You are on page 1of 72

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU PENULISAN SK / 012

BAHAGIAN A MENTAFSIR BAHAN GRAFIK


(MEMINDAHKAN MAKLUMAT DALAM GAMBAR)
10

markah Tiada had bilangan patah perkataan tetapi terhad kepada 5 ayat sahaja. Ayat berdasarkan bahan grafik yang diberikan

1. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH. 2. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR

UPSR 2005
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

2006 TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.

2007
GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN PERSIAPAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG PERSIAPAN TERSEBUT.

2008
TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.

2009
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

2010 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

2011
Gambar menunjukkan suasana jamuan hari raya di sebuah rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah..

KETIKA MENULIS AYAT, ASPEK-ASPEK YANG AKAN DINILAI OLEH PEMERIKSA IALAH:-

1. AYAT YANG DIBINA MENJAWAB TUGASAN ATAU TIDAK


2. AYAT (AYAT MUDAH/AYAT MAJMUK/AYAT MUDAH ADA KETERANGAN 3. PENGGUNAAN KATA (IMBUHAN / KATA GANDA / KATA MAJMUK) 4. KOSA KATA 5. EJAAN DAN TANDA BACA

KRITERIA AYAT YANG CEMERLANG.


1. AYAT YANG LENGKAP DAN MENEPATI BAHAN GRAFIK. 2. SETIAP AYAT PERLU ADA SUBJEK DAN PREDIKAT SERTA KETERANGAN YANG MELUAS. 2. AYAT MAJMUK SANGAT DIGALAKKAN. 3. PENGGUNAAN KOSA KATA / KATA YANG LUAS DAN SESUAI. 4. PENGGUNAAN EJAAN DAN TANDA BACA YANG BETUL. 5. LIMA AYAT LENGKAP TANPA ADA KESALAHAN SAHAJA DIBERI 10 MARKAH.

UNTUK MENDAPAT MARKAH YANG CEMERLANG ATAU BAIK BAHAGIAN A, PARA PELAJAR MESTI MEMASTIKAN AYAT YANG DIBUAT HARUSLAH :A. LOGIK - APA YANG ADA DALAM GAMBAR B. GRAMATIS BETUL NAHU / TATABAHASA C. AYAT MAJMUK / ADA PERLUASAN AYAT

BAHAGIAN A 10 MARKAH

PENSKORAN
CEMERLANG ( 9 -10 )
i. ii.

KRITERIA
Menggunakan ayat yang lengkap & menepati bahan grafik. Setiap ayat ada subjek & predikat serta mempunyai penerang dan keterangan yang meluas. ii. Penggunaan kosa kata & kata yang meluas serta dan sesuai dengan bahan grafik. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul i. Menggunakan ayat yang lengkap dan menepati bahan grafik. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. i. Menggunakan ayat yang mudah & ringkas sesuai dengan bahan grafik. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan i. Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik. ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan grafik. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.

BAIK (78)

MEMUASKAN (46)

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM (13)

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DAN ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN. 1. BILANGAN PERKATAAN DALAM AYAT BUKAN PENENTU KRITERIA AYAT YANG LENGKAP. TIADA HAD BILANGAN PATAH PERKATAN ( 8-12 P/P) 2. TERIMA LIMA AYAT PERTAMA SAHAJA JIKA CALON MENULIS LEBIH DARIPADA LIMA AYAT. 3. AYAT DALAM BENTUK BERNOMBOR / TANDA DITERIMA. JIKA DALAM PERENGGAN, TERIMA LIMA AYAT PERTAMA SAHAJA. 4. PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA / WATAK / KATA DITERIMA.

5 PENGGUNAAN KATA SEDANG DALAM AYAT DITERIMA.

6. IDEA YANG TERSURAT DALAM GAMBAR SAHAJA DITERIMA (KURUNG AYAT ATAU IDEA YANG SALAH. 7. DUA IDEA DALAM SATU AYAT MENGGUNAKAN KATA HUBUNG DITERIMA MENJADI SATU DAN DIANGGAP AYAT MAJMUK.
8. AYAT YANG DIKURUNG - KESALAHAN BAHASA TIDAK DINILAI.

Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c. Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik. Elakkan membina ayat yang mudah.

2011
Gambar menunjukkan suasana jamuan hari raya di sebuah rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah..

CONTOH AYAT YANG LENGKAP 10 MARKAH

Contoh penggunaan ayat yang baik tetapi banyak kesalahan ejaan

Contoh penggunaan ayat yang mudah dan ringkas tanpa ada perluasan pada ayat.

Contoh ayat calon mengemukakan idea (jawapan) yang tersirat.

Contoh ayat calon menyalin hehendak tugasan pada ayat yang ditulis.

Contoh calon memulakan ayat dengan penanda wacana.

BAHAGIAN C

MEMBUAT ULASAN
20

markah Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan. Tidak kurang 50 patah perkataan. *Tidak lebih daripada 50 patah perkataan.(MULAI 2007)

Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/ pernyataan/puisi/dialoq/rencana yang mengandungi banyak pengajaran/amalan baik atau nilai-nilai murni. Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi soalan ini ialah 20 markah.

BAHAGIAN C
Bahagian ini amat penting . Perlu memahami dan meneliti dengan jelas petikan yang diberi. Calon tidak digalakkan mencatat atau menyalin semula . Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan berdasarkan petikan yang disediakan. Tidak perlu menulis semula nama orang yang diceritakan .

Pastikan mengikut arahan soalan . Nilai murni yang disampaikan boleh dicampuraduk . Nilai yang negatif tidak boleh diterima. Jawapan yang diTULIS PERLU dalam satu perenggan SAHAJA. Jawapan yang mempunyai lebih daripada satu perenggan tidak diterima . Penggunaan watak contoh nama orang , saya , kita boleh diterima.

BAHAGIAN C 20 MARKAH

PENSKORAN
CEMERLANG ( 18 -20 ) 5 nilai BAIK ( 12 17 ) 4 nilai (15 17) 3 nilai ( 12 14) MEMUASKAN ( 6 11 ) 2 nilai PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM (15) 1 nilai

KRITERIA
i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan. ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.

BAHAGIAN C MENULIS ULASAN LIMA NILAI (20 MARKAH)


ASPEK-ASPEK YANG DINILAI 1. MENJAWAB TUGASAN 2. AYAT

3. KATA (IMBUHAN/KATAGANDA/KATA
MAJMUK) 4. KOSA KATA 5. EJAAN DAN TANDA BACA

KRITERIA ULASAN YANG CEMERLANG


1. Lima nilai/idea yang terdapat dalam petikan beserta huraian /contoh yang berkaitan sahaja. 2. Ayat yang lengkap berdasarkan tugasan. 3. Kata dan kosa kata yang luas serta sesuai.

4. Ejaan dan tanda baca yang betul.


5. Pengolahan idea menepati tugasan.

ISU-ISU YANG DIBINCANG DAN PERLU DIBERI PERHATIAN 1. Bilangan perkataan TIDAK LEBIH 50 patah perkataan. - jika lebih daripada 50 tidak menjejaskan markah. 2. Pendahuluan/cara hendak memulakan ulasan bergantung kepada cara-cara masing-masing. - Nilai yang terdapat dalam petikan , - Antara nilai yang terdapat dalam petikan , 3. Nilai yang diterima hendaklah menepati dengan huraian sahaja yang diterima dan yang terdapat dalam petikan.

4. Nilai yang sama maksud (sinonim) dengan huraian yang ada dalam petikan tidak diterima. 5. Nilai tidak boleh berulang walaupun huraian berbeza. 6. Penggunaan penanda wacana boleh digunakan.

7. Penutup tidak perlu

Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C

Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya
Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...

Sebagai seorang pelajar, kita haruslah.

BAHAGIAN C Cara menulis.

Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan Ini, kita haruslah .dengan.(huraian). Seterusnya, kita juga perlulah.. .................................seperti ..(huraian)... Di samping itu, kita dapat........ agar (huraian).. Selain itu, kita sewajarnya... Contohnya seperti(huraian). Akhirnya, kita.(huraian) ..
Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja. Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.

Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah.. .agar(huraian) Kita juga perluuntuk .(huraian) Seterusnya, kita perlu. untuk..(huraian) Kita juga harussupaya .(huraian) Kita mestilah juga bagi(huraian)
Apa yang penting setiap amalan/nilai/ pengajaran mesti ada huraian

Nilai yang diterima hendaklah menepati dengan huraian sahaja yang diterima dan yang terdapat dalam petikan.
Nilai yang sama maksud (sinonim) dengan huraian yang ada dalam petikan tidak diterima.

Contoh:
1. Darma seorang pelajar yang sering membantu ibunya ketika berada di rumah. rajin/tanggungjawab/meringankan kerja ibu. Kita mestilah rajin dengan membantu ibu ketika di rumah.

Kita mestilah tolong-menolong dengan membantu ibu ketika di rumah. X

2. Selepas mandi dan menyiapkan diri, Salasiah bersarapan bersama-sama ibu bapanya. menjaga kebersihan diri mengeratkan hubungan kasih sayang

3.

Ketika melihat keadaan jalan raya yang sibuk, Borhan pun melintas jalan menggunakan jejantas yang disediakan. menjaga keselamatan diri

PETIKAN 2011
Hadirin yang saya hormati, Saya mewakili kawan-kawan ingin mengucapkan selamat berpisah kepada Cikgu Farzana yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Cikgu Farzana merupakan guru yang sanggup berkorban untuk murid-muridnya. Beliau menjalankan tugasnya tanpa mengharapkan balasan. Beliau sentiasa bersedia membimbing dan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Seluruh warga sekolah amat menghargai beliau. Walaupun lemah lembut, beliau merupakan guru yang tegas dan sentiasa memastikan murid-muridnya mematuhi peraturan.

Cikgu Farzana juga aktif dalam Kelab Tunas Kebudayaan. Hasil bimbinganbeliau, sekolah kita telah muncul sebagai johan dalam pertandingan drama peringkat negeri melalui drama Si Tanggang. Sekolah kita juga telah menjadijohan dalam pertandingan bola jaring peringkat daerah kerana kegigihan beliaumelatih para pemain. Tahniah kami ucapkan kepada cikgu. Segala nasihat dan bimbingan yang cikgu berikan itu akan kami patuhi. Akhir kata saya mewakili kawan-kawan memohon maaf atas kesilapan yang pernah kami lakukan. Sebelum berpisah, terimalah serangkap pantu daripada kami, Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan, Sungguh jauh beribu batu, hilang di mata di hati jangan.

NILAI 1.Berwawasan Bercita-cita


-

HURAIAN / CONTOH Melanjutkan pelajaran ke universiti

tinggi
2. Berdedikasi - Sanggup berkorban untuk murid-muridnya

3. Ikhlas 4. Baik hati Prihatin

Menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan

- Bersedia membimbing dan membantu untuk menyelesaikan masalah

NILAI

5. Mengenang jasa/budi 6. Berdisplin Bertanggungjawab 7. Rajin / tekun

HURAIAN /CONTOH Seluruh warga sekolah amat menghargai beliau

- Sentiasa memastikan murid-muridnya mematuhi peraturan - Kegigihan melatih para pemain


-

8. Akur / taat
9. Berhemah tinggi Mengakui kesalahan

Segala nasihat dan bimbingan akan kami patuhi

- Memohon maaf atas kesilapan

CONTOH ULASAN CEMERLANG (20 markah) :

Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah kita


haruslah ikhlas seperti Cikgu Farzana menjalankan tugasnya tanpa mengharapkan balasan. Selain itu, kita mestilah

bertanggungjawab seperti Cikgu Farzana sentiasa memastikan


murid-muridnya mematuhi peraturan. Seterusnya kita perlulah tekun seperti Cikgu Farzana yang gigih melatih para pemain

bola jaring sehingga berjaya menjadi johan dalam pertandingan


bola jaring peringkat daerah. Di samping itu, kita hendaklah akur dengan nasihat dan bimbingan yang guru berikan kepada

kita. Akhir sekali, kita mestilah mengakui kesalahan diri dengan


memohon maaf atas kesilapan yang telah kita lakukan terhadap guru.

Calon dapat mengeluarkan lima nilai dengan huraian yang lengkap.

Calon dapat mengeluarkan tiga nilai sahaja (ikhlas, insaf dan memberi penghargaan) dengan huraian yang lengkap.

Calon hanya dapat mengeluarkan satu nilai ( menghargai jasa ) dengan huraian yang lengkap.

Elakkan daripada menulis ulasan menggunakan perkataan, ..itu merupakan amalan yang baik. .itu merupakan sikap yang terpuji. .itu merupakan amalan yang mulia.

Untuk mendapat markah yang cemerlang Dalam bahagian C ini, anda mestilah: 1. 2. 3. 4. Membuat ulasan yang jelas dan tepat. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik. 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul. 6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.

BAHAGIAN B
Tiga tajuk karangan diberi. Jawab SATU soalan

FORMAT

Masa cadangan 40 minit

Pilihan soalan mungkin soalan berformat / tidak berformat

Jumlah perkataan tidak kurang 80 patah perkataan

BENTUK SOALAN

BERFORMAT

Corak karangan yang diuji mungkin

TIDAK BERFORMAT

Apa dia karangan berformat dan karangan tidak berformat ? Contoh ..?????

Karangan Berformat :Karangan yang mesti ditulis mengikut cara yang tertentu. Apabila ditulis tidak mengikut Format yang ditetapkan, ia boleh menjejaskan markah. Karangan Tidak Berformat :Karangan yang ditulis tanpa mengikut sesuatu cara yang tetap dan khusus.

Karangan Berformat: -

Karangan Tidak Berformat:

Surat Kiriman Rasmi - Cerita Surat Kiriman Tidak Rasmi - Melengkapkan cerita Syarahan - Keperihalan gambaran Dialog - Fakta Laporan - Auto biografi Berita - Biografi Ucapan - Gambar Perbahasan Catatan Harian

UNTUK RENUNGAN

KARANGAN BERFORMAT:SURAT TIDAK RASMI SURAT RASMI SYARAHAN DIALOG LAPORAN BERITA UCAPAN PERBAHASAN CATATAN HARIAN 2002/2009 2000 2001 2003/2005/2006/2011 2004/2010 2002/2007 2006/2011*SJK) 1998 2005

KARANGAN TIDAK BERFORMAT


FAKTA - 2006/2008/2010/2011 KEPERIHALAN - 2005/2007/2008/2010 MELENGKAPKAN CERITA - 2007/2009 CERITA - 2011

BAHAGIAN B 30 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas & menarik untuk dibaca. - Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan. i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. - Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema. iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan & tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan. i. - Penyampaian atau persembahan yang mudah & ringkas. - Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. - Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah koma) - Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan. i. - Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema - Isi tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

CEMERLANG ( 24 -30 )

BAIK ( 17 23 )

MEMUASKAN ( 11 16 )

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM ( 1 10 )

BAHAGIAN B MENULIS KARANGAN (30 MARKAH)

ASPEK-ASPEK YANG DINILAI

1. MENJAWAB TUGASAN /MENEPATI IDEA


2. AYAT 3. KATA (IMBUHAN/KATA GANDA/KATA MAJMUK) 4. PENGOLAHAN DAN PENYAMPAIAN 5. EJAAN DAN TANDA BACA

KRITERIA KARANGAN YANG CEMERLANG


1. Ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan. 2. Kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan jenis tugasan. 3. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas serta tersusun. 4. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN


1. Bilangan perkataan 80 patah perkataan. Jika lebih 80 p.p. 2. Kurang 80 p.p. penilaian (impression) akan turun. 3. Minimum tiga idea yang berkaitan tugasan dan disertakan huraian / idea beserta contoh . 4. Satu idea lengkap dengan pengolahan yang baik boleh diberi pertimbangan untuk cemerlang. 5. Karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk markah maksimum 5.

6. Menyalin soalan atau menggunakan bahasa yang tidak difahami 1 markah. 7. Karangan tidak mematuhi format tolak 2 markah. 8. Format tidak lengkap tolak 1 markah. 9. Idea-idea yang logik / munasabah dengan tugasan boleh diterima. 10. Calon menceritakan watak orang lain sebagai watak utama diterima (mula aras baik)

YANG PALING PENTING PENULISAN BAHAGIAN B IALAH :-1. 2. 3. 4. IDEA / ISI - BERAPA ?

MENEPATI TUGASAN SESUAI/TIDAK? PANJANG KARANGAN JANGAN KURANG 80 pp MEMATUHI FORMAT

5.
6.

PERENGGAN PERLU ADA & BERAPA?


LARAS BAHASA

SIMBOL / TANDA KESALAHAN


_/ - Isi / idea ( ) - Kesalahan idea / fakta WWW - Kesalahan struktur ayat ___ - Kesalahan kata/ kosa kata / imbuhan === - Kesalahan berulang- kata / imbuhan - Kesalahan tanda baca - Kesalahan tanda baca yang berulang

- Kesalahan ejaan
- kesalahan ejaan yang berulang

KELEMAHAN DAN KESILAPAN CALON


1. Tidak menjawab tugasan tidak memahami tajuk 2. Tulisan huruf besar dan kecil 3. Ejaan yang salah 4. Tanda baca yang salah / tidak digunakan 5. Penggunaan kata / kosa kata yang terhad 6. Idea tanpa huraian / contoh 7. Kesalahan format 8. Tidak membaca soalan dengan teliti idea kurang menepati tugasan.

Saranan kepada guru


1. Setiap guru perlu mengajar dan membimbing murid menggunakan buku teks dan huraian sukatan pelajaran serta sukatan pelajaran yang dibekalkan. Jadikan buku teks, huraian dan sukatan sebagai panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum hendaklah dijadikan bahan rujukan bagi menambahkan lagi perluasan kosa kata murid.

Bimbing murid untuk menguasai teknik menjawab dengan baik dan jelas mengikut garis panduan peperiksaan. Pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi menarik minat murid. Bagi memantap penulisan murid, guru perlu menerangkan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan murid untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan murid.

Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang belum menguasai penulisan dengan memberi latih tubi dan pendedahan pelbagai teknik mengarang seperti latihan karangan berpandu, karangan terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid.

Kepelbagaian jenis karangan haruslah diberi kepada murid sebagai latihan bagi memantapkan karangan murid mengikut format yang betul.

HILANG BAHASA LENYAPLAH BANGSA


BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA

BAHASA JIWA BANGSA

MARTABATKAN BAHASA KITA KALAU BUKAN KITA .SIAPA ? ? ?

SEKIAN TERIMA KASIH.

You might also like