You are on page 1of 9

Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

EDU 3105

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MAHMUD JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN KUALA TERENGGANU

Apa yang anda faham mengenai teknologi?

(1.1) Konsep Teknologi


Teknologi bukan semata-mata alat dan mesen

sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.

(1.2) Konsep Pengajaran


Pengajaran mempunyai empat erti Menyampaikan maklumat Memindahkan maklumat Mendorong pembelajaran Membina manusia yang lebih baik

Sambungan Konsep Pengajaran

Sering disalah ertikan.

Kebanyakkan orang akan menyebut tentang penggunaan alat-alatan seperti komputer, televisyen, video, CD-ROM, projektor overhed dan slaid dalam pengajaran.

(1.3) Konsep Teknologi Pengajaran


Terdapat dua perkara dalam menerangkan maksud

teknologi pengajaran.

(i) Kekeliruan dengan teknologi pendidikan


- pendidikan merangkumi skop yang lebih luas daripada pengajaran. - teknologi pengajaran adalah sub-set kepada pengajaran, manakala pengajaran adalah sub-set kepada pendidikan.

Sambungan Teknologi Pengajaran

- matlamat pengajaran adalah seiring dengan matlamat pendidikan, iaitu membina manusia yang bercirikan manusia. - Istilah teknologi pendidikan akan digunakan seerti dengan teknologi pengajaran.

(ii) Konsep yang tidak statik - Maksud dan istilah teknologi pengajaran sentiasa berubah menurut perubahan zaman. - Secara umum, teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Konsep Teknologi Pengajaran Dalam Konteks Tempatan


Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

You might also like