You are on page 1of 5

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem

pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan. Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah: -Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum. -Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama . -Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. -Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini. AKTA PELAJARAN 1961 Secara amnya, Akta Pelajaran 1961 adalah berdasarkan kepada cadangan-cadanganyang dikemukakan oleh Laporan Penyata Razak 1956. Asas utama yang dikemukakanoleh laporan tersebut adalah pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Justeru,Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatupadu. Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yangbercorak kebangsaan yang memberi tumpuan atau penekanan kepada penguasaanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang samabagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid(Ahmad Fauzi, 2009).Walaupun dari segi dokumen Akta Pelajaran 1961 merupakan satu risalahperundangan pendidikan yang komprehensif, namun akta tersebut perlu disemaksemula. Setelah tempoh pelaksanaannya melebihi 35 tahun, akta tersebut telahmenampakkan kekurangan dan didapati banyak lompong (loopholes) khususnya untukmenangani pelbagai perubahan serta cabaran baru dalam sistem pendidikan negara.Olehyang demikian, kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan mendapati akta tersebut memerlukansemakan, pemansuhan dan peruntukan-peruntukan baru selarasdengan keperluan dan cabaran pendidikan semasa (Ahmad Fauzi, 2009).

Laporan Kabinet (1979) Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan RahmanTalib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalammenyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian initerdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberiperhatian ialah:1.Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. 2.Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis danmengira) dan pengajaran pemulihan. 3.Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional. 4.Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun. 5.Pendidikan kerohanian yang kukuh. 6.Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.(Musliha, 2004) Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengannegaranegara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakantahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telahdilaksanakan dalam banyak aspek, di samping berusaha untuk menangani cabaranperkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juganilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut. Perlaksanaan kurikulumbaru KBSR dan KBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan olehLaporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yangdikeluarkan pada tahun 1979 (Manroy, 2009).Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengannegaranegara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakantahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telahdilaksanakan dalam banyak aspek, di samping berusaha untuk menangani cabaranperkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juganilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut. Perlaksanaan kurikulumbaru KBSR dan KBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yangdikeluarkan pada tahun 1979 (Manroy, 2009

Kepentingan Falsafah Kebanyakkan mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan merasa ia merupakan suatu mata pelajaran yang sungguh berat dan susah. Bila sahaja perkataan falsafah ini di sebut, ia seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri yang mesti di jauhi dan di elakkan. Sebenarnya, ia bukanlah seperti yang di nyatakan. Falsafah akan menjadi penting serta terlalu berharga bagi insan yang menyukainya bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta". Falsafah hanya akan datang serta di fahami oleh individu yang mempunyai cukup serta kuat akal pemikirannya.

Sama ada secara sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu dari beberap aliran pemikiran/falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah secara ringkasnya, merupakan aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hari ini. Dengan kata mudahnya, kita mempunyai atau mengikut kaedah-kaedah berfikir yang ada dalam dunia.

Ia memerlukan satu ruang, kebiasaan dan kelaziman seseorang individu untuk sentiasa melakukan aktiviti berfikir yang mendatangkan kebaikan serta peningkatan akal fikiran. Falsafah tidak boleh di pelajari seperti mana perkara lain. Ia memerlukan persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal, rohani dan juga jasmani. Persediaan yang cukup serta mapan ini akan menjadikan seseorang itu bersedia untuk menggarap segala macam pemikiran yang ada serta membuat perhitungan yang sewajarnya terhadap sesuatu pemikiran yang melanda masyarakatnya.

Selain itu, ahli falsafah juga memainkan peranan yang sungguh penting dalam kelompok masyarakatnya. Hal ini kerana, ahli falsafah memberikan sumbangan yang mendalam dalam memberikan tunjuk ajar serta membimbing masyaraktnya ke arah jalan yang benar. Ahli falsafah boleh di katakan sebagai "pemberi cahaya" kepada masyarakat agar memahami makna sebenar sesuatu perkara yang berlaku dan sebagainya.

Pada masa sama, tujuan mempelajari falsafah adalah untuk mengelakkan diri dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir kebatilan yang menutup kelemahan fikiran. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, falsafah ialah ringkasan dari pemikiran manusia yang berusaha untuk memahami hakikat alam sekelilingnya.

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL VISI-Peneraju Pendidikan Teknik dan Vokasional terunggul untuk memenuhi keperluan semasa Negara MISI-Memajukan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang releven melalui pelaksanaan kurikulum yang komprehensif dan pengurusan yang berkesan MOTO BPTV - 'PRIME' P - Performance Mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ke tahap yang lebih seimbang dan cemerlang. R Respectability Melahirkan pelajar pendidikan teknikal dan vokasional yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan pendidikan teknikal dan vokasional supaya seluruh masyarakat dan institusi teknikal dan vokasional diberi pengiktirafan sewajarnya. I Image Meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat dengan mestilah bergerak dalam satu mendidik pelajar berdisplin, berakhlak mulia dan berhemah tinggi pasukan dan berusaha dengan berlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Maha Pencipta. M- Manpower Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta pendidikan teknik dan mempunyai etika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan vokasional serta negara untuk mencapai wawasan 2020. E Expectation Memenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa dan negara ke PRIME ini dalam tugasan arah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatupadu.

Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain. Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti (Laugho&Lillis,1988). Apabila seseorang pekerja itu diiktiraf sebagai pekerja mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.

Fungsi Asas Pendidikan Teknik Dan Vokasional (Ptv) Perkembangan idea untuk menubuhkan Pendidikan Teknik dan Vokasional,(PTV) di Malaysia telah bermula sejak tahun 1890-an lagi. Pada tahun 1897, satu perundingan telah diadakan tentang tatacara penubuhan sekolah perdagangan untuk melatih orang-orang Melayu terutamanya lelaki untuk berkhidmat sebagai mekanik dan buruh yang bekerja untuk memperbaiki kereta api yang menjadi pengangkutan utama pada masa itu(Francis & Ee, 1975). Pada zaman ini, PTV di lihat sebagai satu aliran pendidikan yang hanya mempersiapkan individu untuk menguasai kemahiran teknikal semata-mata dan kurang menitik beratkan tentang pembentukan sahsiah diri seseorang. Pada dasarnya, individu di latih untuk memperbaiki kereta api yang pada itu menjadi pengangkutan utama, tanpa mempunyai kurikulum yang tetap dan proses pembelajaran seperti yang ada pada masa kini. Pada tahun 1919, kerajaan telah bersepakat untuk membentuk sebuah jawatan kuasa untuk meninjau keperluan-keperluan bagi PTV dan mencadangkan beberapa perkara untuk mempertingkatkan mutu latihan PTV di negara ini. Diantara cadangan-cadangan tersebut adalah untuk memperluaskan elemen-elemen pengetahuan dalam bidang teknikal.Berdasarkan penubuhan awal PTV di negara ini, didapati bahawa fungsi utama PTV pada awalnya ialah untuk mempersiapkan individu dengan kemahiran tangan (hands-on) berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain. Namun, masa beredar dengan cepat, dan banyak perkembangan yang berlaku terutamanya dalam bidang teknologi dan bidang pendidikan sehingga PTV tidak lagi menjadi satu aliran yang hanya memberi latihan kemahiran tangan kepada individu tetapi juga aliran pendidikan yang menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap individu. Secara tidak langsung dapat membentuk keyakinan diri untuk menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.

You might also like