You are on page 1of 26

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Panduan Ibu Hamil


www.SetBersalin.com

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Penafian & Notis Perundangan Ebook ini diterbitkan oleh pihak setbersalin.com dan ia diberikan percuma kepada orang ramai melalui website setbersalin.com. Anda di galakkan untuk menyebarkan ebook ini kepada sesiapa sahaja yang anda kenali bagi tujuan perkongsian ilmu. Pihak penulis & penerbit telah berusaha sedaya upaya untuk mempersembahkan maklumat yang terbaik di dalam ebook ini. Namun begitu, pihak penerbit dan penulis tidak menjamin ketepatan dan kesempurnaan kandungan buku ini. Pihak penulis dan penerbit jug atidak bertanggungjawap atas sebarang kerugian atau kerosakkan yang bersifat komersial atau kerosakan-kerosakan lain hasil daripada penggunaan ebook ini oleh pembaca. Pihak penerbit dan penulis menasihatkan anda merujuk kepada doktor, ahli farmasi ataupun individu-individu yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan sebelum menjalani apa jua rawatan. Hakcipta Terpelihara SetBersalin.com 2007

Inginkan Lebih Tips & Info Tentang Dunia Kehamilan? Sudahkah anda menyertai program newsletter kami yang percuma di setbersalin.com? Terdapat banyak tips-tips, artikel serta info yang kami kongsikan di dalam newsletter tersebut. Untuk mendapatkan info-info serta tips-tips yang menarik tentang dunia kehamilan dan penjagaan bayi, silalah daftarkan diri anda secara percuma di setbersalin.com

Klik Disini Untuk Mendaftar Newsletter Kami Secara Percuma

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Diet & Pemakanan Sewaktu Hamil

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Makan Dengan Bijak & Selamat Sebaik - baiknya, makanan yang mampu dicerna oleh janin seharusnya diberi keutamaan, melainkan ia benar benar berkualiti baik. Oleh itu, anda perlu menyediakan diri anda dengan pelbagai maklumat yang paling utama mengenai pemakanan seimbang selama tempoh hamil. Juga, pastikan makanan yang anda makan benar-benar serasi bagi anda dan si kecil. Dengan begitu, janin akan membesar dengan sihat. Bukan itu sahaja, kesihatan ibu yang hamil juga tetap terjamin. Apakah makanan seimbang yang sesuai sewaktu hamil? Sejak di awal kehamilan, sebaiknya anda (ibu hamil) menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan. Dan perlu ketahui juga, anda memerlukan tambahan kalori, protein, vitamin, dan mineral. Kenapa? Ia adalah untuk kesihatan si kecil dan juga anda. Semasa hamil, paras kalori anda perlu ditambah lagi pada peringkat ke-2 dan ke-3. Biasanya, sekitar 285 kcal/hari. Bagaimana dengan protein? Pada kebiasaannya anda hanya memerlukan sebanyak 48 g sehari, tetapi, sewaktu hamil ia harus ditingkatkan kepada 12 g / hari. Begitu juga dengan vitamin dan mineral . Contohnya, asid folik yang tadinya cukup 150 mg/hari, perlu ditambah lagi sekitar 150 mg/hari. Kelihatannya agak rumit ya? Oleh itu, sebaiknya berbincangah dengan doktor anda untuk mengira jumlah zat pemakanan yang harus anda ambil ketika saat kehamilan. Anda juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep piramid makanan. Mengikut konsep piramid makanan, semakin ke bawah, semakin besar keperluan yang harus anda penuhi setiap hari. Lihat pada Piramid Makanan di bawah, urutan keperluan dari atas ke bawah adalah: Lemak dan gula (secukupnya saja) Susu, yogurt, dan keju (2-4 hidangan/hari) Ikan, daging (sapi, ayam), telur, dan sumber protein lainnya (2 hidangan/hari) Sayur dan buah-buahan (4-5 hidangan/hari) Roti, serealia, nasi, dan pasta (4-6 hidangan/hari)

Satu perkara yang anda perlu ketahui, janin anda akan sentiasa menyerap zat-zat yang diperlukan daripada tubuh anda, oleh itu, jika tubuh anda kekurangan zat yang tertentu, ia akan memberikan kesan kepada diri anda dan tidak mustahil juga kepada janin anda. Contohnya, janin akan sentiasa mengambil kalsium yang tersedia ada di dalam tulang anda , oleh itu apabila tubuh anda kekurangan kalsium, anda mungkin akan mengalami kerapuhan tulang atau osteoporosis kelak.

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Satu perkara lagi yang perlu anda ketahui, keperluan zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbezabeza. Mengapa? Ini kerana, ada zat yang amat diperlukan oleh janin anda secara optimun pada usia tertentu.

Peringkat ke-1: Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, selain zat besi, hati juga mengandungi vitamin A yang tinggi, ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu, elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini. Peringkat ke-2: Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein, kalsium dan zat besi mestilah mencukupi. Peringkat 3: Masa untuk mengoptimunkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan dan menyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asam lemak omega3 (misalnya, dari salmon dan tuna). Katakan TIDAK pada makanan ini Makanan yang anda makan sangat menentukan tahap kesihatan janin anda. Oleh itu, jangan ambil mudah dengan makanan anda. Secara mudahnya, berikut adalah makanan yang tidak digalakkan untuk dimakan sewaktu tempoh kehamilan: Perasa Tambahan atau zat yang ditambahkan pada makanan, seperti MSG (MonoSodium Glutamat), kerana dipercayai mampu mengganggu pembesaran janin, khususnya perkembangan otaknya. Makanan yang telah diawetkan atau diasap, seperti sosej, kornet, salami, bacon (daging anjing), ham (daging babi), daging asap, ikan asap, dan sebagainya. Sebab, mungkin semasa mengandung, sodium nitrit yang dalam tubuh diubah menjadi nitrosamin. Sedangkan, zat tersebut dapat menyebabkan timbulnya barah dan mengganggu perkembangan janin. Lalu, zat pewarna dalam sosej dan kornet, iaitu sendawa, juga berbahaya pada tubuh. Makanan yang banyak garam, seperti ikan asin, telur asin, ikan pindang, dan sebagainya. Makanan yang berkalori tinggi, tapi tidak berzat. Misalnya, burger, hotdog, kentang goreng, kerepek, dan sebagainya. Sebab, kandungan kalori, lemak, dan garam pada makanan tersebut biasanya sangat tinggi, namun sangat minima kandungan seratnya. Makanan yang tidak boleh diolah dengan sempurna, kerana selalunya masih mengandungi kuman. Misalnya, bakteri Listeria monocytogenes yang sering mencemari daging, ayam, dan ikan yang diolah setengah matang, dapat mengakibatkan keguguran atau bayi lahir meninggal. Atau, ayam dan telur yang dimakan mentah atau setengah matang dihinggapi oleh bakteri Salmonella, secara tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang. Hindari makanan berlemak, sebab boleh mengakibatkan mual pada peringkat pertama, disamping menyebabkan berat badan anda bertambah secara drastik. Nutrisi yang Vital meningkatnya hormon kehamilan secara tidak langsung akan membuat tubuh anda melakukan pelbagai penyesuaian. Ya, ini tidak lain untuk perkembangan janin, persiapan persalinan dan menyusui si kecil kelak. Tidak hairanlah kalau keperluan tubuh akan berubah, zat-zat yang diperlukan lebih tinggi dari sebelumnya. Jadi, sebelum anda menjamah sesuatu makanan, pastikan dulu apakah zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh anda.. Apakah dia?

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Kalori (tenaga) Diperlukan untuk pertumbuhan janin, metabolisme (akibat perubahan dalam tubuh anda), serta cadangan protein. Jadi, kalori biasanya boleh didapati daripada bahan makanan yang mengandung karbohidrat, protein, dan lemak. Tetapi, tenaga yang dihasilkan dari lemak lebih banyak dari karbohidat. Rata-rata lemak menghasilkan tenaga sebesar 9 kcal per gram. Karbohidrat Adalah sumber tenaga. Tubuh memang memerlukan bahan bakar atau tenaga untuk melakukan aktiviti sehari-harian. Sumber karbohidrat adalah beras yang tidak digiling (dihancurkan), mee, roti, kentang, gula, dan sebagainya. Protein Berfungsi untuk memelihara sel, menghasilkan hemoglobin, membentuk kekebalan tubuh, mengoptimalkan perkembangan otak janin, menyiapkan produksi Air Susu Ibu (ASI), dan sebagainya. Protein biasa didapati dari produk haiwan (daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kacangkacangan, biji-bijian, tempe, tahu, oncom, dan lain - lainnya). Jika ingin lengkap, gabungkan saja protein dari haiwan dan tumbuh - tumbuhan. Lemak Seringkali menjadi cemuhan, bahkan dimusuhi. Meski pun begitu, anda tetap perlu memperolehinya, sekadar mencukupinya saja. Lemak adalah sumber kalori terbanyak, pelarut vitamin (A, D, E, dan K), pembekal tenaga tambahan, membantu perkembangan sistem saraf janin, dan sebagainya. Di mana ia boleh diperolehi? Mentega, minyak sayur, ikan, susu, keju, daging, telur, kekacang dan lain-lain. Vitamin Meski pun diperolehi dalam kuantiti yang kecil, vitamin berperananan penting dalam menjaga kelancaran proses metabolisme tubuh dan fungsi organ tubuh. Apakah jenis-jenis vitamin yang diperlukan? 1. Vitamin A Diperlukan untuk pertumbuhan sel, mencegah terjadinya penyakit keturunan, pertumbuhan tulang, menjaga fungsi rahim, dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah buahan dan sayuran berwarna hijau atau kuning, mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.

2. Vitamin B Terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin), B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah, pertumbuhan janin, dan sebagainya. Makanan apa yang kaya vitamin ini? Daging, telur, susu, keju, kacang-kacangan, biji - bijian, padi-padian, bayam, tomatoo, pisang, avokadoo, beras merah, dan lain - lain lagi. 3. Vitamin C Diperlukan untuk penyerapan zat besi, memperbaiki jaringan yang rosak, pembentukan tulang, meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai jaringan penghubung antara sel, dan sebagainya. Jadi, vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk, cabai, tomatoo, nenas, dan sebagainya. 4. Vitamin D Penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan fosforus. Dari mana boleh diperolehi? Susu, kuning telur, mentega, ikan, dan banyak lagi. 5. Vitamin E Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, sebagai antioksidan, mencegah terjadinya keguguran, dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, dan sebagainya, 6. Vitamin K Penting untuk mencegah perdarahan setelah bersalin. Anda dapat perolehi dari sayuran hijau, gandum, buah-buahan, telur, susu, dan lain-lain. Mineral

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Seperti dengan vitamin, mineral juga diperlukan untuk metabolisme dalam tubuh. Apakah jenis-jenis mineral yang diperlukan? 1. Fosforus (P) Untuk pembentukan tulang dan gigi janin, memperbaiki jaringan, meningkatkan metabolisme fosforus anda, dan sebagainya. Banyak didapati pada daging, ikan, telur, susu, keju, polongpolongan, dan lainnya. 2. Iodin (I) Penting untuk metabolisme, kesihatan janin kelak, dan produksi hormon tiroksin (mengatur pertumbuhan). Sumber mineral ini adalah hasil laut, ganggang laut, dan garam beriodin. 3. Kalsium (Ca) Berperananan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan metabolisme kalsium, dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju, aiskrim, rumput laut, roti, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin), dan lainnya. 4. Magnesium (Mg) Diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat, mengaktifkan enzim, fungsi saraf dan otot, dan sebagainya. Ada pada biji-bijian, kekacang dan lain-lain. 5. Zink (Zn) Untuk mengoptimalkan perkembangan otak, mencegah terjadinya kelainan bawaan, mencegah anemia, mencegah terjadinya keguguran, dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutama ikan yang berlemak tinggi), daging, telur, popcorn, dan sebagainya. 6. Zat besi (Fe) Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, cadangan zat besi janin, dan sebagainya. Biasa diperoleh dari daging berwarna merah, bayam, kangkung, dan kekacang

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Saat-saat Melahirkan Anak

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Akhirnya, tiba juga hari yang dinanti-nantikan. Selepas 9 bulan mengandungkan cahaya mata anda, sudah pastinya, inilah hari yang paling mendebarkan dan menggembirakan anda. Lebih mendebarkan apabila anda membayangkan proses kelahiran yang perlu anda lalui. Bagaimana mengatasi perasaan berdebar-debar dan gemuruh tersebut? Perkara pertama yang perlu anda lakukan, ialah bertenang terlebih dahulu. Alihkan fikiran anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyenangkan, seperti mandi air hangat, baca buku, bersembang, main games, menonton filem kesukaan, dan sebagainya. Apa yang lebih penting, dapatkan info-info yang berkaitan dengan proses kelahiran sebanyak mungkin. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih tenang kerana anda sudah tahu mengenainya. Percayalah, segala sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya. Apa yang lebih penting, tabahkan hati anda di dalam melahirkan lambang cinta antara anda dan suami anda. Mengenali tanda-tanda kelahiran Pada waktu ini, sememangnya, anda boleh melahirkan bayi anda pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu, anda perlulah bijak membezakan antara tanda-tanda kelahiran palsu dengan yang betul. Harus diakui, sememangnya agak sukar untuk membezakan antara kontraksi palsu dengan kontraksi yang benar.. Sebagai panduan, kelahiran sudah hampir apabila: Rasa sakit ketika kontraksi bermula dari rahim dibahagian atas, lalu merebak ke bagian atas tulang kemaluan. Lama-kelamaan kontraksi akan menjadi teratur, serta kesakitannya semakin kuat. Keluar cairan jernih, berwarna putih kekuningan, dan banyak jumlahnya. Ini adalah air ketuban yang pecah. Dari vagina, keluar lendir bercampur darah.

Sebenarnya, terdapat 3 fasa kelahiran, iaitu: Fasa 1: Bermula dari tanda-tanda persalinan dan berakhir ketika pembukaan mulut rahim sudah lengkap. Seiring dengan terjadinya kontraksi, mulut rahim membuka secara perlahan. Sebagai panduan, pembukaan jalan lahir biasanya diukur dengan sentimeter (cm). Misalnya, pembukaan 3 bererti mulut rahim sudah membuka sebesar 3 cm. Pada pembukaan 8, anda sudah memasuki tahap peralihan. Pada tahap ini, kontraksi sudah agak cepat dan jaraknya lebih pendek, iaitu setiap 2 minit. Pada waktu ini, kepala bayi sudah berada di jalan lahir dan mulut rahim hampir membuka penuh. Tetapi, anda belum boleh meneran, walaupun kepala bayu sudah mula menolak. Kalau dipaksakan juga, ia akan menyebabkan laluan kelahiran terkoyak. Meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna, iaitu 10 cm. Ramai calon ibu yang tidak dapat menahan kesakitan pada waktu ini. Untuk menghadapi tahap ini, mintalah minuman daripada jururawat, selalu buang air kecil, atur nafas, atau jalan-jalan sekeliling katil. Berapa lamakah waktu berlangsungnya tahap ini? Ianya berbeza-beza. Untuk kelahiran anak pertama, biasanya, kontraksi akan berlaku diantara 5-24 jam. Tetapi, bagi kelahiran anak kedua, kontraksi akan berlaku lebih cepat, iaitu 2-6 jam. Fasa 2: Bermula dari saat pembukaan mulut rahim secara penuh hingga kelahiran bayi Ini adalah pengakhiran bagi perjalanan si kecil anda. Ia sudah bersedia untuk dilahirakan. Anda pun sudah boleh mula meneran. Untuk memudahkan proses pengeluaran kepala kepala bayi, proses meneran haruslah serentak dengan datangnya kontraksi. Oleh itu, ikuti petunjuk doktor agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Pada kebiasaannya , tahap ini akan berlangsung sekitar 2 jam, namun begitu ianya boleh menjadi lebih cepat jikalau anda sudah bersedia melahirkan bayi anda. Pada saat proses kelahiran berlangsung, kawan perineum (antara anus dan vagina) akan meregang dan cenderung merobek. Kalau ini terjadi, doktor akan menggunting perineum anda agar robekan teratur. Pada kebiasaannya, setelah kepala bayi mula menonjol, secara automatik ia akan meluncur sehingga bahu dan bahagian tubuh lainnya akan meluncur keluar dengan mudah. Fasa 3: Bermula dari kelahiran sehingga keluarnya plasenta. Tahap ini biasanya berlangsung selama 20 minit. Pada waktu ini, anda masih mengalami kontraksi.

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Malahan, kontraksi tersebut akan memudahkan keluarnya plasenta. Biasanya , anda akan diminta untuk meneran lagi. Untuk mengetahui apakah plasenta sudah lepas atau belum, doktor akan menekan dibahagian bawah perut anda. Setelah plasenta dikeluarkan, doktor akan melakukan penjahitan perineum. Ini hanya akan dilakukan jikalau pengguntingan perineum ada dilakukan sebelum ini atau atau ada robekan di perineum yang berlaku secara spontan. Aku sudah menjadi ibu Melahirkan si kecil sudah pastinya menjadi saat yang tidak boleh anda lupakan. Setelah 9 bulan mengandungkannya, kini tibalah masanya untuk anda bersemuka dengan zuriat anda. Ia juga bererti, satu tanggungjawab baru menanti anda. Kini, sudah tiba saatnya anda bergelar seorang ibu. Pastyinya. Ianya sesuatu yang membahagiakan...

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Selepas Kelahiran

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Sakit-sakit Badan Pada minggu pertama setelah melahirkan anak, tubuh anda akan memulakan proses pemulihan diri. Oleh itu, anda akan dapat merasakan beberapa perubahan kecil berlaku pada tubuh anda. Antara perubahanperubahan yang akan anda alami.. Payudara terus membengkak Hal ini akan terjadi sehingga 2-3 hari setelah kelahiran anak, ini adalah untuk mempersiapsediakan pengeluaran air susu dari tubuh anda. Pembengkakan payudara ini akan mula menyusut sebaik sahaja anda mulai menyusukan bayi anda. Proses penyusuan pul aperlulah dilakukan secara teratur, jika tidak, payudara anda mungkin akan terus membengkak. Rahim mulai mengecut Proses pengecutan rahim memang agak menyakitkan. Untuk kembali ke ukuran semula, rahim akan mengecut sekitar 1 cm setiap hari. Proses pengecutan ini akan mencegah terjadinya pendarahan selepas bersalin (tumpah darah) . Salah satu cara mudah untuk mengatasinya adalah dengan memperbanyakkan minum air, jesturu itu, ia juga akan membuatkan anda kerap kali membuang air kecil dan ini sedikit sebanyak membantu kelancaran proses pengecutan tersebut. Mengalami sembelit Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron telah membuatkan otot-otot saluran pencernaan berkontraksi lebih lambat. Dan, hormon ini masih lagi kekal tinggi pada minggu pertama hingga minggu kedua setelah anda melahirkan bayi. Oleh itu, perbanyakan makanan berserat tinggi, banyak minum, berjalan-jalan (akan membantu pergerakan usus), serta lakukan senam Kegel (melatih otot-otot vagina dengan cara seolah-olah ingin membuang air kecil selama beberapa detik, lalu mengendurkannya lagi). Setelah 2 minggu, keadaan sembelit ini biasanya akan beransur baik. Kesakitan Pada Perineum Ini terjadi kerana bekas jahitan pembedahan atau trauma ketika melahirkan bayi. Kalau anda terasa sakit, anda mungkin boleh menekap perineum anda dengan ketulan ais yang dibungkus kain. Anda juga boleh berbaring secara mengiring dan duduk di atas bantal (agar otot-otot di sekitarnya berasa amat selesa), atau kerapkan melakukan senaman Kegel. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, bilas atau rendam perineum dengan cairan antiseptik (seperti anjuran doktor) selama 5 minit. Pengeluaran darah tanpa henti Lokia adalah keluarnya cairan dari vagina selama 3-6 minggu. Sampai hari ke-4, cairan yang keluar umumnya berwarna merah tua dan lokia akan berubah warna secara berperingkat-peringkat, dari merah muda, kecoklatan, hinggalah kepada kekuning-kuningang. Pembalut wanita, bukan tampon, biasa digunakan untuk menyerap cairan yang keluar. Jadi, haid yang sebenarnya paling cepat terjadi selepasr 6 minggu setelah persalinan (bila anda tidak menyusui), serta kira-kira beberapa bulan sesudahnya (bila anda menyusui). Sakit lepas buang air kecil Jika anda menjalani pembedahan caesar, pundi kencing anda akan menjadi sensitif selama beberapa minggu. Ini kerana, pundi kencing terpaksa dipisahkan dari rahim anda untuk memudahkan proses kelahiran bayi. Ini mengakibatkan, dinding pundi kencing anda akan menjadi bengkak. Kalau persalinan anda normal, gangguan hanya terjadi sekitar 1-2 minggu saja. Pundi kencing menjadi bengkak kerana tertekan ketika kelahiran bayi. Untuk menghilagkan rasa kait ini, anda perlu berjalan-jalan sedikit atau menekapkan perineum anda dengan ais supaya timbul keinginan untuk membuang air kecil. Bagaimana depresi boleh terjadi? Disebabkan and abaru sahaja melahirkanbayi, hormon-horman di dalam badan anda sudah pastinya belum dapat berfungsi dengan seimbang. Ini serba sedikit akan menyebabkan perasaan depresi (tertekan) kepada diri anda. Sebenarnya, ada beberapa jenis depresi . Namun begitu, depresi yang sering melanda para ibu setelah melahirkan bayi adalah depresi jenis baby blues dan postpartum depression. Apakah perbezaannya? Baby blues adalah bentuk depresi yang paling ringan. Biasanya, ia timbul antara 2 hari hingga 2 minggu setelah melahirkan bayi. Lamanya depresi juga tidak terlalu berlarut-larut, hanya sekitar 2 minggu saja. Apa yang pasti, 80% ibu yang baru melahirkan andak akan mengalami baby blues ini. Terdapat beberapa tanda anda mengalami depresi baby blues. Antaranya, anda selalu berasa sedih, sering

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

menangis, dan sensitif. Biasanya, gejala depresi ini tidak akan memburuk, sehingga anda terpaksa menjalani terapi khusus. Sokongan dari ahli keluarga sam ada dari suami serta keluarga biasanya sudah cukup untuk membantu anda melalui waktu-waktu yang sukar ini. Postpartum depression (PPD) pula adalah bentuk depresi yang lebih serius. Bezanya dengan baby blues adalah pada frekuensi, intensiti, dan tempoh ia berlaku. Masalah tidur adalah satu cara untuk membezakan keduanya. Jika anda sentiasa berasa gelisah sehingga tidak boleh tidur, kemungkin besar anda mengalami PPD. PPD mungkin wujud selepas 2 minggu hingga setahun setelah anda melahirkan anak. Gejalanya? Anda merasa tidak bermaya, gelisah, bimbang akan menyakiti si kecil, sukar menumpukan perhatian, tiada nafsu makan, berat badan menurun, berasa bersalah, dan sebagainya. Seringkali, PPD juga terjadi kerana stress, iaitu anda merasa seperti tidak sanggup untuk menjalani peranan baru sebagai seorang ibu dan ditambah pula dengan persekitaran keluarga yang tidak membantu. Jadi, ia bukanlah hanya disebabkan oleh hormon semata-mata. Perlu diketahui, keberangkalian depresi ini berulang bagi setiap 1 dari 10 ibu adalah sehingga 50% . Oleh itu, jangan sekali-kali menundakan rawatan terapi anda. Selalunya, rawatan ini akan dijalankan oleh pakar psikitari dan kadangkala memerlukan anda mengambil ubat-ubatan. Usah bimbang, ubat yang digunakan adalah sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi.

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Menyusukan Bayi

Panduan Ibu Hamil Manfaat Menyusukan Bayi

www.setbersalin.com

Harus diakui, menyusukan bayi sudah terbukti dapat meningkatkan kesihatan bayi baru anda, baik dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Dan, ada banyak manfaat dari menyusukan bayi untuk si kecil dan Anda. Apakah dia? Bagi bayi anda, ASI (Air Susu Ibu) mengandungi nutrisi paling utama yang amat sesuai keperluannya. Misalnya, kolostrum kadangkala disebut pula imunisasi pertama kerana mengandung zat pelindung tubuh yang lengkap. Jadi, usah hairan, kalau bayi ASI lebih jarang mengalami alahan, cirit birit, gangguan pencernaan, sakit telinga, serta gangguan pernafasan. Cuma itu sajakah? Ada lagi. Berbagai penelitian menunjukkan, lemak esensial dalam ASI (tidak ditemukan dalam susu formula) penting untuk perkembangan otak. Bahkan, kajian membuktikan, bayi ASI akan memiliki IQ yang lebih tinggi. Selain itu, bayi ASI berisiko lebih rendah untuk mengalami SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). Juga, ASI akan bekerja keras memberi perlindungan seumur hidup terhadap penyakit kencing manis, barah (termasuk barah payudara), dan sebagainya. Menyusu juga akan membuat perkembangan rahang dan wajah si kecil jadi benar-benar kuat. Bagaimana dengan anda? Menyusui adalah persediaan istimewa untuk bersama-sama menjalin pendekatan dan memupuk sifat saling memahami. Kesannya, iai memberikan kesan perlindungan terhadap barah payudara bagi ibu yang menyusukan bayi. Bahkan, semakin lama menyusui si kecil, maka perlindungan yang akan anda perolehi semakin panjang. Selain itu, proses menyusukan bayi akan menggunakan lebih banyak kalori, ini akan membantu anda menghilangkan pengumpulan lemak yang berlaku selama kehamilan. Juga, menyusukan bayi akan membantu rahim anda lebih cepat kembali ke ukuran semula dan dapat mencegah pendarahan (bila anda mulai menyusui segera setelah melahirkan). Masih ada manfaat lain lagi Waktu yang anda habiskan untuk menyusui sebenarnya memberi kesempatan bagi anda untuk beristirehat, pulih kembali, dan juga menjadi tenang. Life is fast-paced. Jadi, menyusui akan turut menurunkan kekalutan dalam rutin sehari-harian anda. Dengan begitu, anda punya lebih banyak waktu untuk si kecil. Apa yang pasti ialah menyusui itu senang. Anda juga akan selalu punya stok makanan untuk si kecil. Suhunya pun pasti sesuai, sehingga tidak perlu bersusah-payah memanaskannya. Bila berjalan jauh, tidak usah panik dan buru-buru ke kedai untuk membeli susu formula, tidak ada acara mengaduk-aduk susu, serta tidak perlu memikirkan urusan simpan - menyimpan susu. Senang bukan? Komposisi Lengkap ASI ASI sememangnya unik. Ini kerana, komposisi zat-zat gizinya ASI selalunya berubah-ubah mengikut usia bayi anda. Misalnya, sejak lahir hingga usia 2 minggu, air susu pertama disebut kolostrum. Ianya berupa cairan bening berwarna kekuning-kuningan. Sebab itu , antara 2-4 minggu ia disebut sebagai susu peralihan. Sesudah itu, barulah disebut ASI biasa. Disamping itu, komposisi zat-zat gizi ASI juga sangat fleksibel terhadap keperluan tubuh bayi. Contohnya, produksi ASI dari ibu bayi pramatang akan berbeza dari bayi yang lahir cukup bulan. Disamping itu, ASI yang keluar pada awal menyusui juga banyak mengandung protein, manakala ASI yang keluar selepas itu pula banyak mengandungi lemak. Dengan begitu, komposisi zat gizi yang dimakan oleh bayi anda sememangnya benar-benar lengkap! ASI juga turut mengandungi enzim pencernaan yang amat sesuai untuk tubuh bayi anda. Contohnya seperti amilase (menguraikan karbohidrat), protease (menguraikan protein), dan lipase (menguraikan lemak). Kesemua enzim ini akan membantu si kecil anda mencernakan semua zat. Oleh itu, sisa metabolisme yang keluar melalui ginjal bayi anda tidak akan banyak lagi. Apa lagi? Pemberian ASI, lebih-lebih lagi secara eksklusif, akan menjauhkan si kecil dari alahan. Ini kerana, ada sesetengah bayi yang tidak tahan terhadap protein asing yang terdapat didalam susu formula. ASI eksklusif selama 6 bulan ASI eksklusif adalah pemberian ASI (Air Susu Ibu) semata-mata pada bayi anda. Ini bererti, anda tidak perlu risau untuk menyiapkan makanan sampingan seperti susu forumla, air putih, jeruk, pisang, bubur susu, dan

Panduan Ibu Hamil sebagainya.

www.setbersalin.com

Pada saat ini, ASI eksklusif dianjurkan diberikan sehingga si kecil berusia 6 bulan. Kenapa begitu? Sebenarnya, pencernaan bayi belum berfungsi dengan sempurna sebelum usia 6 bulan. Jadi, ASI adalah salah satu makanan yang paling sesuai dicerna oleh si kecil. Tambahan lagi, penghasilan ASI anda cukup baik sebagai satu-satunya makanan untuk pertumbuhan si kecil hingga umur 6 bulan. Tentu saja, cara untuk pengaturannya juga mesti tepat. Cuma, pemberian ASI eksklusif perlu dihadkan sehingga 6 bulan saja. Setelah 6 bulan, bayi perlu makanan sampingan, berupa makanan lunak. Pada waktu ini, ASI hanya memenuhi 60-70% dari keperluan si kecil.

Cara tepat menyusukan bayi Bila masa untuk mula menyusukan bayi? Sebaik sahaja setelah lahir, sebenarnya si kecil sudah mampu untuk menyusu buat pertama kalinya. Jika tidak boleh, lakukan ia selepas 30 minit setelah melahirkan bayi. Mengapa? Kerana, pada waktu inilah si bayi mempunyai daya tindakbalas yang kuat untuk menghisap ASI. Amat sayang sekali kalau ia tidak dilakukan dengan cepat. Tambahan lagi, air susu pertama ini mengandungi kandungan zat seimbang yang tinggi yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir. Kolostrum itu tinggi protein dan rendah karbohidrat dan lemak dan menjadikan ia mudah dicerna oleh bayi. Bagaimana kalau si kecil lahir melalui pembedahan? Biasanya jika sebegini, ia belum boleh disentuh selama 24-48 jam. Meskipun begitu, usah khuatir walaupun bayi anda hanya mahu menyusu pada hari yang ke-3. Tubuhnya masih menyimpan kelebihan cairan dan, kolostrum akan tetap keluar dari tubuh anda. Memang, pada mulanya anda dan bayi anda perlu banyak-banyak berlatih. Si kecil belajar menyusu dan merangsang produksi ASI, sedangkan anda belajar menyusukan bayi dan menghasilkan ASI. Lama kelamaan anda berdua pasti menemui cara dan posisi menyusukan bayi yang paling sesuai. Semakin teratur dan lama hisapan bayi, semakin banyak pula susu yang akan anda hasilkan. Posisi menyusukan bayi yang betul Acara menyusukan bayi akan berjaya apabila posisi menyusukan bayi anda juga betul. Ini bererti, posisi tubuh dan cara memegang bayi membuat anda berdua sama-sama selesa. Dan, yang masuk ke mulut bayi saat menyusu bukan hanya puting susu saja, namun juga sebagian besar areola (daerah hitam di sekitar puting). Inilah beberapa posisi menyusukan bayi yang umum dilakukan: Posisi menggendong Baringkan si kecil dalam posisi mengiring. Dengan begitu, sebagian muka, perut dan lututnya menempel pada dada dan perut anda. Selipkan tangan bayi lainnya di bawah lengan anda agar ia biar bebas bergerak-gerak. Ini posisi menyusukan bayi paling disukai sepanjang zaman. Posisi menggendong silang Sangga kepala bayi dengan telapak tangan. Kepala, bahu dan perutnya menghadap anda. Jika anda menyusukan bayi dengan payudara kiri, pegang si kecil dengan tangan kanan. Lekatkan mulutnya ke puting susu dengan ibu jari, sedangkan lengan anda di belakang kepalanya. Posisi ini biasa jadi pilihan jika payudara anda terlalu besar bagi mulut si bayi. Posisi tidur bersisian Alas kepala, bahu dan kedua lutut anda dengan bantal. Dengan begitu, punggung dan panggul anda dalam garis lurus. Sambil tidur berhadapan, bantu mulutnya mendekat pada puting susu. Untuk lebih selesa, alas kepala bayi dengan bantal juga. Posisi ini biasa dilakukan jika anda belum mampu duduk dengan selesa kerana disebabkan proses pembedahan caesar. Posisi menyangga kepala Sangga kepala, leher, dan bahu si kecil dengan telapak tangan anda, sedangkan tubuhnya diletakkan di bawah tangan anda. Mukanya menghadap anda. Untuk keselesaan alas tangan anda dengan bantal yang diletakkan di atas pangkuan. Kalau anda akan menyusukan bayi pada payudara kanan, pegang bayi dengan tangan kanan. Arahkan mulut bayi ke putting susu anda. Posisi ini baik

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

sekali bila si kecil kembar, puting susu anda datar, dan anda baru sahaja selesai pembedahan caesar. Jadual tidak perlu ketat Pada prinsipnya, biarkan bayi baru anda menyusu sepuas-puasnya pada minggu-minggu pertama kehidupannya. Jangan sekali-kali mencipta jadual minum susunya. Sebab, menyusukan bayi setiap saat adalah bererti memenuhi seluruh keperluan tubuh bayi anda. Pada kebiasaannya, bayi yang baru lahir perlu disusui sekitar 8-12 kali dalam 24 jam. Masalahnya, bayi anda ini akan lebih banyak tidur di siang hari (lebih dari 2-3 jam). Makanya, anda harus rajin-rajin membangunkannya agar ia tidak kehilangan kesempatan emas, iaitu ASI. Bukankah setiap 2-3 jam ia harus menghisap ASI? Bagaimana dengan malam hari? Justeru, bayi yang baru lahir akan lebih sering menyusu pada waktu malam. Entah mengapa, ia senang sekali mengajak anda bermain dengannya. Padahal, ia harus tidur lebih lama, iaitu 3-4 jam. Kebiasaannya, penghasilan ASI anda juga sudah cukup dengan keperluannya. Lama-kelamaan, si kecil akan semakin kurang tidur. Bertambahnya usia akan membuatnya semakin pintar untuk membezakan malam dan siang. Apakah kelebihan menyusukan bayi tanpa jadual yang ketat? Apa yang pasti, penghasilan ASI anda akan meningkat. Selain itu, penyumbatan kelenjar susu juga dapat dicegah. Sekaligus akan menghindarkan anda dari kemungkinan mengalami payudara bengkak atau meradang. Tambahan pula, tempoh bayi menyusu untuk satu payudara sekitar 10-15 minit. Kalaupun masih haus, teruskan pemberian ASI. Jangan dihentikan begitu saja. Ada juga bayi yang boleh menyusu hingga lebih dari 15 minit. Memerah dan menyimpan ASI Mengeluarkan atau memerah ASI dilakukan apabila anda ingin meninggalkan si kecil di rumah. Pada kebiasaannya, memerah ASI dilakukan dengan 2 cara, iaitu dengan tangan (memijat payudara) atau dengan dengan alat bantuan (berupa pengepam ASI, baik pengepam manual/menggunakan tangan maupun pengepam elektrik/menggunakan tenaga elektrik). Yang manakah yang lebih sesuai? Ia terpulang kepada anda. Untuk kepastian, kebanyakkan ibu masa kini memilih memerah ASI dengan alat bantu, yang boleh didapati di dalam pelbagai rupa bentuk di pasaran. Sebaiknya, pilih pengepam yang juga dilengkapi dengan botol supaya ia lebih memudahkan. Adalah lebih baik jika pengepam tersebut boleh mengeluarkan ASI dari kedua payudara dalam masa 15 minit. Selesai memerah, ASI perlu disimpan. Untuk memastikan kualiti ASI tetap baik, ada beberapa aturan yang perlu dipatuhi. Contohnya, pilih medium penyimpanan ASI yang diperbuat dari plastik (tidak cepat pecah) dan tertutup rapat (tidak tumpah), jangan simpan ASI di suhu bilik hingga lebih dari 3 jam (jadi sasaran serangan mikroorganisme), ASI akan menjadi beku apabila disimpan dalam peti ais sampai 72 jam, jangan hangatkan ASI dengan microwave (panas berlebih akan merosak zat di dalamnya), dan masih banyak lagi. Mensendawakan Bayi Ketika menyusu, bayi juga akan menelan udara. Dan ini boleh menyebabkannya kembung. Oleh itu, untuk mengeluarkan udara yang ditelan sewaktu menyusu itu, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut :Telungkupkan bayi. Letakkan perutnya di atas pangkuan anda dan sangga dadanya. Pastikan kepalanya lebih tinggi dari tubuhnya. Secara perlahan, tepuk-tepuk punggungnya. Dukung dan pastikan bahagian depan tubuhnya menghadap anda. Salah satu tangan anda menahan tengkuk dan membokong si kecil, sementara tangan lain mengelus-elus punggungnya. Biarkan kepalanya tetap bersandar pada bahu anda. Pastikan hidungnya tidak tertutup oleh tubuh anda. Telentangkan si kecil di atas pangkuan. Sangga tengkuk dan bokongnya. Kepalanya mesti lebih tinggi dari tubuh. Tepuk-tepuk punggungnya ya.

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Masalah-Masalah Menyusukan Bayi Kadangkala, proses menyusukan bayi tidak begitu berjalan lancar. Antara masalah yang paling kerap dialami oleh ibu yang menyusukan bayi ialah mengalami kebengkakan payudara. Namun begitu, anda tidak perlu risau, ia mempunyai jalan penyelesaiannya.. Bagaimana caranya? Payudara membengkak Biasanya berlaku selepas 2-3 hari setelah melahirkan anak. Payudara membengkak biasanya berlaku disebakan peningkatan aliran darah ke payudara dan bermulanya proses pengjasilan ASI. Masalah ini akan menyebabkan puting susu menjadi rata sehingga menyebabkan bayi sukar untuk menyusu. Gangguan ini akan berkurang dalam waktu 24-48 jam, namun ia boleh menjadi-jadi jika anda jarang menyusukan bayi anda. Untuk mengatasinya, anda perlulah selalu menyusui bayi anda hingga payudara anda betul-betul kosong, jangan pakai coli yang ketat, tekap payudara dengan beg air dingin dan picit-picit payudara anda sebelum mula menyusukan bayi. Payudara meradang Gangguan ini dikenal juga sebagai mastitis. Umumnya, ia terjadi 2-6 minggu setelah melahirkan anak akibat adanya infeksi bakteria serta pemakaian coli yang terlalu ketat. Gejalanya? Payudara membengkak, berwarna kemerahan, demam, dan merasa sangat letih. Untuk itu, tekap payudara dengan air hangat dan kerapkan menyusui bayi anda. Segera berjumpa doktor bila radang cukup parah dan timbul abses (nanah) pada payudara. Jika ini berlaku, anda perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah tersebut. Puting susu Selain payudara, puting susu juga sering jadi sasaran masalah. Dan ternyata, cukup mengganggu juga bila dibiarkan berlarut-larut. Apa yang perlu anda beri perhatian? Puting susu datar Masalah ini berlaku kerana putting susu anda pendek atau terbenam ke dalam. Untuk mengatasinya, tarik puting susu keluar dengan jari tangan, tahan selama beberapa saat. Lakukan ini sebanyak 2 kali sehari. Atau, gunakan alat bantu, seperti nipple shields dan breast shields. Boleh juga, puting susu direndam dulu ke dalam air hangat sebelum menyusui, lalu tarik-tarik puting susu keluar. Puting susu ngilu Perkara ini biasa berlaku pada saat-saat awal menyusukan bayi. Bila tidak terasa begitu pedih , teruskan saja menyusui si kecil anda. Untuk mengurangkan rasa kepedihan, urutkan sedikit ASI pada puting susu dan sekitarnya atau tekap payudara dengan air hangat sebelum menyusu. Lepas menyusu, urutkan lagi ASI pada payudara, lalu biarkan kering. Biar puting susu tetap kering, pilih-pilih BH (bahan menyerap peluh, seperti katun) dan juga selalu mengganti BH. Jumlah ASI Menyusukan anak melibatkan proses menghasilkan dan mengeluarkan ASI. Untuk memastikan pemberian ASI lancar, kedua proses itu haruslah berjalan seimbang. Tidak berkurangan dan tidak juga berlebihan. Kenapa begitu? ASI kurang Ia tidaklah begitu sukar untuk mengetahui penyebabnya. Umumnya, ia terjadi kerana kegiatan menyusui

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

tidak dilakukan secara optimun dan kemungkinan juga disebabkab anda stres. Jadi, perbaiki dulu proses menyusui anda, seperti cari cara dan posisi menyusui yang paling selesa, selalu menyusui, dan sebagainya. Tekanan biasa diatasi dengan mengubah gaya hidup, seperti cukup istirehat, rajin bersukan, memakan makanan bergizi seimbang, dan sebagainya. ASI terlalu deras Kerana payudara anda penuh susu, aliran ASI jadi tidak terkawal. Ini sering terjadi pada minggu-minggu pertama masa menyusui. Payudara anda sedang menyesuaikan produksi ASInya dengan keperluan si kecil. Untuk mengatasinya anda boleh memakai breast pads, mengeluarkan sebahagian ASI sebelum menyusui, selalu menyusui, dan sebagainya.

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Gangguan Kesihatan Bayi

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) Hingga kini, sindrom kematian bayi secara mendadak ini masih lagi belum diketahui sebabnya. Kemungkinan besar, korban yang umumnya berusia antara 2-4 bulan ini meninggal akibat tidur telungkup. Lebih-lebih lagi, kajian yang dilakukan membuktikan, bayi yang selalu tidur terlentang dapat mengurangkan risiko SIDS. Apa jalan keluarnya? Sebahagian pakar perubatan berpendapat tidur telungkup amat perlu kerana ia membuatkan paru-paru bayi dapat berkembang secara optimun. Oleh itu, biarkan bayi anda tidur telentang daripada telungkup. Walaupun telungkup, jangan sekali-kali ditinggalkan bersendirian. Demam Normalnya, suhu tubuh si kecil adalah sekitar 36,5-37C. Jika suhunya di atas 37.7C, ini bererti ia sedang demam dan sistem kekebalan tubuhnya sedang bertempur melawan kuman penyakit yang sedang cuba menjangkiti ke tubuh. Oleh itu, selalu ukur suhu tubuhnya. Bila suhu tubuhnya 40C atau lebih, tekap dengan air hangat. Air dingin akan membuat pembuluh darah mengecut. Ini akan menyebabkan suhu panas tubuhnya susah keluar dan akan menyebabkan suhu tubuhnya bertambah naik lagi nanti. Berikan ubat penurun panas dan banyak-banyak minum (untuk mengganti cairan yang hilang akibat berpeluh). Ingat ya, suhu tubuh di atas 37,7C adalah hal serius bagi bayi di bawah 6 .Oeh itu, segera bawa bayi anda berjumpa doktor. Ruam Adalah gangguan pada sistem percernaan sehingga bayi menangis lebih dari 3 jam sehari. Biasanya, ruam mengintai bayi sejak lahir hingga usia 3 bulan. Ciri khas ruam adalah tangisan si kecil disertai diangkatangkatnya kedua kaki ke dada (sangat sakitnya!), wajahnya kemerahan, sukar di diamkan, serta terjadi menjelang malam. Jadi, segera keluarkan semua jurus menenangkan si kecil. Misalnya, menggendong, menimang - nimang, memandikan dengan air hangat, dan sebagainya. Ada juga ubat khusus untuk gangguan ini. Berikan mengikut kesesuaian dan saranan doktor. Gumoh Pada minggu-minggu pertama, si kecil akan sering gumoh iaitu memuntahkan kembali sebagian ASI yang dihisapnya. Penyebabnya? Ia terlalu banyak minum susu, sedangkan kapasiti perutnya sangat terbatas. Ia juga boleh disebabkan posisi menyusu yang salah, sehingga udara pun tertelan. Jadi, si kecil harus selalu bersendawa selesai menyusu, serta belajar lagi menyusu. Segera berjumpa doktor, jika bayi anda gumoh lebih dari 5 kali sehari. Kalau dibiarkan berlarut-larut, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan cairan tubuh). Lebih-lebih lagi , jika gumohnya disertai darah. Cirit birit Buang air besar ini merupakan bentuk penolakan tubuh terhadap kuman. Jadi, cirit birit bukanlah suatu penyakit. Tetapi, ia berpunca akibat infeksi pada saluran pencernaan dan alahan. Gejalanya? Kotoran cair, agak berlendir, ada darah, baunya menyengat, dan lainnya. Jadi, bila si kecil masih menyusu, ASI masih boleh diberikan. Namun, jika ia minum susu formula, ganti dulu dengan larutan oralit. Setelah beberapa waktu, barulah susu formula boleh diberi semula. Cirit birit pada bayi di bawah usia 3 bulan selalu berbahaya, apalagi jika ia muntah dan demam. Mengapa? Ini kerana, ia boleh dehidrasi Oleh itu, segeralah dibawa berjumpa doktor, terutama sekali jika ia buang air besar sampai lebih dari 6 kali sehari. Muntah Adalah keluarnya seluruh isi perut kerana ruang isi perut yang terhad dan terdapatnya infeksi. Muntah memang tidak selalu bererti adanya gangguan, namun kalau dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan si kecil dehidrasi. Apa yang boleh dilakukan? Berikan si kecil anda minum yang sebanyak-banyaknya. Kalau urinnya berwarna kuning tua, lesu, mulut dan bibirnya kering, serta ubun-ubunnya cekung (bayi di bawah 18 bulan), ini bererti ia sudah dehidrasi. Jika si kecil muntah selama 6 jam, bawa ke doktor. Kejang Umumnya, terjadi akibat demam. Biasanya, si kecil tiba-tiba pengsan, tubuhnya kaku dan nafasnya tertahan. Usah panik dan telungkupkan si kecil di pangkuan, biar lidah tidak menyumbat jalan nafas. Jangan sekalikali mencuba membuka mulutnya yang terkatup atau menghentikan kejangnya, ia akan menyebabkan keadaannya lebih teruk nanti. Apabila dia tidak tidak behitu kejang lagi, barulah anda boleh memeriksa apakah ia menggigit lidahnya (letakkan saputangan lembut antara gusinya), jangan beri minum (akan menyebabkan tersedak), serta longgarkan baju yang mengganggu pernafasannya. Setelah itu, segera berjumpa doktor. Ruam lampin

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Tanda-tandanya kulit menjadi kemerahan dan meradangnya kulit di daerah yang tertutup lampin. Umumnya, ruam lampin terjadi kerana lampin yang basah tidak segera diganti. Atau, si kecil memang terkena alahan. Kulit yang lembab dan kotor akan mempercepat terjadinya ruam lampin. Jadi, pilih lampin yang nyaman (tidak ketat dan menyerap cairan dengan baik), selalu ganti lampin si kecil, serta jaga kebersihan daerah yang tertutup lampin, Biasanya anda mencalitkan krim sapuan pada ruam, tapi haruslah sesuai dengan saranan doktor. Selesema (flu) Penyakit yang disebabkan virus influenza ini tidak perlu membuat anda cemas, kerana akan sembuh dengan sendirinya setelah 3-4 hari. Gejalanya antara lain hidung meleleh, demam, menggigil, sakit keronkong, batuk, tidak enak badan, dan sebagainya. Jadi, atasi dengan cara si kecil beristirehat, banyak minum, diberi ubat penurun panas (kalau demam), sedut hingusnya dengan pipet, dan sebagainya. Ukur juga suhu tubuhnya 3-4 jam sekali. Jika suhunya tetap tinggi selama 36 jam atau keadaannya makin parah setelah 48 jam, cepat bawa jumpa doktor. Batuk Iaitu gejala penyakit atau reaksi tubuh untuk mengusir benda asing yang masuk ke kerongkong atau saluran pernafasan. Batuk biasanya diikuti oleh kahak, namun boleh juga tidak. Jadi, bila batuknya berkahak, telungkupkan si kecil di pangkuan dan tepuk-tepuk punggungnya biar kahaknya keluar. Biar tidurnya tetap nyenyak, alas kepala dan bahu dengan bantal. Lendir dan hingus tidak masuk ke tekaknya semula. Jika batuk tidak sembuh dalam 3-4 hari, segera berjumpa doktor. Jika batuknya kering, ini bererti ada benda nakal yang memasuki dan harus cepat-cepat dikeluarkan. Caranya? Telungkupkan bayi pada lengan anda. Kepala dan lehernya ditopang ya. Kepala agak lebih rendah dari bahu, lalu tepuk-tepuk punggungnya sampai benda tersebut tanggal. Peluh gatal Bintil-bintil merah yang gatal ini muncul kerana tersumbatnya kelenjar peluh. Untuk mengatasinya, selalu ganti pakaian si kecil (kalau terus berpeluh), lap peluhnya, mandikan dengan air sejuk, dan biarkan telanjang sebentar. Kalau radangnya makin menjadi-jadi, berikan krim sapuan atau bedak khusus yang sesuai dengan saranan doktor. Bawa ke doktor jika peluh gatalnya tidak sembuh-sembuh, serta terinfeksi (ada bintik-bintik putih dan bernanah).

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Kelengkapan Menyambut Bayi

Panduan Ibu Hamil

www.setbersalin.com

Sewaktu menunggu kelahiran buah hati tercinta, anda memang seronok belanja untuk keperluannya. Banyak yang harus dibeli tapi janganlah sampai tersalah membeli. Ertinya tidak sesuai dengan keperluan si bayi, hinggakan banyak barang-barang kelengkapan itu yang tidak digunakan dan membazir: Senaraikan brang-brang keperluan bayi terlebih dahulu dengan tepat. Jangan membeli kerana pengaruh iklan atau promosi. Dalam memilih warna, jika anda belum mengetahui jantina si kecil, belilah kelengkapan bayi dengan warna-warna yang neutral. Biar lebih mudah dan tidak bosan, kebiasaannya, kelengkapan bayi mempunyai beberapa tema, seperti seperti tema binatang, bunga atau watak-watak kartun. Jika kewangan menjadi alasan, tidak ada salahnya untuk anda meminjam kelengkapan-kelengkapan bayi seperti katil tidur dan kereta sorong dari pihak lain seperti abang atau saudara mara. Biasanya, kelengkapan-kelengkapan tersebut hanya digunakan sementara sahaj dan selalunya keadaannya masih baik. Perkara ini adalah normal bagi ibu-ibu untuk meminjamkan bahkan memberikan peralatan bayi yang sudah tidak diperlukan lagi kepada orang atau saudara-mara terdekat. Jadi, anda tidak perlu malu untuk bertanya kepada orang tua, adik beradik, saudara mara mahupun rakan-rakan terdekat anda. Berikut adalah senarai kelengkapan bayi yang boleh anda cetak dan bawa sewaktu berbelanja kelak. Ia berguna agar anda tidak terlupa atau tercicir apabila tiba waktu melahirkan anak nanti. Perkara Kelengkapan Bayi > Kelengkapan Menyusui / Makan : Botol Susu Puting Susu Berus Botol Tempat makan plastik ( pinggan, sudu, gelas) > Pakaian Lampin T- shirt / kemeja (pilih bahan yang lembut dan tidak panas) Seluar pendek Seluar panjang Barut bayi Topi bayi Sarung tangan Sarung kaki Sweater / Jaket Pampers Kasut bayi (diperbuat dari kain atau bulu) > Kelengkapan Tidur Cadar Selimut Selimut bayi Blue Liner Lapisan kain untuk alas Blue Liner Bantal panjang > Perabot Tempat tidur bayi Tilam kecil Kerusi makan (jika perlu) > Kelengkapan Mandi Besen mandi bayi Sabun bayi Syampu dan perapi Minyak bayi (Baby Oil) Sikat rambut bayi (lembut) Kain lap mandi Tuala Pemotong Kuku Bola Kapas (Cotton Ball) Jumlah 2 botol 2 buah 1 buah @ 1 buah 12 helai 12 helai 12 helai 12 helai 5 helai 2 buah 5 pasang 5 pasang 1 helai 5 lembar 3 pasang 2 helai 1 helai 1 helai 1 helai 10 helai 1 pasang 1 buah 1 buah 1 buah 1 buah 1 buku 1 botol 1 botol 1 buah 2 helai 2 helai 1 batang 1 bungkus

Panduan Ibu Hamil > Kelengkapan Lain Bakul Pakaian Bayi Kereta Surung Bayi Beg bayi Termos air panas Tempat duduk bayi di kereta Kain dukung bayi (Pilih yang sesuai untuk anda dan bayi)

www.setbersalin.com

1 buah 1 buah 1 buah 1 buah 1 buah 1 buah

Sudah siap semuanya.? Waktunya hampir tiba. Perasaan anda ini pada waktu ini pastinya sedikit tegang dan bercampur bahagia kerana tidak lama lagi, anda akan melihat wajah si kecil anda. Walaupun doktor telah menentukan tarikh kelahiran, namun begitu, masih ada kemungkinan waktu kelahiran tersebut boleh berlaku lebih cepat. Jadi, adalah baik jika anda dapat menyiap sediakankan barang-barang yang ingin dibawa ke hospital pada hari kelahiran tersebut , 2 minggu lebih awal dari tarikh kelahiran yang dijangkakan. Pasikan tidak ada barang yang ketinggalan, jika tidak, ia mungkin akan menimbulkan perasaan kelam-kabut. Mulakan dengan mencari beg yang cukup besar, kemudian, cetak halaman akhir ini (senarai yang perlu disediakan), kemudian, tanda barang-barang keperluan yang sudah dimasukkan ke dalam beg.. Yang Perlu Dibawa: Untuk Ibu: - Pra-kelahiran: Kain batik Selipar Stokin Buat santai : Buku, majalah atau radio Makanan ringan (roti, buah kurma) - Pasca Kelahiran: Perlengkapan mandi (Tuala, berus gigi, pencuci muka) Perlengkapan kecantikan Baju yang akan digunakan untuk pulang (pilih yang longgar dan butang di depan agar mudah untuk menyusukan bayi) Pakaian dalam Untuk Bayi:

Selimut & Pakaian Sarung tangan & stokin Sweater Botol & susu (kebiasaannya, pihak hospital akan memberikan susu kepada bayi sebaik sahaja dilahirkan)

Untuk Ayah:

Kamera / Handycam Filem Bateri /Charger Pakaian Makanan ringan Buku atau majalah sebagai bahan bacaan saat istirehat.

Baiklah, sampai disini sahajalah dulu laporan percuma panduan ibu hamil ini. Jangan lupa mendaftarkan diri anda di newsletter setbersalin.com untuk mendapatkan lebih banyak tips2 menarik tentang kehamilan & juga penjagaan bayi serta diri sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak. Semoga laporan ringkas ini dapat memberikan serba sedikit informasi yang berguna kepada anda untuk menempuh saat-saat kelahiran bayi anda. Akhir kata, selamat melahirkan bayi dan selamat mendapat

Panduan Ibu Hamil cahaya mata yang soleh & solehah.

www.setbersalin.com

Akhir sekali, jangan lupa lawati website www.setbersalin.com dan dapatkan set rawatan lepas bersalin yang lengkap dengan harga yang murah. Wassalam.

Jangan lupa lawati...

www.SetBersalin.com

You might also like