You are on page 1of 1

Analisis Gaya Bahasa

Gaya bahasa merupakan salah satu elemen yang mengandungi keindahan yang dapat diamati oleh pembaca ketika membaca sesuatu cerpen ataupun karyakarya Bahasa Melayu. Pengarang menggunakan gaya bahasa yang menarik bagi mencuri perhatian para pembaca ketika membaca karya mereka. Cerpen Kemarau Kasih hasil nukilan Narizah Samat mengandungi pelbagai gaya bahasa yang melambangkan Bahasa Melayu. Antara gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini adalah simile yang terdapat di pada awal cerita cerpen ini iaitu Alam keliling sekitarku, bagaikan gelap-gelita.... Gaya bahasa simile pada ayat ini dapat dikenalpasti dengan perkataan bagaikan. Pengarang membandingkan alam sekitar dengan keadaan yang gelap-gelita. Gaya bahasa kedua yang terdapat di cerpen ini adalah dari aspek diksi iaitu sinkof ataupun lebih dikenali dengan singkatan. Contoh-contoh sinkof yang terdapat di dalam cerpen ini adalah ku, dah, tak, dan nak. Gaya bahasa sinkof digunakan oleh pengarang supaya ianya lebih sedap di dengar dan di baca oleh para pembaca. Seterusnya, gaya bahasa yang terdapat di dalam cerpen Kemarau Kasih adalah metafora iaitu tembok kesabaran. Tembok merupakan konkrit manakala kesabaran itu adalah abstrak. Peribahasa juga merupakan salah satu gaya bahasa yang digunakan oleh Narizah Samat melalui hasil nukilannya. Peribahasa menunjukkan ciri-ciri keindahan yang terdapat dalam masyarakat melayu kerana kiasan yang digunakan berbanding istilah sebenar. Peribahasa-peribahasa yang terdapat di dalam cerpen ini adalah darah daging, lembut gigi daripada lidah dan batang hidung. Gaya bahasa terakhir yang dapat dikenalpasti di dalam cerpen Kemarau Kasih adalah hiperbola. Contoh yang terdapat adalah, api kemarahan menyala dalam dada menunjukkan unsur berlebih-lebihan dan melampau yang

melambangkan hiperbola.

You might also like