You are on page 1of 30

B3001/UNIT1/1

ASAS STATISTIK

Objektif am
Memahami istilah-istilah asas statistik dan kaedah-kaedah menggambarkan empat bentuk persembahan data dan memahami kegunaan jadual Taburan Frekuensi.

Unit

Objektif khusus
Di akhir unit ini pelajar akan dapat : 1. Mempamerkan data dengan menggunakan piktogram, graf garisan, graf bar (palang) dan graf pie (bulatan). 2. Membina jadual Taburan Frekuensi. 3. Mendirikan histogram, poligon frekuensi dan ogif.

B3001/UNIT1/2

1.0 PENGENALAN Statistik adalah satu kaedah saintifik untuk mengumpul, mengolah dan menganalisis data. Misalnya mengumpul maklumat bagi tiap-tiap pelajar Politeknik tentang pendapatan keluarganya. Maklumat ini disusun dengan mengelaskan dan menjadualkan data yang diperolehi dalam bentuk yang sesuai. Purata pendapatan bagi setiap keluarga pelajar dikira, misalnya mengikut kursus yang diikuti. Berdasarkan kepada pengiraan inilah sesuatu keputusan dibuat.

INPUT
1.1 PERSEMBAHAN DATA Carta, gambarajah dan graf merupakan kaedah persembahan data yang berdasarkan penglihatan. Selain senang dan cepat diperlihatkan, Persembahan seperti ini juga bertujuan memberikan gambaran secara menyeluruh terhadap keputusan yang diperolehi daripada data statistik. 1.1.1 Piktogram Piktogram merupakan sejenis carta bergambar yang paling mudah digunakan dan dapat menarik perhatian. Carta ini digunakan untuk memberikan gambaran bagi data yang terhad sahaja. Penggambaran seperti ini berdasarkan gambarajah yang diwakili oleh siri simbol yang piawai. Misalnya, gambar orang digunakan untuk melambangkan jumlah pelajar di dalam sesuatu kelas dan sebagainya, iaitu yang berkaitan dengan manusia. Satu simbol akan mewakili beberapa unit kuantiti yang dinyatakan dan mestilah dilukis secara sama besar untuk mengelakkan kekeliruan dan penyalahgunaannya.

B3001/UNIT1/3 Contoh 1.1 Pamerkan data di dalam jadual 1.1 melalui piktogram. Jadual 1.1 Kemajuan Perumahan Sektor Awam dan Swasta, Malaysia Tahun 1981 1982 1983 1984 1985 Bil. Unit Siap 68610 87810 72760 83080 93810

Penyelesaian:

1981

1982

1983

1984

1985

Rajah 1: Piktogram Kemajuan perumahan sektor awam dan swasta, Malaysia

B3001/UNIT1/4 1.1.2 Graf Garis Graf garis mempamerkan dua unsur variasi yang ada hubungan magnitud. Pembolehubah tak bersandar, biasanya tempoh, diukur melalui paksi mengufuk dan pembolehubah bersandar dipaksi mencancang.

Berikut beberapa langkah yang perlu dipatuhi semasa membina graf garis : Paksi mencancang mestilah dimulakan dengan sifar dan apabila terdapat unsur-unsur data yang besar nilainya, paksi tersebut bolehlah dipecahkan. Kedua-dua paksi tersebut mestilah dipersembahkan oleh jarak yang sama, misalnya tiaptiap sentimeter mewakili 100 unit. Pemilihan skala tertakluk kepada nilai-nilai data supaya grafnya menghasilkan gambaran yang jelas. Plotkan pasangan nilai yang diberi mengikut paksi-paksi di atas dengan menandakan titiktitiknya. Sambungkan titik-titik tersebut satu demi satu dengan garis lurus. Kesemua graf mestilah dilukis dengan jelas. Jika lebih daripada satu graf dibina di atas kertas graf yang sama, graf-graf ini boleh dipersembahkan dengan garis yang berlainan jenis, misalnya berlainan warna. Petunjuk bagi tiap-tiap graf perlulah ditunjukkan dengan jelas.

B3001/UNIT1/5 Contoh 1.2 Binakan graf garis bagi data dalam jadual 1.2. Jadual 1.2 Baki Simpanan di Dalam Bank ABC Bhd. Tahun Baki (juta) 1980 24 1981 32 1982 28 1983 37 1984 44 1985 53 1986 50

Penyelesaian: Oleh sebab data dalam jadual 1.2 berlaku pada akhir tiap-tiap tahun, maka cara yang sesuai bagi menanda skala bagi paksi mengufuk adalah mengikut selang jangka masa
60 50

Baki (juta)

40 30 20 10 0 80 81 82 83 84 85 86

Tahun Rajah 1.1: Graf garis baki simpanan di dalam Bank ABC Bhd, 1980 - 1986

B3001/UNIT1/6

1.1.3 Carta Palang Carta palang adalah carta bergraf untuk menggambarkan satu set ukuran. Carta palang ini terdiri daripada beberapa batang palang yang berkadaran dengan ukuran-ukuran yang ingin kita terangkan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melukis carta palang : Sekat palang-palang dengan ruang kosong. Kesemua ruang ini hendaklah sama lebarnya. Tiap-tiap palang mestilah sama lebar. Nilai bagi tiap-tiap palang tidak perlu diletakkan di atas palang. Berhati-hati semasa membuat skala dan titik permulaan mestilah dimulakan dengan sifar. Gambaran yang baik akan diperoleh jika palang-palang yang dilukis disusun dengan tertib.

Contoh 1.3: Binakan carta palang berdasarkan kepada data dalam jadual 1.3 di bawah. Jadual 1.3 Jumlah import Malaysia Barat Tahun 1971 1972 1973 1974 1975 Jumlah dalam juta (RM) 3.405 3.877 5.143 8.550 7.496

B3001/UNIT1/7

Penyelesaian :

B3001/UNIT1/8

Rajah 1.2 : Carta Palang Menegak 10 8 6 4 2 0 1971 1972 1973 Tahun 1974 1975

RM 1000 juta

Rajah 1.3 : Carta Palang Melintang

1975 1974
Tahun

1973 1972 1971 0 2 4 6 8 10

RM 1000 juta

B3001/UNIT1/9

Rajah 1.3 : Carta Palang Melintang

1975 1974
Tahun

1973 1972 1971 0 2 4 6 8 10

RM 1000 juta

1.1.4 Carta Bulatan (Pie) Carta bulatan merupakan satu cara bergraf untuk menyajikan satu senarai ukuran. Carta bulatan terdiri daripada satu bulatan yang dibahagi kepada beberapa bahagian yang berkadaran dengan frekuensi relatif bagi ukuran-ukuran yang terletak dalam bahagian tersebut. Satu bulatan mewakili satu kumpulan data (iaitu 100%) yang dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu. Luas tiap-tiap bahagian adalah seimbang dengan komponen-komponen data. Dimana keluasan sesuatu bahagian dikira dalam bentuk sudut (darjah ) dalam bulatan iaitu satu bulatan bersamaan dengan 360o. Berikut adalah beberapa langkah semasa membina carta bulatan : Carta bulatan hanya untuk data yang ditukarkan kepada bentuk relatif sahaja. Apabila komponen dalam carta bulatan itu kecil, gunakan penunjuk. Berhati-hati dengan bilangan bahagian. Bahagian yang terlalu banyak akan menimbulkan kesulitan untuk melihat carta tersebut. Tanda pada tiap-tiap bahagian mestilah mendatar. Ini semata-mata untuk kesenangan semasa membacanya. Komponen-komponen mestilah disusun mengikut arah jam.

B3001/UNIT1/10

Contoh 1.4 Berdasarkan data dalam jadual 1.4 di bawah, binakan carta bulatan. Jadual 1.4 : Gred yang diperolehi oleh 128 orang pelajar dalam kursus statistis permulaan dalam tahun 1980 Gred A B C D F Bilangan 12 33 34 33 16 Peratus 9.38 25.78 26.56 25.78 12.50

Penyelesaian : Langkah 1 : Binakan jadual seperti di bawah. Gred A B C D F Bilangan 12 33 34 33 16 Peratus ( % ) 9.38 25.78 26.56 25.78 12.50 Darjah ( o ) 33.77 92.81 95.62 92.81 45

9.38 x360o = 33.77o 100

Langkah 2 : Binakan carta bulatan berdasarkan pembahagian dalam darjah ( o ).

B3001/UNIT1/11

12.5%

9.38%

25.78%

25.78%

26.56% Rajah 1.4 : Carta Bulatan

AKTIVITI 1a 1a.1 Jadual di bawah menunjukkan umur 80 orang pekerja di Syarikat JJ Sdn. Bhd., lukiskan carta palang menegak. Umur (tahun) 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-54 55-59 Bil. Pekerja 8 12 14 17 13 9 4 3

B3001/UNIT1/12

1a.2

Merujuk kepada jadual peruntukan simpanan petroleum mentah di Hemisfera Barat, lukiskan carta bulatan. Negara Kanada Mexico Amerika Selatan Amerika Syarikat Peratus 6.8 46.1 29.7 17.4

1a.3

Lukiskan graf garis berdasarkan kepada data dalam jadual di bawah. Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 Bil. Motorsikal yang dijual 6 10 9 11 15 13 16 12

MAKLUMBALAS 1a 1a.1 Bil. Pekerja

B3001/UNIT1/13

18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-54 55-59

Umur ( Tahun )

1a.2

17.4%

6.8%

29.7%

46.1%

1a.3

B3001/UNIT1/14

18 16 Bil. kereta yang dijual 14 12 10 8 6 4 2 0 1 2 3 4 5 6 7 8 Bil. minggu

INPUT

B3001/UNIT1/15

1.2 TABURAN FREKUENSI / KEKERAPAN Taburan frekuensi adalah merupakan suatu jadual yang bertujuan untuk meringkaskan dan menyediakan suatu senarai data yang mana bilangannya besar. Jadual taburan frekuensi terdiri daripada beberapa kelas dan setiap kelas mengandungi bilangan cerapan yang terletak atau digolongkan dalam kelas tersebut. Sekarang kita akan membincangkan cara membina jadual tabutran frekuensi melalui satu senarai data yang telah diberikan. Katakanlah yang berikut adalah berat dalam kilogram(kg) 40 pelajar dalam kelas matematik. Jadual 1.5: Berat dalam kilogram(kg) 40 pelajar dalam kelas matematik. 45 58 59 55 50 48 49 56 55 51 61 49 46 56 48 50 46 48 59 61 51 47 60 63 54 50 50 49 60 53 53 54 62 53 52 54 64 60 53 56

Untuk membina jadual taburan frekuensi, data tersebut dapat dikemaskinikan jika dimasukkan ke dalam kelas. Kelas ditakrifkan sebagai nilai-nilai yang mungkin antara yang terendah dengan yang tertinggi. Bilangan yang terkumpul di dalam kelas dinamakan frekuensi kelas. Penyusunan data dapat dilakukan dengan mudah melalui kaedah gundalan. Berikut ialah garis panduan untuk membina sesuatu taburan frekuensi: 1. Tentukan terendah dan tertinggi, misalnya dari jadual 1.5, data terendah ialah 45 kg. dan data tertinggi ialah 64 kg..
2.

Tentukan julat. Julat ialah perbezaan antara data tertinggi dengan terendah, misalnya daripada jadual 1.5, julat ialah (64 -45) = 19 kg.

3. Tentukan bilangan kelas yang akan dibina. Bilangan kelas bergantung kepada bilangan data, kegunaan taburan yang akan dibina, julat dan penyerakan data. Biasanya bilangan kelas adalah antara 5 hingga Saiz kelas dikira melalui hasil bahagi antara julat dengan 15. bilangan kelas. Untuk menyenangkan pembinaan kelas dan mempamerkan taburan yang baik, hasil bahagi ini hendaklah dibundarkan kepada suatu angka bulat tertinggi. Katakan data dalam jadual 2.0, dibahagikan kepada enam kelas, saiz bagi tiap-tiap kelas ialah 19/5 = 3.8 kg. dan apabila dibundarkan kepada angka bulat tertinggi ialah 4 kg.

B3001/UNIT1/16
4.

Tentukan saiz kelas.

5.

Tentukan sempadan kelas. Sempadan kelas dipilih dengan suatu cara supaya angka-angka daripada senarai itu dapat dikelaskan dan dimasukkan ke dalam salah satu kelas. Untuk tujuan ini, sempadan-sempadan mestilah dipilih supaya tidak ada mana-mana angka yang terletak tepat di atas sempadan. Misalnya data dari jadual 1.4, kita ambil sempadan bawah untuk kelas yang pertama separuh unit sebelum angka yang terkecil sekali, maka kita akan memperolehi kelas-kelas seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.6 di sebelah.

Kelas 44.5 - 48.5 48.5 - 52.5 52.5 - 56.5 56.5 - 60.5 60.5 - 64.5

Jadual 1.6

6. Selepas kelas-kelas ditentukan, setiap angka daripada senarai data diperiksa dan dimasukkan ke dalam salah satu kelas yang telah ditentukan itu. Dalam proses ini palang penghitung digunakan yang dikenali sebagai gundalan. Misalnya, angka 45 terletak dalam kelas yang pertama, maka satu palang ditandakan di sebelah kelas pertama itu, angka 50 terletak dalam kelas kedua, maka disebelah kelas itu dimasukkan satu palang dan bagi setiap angka yang diperiksa dimasukkan tanda palang. Akhirnya jumlah palang dalam setiap kelas itu dihitungkan dan dengan itu frekuensi dalam setiap kelas telah diperolehi (Lihat Jadual 1.7).

Jadual 1.7 : Taburan Frekuensi Berat 40 Pelajar Kelas Matematik Kelas Gundalan Kekerapan

B3001/UNIT1/17 (frekuensi) 44.5 - 48.5 48.5 - 52.5 52.5 - 56.5 56.5 - 60.5 60.5 - 64.5 IIII II IIII IIII IIII IIII II IIII I IIII 7 10 12 6 5

1.3 HISTOGRAM, POLIGON FREKUENSI DAN OGIF 1.3.1 Histogram Histogram adalah persembahan data dalam bentuk graf bagi jadual taburan frekuensi. Terdiri daripada empat segiempat tepat yang mempunyai tapak di atas paksi mendatar (paksi-X) dan tingginya berkadaran dengan frekuensi kelas pada paksi menegak (paksi-Y).

Berikut adalah garis panduan untuk melukis histogram : Tentukan sempadan kelas atau had kelas sebenar, misalnya dari jadual 1.7, sempadan kelas ialah 44.5 - 48.5, 48.5 - 52.5, dan seterusnya. Skalakan sempadan kelas secara mengufuk dan ini menunjukkan bahawa lebar palang adalah mewakili saiz kelas. Skalakan frekuensi secara mencancang (menegak) untuk mewakili tinggi palang. Luas sesuatu palang adalah berkadaran dengan frekuensinya. Tentukan tajuk dan sumber jika ada bagi tiap-tiap histogram yang dilukis.

Contoh 1.5 Bina histogram berdasarkan data dalam jadual 1.7.

B3001/UNIT1/18

Penyelesaian: Kekerapa n
14 12 10 Frekuensi 8 6 4 2 0
44.5 48.5 52.5 56.5 60.5 64.5

12 10

7 6 5

Berat (kg)
(

Rajah 1.5 : Histogram bagi taburan frekuensi berat 40 orang pelajar.

Berikut adalah garis panduan untuk melukis poligon frekuensi : 1. Tentukan titik tengah bagi tiap-tiap kelas. Misalnya dari jadual 1.5, bagi kelas pertama iaitu 44.5 - 48.5, titik tengahnya ialah (44.5 + 48.5)/2 = 46.5 1.3.2 2. Letakkan titik tengah ini dibahagian atas palang histogram. Poligon Frekuensi pertama dan terakhir. Titik pertama adalah titik tengah bagi suatu kelas 3. Tentukan titik Poligon bermaksud banyak sudut. Dalam statistik poligon frekuensi ialah suatu graf garis yang sebelum kelas pertama atau sempadan bawah bagi kelas pertama. Manakala titik mewakili taburan frekuensi. titik tengah bagi suatu kelas selepas kelas terakhir. Saiz bagi terakhir pula adalah kelas-kelas ini masing-masing dianggap sama besar dengan saiz kelas pertama dan terakhir. 4. Akhir sekali, sambungkan titik-titik yang diperolehi di dalam langkah (2) dan (3) dengan garis lurus.

B3001/UNIT1/19

Contoh 1.6 Daripada jadual 1.7, binakan poligon frekuensi. Penyelesaian :

Rajah 1.6 : Poligon frekuensi bagi 40 pelajar


14 12
Frekuensi

10 8 6 4 2 0
44.5 48.5 52.5 56.5 60.5 64.5

Berat (kg)
(

1.3.3

Ogif Ogif adalah merupakan graf yang dilukis berdasarkan kepada taburan frekuensi longgokan. Jadi untuk membina ogif, kita perlulah menyediakan jadual taburan frekuensi longgokan terlebih dahulu.

B3001/UNIT1/20

Apakah yang dimaksudkan dengan taburan frekuensi longgokan itu ?

Taburan Frekuensi Longgokan


Frekuensi longgokan bagi sesuatu taburan diperolehi melalui hasil tambah frekuensi, kelas demi kelas. Taburan frekuensi terbahagi kepada dua iaitu : 1. Taburan frekuensi "kurang daripada". Dibina dengan menunjukkan frekuensi yang mempunyai nilai kurang daripada atau di bawah sempadan kelas bawah bagi tiap-tiap kelas.

2.

Taburan frekuensi "lebih daripada". Dibina dengan menunjukkan frekuensi yang mempunyai nilai lebih atau ke atas daripada sempadan kelas bawah bagi tiap-tiap kelas.

Contoh 1.7 Merujuk kepada jadual frekuensi 1.7, binakan taburan frekuensi longgokan 'kurang daripada' dan 'lebih daripada'.

B3001/UNIT1/21 Penyelesaian : Jadual 1.8: Taburan frekuensi "kurang daripada" Berat Kurang daripada 44.5 Kurang daripada 48.5 Kurang daripada 52.5 Kurang daripada 56.5 Kurang daripada 60.5 Kurang daripada 64.5 Jadual 1.9 : Taburan Frekuensi Longgokan "lebih daripada" Berat Lebih daripada 44.5 Lebih daripada 48.5 Lebih daripada 52.5 Lebih daripada 56.5 Lebih daripada 60.5 Lebih daripada 64.5 Frekuensi Longgokan 40 (7 + 11 + 11 + 6 + 5) 35 (7 + 11 + 11 + 6) 29 (7 + 11 + 11) 18 (7 + 11) 7 0 Frekuensi Longgokan 0 7 18 (7 + 11) 29 (7 + 11 + 11) 35 (7 + 11 + 11 + 6) 40 (7 + 11 + 11 + 6 + 5)

Berikut ialah panduan bagi melukis graf ogif:


1. Binakan garis tapak (paksi-X) bagi mewakili kelas dan garis menegak (paksi-Y) bagi mewakili frekuensi longgokan. 2. Plotkan frekuensi longgokan melawan sempadan kelas bagi tiap-tiap kelas. 3. Sambungkan tiap-tiap titik yang diperolehi di dalam langkah 2 dengan garis lurus.

B3001/UNIT1/22

Contoh 1.8 Merujuk kepada taburan frekuensi jadual 1.8 dan jadual 1.9, binakan graf ogif. Penyelesaian:

Rajah 1.7 : Ogif-ogif taburan frekuensi longgokan berat 40 orang pelajar.

AKTIVITI 1b 1b.1 Berdasarkan taburan frekuensi pada jadual 1.10, binakan ogif-ogif bagi taburan frekuensi longgokan. Kemudian dengan menggunakan ogif yang diperolehi itu, anggarkan bilangan pelajar

B3001/UNIT1/23 yang beratnya kurang daripada 125 paun dan bilangan pelajar yang beratnya lebih daripada 140 paun. Jadual 1.10 Kelas 95.5 113.5 113.5 131.5 131.5 149.5 149.5 167.5 167.5 185.5 Frekuensi 5 7 5 2 5 24

1b.2

Binakan histogram berdasarkan kepada taburan kekerapan di bawah. Jadual 1.11 Kelas 0-4 5-9 10 - 14 15 - 19 20 - 24 25 - 29 Kekerapan 2 3 8 7 5 1

1b.3

Binakan poligon frekuensi dari data dalam jadual 1.12. Jadual 1.12 Kelas 51 - 55 56 60 61 - 65 66 70 71 - 75 76 - 80 81 - 85 86 - 90 91 - 95 96 - 100 Kekerapan 2 5 9 20 17 7 4 2 0 1

B3001/UNIT1/24

MAKLUMBALAS 1b 1b.1 Graf ogif-ogif taburan frekuensi longgokan seperti di bawah. Frekuensi

B3001/UNIT1/25

25

20 Ogif kurang daripada 15

10

Ogif lebih daripada

Berat 95.5 131.5 133.5 149.5


125 140

167.5 185.5

1b.2

Kekerapan

B3001/UNIT1/26

8 7 6 5 4 3 2 1 0 -0.5-4.5 4.5-9.5 9.5-14.5 14.5-19.5 19.5-24.5 24.5-29.5

Sempadan kelas

1b.3 Frekuensi
25

20

15

10

0 48 53 63 68 73 78 83 88 93 98 103

Titik Tengah

B3001/UNIT1/27

PENILAIAN KENDIRI 1.a Data dalam jadual di bawah, berkenaan dengan perbelanjaan (RM) harian untuk membeli sayursayuran bagi 60 keluarga di Malaysia. Binakan taburan frekuensi terkumpul.

0.97 1.24 0.78 1.26 0.33 0.69 0.51 0.73 1.61 0.46

0.71 1.76 0.84 0.86 1.18 0.88 0.57 0.51 0.47 0.36

1.05 0.77 0.91 0.97 0.21 1.47 1.08 1.27 1.57 1.16

0.78 0.88 0.93 0.74 1.62 1.02 1.51 1.16 1.26 1.96

1.52 0.91 1.12 0.51 0.41 1.77 1.32 1.78 1.43 2.12

1.37 1.02 1.25 1.37 0.47 0.69 0.66 0.63 0.67 1.82

1.b

Jumlah eksport tahunan Malaysia Barat dalam juta ringgit dari tahun 1971 hingga 1975 adalah seperti berikut. Binakan data ini dalam carta palang melintang. Tahun 1971 1972 1973 1974 1975 Jumlah 2.640 2.481 3.658 5.221 4.073

1.c

Binakan histogram berdasarkan data di bawah, dengan mengambil 30 32 sebagai sela kelas

B3001/UNIT1/28 pertama. 30 44 48 50 51 52 46 55 31 42 40 46 33 46 37 50 48 41 43 34 50 51 51 34 38 46 54 50 40 42 56 30 34 36 35 32 36

1.d

Binakan graf ogif dari jadual frekuensi di bawah. Kelas 12 13 14 15 16 17 Frekuensi 2 5 8 6 3 1

B3001/UNIT1/29

MAKLUMBALAS

1.a Perbelanjaan 0.20 dan di bawah 0.40 0.40 dan di bawah 0.60 0.60 dan di bawah 0.80 0.80 dan di bawah 1.00 1.00 dan di bawah 1.20 1.20 dan di bawah 1.40 1.40 dan di bawah 1.60 1.60 dan di bawah 1.80 1.80 dan di bawah 2.00 2.00 dan di bawah 2.20 Jumlah Bilangan 4 8 10 10 8 7 5 5 2 1 60

1.b

Carta palang melintang 1975 1974 tahun 1973 1972 1971 0 2 juta 4 6

1.c

Histogram Kekerapan

B3001/UNIT1/30

6 5 4 3 2 1 0 29.5 - 32.5 - 35.5 - 38.5 - 41.5 - 44.5 - 47.5 - 50.5 - 53.5 32.5 35.5 38.5 41.5 44.5 47.5 50.5 53.5 56.5 Sempadan Kelas

1.d

Graf ogif kurang daripada Kekerapan Longgokan 30 25 20 15 10 5 0 11.5 12.5 13.5 14.5 15.5 16.5 17.5 Kelas

You might also like

  • KPM 133
    KPM 133
    Document1 page
    KPM 133
    farithzuan
    No ratings yet
  • Dgfeh
    Dgfeh
    Document1 page
    Dgfeh
    farithzuan
    No ratings yet
  • JWTNX
    JWTNX
    Document2 pages
    JWTNX
    farithzuan
    No ratings yet
  • Akdya 33
    Akdya 33
    Document2 pages
    Akdya 33
    farithzuan
    No ratings yet
  • Asd 2
    Asd 2
    Document2 pages
    Asd 2
    farithzuan
    No ratings yet
  • Amfe
    Amfe
    Document2 pages
    Amfe
    farithzuan
    No ratings yet
  • Content
    Content
    Document1 page
    Content
    farithzuan
    No ratings yet
  • Bab 3
    Bab 3
    Document1 page
    Bab 3
    farithzuan
    No ratings yet