You are on page 1of 13

SEK KEB TAMAN INDAHPURA 1, 81000 KULAI, JOHOR DARUL TAKZIM

MENINGKATKAN PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA MELALUI KAEDAH KAD IMBAS DENGAN GAMBAR DAN ICT TAHUN 4
DISEDIAKAN OLEH,

JAYANTHI RANI A/P MUNIANDY Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 81000 Kulai Johor

Tajuk kajian

MENINGKATKAN PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA MELALUI KAEDAH KAD IMBAS DENGAN GAMBAR DAN ICT
Pengkaji JAYANTHI RANI A/P MUNIANDY Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 81000 Kulai, Johor Abstrak Kajian ini dilaksanakan untuk mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap perbendaharaan kata sains. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid-murid sangat lemah dalam perbendaharaan kata sains. Mereka tidak dapat mengingati perbendaharaan kata sains dan maksudnya dan juga tidak dapat menyebut perkataan dengan betul. Ini seterusnya mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian ini untuk mengenalpasti jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut. Seramai 13 orang terlibat dalam kajian ini. Mereka telah menjalani Ujian Diagnostik. Ujian Diagnostik tersebut merupakan ujian padankan perbendaharaan kata sains (Bahasa Inggeris) dengan maksudnya dalam Bahasa Malaysia beserta gambar. Ujian tersebut mengandungi sebanyak 26 patah perbendaharaan kata sains yang dipilih dari buku teks. Kaedah yang dijalankan ialah mencantumkan kad imbasan. CD dari PPK (Pusat Perkembangan Kurikulum) dan buku teks tahun 4 digunakan untuk membantu aktiviti ini. Aktiviti ini dijalankan selama 10 minit setiap hari selama sebulan. Pada hujung kajian, keputusan ujian pos telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dikalangan murid-murid untuk memperingati perbendaharaan kata sains dengan maksudnya. Aktiviti ini juga telah meningkatkan minat muridmurid terhadap matapelajaran sains. Mereka juga sangat berminat untuk menghasilkan buku Vocabulary Scince bergambar.

KANDUNGAN Bil Abstrak 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Fokus Kajian Objektif Kajian Kumpulan sasaran Perlaksanaan Kajian Dapatan Kajian Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Lampiran 1 Perkara Ms i 1 1 2 2 3 7 8 9

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Setelah mengajar mata pelajaran sains Tahun 4 Alamanda saya dapati mereka sering menghadapi masalah dalam mengingat kembali maksud perbendaraan kata sains. Mereka sering lupa maksud perbendaraan kata tersebut. Apabila diajukan soalan secara lisan atau tulisan mereka sering menjawab tidak tahu atau lupa. Saya dapati kebanyakan mereka tidak dapat membuat latihan selepas beberapa minggu diajar. Kegagalan memperingati perbendaraan kata menjejaskan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains apatah lagi prestasi mereka semasa peperiksaan. Mereka langsung tidak boleh menjawab. Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bahawa saya terpaksa membuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Saya perlu satu mekanisma untuk membolehkan murid-murid saya dapat menjawab atau mengetahui maksud perbendaraan kata sains selalu. Bagi merealisasikan kajian tindakan ini, saya perlu merancang suatu aktiviti yang menarik dan berkesan dan aktiviti tersebut mesti dilakukan secara berterusan oleh pelajar. Oleh kerana aktiviti tersebut mesti dilakukan selalu oleh pelajar maka aktiviti tersebut mesti direka supaya dapat menarik minat pelajar dan seharusnya menambah minat belajar di kalangan pelajar.

Fokus kajian Daripada refleksi diatas didapati murid tidak dapat mengingati perbendaraan kata sains kerana kurang latihtubi dan pendedahan. Kajian ini adalah penting bagi murid-murid tahun 4 Alamanda dalam mengingati dan mengaplikasikan dalam perbualan. Jika murid-murid tidak boleh mengingati perbendaraan kata sains maka ini akan memberi kesan yang negatif terhadap diri mereka. Mereka juga akan menggangap sains adalah subjek yang susah serta hilang minat untuk terus belajar. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memperingati maksud perbendaharaan kata sains dengan maksudnya.

3 3.1

Objektif Kajian Objektif Am Tujuan Kajian ini adalah perbendaraan kata sains. untuk mempertingkatkan penguasaan

3.2

Objektif Khusus i. ii. Membantu murid mengingatkan kembali perbendaraan kata sains. Menimbulkan minat di kalangan pelajar-pelajar lemah terhadap matapelajaran sains.

4.0

Kumpulan sasaran Kumpulan sasaran terdiri daripada 13 orang murid Tahun 4 Alamanda, Sek Keb Taman Indahpura 1, Kulai. Kumpulan ini merupakan pelajarpelajar yang berkebolehan membaca tetapi berprestasi kurang memuaskan dalam matapelajaran sains. Prestasi mereka adalah kurang memuaskan dalam peperiksaan dan ujian. Mereka menghadapi masalah dalam memperingati maksud bagi perbendaraan kata sains.

5 5.1

Perlaksanaan Kajian Tinjauan Masalah Saya telah memilih seramai 13 orang pelajar dalam kajian ini. 13 orang pelajar tersebut dipilih melalui suatu ujian diagnostik dan juga berdasarkan pemerhatian dan pencapaian pelajar sebelum ini. Klien juga dipilih berdasarkan daripada pemerhatian oleh guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan selamai ini. Prestasi dan pencapaian dalam ujian dan peperiksaan juga diambilkira untuk dijadikan sebagai klien. Murid-murid ini selalunya tidak dapat mengingati maksud perbendaharaan kata sains yang telah dipelajari. Murid-murid ini juga merupakan slow learners dimana mengambil masa untuk mempelajari sesuatu berbanding dengan pelajar-pelajar lain. Murid-murid ini merupakan murid-murid yang boleh membaca.

5.2

Analisis Tinjauan Masalah Pra Ujian Satu ujian mudah telah dijalankan terhadap 35 orang pelajar dalam kelas. (Sila rujuk lampiran 1) Ujian ini merupakan padankan perbendaharaan kata sains dengan maknanya. Perbendaharaan kata tersebut telah pun dipelajari oleh pelajar sebelum ini. Terdapat sebanyak 26 patah perkataan dan maksudnya dalam bentuk kad. Murid-murid dikehendaki memadankan perbendaraan kata dengan maknanya dalam bahasa malaysia. Hasil pra ujian adalah seperti berikut: Jadual 1 Skor 04 59 10 14 15 19 20 24 25 26 Jumlah Pelajar Bilangan Pelajar 12 10 11 2 0 0 35 Catatan

Seramai 12 orang mendapat 0 hingga 4 markah, 10 orang mendapat 5 hingga 9 markah, 11 orang mendapat 10 hingga 14 markah, dan 2 orang mendapat 15 hingga 19 markah. Tiada pelajar yang mendapat markah dari 20 hingga 26. Saya memilih 13 orang pelajar yang mendapat skor 10 hingga 19 markah dalam kajian ini.

5.3

Tindakan Yang Dijalankan Sebanyak tiga aktiviti telah dijalankan untuk menjayakan kajian ini. Ketiga tiga aktiviti tersebut merupakan aktiviti untuk memperkukuhkan pengetahuan klien dalam bidang perbendeharaan kata sains. Aktivitiaktiviti tersebut adalah: Aktiviti 1 Padankan perbendaharaan kata sains dengan maksudnya dalam bahasa Malaysia. Aktiviti tersebut dijalankan pada minggu pertama dan kedua. Guru telah menyediakan kad-kad perbendaharaan kata sains. (rujuk lampiran 1) Sebanyak 26 patah perkataan sains dan maksudnya dikenalpasti dan dibuat dalam bentuk kad. Setiap hari murid-murid diberi 10 minit yang pertama semasa waktu matapelajaran sains. Dalam masa itu mereka diberi motivasi untuk melakukan aktiviti padankan kad-kad perbendaharaan kata sains dengan kad-kad maknanya, dalam kelas. Murid-murid secara individu memadankan perbendaharaan kata sains dengan maknanya dengan mencantumkan kad-kad. Di sini saya telah dapat memerhatikan dua golongan pelajar. a) Golongan pertama ialah pelajar-pelajar yang dapat memadankan kad dengan mengetahui maksudnya. Golongan ini hanya dapat tiga hingga lima perkataan daripada perkataan dengan mengetahui sebenarnya maksudnya. Lain dapat dipadankan dengan bentuk potongan kad seperti langkah b) b) Golongan kedua ialah pelajar-pelajar yang hanya dapat memadankan kesemua 26 patah perkataan (kad-kad) mengikut bentuk potongan kad. Golongan pelajar ini tidak mengetahui maksud perkataan, tetapi mereka dapat memadankan kesemua kad (26 patah) dengan kad maksud berpandukan potongan kad-kad tersebut. Contoh : Bed bug pijat

Melalui aktiviti 1 ini saya mengharapkan supaya murid-murid dapat memadankan kad-kad perbendaharaan kata sains dengan kad-kad maksud berpandukan potongan kad. Aktiviti padankan kad-kad ini telah menarik minat murid-murid. Walaupun mereka tidak mengetahui maksudnya. Mereka melakukan aktiviti tersebut dengan penuh minat. Semakin kerap murid-murid melakukan aktiviti ini, semakin kerap mereka berpeluang terdedah kepada perbendaharaan kata sains dengan maksudnya. Mereka membaca perbendaharaan kata sains dan maksud pada setiap kali mereka melakukan aktiviti tersebut. Oleh kerana muridmurid berpeluang melihat dan membaca perbendaharaan kata sains pada setiap hari, maka ini dapat peluang kepada murid-murid untuk memperingati perbendaharaan dan maksudnya. Ini adalah harapan dan tujuan aktiviti pertama saya. Jika andaian saya betul, jika murid-murid telah memperingati perbendaharaan sains dengan maksudnya, saya seharusnya menguji murid-murid melalui post test. Aktiviti Kedua Penggunaan ICT. Murid-murid yang dapat menyiapkan latihan pula akan diberi peluang untuk membuat aktiviti melalui aktiviti Power Point. Aktiviti Power Point ini merupakan aktiviti yang disediakan oleh saya, dimana murid-murid akan memadankan perbendaharaan kata sains dengan maksudnya. Aktiviti 3 Tayangan CD Tayangan CD merupakan aktiviti untuk memperkukuhkan lagi pemahaman dan kemahiran memperingati perbendaharaan kata sains dengan maksudnya. Saya membuat tayangan sekali seminggu mengenai istilah-istilah tersebut selama dua minggu. Maka murid-murd berpeluang menuntun istilah-istilah tersebut sebanyak dua kali dalam dua minggu. Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar dimana mereka berasa seronok dan membaca dan menyebut istilah-istilah sains tersebut semasa tayangan.

Aktiviti keempat saya adalah juga jenis aktiviti padankan perbendaharaan sains dengan maksud-maksudnya. Tetapi kali ini kadkad istilah sains dan maksud tidak dalam bentuk potongan tertentu tetapi semua dalam bentuk yang sama iaitu segiempat tepat. Seperti aktiviti pertama aktiviti ini juga mempunyai 26 patah perbendaharaan sains dengan maknanya dalam Bahasa Malaysia dalam bentuk kad yang sama bentuk. Contoh: Bed bug pijat

Murid-murid perlu mengetahui maksud bagi perbendaharaan sains dengan baik untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Aktiviti ini dijalankan pada minggu ketiga. 5.4 Ujian Post. Kini tibalah masanya untuk menguji hasil aktiviti-aktiviti yang saya telah menjalankan sebelum ini. Aktiviti ketiga saya adalah untuk mengetahui sejauh mana aktiviti-aktiviti saya sebelum ini memberi kesan terhadap murid-murid saya dalam memperbaiki kemahiran memperingati maksud perbendaharaan sains. Selepas sebulan dijalankan aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengukuhan ujian post telah dijalankan terhadap 13 orang sample. Ujiannya dalah sama seperti ujian pra.

6.0

Dapatan Kajian Keputusan Ujian Post Skor 04 59 10 14 15 19 20 24 25 26 Jumlah Pelajar Bilangan Pelajar 3 2 2 6 13 Catatan 11 11

22

Hasil Ujian tersebut menunjukkan, daripada 13 orang yang dikaji dan diuji, seramai 3 orang pelajar dapat skor 10 hingga 14, 2 orang pelajar mendapat skor 15 hingga 19, 2 orang pelajar lagi mendapat skor 20 hingga 24 dan 6 orang pelajar mendapat skor 25 hingga 26. Perbandingan Ujian Pra dan Post UJIAN POST 3 2 2 6 13

Skor 04 59 10 14 15 19 20 24 25 26 Jumlah Pelajar

PRA 11 2 0 0 13

PERBEZAAN

-8 0 +2 +6

Perbandingan keputusan ujian pra dan post di atas, menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mendapat skor yang kurang pada ujian pra telah berkurang dalam ujian post dan terdapat peningkatan dalam bilangan pelajar yang mendapat skor yang tinggi dalam ujian post. Semasa pra ujian keputusan tidak memuaskan. Murid-murid menghadapi masalah dalam menjawab jawapan yang betul. Mereka tidak ingat apa yang mereka belajar sebelum ini. Hanya pengajaran yang baru berada dalam peringatan untuk satu jangkamasa yang tertentu sahaja. Pembelajaran yang lama biasanya dilupai oleh murid-murid selepas sesuatu jangkamasa yang panjang. 7

Maka kajian ini membuktikan bahawa aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan berterusan untuk memperkukuhkan peringatan muridmurid, telah dapat memberi kesan yang positif. Jelas juga di sini bahawa murid-murid sentiasa perlu diberi aktiviti berentuk latihtubi melalui aktivitiaktiviti yang menarik. Sesuatu bahan atau topik yang diajar pada sesuatu masa, perlu juga dijalankan secara berterusan untuk tujuan memudahkan peringatan murid-murid.

7.0

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Saya memberi cadangan seperti berikut untuk kajian masa depan:

7.1

Kajian saya tidak melibatkan ujian dalam bentuk tulisan. Walaupun muridmurid dapat menjawab dengan skor yang tinggi dalam kajian saya, prestasi mereka kemungkinan besar berbeza jika diuji melalui ujian tulisan. Maka kajian yang sesuai juga perlu dijalankan untuk mengenalpasti prestasi mereka dalam bentuk penulisan. Murid-murid yang kurang mahir dalam membaca juga perlu diberi perhatian dalam kajian masa depan.

7.2

Lampiran 1 Join the words with its meanings 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 bed bug centipede chameleon curl up excessive Hair Humps Latex mangrove Region spine sway milipede sting scale Bonggol Bulu susu getah Bakau Berayun ulat gonggok Duri Sengat Lipan Sesumpah Sisik menggulung Pijat Berlebihan Kawasan

16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

behaviour buttress roots extreme weather hurt itchiness mimosa pangolin rhinoceros specific characteristic thick fur wallowing

cuaca melampau Kelakuan akar banir Kegatalan badak sumbu Cedera Semalu ciri-ciri khas Tenggiling Bulu tebal Berkubang

You might also like