You are on page 1of 25

1

1.0

PENDAHULUAN

Al- Quran menjelaskan bahawa komunikasi merupakan salah satu perkara fitrah manusia. Antara ayat Al-Quran yang menyebut tentang komunikasi ialah dalam surah Ali-Imran ayat ke 104 ;


Maksudnya : Hendaklah terdapat sebahagian daripada kamu umat yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada maruf dan mencegah kepada kemungkaran dan merekalah orang-orang yang mendapat keuntungan. (Ali Imran , 2 :104) Pengertian komunikasi menurut Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam. Komunikasi Islam merupakan komunikasi bersifat universal meliputi seluruh aspek dalam kehidupan sepanjang hayat umat Islam kerana proses komunikasi tersebut melibatkan komunikasi dengan Allah, komunikasi sesama manusia, komunikasi dengan diri sendiri (muhasabah diri) dan komunikasi dengan alam. Tujuan komunikasi adalah untuk memberitahu, menerangkan, member kefahaman, member ilmu, memberi petunjuk, menyeru kepada kebajikan, memberi hikmah dan menyampaikan khabar gembira serta memberi peringatan (Ghazali Sulaiman, 2007 : 3-12) .

Sehubungan itu, atas dasar kepentingan komunikasi terutamanya komunikasi sesama manusia, satu bidang yang berkait dengan media massa iaitu bidang kewartawanan dan

sehingga kini kepentingannya tidak dinafikan serta sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat. Peranan wartawan yang berperanan penting untuk melaporkan berita bersifat terkini dan semasa yang menyumbang kepada perkembangan dalam masyarakat memberikan impak positif kepada negara.

Namun begitu, sejauhmana kebenaran berita- berita yang dilaporkan oleh wartawan samada menerusi media elektronik ataupun media cetak dan adakah berita-berita yang ditulis oleh mereka menurut etika kewartawanan yang sebenar. Selain itu, adakah wartawan-wartawan yang ada sekarang mengikut etika kewartawanan menurut Islam dalam melaporkan berita kepada masyarakat.

Justeru itu, dalam penulisan ini, penulis akan menulis mengenai konsep dan etika kewartawanan menurut Islam yang sebenar.

BAB 1 : DEFINISI DAN KONSEP ETIKA KEWARTAWANAN

1.1

Definisi Etika

Perkataan etika berasal daripada bahasa Inggeris iaitu ethic. Perkataan ethic pula diambil dari bahasa Greek iaitu ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. mendefinisikan etika sebagai Dalam ayat yang ringkas, sarjana pengurusan sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia

bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakan seseorang itu samada baik atau buruk. Etika dalam erti kata lain ialah mematuhi nilai-nilai moral (Mustafa Hj. Daud, 1996 : 34).

Manakala etika dari kaca mata Islam bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Etika Islam mengatasi semua etika yang lain kerana mempunyai ciri kebaikan mutlak, kebaikan sejagat, mudah, mantap, kewajipan yang dipatuhi dan pengawasan yang menyeluruh. Pelbagai faktor yang mempengaruhi pembentukan etika seperti manusia itu sendiri, naluri, adat dan kebiasaan, keturunan, persekitaran, azam, suara hati dan

pendidikan (Mustafa Hj. Daud, 1996 : 37).

1.2

Definisi Wartawan Dan Kewartawanan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) , wartawan ialah orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Manakala kewartawanan ialah yang

berkaitan dengan bidang tugas atau kegiatan wartawan, segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah.

Secara umumnya wartawan didefinisikan sebagai pemberita samada mereka bertugas di media cetak ataupun media elektronik. Wartawan terbahagi kepada tiga golongan iaitu (H.M.Tuah Iskandar, 1990 : 34-36) ;

i.

Wartawan Islam Wartawan Islam adalah wartawan-wartawan bebas iaitu bebas daripada pengaruh kebendaan, pangkat, kedudukan dan bebas dari dipengaruhi orang lain seperi ahli politik, orang perseorangan, parti politik dan kerajaan. Golongan ini melaksanakan tugas semata-mata kerana mencari keredhaan Allah dan berperanan seperti ulama yang membentuk masyarakat supaya bertaqwa kepada Allah. Mereka berjihad tanpa rasa bosan dan tanpa rasa khuatir menghadapi golongan yang lebih berkuasa di sekeliling mereka. Secara tidak langsung mereka adalah pendakwah yang menulis mengenai Islam semata-mata untuk menyampaikannya kepada masyarakat.

ii.

Wartawan Bukan Islam

Wartawan bukan Islam adalah wartawan yang bertugas kerana ada kepentingan dan keuntungan untuk dirinya. Bagi golongan, mereka bebas melaporkan apa sahaja tanpa ada batasan. Tulisan wartawan ini tidak mempunyai ciri-ciri penulisan yang mahu mengajak masyarakat ke arah mentaati Maha Pencipta. Namun, tidak dinafikan ada di antara mereka bersifat jujur dan penulisan mereka yang baik serta boleh digunapakai oleh masyarakat. Tetapi kejujuran mereka boleh dipertikai kerana mereka tidak mengikut hukum-hakam yang telah digubal oleh Allah.

iii.

Wartawan Islam - Bukan Islam

Golongan wartawan ini kadang-kadang lebih bahaya daripada wartawan bukan Islam. Wartawan begini hamper sama seperti golongan munafik. Penulisan mereka sering kali bercanggah dengan suruhan Allah. Mereka menyeru kepada kebaikan tetapi seruan mereka tidak berlandaskan ayat-ayat Al-Quran atau Sunnah Rasulullah S.A.W. , sebaliknya mereka memetik kata-kata orientalis, secular, tokoh-tokoh Yahudi atau Kristian. Mereka lebih mengagungkan tokoh barat daripada tokoh Islam. Golongan ini tetap mengaku Islam dan mengerjakan amal ibadah tetapi amal ibadah yang dilakukan tidak mencegah mereka daripada melakukan perbuatan

mungkar. Mereka mudah dipengaruhi terutama dari kebendaan, pangkat dan wanita. Tetapi tidak dinafikan ada sebilangan kecil wartawan dalam kategori ini memiliki sifat mulia. Tetapi mereka tidak berpegang kuat kepada agama Islam.

Kewartawanan termasuk dalam Jurnalisme. Selain daripada istilah wartawan, golongan ini kuga dikenali sebagai golongan jurnalis. Dari segi istilah, jurnalis ialah kegiatan kewartawanan dalam mencari, menyusun , menulis, menyunting dan menerbitkan berita di media massa samada media cetak ataupun media elektronik. Manakala dari segi bahasa istilah jurnalis berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu journal dan bahasa Perancis du jour yang bererti catatan atau berita harian (Ahmad Y. Samantho, 2002 : 4344).

1.3

Konsep Kewartawanan Menurut Islam

1.3.1 Konsep Kewartawanan

Kewartawanan sebagai satu kerjaya penyebaran maklumat mempunyai peranan penting dan kesan berterusan kepada individu dan masyarakat. Justeru kerjaya sebagai wartawan dari beberapa aspek dilihat sebagai kesinambungan daripada kerjaya atau profesion sebagai pendidik dan juga dipandang sebagai ibadat oleh Islam (Nik Yusri Musa, 2009 : 64 -69) ;

i.

Wartawan sebagai Seorang Pendidik

Terdapat dua aspek pendidikan bagi seorang wartawan sebagaimana dianjurkan Islam iaitu ;

a.

Mendidik pemikiran masyarakat dengan kebenaran berita yang dipaparkan.

Pendidikan merupakan suatu proses merubah pemikiran masyarakat ke arah yang lebih baik dan matang. Kerjaya sebagai wartawan sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan pendidikan. Setiap berita yang disiarkan atau dipaparkan perlu dipertanggungjawabkan. Andai apa yang ditulis dapat memberi keinsafan, kesedaran serta mengembalikan manusia kepada fitrah kebaikan pastinya akan diberi ganjaran oleh Allah. Apabila ditulis adalah mengenai kebejatan akhlak, kecelaruan fikiran dan menjauhkan manusia dari fitrah kebaikan, maka pastinya akan menerima akibatnya. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat ke-19;

)(
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji tersiar di kalangan orang-orang yang beriman (di kalangan masyarakat), bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. (Surah An-Nur, 24:19)

b.

Mengelak daripada membuat interpretasi sendiri sehingga menimbulkan fitnah.

Fitnah mampu mengugat

ketenteraman awam. Sehubungan itu,

Islam

mengingatkan betapa bahayanya fitnah yang tersebar atau disebarkan secara meluas. Al- Quran menganjurkan agar apa jua berita atau urusan yang diterima perlu mendapatkan kepastian daripada pihak yang berwajib dahulu sebelum dibuat interpretasi sendiri. Justeru itu, atas sifat kebenaran dan integriti, Islam menganjurkan agar setiap urusan perlu mendapatkan kepastian dari pihak yang bertanggungjawab. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat ke 83;

)(
Maksudnya: Dan apabila kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil Amri di antara mereka tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (diantara kamu). (Surah An-Nisa, 4:83)

Memastikan kebenaran sesuatu khabar atau berita yang diterima amat dituntut dalam Islam. Walaupun menghadapi kesukaran, kesusahan atau apa jua bentuk ujian dalam usaha mendapatkan kebenaran berita tersebut ianya di anggap sebagai jihad dan diberi ganjaran oleh Allah. Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w. member peringatan kepada sesiapa sahaja yang membuat interpretasi sendiri terhadap apa jua khabar yang diterima tanpa dipastikan atau dirujuk kepada sumber yang sebenar atau tempat seharusnya dirujuk.

ii.

Kewartawanan Sebagai Suatu Ibadat

Setiap pekerjaan atau amalan yang dilakukan menjadi ibadat apabila ia dilakukan dengan penuh ikhlas, kesungguhan, tanggungjawab serta menyedari dengan penuh keinsafan bahawa tugas dan peranannya sebagai khalifah dan hamba Allah di ala ini. Syarat-syarat bagi menjadikan amalan umum sebagai ibadat ialah yang melakukan pekerjaan tersebut merupakan individu yang beriman, amalannya tidak bertentangan dengan syariat Islam dan pengamalnya perlu menyematkan keikhlasan dalam dirinya. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat ke-124 ;

)(
Maksudnya : Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki ataupun perempuan sedangkan is orang beriman, maka mereka itu masuk ke syurga dan mereka tidak akan dianiaya walaupun sedikit. (Surah An-Nisa , 4 : 124)

Sehubungan itu, kewartawanan sebagai suatu kerjaya professional tsememangnya menepati syarat-syarat yang diutarakan, terutama sekali ia merupakan suatu profesion yang termasuk dalam kategori amalan yang baik menurut urf dan juga pandangan syara. Justeru itu, terpulang kepada seseorang wartawan itu, samada mahu menjadikan sebagai kerjaya profesionalnya itu sebagai satu ibadah atau hanya semata-mata sebagai satu kerjaya sahaja.

Kesimpulannya definisi kepada etika kewartawanan ialah tindakan, cara, ciri dan penulisan bagi seseorang wartawan dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Manakala konsep kewartawanan menurut Islam ialah wartawan berperanan sebagai pendidik dalam masyarakat yang membawa masyarakat ke arah kebaikan dan kewartawanan dijadikan sebagai ibadah apabila melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas, kesungguhan , tanggungjawab dan menyedari dengan penuh keinsafan bahawa tugas dan peranannya sebagai nkhalifah dan hamba Allah di dunia ini.

BAB 2 : ETIKA KEWARTAWANAN

2.1

Etika Kewartawanan

Etika kewartawanan ialah suatu sistem yang merangkumi prinsip atau perilaku yang boleh membimbing para wartawan ke arah perilaku yang bertanggungjawab dan ini boleh membantu mereka membezakan keadaan dalam dua situasi yang bertentangan (Faridah Ibrahim, Mohd Rajib Ghani & Mohd Adnan Hashim : 2000) .

Hal ini menjelaskan bahawa etika merupakan sekelompok garis panduan yang dibentuk khusus untuk memantau perilaku manusia. Kewartawanan misalnya, merupakan salah satu bidang yang memerlukan etika untuk memastikan perilaku pengamalnya sentiasa berada dalam landasan yang betul. Asas dalam mana-mana etika ialah kejujuran, maka kejujuran menjadi salah satu tunggak yang menyokong usaha memartabatkan etika kewartawanan. Konsep kejujuran ini boleh diperluas dengan melihatnya dalam perspektif yang lebih luas iaitu kejujuran wartawan terhadap dirinya akan melahirkan rasa kesetiaan terhadap profesionnya dan organisasi tempat seseorang individu itu bekerja (Siti Suriani Haji Othman , 2006 : 34-35).

Kesetiaan terhadap profesion ialah kejujuran dalam memberi maklumat yang menjadi matlamat utama kewartawanan. Usaha untuk memberi maklumat yang benar, tepat dan lengkap merupakan hasil kejujuran terhadap profesion yang sekali gus menjunjung tinggi garis panduan etika kewartawanan yang disarankan. Menyediakan maklumat yang benar merupakan perkara pertama yang disenaraikan dalam Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Kod Wartawan Malaysia (Siti Suriani Haji Othman , 2006 : 34-35).

Manakala menurut Mustafa Haji Daud (1996), terdapat beberapa etika kewartawanan iaitu:i. Laporan harus benar-benar bijak dan tepat supaya peristiwa yang dilaporkan member erti atau sumbangan kepada kehidupan manusia. ii. Orang ramai harus diberi kesempatan untuk menyampaikan fikiran, ulasan atau teguran.

10

iii.

Liputan luas harus diberi mengenal kegiatan yang boleh dijadikan contoh oleh satu golongan dari hal golongan lain dalam masyarakat.

iv.

Laporan harus meliputi tindak tanduk manusia yang boleh dihargai atau diteladani samada yang beruoa kebaikan atau keburukan dengan kesan dan akibatnya.

v.

Laporan luas patut dibuat tentang kejayaan usaha manusia, hasil ciptaan atau kebijaksanaannya dari semasa ke semasa.

vi.

Menghormati kebenaran dan hak orang ramai untuk membaca laporan yang benar.

vii. Mempertahankan dua prinsip penting: kebebasan mencari dan mencetak laporan secara jujur dan hak mnegulas dan menegur secara adil. viii. Laporan dibuat harus berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan dari sumber yang sah. ix. Cara yang digunakan untuk mendapatkan berita, gambar dan dokumen penting hendaklah secara jujur dan adil. x. Setiap wartawan hendaklah sanggup menyiarkan kembali kenyataan yang benar jika kesilapan berlaku dalam laporan yang pertama. xi. Berita yang didapati dengan persetujuan tidak mendedahkan sumbernya hendaklah dipelihara dengan teguh. xii. Elakkan kesalahan besar dengan snegaja termasuk plagiarism, fitnah, umpat, tohmah, caci, tuduhan tanpa asas, rasuah dalm bentuk apa jua sekalipun dengan dorongan supaya dicetak atau disembunyikan sesuatu. xiii. Tindak tanduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman untuk mempengaruhi keputusan terhadap laporan, cerita atau ulasan yang difikirkan penting dan patut diketahui umum.

2.2

Etika Kewartawanan Menurut Islam

Menurut Nik Yusri Musa (2009) , etika merupakan suatu sistem dasar akhlak atau tingkah laku dan kesusilaan seseorang wartawan. Istilah ini digunakan secara meluas dan lebih umum bagi menggambarkan prinsip-prinsip moral atau nilai dalam sistem hidup manusia tidak kira apa bentuk dan jenis kebudayaan sekalipun. Dasar etika digunapakai dalam apa jua disiplin ilmu dan kemahiran sebagai suatu usaha untuk mengawal dan menyedarkan manusia tentang peranan dan

11

tanggungjawab sebagai individu peribadi dan pekerja sosial. Antara etika perlu ada dalam diri seorang wartawan ialah :-

i.

Disiplin ilmu periwayatan hadis sebagai etika kewartawanan. Ilmu periwayatan hadis merupakan ilmu salah satu dariapda ilmu-ilmu yang dilahirkan oleh tamadun Islam. Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun umat manusia sesuatu penukilan berita melalui proses yang begitu ketat sebagaimana berlaku umat Islam. Keprihatinan dan kesungguhan para cendiakawan muslim mengkaji, menyaring dan menapis setiap khabar berita yang diterima samada dari penambahan oleh para pendusta, penyelewengan dan takwilan keterlaluan oleh para juhala sememangnya berlaku dengan cukup profesional.

Sejajar dengan itu, penulis mendapati bahawa aspek penyaringan atau penapisan terhadap sesuatu berita perlu diteliti dengan baik. Penerimaan atau penolakan terhadap sesuatu khabar bergantung kepada dua aspek yang menjadi asas penting kepada disiplin ilmu kewartawanan, iaitu keabsahan setiap berita tersebut dari sumbernya dan juga akhlak seseorang wartawan yang menukilkan sesuatu berita.

ii.

Ilm al-Jarh wa al-tadil (Ilmu mencela dan memuji seseorang). Ilmu ini ialah satu ilmu yang dikemukakan oleh para ulama Islam terutama sekali yang berkecimpung dalam bidang hadis. Tujuan utama ilmu ini bukannya mencaci, mencela atau memuji seseorang tanpa tujuan yang betul.Malah cacaian dan pujian itu semata-mata untuk menjaga kesahihan serta kebenaran riwayat yang diterima. Berikutan dengan itu, terdapat pujian (tadil) kepada perawi-perawi hadis kerana ia dikenali dan ketahui kejujuran, keihklasan, rendah diri, akhlak perinadi yang tinggi serta kepatuhan mereka kepada Allah. Disamping mempunyai catatan dan ingatan yang kuat dalam periwayatan hadis seperti Imam al-Bukhari, Imam

12

Malik dan lain-lain lagi. Pujian dan celaan kepada perawi-perawi hadis dilakukan dengan cukup professional tanpa wujudnya prasangka buruk dan bukannya atas sesuatu kepentingan malah semata-mata dengan niat untuk menjaga umat dan masyarakat daripada menerima khabar atau hadis yang lemah dan tidak dipastikan kebenarannya.

Oleh itu, kriteria yang digunapakai dalam disiplin Ilmu al-Jarh wa al-Tadil ini seharusnya digunapakai dalam etika kewartawanan masa kini.

Selain itu, menurut H.M.Tuah Iskandar (1990), dalam pembentukan etika kewartawanan Islam, etika umum yang diperkenalkan itu tidak memadai untuk dijadikan nadi kepada satu aktiviti yang penting di mana disitulah terletaknya keberkesanan dakwah Islamiah samada diterima atau berlaku sebaliknya oleh mana-mana wartawan yang tidak mengikut etika yang sebenar ketika menulis sesuatu berita. Antara etika kewartawanan Islam ialah :

i. ii.

Betulkan niat semata-mata kerana Allah. Memulakan setiap kerja dengan Bismillah dan apabila selesai mengucapkan Alhamdulillah.

iii. iv. v. vi.

Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan fardhu kifayah. Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran. Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Melaksanakan Islam dalam diri dan keluarga dengan perkara-perkara wajib, sunat dan harus.

vii. viii. ix.

Membenci dan meninggalkan perkara-perkara yang haram dan makruh. Menimba ilmu Islam melalui pengajian, pembacaan dan pemerhatian. Menggunakan hasil penulisan sebagai pedang jihad dan bukan sebagai senjata yang digunakan untuk menabur fitnah.

x.

Sentiasa menimbang dengan dosa dan pahala sebelum melakukan sesuatu.

13

2.3

Permasalahan Etika Kewartawanan

Menurut Saiful Nujaimi Abdul Rahman (2009), terdapat sembilan aspek permasalahan etika yang sering dihadapi oleh para wartawan. Masalah etika ini berevolusi menjadi dilema dunia kewartawanan di seluruh dunia. Antara aspek tersebut ialah :

i.

Muslihat Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan berita.

ii.

Konflik kepentingan Apabila wartawan dan agensi memiliki kepentingan peribadi.

iii.

Setiakawan Apabila perlu melaporkan berita negatif yang melibatkan rakan-rakan.

iv.

Pemberian Apabila diberikan cenderamata dalam pelbagai bentuk.

v.

Pemberitaan berbayar Apabila agensi luar membeli kolum akhbar untuk memuatkan berita bercorak promosi dan publisiti syarikatnya dalam bentuk berita sisipan.

vi.

Kecenderungan peribadi Apabila agensi atau wartawan berpihak kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen tertentu.

vii.

Pencerobohan ruang privasi Apabila wartawan menceroboh ruang privasi seseorang sumber atau figura atas aladan melaksanakan tugas-tugas pemberitaan

viii.

Mengekang maklumat Apabila wartawan merahsiakan sesetengah maklumat yang diperolehi demi menggunakan maklumat itu untuk kemudian hari.

ix.

Penciplakan Apabila wartawan menggunakan atau menyalin berita yang telah ditulis oleh rakan atau agensi media lain untuk tujuan rujukan, tetapi tidak memberi penghargaan yang sewajarnya.

14

Disamping itu, menurut Nik Yusri Musa (2009) permasalahan utama ialah sikap serta pemikiran pengamal media itu sendiri. Selain dari itu campur tangan politik atau pihak atasan samada pemilik syarikat atau juga yang menentukan dasar juga merupakan antara faktor-faktor utama mengapa kod etika yang tersedia ada tidak diikuti. Tambahan pula, mengutamakan kepentingan peribadi atau kelompok tertentu merupakan antara faktor yang menyebabkan kod etika kewartawanan tidak dipatuhi. Kod etika kewartawanan yang tersedia ada sebenarnya memadai untuk dijadikan sebagai panduan, namun sejauh mana ia diikuti oleh pengamalpengamal media, inilah yang perlu dititikberatkan.

2.4

Kod Etika Kewartawanan

Di dalam Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Kod Wartaawan Malaysia, maka tentunya ia dapat dijadikan sempadan dan juga panduan. Lapan perkara yang digariskan oleh NUJM, ianya menggambarkan disiplin ilmu periwayatan hadis iaitu (Nik Yusri Musa: 2009) :-

i.

Menghormati kebenaran serta hak publik untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas utama wartawan.

ii.

Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini: kebebasan memungut dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.

iii.

Wartawan akan hanya melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen.

iv.

Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperolehi berita, gambar dan dokumen.

v.

Sebarang maklumat yang diterbitkan jika didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.

vi.

Wartawan akan menghormati rahsia professional berhubung dengan sumber maklumat.

15

vii.

Wartawan

akan

menganggap

perbuatan-perbuatan

ini

sebgai

kesalahan

professional paling besar: plagiat, mengumppat, fitnah lisan (slander), fitnah bertulis (libel) dan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Penerimaan sogokan dalam apa jua bentuk sekalipun, sebagai saguhati untuk penerbitan atau mentembunyikan maklumat. viii. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerjanya berhubung dengan soal-soal professional bidang itu : wartawan akan menolak sebarang campur tangan daripada pihak kerajaan atau pihak-pihak lain.

Manakala Kod Etika Kewartawanan Malaysia yang dilancarkan pada 20 Mei 1989 oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Persatuan Editor Akhbar (ONE) pula lebih member tumpuan kepada kod etika kewartawanan Islam. Bedasarkan kepada kod etika kewartawanan Malaysia dan juga kod etika kewartawanan yang tersedia ada, maka terdapat beberapa perkara yang perlu dikemukan sekiranya perlu membina kod etika kewartawanan Islam. Antaranya ialah (Mustafa Masyhur :1989) :

i.

Bertaqwa dan takut kepada Allah dalam setiap khabar berita yang diberi ulasan, serta menjaga akhlah peribadi dengan akhlak dan adab-adab Islam.

ii.

Bersifat amanah pada diri dan masyarakat dengan menyiarkan kebenaran dan khabar berita yang berfaedah serta membuat kajian yang terperinci sebelum disebarkan setiap khabar berita yang diterima.

iii.

Menjadikan dakwah sebagai matlamat utamanya bukan hanya mendapatkan keuntungan semata-mata. Dengan cara menghubungkan isu-isu dan berita yang ditulisnya dengan dakwah kepada Allah, agar manusia mengetahui bahawa agama Allah atau risalah Islam itu meliputi seluruh bidang kehidupan.

iv.

Berusaha menolak segala pembohongan/ penulisan serta pemikiran yang menyesatkan serta mengembalikan mereka kepada jalan Allah kerana itulah satusatunya jalan yang memberikan kebahagaiaan kepada manusia.

Etika kewartawanan secara umumnya ialah perlu wujudnya sifat kejujuran dalam diri seseorang wartawan. Ianya termasuklah untuk melaporkan berita yang benar dan sah tanpa

16

melakukan sebarang perubahan fakta mengenai sesuatu berita, berita yang berbaur fitnah terhadap seseorang, merahsiakan fakta yang perlu dirahsiakan dan sebagainya. Hal ini kerana tanpa sikap kejujuran dalam diri seseorang wartawan ianya adalah menyalahi etika kewartawanan.

Manakala, etika kewartawanan menurut Islam ialah seseorang wartawan itu perlu mengamalkan disiplin ilmu dalam periwayatan hadis sebagai cara untuk menafsir, menganalisis dan menggunakan sesuatu sumber untuk melaporkan berita. Disiplin ilmu periwayatan hadis yang sangat ketat perlu dicontohi oleh para wartawan agar dapat melaporkan berita yang benarbenar sahih faktanya supaya dapat mengelakkan berlakunya fitnah terhadap perkara yang akan dilaporkan.

Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan Islam yang perlu dipatuhi oleh wartawan Islam iaitu niat melakukan tugas kerana Allah, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi dan yang paling penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan sesuatu berita serta sumber sesuatu berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada masyarakat.

Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan Islam yang perlu dipatuhi oleh wartawan Islam iaitu niat melakukan tugas kerana Allah, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi dan yang paling penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan sesuatu berita serta sumber sesuatu berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada masyarakat.

Terdapat juga permasalahan dalam etika kewartawanan. Antaranya ialah mempunyai konflik kepentingan peribadi, pemberitaan berbayar, semangat setiakawan di mana berada dalam dilemma untuk melaporkan berita mengenai rakan sendiri, pencerobohan ruang privasi, mengekang maklumat, berlaku penciplakan sumber berita ketika melaporkan berita dan lain-lain.

17

BAB 3 : DUNIA KEWARTAWANAN

3.1

Peranan Wartawan Dalam Menyebarkan Informasi Islam Peranan wartawan dalam menyebarkan informasi Islam sangat penting, kerana ianya memainkan peranan yang penting bagi mempertingkatkan kefahaman tentang Islam, melaporkan maklumat terkini perkembangan dan kehidupan Islam serta memfokuskan perhatian masyarakat tentang isu-isu tertentu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam. Selain itu, wartawan juga berperanan untuk memberitahu kepada masyarakat mengenai Islam dan menjelaskan kebenaran mengenai sesuatu isu kepada masyarakat. Wartawan juga mempunyai peranan sebagai perantara antara para ulama dengan masyarakat Islam untuk menyalurkan maklumat yang terkini mengenai Islam kepada masyarakat (Ghazali Sulaiman, 73-75 : 2007) .

3.2

Cabaran Dalam Dunia Kewartawanan

Media massa mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat. Sejajar dengan itu, individu yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi masyarakat melalui media massa ialah wartawan ataupun pengamal media. Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa

dilalui oleh wartawan bagi mendapatkan sumber berita yang benar dan sahih. Antara cabaran tersebut ialah (Mustafa Haji Daud : 1996) :

i.

Cabaran Untuk Berhadapan Dengan Golongan Berpengaruh

Terrdapat segelintir dari golongan orang yang berpengaruh seperti ahli politik, artis, ahli akademik dan sebagainya mencurigai wartawan. Mereka menganggap wartawan adalah sebagai penjaga tepi kain orang lain untuk membongkar rahsia dan seterusnya menyiarkannya kepada masyarakat.

Selain itu, wartawan juga menghadapi masalah off record yang diberikan oleh golongan yang berpengaruh untuk pengetahuan diri wartawan tetapi bukan untuk

18

disiarkan oleh akhbar seperti isu yang melibatkan keselamatan negara, pergeseran politik dan penyelewengan kewangan.

ii.

Penawaran Sogokan (Rasuah)

Terdapat juga dari segelintir golongan mempergunakan wartawan untuk tujuan publisiti jangka panjang yang memberikan keuntungan kepada pihak tersebut. Justeru itu, mereka sanggup menawarkan beberapa keistimewaan kepada wartawan seperti menaja kos percutian ke luar negara melalui syarikat pelancongan dan penerbangan serta memberikan sedikit saguhati berupa barangan ataupun wang.

iii.

Keraguan Terhadap Sumber Berita

Wartawan juga menghadapi cabaran untuk menyampaikan berita yang benar kepada masyarakat. Hal ini kerana ada kalanya sumber yang diperolehi boleh diragui kesahihannya ataupun wartawan itu sendiri salah menafsir sumber ataupun salah membuat kesimpulan dan analisis. Akibatnya, laporan yang disampaikan oleh wartawan akan diragui oleh masyarakat.

3.3

Kewartawanan Dan Akhlak

Menurut Aminuddin Basir@ Ahmad (2009) , akhlah tidak dapat dipisahkan dari bidang kewartawanan. Seorang wartawan mestilah berakhlak. Berikutan itu, akhlak mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan nilai sesuatu mesej yang disampaikan oleh wartawan. Antara akhlak yang perlu menjadi pegangan para wartawan ialah :

i. Ikhlas Ikhlas adalah syarat asasi penerimaan sesuatu amalan dalam Islam. Ikhlas

bermaksud pembersihan dan penyucian hati daripada sebarang kekotoran serta penyakit yang dapat merosakkan nilai sesuatu ibadah atau amalan terhadap Allah.

19

Dalam hubungan ini, para wartawan wajib menjalankan tanggungjawabnya dengan ikhlas.

ii. Amanah Amanah amat perlu menjadi amalan para wartawan. Sehubungan itu, para wartawan perlu menyampaikan mesej atau maklumat berdasarkan hakikat yang sebenar tanpa sebarang tokok tambah dengan mengenepikan citarasa dirinya. Amanah dalam hal ini juga bererti para wartawan tidak membuka keaiban orang lain, memfitnah, khianat dan berdusta. Setiap tindak tanduk para wartawan akan dihisap oleh Allah di akhirat kelak serta akan menerima pembalasan azab atau nikmat. Berkaitan dengan persoalan ini, Allah berfirman dalam surah al-Nisa ayat ke-58 ;

)(
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada ahlinya (Surah al-Nisa 4:58)

iii. Benar

Bersifat benar adalah begitu penting bagi para wartawan. Benar yang dimaksudkan ialah jujur dalam setiap perkataan dan perbuatan. Dalam kewartawanan, benar mempunyai maksud memelihara mesej dari sebarang penyelewengan dan pendustaan. Tanpa bersifat benar, maka kebenaran tidak dapat ditegakkan. Menegakkan kebenaran adalah satu daripada kebaikan yang dapat menjamin keselamatan dan keamanan bagi sesebuah masyarakat. Perintah supaya bersifat benar ini ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Tawbah ayat ke19 :

20

)(
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada dalam kalangan orang-orang yang benar (Surah al-Tawbah , 9:19)

iv. Berani

Sifat berani yang ada pada wartawan akan menjadi tunjang sesuatu mesej yang benar itu dapat diketengahkan dan ditegakkan. Tanpa keberanian yang ada pada seseorang wartawan, ia akan menggagalkan penyampaian sesuatu mesej yang berguna lagi mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Barangkali dengan keberanian wartawan menyampaikan satu mesej yang benar itu akhirnya dapat menyelamatkan jutaan nyawa sesebuah masyarakat. Lantaran itu, wartawan perlu berani menyatakan apa yang benar walaupun mesej itu mungkin mengugat keselamatannya.

v. Adil

Dalam hubungan itu, wartawan hendaklah memastikan mesej yang disampaikan itu tidak menyebelahi mana-mana pihak atau menzalimi pihak tertentu. Mesej perlu disampaikan dengan adil, walaupun berkemungkinan menggugat

kepentingan peribadi. Sehubungan itu, dunia kewartawanan mempunyai pelbagai cabaran, pengalaman yang baik dan buruk serta kisah suka duka yang perlu digunakan sebagai pengajaran dan pemangkin bagi seseorang wartawan untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Wartawan mempunyai peranan yang sangat besar dalam menyampaikan informasi mengenai Islam kepada masyarakat samada yang muslim atau yang bukan muslim. Bertentangan dengan itu, wartawan juga perlu menghadapi pelbagai karenah masyarakat bermula dari golongan atasan sehingga golongan

21

bawahan. Wartawan perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan mempraktikkan akhlak yang baik sepanjang menjalankan tugas. Antaranya bersifat benar, adil, amanah dan berani.

22

BAB 4 : KESIMPULAN
Kesimpulannya definisi kepada etika kewartawanan ialah tindakan, cara, ciri dan penulisan bagi seseorang wartawan dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Manakala konsep kewartawanan menurut Islam ialah wartawan berperanan sebagai pendidik dalam masyarakat yang membawa masyarakat ke arah kebaikan dan kewartawanan dijadikan sebagai ibadah apabila melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas, kesungguhan , tanggungjawab dan menyedari dengan penuh keinsafan bahawa tugas dan peranannya sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia ini.

Etika kewartawanan secara umumnya ialah perlu wujudnya sifat kejujuran dalam diri seseorang wartawan. Ianya termasuklah untuk melaporkan berita yang benar dan sah tanpa melakukan sebarang perubahan fakta mengenai sesuatu berita, berita yang berbaur fitnah terhadap seseorang, merahsiakan fakta yang perlu dirahsiakan dan sebagainya. Hal ini kerana tanpa sikap kejujuran dalam diri seseorang wartawan ianya adalah menyalahi etika kewartawanan.

Manakala, etika kewartawanan menurut Islam ialah seseorang wartawan itu perlu mengamalkan disiplin ilmu dalam periwayatan hadis sebagai cara untuk menafsir, menganalisis dan menggunakan sesuatu sumber untuk melaporkan berita. Disiplin ilmu periwayatan hadis yang sangat ketat perlu dicontohi oleh para wartawan agar dapat melaporkan berita yang benarbenar sahih faktanya supaya dapat mengelakkan berlakunya fitnah terhadap perkara yang akan dilaporkan.

Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan Islam yang perlu dipatuhi oleh wartawan Islam iaitu niat melakukan tugas kerana Allah, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi dan yang paling penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan sesuatu berita serta sumber sesuatu berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada masyarakat.

23

Selain itu, terdapat beberapa etika dalam kewartawanan Islam yang perlu dipatuhi oleh wartawan Islam iaitu niat melakukan tugas kerana Allah, perlu ada sikap kejujuran yang tinggi dan yang paling penting dalam etika ini ialah perlu menilai dengan baik kesahihan sesuatu berita serta sumber sesuatu berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah ataupun kesalahan fakta untuk disampaikan kepada masyarakat.

Terdapat juga permasalahan dalam etika kewartawanan. Antaranya ialah mempunyai konflik kepentingan peribadi, pemberitaan berbayar, semangat setiakawan di mana berada dalam dilemma untuk melaporkan berita mengenai rakan sendiri, pencerobohan ruang privasi, mengekang maklumat, berlaku penciplakan sumber berita ketika melaporkan berita dan lain-lain.

Sehubungan itu, dunia kewartawanan mempunyai pelbagai cabaran, pengalaman yang baik dan buruk serta kisah suka duka yang perlu digunakan sebagai pengajaran dan pemangkin bagi seseorang wartawan untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Wartawan mempunyai peranan yang sangat besar dalam menyampaikan informasi mengenai Islam kepada masyarakat samada yang muslim atau yang bukan muslim. Bertentangan dengan itu, wartawan juga perlu menghadapi pelbagai karenah masyarakat bermula dari golongan atasan sehingga golongan bawahan. Wartawan perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan mempraktikkan akhlak yang baik sepanjang menjalankan tugas. Antaranya bersifat benar, adil, amanah dan berani.

Akhir sekali, etika yang paling penting yang perlu ada pada diri seseorang wartawan ialah perlu mengamalkan sikap jujur dan benar dalam menafsir, menganalisis, mendapatkan sumber berita dan menulis berita seterusnya menyampaikan berita kepada masyarakat.

24

RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim

Ahmad Y. Samantho. 2002. Jurnalistik Islami : Panduan Praktis bagi Para Aktivis Muslim. Jakarta Selatan : Penerbit Harakah.

Aminudin Basir @ Ahmad. 2009. Halatuju Kewartawanan dalam Konteks Pendekatan Islam Hadhari. Dlm. Mohd Safar Hasim & Zulkiple Abd. Ghani . (pnyt.). Komunikasi di Malaysia : Suatu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, hlm. 81 - 96. Bangi : Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faridah Ibrahim, Mohd Rahib Ghani & Adnan Hashim. 2000. Falsafah Etika Kewartawanan di Malaysia. Dlm. Faridah Ibrahim & Mus Khairil Samami. (pnyt.). Etika Kewartawanan. Subang Jaya : FAR Publishers.

Ghazali Sulaiman. 2007. Media Komunikasi Islam. Dlm. S. Salahudin Suyurno, Huzaimah Hj. Ismail & Aini Faezah Ramlan. (pnyt.). Islam dan Komunikasi, hlm. 67 76. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

H.M.Tuah Iskandar.

1990.

Kewartawanan Islam: Dicabar, Tercabar, Mencabar.

Kuala

Lumpur : Karya Media Publisher.

Mustafa Haji Daud.

1996.

Etika Pengurusan.

Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Mustafa Masyhur. 1989. Suri Teladan di Sepanjang Jalan Dakwah. (Terj. ). Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar.

Nik Yusri Musa. 2009. Konsep dan Etika Kewartawanan Menurut Islam. Dlm. Mohd Safar Hasim & Zulkiple Abd. Ghani . (pnyt.). Komunikasi di Malaysia : Suatu Penelitian Awal

25

Pendekatan Islam Hadhari, hlm. 63 79. Bangi : Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saiful Nujaimi Abdul Rahman. 2009. Kewartawanan Malaysia: Praktis & Cabaran Dalam Era Revolusi Digital. Petaling Jaya : Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Siti Suriani Haji Othman. 2006. Membongkar Rahsia Penulisan Berita Objektif : Pengenalan Kepada Semantik Umum di Malaysia. Bandar Baru Nilai : Penerbit Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia.

You might also like