1.1

Sila uji kefahaman anda dengan mencuba silangkata di bawah.


8 1 10

6 2

3 4

Mengufuk 1. Untuk tujuan mendapatkan nilai asas tegasan yang dialami dalam anggota itu sendiri, sambungansambungan dianggap sebagai sambungan jenis pin tanpa ___________. 2. Sejenis struktur binaan. 3. Sejenis sambungan.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 5

4.

Struktur kerangka 2-dimensi berada pada satu ____________.

5. ________ boleh dielakkan sekiranya sambungan pin tanpa geseran digunakan.

Memugak. 3. Panel-panel dihubungkan diantara satu sama lain dengan anggota __________. 6. Struktur digunakan untuk menanggung ___________. 7. Anggota kerangka menanggung daya ____________. 8. Struktur kerangka juga dikenali sebagai __________. 9. Sambungan anggota-anggota kerangka menggunakan paku __________. 10. Sejenis binaan yang menggunakan struktur kerangka.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 6

MAKLUM BALAS AKTIVITI 1.1 Cuba semak jawapan anda.


8 1 10

J N

G E

E K U

R A M B A T A N

6 2

B R

P N G K

D A

K E B A N

A K S

P I

N
4

P T A H

E P
5

S A S

L E N J U R U

U R

A K

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 7

INPUT 1.2

JENIS-JENIS STRUKTUR KERANGKA Jenis-Jenis Struktur Kerangka Bayangkan sebuah struktur yang dibina daripada batang mancis yang disokong dan dihubungkan dengan plastisin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.2(a). Apabila dikenakan beban secara sisi [Rajah1.2 (b)], struktur menjadi tak stabil dan huyung akan berlaku seperti ditunjukkan dalam Rajah1.2(c).
Rajah1.2 : (a) Struktur kerangka (b) Beban sisi dikenakan (c) Struktur tak stabil

(a)

(b)

(c)

Untuk menjadikan struktur stabil, kita perlu menambahkan satu anggota pepenjuru seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.2(d).

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 8

Rajah1.2 : (d) Struktur stabil (e) Struktur stabil dan tak bolehtentu statik

(d)

Bagaimana sekiranya dua anggota pepenjuru ditambah pada struktur seperti dalam Rajah1.2(e) ? P

(e) Dalam kes ini, tambahan anggota pepenjuru menjadikan struktur kita stabil tetapi tak boleh tentu statik. Kerangka yang tidak stabil akan roboh kerana tidak mempunyai bilangan anggota atau daya tindakbalas yang mencukupi bagi mengekang kesemua sambungan. Kerangka juga boleh menjadi tidak stabil walaupun jumlah anggota dan daya tindakbalas mencukupi. Kes kestabilan seperti ini boleh ditentukan dengan cara pemeriksaan atau menganalisa pengagihan daya. Struktur kerangka boleh menjadi tidak stabil luaran sekiranya daya tindakbalas adalah setumpu (concurrent) atau selari. Contohnya kerangka

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 9

di dalam Rajah1.3 adalah tidak stabil luaran kerana garis tindakan daya bagi penyokong-penyokongnya adalah setumpu atau selari.

Rajah1.3 (a). kerangka tidak stabil kerana daya tindakbalas setumpu. (b). Kerangka tidak stabil kerana daya tindakbalas selari

(a)

(b) Secara amnya, struktur kerangka atau dikenali sebagai kekuda satah boleh dikelaskan kepada 2 kumpulan iaitu struktur kerangka boleh tentu statik dan struktur kerangka tidak boleh tentu statik. Konsep pengkelasan ini ditunjukkan dalam Rajah1.4 di bawah. Sesuatu kekuda satah dinamakan sebagai struktur kerangka boleh
Dimana: n = jumlah sendi (termasuk sendi pada penyokong). b = jumlah anggota kekuda. r = jumlah daya tindakbalas

tentu statik apabila memenuhi persamaan di bawah:r+b = 2n ........... Persamaan 1

n2
Rajah1.4: Pengkelasan kekuda (a) Stabil dan bolehtentu statik

b1 r2 n1 b3 r1

b2 n3

(a)

r3

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 10

Sebagai contoh, sila rujuk Rajah1.4 (a) di atas. b = 3 n = 3 r =3 b+r=3+3=6 2n = 2(3) = 6 Struktur memenuhi persamaan 1, maka ia adalah stabil dan boleh tentu statik.

Sekiranya, r + b > 2n Daya yang tidak diketahui melebihi persamaan statik dan kekuda menjadi tidak tentuan statik. Di dalam kes ini, kita perlu menentukan darjah ketidaktentuan statik, D berdasarkan kepada persamaan di bawah:D = r + b 2n

........... Persamaan 2

Rajah1.4 (b) menunjukkan bagaimana persamaan ini diaplikasikan.


Rajah1.4: Pengkelasan kekuda (b) Stabil dan tidaktentuan statik dengan D=2

n2

b2

n3

b3 b8

n4

b4

n5

b1

b11 b10

b7 b9

b6

b5

r2

n1

b12 n8

b13 n7

b14

n6

r4

r1

r3

(b)

b = 14 b + r = 18

n=8

r=4 2n = 16

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 11

b + r > 2n (18 > 16) Struktur adalah stabil dan tidak boleh tentu . Daripada persamaan 2 , nilai darjah ketidaktentuan statik, D, adalah 2. D= r + b 2n D= 4 + 14 2(8) D=2 Iaitu satu darjah ketidaktentuan luaran disebabkan oleh penyokong yang menyumbangkan 4 daya tindakbalas, dan 1 darjah ketidaktentuan dalaman disebabkan oleh tambahan anggota pepenjuru di pertengahan panel (sendi n4 dan n8) untuk mengagihkan ricihan. Sekiranya, r + b < 2n

Daya-daya dalaman anggota dan tindakbalas tidak mencukupi untuk memenuhi persamaan keseimbangan dan kekuda tidak stabil. Sebagai panduan, sila rujuk Rajah1.4 (c) di bawah:
n1 b3 b5 r2 n3 r1 b7 b8 b6 b9 n6 b2 n2 b4

n4

n5
r3

(c) b=8 b + r = 11 2n = 12 r=3

n=6 b + r < 2n

Oleh itu kekuda adalah tidak stabil. Untuk menjadikan kekuda stabil, satu anggota pepenjuru perlu ditambah pada panel tengah.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 12

AKTIVITI 1.2

Cuba uji kefahaman anda dengan mencuba aktiviti di bawah berdasarkan kepada arahan yang diberikan. Untuk semakan, sila rujuk pada helaian berikutnya.

Arahan : Kelaskan kekuda di bawah sebagai stabil atau tidak stabil. a) Sekiranya tidak stabil, tentukan punca ketidakstabilannya. b) Sekiranya stabil, tentukan sama ada ianya bolehtentu atau tidak bolehtentu statik. c) Sekiranya tidak bolehtentu statik, nyatakan darjah ketidaktentuan (D).

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 13

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1.2

Cuba semak jawapan anda. a). b=9 b + r = 13 r=4 2n = 12 n=6 b + r > 2n

Dengan itu, struktur adalah tak bolehtentu statik) Menentukan D: D = r + b 2n = 13 12 = 1 Kerangka adalah stabil dan tak boleh tentu statik dengan D = 1.

b).

b = 10 b + r = 13

r=3 2n = 14

n=6 b + r < 2n

Dengan itu, kerangka adalah tak stabil kerana panel tengah kekurangan satu anggota ufuk.

c).

b = 17 b + r = 22 D = b + r 2n

r=5 2n = 20

n = 10 b + r > 2n

Menentukan D: = 22 20 = 2 Kerangka stabil dan tak bolehtentu statik dengan D = 2.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 14

d).

b=8 b + r = 12

r=4 2n = 12

n=6 b + r = 2n

Walaupun memenuhi persamaan 1, namun struktur adalah tidak stabil kerana kekurangan satu anggota ufuk pada panel atas. Pengagihan daya ufuk tidak dapat dilakukan.

e).

b = 16 b + r = 20

r=4 2n = 20

n = 10 b + r = 2n

Struktur stabil dan bolehtentu statik.

f).

b=8 b + r = 12

r=4 2n = 12

n=6 b + r = 2n

Kerangka adalah stabil dan bolehtentu statik.

g).

b = 14 b + r = 17

r=3 2n = 16

n=8 b + r > 2n

Menentukan D: D = b + r 2n = 1 Kerangka adalah stabil dan tak bolehtentu statik dengan D = 1.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 15

INPUT 1.3

JENIS-JENIS ANGGOTA STRUKTUR Pengenalan Kerangka biasanya boleh dianalisa dengan cepat melalui pemeriksaan terhadap daya-daya pada anggota dan daya-daya yang bertindak ke atas sendi yang mempunyai satu anggota pepenjuru yang mana dayanya tidak diketahui. Dalam banyak kes, arah daya bagi sebahagian bar adalah menjadi jelas selepas daya atau daya-daya paduan diketahui.

Daya Dalaman dan Daya Luaran Cuba anda bayangkan sebatang rod AB [rujuk Rajah1.5(a)] dikenakan satu daya tegangan yang mempunyai magnitud F Newton. Jika rod itu tidak mampu menanggung daya yang dikenakan, rod itu akan terus memanjang sehinggalah ia menemui kegagalan. Untuk menentukan rod tersebut tidak menemui kegagalan, satu daya yang bermagnitud F Newton juga mestilah bertindak dititik A dan B tetapi pada arah yang berlawanan dengan arah daya F tadi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.5(b) dan (c). Daya dalam rod ini dikenali sebagai daya dalaman, manakala daya F itu dikenali sebagai daya luaran, iaitu daya luar kepada rod tersebut.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 16

Rajah1.5 Daya dalaman dan luaran

A F
(a)

B F

A F
F
(b)

B
F

F B

A F
F
(c)

Anggota Struktur Kerangka Cuba perhatikan Rajah1.6 di bawah. Rajah1.6(a) menunjukkan satu bentuk kerangka yang dibentuk oleh tiga batang rod, iaitu rod i, rod ii dan rod iii. Setiap batang rod merupakan anggota kerangka yang berlainan. Dengan itu, untuk membezakan antara satu anggota kerangka dengan yang lain, satu sistem rujukan yang sesuai dan mudah perlu diadakan. Untuk tujuan ini, sistem rujukan yang menggunakan titik sambungan digunakan. Sebagai contoh:Rod i dikenali sebagai anggota AB Rod ii dikenali sebagai anggota BC Rod iii dikenali sebagai anggota CA. Penandaan yang begini dapat memudahkan proses mengenali anggota kerangka dan menyenangkan langkah mencari nilai daya pada anggota tersebut di dalam unit-unit berikutnya.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 17

Sila rujuk Rajahdi bawah.


Rajah1.6 (a) Anggota struktur kerangka (b) Daya Luaran (F) bertndak ke atas struktur kerangka

F B B

i
A

ii iii
(a)

A
(b)

Apabila kerangka dibebani dengan daya F Newton, seperti dalam Rajah1.6(b), kerangka itu akan menyesuaikan dirinya untuk mencapai suatu keadaan yang lebih stabil. Apabila keadaan ini dicapai, kerangka itu dikatakan berada dalam keadaan yang seimbang. Keseimbangan yang diperolehi secara keseluruhan itu membawa maksud bahawa setiap anggota juga berada dalam keadaan yang seimbang. Jika tidak, sudah tentulah anggota tersebut akan bergerak ke satu posisi yang lebih stabil. Anggapkan satu daripada anggota tersebut, iaitu anggota AB berada dalam keadaan keseimbangan. Daya luaran bermagnitud F yang bertindak pada titik A dalam arah AB hendaklah diseimbangkan oleh satu daya luaran yang mempunyai magnitud yang sama dengan F, tetapi dalam arah BA pada titik B seperti Rajah1.6(c). Dengan cara ini anggota AB dapat diseimbangkan. Oleh sebab anggota AB berada dalam keseimbangan, titik A itu sendiri juga berada dalam keseimbangan.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 18

Rajah1.6
F

A
(c)

B F

B F
(d)

A F F
(e)

B F F

A F F
(f)

C F F

Oleh itu, jika dipisahkan antara sendi A dengan B, seperti Rajah1.6(d). Akibat daya luaran yang bertindak pada sendi B, maka terhasilah daya dalaman yang mempunyai magnitud yang sama dengan daya luaran tetapi bertindak dalam arah berlawanan (ke kanan). Oleh yang demikian, Rajah1.6(e) menunjukkan daya dalaman bagi anggota AB yang terhasil akibat daya luaran bertindak pada sendi A dan B mesti mempunyai magnitud yang sama tetapi berlawanan arah dengan daya luaran. Anggota AB atau BA dinamakan sebagai anggota mampatan kerana arah daya dalaman menuju ke arah sendi. Sekarang perhatikan Rajah1.6(f) iaitu anggota AC. Daya luaran yang bertindak pada sendi A dan C menghasilkan daya dalaman pada arah yang berlawanan iaitu keluar dari sendi. Oleh itu, anggota AC atau CA dinamakan sebagai anggota tegangan kerana arah daya dalaman keluar dari sendi.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 19

Daya Dalam Anggota Kekuda Rajah1.7(a) menunjukkan satu kerangka yang terdiri daripada 3 anggota, iaitu AB, BC, dan AC. Satu beban F dikenakan pada sendi C. Di bawah bebanan ini, anggota AC dan BC mengalami daya mampatan. Dengan itu, daya dalaman anggota tersebut bertindak melawan daya mampatan dari luar dengan mengarahkan anak panahnya kearah titik sambungan seperti ditunjukkan dalam Rajah1.7(b). Sekiranya anggota AB tidak wujud, tentulah anggota BC dan AC akan mengubah kedudukan. Oleh sebab itu , anggota AB akan bertindak mengatasi keadaan tersebut daripada berlaku dengan mengadakan suatu daya dalaman mengarah keluar dari titik sambungan seperti dalam Rajah1.7(c). Hasilnya, daya dalaman untuk setiap anggota struktur kerangka ialah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.7(d).
Rajah1.7

F C B (a) F C A (c) B A

F C B (b) F C

B (d)

Cara meletakkan anak panah ini akan menjadi bertambah rumit sekiranya struktur kerangka itu mempunyai bilangan anggota yang banyak. Dengan itu, satu kaedah yang sistematik perlu diikuti supaya

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 20

memudahkan proses mengenal pasti sama ada anggota tersebut merupakan anggota mampatan atau anggota tegangan. Untuk mengatasi kerumitan ini, penandaan arah semua anak panah menuju ke titik sambungan atau arah semua anak panah keluar dari titik sambungan, seperti dalam Rajah1.7e, bolehlah diikuti. Bagi unit ini, sistem penandaan arah anak panah menuju ke titik sambungan telah dipilih (Rajah1.7e)

Panduan sistem penandaan daya dalaman (Rajah1.7e) a. Setiap daya dalaman bertindak berpasangan, satu pada setiap hujung anggota. b. Tandakan arah anak panah menuju ke titik sambungan untuk setiap anggota kerangka yang ingin dicari nilainya. c. Namakan daya dalaman berdasarkan titik sambungan. Contohnya, untuk anggota AB namakan sebagai FAB . d. Sekiranya nilai daya dalaman yang diperolehi negatif, maka anggota tersebut berada dalam tegangan. e. Sekiranya nilai daya dalaman yang diperolehi positif, maka
Rajah1.7e

anggota tersebut berada dalam mampatan.


F

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 21

AKTIVITI 1.3

Uji kefahaman anda sebelum ke unit 2. Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Soalan 1: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. a) Anggota yang dikenakan daya luaran jenis daya tegangan dinamakan ___________. b) Anggota yang dikenakan daya luaran jenis ______________ dinamakan anggota mampatan. c) Bagi ___________ , arah daya dalaman adalah keluar dari titik sambungan. d) Bagi anggota mampatan, arah daya dalaman adalah ________ titik sambungan . Soalan 2: Tandakan arah daya-daya dalaman bagi kerangka tersebut dan namakan samada anggota\ kerangka tersebut ialah anggota tegangan atau anggota mampatan.
F F C C C

A
(a)

A
(b)

B A
(c)

B F C

A
(d)

A
(e)

(f)

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 22

MAKLUM BALAS AKTIVITI 1.3

Soalan 1 a) Anggota tegangan. b) Daya mampatan. c) Anggota tegangan. d) Kearah.

Soalan 2 a) FAC = tegangan FAD = tegangan FBC = mampatan FBD = tegangan FCD = sifar c) FAB = mampatan FAC = sifar FBC = tegangan e) FAB = sifar FAD = tegangan FBD = sifar FBC = sifar FCD = sifar

b) FAC = mampatan FAD = tegangan FBC = mampatan FBD = tegangan FCD = sifar d) FAB =tegangan FAC = tegangan FBC = mampatan f) FAB = sifar FAC = tegangan FAD = sifar FBC = sifar FCD = mampatan

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 23

PENILAIAN KENDIRI
Tahniah, anda telah sampai keakhir unit 1. Sekarang anda boleh menilai kefahaman anda dengan mencuba semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila dapatkan bimbingan dari pensyarah matapelajaran. Selamat mencuba dan semoga berjaya! Soalan 1 Kelaskan kekuda-kekuda berikut sebagai stabil atau tidak. Sekiranya stabil, tentukan sama ada ianya boleh tentu statik atau tidak boleh tentu statik. Sekiranya tidak boleh tentu statik, nyatakan darjah ketidaktentuan.

(a)

(b)

(c)

(d)

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 24

Soalan 2 Merujuk kepada kerangka di bawah (Rajah(a), (b), (c),dan (d)), kelaskan kerangka/ kekuda di bawah sebagai stabil atau tidak stabil. Sekiranya tidak stabil, tentukan punca ketidakstabilannya. Sekiranya stabil, tentukan sama ada ianya boleh tentu statik atau tidak boleh tentu statik. Sekiranya tidak boleh tentu statik, nyatakan darjah ketidaktentuan.

(a)

(b)
1m

C
1m

200kN B D
1m 1m 1m

C 150kN
1m

(c)

75kN A

(d)

235kN C A
1m

1m

C
2m

B D
2m

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 25

Soalan 3 Merujuk kepada kerangka di bawah (Rajah(a) , (b), (c), (d) dan (e) . Tanpa mencarikan daya dalamannya, nyatakan samada anggota-anggota kerangka tersebut bertindak sebagai anggota mampatan atau anggota tegangan. (a) (b)

A A 1m 1m 300kN D 1m 1m C 1m E 1m B C

B D

100kN 1m M

(c) A B

100kN C D

1m 65kN G E F 3 @ 1m = 3m

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 26

(d)
B C D

80kN 4m A F 3 @ 3m = 9m E

(e)
400kN 100kN

A E

Panjang setiap anggota adalah 2m.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 27

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI 1


Adakah anda telah mencuba soalan-soalan di atas? Jika YA , sila semak dengan jawapan-jawapan di bawah. Jawapan Soalan 1 a. b. c. d. struktur stabil dan bolehtentu struktur stabil dan tak bolehtentu , D = 1 struktur tak stabil struktur stabil dan bolehtentu

Jawapan Soalan 2 a. Struktur stabil dan bolehtentu. b. Struktur stabil dan bolehtentu c. Struktur stabil dan tidak bolehtentu. D= 1 d. Struktur stabil dan bolehtentu Jawapan Soalan 3 a. FAB = tegangan. FAD = sifar. FBD = mampatan FDC = sifar. FBC = tegangan b. FAB = tegangan FAD = mampatan FBC = FBD = FCD = FCE = FDE = d. FAB FBC FCD FDE FFE FAF FBF FCE FFC = = = = = = = = = tegangan sifar. mampatan tegangan sifar

c. FAB = FAG = FBC = FBG = FCD = FCF = FCG = FDE = FDF =

tegangan mampatan tegangan sifar mampatan mampatan mampatan mampatan tegangan

tegangan tegangan tegangan mampatan mampatan mampatan mampatan mampatan tegangan

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 28

FEF = sifar FFG = tegangan e. FAB FBC FCD FAE FED FBE FEC = mampatan = mampatan = mampatan = tegangan = tegangan = mampatan = tegangan

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 29

You might also like