You are on page 1of 46

BAB 2 TEORI-TEORI PEMIKIRAN

PPP 4023 : PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF PENSYARAH : PN. SUZYANTY BT MOHD SHOKORY

TEORI OTAK TRIUNE Otak Neokorteks Otak Mamalia Otak Reptilia

TEORI PELBAGAI KECERDASAN (HOWARD GARDNER) K. LogikMatematik K. VerbalLinguistik K. Muzikal K. Visual-Spatial K. Kinestatik K. Interpersonal K. Intrapersonal K. Naturalis

TEORI SPLIT BRAIN


Hemisfera otak kiri Verbal Analitikal Simbolik Abstrak Temporal Hemisfera otak kanan Nonverbal Sintesis Nyata Analogik Bukan temporal

Di akhir sesi, pelajar akan dapat:

Mengenalpasti teori pemikiran seperti Teori Otak Triune, Teori Split Brain dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner).

Mengaplikasikan teori-teori pemikiran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Paul Maclean merupakan seorang ahli neurologi membahagikan otak kepada tiga bahagian:

Otak Reptilia ( Medula Oblangata ) Otak Mamalia/Sistem Limbik ( bahagian pertengahan otak ) Otak Neokorteks ( bahagian atas otak )

Paling awal terbentuk dalam evolusi perkembangan manusia. Gelaran Otak Reptilia-mempunyai persamaan dengan elemenelemen pengekalan mandiri (survival) dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah.

Fungsi utama- mengawal secara automatik kelakuan kelima-lima pancaindera manusia. Mempunyai hubungan dengan kebolehan seseorang untuk terus hidup/ bertahan dalam keadaan susah.

Otak ini mengerakkan manusia untuk mendapatkan makanan,


perlindungan, keselamatan dan pengekalan kewujudan manusia.

Gelaran otak mamalia- mempunyai persamaan dengan elemen reaksi pemikiran semua haiwan mamalia. Fungsi utama ialah afektif dan emosi- kesihatan, perasaan, ingatan dan nafsu seks. Sekiranya salah satu daripada elemen ini terganggu ia akan mempengaruhi daya belajar seseorang.

Menjelaskan mengapa perasaan sedih akan mempengaruhi kesihatan


fizikal. Mengawal pola bioritma- pola tidur, kelaparan, dahaga, tekanan

darah, kadar denyutan jantung, suhu badan, kadar metabolisme,


sistem imuniti dan lain-lain fungsi badan.

Terletak di bahagian atas otak dan terdiri daripada 80% daripada jisim otak.

Pusat pemikiran dan kecerdasan manusia. Fungsi utama- mentafsir, menyusun, menterjemah maklumat, menaakul, membuat keputusan, kelakuan bertujuan (cita-cita, wawasan dan lain-lain), bahasa dan pemikiran tahap tinggi.

Kecerdasan tahap tinggi ini- membezakan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain.

Senario biasa- guru tidak sedar kepada respons reaktif otak reptilia pelajar.

Apabila pelajar berasa terancam akibat pelbagai ugutan denda atau hukumansecara automatik otak reptilia pelajar beroperasi dalam modus melawan guru/ mendiamkan diri.

Pelajar tidak akan memberi perhatian/ menjawab soalan tahap tinggi daripada
guru.

Masalah ini boleh diatasi jika guru sedar kepentingan keadaan pembelajaran

yang relaks, selesa dan tenang serta pelajar dirangsang memikir pada tahap
yang lebih tinggi.

HOKI

HOKA

KIRI

KANAN

KANAN

KIRI

HOKI

Anggota badan kanan

HOKA

Anggota badan kiri

Hemisfera Otak Kiri

Hemisfera Otak Kanan

Bahasa Logik Angka Matematik urutan

Ritma Irama Muzik Gambar Imaginasi

Analitikal Menganalisis

Menggabung

maklumat secara linear. Mengenalpasti urutan

& mensintesiskan maklumat kepada satu bentuk menyeluruh.

Verbal Analitikal Simbolik Abstrak Temporal

Non-verbal Sintesis Nyata Analogik Bukan Temporal

Verbal Perkataan Analitik 1 by 1 Simbolik Mewakili Abstrak Sebahagian => Keseluruhan Temporal Masa, sekuen Rasional Membuat kesimpulan Digital Nombor
Logikal & linear.

Non -Verbal Kesedaran tanpa perkataan Sintesis 1+1 Konkrit Menghubungkait dengan benda. Analogik Kesamaan, memahami hubungan Bukan Temporal Tiada kesedaran masa. Tidak Rasional Tidak perlu sebab, fakta. Spatial Melihat di mana benda & kaitannya dengan benda lain Intuitif Membuat persepsi: corak, emosi pola tidak lengkap

Teori ini dikenali sebagai MultipleIntelligence dalam bukunya Frames of

Teori ini wujud kerana beliau tidak bersetuju dengan penggunaan ujian IQ bagi mengukur kecerdasan kerana ia sangat terbatas untuk menentukan potensi seseorang

Mind

Kecerdasan dipengaruhi oleh budaya, penyesuaian individu kpd persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan sebagainya.

Setiap orang mempunyai kombinasi kecerdasan yang berlainan, iaitu kekuatan dalam kecerdasankecerdasan tertentu dan kelemahan dalam kecerdasan-kecerdasan lain

CIRI-CIRI KECERDASAN PELBAGAI


Kecerdasan BOLEH dipelajari, dididik dan dipertingkatkan. Kecerdasan TIDAK berkembang seiring Kecerdasan TIDAK BOLEH dinilai secara berasingan Satu atau dua kecerdasan boleh berkembang sepenuhnya Kecerdasan BOLEH dirangsang Kecerdasan BOLEH dipindahkan (contoh : k.interpersonal k. verbal-linguistik)

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Contoh aktiviti : penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Contoh individu : ahli matematik, ahli kewangan, programmer.

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti : perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita. Contoh individu : sasterawan, penulis, penyajak, penceramah, pensyarah dalam bidang sastera.

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti : persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Contoh individu: komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti : melukis, mengecat, skema warna, garis bentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh individu : pelukis, pengukir, arkitek.

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti mengkoordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan dengan berkesan. Contoh aktiviti : tarian kreatif, drama, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri. Contoh : atlit sukan, pemain bola sepak, penari, pelakon, tentera.

Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan berkesan, bekerjasama dan memotivasikan orang lain. Mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin kerana mereka dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah. Contoh aktiviti : komunikasi antara individu, memberi maklum balas, bekerjasama dalam kumpulan. Contoh : ahli politik, peniaga, pengacara, usahawan.

Mempunyai kesedaran tentang diri sendiri, berkeyakinan tinggi serta berkebolehan untuk menilai dan memahami diri sendiri Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan & kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri. Contoh aktiviti : strategi pemikiran, proses emosi, taakulan tahap tinggi, disiplin diri . Contoh : pengarang, penyajak, ahli falsafah, ahli motivasi, pakar kaunseling, ahli psikologi.

Menghargai alam sekitar dan sangat berminat untuk mempelajari tentang flora dan fauna. Peka terhadap perubahan sekeliling. Contoh aktiviti : mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Contoh : petani, ahli botani, ahli biologi, perancang bandar, ahli geologi.

1)

2)

Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK & keperluan pelajar. Menerima perbezaan dan persamaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan (stail pembelajaran yang berbeza)

3)

4) 5) 6) 7)

Meningkatkan pelbagai kecerdasan seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. Mempelbagaikan cara penilaian. Mewujudkan suasana kolboratif di sekolah. Meningkatkan harga diri, kreativiti, dan motivasi melalui p&p yang menyeronokkan. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam p&p.

75% otak manusia terdiri daripada air. (Oleh itu kepala akan berasa pening jika kurang meminum air masak.)
Menguap akan membuatkan oksigen lebih banyak dihantar ke otak seterusnya menyejukkan bahagian otak. Semasa kita bangun daripada tidur, otak kita menjana antara 10 hingga 25 watt tenaga yang mana mampu untuk menyalakan satu mentol!

Otak manusia adalah organ yang paling gemuk dalam badan dan mengandungi lebih kurang 60% lemak.
Otak kita mengandungi lebih kurang 100 billion neurons.

Setiap neuron dalam otak berhubung antara satu sama lain melalui 40,000 penghubung setiap satu yang dipanggil "synapses". 40,000 didarabkan dengan 100 billion neurons bersamaan dengan lebih daripada bintang yang ada di alam semesta ini!

Otak manusia menggunakan 20% oksigen didalam badan. Informasi didalam otak manusia dihantar dengan kelajuan lebih kurang 268 batu sejam. Kecuali anda dalam keadaan mabuk, semua benda akan bekerja dengan sangat lambat! Otak manusia berhenti membesar di usia 18 tahun. Otak tidak mempunyai pengesan rasa sakit, jadi otak tidak merasai rasa sakit.

BLUE

RED YELLOW GREEN


BLACK PINK

GREY PURPLE BROWN WHITE

HITAM HIJAU
KELABU

HIJAU BIRU UNGU PUTIH COKLAT

KUNING

MERAH

Otak kanan melihat warna Otak kiri membaca perkataan

Tangan Kiri

Tangan Kanan

Tangan Kiri

Tangan Kanan

Tangan Kiri

Tangan Kanan

Tumbuk

Gosok

Gosok

Tumbuk

IBU & KELINGKING

Tangan Kiri

Tangan Kanan

Naikkan ibu jari

Naikkan jari kelingking

Naikkan jari kelingking

Naikkan ibu jari

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD). 2012. Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI: Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory & Zuraidah Zainol. 2012, Pemikiran Kritis Dan Kreatif: Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur: Kaisar Media Kreatif. Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman kamaruddin, Abd. Aziz abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah. 2009 : Pembealjaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like