You are on page 1of 3

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PUBLISITI LAPORAN SEBELUM Saya, Ahmad Muhamad Azri Bin Abd Rahman n telah ditugaskan

sebagai Jawatankuasa Publisiti untuk Pameran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Ahli-ahli jawatankuasa publisiti yang lain ialah Nur Sakinah Bt Abd Rauf, Farhah Syahirah Bt Sahudi dan Ahmad Syafiq Bin Mat Arisah. Antara bidang tugas yang perlu kami lakukan ialah menjemput sekolahsekolah rendah untuk melawat pameran itu, menyediakan kad dan surat jemputan serta menyediakan iklan dan banner untuk pameran tersebut. Oleh sebab bidang tugas publisiti ini sangat luas dan banyak tugasan yang perlu diselesaikan, kami telah membahagikan tugas-tugas untuk publisiti ini secara sama rata. Saya telah mengambil tugasan untuk menjemput sekolah-sekolah rendah yang terdapat di sekitar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh. Saya telah menghantar dua surat jemputan ke dua buah sekolah, Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan dan Sekolah Kebangsaan Methodist. Kedua-dua buah sekolah ini terletak lebih kurang lima kilometer dari IPG Kampus Ipoh. Di samping itu, Syafiq Bin Mat Arisah telah menyiapkan kad-kad jemputan untuk menjemput para pensyarah ke pameran yang akan diadakan ini nanti. Syafiq telah menyiapkan kad-kad jemputan untuk menjemput Pengarah dan Timbalan

Pengarah IPG Kampus Ipoh ke pameran tersebut. Selain itu, kad-kad jemputan juga telah disiapkan untuk menjemput semua Ketua Jabatan dan semua pensyarah dalam Jabatan Bahasa Melayu. Kad-kad jemputan telah diedarkan sebelum pameran TMK berlangsung. Nur Sakinah Bt Abd Rauf telah ditugaskan untuk mempublisitikan pameran ini di laman sesawang dan televisyen iklan IPG. Khairulddin telah berjumpa dengan pensyarah penasihat pameran dan memberikan butiran pameran kepada beliau untuk dimuat naik ke laman sesawang. Selain itu, Khairulddin juga telah menyiapkan sebuah `movie maker untuk ditayangkan di televisyen iklan IPG.

Bagi bahagian banner dan poster, saya sendiri telah mengambil tugas tersebut. saya telah menempah satu banner untuk digunakan sepanjang pameran nanti. Seterusnya, Farhah Syahirah Bt Sahudi telah menyiapkan poster-poster bagi mengiklankan pameran yang akan diadakan itu nanti. Poster-poster yang telah siap dicetak dan diperbanyakkan telah ditampal di sepanjang laluan para pelatih dari asrama ke kelas masing-masing.

LAPORAN SEMASA Semasa pameran berlangsung, sambutan amat menggalakkan. Semua para pelatih mendapat tahu serba sedikit mengenai pameran ini melalui iklan-iklan yang telah dibuat oleh jawatankuasa publisiti. Iklan-iklan yang mereka tengok berkenaan dengan pameran ini melalui poster, banner, laman sesawanag IPG, dan televisyen iklam IPG. Para pensyarah yang menerima kad jemputan daripada jawatankuasa publisiti turut memeriahkan pameran dengan menghadirkan diri mereka ke pameran pada hari itu. Terdapat juga sebilangan pensyarah yang tidak dapat menghadirkan diri ke pameran itu atas sebab-sebab yang penting dan tidak dapat dielakkan. Surat jemputan telah dihantar ke sekolah-sekolah. Murid-murid sekolah tidak dapat hadir ke pameran pada hari itu kerana mereka sedang menduduki peperiksaan pada hari itu. Namun, guru-guru mereka telah menghadirkan diri ke pameran tersebut sebagai wakil dari sekolah-sekolah yang dijemput. Guru-guru yang hadir ke pameran pada hari itu tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi kiosk-kiosk pameran dan membeli cakera padat yang mengandungi tapak pembelajaran dan tutorial yang disediakan oleh pihak penganjur. Segala persiapan telah kami lakukan dengan rapi dan sebaik yang kami mampu. Kami telah berusaha dan mencuba untuk menyiapkan semua tugasan dalam bidang tugas publisiti sebaik mungkin.

Laporan Disediakan Oleh: MUHAMAD AZRI BIN ABD RAHMAN AJK Publisiti PameranBMM3105

You might also like