You are on page 1of 24

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

87










































1. Setiap individu muslim wajib menuntut ilmu berdasarkan hadis
Rasulullah yang berbunyi :

'- -- = ~ 4-'- Q- Q- Q- : ;-~ --- = _-~ = ;~ '- :
- ~= ;-- ~-= ;-~- J _- _-+,-' ='- - -

Maksudnya : Anas bin Malik R.A. berkata Rasulullah S.A.W telah
bersabda, Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.

2. Kategori ilmu yang wajib dipelajari :
a. Ilmu fardhu ain- Ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap
muslim. Contohnya ilmu akidah, syariah ,akhlak dan sebagainya.

b. Ilmu fardhu kifayah- Ilmu yang wajib dipelajari untuk memenuhi
:


.

Daripada Abu Darda R.A. berkata : aku telah mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda : Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan
mempermudahkan jalan ke Syurga dan para malaikat mengembangkan
sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka kepada mereka.
Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan oleh
makhluk yang berada di langit dan di bumi sehinggalah ikan di air dan
kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid sama seperti bulan
purnama berbanding cakerawala-cakerawala yang lain . Sesungguhnya para
Nabi sedikit tidak pun meninggalkan harta walau satu dinar atau satu
darham, sesungguhnya mereka hanyalah mewarisikan ilmu, Maka sesiapa
yang mendapatkan ilmu bererti ia telah memperolehi bahagiannya yang
besar.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

88


















.













keperluan diri, masyarakat dan negara seperti ilmu perubatan,
perniagaan, teknologi, pertanian dan sebagainya.

3. Kelebihan menuntut ilmu :
a. Allah akan memudahkan jalan ke syurga.
b. Para malaikat sentiasa bersama orang yang menuntut ilmu.
c. Sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah.
d. Semua makhluk sentiasa memohon keampunan untuk mereka.
e. Mereka bagaikan bulan purnama menyinari alam berbanding
dengan cakerawala yang lain.

4. Kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah :
a. Allah meningkatkan darjat serta kemuliaan di dunia dan akhirat.
b. Hamba yang takut kepada Allah kerana sentiasa mengkaji
ilmunya.
c. Hatinya sentiasa hidup dengan cahaya hikmah.
d. Memperolehi pahala yang berterusan kerana ilmunya yang diajar
menjadi amalan dan panduan manusia.

5. Kedudukan orang yang tidak berilmu :
a. Manusia akan menjadi jahil sebab malas mencari ilmu
pengetahuan.
b. Membinasakan diri kerana tiada semangat untuk belajar.
c. Kemungkaran akan berleluasa kerana kejahilan mereka.
d. Berlaku pengangguran dan suka berpeleseran membuang masa.












2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

89





















1.











2.







3.
Ulama ialah orang yang mewarisi ilmu Nabi dan menjadi contoh teladan yang
baik kepada masyarakat. Di antara ciri-ciri ulama ialah :
a. Sentiasa takutkan Allah.
b. Ikhlas menyampaikan ilmu yang dimiliki.
c. Tempat rujukan masyarakat mengenai kemuyskilan agama.
d. Mempunyai ilmu pengetahuan agama yang mendalam.
e. Sentiasa mengkaji dan mempelajari al-Quran serta hadis.
f. Sentiasa cinta ilmu pengetahuan.
g. Bersedia menerima dan membetulkan kesalahan dan kesilapan.
h. Bersabar dan teguh pendirian dalam memperjuangkan yang hak dan
benar.

Sebab-sebab kepupusan ulama dan ilmu pengetahuan :
a. Allah mematikan ulama dan para cendikiawan.
b. Orang Islam semakin kurang berminat mempelajari ilmu
pengetahuan.
c. Tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki menjadikan ia ilmu tidak
bermanfaat.
d. Menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan duniawi semata-mata.

Ketiadaan para ulama menyebabkan lahirnya pemimpin yang tidak
: ) ( :

. ) (
Maksudnya :Daripada Abdullah bin Amru Al-As R.A katanya : Beliau
mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah tidak akan
menghilangkan ilmu pengetahuan daripada hamba begitu sahaja tetapi Allah
akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama sehingga tiada lagi
seorang alim, orang ramai akan melantik ketua yang jahil, maka apabila
ditanya, mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu pengetahuan, maka
mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

90
berpengetahuan agama, keluarnya fatwa yang mengelirukan, wujud ajaran
sesat dan berleluasa kemungkaran.

















1.


2.



3






4





5.



Akhlak ialah perbuatan, perkataan dan tingkah laku yang elok serta indah
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah.

Iman menjadi asas bagi pembentukan akhlak mulia muslim sejati. Orang
yang berakhlak mulia ialah orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah dan
melakukan kebaikan pada setiap masa dan tempat.

Di antara ciri-ciri akhlak yang baik ialah :
a. Bersifat mahmudah.
b. Berfikir sebelum bertindak.
c. Dikasihi oleh orang ramai.
d. Mudah mendapat hidayah.
e. Sentiasa mendapat rahmat Allah.

Di antara ciri-ciri akhlak yangburuk :
a. Dibenci oleh orang ramai.
b. Sisukai oleh syaitan dan musuh-musuh islam.
c. Bersifat mazmumah.
d. Membebankan masyarakat dengan berbagai masalah,

Cara menjauhi akhlak buruk :
a. Sentiasa mengingati mati.
b. Tidak bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya.
c. Sentiasa mengingati azab di akhirat.
: ) : (
) (

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A berkata bersabda Rasulullah S.A.W.,
Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik
akhlaknya dan orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang paling
banyak berbuat baik kepada isterinya.


2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

91





6






d. Sentiasa memohon keampunan kepada Allah.
e. Sentiasa mendampingi para ulama.
f. Sentiasa menghadiri majlis ilmu.
g. Sentiasa mencontohi akhlak Rasulullah.

Kaedah membentuk keluarga bahagia :
a. Mencontohi keluarga Rasulullah S.A.W.
b. Membentuk keluarga yang beriman dan bertakwa.
c. Bersiar-siar dan berehlah bersama keluarga.
d. Saling memahami antara satu sama lain.


































2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

92















1.







2.







3.







4



Sebab nikmat sihat dan masa lapang dilupai :
a. Memperolehi nikmat secara percuma menyebabkan mereka tidak
menghargainya.
b. Leka dengan nikmat dunia.
c. Dalam keadaan nikmat yang terlalu banyak menyebabkan
manusia lupa kepada Allah.
d. Kurang penghayatan agama dalam kehidupan.

Cara menjaga kesihatan :
a. Makan makanan yang berkhasiat.
b. Sentiasa beriadah.
c. Makan makanan yang bersih dan halal.
d. Tidak makan berlebihan.
e. Waktu rehat yang cukup.
f. Mengamalkan makanan seimbang.

Cara mengisi masa lapang :
a. Membaca buku-buku ilmiah.
b. Berehlah bersama keluarga.
c. Menyertai badan-badan kebajikan.
d. Merenung dan berfikir mengenai makhluk ciptaan ilahi.
e. Membersih kawasan rumah.
f. Memperbanyakkan zikir.

Nikmat kesihatan kepada manusia :
a. Dapat beribadah dengan sempurna.
b. Dapat melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah.
c. Dapat memberi peluang manusia keluar berjihad di jalan Allah.
) ( .

Maksudnya : Daripada ibnu Abas R.A berkata , telah bersabda Rasulullah
S.A.W, terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupakan iaitu
nikmat sihat dan nikmat masa lapang.


2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

93



5.







6.







7.
d. Dapat melakukan kerja-kerja kebajikan sesama manusia.
e. Dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Kepentingan menjaga akal :
a. Dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.
b. Dapat berfikir dengan waras.
c. Dapat mengenal Allah sebagai pencipta.
d. Dapat melahirkan tubuh badan yang sihat.
e. Sempurna melakukan tuntutan Allah.
f. Membezakan di antara haiwan dan manusia.

Perkara-perkara yang melalaikan manusia :
a. Bergaul atau berkahwan dengan orang yang melakukan maksiat.
b. Tamak akan harta.
c. Membaca dan menonton bahan lucah.
d. Berhibur di tempat-tempat hiburan dan maksiat.
e. Banyak makan dan minum
f. Terpedaya dengan kemewahan dunia.

Cara untuk mengatasi perkara yang melalaikan :
a. Memberi pendidikan agama yang sempurna kepada kanak-kanak .
b. Menghapuskan tempat-tempat maksiat bagi menangani gejala
sosial.
c. Mengelakkan diri dari tempat-tempat maksiat.
d. Banyakkan membaca al-Quran , berzikir dan beribadah kepada
Allah.


















2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

94





















1.









2.




3.





Islam melarang umatnya daripada bersifat negatif :
a. Lemah - Islam melarang umatnya daripada bersifat lemah samada
jasmani atau rohani kerana ia boleh melemahkan umatnya.
b. Malas Sikap malas boleh menghalang umat Islam daripada
mencapai kemajuan.
c. Penakut Umat Islam perlu mempunyai kekuatan dari aspek
rohani dan jasmani.
d. Kedekut Umat Islam dilarang bersifat kedekut kerana setiap
sesuatu adalah hak Allah mutlak.

Rasulullah melarang umatnya bersifat negatif kerana :
a. Umat Islam umat yang terbaik dan terpilih.
b. Umat yang bersifat sederhana.
c. Akan menimbulkan kesusahan pada diri sendiri dan orang lain.

Akibat bersikap negatif :
a. Ekonomi negara merosot.
b. Negara menjadi mundur.
c. Masyarakat dipandang hina.
d. Masyarakat kucar- kacir.
e. Hidup tidak berkat.
) (
:
.
Maksud : Daripad Anas bin Malik R.A berkata Rasulullah S.A.W. bersabda :
Ya Allah , Aku memohon perlindungan dengan engkau daripada sifat lemah,
malas, pengecut, sifat nyanyuk dan kedekut, dan akku memohon
perlndungan dengan engkau ya Allah daripada azab kubur dan daripada
fitnah semasa hidup dan mati dalam riwayat lain ( beban hutang dan
penindasan ).


2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

95



4





5.



f. Sikap pentingkan diri.
g. Iman semakin lemah.

Langkah mengatasi sifat negatif :
a. Mendalami ilmu islam seperti menghadiri majlis-majlis ilmu.
b. Mendampingi orang yang berakhlak mulia.
c. Mempunyai kemahuan untuk berubah.
d. Berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Peranan doa dalam kehidupan :
a. Untuk memenuhi sesuatu yang dihajati.
b. Untuk mendekatkan hamba kepada Allah.
c. Melambangkan pengabdian kepada Allah.































2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

96









: :
.
Maksudnya : Daripada Abu Zar R.A berkata , Aku telah bertanya
Rasulullah, Apakah amalan yang paling baik di sisi Allah ? Baginda
menjawab, beriman kepada Allah Dan berjihad pada jalan Allah.


1.









2.





3.



4.





Peranan iman dalam kehidupan :
a. Sebagai benteng daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
b. Menenangkan perasaan daripada keluh kesah.
c. Menentukan segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah.
d. Untuk membezakan di antara orang yang beriman atau tidak.
e. Memastikan segala yang dilakukan mengikut landasan yang
ditetapkan oleh syara.
f. Memupuk semangat untuk berkorban,
g. Panduan berfikir sebelum bertindak,

Cara menjaga iman ;
a. Menjauhi amalan yang membatalkan iman.
b. Sentiasa menjaga batas hukum Allah.
c. Sentiasa mengingati mati.
d. Segera bertaubat apabila melakukan kesalahan.

Jihad bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga
serta kekuatan demi untuk mencapai matlamat dan cita- cita mulia iaitu
Islam.

Bidang-bidang jihad :

a. Pendidikan.
i. Sanggup bersaing dengan bangsa lain demi kecemerlangan.
ii. Menggunakan ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

97


































5.







6
iii. Mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain dan
fardhu kifayah.
iv. Sanggup menyebarkan ilmu kepada yang memerlukan.

b. Siasah .
i. Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan dalam
pemerintahan.
ii. Membenarkan rakyat menyatakan kebenaran melalui saluran
yang betul.
iii. Berusaha mengekalkan keamanan dan perpaduan nasional.
iv. Mengutamakan pimpinan ilmuan yang bertakwa.

c. Nafsu.
i. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam kehidupan.
ii. Menjauhkan diri daripada unsur-unsur maksiat.
iii. Menjauhi sifat-sifat mazmumah.

d. Ekonomi
i. Mempertingkatkan taraf ekonomi umat Islam.
ii. Membahagikan sumber ekonomi secara adil.
iii. Mengamalkan sistem ekonomi negara.

e. Sosial
i. Memperjuangkan hak individu dan masyarakat mengikut
syariat.
ii. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
iii. Berusaha memurnikan aktiviti sosial.
iv. Mengamalkan kebudayaan Islam.

f. Dakwah
i. Sanggup menerangkan Islam kepada sesiapa sahaja.
ii. sanggup melakukan pengorbanan untuk Islam.
iii.Sanggup menegakkan hukum Allah.

Pengorbanan semasa berjihad :
a. Wang dan harta kekayaan- kesanggupan mengorbankan harta
pada jalan Allah.
b. Diri dan nyawa- Kesanggupan mengorbankan nyawa dan syahid
demi kerana agama yang tercinta.
c. Tenaga- Setiap jihad memerlukan kekuatan rohani dan jasmani.
d. Masa- Memperuntukkan masa untuk melakukan jihad.

Kelebihan jihad pada jalan Allah :

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

98
a. Dibalas dengan syurga.
b. Menjadi sebaik-baik manusia.
Mendapat keampunan daripada Allah.








) ( :
.

) (
Maksudnya : Daripada Ibnu Umar R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W.
baginda bersabda : Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap
kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinan kamu dan orang
yang kamu pimpin. Seorang ketua adalah pemimpin ke atas manusia dan
dia bertanggung jawab terhadap orang bawahnya. Seorang lelaki adalah
pemimpin terhadap ahli keluarganya dan dia bertanggung jawab terhadap
mereka. Seorang perempuan adalah pemimpin ke atas rumah suaminya
dan anak-anaknya, dia bertanggung jawab terhadap mereka. Seorang
hamba adalah pemimpin ke atas harta tuannya dan bertanggung jawab
terhadapnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu
bertanggung jawab terhadap kepimpinanmu dan orang yang kamu
pimpin.


1.




2.






Tanggungjawab adalah amanah yang dipikul seseorang untuk
melaksanakan sesuatu tugas. Setiap amanah menjadi kewajipan
untuk dilaksanakan dan akan dipertanggungjawabkan di dunia dan
akhirat.

Kelebihan bersifat amanah :
a. Menunjukkan kesempurnaan iman seseorang.
b. Akan dihormati oleh masyarakat dan segala urusannya
boleh dipercayai.
c. Menjadi masyarakat harmonis dan saling percaya-
mempercayai.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

99





3.









4.

5.

























d. Menjadi seorang yang lebih produktif dalam kerjayanya
kerana menganggap tugasan yang diberikan kepadanya
sebagai amanah.
e. Boleh menyumbang kepada kemajuan negara.

Keburukan bersifat Khianat :
a. Menunjukkan orang yang tidak sempurna imannya.
b. Tidak dihormati dan dipercayai oleh masyarakat.
c. Punca kepada rasuah, penyelewengan kuasa, penindasan
dan sebagainya.
d. Menjadikan seorang yang pemalas, tidak produktif dan
sentiasa mengelak daripada tugas yang dibebankan
kepadanya.
e. Membantu kemajuan negara.

Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa semua manusia
adalah pemimpin dan bertanggung jawab di atas kepimpinannya.
Kepimpinan dibahagikan kepada :

a. Al-Amir Pemimpin diperingkat tertinggi seperti
pemimpin masyarakat atau pemimpin negara.

Tanggung jawab mereka ialah :
- Menjaga kebajikan rakyat.
- Memelihara perpaduan dan keamanan negara.
- Menguat kuasakan undang-undang.
- Memimpin rakyat ke jalan yang diredoi Allah.

b. Al-Rijal Pemimpin yang memimpin diperingkat rendah
seperti bapa atau suami dalam sebuah keluarga.

Tanggung jawab sebagai bapa :
- Memberi bimbingan agama kepada anak anak..
- Menyediakan keperluan rohani dan jasmani yang
sewajarnya kepada anak -anak.
- Memberi galakkan dan dorongan untuk kejayaan
anak-anak.
- Mengajar dan menunjukkan akhlak yang baik
dengan anak-anak .
Tanggung jawab sebagai suami :
- Mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga dan
suasana yang harmonis.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

100








































6.
- Bertimbang rasa dan pandai bermesra dengan
isteri.
- Menyuburkan perasaan kasih sayang kepada
isteri.
- Saling bertolak ansur dan hormat menghormati
antara suami dan isteri.

c. Al-Marah Ibu atau suami yang membantu bapa atau
suami memimpin dalam sesebuah keluarga.

Tanggung jawab sebagai ibu :
- Menjadi guru yang mendidik anak-anaknya
dirumah dengan penuh kasih sayang.
- Menjadi rakan karib kepada anak-anak kerana
kebiasaannya ibu lebih banyak bergaul dengan
anak-anak berbanding bapa.
- Mengambil berat tentang keperluan anak-anak
dan perkembangan mereka di luar dan di dalam
rumah.
- Bijak membahagikan masa untuk tugas rutin di
rumah dan untuk anak-anak.

Tanggung jawab sebagai isteri :
- Mentaati perintah suaminya selagi perintah
tersebut tidak bertentangan dengan hukum Allah.
- Menegur dan membetulkan kesalahan suami di
dalam dan di luar rumah.
- Mengurus rumah tanggga dan harta benda suami
terutama ketika ketiadaannya.

d. Al-Abdu ialah pekerja yang diamanahkan oleh majikan
dengan tanggung jawab tertentu.

Tanggung jawab utama seorang pekerja :
- Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-
sungguh, cekap dan jujur.
- Amanah dan bertanggung jawab dengan tugas.
- Mengutamakan tugas.
- Mematuhi peraturan dan perintah majikan.

Langkah-langkah menjahui sifat khianat :
a. Sentiasa bermuhasabah diri.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

101
b. Menanam nilai-nilai murni dalam kepimpinan.
c. Mengutamakan disiplin dalam tugas
d. Mengingati balasan-balasan yang dijanjikan oleh Allah.
e. Menyedari kelebihan atau kedudukan yang dimiliki
merupakan amanah bukannya suatu kemegahan.
f. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa.








: ) ( :


Maksudnya : Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar bin Al-
Khattab R.A. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda
: Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat dan sesungguhnya bagi
seorang itu apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan
Rasulnya maka hijrahnya untuk Allah dan rasulnya. Sesiapa yang
berhijrah kerana mencari keduniaan atau seorang seorang perempuan
untuk dikahwini maka hijrahnya untuk apa yang diniatkan.


1.









2.



Sebab diwarudkan hadis
Para ulamamenceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yang
berhijrah dari Mekah bukan kerana menyahut perintah Allah dan
rasulnya, tetapi kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita yang
bernama Ummu Qaiys.Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada
sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin
mengahwininya. Ekoran peristiwa tersebut, Sahabat itu dikenali sebagai
Muhajir Ummu Qaiys yang bermaksud Orang yang berhijrah kerana
Ummu Qaiys.

Pengertian niat dari segi bahasa ialah kehendak hati atau tujuan hati.
Manakala dari segi istilah ialah gerak hati ke arah melaksanakan suatu
pekerjaan dengan tujuan mencari keredhoan Allah.


2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

102
3.



4
.



5.



6.














7.





8.







9.
Di dalam ibadah niat penting untuk membezakan antara fardhu dengan
sunat. Puasa fardhu dan puasa sunat adalah sama cuma niat yang
menbezakannya.

Sesetengah aspek seperti akidah dan beberapa jenis ibadah tertentu,
tetap diambil kira walaupun dilakukan tanpa niat. Contohnya seseorang
yang menolak kepercayaan kepada rukun iman atau rukun Islam
dianggap telah kufur walaupun secara olok-olok atau tanpa niat.

Pengertian ikhlas dari segi bahasa ialah bersih dan suci manakala dari
segi istilah ialah niat yang tulus dan murni kerana Allah dalam
melakukan segala amalan dan pekerjaan.

Ciri-ciri sifat ikhlas :
a. Mempunyai prinsip hidup dan matlamat kerja yang jelas iaitu
mencari keredoan Allah.
b. Menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan sebagai ibadah.
c. Berusaha memperbaiki mutu kerja dari masa ke semasa
d. Gigih dalam mengejar cita-cita dan tabah dalam menghadapi
ujian.
e. Merendah diri dengan kekayaan dan kedudukan yang dimiliki.
f. Menggunakan kekayaan dan kedudukannya untuk berkhidmat
kepada orang ramai.
g. Sentiasa mengingati Allah dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Kelebihan orang yang bersifat ikhlas :
a. Sentiasa bertakwa.
b. Amalannya diterima oleh Allah.
c. Mendapat balasan yang berlipat ganda di akhirat.
d. Mendapat ketenangan jiwa.

Akibat tidak ikhlas :
a. Dipandang hina oleh masyarakat tempatan dan luar.
b. Tidak ada kesungguhan dan ketekunan dalam sesuatu usaha.
c. Melahirkan budaya negatif dalam masyarakat seperti
mengampu untuk kepentingan diri.
d. Ibadat tidak diterima Allah.
e. Ibadah menjadi rosak dan tidak diberi pahala oleh Allah.

Perkara yang boleh merosakkan amalan :
a. Mengungkit-ungkit dengan kebaikan yang pernah dilakukan
dengan tujuan mengharapkan balasan manusia daripada
kebaikan atau pemberiannya.

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

103













1.


2.



3.







4








b. Menyakiti orang lain seperti memperkecilkan atau memandang
hina orang yang menerima bantuan daripadanya.
c. Riya iaitu suka menunjuk-nunjuk sesuatu kebaikan yang
dilakukan dengan tujuan mendapat pujian daripada orang lain.
d. Tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat serta tidak
percaya dengan balasan pahala dan dosa yang dijanjikan Allah
di akhirat.

PENGERTIAN HIJRAH

Pengertian hijrah dari segi bahasa ialah berpindah meninggalkan sesuatu
tempat untuk pergi ke tempat lain.

Hijrah dalam konteks sejarah Islam bermaksud perpindahan Nabi
Muhammad dan para sahabat baginda dari Mekah ke Madinah untuk
mengembangkan Islam.

Pengertian hijrah yang diberikan oleh ulama iaitu :
a. Berpindah ke satu tempat ke satu tempat yang lain seperti
berpindahnya Nabi Muhammad dan para sahabat dari Mekah
ke Madinah.
b. Perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada
hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih hampir
kepada rahmat Allah.

Tuntutan hijrah dalam kehidupan pelajar :
a. Menguasai cabang-cabang ilmu pengetahuan semasa seperti
I.C.T., bahasa inggeris, sains dan lain-lain.
b. Menghargai masa remaja dengan menuntut ilmu pengetahuan
sebaik mungkin.
c. Mengamalkan ilmu-ilmu yang diperolehi dalam kehidupan
harian.
d. Membina jati diri dan tidak terpengaruh dengan gejala-gejala
yang kurang sihat.










2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

104














: ) ( :
) (
Maksudnya : Daripada Ibnu Umar R.A. , beliau berkata : Rasulullah
telah ditanya : Pekerjaan apakah yang paling baik? Jawab baginda :
Usaha seorang dengan tangannya dan semua jenis jual beli yang mabrur


1.



2.



3.








4.



Pekerjaan adalah suatu ibadah dalam syariat islam. Orang yang rajin
bekerja lebih baik daripada orang yang malas dan mengharapkan
bantuan orang lain.

Para Anbia juga berkerja di samping tugas-tugas Rasul seperti Nabi Noh
sebagai tukang kayu dan arkitek yang handal, Nabi Daud seorang tukang
besi dan Nabi Muhammad juga mahir berniaga.

Kelebihan berkerja :

a. Menghasilkan keluaran berguna untuk keperluan negara.
b. Meningkatkan taraf ekonomi seseorang hasil pendapatan
daripada pekerjaannya.
c. Dapat memenuhi masa dengan kegiatan berfaedah.
d. Dapat memelihara maruah dan harga diri.
e. Meningkatkan taraf sosial sesebuah masyarakat.

Keburukan meminta-minta :

a. Merendahkan diri seseorang kerana meminta-minta ihsan

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

105









5.










6.












daripada orang lain.
b. Malas dan menghabiskan masa dengan tidak melakukan
aktiviti yang berfaedah.
c. Kurang pendapatan yang boleh merendahkan taraf ekonomi
seseorang.
d. Mencemarkan imej bangsa di mata antarabangsa.
e. Membantutkan usaha-usaha kerajaan membangunkan negara.


Bidang perniagaan adalah pekerjaan yang diberkati dan memberi
pulangan keuntungan. Berniaga mempunyai kelebihan yang tersendiri
dalam Islam, antaranya:

a. Membantu pengguna mendapatkan barang-barang
keperluannya.
b. Membantu peniaga memasarkan barangannya.
c. Menjadikan kehidupan lebih mudah dan lancar.
d. Menjadi sumber pendapatan yang berkat dan menguntungkan.
e. Meningkatkan martabat ekonomi umat.

Ciri-ciri peniaga yang berjaya :

a. Menunaikan zakat perniagaan.
b. Bersifat jujur dan amanah.
c. Berusaha gigih.
d. Mengutamakan kebajikan di samping keuntungan.


















2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

106















) ( :
: .
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi Muhammad
S.A.W. baginda bersabda : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,
kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu
: Kitab Allah ( Al-Quran ) dan sunnah Rasullullah.


1.




2.









3.


Al-Quran dan al-Sunnah menjadi panduan hidup manusia dalam
semua perkara. Orang yang mengikuti petunjuk al-Quran dan al-
Sunnah akan diberi hidayah oleh Allah manakala orang yang tidak
mengikut petunjuknya akan tersesat daripada jalan yang benar.

Sebab-sebab perlu berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah :
a. Menjadi panduan utama dalam perkara-perkara yang
berkaitan dengan kehidupan.
b. Mengelakkan perselisihan pendapat dan perpecahan di
kalangan umat Islam.
c. Ajaran yang terkandung di dalam keduanya adalah benar dan
tidak diragui.
d. Kandungannya sesuai untuk diamalkan sepanjang masa.
e. Mendapat taufik dan hidayah Allah.

Kelebihan al-Quran berbanding kitab samawi lain.

i. Kelebihan al-Quran :

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

107
















4.




5.














6.


7



a. syariat yang terkandung di dalamnya kekal sepanjang masa
walaupun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
b. Kandungannya dijamin selamat daripada penambahan atau
pengurangan selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
c. Ia satu-satunya mukjizat yang masih kekal hingga sekarang.
d. Membacanya dikira ibadah khusus.

ii. Kitab samawi lain :
a. Syariatnya terbatas untuk kaum tertentu dan semasa hayat
seseorang rasul sahaja.
b. Kandungannya telah banyak ditokok tambah oleh para
pendita selepas kewafatan rasul mereka.
c. Tidak lagi dianggap mukjizat kerana telah berlaku
penambahan dan pengurangan pada kandungannya.
d. Membacanya tidak dikira ibadah khusus.

Setiap permasalahan yang timbul samada berkaitan kepercayaan,
ibadah atau kehidupan manusia mestilah dirujuk kepada al-Quran dan
al-Sunnah supaya mendapat keputusan yang betul dan terselamat
daripada kesesatan di dunia dan akhirat.

Kaedah penyelesaian masalah menurut al-Quran dan al-Sunnah :
a. Cara motivasi Menggalakkan manusia berlumba-lumba
membuat kebaikan.
b. Cara ancaman mengingatkan manusia supaya berhati-hati
terhadap perkara-perkara buruk.
c. Cara teguran yang membina Memberi teguran yang baik
kepada seseorang.
d. Cara perdebatan yang harmonis Berhujjah menegakkan
sesuatu kebenaran.
e. Cara permesyuaratan Berbincang mencari penyelesaian.
f. Cara penyerahan ( Tawakkal ) menyandarkan harapan
kepada Allah.
g. Cara penyeksaan ( Azab ) Menghukum sesiapa yang
menyalahi perintah al-Quran dan al-Sunnah.

Amalan yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah
dinamakan sebagai syirik, fasik, khurafat dan bidah.

Akibat tidak berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah :
a. Umat Islam tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah.
Akibatnya amalan buruk berlaku dalam masyarakat.
b. Pelbagai bidang pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

108




dan al-Sunnah tidak dikaitkan dengan unsur-unsur
ketuhanan menyebabkan manusia menjadi sesat.
c. Manusia akan menyimpang daripada sifat fitrahnya seperti
berlakunya sumbang mahram, seks bebas, pembuangan bayi
dan sebagainya.
d. Manusia akan menerima azab dan laknat daripada Allah di
dunia dan akhirat.










: :


) (
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi Muhammad
S.A.W. Baginda bersabda : Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah. Tiap-tiap mereka memiliki
kebaikan. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu
yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta
janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana janganlah
berkata : Kalaulah aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini,
tetapi katakanlah ,Allah yang telah mentakdirkannya. Apa-apa sahaja
yang Allah kehendaki akan dibuatnya. Sesungguhnya ungkapan kalau
itu membuka peluang kepada syaitan.


1.






Nabi Muhammad mengharapkan supaya setiap mukmin mempunyai
kekuatan dalam segala bidang seperti :

a. Iman Iman ialah asas utama kekuatan seseorang mukmin.
b. Ilmu pengetahuan Dapat mengikuti dan menguasai
perkembangan dunia semasa.
c. Ekonomi - Mampu berdikari dan tidak bergantung kepada

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

109







2.












3.









4







5.




pihak lain.
d. Politik Mengukuhkan perpaduan dan kekuatan umat islam.
e. Teknologi Dapat memakmurkan bumi dengan menghasilkan
produk-produk baru yang bermanfaat.
f. Pertahanan Dapat menjaga kedaulatan negara daripada
ancaman musuh dari dalam dan luar.

Bentuk-bentuk kelemahan umat Islam dan akibatnya :
a. Bidang politik Menyebabkan suatu kaum tidak mempunyai
kekuatan dalam memperjuangkan hak-hak mereka dan nasib
saudara mereka di tempat lain.
b. Bidang ekonomi Menjerumuskan mereka kepada penindasan
seperti
menanggung beban hutang dan riba kerana terpaksa bergantung
kuasa lain.
c. Bidang pendidikan Menyebabkan banyak pengetahuan dan
teknologi tidak dapat dikuasai dan berlaku kemunduran.
d. Bidang sosial Masyarakat akan berpecah belah, perbuatan
fitnah berleluasa dan akhirnya mereka lemah dan dihina.

Ciri-ciri mukmin yang kuat ialah :
a. Memiliki kekuatan iman kepada Allah.
b. Istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah dan Rasul serta
yakin dengan janji-janji Allah.
c. Bersemangat melakukan perkara-perkara baik samada untuk
dirinya sendiri atau terhadap orang lain.
d. Memenuhi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah.
e. Sentiasa bersabar dan memohon pertolongan Allah apabila
menghadap kesusahan.

Ciri-ciri mukmin yang lemah :
a. Memiliki iman yang lemah.
b. Malas melaksanakan tanggung jawab dan kurang yakin dengan
amaran Allah.
c. Melakukan perintah-perintah Allah secara sambil lewa.
d. Suka buang masa.
e. Sering bergantung kepada manusia dan mudah berputus asa.

Ciri-ciri iman yang sempurna :
a. Bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian.
b. Mengeratkan ukhuwah sesama manusia.
c. Memohon keampunan daripada dosa dan kesalahan.
d. Simpati dengan golongan yang lemah dan membantu mereka

2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Pengajian Hadis

110





6.










7.









8.







dengan apa yang dimiliki.
e. Amanah dengan tanggung jawab terhadap Allah dan sesama
manusia.
f. Memelihara keikhlasan dalam setiap pekerjaan.

Seorang mukmin tidak boleh berkata kalau apabila menerima sesuatu
ujian daripada Allah. Ini kerana ungkapan kalau :
a. Menunjukkan sikap tidak redha terhadap qada dan qadar Allah
kerana perkara yang telah berlaku tetap berlaku.
b. Menunjukkan sikap seorang yang mudah kecewa dan berputus
asa dengan sesuatu ujian.
c. Meletakkan kesalahan dan menimbulkan prasangka buruk
terhadap orang lain.
d. Membuka peluang kepada syaitan menghasut manusia
menyalahkan ketentuan yang telah berlaku.

Peranan tawakal dalam kehidupan manusia :
a. Menimbulkan keyakinan terhadap kebesaran Allah.
b. Melahirkan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman dalam
diri seseorang.
c. Mendorong seseorang untuk terus berjaya dan bangun semula
apabila gagal.
d. Mengukuhkan keimanan seseorang kepada Allah setelah
melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.
e. Bersyukur dengan pemberian Allah dan sabar di atas ujiannya.

Antara hikmah beriman dengan qada dan qadar ialah :
a. Menanam kefahaman akidah yang betul tentang kekuasaan
Allah.
b. Boleh memberi ketenangan jiwa apabila menghadapi sesuatu
ujian.
c. Menerima ketentuan Allah dengan hati yang redha.
d. Membentuk semangat juang, gigih berusaha dan sentiasa
bertawakkal.

You might also like