You are on page 1of 2

Tingkatan Tarikh Masa Bilangan Murid Sub tajuk Objektif

: : : : : :

Pengetahuan sedia ada: Nilai Murni : Langkah-langkah: Langkah 1 (5 minit)

4 Perdagangan. 22 Januari 2010. 8.00 8.40 malam. 54 orang. Pemilihan Media Pengiklanan. Sebelum tamat pembelajaran ini, pelajar dapat a) Mengenal pasti faktor mempengaruhi pemilihan media pengiklanan. b) Menghuraikan faktor pemilihan media pengiklanan. c) Membuat keputusan yang rasional untuk menentukan faktor pemilihan media pengiklanan. d) Membuat penilaian faktor pemilihan media yang sesuai digunakan dalam sesuatu perniagaan. Pelajar telah mengetahui jenis media pengiklanan. Bekerjasama.

: Guru menunjukkan kepada kelas gambar-gambar barang yang berkaitan dengan media pengiklanan (BBM 1). Guru menanyakan soalan kepada beberapa orang pelajar tentang apa yang dilihat dalam gambar-gambar yang ditunjukkan. : Guru menjelaskan kepada pelajar bahawa sesuatu barang atau produk haruslah dipilih media pengiklanan yang sesuai untuk mengiklan barangan tersebut. Guru memulakan pengajaran dengan menyatakan faktor-faktor pemilihan media pengiklanan (BBM 2). : Guru memberikan penerangan secara jelas dan ringkas kepada pelajar tentang faktor-faktor pemilihan media pengiklanan. Guru memberikan contoh-contoh barangan yang sesuai dengan pemilihan media pengiklanan. (BBM 2). : Guru memberikan satu Kajian kes kepada pelajar. (BBM3) Pelajar dikehendaki membincangkan jawapan bagi soalan kajian kes tersebut dalam kumpulan. Selepas 5 minit, guru akan memilih pelajar untuk menjawab soalan yang terdapat dalam kajian kes. Guru membincangkan jawapan yang diberikan oleh pelajar berkenaan bersama dengan kelas. : Guru merumuskan tentang apa yang telah dipelajari hari ini (BBM 2). Guru memberi latihan soalan penilaian berbentuk objektif kepada pelajar untuk disiapkan di rumah. (BBM4).

Langkah 2 (15 minit)

Langkah 3 (25 minit)

Langkah 4 (30 minit)

Langkah 5 (5 minit)

BBM 1

Gambar

BBM 2

Slaid Powerpoint.

BBM 3

Kajian Kes. Encik Sham adalah seorang bekas guru. Beliau bercadang untuk membuka sebuah pusat tuisyen di Taman Jaya yang mempunyai seramai lebih kurang 500 orang murid di sekolah yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah. Untuk memaklumkan pembukaan pusat tuisyennya pada bulan hadapan, Encik Sham mengambil keputusan untuk mengedarkan risalah dari rumah ke rumah. Soalan: Terangkan faktor yang telah dipertimbangkan oleh Encik Sham dalam pemilihan media pengiklanan. Apakah perbezaan antara risalah dengan katalog ?

BBM 4

Lembaran kerja.

You might also like