Murid Pemulihan Khas Murid Disleksia Murid PK Masalah Pendengaran Murid PK Masalah Penglihatan Definisi
Disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk
dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. (Mercer, 1991) Ciri-Ciri Murid Disleksia
Masalah rendah diri
Kerap memberi alasan untuk mengelak Bermasalah tingkah laku Keliru dgn konsep arah Kesukaran dengan konsep turutan Bermasalah dgn pengurusan masa Bermasalah mengingati arahan panjang Empat Ciri Utama
Tiadakesedaran dgn bunyi-bunyi
Kesukaran dgn turutan Kesukaran Ingatan Jangka pendek Kesukaran dgn arah Konsep Disleksia KPM
Murid yang mempunyai kecerdasan mental
yang searas atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja Pendidikan Disleksia
Menyediakan strategi khusus dalam pendidikan
untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia supaya mereka mengenal pasti masalah mereka dan menyesuaikan diri dengannya. Mereka menggunakan potensi yang ada untuk memperbaharui tekad serta tingkatkan harga diri dan keyakinan diri untuk berjaya. Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
“Membaca merupakan tugasan yang amat
rumit dan kompleks bagi manusia, ia memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan sistem saraf pusat” (Lerner, 1997). Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Kanak-kanak yang mengalami disleksia
mempunyai pelbagai defisit/kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian (dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak- kanak itu mengalami kecerderaan/kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang bukan mengalami disleksia (Rourke, 1991) Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Hattum (1980) mengatakan bahawa
kesukaran membaca disebabkan oleh sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik (dyfunction). Sistem pemerosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia, selalunya lebih kecil sebanyak 27 % daripada otak orang normal(Galaburda & Tallal,1991) Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Nicolson dan Fawcett (1995) mencadangkan
bahawa serebrum otak dan keanehan otak boleh memberi kesan kepada kawalan motor, perkembangan automatif dan organisasi sesuatu kemahiran, termasuk kemahiran dalam fonologi dan bahasa. Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Lovegrove (1991) dan Livingstone et al.
(1991) dan Cornilissen et al.(1995) telah cuba mengkaji korelasi kekurangan yang didapati dalam sistem pemerosesan visual seseorang yang mengalami disleksia dengan pembelajaran membaca. Sekali perhubungan di antara keduanya dapat dibuktikan, ringkasnya sifat semula jadi perhubungan masih lagi belum jelas. Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Secara umumnya diakui bahawa faktor yang
menyebabkan disleksia adalah daripada genetik yang pada dasarnya terletak di bahagian bahasa di otak (Hulme & Snowling, 1991) Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Daripada pemerhatian Lenneberg (1976)
terdapat penglibatan yang sama rata di hemisfera cerebral pada peringkat awal perkembangan bahasa, kemajuan perkembangannya lebih di hemisfera otak kiri dan berterusan berlaku sedemikian. Jika sekiranya hemisfera otak kiri tidak berfungsi dengan baik sebelum atau semasa perkembangan di peringkat awal, hemisfera otak kanan akan sambung penglibatannya dalam pemerosesan linguistik. Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Dorongan daripada saraf visual dan auditori
dibawa ke kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindak balas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner, 1997). Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Kedua hemisfera otak tidak bekerja
kesemuanya secara bebas, terdapat hubung kait di antara elemen-elemen dan kefungsian kedua hemisfera otak. Proses pembelajaran bergantung kepada kefungsian dan hubung kait di antara kedua hemisfera otak (Cotman & Lynch, 1988; Hiscock & Kinsbourne, 1987; Gaddes, 1985) Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Laporan postmortem mendedahkan bahawa
individu yang mengalami disleksia menpunyai kawasan hemisfera otak kiri yang lebih kecil dan kurang sel otak di bandingkan dengan orang normal, tetapi kawasan hemisfera otak kanan adalah lebih besar dan mengandungi lebih banyak sel daripada individu normal. (Filipek, 1995; Duane, 1989; Galaburda, 1989) Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Berasaskan kepada teori Orton, hemisfera
otak kiri sepatutnya dominant dan mengawal hemisfera otak kiri, khususnya dalam aktiviti fungsi bahasa, gangguan daripada hemisfera otak kanan semasa aktiviti bahasa menyebabkan berlaku kekeliruan dalam bahasa. Sepatutnya hemisfera otak kanan mengawal fungsi aktiviti bukan verbal (Orton, 1937). Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia
Satudaripada penyelidikan awal mengenai
kesukaran membaca dan kemahiran bahasa mendapati bahawa dari segi teorinya, pembalikan huruf dan perkataan (yang dipanggil sebagai strephosymbolia atau pembalikan symbol) merupakan symptom kepada kegagalan dominasi serebrum otak di kawasan kemahiran bahasa di hemisfera otak kiri. (Orton, 1937). Latar belakang
Di Malaysia pengiktirafan murid-murid
pendidikan khas menggunakan model `medical`, jesteru semua murid perlu diperiksa oleh pakar perubatan sebelum disahkan sebagai murid pendidikan khas. Latar belakang
Kebanyakan murid-murid disleksia dikenal
pasti menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal perubatan atau psikologi pendidikan menggunakan instrumen yang dihasilkan dari luar negara. Latar belakang
Instrumen dari negara-negara barat dan
memerlukan kebenaran daripada syarikat yang memegang hak cipta instrumen tersebut Kos untuk menyaring tinggi RM 500 hingga RM 1000 Latar belakang
Sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh
Jabatan Pendidikan Khas telah ditubuhkan dan telah menghasilkan ISD terdiri pakar- pakar dari USM, UKM, UM, UPM, KKM, JKM,JPK, Persatuan, Guru & JPN Latar belakang
British Psychological Society (1999) menyatakan
bahawa murid mesti memenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada ia mengalami disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah: murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan memuaskan, dan murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai. Latar belakang
Kerangka penghasilan item-item senarai
semak yang dijadikan panduan dalam pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Payne dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakar-pakar disleksia Antara Bangsa yang lain. Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
Kriteria murid yang dinilai
Kriteria Penilai Prosedur Penilaian ISD mengandungi Bahagian A, B dan C.
Bahagian A - Biodata murid
Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
Bahagian B - Senarai Semak
Elemen 1 – Mengeja, Membaca & Menulis Elemen 2 – Kekuatan pada murid Elemen 3 – Kelemahan yang ditunjukkan Bahagian C - Permarkahan PENGOPERASIAN ISD
Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program
Pemulihan Khas Gagal lepasi IPP2M PERSONEL MENJALANKAN ISD
Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar
murid berkenaan atau Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia. Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan. Penempatan Murid
Penempatan oleh guru khas disleksia
Penempatan oleh PPD Penempatan oleh JPN Penempatan oleh JPK Ujian Diagnostik Disleksia
Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat
mengenal pasti dengan lebih terperinci daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Model Inklusif
Murid yang mengalami masalah disleksia yang
ringan. Hanya Mata Pelajaran Bahasa Melayu di kelas khas, Mata Pelajaran yang lain di inklusifkan di kelas normal. Ada ketikanya, jika perlu murid akan belajar di kelas, sama ada dalam pelajaran Bahasa Melayu atau dalam pelajaran yang lain. Guru khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis. Model Kelas Khas
Murid yang mengalami masalah disleksia
yang teruk. HSP yang diubah suai pendekatannya. Menggunakan strategi khusus. Menggunakan pelbagai ABM dalam P&P Hanya mata pelajaran tertentu diinklusifkan. Pembelajaran dan Pengajaran Disleksia
Program disleksia mengandungi pendekatan,
kaedah, terapi, perubatan dan aktiviti berasaskan kepada gaya belajar setiap individu yang bertujuan untuk menangani masalah yang dialami oleh murid- murid disleksia secara individu. Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam/Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. Huraian Sukatan Pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu diubahsuai pendekatannya bagi keperluan murid- murid disleksia. Penilaian
Penilaiandibuat oleh Guru Mata Pelajaran
berasaskan kurikulum sedia ada atau Guru Disleksia membantu mengikut keperluan murid. TAMAT