You are on page 1of 15

Analisis : mengikut kamus dewan bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan dan lain-lain

untuk mengetahui pelbagai aspek / ciri- ciri dan lain-lain secara terperinci atau mendalam.

Kerja : menurut kamus dewan ialah usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuaan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan) sesuatu. Kerja juga adalah segala tugas atau urusan yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab, kewajipan dan peranan.

Analisis kerja bermaksud kaedah yang menentukan tugas dan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan dan jenis orang yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut. Ia juga merupakan suatu proses yang sistematik dalam mengumpul data/maklumat berkenaan sesuatu pekerjaan.

Antara maklumat yang dikumpul: Tugas / tanggungjawab (iaitu aktiviti kerja sebenar yang dilakukan Laporan dibuat kepada siapa Peralatan, mesin & bahan yang diperlukan untuk melakukan kerja Hasil kerja KSAO yang diperlukan untuk melakukan kerja Konteks kerja, iaitu persekitaran/keadaan kerja (suasana fizikal dll) Penetapan prestasi / kriteria yang digunakan dalam menentukan prestasi kerjanya

Data yang diperolehi daripada proses analisis kerja digunakan untuk membantu pembuatan pelbagai keputusan sumber manusia. Membantu pelaksanaan pelbagai aktiviti sumber manusia Pemilihan pekerja Tinjauan gaji (wage surveys) Penilaian prestasi Latihan & pembangunan Perancangan sumber manusia Kaunseling kerjaya.

Analisis kerja selalunya direka bentuk untuk tujuan khusus


Untuk memperjelaskan hubungan laporan (reporting relationships) Untuk memperjelaskan tanggungjawab setiap pekerjaan dengan pekerjaan yang lain. Mengenalpasti elemen pekerjaan yang penting dalam proses penstrukturan semula kerja Membantu pembentukan pekerjaan baru

Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Melalui analisis kerja, organisasi dapat menentukan tugas yang harus dilakukan oleh pekerja yang akan diambil dan kriteria-kriteria yang diperlukan pada pekerja untuk menjawat jawatan yang ditawarkan

Melalui analisis kerja, gaji yang diberikan ditentukan bersesuaian dengan tugas-tugas yang diberikan.

1.

2.
3.

Antara faktor dalam menentukan upah atau gaji seorang pekerja adalah : Kelayakan Kedudukan dalam organisasi Pengalaman

Analisis kerja penting dalam menilai prestasi pekerja dengan tepat dan berkesan. Melalui analisis kerja ini, setiap rekod pekerja mengenai aktiviti/ ouput yang dihasilkan sepanjang tahun dapat dirumuskan secara tepat dan spesifik dalam menilai prestasi agar tidak ada penilaian yang membuta tuli dan ketidakpuasan hati dikalangan pekerja yang lain.

Latihan ialah sebarang inisiatif yang diambil oleh organisasi untuk menggalakkan pekerjanya belajar dan menambah pengetahuan. Ia juga sebagai proses mendidik pekerja baru tentang kemahiran asas yang mereka perlukan dalam melaksanakan tugas. Latihan lebih menumpukan kepada pemerolehan pengetahuan bagi jangka masa pendek. Pembangunan bermaksud usaha-usaha yang diambil oleh organisasi dalam jangka masa yang panjang untuk meluaskan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan para pekerja terutamanya untuk pekerja yang telah lama berada di dalam organisasi.

Melalui Analisis kerja, perancangan sumber manusia membolehkan satu proses menjangka dan membuat persediaan untuk pergerakan manusia ke dalam, di dalam, dan keluar daripada organisasi. Ia sangat penting terutamanya dalam sesebuah organisasi kerana ia bertujuan untuk mempermudah dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga kerja secara efekttif bagi mencapai matlamat organisasi dan pekerja. Fokus pengurusan sumber manusia adalah untuk menjaga perhubungan pekerja dengan majikan agar objektif organisasi akan tercapai.

Analisis kerja dapat membantu organisasi dalam memberi khidmat kauseling kepada pekerja (Employee Assistance Programs) dengan membekalkan pekerja dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan motivasi untuk menolong mereka berurusan dengan majikan mereka sekiranya mereka menghadapi masalah ditempat kerja mereka. Melalui kaunseling kerjaya ini juga akan membantu seseorang pekerja itu mengatasi masalah kesihatan yang mungkin akan memberi kesan diatas perkhidmatan sesebuah organisasi. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat melalui kaunseling kerjaya, dan juga cara membuat keputusan yang berkesan di dalam kontek organisasi Sumber Manusia.

Melatih individu menghadapi tekanan untuk melaksanakan polisi organisasi, latihan, penempatan, rujukan, kaunseling dan perunding didalam sesebuah organisasi. Program Kaunseling Membantu Pekerja menolong individu yang menghadapi masalah hidup dengan tekanan, alkoholism. penagihan dadah, konflik keluarga, masalah interpersonal, tekanan kewangan dan lain-lain isu yang bersangkutan dengan kehidupan individu tersebut yang akan menjejaskan keberkesanan bekerja dan pengeluaran serta perkhidmatan.

You might also like